Sabtu, 4 Mei 2013

AKHIRNYA KITA KAN PERGI JUA...YANG PERGI KITA UCAPKAN TAKZIAH

Hanya bekas Ketua Cabang PKR sertai Umno

Mohd Nor Yahya, 04 Mei 2013


RANTAU PANJANG: Hanya bekas ketua Cabang PKR Rantau Panjang, Datuk Dr Muhammad Agus Mat Nor yang menyertai BN, manakala organisasi parti itu tetap utuh sehingga sekarang.

Pemangku Ketua Cabang PKR Rantau Panjang, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut berkata, bekas Ketua Cabang bersendirian, tanpa diikuti ahli dan penyokong PKR lain.

“Kita kenal pasti ada kaitan isu peribadinya sehingga beliau menyatakan sokongan kepada calon Parlimen BN, Ghazali Ismail,” katanya di sini.

Mohd Agos dalam laporan akhbar hari ini mengumumkan pembubaran Cabang Rantau Panjang kerana kecewa dan tidak puas hati terhadap beberapa isu dalam Pakatan Rakyat.

Mustapa berkata, kes ketua cabang PKR hanya terpencil kerana ia hanya melibatkan dirinya sahaja dan tidak ahli lain di Rantau Panjang.

Hadir sama pada penjelasan itu Timbalan Ketua Cabang Rantau Panjang, Noraini Husin, Naib-Naib Ketua, Kamarudin Mustapha, Othman Daud dan Mohamad Mat Zain, Ketua AMK, Zulkifli Jaafar, Timbalan Ketua Wanita Kazmah Husin, setiausaha Maawiah Mohamad dan Ketua Penerangan, Khabariah Awang.

Mustapa juga menolak sama sekali dakwaan konoonnya jentera PKR Rantau Panjang lumpuh.

Menurutnya juga PKR Rantau Panjang berusaha keras membantu calon Parlimen dan Dun yang ditandingi PAS.

“Pimpinan PKR Rantau Panjang berikrar terus mempertahankan parti bagi mencapai misi menuju ke Putrajaya,” katanya.

Beliau juga berharap seluruh ahli dan penyokong PKR memberi sokongan sepenuhnya kepada calon PAS yang bertanding di Rantau Panjang dan seluruh negara.

Calon PAS Bukit Tuku, Abdul Rasul Mohamed berkata, sokongan padu jentera PKR tidak mampu dinafikan biar pun ada bekas pemimpinnya cuba dipengaruhi Umno.

Sementara itu Ketua Cabang PKR Gua Musang, Mohd Zuki Ibrahim menafikan 400 ahli di parlimen tersebut yang diketuai bekas Ketua Angkatan Muda, Mohd Fauzi Mohd Nor mahu menyokong BN.

Katanya, Mohd Fauzi menyertai Umno sejak 2008 dan sejak tempoh itu beliau tidak kaitan lagi dengan PKR Gua Musang.

Husam Musa kehilangan bondanya

Harakahdaily, 04 Mei 2013

(Husam Musa mencium tangan bondanya yang berada di hospital sebelum berangkat ke Putrajaya sebelum ini bagi membawa panji-panji Islam di sana. Ibunya meninggal dunia tengahari ini.)


KUALA LUMPUR: Menjelang hari penting untuk calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa esok, bonda beliau Hajah Salma Haji Idris meninggal dunia tengahari ini.

Solat jenazah untuk Allahyarham akan disempurnakan selepas solat Asar petang ini di Masjid Kota,  Salor.


"Sama-sama kita doakan Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para anbiya dan orang-orang yang beriman," kata pembantu Husam dalam satu kenyataanya pagi ini.

"Dan semoga Datuk Husam sekeluarga terus tabah mengharungi perjuangan membela rakyat dan negara.  Al-Fatihah," katanya lagi.

Husam sangat rapat dan menyayangi ibunya itu. Hampir kesemua keputusan besar yang hendak dibuatnya akan dimaklumkan dahulu kepada ibunya untuk memohon restu.

Sebelum menyertai pilihan raya di Putrajaya Husam telah ke hospital di mana ibunya sedang mendapat rawatan untuk memohon restu beliau.

Isu dakwat kekal yang tidak kekal

Abd. Hamid Othman,
Dakwat yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi 10 peratus, 14 peratus atau 18 peratus argentum nitrat AgNO3 (silver nitrate) yang larut.  AgNO3 adalah hablur putih yang sangat larut dalam air, tanpa warna. Apabila terkena pada kulit manusia (misalnya), kita tidak akan sedar pada awalnya, tetapi apabila kering, tempat kena AgNO3 itu akan bertanda kehitaman. Hal ini kerana AgNO3 bertindakbalas dengan garam yang ada pada kulit membentuk AgCl yang tidak larut dan berwarna (juga denga cahaya ultraviolet). Warna kehitaman ini akan bertahan beberapa hari (bergantung kepada kandungan AgNO3 yg digunakan) dan akan hilang apabila sel-sel baru tumbuh (tisu kulit atau kuku) dan tisu lama (berwarna) hilang (gugur atau terhakis). Ia tak boleh di basuh dengan sabun, alkohol, nail polish remover atau bleach.

Lazimnya sedikit alkohol dicampurkan untuk mencepatkan pengeringan.

Apakah tujuan dakwat ini? Dakwat hanyalah unutk menandakan di mana-mana tempat yang telah ditandakan. Oleh sebab dakwat untuk pilihan raya sudah mengandungi AgNO3, maka AgNO3 (AgCl) itulah yang akan tinggal beberapa hari sehingga tisu baru tumbuh.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan carian google "election Ink".

Saya adalah bekas pensyarah (kini bersara) UKM dalam bidang Kimia (inorganic). Sebahagian penyelidikan saya adalah dlm bidang sebatian argentum (perak). Saya berpendapat tidak perlu gocang botol dakwat kerana ia bukan colloidal solution.

Abd. Hamid Othman
013-3376862

PAS kesal tindakan ke atas Mejar Zaidi

Mohd Sabri Said, 04 Mei 2013

PULAU PINANG: PAS Negeri Pulau Pinang kesal dengan apa yang menimpa Major Zaidi Ahmad,  Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Butterworth dan berharap keluarganya bersabar.


(Major Zaidi, isteri serta rakannya yang membuat laporan polis selepas mendapati dakwat kekal tidak kekal)

Major Zaidi diarahkan berpindah serta merta ke Kuala Lumpur kerana selepas membuat laporan polis kerana dakwat yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya luntur bila di basuh dengan air sabun.

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang,  Bukhori Ghazali berkata,  apa yang dialami oleh Major Zaidi tidak sepatutnya terjadi kerana beliau bukannya melakukan kesalahan yang mengancam kestabilan negara sebaliknya mendedahkan perkara yang baik untuk kepentingan rakyat.

"PAS Pulau Pinang rasa terkilan dan kesal dengan tindakan yang dikenakan terhadap Major Zaidi. Namun, dirinya tetap teguh dan tenang bersama isteri tercinta untuk menghadapi risiko demi kebenaran, " ujarnya.

Sementara itu isterinya, Shafinah Abdul Hamid ketika ditanya sudah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Baginya,  peristiwa itu dianggap biasa kerana sebelum ini pun  dirinya selalu ditinggalkan apabila suaminya bertugas di  Alor Setar dan Kuala Lumpur.

Kapitalis: Kenapa Mukhris takut sangat

Abdul Aziz Mustafa, 04 Mei 2013
ALOR SETAR: Adakah Datuk Mukhriz Mahathir melakukan perkara buruk sehingga beliau takut sangat apabila dikatakan beliau seorang kapitalis, kata calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (gambar).

"Apa salahnya panggilan kapitalis kerana ia tidak semestinya buruk.

"Kamus sendiri mentakrifkan kapitalis sebagai 'orang berharta yang menggunakan wangnya untuk melabur di dalam perdagangan atau industri untuk mendapatkan untung sesuai dengan prinsip-prinsip kapitalisme'.

"Adakah Mukhriz fikir maksud kapitalis itu ialah 'seseorang yang menjadi jutawan cara mudah tanpa susah payah dan hanya menggunakan kuasa bapanya sebagai Perdana Menteri dan membelasah wang rakyat untuk melabur bagi mendapatkan untung melalui jalan-jalan nepotisme dan kronisme'?" soal Naib Yang Dipetuan PAS kawasan Kuala Kedah itu.

Mohd Nasir menyifatkan reaksi anak bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai memeranjatkan.

"Kita tahu, sebelum beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz adalah seorang ahli perniagaan dan jutawan tersohor di negara ini.

"Yang menghairankan, kenapa dia paranoid sangat apabila disifatkan kapitalis?

"Adakah beliau melakukan amalan perniagaan tidak beretika, melakukan taktik perniagaan tidak bermoral dan jahat atau menyalahgunakan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri untuk cepat menjadi jutawan?" Mohd Nasir mempersoalkan.

Mukhriz yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam melenting apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengatakan beliau seorang kapitalis.

Beliau juga mengancam akan mengambil tindakan undang-undang.

"Mengapa pula anak Dr Mahathir itu hendak mengambil tindakan undang-undang?

"Walaupun kita tahu ayahnya adalah Perdana Menteri yang pertama di negara ini yang mempunyai anak-anak bertaraf jutawan dan mempunyai perniagaan yang besar-besar ketika beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri.

"Tetapi kita tidak pula kata Mukhriz akan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan perniagaannya dan perniagaan adik beradiknya jika beliau mencapai idamannya untuk menjadi Menteri Besar Kedah," kata Mohd Nasir lagi sambil mengharapkan Mukhriz tidak terbawa-bawa dengan sikap paranoidnya itu.

Untuk rekod, ketiga-tiga Perdana Menteri sebelum Dr Mahathir tidak mempunyai anak-anak bertaraf jutawan dan mempunyai perniagaan yang besar-besar ketika masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Deklarasi Putrajaya

Harakahdaily, 04 Mei 2013
Atas permintaan ramai, berikut disertakan Deklarasi Putrajaya untuk Pejawat Awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena hari Pekerja 1 Mei 2013 lalu.







Tiada ulasan: