Khamis, 2 Mei 2013

JIKA ADA PENGUNDI HANTU SEKAT KALAU BOLEH....TAK BOLEH SERAH PADA ALLAH...ALLAH TAHU BAGAIMANA NAK MENENTUKAN TAKDIRNYA

Beri RM200 juta: Tun khianat Umno K'tan dalam senyap?

Harakahdaily, 02 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Jika benar dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir memberikan RM200 juta hingga RM300 juta kepada kerajaan PAS Kelantan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, bermakna Mahathir sebenarnya sudah lama mengkhianati Umno Kelantan secara senyap-senyap.

"Rupa-rupanya sudah lama Mahathir khianat kepada UMNO Kelantan, dalam pada UMNO Kelantan berikhtiar merebut Kelantan sekian lama, Mahathir telah khianat dengan diam-diam hulur bantuan kepada PAS Kelantan," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari sinis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan hari ini yang memetik kenyataan seorang aktivis Umno yang mendakwa PAS Kelantan menerima sebanyak RM200 juta hingga RM300 juta setahun daripada Mahathir ketika menjadi perdana menteri.

Beliau juga mendakwa wang itu diserahkan sendiri oleh Mahathir kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz, dan dialah yang menjadi pemandu membawa Tok Guru untuk mengambil wang tersebut setiap enam bulan sekali.

Mengulas lanjut, Fadhli berkata jika benar perkara itu berlaku, ianya sesuatu yang agak pelik kerana ianya tidak direkodkan.

"Rupa-rupanya sebanyak RM200 - RM300 juta boleh hilang begitu sahaja tanpa direkodkan di dalam pentadbiran kewangan kerajaan Umno.Jika mahu membeli sebentuk cincin dengan jumlah itu pun tidak menjadi masalah, apatah lagi jika mahu membeli seekor lembu berharga RM250 juta.

"Akhir sekali, cerita itu hanyalah lawak jenaka semata-mata. Ia bertujuan segar angin sebelum PRU13," katanya.

Balik mengundi, gagalkan pengundi hantu BN

Muhammad Faeez Azahar, 02 Mei 2013
IPOH: PAS Perak merayu pengundi di perantauan balik mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini bagi merealisasikan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kembali kerajaan di negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pelbagai taktik kotor dan penipuan sedang dilakukan pihak-pihak tertentu bagi mengekalkan kuasa parti politik BN lebih-lebih lagi melihat mood rakyat yang tidak sabar menolak mereka.

Menurutnya, beberapa penipuan dan ketidaktelusan di kesan sepanjang proses pilihanraya termasuklah undi pos serta undi awal yang sangat meragukan.

Katanya, ditambah lagi pendedahan PAS Perak berhubung ramai individu yang mempunyai kad pengenalan Sabah yang akan mengundi di Perak dalam pilihanraya ini dan ianya kemungkinan kesan daripada projek IC Sabah.

Jelasnya lagi, isu terbaru berkaitan dakwat kekal yang diragui ketahanannya dan kemungkinan akan berlaku kes mengundi dua kali sudah pasti mempunyai agenda tersendiri.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak itu berkata, paling membimbangkan PAS ialah wujudnya sejumlah 35,425 pengundi yang gagal dikesan indentitinya di negeri Perak yang disahkan oleh jentera Pakatan Rakyat.

“Semua ini telah menimbulkan keraguan terhadap proses pengundian pada pilihanraya kali ini dan dengan agenda-agenda tersebut boleh menggagalkan hasrat rakyat dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kembali negeri Perak serta menawan Putrajaya,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh.

Mengulas lanjut, Mantan Menteri Besar Perak itu berkata, pengundi di perantauan perlu pulang untuk menyelamatkan negeri daripada segala perancangan jahat yang sedang dilakukan.

“Saya dengan serendah-rendah hati dan penuh rayu agar pengundi yang berada di luar Perak yang dalam rekod kami sejumlah 10, 000 sebagai pengundi kami (PAS) pulang mengundi.

“Gunakan kesempatan ini untuk memberikan keadilan dan harapan baru kepada warga Perak, kami pohon kepada seluruh pengundi di luar Perak agar berusahalah untuk pulang ke negeri tercinta ini pada 5 Mei nanti dan zahirkan harapan anda dengan memangkah PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kali ini,” rayu beliau kepada pengundi Perak di perantauan.

Tegasnya, PAS beranggapan pengundi perak di perantauan ini khususnya di Lembah Klang sebagai aset penting dalam usaha melakukan perubahan dan mengambil alih kembali kerajaan Pakatan Rakyat yang dirampas.

“Kami sangat memerlukan undi anda agar kerajaan baru dapat direalisasikan dan dengan undi anda dapat membantu kami kerana kita lihat BN menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkannya.

“Maka pulanglah wahai perantau, realisasikan perubahan ini demi masa depan anak cucu kita. Ini kalilah!,” jelas beliau.

Jadikan 5 Mei hari tutup fitnah 13 Mei – Kit Siang

Harakahdaily, 02 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Semua pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara pada hari mengundi 5 Mei ini.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, hanya dengan memilih Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, rakyat Malaysia dapat membuka lembaran baru untuk mendedahkan apa yang benar dan apa yang fitnah.

Katanya, golongan yang memfitnah beliau dengan tuduhan menjadi dalang peristiwa 13 Mei 1969 masih terus berbuat demikian tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak yang berkuasa, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan calon saingan beliau bagi Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman.

“Golongan yang memfitnah saya telah memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan pengundi, terutamanya orang Melayu, dengan mengapi-apikan sentimen perkauman,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mereka menyangka rakyat Malaysia masih hidup dalam tahun-tahun 1960-an yang mudah terpengaruh dengan emosi kaum.

“Oleh itu, saya dengan rendah diri, memohon agar semua pengundi Malaysia menjatuhkan hukuman berat kepada golongan penyebar fitnah ini bersama dengan para pemimpin yang merestui perbuatan keji mereka dalam PRU ini,” katanya lagi.

Tambahnya, seperti yang dijelaskan semalam, dengan mandat baru oleh pengundi Malaysia, beliau akan mencadangkan kepada Parlimen dan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas Parlimen untuk menyiasat apa, mengapa dan siapa punca sebenar berlakunya tragedi 13 Mei 1969.

Ini, ujarnya adalah penting kerana sampai sekarang tiada siapa yang tahu mengapa, apa dan siapa yang menjadi punca peristiwa 13 Mei itu.

Lagi pun, kata beliau kerajaan Umno BN selama ini tidak mempedulikan cadangan itu.

Malah, tambahnya pimpinan Umno BN terus membenarkan penyokong mereka menabur fitnah menuduh beliau menjadi dalang peristiwa itu.

Baginya, PRU13 ini bukan lagi sekadar persaingan di antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional tetapi perjuangan di antara seluruh rakyat Malaysia menentang BN yang semakin teruk korupsi mereka dan tidak boleh lagi dipulihkan keangkuhan kuasa mereka.

“Dengan itu, saya menyeru supaya semua pengundi membuat pilihan yang bijak, terbaik dan amat penting untuk diri, keluarga dan masyarakat serta masa depan anak-anak kita pada hari Ahad 5 Mei ini untuk membuka satu lembaran baru untuk Malaysia.

“Ubah! Ini kali lah!” tegasnya.
PRU: Anwar dakwa warga asing dibawa masuk, Pejabat PM nafi
Wartawan Sinar Harian
2 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata: "Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini."

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil.”

Pada satu sidang media pagi tadi, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPR terlibat dengan peningkatan kemasukan warga asing  beramai-ramai yang mempunyai status yang meragukan ke Semenanjung.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendakwa, terdapat seramai 4,500 warga asing dibawa dengan penerbangan khas setiap hari dengan 16 penerbangan bermula 25 April lalu ke Sabah dan Sarawak.

“Warga asing itu telah berlaku dan dikhuatiri berlarutan sehingga hari pengundian 5 Mei ini,” dakwanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Dakwanya lagi, PR juga mendapat maklumat bahawa pekerja asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar juga dibawa masuk melalui Bukit Kayu Hitam manakala warga Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, lonjakkan kemasukan warga asing dan individu-individu tersebut dikhuatiri akan menjadi pengundi kepada calon Barisan Nasional (BN), Ahad ini.

"Kita telah terima maklumat penerbangan itu telah diaturkan oleh JPM melalui surat yang ditandatangani oleh menteri.

"Kita ada rekod video, gambar sebagai bukti dan dokumen untuk menyokong dakwaan kita termasuk jadual penerbangan tempahan khas ini,” dakwanya lagi.

Pakatan jangka tambah kerusi di Kedah

Analisis Wan Nordin Wan Yaacob, 02 Mei 2013
BN telah menerajui Kedah sejak 11 kali Pilihan Raya Umum yang lalu, malah menjadi antara negeri yang kononnya dikatakan sukar untuk ditawan pembangkang.

(Mukhris  tengok ke kiri, Ahmad Bashah tengok ke kanan)

Namun, negeri Jelapang Padi itu hanya kekal menjadi kubu kuat BN sehinggalah ia berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat pada PRU-12 tahun 2008.

Sejak selepas PRU-12 yang menyaksikan tsunami kecil membadai Kedah dan beberapa negeri lain, BN mula gelisah akan kehilangan lagi kuasa di beberapa negeri.

Malah BN bercakaran sesama sendiri khasnya dalam meletakkan siapa pengendali yang akan mengepalai jentera negeri-negeri yang mereka tewas pada PRU12.

Begitu juga di Kedah, ianya berlaku sedemikian rupa sehinggalah selepas penamaan calon 20 April lalu dan kempen PRU-13 yang ketika analisis ini ditulis hanya tinggal tiga hari sahaja lagi.

BN Kedah khasnya Umno berpecah dua, Tun Mahathir Mohamad mahukan Calon Dun Ayer Hitam, Datuk Mukriz yang juga anaknya menjadi Menteri Besar agar agenda beliau boleh diteruskan.

Sementara di peringkat Pengerusi Umno Negeri, Datuk Ahmad Bashah Mad Hanapiah pula tidak rela 'budak mentah' seperti Mukriz lebih menonjol untuk diletakkan sebagai calon MB.

Akhirnya percakaran berlaku, namun semuanya tidak dilaporkan media arus perdana. Selesai penamaan calon, pemimpin bahagian yang tidak dicalonkan dalam 'team transformasi' mula membuka langkah mensabotaj calon yang diperkenan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut sumber, sabotaj dalaman berlaku di Pendang kerana pencalonan Datuk Othman Abdul tidak disenangi Ketua Bahagian, Datuk Rozai Shafian, selain tindakan ulama Umno, Datuk Fadzil Hanafi mengambil jalan menjadi calon Bebas di Alor Mengkudu kerana pencalonan Syarifah Maznah Syed Kasim Barakhbah.

Malah di Dun Sungai Tiang, Datuk Soraya Yaakob yang juga penyandang kini berdepan kebangkitan kaum Siam menolak BN, selain di Dun Pedu dan Kuala Nerang yang mengalami gelombang yang sama selepas kemasukan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Sanramsak Kram menyertai Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP).

Situasi ini melemaskan BN yang melihat kaum Siam adalah aset tetap mereka sejak 55 tahun lalu.

Dalam masa yang sama, PAS dikatakan mampu mengekalkan 16 kerusi Dun yang dimenangi sebelum ini selain menambah kerusi di kawasan yang memiliki pengundi Siam dan bukan Melayu yang agak tinggi.

Selain faktor kebangkitan rakyat, di pihak BN pula bergelut dengan manifestonya yang  menjanjikan bulan dan bintang, namun tidak diterjemahkan sebaiknya kepada pengundi berikutan kempen mereka yang jauh mendasari sentimen perkauman.

Hala tuju BN Kedah terbantut tidak mampu membuka mata rakyat mengenai komitmen mereka untuk memajukan Kedah kerana rekod pentadbiran lampau dengan skandal RM403 juta kerugian masih tidak terjawab.

Sedangkan Pakatan Rakyat telah mengagendakan manifestonya lebih kepada perubahan sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuan yang ada, namun ianya dekat kepada rakyat untuk merasai nikmatnya.

Biarpun ramai yang mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, namun kebanyakan rakyat selesa dengan cara itu yang lebih dekat kepada rakyat.

BN mencipta isu termasuk isu pembalakan di Hutan Pedu, isu pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN); isu Plaza Tengku Yaacob yang menyebabkan Surau Salihiah terpaksa dipindahkan, isu pembinaan 12 masjid dan isu perbezaan pandangan dalam PAS di Kedah.

Namun, seperti kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, semua isu itu sengaja direkayasa untuk memburuk-burukkan PAS, sedangkan hakikatnya tiada apa yang berlaku.

Dalam kempen-kempen BN juga, mereka menuduh pentadbiran Azizan tidak cekap, namun mereka lupa dengan kecekapan BN mentadbir sebelum ini, Kedah mengalami kerugian RM403 juta melalui penyelewengan 11 projek.

Rakyat Kedah paling tidak dapat melihat agenda dan usaha kerajaan negeri yang dilakukan selama lima tahun telah mengatasi BN dalam banyak perkara.

Antara yang menjadi perhatian rakyat adalah, pemberian Skim Kafalah, bantuan ke IPTA, sumbangan kepada guru Quran dan bidan kampung.

Malah, tindakan kerajaan menyelesaikan pemilikan tanah dan penggunaan kawasan yang tertangguh pada zaman BN membuka mata rakyat Kedah.

Begitupun, fasa kempen terakhir di Kedah hanya menyaksikan sekali lagi unsur ugutan dan sentimen perkauman sahaja menjadi buah tangan BN kepada rakyat.

Seperti yang berlaku di Jerai, Padang Terap, Pokok Sena, Jerlun dan Padang Serai, pengundi cuba dimomokkan kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah lagi, kuasa kaum Cina akan melonjak naik.

Di Langkawi, walaupun BN menggunakan azimat pembangunan sebagai bahan kempen, namun pengundinya mula melakar perubahan untuk memulakan pencerahan kepada sebuah kerajaan yang lebih baik bersama Pakatan Rakyat.

Namun, semua kempen ini sebenarnya tidak lagi menjejaskan nekad rakyat bukan sekadar mengekalkan Pakatan rakyat di Kedah, sebaliknya menyaksikan Putrajaya bertukar peneraju.

Setidak-tidaknya, PAS dan Pakatan Rakyat akan mengekalkan kemenangan yang ada, selain menambah bilangan kerusi di kawasan yang tidak dijangka.

Risalah Bangkit bekalan perantau pulang ke kampung

Harakahdaily, 02 Mei 2013


KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis anak muda PAS semalam meneruskan aktiviti kempen kesedaran kepada warga kota dengan mengedarkan risalah Bangkit sebagai bekalan maklumat mengundi sebelum balik kampung.

Kumpulan itu yang terdiri dapiada aktivis PAS Damansara Damai, Kumpulan Aktivis Media Indipenden (Kami) mengadakan kempen mereka di sekitar Pudu Sentral semalam.

Hampir 30 orang meyertai kumpulan itu dengan berbaju hitam menumukan kepada warga kota yang pulang ke kampung serta pemadu teksi dan bas.


Selain risalah Bangkit, turut diedar secara percuma akhbar Harakah sebagai memberi maklumat alternatif kepada warga kota.

Menurut koordinator program, Khairul Hartimi, sambutan yang diberikan oleh masyarakat sangat memberangsangkan.

"Rata-rata orang ramai memberi sambutan yang baik kepada kita. Mereka meminta bahan maklumat daripada kita.

"Termasuk juga pemandu teksi dan bas, kesemua mereka sangat bersemangat dan memnta bekalan bahan untuk diedarkan kepada penumpang dalam bas," katanya kepada Harakahdaily.

Kempen mereka semalam yang bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu berlangsung aman dengan diawasi beberapa orang anggota polis.

JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi

Hazayani Zakaria, 02 Mei 2013

(Anwar bersama Datuk Husam, Teng Chan Khim dan Dr Rani dalam sidang media hari ini)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya  mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas.

Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei.

Ini bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini.

"Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.

"Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri.

"Ini dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari ini.

Berita lanjut menyusul

Balik mengundi, gagalkan pengundi hantu BN

Muhammad Faeez Azahar, 02 Mei 2013
IPOH: PAS Perak merayu pengundi di perantauan balik mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini bagi merealisasikan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kembali kerajaan di negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pelbagai taktik kotor dan penipuan sedang dilakukan pihak-pihak tertentu bagi mengekalkan kuasa parti politik BN lebih-lebih lagi melihat mood rakyat yang tidak sabar menolak mereka.

Menurutnya, beberapa penipuan dan ketidaktelusan di kesan sepanjang proses pilihanraya termasuklah undi pos serta undi awal yang sangat meragukan.

Katanya, ditambah lagi pendedahan PAS Perak berhubung ramai individu yang mempunyai kad pengenalan Sabah yang akan mengundi di Perak dalam pilihanraya ini dan ianya kemungkinan kesan daripada projek IC Sabah.

Jelasnya lagi, isu terbaru berkaitan dakwat kekal yang diragui ketahanannya dan kemungkinan akan berlaku kes mengundi dua kali sudah pasti mempunyai agenda tersendiri.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak itu berkata, paling membimbangkan PAS ialah wujudnya sejumlah 35,425 pengundi yang gagal dikesan indentitinya di negeri Perak yang disahkan oleh jentera Pakatan Rakyat.

“Semua ini telah menimbulkan keraguan terhadap proses pengundian pada pilihanraya kali ini dan dengan agenda-agenda tersebut boleh menggagalkan hasrat rakyat dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kembali negeri Perak serta menawan Putrajaya,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh.

Mengulas lanjut, Mantan Menteri Besar Perak itu berkata, pengundi di perantauan perlu pulang untuk menyelamatkan negeri daripada segala perancangan jahat yang sedang dilakukan.

“Saya dengan serendah-rendah hati dan penuh rayu agar pengundi yang berada di luar Perak yang dalam rekod kami sejumlah 10, 000 sebagai pengundi kami (PAS) pulang mengundi.

“Gunakan kesempatan ini untuk memberikan keadilan dan harapan baru kepada warga Perak, kami pohon kepada seluruh pengundi di luar Perak agar berusahalah untuk pulang ke negeri tercinta ini pada 5 Mei nanti dan zahirkan harapan anda dengan memangkah PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kali ini,” rayu beliau kepada pengundi Perak di perantauan.

Tegasnya, PAS beranggapan pengundi perak di perantauan ini khususnya di Lembah Klang sebagai aset penting dalam usaha melakukan perubahan dan mengambil alih kembali kerajaan Pakatan Rakyat yang dirampas.

“Kami sangat memerlukan undi anda agar kerajaan baru dapat direalisasikan dan dengan undi anda dapat membantu kami kerana kita lihat BN menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkannya.

“Maka pulanglah wahai perantau, realisasikan perubahan ini demi masa depan anak cucu kita. Ini kalilah!,” jelas beliau.

Tiada ulasan: