Jumaat, 10 Mei 2013

JANGAN HIDUNG TAK MANCUNG ..HIDUNG TERSORONG2...INGATLAH SIKIT KITA DAH KONDEM KAW2...FITNAH KAW2...HINA KAW2...BELASAH KAW2...TIPU KAW2..KEMPEN SUPAYA RAKYAT BENCI KAW2...ADA TAK SEDIH DAN KECEWA...BAGAIMANA KENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI


Kit Siang 'tak terlintas fikir ' saranan bersama BN

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata parti itu belum bertemu untuk membincangkan pelbagai cadangan mengenai peranan DAP dalam kerajaan baru, tetapi beliau sendiri pun tidak terlintas untuk memikirkan cadangan tersebut.

"Beri (rakyat) masa untuk memberi pelbagai cadangan dan beri kami masa untuk menjawabnya," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini.
Lim berkata, beliau tidak terlintas memberi sebarang pertimbangan terhadap sebarang cadangan.

Beliau mengulas cadangan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya DAP menyertai BN bagi mewakili kepentingan masyarakat Cina dalam gabungan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, Datuk Michael Yeoh juga menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membentuk kerajaan campuran yang luas yang merangkumi DAP, PKR dan PAS sebagai rakan.


Anwar puji peserta perhimpunan Pakatan
9:37PM Mei 9 2013
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji peserta perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi yang sanggup menempuh hujan dan kesesakan lalulintas untuk hadir membantah penipuan pilihan raya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata, rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah menunjukkan keberanian dan keazaman malam tadi untuk tujuan yang mulia.

NONE"Anda hadir dengan aman, anda menunjukkan kesetiaan anda kepada
Yang di-Pertuan Agong dan menyanyikan lagu Negaraku dengan bangga. Anda menunjukkan dengan jelas bahawa anda bersatu sebagai Bangsa Malaysia," katanya.

Puluhan ribu penyokong Pakatan membanjiri stadium Kelana Jaya malam tadi untuk menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum Ahad lalu.

Pemimpin BN pula berkata, walaupun terdapat dakwaan berlaku penipuan, tetapi Pakatan menang kerusi terbanyak di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, dan perhimpunan itu diadakan kerana pakatan pembangkang itu tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka gagal menubuhkan kerajaan pusat.

'Pakatan tidak akan berputus asa'

Anwar berkata hujah sedemikian merupakan satu penghinaan kepada pengundi.

"Ia juga satu pembohongan terang-terangan. Sebenarnya kemenangan anda telah dicuri daripada anda. Bagaimana ini boleh diterima?

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 9"Merekalah yang tidak dapat menerima kekalahan dan terpaksa
melakukan penipuan untuk terus berkuasa.

"Anda berada di pihak yang benar," kata Anwar sambil menambah bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

Anwar berkata, penyokong Pakatan kini berdepan dengan kempen intimidasi perkauman dan menyeru mereka menunjukkan "tekad yang waja".

"Anda tunjukkan bahawa anda tidak akan berhenti sehinggalah keadilan dan kemenangan dikembalikan kepada anda.

"Dalam semua usaha ini, saya berjanji bahawa Pakatan Rakyat bersama anda sepenuhnya. Kami akan berdiri teguh bersama anda di sepanjang jalan. Kami tidak akan menyerahkan kalah," katanya.
Kertas undi ditemui dalam peti undi kawasan lain

Pemuda PAS Johor hari ini membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.
Yang Dipertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, seorang ejen pengiraan undi PAS untuk kawasan DUN Mahkota telah menemui perkara itu ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.
Khairul Faizi, yang membuat laporan di balai polis Kluang berkata para ejen mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS untuk Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

“Kami merujuk peguam dan memutuskan untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki peti undi untuk pengundian awal bagi Mahkot, yang dimaterai dan ditempatkan di balai polis, mungkin telah diusik,” katanya.

Beliau menambah, ejen pengiraan berkenaan bagaimanapun tidak melihat sama ada kertas undi tersebut memihak kepada Salahuddin, yang tewas di kerusi Nusa Jaya kepada calon BN Zaini Abu Bakar dengan 2,201 undi.
Azizan akan jalani pembedahan potong kaki

dikemaskini Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya hari ini.
  
anwar and azizan pc on kedah penang issues 050709 azizanAzizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.
  
Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.
  
Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.
  
Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.- Bernama
Hadi sokong Khalid kekal MB Selangor

PAS mahu anggota Dewan Undangan Negeri (DUN)Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi DUN berbanding PAS dan DAP (masing-masing 15 kerusi), PAS membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya dah berbincang dengan PAS Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor.

"Kita mahu tunjukkan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam.

Abdul Hadi berkata beliau telah menulis serta menandatangani surat persetujuan berhubung perkara itu untuk diserah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengenai pelantikan wakil rakyat PAS dalam barisan exco negeri Selangor, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada PAS Selangor untuk berbincang dengan parti sekutunya.

- Bernama
Azmin Ali mahu tinggalkan Pakatan Rakyat?

Orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dikatakan mahu meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat.

NONEMenurut sumber parti, ahli politik berusia 48 tahun itu mahu meninggalkan gabungan itu "kerana didakwa tidak puas hati dengan peruntukan jawatan exco kerajaan negeri Selangor di kalangan parti dalam Pakatan."

Adalah dipercayai bahawa 11 tokoh kanan Pakatan - yang dikatakan baru terpilih sebagai ahli Parlimen - akan menurut jejak langkah Azmin.

Ketiadaan Azmin di perhimpunan raksasa Pakatan yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu, turut menarik perhatian, begitu juga dengan tweet pedas Azmin mengenai program tersebut.

Di Twitter, beliau mengecam Pakatan kerana menganjurkan perhimpunan tersebut, sambil menggesa parti itu menerima kekalahan mereka dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Azmin menulis dalam tweetnya: "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat."
DAP: Kenapa MCA, Gerakan tidak terus 'tutup kedai'?
2:56PM Mei 9 2013
DAP menyifatkan MCA dan Gerakan bersifat kebudak-budakan kerana mengancam untuk menutup pusat khidmat masing-masing susulan kekalahan parti berkenaan di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng berkata parti itu tidak terkejut dengan perbuatan merajuk dan ancaman "kebudak-budakan" itu, susulan kekalah teruk parti berkenaan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

"Reaksi oleh Gerakan dan MCA setelah kalah dalam pilihanraya samalah seperti seorang budak kecil yang mengamuk kerana tidak mendapat apa yang dia mahukan.

"Rakyat sudah muak dan menyampah dengan permainan yang kebudak-budakan ini. Jika MCA dan Gerakan boleh menutup pusat khidmat mereka, kenapa tidak MCA dan Gerakan umumkan sahaja yang mereka akan ‘tutup kedai’ terus?," katanya.

Beberapa pemimpin Gerakan dan MCA mengancam untuk menutup pusat khidmat berkenaan selepas parti berkenaan hanya berjaya hanya meraih lapan kerusi dalam pilihan raya tersebut.

Perkara itu diumumkan ketua penerangan Pemuda BN negeri H'ng Khoon Leng di laman Facebook, yang menyatakan bahawa Gerakan akan menutup semua pusat khidmat di Pulau Pinang dan tidak mempunyai sumber untuk menguruskan pusat berkenaan.
DUN Pulau Pinang dapat speaker Cina pertama

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan mendapat Speaker Cina yang pertama dengan pelantikan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Law Choo Kiang (bawah) ke jawatan tersebut.

NONEIni disahkan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman,
ketika ditemui pemberita selepas upacara angkat sumpah 10 exco negeri di Dewan Sri Pinang hari ini.

"Bukankah itu kedudukan yang baik untuk menjadi Speaker Cina pertama di Pulau Pinang?" kata Mansor.

Beliau berkata speaker lepas juga seorang pemimpin PKR, Datuk Abdul Halim Hussein.

"Apa nak buat? Beliau (Abdul Halim) tak menang sebarang kerusi," katanya, sambil menambah bahawa ADUN Penanti, Norlela Ariffin akan dilantik sebagai timbalan speaker.

Mansor turut dihujani pertanyaan mengenai sama ada senarai parti itu bagi jawatan exco negeri, diterima sepenuhnya oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Ini ekoran spekulasi sebelum bermulanya upacara angkat sumpah bahawa ia akan diboikot pemimpin PKR kerana Law digugurkan daripada jawatan exco negeri.

Menafikan perkara itu, Mansor berkata, barisan exco tersebut adalah baik dan berharap mereka menunjukkan prestasi yang baik bagi Pulau Pinang.

"Pulau Pinang mendahului dalam banyak bidang pada masa lalu. Saya pasti ia akan mendahului dalam banyak bidang lain pada penggal ini," kata Mansor, yang kini menjadi ahli Parlimen Nibong Tebal.

Ketika ditanya, Law berkata, beliau tidak kecewa dengan perubahan jawatan tersebut, sambil menegaskan bahawa ia tidak ada berkaitan dengan prestasinya.

"Semua orang tahu bagaimana prestasi saya sebagai exco penggal lalu. Ini telah diputuskan oleh kepimpinan, sebagaimana mereka memutuskan untuk melantik saya pada 2008," katanya.

Law berkata, beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu malam tadi, tetapi menegaskan "ia adalah di luar kuasa saya."

NONESementara itu, pemimpin Cina PKR menyuarakan rasa tidak puas hati
mereka kerana tidak ada wakil masyarakat itu dari parti itu dalam barisan exco.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin (kanan) berkata beliau tidak boleh menerima pandangan tersebut.

"Exco kerajaan negeri sepatutnya menjaga semua kaum. Ia bukan jawatan berasaskan kaum.

"Kita perlu mempunyai lebih banyak kerusi di kawasan luar bandar dan pemilihan exco akan memastikan itu. Barisan tersebut sangat penting kerana ia mempunyai tugas yang besar pada masa depan," katanya.

Pemilihan ahli exco, kata Sin, harus berdasarkan kebolehan.

"PKR adalah parti pelbagai kaum di mana setiap orang ada tempatnya," katanya.
Ahmad Said dilantik semula MB T'ganu

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua.
  
Ahmad, 56, berkata beliau telah menerima surat pelantikan itu hari ini yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

kuala terengganu by election 120109 ahmad said"Saya telahpun menghadap tuanku sebentar tadi, saya telah menerima surat pelantikan dengan persetujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu presiden parti (Umno dan pengerusi BN) yang melantik saya sebagai Menteri Besar dan tuanku telah perkenankannya.
  
"Majlis angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan bersama-sama pelantikan Exco dalam masa dua atau tiga hari lagi," katanya kepada  pemberita di kediaman rasminya Seri Iman di Kuala Terengganu hari ini.
  
Terdahulu, kenderaan rasmi Ahmad dilihat memasuki perkarangan Istana Badariah kira-kira 2.45 petang ini dan  keluar semula 20 minit kemudian dengan ADUN Kijal itu kelihatan ceria sambil melambai tangan kepada pemberita yang menunggu di luar pintu utama.
  
Ahmad dilantik semula sebagai menteri besar selepas BN berjaya mengekalkan penguasaan di Terengganu apabila menang 17 daripada 32 kerusi DUN.
  
Ahmad pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Sultan Mizan Zainal Abidin pada 22 Mac 2008.
  
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti barisan Exco baru Terengganu dan akan berjumpa dengan Najib di ibu negara malam ini untuk membincangkan perkara itu.
  
Dalam pilihan raya umum Ahad lepas, Ahmad mengalahkan calon PAS Hazri Jusoh dengan majoriti 4,204 undi.
  
- Bernama

Tiada ulasan: