Posted on Wednesday, May 15 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: tokpepijat
"
NGO yang menguruskan hal ehwal orang Islam seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepatutnya dapat membezakan antara Rasis dengan Islam.
Apabila NGO ini membiarkan ianya diresapi oleh juak-juak UMNO, maka perjuangan NGO ini sudah menyimpan dari landasan sebenar.
NGO ini sepatutnya berorganisasi seperti CAP yang diterajui oleh SM Idris. CAP yang berpusat di Pulau Pinang sering kali menegur kerajaan PR atas dasar pemeliharaan alam semula jadi. CAP juga banyak menegur dasar kerajaan Pusat terutama hak pekerja,pengguna dan sebagainya.
Dalam bab tegur menegur, CAP tidak pilih bulu samada BN atau PR. Ini barulah organisasi professional.
Sekonyong-konyong PPIM yang diterajui oleh Datuk Nadzim Johari mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Inikah NGO yang berteraskan Islam ?
Suatu yang menjengkelkan apabila Nadzim ajak umat Islam boikot perniagaan Cina yang sokong pembangkang.
Marah betul Nadzim kepada pembangkang. Emosinya Nadzim seperti calon Rasis PERKASA Shah Alam yang kalah teruk dalam PRU 13!
Tahukah Nadzim, pembangkang yang turut didanai oleh orang Cina termasuk PAS. PAS adalah parti Islam. Bukan sekadar DAP dan PKR sahaja.
Dan tahukah Nadzim syarikat-syarikat Cina yang tidak membantu pembangkang adalah Magnum, Genting,Astro, Da Mai Cai. Semua syarikat ini adalah kroni Mahathir dan syarikat perjudian.
Oleh itu seruan PPIM seolah menyeru orang Islam/Melayu memboikot syarikat Cina yang sokong PAS,DAP dan PKR manakala terus mengunjungi Magnum, Kedai Nombor Ekor kerana syarikat judi ini banyak mendanai UMNO dan BN dalam PRU 13. Dulu,kini dan selamanya!
Elok tukarlah nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia kepada Persatuan Pengguna Melayu UMNO.
PPIM jangan cemarkan nama Islam demi mengampu kepada UMNO!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sokong judi ke?"
Panggilan protokol MB Kelantan Posted on Wednesday, May 15 @ 11:16:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu |
Oleh: wanibrah
"
Petang semalam (14 Mei 2013) telah ada keputusan "panggilan protokol Menteri Besar Kelantan" YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob. Atau singkatnya YAB Ustaz MB Kelantan.
Berikut dicadangkan foto rasmi (sebelum ada yang baru) boleh dipakai untuk semua urusan oleh jabatan, GLC dan pihak berkenaan.
Semoga ALLAH SWT memberkati dan sentiasa memberi petunjuk seluas-luasnya kepada YAB Ustaz MB Kelantan. Agar telaksana dengan jayanya amanah dan tanggungjawab Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan dan sentiasa dilimpahi Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan."
Bongkar!!! Kenapa PAS Berkawan Dengan DAP & Tolak UMNO?
Posted on Wednesday, May 15 @ 11:01:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: matuse68
"KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO? INI JAWAPANNYA...
Ini betul punya cerita DAP, sebab tu Pas lebih selesa dengan Dap dan fobia dengan Umno...
Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno.
Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:
1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.
2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?
4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.
5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah
sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.
6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.
7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?
8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.
Artikel penuh sila klik disini... "
GPMS sepatutnya membela pelajar Melayu yang nak masuk IPT
Posted on Wednesday, May 15 @ 11:07:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: amkns
"GPMS sepatutnya memikirkan bagaimana hendak membantu puluhan ribu pelajar Melayu lepasan SPM/STPM 2012 yang akan masuk ke IPTA/IPTS tidak lama lagi.
Jika sekiranya Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menang PRU-13 yang lalu sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf akan diberikan.
Manakala aku janji BN N.Sembilan semasa kempen PRU-13 ialah “Pemberian insentif kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi”.
Sehingga saat ini Menteri Besar Negeri Sembilan belum mengumumkan berapa banyak insentif yang akan diberikan dan bila boleh diberikan kepada semua anak-anak Negeri Sembilan tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa yang akan masuk ke IPT tidak lama lagi.
*****
Lucut kerakyatan peserta protes
13 Mei 2013
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan supaya melucutkan kerakyatan 21 rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Singapura pada Rabu lalu.
Setiausaha Agungnya, Zambri Mohd. Isa berkata, demonstrasi haram yang diadakan di Singapura itu memalukan dan menjatuhkan imej Malaysia serta telah memberi gambaran salah mengenai kerajaan di negara ini kepada pihak luar.
“Tindakan mereka boleh memberi kesan buruk kepada industri pelancongan dan menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia.
“Kami minta kerakyatan mereka (peserta perhimpunan haram di Singapura) dilucutkan,” tegasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam."
Politik baru politik matang, bukan politik dendam
Harakahdaily, | 15 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
"Saya sedih apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz
Khairuddin mencadangkan supaya parlimen membentangkan usul untuk
melucutkan kerakyatan Anwar atas alasan beliau mengancam ketenteraman
awam dan keselamatan negara," ujar pensyarah Pusat Pengajian Sejarah,
Politik dan Strategi UKM, Prof Mohammad Agus Yusoff.
Pada beliau, tuntutan Fairuz itu adalah satu ugutan yang tidak sepatutnya diucapkan.
Ini, katanya kerana Perlembangaan Perkara 28(2) menyatakan: “Tiada seorang pun yang dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25.” Ini bermakna kerakyatan Anwar yang merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sama sekali tidak boleh dilucutkan.
Perkara 26B(2) pula memperuntukkan: “...tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan ... jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara.”
"Dengan melihat kepada peruntukan perlembagaan di atas, maka tidakkah cadangan untuk melucutkan kerakyatan Anwar itu sebagai tidak masuk akal dan memalukan?
"Saya tidak bela Anwar. Anwar mungkin melakukan kesalahan, dan jika itu yang berlaku, maka jangan cadangkan perkara yang tidak masuk akal untuk melucutkan taraf kerakyakan beliau," ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebaliknya, kata beliau desaklah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada.
"Ingatlah, politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam," katanya lagi.
KOTA BHARU 14 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu
reda dengan ketentuan Allah SWT setelah gagal mencapai impiannya
menjadi Perdana Menteri apabila ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sebagai seorang Islam, Anwar perlu menerima kegagalannya itu dengan hati terbuka.
Beliau berkata, Allah telah menentukan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara ini dan pakatan pembangkang pula ditakdirkan untuk tiga negeri, maka tidak ada sebab bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh menerima ketentuan tersebut.
"Kita orang Islam perlu bersatu padu di atas nama Islam, bukannya menghasut orang dengan mengadakan demonstrasi sehingga berupaya mengundang perpecahan.
"Dia (Anwar) kena sedar diri, dia sudah tidak mampu menjadi Perdana Menteri dan kalau jadi sekali pun, dia pasti akan jatuh juga. Jadi redalah dengan semua ini. Kalau dia masih tidak reda, dari segi akidah, dia akan menanggung dosa yang besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menasihatkan Anwar menerima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan takdir.
Sejak minggu lalu, Anwar secara berterusan menghasut rakyat mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu dengan sebahagian besarnya disertai generasi muda Cina.
Tambah Abdullah, beliau secara peribadi melihat tindakan Anwar tersebut menunjukkan sifat sebenar Ketua Pembangkang itu yang begitu inginkan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.
"Saya ingin nasihatkan Anwar, dia sudah dua kali kalah dalam pilihan raya yang telus sehingga menyaksikan mereka turut diberi mandat memerintah sesetengah negeri, jadi terima ketentuan Allah. Segala percaturan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-Nya," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff pula menyifatkan cara pemikiran Anwar sudah tidak betul kerana terlalu mengikut emosi dan tidak dapat menerima keputusan PRU-13.
Mohd. Syamsul berkata, walaupun sudah jelas rakyat menolak beliau menjadi Perdana Menteri, namun Anwar masih tidak boleh menerima hakikat tersebut dengan terus mengadakan perhimpunan haram.
"Saya ingin nasihat rakyat jangan terikut-ikut dengan Anwar yang hanya mengunakan rakyat untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri," nasihat beliau.
Pada beliau, tuntutan Fairuz itu adalah satu ugutan yang tidak sepatutnya diucapkan.
Ini, katanya kerana Perlembangaan Perkara 28(2) menyatakan: “Tiada seorang pun yang dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25.” Ini bermakna kerakyatan Anwar yang merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sama sekali tidak boleh dilucutkan.
Perkara 26B(2) pula memperuntukkan: “...tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan ... jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara.”
"Dengan melihat kepada peruntukan perlembagaan di atas, maka tidakkah cadangan untuk melucutkan kerakyatan Anwar itu sebagai tidak masuk akal dan memalukan?
"Saya tidak bela Anwar. Anwar mungkin melakukan kesalahan, dan jika itu yang berlaku, maka jangan cadangkan perkara yang tidak masuk akal untuk melucutkan taraf kerakyakan beliau," ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebaliknya, kata beliau desaklah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada.
"Ingatlah, politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam," katanya lagi.
Ketua Pembangkang diminta reda ketentuan Allah
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sebagai seorang Islam, Anwar perlu menerima kegagalannya itu dengan hati terbuka.
Beliau berkata, Allah telah menentukan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara ini dan pakatan pembangkang pula ditakdirkan untuk tiga negeri, maka tidak ada sebab bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh menerima ketentuan tersebut.
"Kita orang Islam perlu bersatu padu di atas nama Islam, bukannya menghasut orang dengan mengadakan demonstrasi sehingga berupaya mengundang perpecahan.
"Dia (Anwar) kena sedar diri, dia sudah tidak mampu menjadi Perdana Menteri dan kalau jadi sekali pun, dia pasti akan jatuh juga. Jadi redalah dengan semua ini. Kalau dia masih tidak reda, dari segi akidah, dia akan menanggung dosa yang besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menasihatkan Anwar menerima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan takdir.
Sejak minggu lalu, Anwar secara berterusan menghasut rakyat mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu dengan sebahagian besarnya disertai generasi muda Cina.
Tambah Abdullah, beliau secara peribadi melihat tindakan Anwar tersebut menunjukkan sifat sebenar Ketua Pembangkang itu yang begitu inginkan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.
"Saya ingin nasihatkan Anwar, dia sudah dua kali kalah dalam pilihan raya yang telus sehingga menyaksikan mereka turut diberi mandat memerintah sesetengah negeri, jadi terima ketentuan Allah. Segala percaturan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-Nya," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff pula menyifatkan cara pemikiran Anwar sudah tidak betul kerana terlalu mengikut emosi dan tidak dapat menerima keputusan PRU-13.
Mohd. Syamsul berkata, walaupun sudah jelas rakyat menolak beliau menjadi Perdana Menteri, namun Anwar masih tidak boleh menerima hakikat tersebut dengan terus mengadakan perhimpunan haram.
"Saya ingin nasihat rakyat jangan terikut-ikut dengan Anwar yang hanya mengunakan rakyat untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri," nasihat beliau.
Ahmad harap Tok Guru kekal Mursyidul Am
Harakahdaily, | 15 Mei 2013 |
Menurutnya, khidmat dan tunjuk ajar Tuan Guru masih diperlukan untuk terus memimpin parti biarpun tidak lagi menjadi Menteri Besar.
Beliau merujuk kepada laporan akhbar semalam bahawa Tuan Guru melahirkan kesediaan untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am PAS sekiranya mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti.
"Pada saya, kesediaan tokguru tersebut sangat wajar memandangkan pandangan dan tunjuk ajar beliau masih diperlukan dalam memandu halatuju parti.
"Saya yakin semua pihak dalam PAS sangat-sangat menyayangi beliau. Insya-Allah saya berharap agar beliau akan terus kekal sebagai Mursyidul Am PAS selagi hayat dikandung badan," katanya dalam Facebook.
Dalam sidang media semalam Tuan Guru Nik Aziz berkata beliau sedia untuk terus menggalas amanah sebagai mursyidul Am PAS sekiranya mendapat persetujuan PAS pusat.
Katanya, biarpun tugas itu berat berbanding tugas sebagai Menteri Besar Kelantan sebelum ini, namun jika diamanahkan, beliau akan menerimanya.
“Mursyidul Am itu lantikan dari pusat, dia beri, saya terima, kalau tak bagi pun tak apa, kalau dilantik, saya bersedialah.
"Inilah jawatan yang paling membebankan saya. Menteri besar tak banyak bebanan.
"Mursyidul am ini tiru Nabi Muhammad SAW, tutur kata, makan minum, tingkah laku, ini bebanan yang berat,” katanya.
Mengikut perlembagaan PAS, perlantikan Mursyidul Am diputuskan oleh mesyuarat Majlis Syura Ulamak selaku badan tertinggi parti itu.
Kenapa kau menangis nak?
., | 15 Mei 2013 |
Si ayah, lantas bertanya: "Kenapa kau menangis nak?"
"Saya kasihankan ayah..." jawab anaknya dengan nada yang tersekat-sekat.
"Oh... Sebab ayah sudah penat berjuang, sudah banyak berkorban; tapi tak menang?" sambut si ayah.
"Bukan itu..." si anak menafikan tekaan ayahnya.
"Sudah tu, kenapa?" tanya si ayah kembali.
"Saya teringat. Hari tu, ayah buat kira-kira. Ayah tersenyum. Ayah kata, kalau PR menang, kita ada duit lebih setiap bulan. Ayah kata, duit tol dah tak ada. Petrol dah murah. Ayah kata, kalau PR menang, kita akan ada duit yang cukup untuk beli dan bayar bulanan kereta. Ayah nampak lebih gembira bila menyatakan bahawa hati ayah lega kerana tak perlu lagi fikir di mana lagi nak cari duit untuk pembelajaran saya di universiti dan persekolahan adik-adik..."
Si ayah terus terdiam. Lidahnya kaku. Direnungnya mata anaknya itu. Tiba-tiba, matanya digenangi air. Ya, ada benar juga kata-kata anaknya itu. Namun, apa yang membuat dia terasa lebih hiba adalah betapa anaknya itu turut menumpang rasa susah dan kesedihan yang ditanggungnya...
Sumber whatsapp.
Senyum
Cubaan heret Azmin ke JK disiplin PKR
Seorang
pemimpin Pemuda PKR (AMK) membuat aduan kepada jawatankuasa disiplin
parti itu supaya terdapat tindakan diambil terhadap timbalan presidennya
Azmin Ali kerana mengkritik secara terbuka Presiden Datuk Seri Wan
Azizah Ismail.
Ketua AMK Balik Pulau, Pulau Pinang, Mohd Faizal Ab Rahman berkata, tindakan itu amat tidak wajar dan perlu dipandang serius kerana menimbulkan polemik negatif berhubung isu dalaman parti.
"Menggunakan pentas/pejabat parti untuk sidang media mengkritik presiden parti adalah keterlaluan," surat aduannya bertarikh 11 Mei yang salinannya diperoleh Malaysiakini itu dipetik.
Ali pada 10 Mei lalu mengkritik kepimpinan parti kerana didakwa mengamalkan nepotisme atau pilih kasih dengan mengetepikan pandangan kepimpinan Selangor dalam menentukan calon menteri besar negeri itu.
Beliau berkata, Wan Azizah menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar tanpa persetujuan PKR negeri.
Khalid mengangkat sumpah sebagai menteri besar untuk penggal kedua di Klang semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan