Selasa, 14 Mei 2013

BERSATU SATU BENDA YANG BAIK...BAGI PARTI YANG BANYAK ANGGOTA ISLAM ...MAKA TERTUBUHNYA BIAR BERDASARKAN AKIDAH BUKAN KAUM...PELIK PERTUBUHAN MELAYU ADA AHLI BUMIPUTRA TAPI TAK ISLAM SEPERTI DISABAH...ITU YANG KITA DENGAR BETUL ATAU TAK....TAK TAHU LAH

Orang Cina DAP makan sampai licin pinggan setelah dengar kuliah TGNA
Posted on Tuesday, May 14 @ 09:25:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Facebook Irfan Hisham

"Tadi saya berbincang dengan seorang jurutera Cina yang juga pengundi di Parlimen Titiwangsa. Selesai hal kerja, kami makan tengahhari bersama.

Dalam borak kosong kami, dia mengaku penyokong DAP dan mengundi calon PAS pada PRU13. Selesai makan, saya tengok pinggannya licin, tiada sedikit pun sisa.

Saya berseloroh, "Licin makan. Lapar sungguh orang KL". Dia tersengih menjawab," Hari tu saya ada dengar ceramah Tok Guru (Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat).

Dia cakap membazir ni perangai kawan baik syaitan, perangai orang sombong, Tuhan tak suka.Dulu saya suka makan tak habis. Lepas ceramah tu saya tak membazir lagi. Makan mesti licin."

Ya, itulah "Cina Celaka Chauvinist Rasis Penghancur Islam Perosak Melayu DAP".

Sumber ihsan: FB Abdul Rahim Hilmi Zakriya.

Cina sokong BN = Cintakan Malaysia
Cina sokong PR = Rasis/Chinese Tsunami
Melayu sokong BN = Patriotik
Melayu sokong PR = Kuda Cina

Sampai bila?

Seranglah cina beribu kali pun dengan andaian-andaian kita, kalau anda rasa itu imej yang baik untuk status Islam yang ada dalam IC kita.

*Adanya Islam bukan hanya untuk di pertahankan atas dasar perlembagaan, tapi juga untuk di hebahkan atas dasar keamanan!

Sumber: FB Irfan Hisham

Nasrudin: Gesaan Umno-Pas bersatu ungkapan jenaka
NIZAM ZAIN
14 Mei 2013
Nasrudin Hasan
Ketua Pemuda Pas , Nasrudin Hassan Tantawi
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan mutakhir ini  sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang kesan.

Sebaliknya ujar beliau, ia hanya akan menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, usaha penyatuan itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) masih meneruskan penindasan terhadap hak rakyat terutamanya dalam soal pemberian royalti minyak dan pembangunan di kawasan atau negeri yang dimenangi pembangkang.

“Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.

“... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika berucap dalam program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM, semalam.

Nasharudin menggesa agenda penyatuan kedua-dua parti itu dijadikan sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini.

Dalam pada itu, Nasrudin mendakwa isu perpaduan cuba digunakan Umno-BN apabila terdesak setelah gagal memperbaiki rekod prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akibat hilang sokongan rakyat dengan hanya menang mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

“Dalam isu royalti minyak, tuntutan rakyat tak diberikan, lepas itu mereka tertekan, kemudian nak ajak cakap soal perpaduan, ia sesuatu yang tak masuk akal.

“Selagi apa yang berlaku hari ini, ungkapan itu hanya untuk melariskan surat khabar saja.

“Umno-BN saban hari menyerang Pas gunakan tv dan surat khabar, menyebabkan ada maklum balas daripada Pas, akhirnya hubungan Umno-Pas semakin tengang.

Tambah beliau, kerjasama itu sukar direalisasikan jika Umno-BN terus-menerus menyerang dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Pas termasuklah parti Islam itu mengamalkan ajaran sesat dan menggadaikan prinsip Islam.

Agak kurang manis tegasnya jika selepas itu Umno-BN ingin berunding dan bercakap mengenai soal perpaduan dan kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam itu.

“Satu ungkapan yang tak manis dan tak dipandang positif oleh masyarakat.

“... buatlah perubahan dulu, jangan asyik dera rakyat, kerajaan Umno kena tunaikan kehendak dan kemahuan rakyat yang baik.

“Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan,” katanya.

Tambah beliau, gesaan itu juga pernah dilontarkan oleh anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah, yang mengatakan bahawa sekiranya Pas menyertai Umno, hudud akan dilaksanakan.

“Kadang kala saya keliru dengan ucapan itu, yang bercakap itu kerajaan BN.

“Kalau Umno bentang hudud di Parlimen, insya-Allah ahli parlimen Pas akan sokong mereka, tapi kerajaan kena buktikan dulu,” tegasnya.
Kabinet Transformasi Najib
MUHAMAD MAT YAKIM
14 Mei 2013
Kabinet Transformasi Najib
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama wakil-wakil BN Negeri selepas taklimat pada majlis penyerahan watikah pelantikan calon PRU13.
SHAH ALAM - Namakanlah apa sahaja sama ada Kabinet Transformasi atau sebarang nama lain, barisan jemaah menteri pasca PRU13 seharusnya adalah pasukan terbaik dan paling mantap untuk memperkasakan semula BN menghadapi PRU14.

Ini kerana tanpa barisan terkuat, sukar bagi kerajaan untuk menangkis serangan pembangkang yang turut membariskan barisan bertenaga bagi mengasak BN yang sudah masuk penggal kedua bertahan tanpa majoriti dua pertiga.

Di pihak rakyat pula, kita semua tertunggu-tunggu, siapakah yang bakal mengisi barisan terkuat itu? Kalangan pemerhati menjangka Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumum senarai itu hari ini atau selewat-lewatnya esok.

Meskipun menamakan anggota Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri (untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong), namun sebagai pelanggan kepada kerajaan, kita juga mempunyai hak untuk menyuarakan harapan malah menyediakan senarai bayangan siapa yang kita fikir layak berada dalam senarai itu.

Pada masa yang sama, kita juga fahami kriteria dan aspek yang perlu diberi pertimbangan Najib selaku ketua parti dan juga ketua kerajaan yang memenangi pilihan raya bukan dengan majoriti yang benar-benar kukuh.

Situasi ini memerlukan beliau benar-benar teliti termasuk untuk mencegah api rasisme yang sudah mula ditiupkan oleh pihak tertentu sehingga mencetuskan apa yang dipanggil tsunami Cina pada pilihan raya lalu.

Sehubungan itu, Kabinet baru ini seharusnya mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan ciri-ciri keseimbangan yang boleh diterima oleh semua pihak.

Di Jabatan Pengarang Sinar Harian petang semalam, setelah jenuh berbincang dengan berbagai-bagai hujah untuk menyokong pilihan masing-masing, kami ketengahkan senarai anggota Kabinet Transformasi yang difikirkan layak.

Di Jabatan Perdana Menteri, barisan sedia ada yang terdiri daripada Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili masih boleh dikekalkan dengan portfolio masing-masing.

Jamil Khir malah mempunyai kedudukan yang lebih kukuh berbanding penggal lalu kerana beliau kini tidak lagi bersandar pada kerusi Ahli Dewan Negara (Senator). Kejayaannya merampas kerusi Parlimen Jerai dari tangan Pas harus diberi pengiktirafan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula sudah sampai masa untuk dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh, kekal di JPM. Walaupun MCA sebagaimana yang diumumkan oleh presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah membuat ketetapan untuk menolak jawatan dalam kerajaan, Sinar Harian berpendapat wakil parti itu yang menang tidak seharusnya dipinggirkan.

Pemimpin seperti timbalan presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong masih perlu diberi tempat dalam kerajaan. Mereka juga dilihat barisan pelapis yang berkeupayaan untuk menongkah tsunami Cina yang sedang melanda.

Tiong Lai harus diberi pertimbangan untuk menduduki portfolio tradisi MCA sebagai Menteri Pengangkutan manakala Dr Wee mengambil alih portfolionya sebagai Menteri Kesihatan.

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel yang baru menang kerusi Parlimen Cameron Highlands pula boleh mengambil semula portfolio Kerjaraya yang sebelum ini cukup sinonim dengan Datuk Seri S Samy Vellu. Pada penggal lalu, kementerian itu dipegang oleh Umno menerusi Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Datuk S Subramaniam yang mengekalkan kerusi Parlimen Segamat, dikira paling sesuai untuk kekal juga sebagai Menteri Sumber Manusia. Dari Sabah, Datuk Anifah Aman dianggap cukup berkeupayaan untuk dikekalkan sebagai Menteri Luar.

Dari Sarawak pula selain mengekalkan Datuk Seri Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Fadzillah Yusoff dikira layak untuk naik pangkat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Sebelum ini, beliau timbalan menteri di kementerian berkenaan.

Bagi memperkasakan lagi bidang pertanian dan industri asas tani sekali gus mendekatkan lagi kerajaan dengan masyarakat luar bandar yang setia menyokong ketika pengundi bandar mula beralih arah, menteri yang diberi tanggung jawab itu juga seharusnya daripada kalangan pemimpin kanan parti. Untuk itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dikira sesuai.

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menduduki kerusi yang sama dalam Umno, beliau juga pernah diberi portfolio ini pada era kerajaan Pak Lah. Dua lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dijangka akan dikekalkan jawatan lalu.

Bekas Menteri Kerjaraya, Shaziman pula mungkin akan mengambil alih teraju Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini kerana ketetapan MCA untuk menolak jawatan Kabinet dilihat paling banyak boleh diisi wakil parti itu hanya dua kerusi menteri.

Datuk Noriah Kasnon yang berjaya mengekalkan rekod cemerlang di kerusi Parlimen Sungai Besar, wajar diberi pertimbangan untuk naik pangkat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dalam pada itu, muka baru yang dikira tidak dapat tidak harus berada dalam Kabinet termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Meskipun kali pertama, Khairy harus diberi pertimbangan untuk lantikan sebagai menteri penuh. Kementerian paling sesuai dengannya jika bukan Belia dan Sukan ialah di Angkasapuri (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan).

Idris pula sebagai Menteri Pelajaran. Ini mengambil kira kesan besar yang ditinggalkannya di Terengganu menerusi pelbagai program kecemerlangan seperti program Ulul Albab yang kemudian diteruskan di MRSM sejak beliau memegang jawatan Pengerusi Mara. Juga kejayaannya mengilhamkan Sekolah Imtiaz yang menggabungkan pendidikan Islam dan sains di bawah Yayasan Terengganu (YT).

Dari Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dijangka paling sesuai untuk isi portfolio sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ini sebagai hadiah kepada Umno Kedah yang berjaya ambil alih pemerintahan negeri daripada PR dan sehubungan itu, usaha untuk menggiatkan pembangunan kawasan luar bandar negeri itu harus diberi perhatian.

Dari Wilayah Persekutuan, Datuk Johari Abdul Ghani dijangka akan mengisi slot sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Ini menepati isu yang perlu diperjuangkannya sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa di mana isu Kampung Baru menjadi fokus sejak sekian lama.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijangka kekal dengan portfolionya. Mungkin kejutan, Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas pada pilihan raya lalu masih diperlukan. Malah beliau wajar dilantik Senator dan Menteri Pengajian Tinggi memandangkan keupayaannya mendekati dan memahami golongan pelajar universiti sebagai langkah mendekatkan mereka dengan kerajaan.

Menidakkan Saifuddin dengan fungsi itu seolah-olah membiarkan jurang pelajar dan kerajaan semakin melebar. Datuk Seri Noh Omar hampir pasti kekal dalam Kabinet dengan portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin sebagai Menteri Kewangan manakala Datuk Seri Husni Hanadzlah ke MITI. Dalam pada itu, pada barisan timbalan antara yang boleh diketengahkan termasuk Datuk Irmohizam Ibrahim, juga Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim dijangka mengisi salah satu kerusi timbalan menteri. Ya, benar agak ramai muka lama masih berada dalam Kabinet ramalan Sinar Harian.

Inilah transformasi di mana peralihan harus dibenarkan berlaku secara lancar dan teratur daripada yang lama kepada yang baru. Dalam beberapa tahun, mungkin sesingkat dua tahun akan datang, mungkin akan ada peralihan lagi.
Muka baru dari Sabah dan Sarawak isi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet

14 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Muka baru dari Sabah dan Sarawak disebut-sebut akan mengisi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet berikutan pendirian MCA dan Gerakan tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan.

Keputusan dua parti terbesar kaum Cina Barisan Nasional (BN) itu adalah atas dasar 'menghormati keputusan pengundi' selepas kedua-dua parti itu mencapai prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Antara nama yang disebut untuk dilantik sebagai menteri mewakili kaum tersebut ialah Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing.

Anggota Parlimen Bintulu berusia 52 tahun itu merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiong, lulusan sarjana pentadbiran perniagaan dan sains politik dari Royal Ireland Institute of Business and Technology, merupakan seorang usahawan dalam pembangunan hartanah, pembinaan dan industri kayu sejak 20 tahun lepas.

Selain Tiong, dua anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin, 57, anggota Parlimen Batu Sapi dan juga Datuk Mary Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, 62, anggota Parlimen Tawau, turut dikaitkan sebagai calon Kabinet.

Linda Tsen merupakan Timbalan Ketua Wanita PBS dan mula bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 Nov 2010 berikutan kematian suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya.

Mary Yap merupakan perunding kanan di Institut Aminuddin Baki dan merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk sekolah kluster.

Selain itu, beberapa nama anggota Parlimen dari Umno turut dipertimbangkan dan antaranya Datuk Halimah Mohd Sadique, 51, anggota Parlimen Tenggara.

Beliau dikatakan akan mengisi jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan pengalamannya selama empat penggal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Johor sejak 1995.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, 37, dan rakan seangkatannya Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, 41, turut disebut antara muka baru yang akan menyertai Kabinet kali ini.'

Khairy, pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, merupakan anggota Parlimen Rembau untuk dua penggal dan Reezal Merican merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain itu, tiga bekas menteri besar antara nama-nama disebut iaitu bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, 62, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, 53, dan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, 58.

Bekas anggota Kabinet yang dijangka kembali semula ialah Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, 61, dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, 64. - Bernama

Wujudkan kementerian khusus OKU dalam kabinet

Harakahdaily, 14 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU mengharapkan kabinet baru Malaysia yang akan dibentuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mewujudkan potfolio bagi pembangunan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pengerusinya Mohammad Faizal Che Yusof berkata, portfolio OKU yang dulunya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak lagi sesuai dilaksanakan dalam suasana isu OKU yang kian kompleks seperti hari ini.

"Saiz KPWKM yang terlalu besar dan terpaksa memberi perhatian kelompok masyarakat yang luas telah sedikit sebanyak merencatkan pembangunan OKU di Malaysia selama ini bilamana hal ehwal OKU hanya berada di dalam salah satu jabatan dalam kementerian tersebut.

"Sebagaimana dicadangkan oleh banyak pihak sebelum ini, KPWKM sekurang-kurangnya mesti dibahagikan kepada dua iaitu Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Kementerian Pembangunan OKU dan Kesejahteraan Masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ini kerana mengambilkira unjuran bersama yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO dan World Bank bahawa 15% populasi penduduk terdiri dari OKU.

Maka katanya, telah tiba masanya kementerian yang dicadangkan diwujudkan di negara ini bagi memastikan kandungan Akta OKU 2008 dan Konvensyen Antarabangsa Berkaitan Hak-hak OKU mampu dilaksanakan.

Henti perkauman, selami aspirasi rakyat pasca PRU13

Harakahdaily, 14 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia amat kesal dengan kenyataan berbaur perkauman yang dibuat oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah yang mahu kaum Melayu memulakan tindakan agresif untuk berdepan dengan kaum Cina bagi mempertahankan hak mereka dan menyusun kembali masyarakat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ianya adalah kenyataan provokasi yang boleh membakar semangat perkauman apatah lagi ianya dibuat di ambang ulang tahun insiden 13 Mei yang menjadi titik hitam di dalam sejarah hubungan antara kaum di negara kita.

Katanya, kenyataan sedemikian tidak mencerminkan kelayakan bagi seorang individu yang pernah diangkat oleh masyarakat berbilang kaum di negara kita ini dengan gelaran ‘Yang Arif’.

“Demi kehormatan profesion yang pernah beliau sandang dan jaminan keharmonian masyarakat, kami menuntut Datuk Mohd. Noor segera menarik semula kenyataan beliau dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas ketegangan suasana yang timbul dari pandangan beliau itu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia bersetuju dengan pandangan kumpulan-kumpulan think-tank perdana yang menganggap keputusan PRU13 bukanlah satu tsunami politik mana-mana kaum.

Beliau menambah, ianya adalah ketetapan golongan muda dan rakyat yang menetap di bandar dan luar bandar yang di antaranya terdapat perbezaan besar dari aspek pendidikan politik dan akses kepada maklumat.

Oleh itu, ujar beliau mendasarkan apa jua hujah di atas alasan perkauman untuk mentafsirkan keputusan piliharaya ini adalah merupakan pandangan dangkal yang dibuat bagi memenuhi nafsu politik sesetengah pihak yang tidak mahu redha dengan pemilihan rakyat.

“Kami menggesa supaya semua pihak khususnya media pemerintah untuk menghentikan tindakan-tindakan provokasi yang menyalahkan kaum tertentu sebagai justifikasi kepada prestasi buruk BN di dalam PRU13 ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sebaiknya, gesa Nasrudin semua pihak berperanan memulakan dialog nasional untuk mengenalpasti aspirasi sebenar rakyat yang telah menyatakan pendirian mereka di dalam pilihanraya bersejarah ini.
Dppk Bagan Datoh and Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat shared Dewan Ulamak PAS Pusat's photo.
Setiap Detik Ucapan Selamat Hari Guru Kepada Seluruh Para Ulamak Yang Membawa Mesej Islam Di Negara Ini ... Jom LIKE @[112140085517515:274:Dewan Ulamak PAS Pusat]
Setiap Detik Ucapan Selamat Hari Guru Kepada Seluruh Para Ulamak Yang Membawa Mesej Islam Di Negara Ini ...

Dppk Bagan Datoh and 2 other friends shared Jundi Tarbawi's photo.
Politik Islam adalah politik damai. Ia jalan islah, bukan menghancur kebaikan sedia ada. Saya ke parlimen untuk Islam saja, bukan memasyhur diri.. - Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

sumber : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=658273500865657&id=177786515581027

Dppk Bagan Datoh and Dppk Bagan shared Dewan Ulamak PAS Pusat's photo.
Manakah pilihan anda ? ...Akidah Islam atau Fahaman Kebangsaan yang sempit ? JOM SAYANGI @[112140085517515:274:Dewan Ulamak PAS Pusat]
Manakah pilihan anda ? ...Akidah Islam atau Fahaman Kebangsaan yang sempit ? JOM SAYANGI Dewan Ulamak PAS Pusat
Dewan Pemuda Pas Melaka shared Hanya Di Kelate's photo.
Please "SHARE" Dari Menteri Besar Kelantan...

'Justeru apabila saya diamanahkan sbg Menteri Besar, apa yg saya inginkan ialah kerjasama semua pihak dan teguran ikhlas sekiranya terdapat apa2 kecacatan..bantulah saya utk meneruskan dasar membangun bersama islam....' - Ustaz Mad, Menteri Besar Kelantan.

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"
::: Eksklusif @[212631922161808:274:Hanya Di Kelate] ::::
Please "SHARE" Dari Menteri Besar Kelantan...

'Justeru apabila saya diamanahkan sbg Menteri Besar, apa yg saya inginkan ialah kerjasama semua pihak dan teguran ikhlas sekiranya terdapat apa2 kecacatan..bantulah saya utk meneruskan dasar membangun bersama islam....' - Ustaz Mad, Menteri Besar Kelantan.

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"
::: Eksklusif Hanya Di Kelate :::

Noah Zig shared Pesona TAUHID's photo.
TENTARA KOREA BERBONDONG-BONDONG MASUK ISLAM

Sebanyak 38 orang tentara Korea Selatan secara spontan berikrar masuk Islam. 
Dari ke-38 tentara Korsel itu, satu di antaranya seorang komandan berpangkat kapten bernama San Jin Gu, dan 37 orang prajurit bawahannya. 
Kapten San adalah salah satu komandan Brigade 11 SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Mereka bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara.

Saat bertugas di wilayah tersebut, sang kapten sering mengamati orang-orang Islam yang tengah shalat berjamaah di masjid. Markas pasukannya memang berada dekat sebuah masjid. 
Ia tertegun saat mengamati gerakan-gerakan shalat itu. 
Karena dihinggapi rasa penasaran, iapun mencoba menirukan seluruh gerakan shalat, dan dipraktikan di kamarnya seorang diri.

Pada saat mempraktikan itu kapten San merasakan ketenangan dan perasaan damai.
Itulah sebabnya, gerakan-gerakan shalat itu kemudian ia jadikan program meditasi (disamping Yoga) dalam pasukan yang dipimpinnya. 
Dan ternyata setelah mempraktikan gerakan-gerakan shalat, sebagian besar prajurit merasakan hal yang sama. Mereka juga merasa lebih tenang dan damai. Sejak saat itu kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih mendalam lagi. Sehingga akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatan hendak memeluk Islam disampaikan kepada anak-buahnya, ia berkata : “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya. Aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”. 
Tanpa ia duga, secara spontan ke-37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai pertanda untuk ikut bersama komandannya memeluk Islam.

Subhanallah ... 

-------- NB :
Mohon dengan ikhlas mengklik Bagikan / Share artikel ini, mudah-mudahan dapat bermanfaat bagi saudara-saudara kita lainnya.

(Sumber : www.facebook.com/indoquran.web.id)
---------

umno/barisan nasional SEDANG DIBOGELKAN OLEH NEGARA LUAR

Tindakan beberapa negara kelas pertama dan kedua membogelkan kemenangan barisan nasional dilihat sebagai sesuatu yang amat malang bagi negara malaysia secara am dan rakyat malaysia secara khususnya.Tindakan perdana menteri magik dan kabinet-kabinet baghalnya yang hanya diam seribu bahasa tanpa mengambil sebarang tindakan saman atau permohonan maaf menunjukkan betapa benarnya mereka menipu dalam PRU 13 dengan bantuan spr.menurut satu sumber dalaman sebenarnta tidak ada satu negara kelas pertama dan kedua yang mengucapkan tahniah sebaliknya mereka mengutuk kerajaan malaysia yang tidak menjalankan sistem demokrasi dalam pru13 tersebut.mengikut kepada semakan melalui akhbar luar secara online kerajaan malaysia menerima tekanan dan kutukan yang keterlaluan kepada kerajaan malaysia mengenai penipuan pilihanraya ini.Dan ini secara langsung memberi kegembiraan kepada Muhyidin Yassin untuk menjadi perdana menteri malaysia yang ke 7.najib razak seharusnya meletak jawatan serta merta kerana tidak mampu menangkis sebarang kutukan negara luar sebalik mengambil sikap diam seribu bahasa macam baghal.

Like · · · 12 minutes ago ·
Pas Cawangan Mesira Hilir and Noah Zig shared Blackout 505. Suara Rakyat Suara Keramat's photo.
PELUANG BESAR MENANTI PR ! ALLAHHUAKBAR !

237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenal pasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.

Rafizi“Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.

“Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis,” kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurutnya, 27 kerusi Parlimen disenarai pendek untuk siasatan lebih mendalam iaitu Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu dan Beaufort.

Selain itu ialah kerusi Parlimen Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok.

Tambah Rafizi, setakat ini beliau turut menerima aduan salah laku pilihan raya di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), kebanyakannya dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Enam jenis kesalahan pilihan raya dikenal pasti dan proses mengumpul bukti sedang dilakukan minggu ini. Kesalahan pilihan raya tersebut ialah:

1. Pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, membuktikan wujudnya pengundi hantu dalam daftar pengundi.

2. BN membeli undi dengan menawar dan membayar wang atau baucer yanng boleh ditukarkan tunai kepada pengundi.

3. Wujud pengundi-pengundi tidak dikenali didaftarkan di alamat pemilik rumah, berdasarkan laporan polis dibuat pemilik rumah asal.

4. Dakwat kekal yang hilang dan tidak menepati syarat pengurusan pilihan raya.

5. Kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula, atau tidak memberi salinan Borang 14 seperti diperuntukkan Undang-undang.

6. Pengundi disyaki warganegara asing yang diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.
Justeru, Rafizi menggalakkan saksi atau mereka yang mempunyai bukti kesalahan pilihan raya untuk tampil membantu pasukan #SiasatPRU13 yang memulakan siasatan minggu ini.

“Kita perlu seminggu lagi untuk membina kes. Minggu ini, kami dibantu 67 sukarelawan yang terdiri dari peguam dan akauntan.

“Selain analisa kualitatif dibuat #SiasatPRU13, pasukan ini juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenal pasti pelbagai perkara.

“Ini menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU ke-13 dimenangi Barisan Nasional melalui penipuan,” kata Rafizi.

Ayuh ! Pemuda . .
"mereka itulah pemuda-pemuda yg beriman lalu kami berikan mereka petunjuk.."
Azizul Yusof Lenggong and 3 other friends were tagged in Kedah Kini's photo. — with Miji Tan Original and 45 others.
PECAH BERITA ! KEGIATAN BELI UNDI TERBONGKAR....SAKSIKAN BUKTI BERGAMBAR !!!..BRUM,BONUS@RASUAH.....berita penuh LINK sini >>>  http://pkrl.blogspot.com/2013/05/pecah-berita-kegiatan-beli-undi.html
PECAH BERITA ! KEGIATAN BELI UNDI TERBONGKAR....SAKSIKAN BUKTI BERGAMBAR !!!..BRUM,BONUS@RASUAH.....berita penuh LINK sini >>> http://pkrl.blogspot.com/2013/05/pecah-berita-kegiatan-beli-undi.html
Zaiton Nasir shared PanduanIslam.com's photo.
..Kisah Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat...

Dulu masa mula-mula naik jadi Menteri Besar Kelantan, Tok Guru arahkan gaji Menteri Besar dipotong separuh. rasenya ni semua da maklum.

Pernah satu hari, tok guru tengok gaji dia, pastu dia hairan camne boleh ada banyak sangat ni, padahal da potong separuh.Tanye punya tanya pegawai kewangan kata ni duit tambahan kepada elaun rumah 3000 sebulan. Menteri besar yang duduk rumah sendiri berhak menerima rm3000 sebulan. nak tahu Tok guru jawab apa??ni yang menarik.

Tok guru kata, hamba duduk rumah hamba sendiri, tak perlu bayar sewa, pastu Tok guru suruh pegawai kewangan kira balik banyak mana da duit elaun rumah ditelah dimasukkan dalam akaun Tok guru dan Tok Guru bayar balik duit tersebut. bukan saja yang bakal dimasukkan dimahsuhkan, tapi yang telah dimasukkan dalam akaun Tok guru pun Tok guru bayar balik.

Maka jawabnya, nok cari mana Menteri Besor camni???seribu tahun belum tentu jumpe macam yang ada sekarang di Kelantan!

Jom SHARE...(^_^)

Azhan Shah shared N45 Selat Klang's photo.
Senarai hotspot wifi Selangorku
Senarai hotspot wifi Selangorku

TAKZIAH PADA YANG GUGUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
A-Fatiha
Ahmad Farhan Ruslan
A-Fatiha Kpl 1124833 Khairul Anuar
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha
A-Fatiha

Tiada ulasan: