Sabtu, 9 Mac 2013

UJUDNYA ALLAH SATU YANG PASTI....TAPI RAMAI YANG TAK BERIMAN...ADA YANG BERIMAN TAPI BERIMAN TAK SEPENUH HATI...ADA BERIMAN SEBAB KETURUNAN SAJA...TENTANG ALLAH DAN ISLAM BUTA TERUS...DAN TAK MAHU BELAJAR TENTANG ALLAH DAN ISLAM....TAK HAIRAN KALAU MEREKA INGKAR DAN MENENTANG ISLAM

PANAS: Episod Ketiga Lahad Datu.
Posted on Saturday, March 09 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: AntiKarat
"Setelah mencanai segala keanehan isu pencerobohan Lahad Datu dan disusuli kenyataan Pengerusi SPR yang membayangkan PRU13 di Sabah boleh ditangguhkan sekiranya Sabah diisytihar darurat, maka hati ini tidak lagi boleh menolak kemungkinan bahawa pencerobohan Lahad Datu adalah merupa salah satu episod dalam satu skrip yang telah dirancangkan.

Kita tak boleh menuduh kepada PM kerana kita tiada bukti. Kita tak boleh menuduh kepada Menteri Dalam Negeri atau Menteri Pertahanan malah SPR kerana kita tiada bukti. Lainlah kalau ada seseorang yang mendedahkan konspirasi tersebut, andaikata itu satu konspirasi peringkat tertinggi.

Namun, manusia ada hati dan minda. Bagai seorang bapa yang tengok anaknya asyik mengelamun dan berhias diri setiap kali keluar rumah, tentu di hati sang bapa akan berkata, “lain macam saja anakku sejak akhir-akhir ini”. Ibu bapa kuat nalurinya. Cuma bukti belum cukup untuk mengaitkan anaknya dengan alam berpacaran. Apabila terserempak dengan si anak dengan lelaki idaman, barulah sah apa yang disyaki selama ini.

Begitulah pula, isu Lahad Datu ini. Berlakunya di saat hampir benar Parlimen terbubar dengan sendirinya. Tak berani PM Najib membubarkannya seperti amalan PM-PM terdahulu. Kalau ikut pada cakap berdegar beliau, tak sempat Rosmah bangun tidur hendak diuar-uarkan pembubaran Perlimen. Kepakaran polis ialah melihat raut wajah dan riak mata seseorang untuk mengetahui sesuatu yang tak kena. Rakyat juga boleh melihat raut wajah dan riak mata PM Najib ketika melaungkan keyakinan BN akan terus berkuasa. Najib….Najib.

Episod petama, warganegara dua IC ‘masuk menceroboh’ tanah air. Episod kedua, serang dan perang. Episod ketiga, SPR beri bunga-bunga kemungkinan yang tak diinginkan. Episod keempat, Parlimen dibubarkan dan diadakan PRU13 kecuali bagi Sabah yang tergugat. Episod kelima, keputusan pilihanraya diumumkan satu demi satu. Episod keenam , ada dua kemungkinan lagi, kalau BN menang agak selesa, pilihanraya di Sabah akan diadakan untuk mengesahkan kemenangan. Kalau PR menang, keputusan tergantung kerana Sabah masih tak selamat.

Penulis berhadap monolog tersebut tidak benar dan tidak akan berlaku. Demokrasi mesti diteruskan. Nasib rakyat tidak wajar diperjudikan. Dosa-dosa pemimpin tidak wajar dibawa berkongsi dengan rakyat. Rakyat pula tidak cerdik untuk menjadi rakan kongsi ketakutan pemimpin. Rakyat mesti berjiwa merdeka. Rakyat hari ini adalah penentu nasib generasi anak-anak yang masih kecil. Anak cucu kita mesti diamanahkan kepada sebuah kerajaan yang ikhlas menjaga agama; bukan yang pandai berlakon dengan kalimah Allah, sebuah kerajaan yang telus dalam menjaga kepentingan rakyat; bukan yang pelahap menimbun kekayaan dalam kroni.

Masing-masing jangan berdegar-degar mempertahankan kebatilan hanya kerana takut kepentingan perut sendiri terancam. Ingatlah nasib anak-anak kita pada dekad-dekad mendatang. Mungkin suatu hari nanti anak kita pula melahirkan bayi secara haram lalu dihumban ke dalam longkang. Mungkin kita pula merana dan didera kerana anak menjadi penagih durjana. Mungkin kita pula menjadi mangsa jenayah, ragut, rompak dan bunuh. Yang pasti maruah kita akan disembelih sebaik sahaja pihak yang berjanji mempertahan kuasa dengan darah berjaya meneruskan kesinambungannya. Ingat, kitalah yang menentukan nasib diri dan zuriat yang menjadi pewaris tanah air tercinta ini.


 Akibat Najib Lembab buat Keputusan: Anggota Keselamatan di bunuh Kejam!!
Posted on Saturday, March 09 @ 00:28:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh FH



Kerajaan telalu lambat membuat keputusan terhadap pencerobohan di Lahad Datu. Manakala DS Najib banyak bermain politik akibatnya 8 Anggota Keselamatan telah dibunuh dengan kejam oleh Penceroboh.

Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara. Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.


Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.


Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Sumber links
 
 Sayful oh Sayful, Ayah sendiripun nak lawan!Tak belajar dengan Azizan?
Posted on Saturday, March 09 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,

Dua sidang akhbar oleh ayah dan kemudian anak menggemparkan, ayah menyatakan anaknya dipergunakan dalam konspirasi jahat terhadap DSAI, si anak pula tetap mempertahankan dia diliwat walaupun bukti perubatan menunjukkan anunya masih dara. Si anak Sayful, bersumpah dengan nama ALLAH akan tetap istiqamah dengan dakwaan dan sumpah laknatnya dan meminta ayahnya kembali ke pangkal jalan. Ke pangkal jalan mana?

Dalam hidup ini cuma ada dua kesudahan saja, iaitu syurga atau neraka, jalan mana Sayful mahu ayahnya kembali? Dan tidak ada ayah yang mahukan anaknya mengikut jalan neraka. Tapi tak pastilah dengan ayah Sayful, jalan mana yang hendak anaknya ikut?

Sebagai anak yang soleh, Sayful harus faham, ayah tidak boleh dibantah dalam erti derhaka, kalau ayahnya salah apa yang sepatutnya dia lakukan ialah mengemukakan bukti bukti yang sah dan jelas kepada ayah yang boleh menafikan dakwaan ayahnya ada dalang yang mengatur skrip drama liwatnya bukan setakat membuat sidang akhbar sambil membuat dakwaan tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.

Sayful perlu menunjukkan akhlak yang baik kepada ayahnya, dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum mengemukakan satu demi satu bukti bagi menafikan apa yang dikatakan oleh ayahnya dan kemudian meminta ayahnya mempertimbangkan bukti bukti yang dikemukakan itu, bukan terus meminta ayahnya pulang ke pangkal jalan.

Sayful boleh saja terus menghina DSAI dan mengatakan mahkamah silap membuat keputusan, tetapi Sayful patut juga memberi ruang keadilan kepada DSAI dengan meminta mahkamah Syariah membenarkan tuntutan Qazaf DSAI. Bukan sekadar mendakwa permainan jijik DSAI, sedangkan Sayful turut terlibat dalam permainan jijik itu kalau ikut keterangan masa perbicaraan dulu, saya guna pelincir!

Sayful nampaknya tidak belajar dari Azizan yang sekarang sudah hilang tak dapat dikesan, segala habuan yang diterimanya juga sudah lenyap, entah bagaimana hidupnya sekarang.

Apakah sebenarnya berlaku sehingga ayah Sayful sanggup membuat pengakuan ini, penulis tidak mahu membuat spekulasi sebaliknya bersangka baik saja, ada hikmah yang ALLAH nak tunjukkan, Sayful masih tak nampak? Mana ada ayah nak malukan anaknya sendiri!"
 
 Rusuhan Tersembunyi / The Silent Riot By Nadira Ilana
Posted on Friday, March 08 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tempayan

"Apa yang berlaku selepas sebuah pemerintahan politik berakhir? Selepas berkhidmat selama dua penggal sebagai kerajaan Sabah,Parti Berjaya yang diketuai oleh parti Barisan Nasional (BN) telah digulingkan oleh pendatang baru iaitu Parti Bersatu Sabah, dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu.

Pada malam 1985, apabila pilihanraya peringkat negeri diumumkan, gabungan rahsia antara PBS dan USNO telah berkecai dan telah membawa kepada sebuah pertarungan kuasa yang berlaku di Istana kerajaan negeri. Ini akan menjadi sebuah contoh kepada demonstrasi yang berlaku pada tahun berikutnya. Sebuah kejadian yang jarang dibincangkan hari ini -- Sebuah rusuhan senyap.

 
 Ahli Falak Sahkan UFO di Yaman
Posted on Friday, March 08 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: ismanusa

"
Gambar oleh Aseel Badiyah menunjukkan pesawat putih berbentuk segitiga terbang membelah awan

Seorang jurugambar Yaman telah menangkap gambar yang beliau percayai merupakan sebuah pesawat UFO melintasi kawasan pergunungan di sebelah utara Yaman.

Gambar yang diperolehi Aseel Badiyan itu menunjukkan pesawat putih berbentuk segitiga sedang terbang membelah awan. Beliau memberitahu ketika beliau sedang mengambil gambar pemandangan gunung apabila objek asing tersebut melintasi lensa kameranya. Kawasan pergunungan tersebut berada kira-kira 90km dari Sanaa.

Mengulas tentang gambar tersebut, seorang ahli falak terkenal Saudi mengatakan beliau telah meneliti gambar tersebut dan mempercayai gambar tersebut adalah tulin.

" Saya telah mencarinya di internet untuk kejadian yang sama diseluruh dunia dan mendapati gambar yang saya ambil ini adalah paling jelas setakat ini..saya percaya sesiapa yang memiliki pesawat tersebut adalah golongan yang mempunyai tamaddun yang amat maju," Ujar Badiyan terhadap akhbar Saudi dan Yaman.

Memetik lapuran Ajel, akhbar harian Saudi berbahasa arab, timbalan pengerusi persatuan Falak Saudi, Sharaf Al Sifyati, berkata:" Tidak dapat dinafikan bahawa kita bukanlah keseorangan didalam alam terbentang luas ini dan disana terdapat makhluk lain yang hanyalah Allah mengetahuinya."

Beliau menambah lagi:" Apabila jurugambar Yaman ini menghubungi saya dan menunjukkan gambar tersebut, saya merasakan beliau bercakap benar..saya telah meneliti gambat tersebut dan mendapati ia adalah tulin dan tidak melibatkan sebarang penambahan atau suntingan..dan untuk objek tersebut, saya percaya ia adalah pelik dan luarbiasa tetapi saya tidak pasti ia adalah pesawat angkasa kerana fenomena ini masih lagi kemungkinan berbanding realiti..saya berpendapat kejadian ini perlu disiasat sepenuhnya."

petunjukzaman"

Pilihanraya umum ke-13 sebelum 25 MEI 2013.
Posted on Friday, March 08 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: mohdnoorawang

"Disaat ini tiada satu tarikh yang benar benar tersebar bila dewan dibubarkan dan bila tarikh hari mengundi. Pilihanraya umum ke-13 sungguh unit. Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia paling berani kerana berkuasa sehingga kegarisan waktu penat tempuh 5 tahun genap.Namun ada berapa andian politik BN/UMNO dan Najib Razak yang menjadi keliru dan tidak terjadi.


1- peristiwa tentera sulu menceroboh Lahad Datu. Peristiwa besar disekat segala maklumat dan apa yang berlaku. PDRM diberi kuasa sepenuhnya untuk mengeluarkan sebarang maklumat dan arahan kepada ATM.
2-Rata rata yang mengamuk di Lahad Datu dalah orang pendatang dari Sulu atau penduduk Filipina yang ada kad pengenalan warna biru atau dua warga negara.
Pendehan Deepak dan PI  Bala menghantui Najib Razak
Terkini Ayah Saiful kisah Liwat 2 membuat pengakuan adalah satu konspirasi oleh Najib Razak dan pegawainya.
Kesimpulannya. Pilihan raya umum ke-13 akan berlaku berasingan dengan Sabah/Sarawak dan semenanjung.
Dewan dibubarkan sekitar bulan March ini dan Hari mengundi di Semenanjung Malaysia bulan Mei 2013 sebelum cuti pertengahan tahun.
Namun mungkin Najib Razak  melanjutkan tarikh pilihanraya umum atau dan membuburkan dewan atas nasihat YDP Agong memandangkan keadaan negara sekarang tidak aman dan tenteram. Atas kepasti perdana meteri boleh memberi nasihat beracun kepada ketua pemerimtah.
Jika berlaku PRU13 bulan Mei 2013, Sabah dan Sarawak akan diasingkan dari Semenanjung Malaysia. Terutama  Negeri Sabah.
Kita tunggu dan lihat Najib Razak berlakun untuk mempertahankan BN/UMNO.


 Apa pula muslihat Sultan Sulu kali ini?-Bhg 2
Posted on Friday, March 08 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Penulis memang menjangka kemelut pencerobohan pengganas Sulu akan berpanjangan sama seperti jangkaan Zahid Hamidi yang menjangkakan dharurat mungkin akan diisytiarkan. Penceroboh yang berjumlah dikatakan antara 100 hingga 300 orang itu nampaknya lebih ramai sehingga Sultan Jamalul Kiram seolah olah tahu kedudukan tenteranya. Selepas tawaran gencatan senjata ditolak, Jamalul Kiram menawarkan satu lagi tawaran yang boleh membuka mata kita semua, terutama penduduk Sabah.

Dakwaan tenteranya menawan 4 orang anggota polis walaupun dinafikan oleh kerajaan kita nampaknya membolehkan Jamalul Kiram tampil dengan tawaran bertukar tawanan. Apakah semua ini? Propaganda seperti disebut dalam artikal pertama dulu harus dinilai dengan lebih teliti kalau kita tidak mahu menyesal. Najib harus lebih bertanggungjawab sekarang, lebih lebih lagi penggal parlimen sudahpun tamat. Pasukan keselamatan kita mesti dilindungi daripada kehilangan nyawa yang besar!

Kerajaan harus cepat mengumumkan samaada benar ada polis kita ditawan, polis yang selama ini telah membuktikan kesetiaan mereka kepada kerajaan walaupun dalam kes kes tertentu terpaksa mendera rakyat yang tidak bersenjata semata mata setia kepada kerajaan, polis yang saban kali PRU akan dimenafaatkan untuk memberi undi kepada UMNO/BN menerusi undi pos, kini berdepan dengan ancaman nyawa dek penangan pengganas Sulu yang kelihatan jauh lebih ramai daripada 300 orang.

Cuba bayangkan kalau polis berpaling tadah, apa akan jadi kepada kerajaan? Dan kalau tindakan berpaling tadah itu disertai oleh Tentera, kerajaan UMNO/BN boleh kojol serta merta tanpa perlu PRU. Oleh itu kerajaan mesti mengambil tindakan yang betul demi menjaga keselamatan nyawa polis dan tentera yang sudah terbukti setia kepada bukan sahaja negara tetapi kerajaan juga. Wang ringgit sudah tidak cukup dalam situasi sekarang, tetapi keputusan dan tindakan bijak kerajaan untuk mengelakkan kehilangan nyawa anggota keselamatan amat perlu sekali.

Kesukaran berdepan dengan pengganas hari ini disebabkan tindak tanduk pemimpin UMNO sejak zaman Mahathir. Penulis masih ingat di awal pemerintahan Mahathir dan Sabah masih di era Berjaya di bawah Haris Saleh, kebanyakan pendatang Sulu hadir di perairan Sabah sebagai lanun, dan pasukan polis marin ditugaskan untuk membenteras kehadiran mereka. Antara yang menjadi polis marin yang ditugaskan di Sabah ialah bapa saudara penulis dan dari cerita bapa saudara inilah penulis dapat membayangkan bagaimana anggota polis marin yang bertugas di Sabah saban hari terlibat dengan adegan kombat dilaut dan kegiatan lanun lanun Sulu ini tidak pernah berkurangan.

Akhirnya aktiviti lanun berhenti apabila Mahathir melakukan operasi atau projek IC di mana hampir keseluruhan pendatang haram yang merupakan lanun lanun ini diberi IC untuk mengundi UMNO/BN.

Sejarah rusuhan yang menyebabkan kematian dan ramai pemuda tempatan bersahur dalam lokap di GPP 5 & 6, Paka Terengganu dulu juga berpunca dari keturunan lanun Sulu yang datang sebagai pekerja dari Sabah. Gambaran yang boleh dirumuskan bakal berlaku di Sabah sekarang dengan Jamalul Kiram menjadi mastermindnya. Kedudukan ramai rakyat Sulu di seluruh Sabah amat berisiko seandainya gendang perang dipukul oleh Jamalul Kiram.

Tindakan Jamalul Kiram membuat tawaran demi tawaran mungkin ada muslihatnya. Seandainya pengganas yang dijangka kurang dari 300 orang itu masih belum ditemui sepenuhnya, bagaimana kalau jumlah mereka lebih dari itu?

Berita yang penulis terima ada sejumlah senjata yang dirampas di Tawau dalam sebuah keranda membimbangkan kita semua. Kerajaan mesti cepat bertindak kalau kalau berita ini benar, apatah lagi kalau ada senjata yang terlepas ke tangan penduduk Sulu yang sudah ada IC, keadaan ini cukup bahaya kepada penduduk Sabah dan apa kata kalau tindakan Jamalul Kiram hanyalah untuk melengah lengahkan masa agar semua senjata dan kedudukan pengganas sudah siap sedia untuk mengistihar perang terhadap Sabah.

Kalau perkara ini berlaku, UMNO tidak boleh dimaafkan!"


 Panas!! Saiful Bukhari berjaya kantoikan Utusan Malaysia
Posted on Saturday, March 09 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa

"Fitnah_SaifulBukhari1
Utusan Malaysia menyiarkan berita yang bapa Saiful Bukhari dan Anwar telah bertemu dan tarikhnya yang tak dijelaskan. Utusan Malaysia [UM] dan macai-macai UMno pun sebarlah gambar di bawah.

Kononnya pertemuan tersebut ada kaitan dengan pengakuan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim hari ini yang meminta maaf kepada Anwar dan mendakwa Saiful Bukhari dipergunakan pihak tak bertanggungjawab termasuk oleh pegawai khas Najib untuk memfitnah Anwar.

Kepala macai UM nak memfitnah tetapi teragak-agak. Maka UM sandarkan gambar di atas disiarkan oleh macai-macai UMno seperti yang disebut UM iaitu MyNewHub, Angin Laut China Selatan, Novandri dan Kedah ke KL. [Rujuk UM]
Fitnah_SaifulBukhari1Namun belum sempat panas, Saiful Bukhari sendiri berjaya kantoikan UM dan macai-macai UMno. Lihatlah gambar di bawah. Gambar dari video yang dipaparkan oleh Saiful Bukhari sendiri di blognya [KLIK]. Dipaparkan juga tarikh perjumpaan tersebut pada 8/6/2008. Takkan Anwar dan bapa Saiful Bukhari masih memakai baju yang dipakai tahun 2008 untuk bertemu pada 2012.
Fitnah_SaifulBukhari2

Nampaknya UM dan macai-macai UMno begitu mudah nak memperbodohkan orang ramai. Maaf, fitnah anda lagi gagal!! Satu lagi kerja bengap UM.
Yang ni...kalau admin TKO nak siarkan. Wajah baru Lagi.MY


Tiada ulasan: