Ahad, 17 Mac 2013

BENDA BETUL SUSAH JAWAB....KALAU SALAH BOLEH JAWAB DAN DIPERBETULKAN

PRU12 sudah 5 tahun 10 hari, bila lagi PRU13

Harakahdaily, 17 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Hari ini sudah berlalu lima tahun 10 hari semenjak Pilihan raya Umum ke-12 (PRU12) diadakan, lama mana lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hendak menunda PRU13.

Demikian luahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) yang dipetik menerusi twitter.

Justeru, beliau yang juga AJK PAS Pusat bertanya adalah Najib tidak merasa malu kerana semua sedang menunggu PRU13.

“Maka pada Subuh ini kita doakan kepada Allah, semoga peralihan kuasa yg bakal berlaku dengan izin-Nya akan berlaku dengan aman dan lancar, insya Allah,” ujarnya.

Baginya, berpuluh program yang dijalankan serentak di seluruh negara malam tadi termasuk di Shah Alam, Kampung Baru KL, Pengerang Johor dan lain-lain menandakan Pakaran Rakyat semakin kuat.

Menurutnya, lagi lama ditunggu, maka PR semakin kuat menjadikan Umno BN semakin terdesak.

“Budaya samseng, fitnah lucah, politik rasuah hanya mengurangkan sokongan Umno,” tulisnya lagi

Pengakuan Cecil Abraham wajib di siasat
Posted on Sunday, March 17 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Aspan Alias

Akhirnya peguam kanan yang dikatakan menyediakan ‘draft’ akuan bersumpah ke2 mendiang PI Bala sudah di ketahui umum. Beliau sebagaimana yang di syaki ialah Tan Sri Cecil Abraham. Ini telah di dedahkan oleh peguam PI Bala, Americk Sidhu yang juga orang yang telah menulis ‘draft’ akuan bersumpah PI Bala yang pertama dahulu. Pendedahan Americk tentang pengakuan Cecil Abraham kepada beliau itu di buat semasa mesyuarat agong tahunan Majlis Peguam semalam.

Americk Sidhu telah mendedahkan yang beliau di temui oleh Cecil Abraham dua minggu lepas meminta maaf kerana telah menyediakan ‘draft’ akuan bersumpah yang kedua PI Bala yang telah menarik balik akuan bersumpah Bala yang telah di sediakan oleh Americk sebelum itu. Cecil Abraham telah meminta Americk merahsiakan pengakuannya itu. Beliau telah mengaku kepada Americk yang beliau telah menyediakan ‘draft’ akuan bersumpah kedua itu atas arahan Perdana Menteri, Najib Tun Razak (semasa itu Timbalan Perdana Menteri).

Pada mulanya Americk Sidhu telah bersetuju untuk mengekalkan kerahsiaan pengakuan Cecil Abraham kepada beliau (Americk Sidhu) tetapi oleh kerana memikirkan kemahuan PI Bala untuk melihat keadilan terlaksana, maka beliau mengambil keputusan untuk mendedahkannya.

Americk berharap pihak yang berkuasa akan membuka kes pembunuhan Altantuya semula kerana dua orang pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah di hukum gantung kerana membunuh wanita Monggolia itu yang mereka tidak kenal. Dalam perbicaraan kedua-dua anggota Polis itu tidak ada di persoalkan ‘motive’ pembunuhan yang dilakukan oleh kedua-dua yang di dapati bersalah itu.

Americk meminta penyiasatan semula dilakukan dengan pengakuan Tan Sri Cecil Abraham ini kerana ia merupakan isu yang sangat besar. Peguam kanan itu telah membuat pengakuan yang beliau membuat ‘draft’ akuan bersumpah kedua untuk PI Bala itu di atas arahan Perdana Menteri.

Apa yang menyebabkan Perdana Menteri mengarahkan Cecil Abraham menyediakan ‘draft’ akuan bersumpah kedua itu? Dalam pada itu salah seorang ahli Majlis Peguam, Fadiah Nadia Fikri akan membuat lapuran Polis meminta pihak yang berkuasa membuat penyiasatan ke atas pengakuan Cecil Abraham itu. Ia melibatkan pembunuhan seorang wanita Monggolia dan isu ini perlu di siasat sehingg ke akar umbinya.

Apa yang dilakukan oleh Cecil Abraham itu amat besar kesalahannya dan perkara ini tidak patut di diamkan sahaja kerana ia akan menambah pencemaran terhadap sistem perundangan dan juga sistem kehakiman negara kita.

Rakyat ingin tahu dan keluarga mangsa pembunuhan itu tentunya mahukan kebenaran kenapa ahli keluarganya di bunuh dengan begitu kejam. Rakyat mahu tahu kenapa kedua-dua anggota keselamatan yang bertugas dengan Najib dan keluarganya itu membunuh orang yang mereka tidak mengenalinya.

DAN yang paling pentingnya kenapa Sirul Azhar dan Azilah tidak di persoalkan motif mereka melakukan pembunuhan itu?  Seorang wanita telah di bunuh tanpa di ketahui kenapa dia di bunuh dan ini merupakan pencemaran terhadap sistem perundangan yang selama ini telah di cerobohi sejak pentadbiran Dr Mahathir dahulu.

Kes ini perlu di selesaikan ‘once and for all’.

Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com

 Banyak yang Najib kena jawab, tetapi tak ada satupun dijawab!
Posted on Sunday, March 17 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..

Akhir akhir ini, rasanya sedikit letih melihat cara Najib, Timbalannya dan anak buahnya bercakap kepada rakyat.Begitu juga letih melayan berita dari media perdana yang banyak berita bohong dan berat sebelah.Di mana liputan tentang dakwaan penjual Karpet, Deepak terhadap Najib dan Rosmah boleh ditemui di media perdana?

TV3 suku dan RTM saban malam menyiarkan berita kononnya, ketua pembangkang tidak betul, tidak berakhlak dan tidka layak menjadi PM seperti mana layaknya Najib dan timbalannya.Layakkah Najib sebenarnya, kalau satu demi satu tuduhan menuding kearahnya, tetapi tidak ada satupun penjelasan dia kepada rakyat samada benar atau tidak tuduhan yang tertuding ke arahnya .Yang ada hanyalah dakwaan yang agak loosenya terhadap PR sehingga didakwa melakukan tujuh dosa besar. tetapi dosa yang didakwa dibuat oleh Najib sampai hari ini tidak kita dengar penafiannya.

Najib tidak boleh bersenang lenang dengan kematian P.I. Bala kerana selepas kematiannya, timbul pula penagkuan peguam kanan, Cecil Abraham membuat pengakuan menyediakan SD kedua P.I. Bala atas arahan Najib.Najib masih belum beri responnya terhadap pengakuan ini dan tiada langsung liputan berita mengenainya di media perdana(mungkin tidak termasuk Sinar Harian).Najib tidak menafikan pengakuan Cecil Abraham yang dianggap oleh majlis peguam sebagai salah laku serta akan melaporkannya kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.

Majlis peguam juga mengumumkan akan mendesak pendakwaan dibuat, terutamanya oleh peguam negara, untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan dua anggota polis.Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya menurut SD pertama P.I Bala dan dakwaan Deepak juga ada mengaitkannya dengan Altantuya.Kenapa Najib masih bisu, tidak mahu mengemukakan bukti dia tidak terlibat? Najib sebagai orang tertinggi dalam Malaysia seharusnya faham sumpah laknat yang pernah dibuatnya tidak sama sekali menafikan penglibatannya dengan Altantuya, jadi Najib kena tampil di depan rakyat untuk membuat satu persatu penjelasan mengenainya, khususnya setiap baris SD pertama P.I. Bala mesti dinafikan bersama buktinya

Najib juga harus tampil menafikan pengakuan Cecil Abraham kalau Najib tidak bersalah.Tunjukkan bukti kepada rakyat agar rakyat yakin, itu lebih baik dari sibuk menuduh DSAI menjadi dalang pencerobohan Sulu.

Najib juga tidak terlepas daripada menjawab apa yang dinyatakan oleh ayah Saiful Bahri bahawa orang kanannya terlibat dalam mengatur perjalanan drama liwat 2 DSAI.Najib tidak boleh berlindung di belakang kenyataan akhbar balas Saiful yang mempertahankan dakwaan dia diliwat oleh orang tua yang mungkin rebah kalau dia tolak.

Semuanya ini perlu penjelasan dari Najib dan rakyat harus mengetahui berita yang lebih telus menerusi lapuran BERNAMA dan lain lain media perdana.Tetapi kalau Najib enggan, rakyat tetap mendapat berita dari sumber alternatif yang akhirnya hanya menghancurkan Najib dan UMNO."


 Ceramah Umum di rumah Undang Rembau 23 Mac 2013
Posted on Sunday, March 17 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Menjelang Pembubaran Parlimen dan DUN N.Sembilan

Tarikh : 23 Mac 2013 , Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Legong Ulu, Jln Kota-Astana Raja (Rumah Undang Rembau ke 19, Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah)

Penceramah :

- Zulkefly Mohamad Hj Omar (AJK PAS Pusat)

- Zulhazmi (Peguam Kempen Anti Saman Ekor - KASE)

- Hj Baharom Bakar (Penyelaras Parlimen Rembau - PKR)

- Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras DUN Kota - PAS)

Semua dijemput hadir

Untuk sumbangan ke Tabung Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA

Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8

atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526

Maklumat lanjut sila hubungi:

Izamri bin Med 013-2124086 (Pengarah MTD DUN Kota)

Rozmal bin Malakan 012-2267406 (Pengarah II , Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau)

Laman web http://rembau-hari-ini.blogspot.com"


 Tolonglah wahai para suami....ini amanah besar
Posted on Sunday, March 17 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: speedganu

"Assalamualaikum wbt, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW serta doa untuk para sahabat R.Anhum.Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas pemberian ni'mat yang berterusan walaupun hanya untuk sementara waktu,kerana kita yakin ni'mat ni'mat pemberian Allah SWT ini,akan ditarik balik oleh Allah SWT suatu hari nanti.

Oleh itu pergunakalah ni'mat ni'mat ini ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT agar kita mendapat rahmat daripadaNya, disamping berusaha muhasabah diri dan meneliti kelemahan kelemahan yang ada pada diri kita supaya kita dapat "meminimumkan" kesalahan kesalahan yang akan kita lakukan.

Penulis berhajat untuk berbicara panjang, dan sebelum penulis berbicara, coretan ini juga sebagai mengingatkan/berpesan juga kepada diri penulis.

Malam tadi berkesempatan menonton rancangan "Reset Minda" yang dimoderatkan oleh motivator tersohor iaitu Prof Dr.Muhaya Mohamad.Para isteri di galakkan untuk menonton rancangan setengah jam ini, kerana banyak ilmu ilmu agama yang boleh di perolehi dan dikongsi, terutamanya perjalanan kehidupan berumahtangga.

Baik, penulis tertarik dengan kata kata Prof Dr Muhaya "Jangan kita(isteri) menunjukkan jalan ke neraka kepada suami".Ungkapan ini sebenarnya sangat luas pengertian dan maknanya.Apapun pada penulis ianya tidak lain dan tidak bukan, sudah pasti memfokuskan tentang aurat si isteri di sebabkan kegagalan mendidik oleh si suami.

penulis ingin berkongsi pandangan, bicara tentang aurat wanita khususnya para isteri.Sebelum ini penulis juga ada berkongsi ilmu berkaitan dengan aurat wanita.Perlu di ingat wahai para SUAMI, dan tolong sampaikan kepada para isteri dirumah sekiranya anda wahai para SUAMI, tidak menyampaikanya bermakna anda mengiakan maksiat kepada Allah SWT, kita ada kuasa memperbetulkan dan menegur para isteri kita.Hidupkan budaya tegur menegur(apatah lagi yang berkaitan dengan hukum hukum syara')diantara suami isteri agar ianya tidak terus dan akan menjadi "barah" di dalam keluarga dan masyarakat kita.

Sebelum itu sama samalah kita hayati Firman Allah SWT ini didalam surah an nur ayat 31 " "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

Para suami, batas aurat wanita mengikut ulama Feqah, Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.kena faham betul betul skop aurat ini, agar tidak menjadi kekeliruan pada para isteri.Antara kesalahan kesalahan didalam cara pemakaian trend zaman sekarang ini ialah 1-BERTUDUNG, tetapi pakaian terlalu sendat(menampakkan susuk tubuh) 2-BERTUDUNG, tetapi pakaian terdedah di bahagian lengan 3-BERTUDUNG dan MENUTUP semua anggota badan tetapi pakaiannya terlalu nipis sehinggakan menampakan bahagian kulit tubuhnya, 4-TIDAK bertudung, pakaian sendat dan berpakain seksi.semua perkara di atas adalah menyalahi dari segi syara' namun begitu masih ramai yang tidak mengambil hirau dan cakna tentang cara pemakaian ini.

wahai para suami, khabarkan kepada para isteri, batas aurat juga tidak boleh diterjemahkan ianya tidak mengapa DIDALAM rumah dan DIPERSEKITARAN rumah atau dengan kata lain, tidak mengapa aurat ini tidak dijaga bila kita duk dalam rumah atau dipersekitaran rumah, ini adalah salah, akan tetapi batasan aurat adalah di mana kita menjaganya daripada dilihat oleh lelaki bukan mahram, itulah garispanduan yang SEBETULnya.

Sebab ramai yang terkeliru di sini, bila mana ada ipar duai datang kerumah kakak ipar, aurat(rambut) tidak di tutup, atau adik ipar (lelaki) bertemu di rumah mak mertua dengan kakak ipar dengan selamba mendedahkan aurat(rambut), maknanya tidak bertudung dengan alasan tidak mengapa kerana ianya didalam rumah.Inilah konsep yang disalahertikan(didalam rumah tak mengapa), sedangkan adik iparnya(lelaki)itu tu bukankah seorang yang bukan mahram?.

lainnya lagi keadaan yang disalahertikan, menjemur dan menyidai kain di ampaian tanpa menutup aurat (rambut) nya, mungkin mereka ingat tidak mengapa kalau di perkarangan rumahnya, ini juga satu tanggapan yang tidak betul sama sekali.Kalau hanya rumah kita sebuah saja yang ada dalam kawasan tu, maka ianya barulah dikatakan tidak mengapa.

Jadi para suami, penulis lebih menekankan kepada para suami kerana suami mempunyai kuasa untuk merubah keadaan ini.Dalam keadaan ini, penulis nampak ada 3 aspek kelemahan para suami iaitu

1-Tidak Menegur = ada suami langsung tidak berani untuk menegur si isteri mungkin di sebabkan takut, mungkin juga di sebabkan tak berapa nak amik berat hal hal seperti ini atau mungkin dia merasakan apa yang isteri dia buat tu adalah betul.

2-Tidak Pantau-Tegur sudah, tinggal lagi para suami kena memantau setiap pergerakkan isteri agar tidak melanggar batas batas syara'.Mungkin suami tidak berapa dirumah, tapi si isteri elok elok je mendedahkan aurat di luar atau di perkarangan rumah tadi, dilihat oleh lelaki bukan mahram, jadi para suami sebolehnya kena tanya "tadi jemur kain di ampaian tu, pakai tudung ke tak"..atau "kuar duk kat beranda/landskap tadi tutup aurat ke tidak"..ya! kena tanya sebagai pemantauan kita para suami, jangan biarkanlah sikap para isteri terus berada dalam kemurkaan Allah SWT, nampak remeh tetapi mudharat/kebinasaan yang besar akan ditanggung oleh kita wahai para suami.

3-Tidak bertegas-Tidak bertegas dalam merubah keadaan, yang sebelumnya tadi, tidak menegur, keduanya tidak memantau, bila kedua dua ini dah dilakukan, yang ketiganya tidak berlaku tegas bila para isteri tiada perubahan untuk mengikut syariat Allah SWT.Ketegasan ini bukan kata dengan cara serangan secara fizikal(contohnya menampar atau mencederakan isteri) tetapi bertegas di sini, dengan memberitahu akan seksa dan azab yang akan diterima oleh para isteri, jika ianya tidak berkesan juga, katakan kepadanya "abang tidak redha dengan kamu, kalu kamu masih berdegil".Dan dalam hal ini, bukan isteri saja tapi ketegasan juga kepada anak anak perempuan(yang sedang membesar). Ingat para isteri "redha suami, maka redha Allah".

Wahai para suami, ingatlah, isteri kita itu amanah Allah SWT kepada kita, jika kita gagal dalam membawa isteri ke jalan yang di redhai Allah, maka kita telah mengkhianati amanah Allah SWT yang diberikan kepada kita.Pergunakanlah ilmu yang suami sentiasa ikuti samada dalam kuliah kuliah agama @ di dalam bacaan kitab kitab agama @ majlis majlis ilmu untuk MEMBENTUK dan MEMPERBAIKI diri kita, keluarga(anak isteri) kita dan masyarakat kita.Apa guna kita mempunyai ilmu yang dipejari dari kuliah kuliah agama, dari kitab kitab agama tetapi isteri dan anak anak tidak terjaga batas auratnya, ianya sangat merugikan dan lebih malang ianya mengundang kemurkaan Allah SWT, sebab kita(suami) tau akan hal itu, tetapi tidak bertindak menegurnya dan hanya memandang kecil akan maslahah ini.

Kesimpulan yang boleh dibuat, para isteri yang tidak menjaga batas auratnya, telah menunjukkan jalan ke neraka kepada suaminya tapi kalau para isteri menjaga auratnya maka isteri telah menunjuk jalan ke syurga kepada suaminya.Penulis berpesan kepada diri sendiri, dosa isteri dan anak anak perempuan yang mendedahkan aurat, kita para suami yang akan menanggungnya dengan sebab kejahilan ilmu, tidak menegur(berulang kali) dan tidak bertegas.

Semoga apa yang di nukilkan oleh penulis, dengan lain mengharapkan kemaafan daripada semua sekiranya ada yang terguris dan tersinggung.Teringat kata kata pujangga ....."berkata benarlah walaupun ianya pahit".

Dengan perbincangan ini, Doa semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Wallahu a'lam"


 


Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya

http://shalehudin.blogspot.com, 15 Mac 2013

Kesian Fathul Bari, letak GAMBAR ja patahkan hujahnya [Tengok laa...]

Fathul Bari: Perpaduan Umno dan Pas perlu disegerakan

KOTA BAHRU - Perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu.
"Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya, terhangat

Harakahdaily, 17 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk “Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya” nukilan blog http://shalehudin.blogspot.com bagi minggu ke-10, 2013.

Di tempat kedua ialah berita permohonan maaf Harakahdaily kepada Datin Noryn Aziz dan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad kerana telah menyiarkan satu berita yang memuatkan satu poster yang mengandungi gambar Datin Noryn Aziz yang tidak memakai tudung lengkap.

Tempat ketiga pula milik artikel bertajuk “Sultan negeriku buat kejutan” tulisan http://mountdweller.blogspot.com yang mengisahkan keperibadian luar biasa Sultan Kelantan.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily untuk 10 hingga 16 Mac:

1

Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya
2

Permohonan maaf kepada Dato' Raja Kamarul Bahrin dan isteri
3

Sultan negeriku buat kejutan
4

Banner paling aneh dari PAS...
5

‘Mereka ke Sabah selepas janji Najib’ terhangat
6

PI Bala meninggal
7

Seorang lagi jeneral sertai Pakatan
8

Seorang Menteri Besar tanpa dompet?
9

Terbaik...petugas kapal dagang kibar panji PAS
10

'Saya tak rancang, tapi Allah tunjukkan' - Anwar

Tiada ulasan: