Sabtu, 9 Mac 2013

LARI ATAU TAK....KITA TAK TAHU...TENTANG PERGI ITU CONFIRM....BILA TAK TAHU...MACAM KITA JUGA ....PERGI TETAP PERGI....TAPI JANGAN PERGI BAWA KEJAHATAN DARI DUNIA YANG KITA BUAT...ITU KES BERAT

Sri Jaya, Simunul, Semporna tak sepatutnya wujud lagi pada 2013
Posted on Saturday, March 09 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum,

Saya pernah melihat gambar perkampungan atas air di Samporna ketika media menyiarkan satu operasi memburu penagih dadah oleh polis, saya lupa nama kampung tersebut tetapi kedudukan fizikalnya hampir sama dengan kg. Sri Jaya, Simunul, Semporna yang mengorbankan 8 anggota polis kita yang diperlakukan dengan kejam sekali oleh lanun lanun sultan Sulu.

Ketika menyaksikan kampung dalam siaran operasi dadah itu, hati saya terdetik, ada lagi kampung macam ni sekarang? Tetapi ketika menyaksikan gambar penduduk kampung mengusung mayat lanun lanun yang mati, saya amat terkejut kerana fizikalnya hampir sama dengan kampung dalam operasi dadah itu.Hati saya berkata inikah kampung yang ada di kawasan parlimen seorang menteri dan naib presiden UMNO?

Sekarang tahun tahun 2013, Sabah merdeka pada tahun 1963, bermakna sudah 50 tahun hidup dalam Malaysia, Rakyat Sabah pula ada pernah datang ke Semenanjung untuk bersekolah, malah calon bebas yang menentang Shafie Afdal pada PRU lalu ialah junior saya ketika di Sekolah Menengah Cukai(SMC), Kemaman, satu sekolah dengan MB Terengganu sekarang! Satu persoalan yang timbul tidakkah penduduk Sabah yang pernah datang bersekolah di Semenanjung dulu yang kini purata umurnya sekitar 50 tahun melihat apakah beza antara Semenanjung dan Sabah sekarang sama dengan 40-50 tahun lalu? Saya bertanya soalan ini kerana sedar ramai di kalangan mereka yang masih berulang alik ke Semenanjung malah ada yang bekerja di Semenanjung.

Wajarkah kampug atas air seperti kg Sri Jaya, Simunul kekal lagi sehingga hari ini mengambil kira kekayaan negeri Sabah yang sepatutnya mampu membina perkampungan moden mengambil kira 50 tahun sudah Sabah berada dalam Malaysia.Sultan Sulu sendiri mengakui Sabah sebagai negeri yang kaya sehingga mendorong beliau untuk kembali menuntut Sabah atau dengan kata lain mahu menakluki Sabah.Ini bermakna sampai sekarangpun Sabah masih lagi kaya tetapi wajarkah negeri yang kaya itu mempunyai kampung seperti kg Sri Jaya, Simunul? Kampung yang menyebabkan 8 anggota polis kita dibunuh dengan kejam?

Apa yang Shafie Afdal buat untuk Parlimennya? Kenapa penduduk dibiarkan hidup dalam situasi sebegini? Saya tidak mahu mempersoalkan arahan kepada anggota polis kita membuat operasi di perkampungan yang berisko sebegini, tetapi saya ingin bertanya kepada semua pembaca apakah wajar anggota Polis kita dihantar ke kampung seperti ini tanpa persediaan yang lengkap?Pada saya kampung sebegini memerlukan tenaga dan kelengkapan yang memadai berbanding pemergian anggota polis kita yang tanpa back up dan tanpa kelengkapan untuk membantu.

Malang yang ditimpa oleh keluarga mangsa tidak boleh hanya dibayar dengan wang ringgit seoerti dilakukan oleh Shafie Afdal sebaliknya Shafie Afdal perlu bertanya patutkah kampung seperti Sri Jaya, Simunul dikekalkan? Tidakkah Shafie Afdal terfikir konsep kampung baru yang tersusun dengan segala kemudahan yang pernah dilakukan kerajaan untuk membendung aktiviti kominis dulu perlu dilakukan segela di Samporna dan seluruh Sabah?Tidakkah terfikir oleh Shafie Afdal untuk membina satu lebuh raya yang menghubung seluruh Sabah sebagai jalan memudahkan kerja kerja anggota keselamatan kita?

Sepatutnya wawasan untuk memajukan Sabah sudah lama difikirkan.Sepatutnya pengganas Sulu bukan lagi masalah kepada Sabah tetapi nampaknya keadaan berlaku sebaliknya apabila ramai keturunan Sulu yang masuk ke Sabah sebagai PATI diberi IC untuk kepentingan UMNO/BN. Bukan kemasukan PATI yang hendak dibendung, bukan kawalan sempadan yang hendak diperketatkan sebaliknya disediakan tempat tempat berlabuh seperti kg Sri Jaya, Simunul bagi memudahkan kemasukan mereka, akibatnya anggota polis dan keluarga mereka yang dipaksa membayar harga yang mahal!"


 Tun Mahathir Mohammad sudah lari?
Posted on Saturday, March 09 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"

Selesai solat jumaat, penulis didatangi salah seorang Jemaah dan berkata, Tun Mahathir Mohammad “lari”. Lari kenama pulak
Terkejut penulis apabila dengar perkataan Tun Mahahtir lari. Lari kemana pula? Ini pasti berita yang diberi nama “kahbar angin”. Tidak boleh dipercayai.
Berita direkacipta oleh seseorang atau pihak tertentu untuk meburuk reputasi bekas perdana menteri diberi tugas berkempen untuk pihak Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


Kita boleh terima jika Tun Mahathir Mohammad Keluar Negara. Bukan lari ketika berlaku pembunuhan terhadap Ibrahim Libya di Memali dulu.
Tu nMahathir Ke luar Negara atas nama lawatan rasmi ketua Negara di Negara tertentu atas jemputan ketua Negara terbabit.
Buat apa beliau lari. Apa kena mengena dengan kes percerobohan di Lahad Datu. Dia bukan perdana menteri. Dia bukan apa apa lagi dalam kerajaan satu Malaysia.
Ke kerana dia terbabit dengan penjualan kad pengenalan kepada rakyat Filifina yang dikatakan mencerobaohan Malaysia?
Apa kaitan dengan kes percerobohan tersebut. Kalau tiada kaitan mengapa mesti lari. Apa yang hendak ditakutkan.
Hendak kata dia ada kaitan dengan kes kecurian minyak sejumlah RM 252 juta oleh kapal Indonesia baru baru ini mustahil.
Setahu penulis, Tun Mahathir pergi buat lawatan di Parlimen Pasir Mas jumpa Ibrahim Ali dengan tujuan untuk menolong orang sudah  panas punggung mencari tempat untuk bertanding pada PRU 13 nanti.
Ibrahim Ali kelihatan tak temntu arah dah. Jadi macam tak keruan qpabila dekat PRU 13 yang akan diadakan April ini.Macam juga Tun Mahathir yang kelihatan sudah mengidap penyakit takut baying baying sendiri.
Ke, kerana Tun  Mahathir orang penting dan ada pawor dalam Petronas. Tetapi mana mungkin ada kaitan dengan kes KAPAL tangki MT Bramani yang ditahan di perairan Pengerang, Johor kerana mencuri minyak.
 Sebuah kapal tangki bersama muatan 70,000 tan metrik minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) bernilai RM252 juta ditahan di perairan Pengerang  pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada 10 Februari lepas.
Kapal itu, MT Bramani yang didaftarkan di Jakarta, Indonesia, ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada pukul 5 petang kira-kira 2.3 batu nautika dari tenggara Pulau Lima, Pengerang.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Md. Said berkata, turut ditahan ialah kapten dan 25 orang kru kapal yang kesemuanya berasal dari Indonesia.

 Peguam Anwar: Pendedahan bapa Saiful bukti konspirasi politik
Posted on Saturday, March 09 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh Ruzy ADila Idris
SHAH ALAM – Pendedahan bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim semalam, yang mendakwa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukti wujud konspirasi politik menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Saiful membalas pendedahan bapanya lewat petang semalam, kira-kira tujuh selepas sidang media Azlan.



Salah seorang peguam pasukan Anwar, R Sivarasa berkata, pendedahan yang dibuat Azlan juga sangat penting dan membuktikan apa yang pihaknya cuba memberitahu bahawa ini satu kes yang direka cipta dari peringkat awal sampai sekarang.

“Pendedahan ini adalah penting kerana sebagai ayah, beliau sepatutnya tahu apa yang berlaku terhadap anaknya.

“Mungkin mengambil tindakan itu selepas sudah tidak tahan menanggung perkara yang beliau ketahui dan mengambil langkah untuk memberitahu dunia perkara sebenaranya iaitu anaknya dipergunakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful pada 9 Januari 2012. Rayuan akan didengar Julai ini.

Sivarasa menambah, pendedahan itu yang turut mengaitkan penglibatan pegawai khas pemimpin kanan negara juga menimbulkan persoalan yang besar bagaimana penglibatan pegawai khas itu boleh berlaku.

Kata Sivarasa, ayah Saiful tidak dipanggil sebagai saksi dalam kes tersebut.

Mengulas kesan ke atas kes rayuan, beliau berkata, pendedahan semalam tidak akan memberi impak ke atas proses rayuan dari segi undang-undang, sebaliknya hanya dari segi politik dan moral.

“Tetapi apa yang diperkatakan itu lebih penting daripada perbahasan awam, bukan yang berlaku dalam mahkamah.

“Bagaimanapun, ramai akan mempersoalkan tindakan Peguam Negara untuk meneruskan proses rayuan khususnya selepas pendedahan ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai tindakan lanjut yang akan diambil oleh pihak peguan Anwar, Sivarasa berkata, ketika ini pihaknya masih belum merancang sebarang tindakan khusus berhubung perkara ini.

Namun, katanya, peguam Anwar akan mengkaji pendedahan ini secara lebih mendalam minggu depan.

“Peguam Anwar akan menasihatkan beliau apa yang tindakan selanjutnya.

“Saya berharap Peguam Negara juga akan berbuat demikian. Adalah wajar rayuan ditarik balik walaupun bapa Saiful bukan saksi.

“Bagi saya pendedahan ini cukup mustahak dan membuktikan kezaliman yang besar berlaku kepada Anwar dan seluruh ahli keluarganya dan harap diperbetulkan pada Pilihan raya Umum ke-13  akan datang,” jelasnya lagi.

Sumber: sinarharian.com.my

  Hentikan penswastaan pintu belakang GLC kepada Syed Mokhtar
Posted on Saturday, March 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Keadilandaily

Saya sertakan surat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Incorporated atau MKD) bertarikh 30 Ogos 2012 kepada Datuk Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, Pengerusi Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM).Rafizi Ramli

Surat itu menyampaikan keputusan MKD bertarikh 24 Ogos 2012 untuk melupuskan pegangan ekuiti sebanyak 96.8% di dalam CTRM kepada DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd, salah satu syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

CTRM adalah syarikat Malaysia yang paling terkedepan dalam bidang pembuatan dan teknologi penerbangan (aerospace). Jumlah kontraknya dengan syarikat-syarikat penerbangan dan aerospace terkemuka dunia adalah berjumlah RM8.26 bilion di antara tempoh 2012 hingga 2017. Portfolio pelanggannya termasuklah syarikat-syarikat terbesar di dunia seperti Airbus, Eurocopter, Spirit UK dan Goodrich.

CTRM juga adalah salah sebuah syarikat milik kerajaan yang mempamerkan prestasi kewangan yang membanggakan, dengan keuntungan di peringkat kumpulan berjumlah RM13 juta (2010) dan RM11 juta (2011). Perolehan kumpulan CTRM juga meningkat dari RM256 juta (2010) kepada RM293 juta (2011).

Prestasi yang baik ini telah dipamerkan secara konsisten sejak lima tahun yang lalu.

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya oleh whistleblowers dan berpuas hati bahawa cubaan untuk menswastakan CTRM kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ini dibuat dengan melanggar prosedur dan mengenepikan kebajikan kakitangan CTRM.
Syed Mokhtar bersama Najib

Saya khuatir ini juga sebahagian daripada proses pelupusan syarikat-syarikat milik kerajaan yang berprestasi baik (dengan kontrak yang dijamin dalam tempoh yang panjang di masa hadapan) kepada kroni sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak. Jika ini berterusan, banyak syarikat-syarikat yang berprestasi dan mempunyai aset besar dipindahmilik tanpa pengetahuan awam.

Sewajarnya sebarang proses penswastaan syarikat milik kerajaan perlu melalui proses tender terbuka dan mengambil kira pandangan pengurusan dan pekerja, lebih-lebih lagi yang melibatkan CTRM kerana ia dibina di atas keringat tenaga kerja professional tempatan yang bertungkus lumus menaikkan imejnya selama ini.

Saya mendesak supaya Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan menghentikan penjualan ini serta-merta. Saya juga melontarkan cabaran kepada Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaluddin untuk berani bersuara membela nasib kakitangan professional CTRM yangrata-ratanya professional Bumiputra dengan turut sama mendesak supaya urusniaga ini dihentikan.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN

Sumber: keadilandaily.com

  Haji Saiful Bukhari Kantoi Lagi
Posted on Saturday, March 09 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: psyco

"Dalam keadaan terdesak , UMNO pula cuba melawan bom nuklear yang diletupkan oleh Bapak Saiful dengan mengadakan sidang medianya tersendiri. Di dalam sidang tersebut yang baru sahaja selesai dilangsungkan, Saiful pula cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal jalan.

Semua orang sahaja tersenyum melihat gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.

Nasib UMNO kini benar benar mirip kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran Perang Dunia Kedua dimana ramai cuba meninggalkan kapal bahteranya yang nampak sudah nak karam.
Pertama, pengakuaan bapa Sayful sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk mempalitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu. Ianya menghancurkan percubaan mempalitkan Dato Seri Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu China Doll, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.

Ini kerana, semakin lama DSAI cuba dipalitkan dengan seberapa banyak isu yang boleh, maka semakin sukar ianya untuk dipercayai oleh rakyat jelata. Dengan adanya pengakuaan Bapa Saiful, maka rakyat telah mendapat bukti jelas yang segala segalanya hanya perbuatan jahat yang bertujuan untuk memfitnah DSAI dan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.

Kedua, pengakuan bapa Sayful umpama meletupkan peluru berpandu di kampung UMNO. UMNO telah menghabiskan masanya berkempen secara habis habisan untuk membunuh karektor politik DSAI. Tujuan UMNO bukannya untuk memuliakan diri mereka tetapi untuk membuat DSAI kelihatan lebih teruk dari mereka.

Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku. Dahlah UMNO sinonim dengan pemimpin lemah, tidak patriotik, perasuah, kurang pandai, penuh dengan masalah dalaman, rasa bongkak, tidak demokratik, mata duitan dan mencipta isu demi survival politik, racis, berfikiran sempit tetapi kini mereka bakal dikategorikan sebagai pemfitnah.

Dengan adanya pengakuan bapa Sayful ni, maka UMNO tiada lagi sebarang lunas ataupun landasan untuk berkempen. Kalau nak berkempen kononnya pemimpin UMNO ni satu satunya pemimpin Melayu yang disegani, tak boleh kerana orang yang mendengar tu muntah.Kalau nak berkempen kononnya mereka pejuang Melayu terakhir - tak boleh kerana Perkasa dah ambil tempat tu terlebih dahulu. Kalau nak berkempen konnonya UMNO ni mempertahankan kedaulatan negara - tak boleh kerana UMNO mendalangi projek IC yang ditolak lebih 90% pengundi. Kalau nak kempen kononya "Anwar Ibrahim itu .." tak boleh. Tak sampai UMNO nak habiskan ayatnya orang dah lempar slipar!

Maka berlumba-lumbalah tikus meninggalkan bahtera UMNO yang sudahpun dah nak karam. Tan Sri Musa, yang sekian lama cuba menjadi mahluk dua alam dijangka akan berbuat sama. Kemudian ianya akan diikuti oleh bekas orang kuat UMNO sehingga tiada lagi pelampung keselamatan.

Dan setelah itu, maka berkaramlah bahtera UMNO sambil disambut sorakan dan tepuk tangan oleh kesemua rakyat Malaysia.

Kerana terlalu menggelupor dan hilang punca , maka beliau dan pengarah filem lupa ''touch upkan''  tanda iman di dahi Haji Saiful Bukhari seperti biasa  semalam pada sidang media beliau di bandingkan kunjungan nya ke Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan Haji pada 2012 . lupa skrip lagi der

 

Tiada ulasan: