Selasa, 26 Mac 2013

RASUAH...TIPU...UGUT..HASUT...SAMSENG DLL ....NAK SAMPAI KEMANA...KITA ADA ALLAH...ALLAH TAHU BAGAIMANA NAK BUAT DAN HUKUM....KITA TUNGGU SAHAJA...TAPI TAK MENINGGALKAN USAHA SERTA DOA

Tubuh siasatan awam kaji keretakan Jambatan Kedua

Rizal Tahir, 26 Mac 2013


(Nazri dan rakAn-rakannya menunjukkan keretakan pada Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua)

KOTA BAHARU: Satu siasatan awam perlu dilakukan terhadap konsortium I.S Resourcers Sdn Bhd – Ris Capital Sdn Bhd, berhubung masaalah Jambatan Sultan Yahya Petra kedua yang mengalami keretakan.

Pada masa yang sama, Jabatan Persekutuan Kelantan (JPP) dan JKR diminta menyatakan pendirian sebenar berhubung masaalah keretakan itu kepada umum bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Kelantan R, meminta mereka yang terbabit supaya lebih telus dalam mengeluarkan kenyataan apa lagi ianya berhubung masaalah keselamatan orang ramai.

Presiden R, Nazri Deraman juga meminta turut menyifatkan jawapan pihak berkenaan semalam  tidak profesional dan kurang bertanggungjawab sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media hari ini ketika R melakukan lawatan ke Jambatan Sultan Yahya Petra kedua kira-kira 1.00 tengahari tadi untuk melihat sendiri keretakan itu.

R mengusulkan perkara itu diambil tindakan segera berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman, yang mendakwa jambatan itu berlaku keretakan bahagian penyambungan.

Anizam dalam sidang media dua hari lalu berkata, keretakan tersebut disahkan berlaku di penyambung di kawasan jajaran jambatan baru menghala Jalan Wakaf Siku.

Menurutnya, keretakan maksimum itu dapat dilihat dengan mata kasar iaitu 1.2 milimeter dan ini melibatkan keselamatan semua pihak.

“Kerajaan negeri berharap, pihak berkenaan mengambil langkah segera dan positif untuk menangani masaalah itu.

“Walaupun lapisan turapan itu siap di lima lokasi, tetapi terpaksa dibuka semula dan sebagainya. Kita bimbang berlaku kes yang sama di Puterajaya dan Terengganu,”ujarnya.

Sehubungan itu kata Nazri lagi, R bimbang kejadian yang sama seperti stadium yang runtuh di Terengganu akibat salah tadbir wang ehsan di negeri itu berjangkit di negeri ini.

Semalam, pihak JPP membuat kenyataan balas berhubung keretakan itu dengan menyifatkan keretakan pada penyambung persimpangan bertingkat Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang dalam peringkat akhir pembinaan itu adalah kecil dan tidak serius.

Ketua Penolong Pengarah (Teknikal) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mohd Zaki Mohd Zain berkata keretakan itu adalah masalah teknikal yang kecil dan biasa berlaku pada projek yang masih dalam pembinaan.

"Projek itu masih dalam pemantauan pihak pemeriksa bebas sebelum ia dibenar digunakan kepada semua lalu lintas," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman bahawa laporan akhir pembinaan projek itu menunjukkan ada keretakan yang dikhuatiri membahayakan nyawa orang ramai jika dibiarkan.

The Star nafi aniaya wartawannya

Harakahdaily, 26 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Akhbar The Star menafikan dakwaan bekas wartawannya bahawa beliau dianiaya oleh pihak pengurusan akhbar itu.

Menurut Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran The Star, Hendry Asokan, The Star telah berusaha membayar RM80 yang diperintah Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya kepada wartawan berkenaan tetapi ceknya tidak boleh disampaikan kepadanya.

Wartawan The Star, Shahrim Tamrin mendakwa beliau telah diberhentikan oleh akhbar itu ketika beliau sedang sakit.

Beliau mendakwa diberhentikan pada 19 Oktober 2011 ketika sedang cuti sakit yang panjang selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari 4 Oktober hingga 7 Oktober 2011.

"Wartawan berkenaan bekerja dengan kami selama tiga bulan tetapi dia hanya datang bekerja selama tujuh hari sahaja sepanjang waktu itu.

"Hari-hari yang lain dia cuti, cuti sakit dan sebagainya," kata Asokan ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau mengaku diperintah membayar RM80 kepada wartawan berkenaan tetapi pihaknya gagal membuat bayaran kerana dia tidak ada di alamat rumahnya.

"Apa yang ada dengan RM80 ini, kita memang mahu bayar tetapi cek yang kita hantar return balik.

"Kita tidak pernah ada niat mahu menganiaya sesiapa," tambahnya lagi.

Baru-baru ini Harakahdaily menyiarkan kenyataan wartawan berkenaan kononnya The Star akan diheret ke Mahkamah Sesyen berikutan kegagalan akhbar itu mematuhi perintah Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya.

Ia berdasarkan satu salinan surat perintah yang dihantar oleh wartawan itu kepada Harakahdaily.

The Star hari ini pula menunjukkan perintah lengkap Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya yang menyatakan permohonan untuk mendapatkan perintah membayarnya tuntutan perubatan RM107.00, elaun pengangkutan sebanyak RM767.00, bayaran parking sebanyak RM150.00 dan baki gaji bulan Oktober @ 19 hari adalah dibuang.

Dokumen itu mengesahkan The Star diperintahkan membayar RM80.00 berupa wang deposit parking kepada Mohd Shahrim bin Mohd Tamrin itu.

Dalam dokumen yang dihantar Shahrin sebelum ini, Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya mengingatkan The Star, jika dia tidak membayar tuntutan RM80 itu, The Star boleh:-

1) Perintah penyelesaian penuh
2) Perintah penggulungan syarikat
3) Writ penyitaan dan penjualan
4) Waran tangkap (ke atas pengarah).
LAPORAN BERKAITAN

Tidak bayar tuntutan: The Star hadapi tindakan mahkamah

Program menghasut: Pemantau PRU buat laporan polis

Rizal Tahir, 26 Mac 2013

(Pemantau PRU Kelantan membuat laporan polis ke atas program yang menghasut)


KOTA BHARU: Pemantau Pilihanraya Kelantan hari ini membuat laporan polis berkaitan jenayah hasutan dan salahguna kuasa yang berlaku pada 23 Mac lalu.

Ia dikatakan berlaku dalam program Seminar mendaulatkan Islam Agama Negara (Semaian)  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pertubuhan Muafakat Sejahtera masyarakat, dengan kerjasama Biro Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Putih, Kelantan.

Laporan polis itu dibuat Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof, di IPD Kota Bharu, jam 10.30 pagi tadi setelah menerima maklumat dari orang ramai berhubung perkara itu.

Faizal ketika memberitahu media selepas membuat laporan polis itu berkata, program berkenaan lebih condong kepada hasutan dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan pada pihak lain.

(Faizal dan rakan-rakan keluar dari balai polis selepas membuat laporan)

Katanya, program itu amat  memberi kesan pada hasutan terhadap agama dan ianya merupakan jenayah hasutan yang nyata di negara ini.

“Kami berpandangan program itu satu penyalahgunaan institusi awam oleh pihak tertentu terutama untuk pilihanraya sekarang.

“Kita kena hormati pihak lain,  prinsip  asas  Perlembagaan Persekutuan khususnya bahagian 10 penjawat awam yang perlu bebas dari dicengkam anasir-anasir pihak politik,”ujarnya.

Tambahnya, jelas dalam program tersebut, telah mewujudkan suasana hasutan oleh pihak tertentu.

Beliau turut menambah perkara ketiga yang amat serius dalam program itu terdapat amalan menyekat amalan demokrasi berparlimen di malaysia.

“Terdapat tuduhan yang amat  tidak bertepatan dan tidak wajar dilemparkan kepada satu parti politik yang disahkan berdaftar dan undang-undang kononnya parti itu cuba nak buat sesuatu.

“Atas dasar itu kita ambil inisiatif supaya laporan polis ini dibuat semoga siasatan terhadap mereka perlu dilakukan,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap perkara yang serupa tidak berlaku lagi apatah lagi di saat untuk menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

Katanya, mana-mana parti yang ingin berkempen diharap  telus, semua orang boleh tahu dan tiada nilai hasutan seperti itu.

Menurutnya, dalam program yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat itu turut memaparkan grafik menghasut supaya pembaca marah dan memusuhi pihak yang didakwa.

Faizal seterusnya berkata, antara yang disebarkan paparan grafik (DAP) menolak Islam, malah mengandungi kata-kata hasutan DAP adalah alat gerakan Kristian terancang di Malaysia.

Awas tiga cara BN mahu tipu

Mohd Sabri Said, 26 Mac 2013
PERMATANG PAUH: Para pengundi diingat tiga cara menipu yang cuba dibuat oleh pihak tertentu termasuk petugas Umno dan BN menjelang pilihan raya ini.

Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail (gambar) mendedahkan, terdapat tiga perkara sedang dirancangkan oleh jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara ini baru sahaja di kesan dan beliau meminta semua pihak berwaspada dengannya.

Katanya, mereka diminta mengawasi gerak geri Wanita Umno yang akan berlakun sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun ke rumah-rumah khususnya di luar bandar untuk mengajar cara mencelup jari kelingking dengan dakwat hitam.

Bila kelingking dicelup dakwat tersebut katanya,  ia akan mengambil masa tujuh hari untuk luntur.
Bila berlaku begitu mereka dianggap sudah mengundi dan tidak sama sekali diberikan peluang memasuki bilik pengundian pada hari pilihan raya nanti.

"Lazimnya jentera tajaan BN menggunakan nama NGO untuk menyenangkan mereka menyelinap masuk ke kampung-kampung kononnya untuk mengajar terutamanya kaum ibu tentang kaedah penggunaan dakwat hitam oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ketika mengundi kelak.

"Mereka akan bertindak dalam masa tiga hari sebelum hari pengundian, " tegasnya di majlis ceramah Pentas Wanita di perkarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti semalam.

Perbuatan kedua yang dirancang ialah mereka akan menyamar sebagai pegawai TEKUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya untuk meninjau projek atau bertemu dengan kelompok yang membuat pinjaman.

Mereka akan meminta kad pengenalan dan mengambil gambarnya lalu memproses untuk diklonkan kad pengenalan individu terbabit.

Bila proses ini berjaya kad pengenalan itu nanti diiberikan kepada pengundi hantu dan bila pemilik asal hendak masuk mengundi namanya telah pun dipotong tanda sudah ada orang mengundi bagi pihaknya.

Ketiga sambung Siti Aishah, mereka akan menggunakan ruang di sebelah tengahari hari mengundi iaitu petugas kita alpa dan tinggalkan pondok panas atau balik ke rumah untuk mandi, solat dan sebagainya.

Petugas jelasnya,  hendaklah senantiasa berada di pondok panas dan sepanjang perayu undi bertugas.
"Jika sampaI waktu solat, makan dan seumpamanya berikan tugasan orang lain sekejab. Jangan biarkan hadapan pintu masuk tempat mengundi tiada petugas Pakatan Rakyat," tegasnya.

"BN dan Umno mesti laksanakan perkara tersebut di kala kita alpa. Justeru itu, para petugas yang dilatih khas kena bersedia setiap masa," jelasnya diiringi laungan  'Lawan Tetap Lawan'.

Berceramah sama ialah Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Aida Yusuf Rawa, bekas penyanyi, Dayangku Intan, Ketua Wanita DAP, Choong Eng dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Anak muda jangan takut undi Pakatan - Pak Jabit

Muhammad Faizal, 26 Mac 2013
BAGAN SERAI: Pelakon Abdul Kadir Abdul Manap (Man Kadir) merayu agar anak muda berani membuat perubahan untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.

Katanya, rakyat tidak perlu takut dengan ugutan 'terputus rezeki jika tidak mengundi BN' kerana soal rezeki datang dari Allah bukannya dari parti pemerintah.

Man Kadir atau dalam filem 'Hantu Kak Limah' itu turut menegaskan rezeki datang dari Allah bukannya Barisan Nasional (BN).

"Saya yang sudah berumur ini pun mahukan perubahan jadi bukan masalah untuk anak muda membuat perubahan.

"Istilah bila BN tidak memerintah maka susah hendak makan itu tidak betul sama sekali, kita kena ingat rezeki semuanya dari Allah," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang lebih di kenali sebagai Pak Jabit turut merasa kecewa dengan BN yang telah mendidik sesetengah anak muda dengan budaya samseng sehinggakan anak muda hilang perasaan hormat antara satu sama lain.

"BN mendidik anak muda dengan budaya samseng tetapi Pakatan mendidik anak mudah apa itu istilah hormat dan bersabar.

"Kita dapat melihat dengan sendiri perbezaan anak muda didikan BN dan juga Pakatan, banyak sikap samseng dilakukan oleh mereka yang mendapat restu BN," sambung beliau lagi.

Man Kadir yang turut mempersoalkan peranan kerajaan yang sepatutnya membantu dan menjaga rakyat serta mendidik rakyat dengan budaya akhlak yang baik.

Namun, kerajaan sekarang ini dakwanya mengabaikan tanggungjawab sebenar mereka dengan mengutamakan penayangan video lucah mahupun budaya fitnah untuk kepentingan politik mereka.

"Kita mahukan suatu suasana yang terbaik untuk rakyat khususnya golongan muda dengan suasana budaya dan akhlak yang baik.

"Tindakan BN yang lebih mengutamakan fitnah serta penayangan video lucah akan menjadikan peningkatan permasalah gejala sosial di kalangan remaja," katanya lagi.

Beliau berkeyakinan pada pilihanraya nanti anak muda Pakatan Rakyat akan menjadi benteng untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pak Jabit turut bersama dengan konvoi jelajah Negara Berkebajikan sepanjang program di Perak.

Bubar Dun S'gor dibawa ke mesyuarat PR hari ini

Harakahdaily, 26 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan membawa cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat hari ini juga dijangka akan membincangkan tarikh sesuai bagi pembubaran Dun yang melibatkan negeri-negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

“Ia untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi Pakatan Rakyat menghebahkan pembubaran tersebut. Hasil pertemuan ini akan diumumkan pada hari ini atau juga esok pagi.

“Oleh kerana Perdana Menteri masih teragak-agak untuk memberikan tarikh itu sebab kita akan berbincang agar dapat menetapkan tarikh yang tetap dan tidak lagi menjadi teka-teki kepada rakyat,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Perumahan Bercampur dan Pusat Rehat dan Rawat (R & R) Ladang Air Manis Panchang Bedena di sini.

Turut hadir dalam majlis itu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, Ketua Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datuk Ahmad Omar.

Sebelum ini, Abdul Khalid menegaskan beliau akan membubarkan Dun Selangor hujung Mac ini ekoran Perdana Menteri Datuk Seri Najib masih berteka-teki dengan tarikh pembubaran parlimen.

Bagaimanapun perkara tersebut akan dibawa ke mesuarat Pakatan Rakyat bagi mendapatkan pandangan.

Kesemua pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat akan bermesyuarat hari ini di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya.

Selepas itu satu sidang media khas akan diadakan kira-kira jam 6.45 petang nanti.

Tiada ulasan: