Rabu, 13 Mac 2013

NI LAH KERJA PUAK2 NI...ADAKAH MASIH KITA NAK SOKONG...SEGI HUKUM PUN MELARANGNYA

Tubuh markas, tanda hampir ke Nusajaya

Harakahdaily, 12 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Arus kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan dilihat sukar dikekang ekoran bercambahnya markas- markas dan pembukaan bilik gerakan di pelosok negeri Johor.

Terbaru, PAS Cawangan Taman Johor Jaya berjaya ditubuhkan dan mampu memberi saingan buat BN Johor yang selama ini bangga berstatuskan kubu kuat mereka, blog Nusajaya Kini dipetik.

Difahamkan, kejayaan PAS Pasir Gudang membina jentera di peringkat kawasan sekaligus menolak dakwaan yang ahlinya memberontak seperti insiden ‘lakonan’ demonstrasi berhubung kalimah Allah baru-baru ini.

Facebook PAS Cawangan Taman Johor Jaya mencatatkan, Alhamdulilah, setelah kian lama menunggu PAS Cawangan Taman Johor Jaya dengan kerjasama PAS Kawasan Pasir Gudang berjaya menubuhkan markaz dan bilik gerakan PAS Cawangan Taman Johor Jaya di No 23 Jalan Bakawali 64 Tmn Johor Jaya.

“Segala bentuk sumbangan wang ringgit dan tenaga amat diperlukan. Sumbangan bolehlah disalurkan melalui Hj Manan 010 3756373 @ Lutfi 017 7190483. Segala sumbangan yang anda berikan akan dinilai ganjaran oleh Allah SWT,” kata sumber itu.

Pembinaan lebuhraya rakyat berjalan lancar

Salmah Mat Husein Foto Rizal Tahir, 12 Mac 2013


(Tanah hutan mula dibersihkan untuk memberi laluan kepada lebuh raya ini)

MACHANG: Awal Febuari lalu kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bermula.

Ia bukan gimik seperti pernah diperlekeh sesetengah pihak sebelum ini.

Bermula di Bukit Bakar, Dun Kemuning kerja-kerja pembinaan mula dilaksanakan.

(Papan tanda projek yang terletak di Bukit Baka. Tarikh mula Januari 2013, tarikh dijangka siap  Disember 2015)

Bukan sekadar rakyat yang akan mendapat manfaat, sebaliknya banyak peluang kerja ditawarkan melalui projek ini.

Kontraktor tempatan juga berpeluang mengisi tender projek yang ditawarkan.

Inilah sejarah baru di Malaysia apabila projek lebuh raya dibina kerajaan negeri, sedangkan di negeri lain di bawah kerajaan persekutuan.


Laporan penuh baca Harakah Jumaat ini.

Kini giliran Abim pula saman Utusan

Harakahdaily, 12 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Selepas pemimpin parti-parti politik, kini giliran NGO iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Saman ini dibuat berdasarkan kepada artikel bertajuk “PAS BENARKAN TARIAN LUCAH, ABIM HINA ISTERI RASULULLAH?” yang dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia pada 8 Februari 2013 yang lalu.

"Abim menilai penyataan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan berniat jahat serta ingin menjatuhkan kredibiliti Abim selaku pertubuhan Islam utama di negara ini," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Sehubungan itu, Abim telah memanggil satu sidang media esok, 13 Mac bagi menjelaskan tindakan ini.

Ia akan diadakan pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur

Pengerusi Perkida Perak Tengah isytihar sokong Pakatan

Harakahdaily, 12 Mac 2013
PERAK: Bunyinya sedikit pelik, tapi itulah yang berlaku apabila Pengerusi Pekida Perak Tengah,  Sabri Ahmad mengisytiharkan secara terbuka akan menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sabri yang dipetik KeadilanDaily sebagai berkata, beliau tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat biarpun sudah lama menjadi anggota perkida yang sering dikait dengan Umno.

Menurutnya, sokongannya kepada Pakatan rakyat adalah kerana yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara selepas PRU 13 dengan lebih baik berbanding kerajaan sedia ada hari ini.

“Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” katanya.

Beliau yang kini bekerja sebagai kakitangan sebuah agensi kerajaan Perak, Perak mengakui telah menjadi ahli Umno sejak 1978.

Sokongan terbuka itu dibuatnya sehari selepas beliau nekad naik ke pentas menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Perak kelmarin.

Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida.

“Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan. Tapi, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?” katanya sambil tersenyum.

Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.

Awas, blog Suara Pakatan Rakyat

Harakahdaily, 12 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Awas, blog Suara Pakatan Rakyat adalah blog milik macai Umno yang menyamar sebagai blog pro PR. Ini adalah kerja kotor Umno untuk memburukkan PR.

Demikian ulasan blogger Shalehudin.

Menurutnya, ramai yang sudah tahu ini bukan blog PR, namun ini yang selalu kita ingatkan pada semua penyokong dan pendukung PR.

Jangan terpedaya dengan tipu helah musuh yang kini menyelit di antara kita untuk memburuk-burukkan keutuhan Pakatan Rakyat dari dalam.

Baca di sini.

Umno ganas, Pakatan Rakyat menang lebih besar

Harakahdaily, 12 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Keganasan Umno akan memberi kemenangan lebih besar kepada Pakatan Rakyat, jadi tidak timbul soal bertindak balas, kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas keganasan yang mengancam nyawa apabila kayu dan telur dibaling ke arah bangunan ibu pejabat PKR di Damansara, semalam.

Minggu lalu, keganasan juga telah berlaku dalam satu majlis ceramah di Bukit Katil, Melaka yang menyebabkan dua orang hadirin cedera berdarah di kepala.

Katanya, semua keganasan itu berlaku dengan jumlah yang kerap semenjak Umno dan Barisan Nasional dilihat tidak mampu bangkit dari kekalahan PRU tahun 2008.

Menurutnya, keyakinan terhadap mereka untuk terus memerintah terus merundum.

Maka, ujarnya di atas kedudukan getir itu, penyokong Umno tertekan dan mula membuat kacau menyedari mereka masih dipelihara oleh undang-undang.

“SAMM tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana ia telah banyak kali berlaku dan ia juga sebahagian dari proses perubahan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

SAMM juga, kata beliau tidak terkejut mengetahui sebuah balai polis terletak selang dua pintu dari lokasi serangan berlaku dari Ibu Pejabat PKR.

“Bagi SAMM, jika kekacauan seperti ini tidak dibendung, ia akan berlarutan hingga ke musim pilihanraya. Dijangka semakin dekat tarikh PRU pasti lebih banyak lagi keganasan dicetuskan,” ujarnya.

Justeru, katanya tangkapan harus dilakukan ke atas penganjur perhimpunan untuk kekang keganasan seterusnya.

“Juga telah terbukti ia bukan perhimpunan yang aman apabila objek kayu dan telur dilontar membahayakan keselamatan awam. Terdapat beberapa video yang boleh dijadikan bahan bukti,” katanya lagi.

Miliki kereta mewah, dapat rumah subsidi hanya kerana..

Harakah, 12 Mac 2013


(Rumah yang dibuat untuk penduduk miskin tetapi siapa yang dapat sebenarnya?)

GUA MUSANG: Di atas kertas projek penempatan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Rantau Manis dekat sini mensyaratkan peserta mesti berpendapatan kurang RM700 sebulan.

Selain itu turut disyaratkan keluarga mempunyai bilangan anak yang ramai dan generasi kedua peneroka Kesedar.

Turut disyaratkan setiap peserta mesti berada dalam senarai E-kasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun sebaliknya apa yang berlaku peserta yang memiliki kereta mewah seperti Harrier dan Honda juga kelihatan tinggal di penempatan tersebut.

Malah ada juga yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak dipilih menyertai penempatan agropolitan ECER Rantau Manis.


Dapatkan laporan penuh dalam Harakah Jumaat ini.

Pakistan langgar ancaman AS, bina paip gas ke Iran

Terjemahan Mohamad Yahya, 12 Mac 2013


(PERSETUJUAN BERSAMA...Saluran paip tersebut bertujuan untuk membantu Islamabad mengatasi kekurangan tenaga yang semakin teruk)



ISLAMABAD:
Pemimpin Iran dan Pakistan telah merasmikan pembinaan seksyen saluran paip gas yang telah ditangguhkan, bernilai USD7.5billion dan menghubungkan kedua-dua negara tersebut, sekaligus melanggar ancaman sekatan AS.

Presiden Mahmoud Ahmadinejad melancarkan projek tersebut dengan rakan sejawatannya dari Pakistan Asif Ali Zardari pada satu majlis di sempadan Isnin lalu, menyatakan perjanjian tersebut sebagai tamparan kepada sekatan yang diterajui AS mensasarkan minyak dan gas negara itu.

Kedua-dua pemimpin mengumumkan plak sebelum bersalaman dan membaca doa berharap kejayaan projek tersebut, yang melibatkan 780km seksyen saluran paip di sebelah Pakistan, dijangka menelan belanja kira-kira USD1.5bn.

Saluran paip tersebut bertujuan untuk membantu Islamabad memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat pada masa negara tersebut menghadapi kes bekalan eletrik terputus yang meningkat dan kekurangan tenaga.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan yang serius tentang bagaimana Pakistan membiayai projek tersebut dan sama ada Pakistan dapat meneruskan projek ini tanpa menghadapi AS sekatan, yang telah dilaksanakan Washington ke atas Iran kerana program nuklearnya.

Wartawan Al Jazeera Kamal Hyder, yang mellaporkan dari Islamabad, berkata perjanjian dengan Iran boleh "mengakibatkan kerugian yang besar" kepada Pakistan.

"Pakistan juga sangat bergantung kepada Amerika Syarikat dalam senjata konvensional," lapor Hyder.

Tetapi Pakistan juga menghadapi krisis tenaga dan memerlukan gas yang boleh dibekalkan oleh Iran, katanya.

Majlsi Isnin lalu datang hanya beberapa hari sebelum tempoh kerajaan berakhir dan berkemungkinan dibuat untuk meraih undi dengan membuatkan parti pemerintah, Parti Rakyat Rakyat Pakistan (PPP) kelihatan seperti menangani krisis tenaga.

Bangkangan AS


AS telah menentang projek tersebut, sebaliknya mempromosikan sebuah saluran paip alternatif dari medan gas Turkmenistan ke Afghanistan, Pakistan dan kemudian ke India.

Washington juga telah menawarkan beberapa projek penjanaan elektrik dalam Pakistan seperti membantu untuk mengubahsuai empangan hidro.

Iran berkata mereka telah menyiapkan projek saluran paip di bahagian Iran, sepanjang 1,150 km dari medan gas ke sempadan Iran-Pakistan.

Pengaliran gas dirancang untuk mula beroperasi akhir tahun 2014, walaupun hanya segelintir yang berpendapat tarikh tersebut sebagai realistik memandangkan kelewatan yang dialami oleh projek tersebut.

Pembungkusan kosong untuk kotak rokok

SM Mohamed Idris,

Sejak Disember 2012, Australia menjadi negara pertama di dunia sejak suku akhir 2012 yang mengarahkan semua produk tembakau dijual dalam bungkusan kosong untuk kotak rokok tanpa sebarang bentuk jenama seperti warna, imej, logo korporat dan tanda perniagaan.

Walaupun ia pertama kali dicadangkan di New Zealand pada 1989 dan kemudiannya di beberapa negara, pihak berkenaan teragak-agak mengenai cadangan kotak rokok kosong itu sehinggalah Australia mengambil langkah pertama. Sikap teragak-agak ini berikutan cabaran besar dan ancaman terbuka yang dibuat oleh syarikat tembakau terhadap kerajaan.

Kerajaan Australia tidak terkecuali. Syarikat tembakau mengancam untuk menurunkan harga. Mereka juga turut mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan Australia memberikan keutamaan yang tinggi kepada kesihatan awam dan sanggup berdepan dengan semua cabaran daripada industri tembakau, yang semuanya gagal satu demi satu. Ketika kritikan awal menganggap cabaran daripada industri tembakau akan menjejaskan kerajaan Australia, realiti adalah sebaliknya.

Kejayaan ini telah menggalakkan Kerajaan Turki, India, New Zealand, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada, Norway dan Perancis turut melaksanakan kotak rokok kosong. Negara seperti New Zealand mungkin akan melaksanakan sebelum akhir tahun ini.

Malaysia perlu menjadi negara yang seterusnya melaksanakan pembungkusan kosong untuk kotak rokok sebelum akhir tahun. Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan mestilah melaksanakannya sebelum akhir tahun dan segera melakukan kerja ke arah itu. Ini adalah janji pilihan raya yang penting memandangkan ia akan menentukan berapa banyak nyawa yang akan diselamatkan dan berapa banyak tahun kesakitan yang akan dikurangkan bagi perokok di negara di mana separuh daripada lelakinya merokok.

Kotak rokok terbukti mempengaruhi golongan muda untuk merokok. Di negara seperti Malaysia di mana 50 remaja di bawah usia 18 tahun merokok setiap hari, dasar baru ini akan memperlahankan aktiviti merokok. Perokok juga berpendapat kotak rokok kosong mencegah mereka daripada merokok. Memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah antara negara yang mempunyai perokok yang tertinggi di dunia, mestilah terdapat dasar yang kuat untuk  mengurangkan kadar wabak merokok secara drastik.

Sehingga ke hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mempunyai keyakinan bahawa dasar ini boleh dicapai dalam tempoh dua dekad, menjadikan kita terkejut dan bertanya apakah gunanya dasar merokok kebangsaan pada masa ini jika ia tidak memberikan hasil. Pembungkusan kosong untuk kotak rokok bukanlah penyelesaian ajaib tetapi satu penyelesaian yang kuat dan amat diperlukan oleh Malaysia dengan segera.

Syabas PR Selangor, 5 tahun yang cemerlang

Zaman Shah Saiyan,
Diam tak diam PR Selangor sudah memerintah negeri yang kaya ini genap lima tahun, kuasa yang diberi oleh rakyat Selangor benar-benar digunakan untuk memajukan ekonomi rakyat Selangor. Segala manifesto yang dirangka sebelum PRU12 sudah 90% dilaksanakan dengan begitu cemerlang sekali, biar pun ada mulut-mulut busuk bau longkang yang mengatakan kerajaan PR telah gagal melaksanakan kesemua janji-janjinya. Hanya orang yang buta hati sahaja yang beranggapan demikian.

Sifat irihati dan dengki di kalangan pembangkang di Negeri Selangor cukup ketara sekali, cakap-cakap mereka tentang kegagalan kerajaan PR Selangor tidak benar sekali. Mereka becakap sekadar sedap mulut mereka. Biasalah pembangkang, akan kata apa sahaja program ekonomi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR). Semuanya dikata tak berjaya. Alahai…

Saya petik dari fb Menteri Besar sebahagian inti ucapan beliau di Program Lima Tahun Pemerintahan PR;

Ucapan:
“Hampir RM800 juta sudah dibelanjakan untuk rakyat Selangor mengikut konsep hasil negeri untuk rakyat.
RM40 juta telah diberikan khas untuk wanita melalui Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL).
RM5 juta diperuntukkan kepada wanita pekerja ladang juga untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
RM50 juta akan digunakan sebagai pemangkin pembinaan rumah mampu milik.
Pentadbiran kerajaan negeri bukan sahaja mengembalikan hasil kepda rakyat malah turut mengumpulkan rizab RM 2.6 billion.“

Nah, apa lagi yang tidak betul pada tanggapan pembangkang Umno BN. Berjuta-juta telah digunakan untuk melaksanakan program ekonomi untuk rakyat. Bukan mereka agih-agihkan hak rakyat untuk kroni-kroni mereka. Tidak seperti mereka sebelum ini. Segalanya difaraidkan untuk kroni dan anak beranak mereka. Harta rakyat seperti emak abah mereka yang punya.

Melihat pada rizab yang terkumpul RM2.6 billion itu saya yakin, para pemimpin pembangkang pasti kemelecer dan lahap untuk merampas balik Selangor ini. Siang malam, pagi petang asyik mencari kesalahan dan kesilapan kerajaan Negeri Selangor (PR). Mereka tidak lena tidur melihat angka RM2.6 billion itu. Pasti dan pasti mereka gila meroyan mahu merampas Selangor semula, biar apa dengan cara sekali pun. Pengundi hantu pun pengundi hantulah yang penting menang, begitulah rakusnya cita-cita mereka.

Sebagai rakyat Selangor, yang tidak mahu melihat zaman gelap dulu, cukuplah untuk Umno BN untuk cuba memikat hati rakyat Selangor. Janganlah zaman gelap yang lalu berulang di bumi yang kaya dengan hasil mahsulnya ini. Marilah kita pertahankan negeri ini dari dirampas oleh tangan-tangan hitam yang rakus yang tidak pernah pun tahu susah payah rakyat selama ini.

Syabas PR Selangor, 5 tahun yang cemerlang.

Tiada ulasan: