Puluhan ribu banjiri kuliah TGNA & UAI di Kota Bharu
| http://greenboc.blogspot.com, | 22 Mac 2013 |
Puluhan Ribu Banjiri Kuliah TGNA & Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu
Puluhan ribu membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan untuk mengikuti Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz dan Bual Bicara bersama Ustaz Azhar Idrus.
Turut serta penampilan istimewa dari Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Haslin Bollywood. Foto di bawah ini menceritakan betapa hebatnya sambutan rakyat Kelantan. Semuga Pas terus memerintah Kelantan selepas PRU 13 nanti.
Gambar : Berbagai sumber di FB/Kompilasi: malaysiaberih
AJK Pemuda Umno Bahagian sertai PAS di Johor
| Salman Hussin, | 22 Mac 2013 |

(Mazlan Aliman memberikan taklimat kepada Presiden dan Setiausaha Agung PAS tentang pemindahan kubur di Pengerang yang menjadi isu penduduk tempatan)
JOHOR BHARU:
Tindakan berani ahli-ahli Umno Bahagian Tebrau yang diketuai Ahli
Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian tersebut, Jayen @ Supaat Taros,
menyertai PAS, bukan sahaja memberi tamparan yang cukup hebat kepada
Umno Bahagian Tebrau malahan tindakan tersebut juga membuktikan Umno
semakin ditolak oleh rakyat.(Javen [kanan sekali] bergambar kenangan selepas menyertai PAS)
Jayen yang juga Ketua Pemuda Umno Zon Taman Nora Ulu Tiram bersama mantan Ketua Pemuda Umno Zon Bandar Tiram, Azmi Sarmin, telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis ceramah yang diadakan di Kampung Sungai Tiram Ulu Tiram.
Dapatkan laporan penuh lawatan Presiden dan Setiausaha Agung PAS ke Johor dalam Harakah mulai Ahad ini.
Manipulasi risikan tentera tidak mengejutkan
| Harakah, | 22 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR:
Tahap keselamatan awam memang sentiasa dipantau namun kemungkinan
berlaku ke arah itu (bagi tujuan politik) bukanlah suatu yang mustahil
kerana peluang pemerintah (untuk campur tangan) ada padanya.Demikian kata Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (gambar).
Beliau mengulas dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid bahawa risikan anggota keselamatan cenderung dimanipulasi bagi tujuan politik pemerintah bukanlah suatu yang mengejutkan.
Baca laporan penuh dalam Harakah mulai Ahad ini.
Kematian Ramadhan Al-Buti kehilangan buat umah
| Harakahdaily, | 22 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Kematian
ulama tersohor, Sheikh Said Ramadhan Al-Buti disifatkan PAS sebagai
satu kehilangan besar buat umat Islam seluruh dunia.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biarpun berbeza pandangan dalam beberapa perkara, namun penghormatan terhadap ilmu dan keperibadian ulama itu sangat disanjung tinggi.
"Saya banyak mengambil manfaat dari kitab-kita karangan beliau khususnya Fiqh Sirah yang saya jadikan teks dalam kuliah pengajaran saya sejak dahulu.
"Sekalipun ada sedikit perbezaan pemikiran dlm beberapa isu dengannya, ia tidak mengurangi kasih sayang kita semua kepada ulama agung ini.
"Semoga Allah SWT mengampuni beliau dan dimasukkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Sheikh Mohammed Said Ramadan al-Buti, 84, dilaporkan terbunuh dalam serangan bom penyerang berani mati semalam di Masjid Al-Iman Dimasyq, Syria.
Beliau terkenal dengan siri buku-buku dakwah tulisannya termasuk Fiqh Sirah yang menjadi rujukan ahli gerakan Islam seluruh dunia.
Nazir rayu abangnya kekal sedangkan warga CIMB mahu dia turun
| http://omakkau.blogspot.com, | 22 Mac 2013 |
MACAM-MACAM ADA..NAZIR RAZAK MERAYU AGAR RAKYAT KEKALKAN ABANGNYA MENJADI PM SEDANGKAN WARGA CIMB MAUKAN BELIAU TURUN DARI MENGETUAI CIMB!!!
CEO CIMB Nazir Razak, meminta dan merayu kepada rakyat agar memberi peluang kepada abang sulungnya Najib dikekalkan sebagai PM selepas PRU13 nanti, tetapi dalam masa yang sama kakitangan dan warga CIMB mahu supaya dirinya turun dari mengepalai CIMB.
Baca di sini.
Pakatan Rakyat Perlis lancar manifesto malam ini
| Bashir Ishak, | 22 Mac 2013 |
KANGAR: Pakatan Rakyat Perlis akan melancarkan
manifestonya malam ini bertempat di Dataran Restoran Anjung Keli, Behor
Pulai dekat sini bermula jam 9 malam.
Majlis pelancaran manifesto ini akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang akan turut menyampaikan ceramah.
Sebagai gimik pelancaran, wakil-wakil PAS, PKR dan DAP akan membentangkan tawaran-tawaran Pakatan Rakyat Perlis disusuli tayangan multimedia.
Terdapat tujuh agenda utama Pakatan Rakyat Perlis yang bakal dibentangkan kepada orang-ramai pada majlis tersebut.
Orang ramai dijemput hadir ke majlis tersebut.
Majlis pelancaran manifesto ini akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang akan turut menyampaikan ceramah.
Sebagai gimik pelancaran, wakil-wakil PAS, PKR dan DAP akan membentangkan tawaran-tawaran Pakatan Rakyat Perlis disusuli tayangan multimedia.
Terdapat tujuh agenda utama Pakatan Rakyat Perlis yang bakal dibentangkan kepada orang-ramai pada majlis tersebut.
Orang ramai dijemput hadir ke majlis tersebut.



















Tiada ulasan:
Catat Ulasan