Isnin, 25 Mac 2013

BUBAR ATAU TAK SEMUA KUASA ALLAH...MUNGKIN KEKALAHAN KIAN TERASA...MELUAT RAKYAT TERASA...HANYA BERKEPENTINGAN SAJA MENYOKONG...YANG TERTINDAS DAN YANG BERILMU TAK KAN MENYOKONG

Jika parlimen tidak bubar awal minggu ini

Harakahdaily, 25 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun.
“Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013,” ujar Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Teka-teki pembubaran parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset.

Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008.

Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (Dun) akan terbubar secara automatik iaitu Dun Negeri Sembilan dan seterusnya Dun Pahang pada 7 April.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat.

SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik Dun yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar.

Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihanraya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya.

Kuasa yang ada pada pemerintah multak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan digunapakai dalam kempen pilihanraya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas.

Implikasi dari pilihanraya di dua buah negeri ini ialah, Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar.

Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihanraya seterusnya.

Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan Dun lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihanraya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum parlimen dibubar 28 April.

Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa parlimen masih belum dibubar.

Rakyat harus melihat dan menilai betapa bacul dan jahatnya kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib. Ia sama sekali tidak 'gentleman'.

Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun. Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013.

Penyelewengan penerokaan hutan Sarawak sangat serius

Hazayani Zakaria, 25 Mac 2013

(Zulkifli  [tengah] dan rakan-rakan menceritakan masalah alam sekitar di Sarawak yang semakin terdedah)

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud berhubung pendedahan Video Global Witness mengenai penerokaan hutan di negeri itu.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar berkata, Taib dan juga kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dalam dakwaan urus tadbir itu harus mengambil cuti buat sementara waktu agar siasatan dapat dijalankan oleh SPRM.

"Sudah seminggu pendedahan ini dibuat tapi belum ada siasatan dijalankan.

"Sebagai sebuah kerajaan yang dimomokkan adil dan telus dalam setiap urus tadbir mereka, seharusnya tindakan ini diambil," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Video selama 16 minit 24 saat itu meliputi empat hasil siasatan melalui penyiasat persendirian yang menyamar sebagai pelabur untuk penanaman kelapa sawit di Sarawak antaranya ialah habuan kepada Taib dari kelulusan Lesen Penanaman / Pertanian.

Global Witness yang berpengkalan di London itu juga mendedahkan terdapat korupsi dari Perjanjian Tanah di mana sebahagian ahli keluarga Taib itu diberikan tanah atas arahan Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang dipimpin oleh Taib sendiri dan mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit darinya.

Selain itu, sebuah syarikat perkongsian di antara sepupu Taib, seorang Ahli Parlimen dari parti Taib dan kakak ipar Najib ditawarkan untuk jualan melalui transaksi tidak sah di Singapura yang direka untuk mengelak cukai dari Kerajaan Malaysia.

Korupsi juga berlaku dalam perkhidmatan yang ditawarkan peguam tempatan untuk membantu transaksi haram dan bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan Singapura.

"Jika proses kelulusan lesen balak boleh dimanipulasi untuk kepentingan jahat pihak yang berkepentingan sehingga akhirnya mendorong kemusnahan hutan malah sistem ekologi yang menjadi sumber makanan dan minuman kepada haiwan liar serta Orang Asal di Sarawak," katanya lagi.

Zulkefly juga berkata, jika pendedahan itu tidak benar, Taib harus membuat penafian atau menyaman Global Witness.

"Kalau Global Witness salah buat laporan, Taib seharusnya membuat penafian atau mengambil tindakan undang-undang.

"Sekarang ini beliau mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa," katanya.

Justeru beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengambil apa-apa tindakan, pihaknya sendiri akan membuat aduan ke institusi tersebut.

"Sebelum ini dah ada beberapa kenyataan daripada pemimpin BN mengenai isu ini tapi SPRM tak siasat pun.

"Jadi kalau dalam masa seminggu ini tiada apa-apa tindakan juga, kami sendiri akan ke pejabat SPRM," katanya sambil menambah akan melakukan siri jelajah berhubung isu ini.

Rakyat Bentong bangkit mahu lihat telinga Tok Nan dipotong

Omak Kau, 25 Mac 2013



Rakyat Bentong tidak kira apa kaum kini bertekad bangkit mau melihat agar Tok Nan Yaakub menunaikan janjinya mau potong telinga dan terjun Sg Pahang jika DAP/PR mampu menang Parlimen P89 Bentong pada PRU 13 nanti.

Kesungguhan ini dibuktikan apabila ribuan warga Bentong, Pahang turun ramai-ramai memberikan sokongan padu pada ceramah anjuran DAP/PR di Benus, Bentong Pahang untuk mendegar ceramah yang disampai oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail dan calon DAP/PR Parlimen Bentong Sdr Wong Tack.

Parlimen P89, Bentong kini disandang oleh Timbalan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai.

Jika dilihat pada mood rakyat kini yang mau melakukan perubahan maka peluang untuk rakyat melihat Tok Nan potong telinga dan terjun Sg Pahang amatlah cerah sekali.

Papagomo tidak hadir ke mahkamah

Harakahdaily, 25 Mac 2013
KOTA BHARU: Blogger lucah Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak hadir ke mahkamah hari ini walaupun beliau selaku defendan sepatutnya hadir setelah disaman oleh Datuk Husam Musa.

Ekoran itu, pelbagai pihak yang hadir ke mahkamah hari ini menyifatkan beliau sebagai penakut walaupun sangat berani apabila menulis dalam blognya.

"Selaku defendan Papagomo mesti hadir di mahkamah biarpun lawyernya berhujah mohon penangguhan ..rupanya PENAKUT bila disaman!" tulis Datuk Saifudin Nasution Ismail yang turut hadir selaku saksi melalui twitternya.

Papagomo melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran beliau sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.

Tidak bayar tuntutan: The Star hadapi tindakan mahkamah

Harakahdaily, 25 Mac 2013
SUBANG JAYA: Akhbar The Star bakal diheret ke Mahkamah Sesyen Shah Alam berikutan langkah Jabatan Tenaga Kerja Selangor untuk memfailkan tuntutan kes terhadap keengganan syarikat mematuhi arahan Mahkamah Buruh.

(Surat dari pejabat Tenaga Kerja Subang kepada The Star)

Suratkhabar berbahasa Inggeris milik MCA itu telah didapati masih engkar untuk mengikuti perintah kes buruh bertarikh 26 November 2012 oleh Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya untuk membayar tuntutan RM80 kepada bekas wartawan.

Antara tindakan yang bakal dihadapi akhbar The Star oleh Mahkamah Sesyen adalah Perintah Penyelesaian Penuh, Perintah Penggulungan Syarikat, Writ Penyitaan dan Penjualan atau pun arahan Waran Tangkap ke atas Pengarah.

Pada Julai 12 tahun lepas, Mahkamah Buruh Subang Jaya telah mendengar tuntutan oleh seorang wartawan terhadap keengganan bekas majikan beliau untuk memberinya faedah perubatan dan cuti ehsan di bawah Perjanjian Bersama Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) dengan Star Publications (M) Berhad.

The Star telah memberhentikan wartawan Shahrim Tamrin pada 19 Oktober 2011 ketika pengadu sedang cuti sakit yang panjang selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari 4 Oktober hingga 7 Oktober 2011.

Pada perbicaraan Mahkamah Buruh, Shahrim Tamrin menyatakan bahawa akhbar The Star telah enggan untuk mematuhi Perjanjian Bersama yang ditandatangani dengan NUJ yang secara khusus menyatakan bahawa wartawan berhak untuk mendapatkan kemudahan perubatan di hospital dan cuti ehsan mengikut garis panduan yang disediakan.

Shahrim (gambar kanan) menegaskan bahawa akhbar The Star telah enggan untuk menerima tuntutan perubatan apabila pengadu dimasukkan ke wad HKL kerana demam virus atau disyaki denggi.

"Syarikat telah menolak permintaan saya untuk tuntutan perubatan walaupun saya telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan HKL adalah juga merupakan sebahagian hospital panel syarikat," tambah beliau.

Bekas wartawan The Star itu juga turut mendakwa bahawa majikannya telah enggan untuk memberikannya sembilan hari cuti ehsan di bawah Fasal 25 Perjanjian Bersama dengan NUJ apabila beliau tidak hadir berkerja kerana anaknya sakit dan dimasukkan ke hospital.

“Sebaliknya, syarikat telah memotong gaji saya sebagai cuti tanpa gaji. Ia adalah membingungkan sejak Perjanjian Bersama tidak pernah menyatakan bahawa kakitangan dalam tempoh percubaan tidak layak mendapat faedah," hujah pengadu.

Akhbar The Star yang diwakili oleh eksekutif Sumber Manusia Mahendraraj Mariappan menyatakan walaupun Perjanjian Bersama menggariskan faedah-faedah yang dituntut pengadu, Shahrim tidak layak untuk menerima manfaat kerana statusnya sebagai kakitangan dalam percubaan.

"Ia telah menjadi amalan syarikat untuk sekian lama untuk tidak memberikan faedah-faedah di bawah Perjanjian Bersama untuk kakitangan yang belum disahkan," kata Mahendraraj.

Tiada ulasan: