Rakyat Perlis nantikan perubahan, sudi terima DAP dan Pakatan
Posted on Thursday, March 21 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Roketkini
PADANG
BESAR, 21 MAC: Kerjasama pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang semakin
akrab telah menawan hati rakyat yang selama ini dibuai propaganda bohong
UMNO-Barisan Nasional yang menguasai akhbar, tv dan radio.
Suasana
kemesraan, termasuk di antara pimpinan dan anggota PAS serta DAP, yang
terjalin semakin terserlah di mana-mana pelusuk kampung dan pekan,
termasuk di Perlis.
Selain kerjasama pucuk pimpinan PR negeri
Indera Kayangan, pemimpin peringkat pertengahan dan akar umbi turut
menjalankan program dan aktiviti bersama yang juga dapat merapatkan
hubungan antara kaum.
Baru-baru ini, Pengerusi DAP Perlis, Teh
Seng Chuan dan Timbalan Setiausaha Publisiti DAP Perlis, Ooi Ching Wen
bersama Ketua Urusan Ulamak PAS Padang Besar Ustaz Azamhari Mohamood
telah turun padang untuk bertemu, mendengar dan berusaha menyelesaikan
masalah rakyat tempatan.
Mereka telah bertanding ke banyak
kawasan termasuk Kampung Kolam, Padang Besar, Pekan Padang Besar, Jalan
Besar, Felda Rimba Mas, Titi Tinggi dan Felda Lubuk Sireh.
Menurut Teh, penduduk tempatan menerima DAP dan PAS dengan baik apabila mengalu-alukan kedatangan mereka.
“Rakyat
sedar bahawa PR akan membawa perubahan yang mereka harapkan. Mereka
juga tahu PR berazam untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
penduduk di Padang Besar apabila mendapat mandat sebagai kerajaan.
“Rakyat perlu memilih PR kerana kerajaan Barisan Nasional telah gagal menyelesaikan masalah mereka,” katanya.
Sumber: Roketkini.com
Pengesahan Agbimudin Kiram Kakitangan Kerajaan
Posted on Thursday, March 21 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Rafizi Ramli
Pengesahan Agbimudin Kiram Kakitangan Kerajaan Timbulkan Persoalan Berapa Ramai Pemegang Kad Pengenalan Biru Terlibat.
Pengesahan
oleh jurucakap kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kesultanan Sulu
yang dibuat di Manila bahawa Agbimudin Kiram pernah menjadi pegawai
kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar
belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu.
Pengesahan
itu mengiyakan kerisauan banyak pihak bahawa kumpulan bersenjata di
Lahad Datu turut melibatkan rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang
memegang kad pengenalan biru. Perkara ini mendedahkan kemungkinan
ancaman keselamatan yang timbul akibat dari tindakan pihak tertentu yang
dituduh berkait dengan Tun Mahathir Mohamad memberikan kerakyatan tanpa
melalui proses yang sah.
Pendirian KEADILAN adalah jelas bahawa perkara ini memerlukan siasatan segera untuk menentukan perkara-perkara berikut:
1. Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?
2. Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?
3. Berapa ramai dari kalangan mereka yang mempunyai kad pengenalan biru mendapat kad pengenalan biru di bawah Projek IC?
Ini
adalah soalan-soalan asas yang wajib dijawab oleh Dato’ Seri Najib Tun
Razak, memandangkan beliau seharusnya berterus terang mengenai latar
belakang konflik ini dengan rakyat.
Pengesahan mengenai kedudukan
Agbimudin Kiram itu juga membayangkan banyak perkara yang masih belum
dibongkarkan oleh Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang terhenti
seketika.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya pertimbangan diambil
untuk memulakan serta merta prosiding Suruhanjaya Diraja Mengenai
Kerakyatan yang tergendala bagi memastikan semua aspek berhubung
pemberian kad pengenalan di Sabah tanpa melalui proses yang sah diteliti
dan dibongkar sepenuhnya.
Sementara itu, KEADILAN masih lagi
menunggu jawapan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir
Mohamad bagi menjawab ketiga-tiga soalan yang dilontarkan.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
21 MAC 2013
Sumber: rafiziramli.com
Pangkalan data SPRM buktikan Papagomo ada rekod rasuah?
Posted on Thursday, March 21 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber keadilandaily
KUALA
LUMPUR 21 MAC: Pemilik blog Papagomo yang kerap memapar kandungan
berunsur fitnah dan lucah sebelum disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim hari
ini, didedah beberapa blog lain sebagai seorang pesalah kes rasuah.
Mereka
memetik maklumat dari laman seb rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malayisa (SPRM) dengan carian atas nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang
disaman Ketua Umum KEADILAN itu.
Laman web itu menyebut Azri
berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal di balai
polis Ampang ketika kejadian rasuah itu dibuat pada 2004.
Bagi
pertuduhan pertama, beliau dituduh meminta suapan RM1,000 daripada
seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan
undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.
Pertuduhan
kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah RM400 daripada
lelaki sama pada keesokannya kira-kira jam 11.40 pagi sekitar Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Ampang.
Berikutan itu, Azri dihukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 selepas beberapa proses rayuan di mahkamah.
Terdahulu,
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara lima bulan dan
denda RM10,000 secara berasingan bagi setiap pertuduhan.
Untuk baca laporan SPRM, KLIK INI.
Sumber: keadilandaily.com
Chua Soi Lek pemimpin 'touch-no-go'
Posted on Thursday, March 21 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Aspan Alias
Kita
boleh nampak dengan jelas reaksi dari BN khususnya MCA apabila Lim Kit
Siang mengambil keputusan untuk bertanding di Johor dalam pilihanraya
kali ini. Tindakan Penasihat DAP untuk menawarkan diri bertanding di
Johor ini tidak sepatutnya di jadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA
masih kuat dan relevan sekarang ini.
Pertamanya LKS sememangnya
berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penhijrahan beliau ke Johor
menjadi isu kepada mana-mana pihak.Tidak perlu melabelkan LKS sebagi
pemimpin ‘touch-n-go’ seperti yang di tuduh oleh pihak Chua Soi Lek itu
kerana LKS merupakan pemimpin parti yang di terima oleh mana-mana
kawasan di negara ini.
Yang bertanding itu bukannya LKS tetapi
adalah DAP dan LKS sebagai seorang yang berpengalaman beliau sememangnya
boleh meletakkan diri beliau di mana-mana parti merasakan perlu untuk
bertanding. Yang penting beliau di terima oleh parti kerana DAP adalah
parti yang sudah di terima oleh semua kaum dan rakyat.
Tindakan
CSL melabelkan LKS sebagi ‘touch-n-go’ itu hanya melambangkan ketakutan
MCA yang kian hari kian merosot sokongan seperti juga UMNO dan MIC serta
Gerakan. Kemampuan LKS bertanding di mana-mana menunjukkan yang beliau
adalah pemimpin ‘versatile’ dan di terima oleh rakyat di mana-mana.
CLS
sebaliknya menghadapi kesukaran untuk mencari kawasan yang boleh
menerima beliau secara keseluruhan rakyat di negara ini. Bagi saya jika
CLS melabelkan LKS sebagai ‘touch-n-go’ saya pula ingin melabelkan CLS
sebagai pemimpin ‘touch–no-go’ kerana beliau tidak dapat di terima oleh
rakyat di kebanyakan kawasan dalam negara ini.
CSL lebih elok
tumpukan usaha untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau dengan
baik secara peribadi kerana partinya sudah boleh dianggap sebagai parti
yang semakin hampir kepada kematian. Sampai sekarang ini CLS masih
teraba-raba mencari tempat untuk diri beliau bertanding. Di mana sahaja
beliau mencuba jawapannya ialah 'no-go' untuk beliau. CSL tidak boleh
hendak 'equate' kan dirinya dengan LKS. Perbezaan beliau dengan LKS
ibarat menyamakan buah bacang dengan buah epal.
Biarkan DAP
melakukan apa yang baik untuk parti itu dan menjadi parti harapan rakyat
untuk bersama-sama dalam kerajaan baru yang bakal dipilih oleh rakyat
dalam pilihanraya ini.
Semasa itu nanti barulah MCA dan
rakan-rakannya dalam BN tahu rupa-rupanya ada parti lain yang jauh lebih
berkemampuan dan bersih menguruskan kerajaan negeri-negeri dan
Persekutuan kita ini.
Semasa itu nanti MCA dan rakan-rakan
komponen yang lain mesti belajar dari pimpinan kerajaan yang baru itu
bagaimana menguruskan kerajaan dengan cara yang lebih baik dan selari
dengan kehendak rakyat dan sistem demokrasi itu sendiri.
Hanya BN
sahaja yang terlalu 'obsessed' memuji diri sendiri sehinggakan mereka
tidak sedar ada pihak lain yang lebih baik dan tidak pun memuji diri
mereka kerana kejayaan DAP dan rakan-rakan lain itu merupakan kejayaan
rakyat sendiri.
CSL akan melihat keadaan dalam mana kerajaan baru dengan rakyat itu 'berpisah tiada' buat jangka masa yang lama.
Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com
GM13 Desak RTM Anjur Debat Antara Mahasiswa Dengan PM
Posted on Thursday, March 21 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Mahasiswakini
KUALA LUMPUR:
Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) telah menganjurkan flashmob di KL
Sentral bagi memberi penerangan mengenai Polisi Baharu Pengajian Tinggi
Negara.
Pengerusi GM13 merangkap Presiden Persatuan Mahasiswa
Islam Universiti Malaya (PMIUM), saudara Syis Abdul Kadir menyebut
bahawa mahasiswa sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam PRU13
kelak.
“Flashmob ini adalah satu bentuk hebahan terhadap apa yang
mahasiswa perjuangkan selama ini. Kita pilih KL Sentral kerana tempat
ini adalah pusat tumpuan orang ramai, untuk kita beri penerangan kepada
masyarakat awam bahawa mahasiswa ada tuntutannya sendiri dan bersedia
untuk berhadapan dalam PRU13”, tegas beliau.
"Hari ini kita sudah
menyediakan Polisi Baharu Pengajian Tinggi Negara. Kita bersedia untuk
membuat perubahan dalam universiti pada PRU13 ini. Kita mahukan
universiti bebas dari cengkaman parti politik", tambah Syis.
Sambil
menyifatkan kebersediaan untuk menghadapi PRU13 kelak, Syis juga
berpendirian tegas menyatakan komitmen untuk berdebat dengan Perdana
Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak mengenai polisi pengajian tinggi
Negara.
“Kita ingin desak RTM untuk anjurkan debat terbuka
antara mahasiswa dengan Dato Seri Najib. Hari ini kita bersedia untuk
kemukakan idea baru mengenai polisi pengajian tinggi Negara”, desak
Syis.
Beliau menyatakan, GM13 memilih siaran RTM kerana ia adalah
hak rakyat dan perlu menjadi medium penerangan yang adil serta tidak
bias.
Falshmob ini adalah rentetan dari siri jelajah penerangan
GM13 yang bermula dari kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan
seterusnya Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sumber: mahasiswakini.net
PRU13: 9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat
Posted on Thursday, March 21 @ 20:01:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR:
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan
sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) akan datang.
Katanya, keadaan inilah antara faktor
yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.
Malah
Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi
kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.
"Saya
yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu
penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang tidak tertanggung.
"Sebab
itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus
menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka.
Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi,"
katanya kepada Harakahdaily.
Gambar fitnah: Anwar fail saman Papa Gomo RM100 juta hari ini
Posted on Thursday, March 21 @ 13:23:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Keadilandaily
KUALA LUMPUR
21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta
ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar blogger pro Umno
itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.
Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.
Anwar
menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo, sebagai
individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau
dengan video seks palsu.
Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.
Selasa
lalu, Surendran menghantar surat tuntutan supaya Papa Gomo menarik
balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari
itu, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.
Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian, menyebabkan Anwar meneruskan saman.
Fitnah
terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa
kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya
konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Bagaimanapun,
individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa
kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.
Ia
mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman
video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl
Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.
Sumber: keadilandaily.com
Ahmad Said marah tak tentu arah
Posted on Thursday, March 21 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: anaabdullah
"Apa
kena dengan Datuk Seri Ahmad Said. Mesti ada yang tak kena. Kalau sudah
kena mana mungkin marah marah tak tentu arah dengan imam yang naik atas
pentas PAS. Nak kata dia tidak ada dalam senarai calon pada PRU 13
mustahil. Malahan nama beliau ada dalam senarai untuk DUN Kijal.
Kalau
BN menang PRU 13 nanti memang ada cam jadi menteri besar lagi sekali.
Dapat dua penggal. Bukan macam Datuk Seri Idris Jusuh yang tamak kumpul
wang sehingga sanggup jual Kusza dan Keloj Yayasan Terengganu.
Tahukah
anda apa sudah jadi dengan pensyarah pensyarah KUSZA dan Kolej Yayasan
Terengganu yang diserap ke dalam Unisza dan UITM cawangan Cendering.
Ada
diantaranya yang dipecat dari jawatan kerana tiada sarjana (MA) Yang
sedihnya masih ramai yang tidak disahkan jawatanya sampai sekarang.
Begitulah malangnya nasib bekas pensyarah Kusza dan Kolej Yayasan
Terengganu.
Berbalik kita dengan isu Ahmad said marah marah
dengan imam imam.Mana ada imam yang naik atas pentas berceramah lawan
kerajaan yang diterajui menteri besar sering tunjuk samseng itu.Jika ada
tolong buktikan siapakah nama imam tersebut.
Lainlah ketika PAS
memerintah dahulu. Bukan Imam yang naik atas pentas umno berceramah,
malah ada antara kadhi yang cukup berani bertindak nekad berceramah atas
pentas umno.
Mereka ialah ustaz Kamal Abdullah bekas wakil
rakyat DUN Sura Dungun,(2004) Ustaz Wan Ahmad bekas wakil rakyat DUN
Kota Putra, Besut (2004)dan ustaz Ramli Noh wakil rakyat DUN
Tepoh(2004-2008)
Itulah kahdi yang naik atas pentas umno
berceramah begitu berani menyerang menteri Besar Haji Hadi Awang dan
menuduh MB Terengganu pembohong.
Sekarang ini mana ada imam imam
yang berani naik atas pentas PAS berceramah mengutuk Ahmad said. Lebih
lebih lagi sudah habis imam imam yang dilantik kerajaan PAS dulu
dipecat.
Setahu penulis Cuma ada dua orang sahaja yang tidak
boleh dipecat. Mereka kekal sebagai imam. Kalau boleh berbuat demikian
sudah lama kedua dua imam itu dipecat. Seorang, masih ada di Dungun dan
seorang lagi dinaikkan pangkat di Pejabat sebagai imam pelawat.
Jadi,
sangat tidak wajar marah dengan dua orang imam yang dikatakan naik atas
pentas pas semacam marahkan nyamuk kelambu hendak dibakar."
BN/UMNO kalah atau kuat kerana Mahathir,?
Posted on Thursday, March 21 @ 10:00:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: mohdnoorawang
"Keliru,
keliru, keliru siapa sebenar perdana menteri Malaysia sekarang?.
mungkin berkata Najib Razak/ Rosmah Mansor atau Mahathir Muhamad (TUN).
Sehingga kini wajah Mahathir dan peranan Mahathir lebih kehadapan dalam
kempen BN/UMNO seluruh negera bertemakan ucapan dan wacana Mahathir.
Malah
Mahathir ke Lahad Datu berramah mesra dengan anggota keselamatan.
wataknya sebagai perdana menteri Malaysia. Malah Mahathir seperti ketua
juru kempin BN/UMNO menjelang pilihanraya umum ke-13.
Mahathir
mahun BN/UMNO menang PRU-13 dan kekal berkuasa di Putrajaya. Mahathir
juga mahu anak lelakinya bakal menjadi perdana menteri atau
sekurang-kurang bermula dengan menjadi menteri besar Kedah PRU-13.
Dari
tindakan Mahathir yang teramat padat jadual ceramah dan wacananya
bagaikan seorang perdana menteri Malaysia menunjukkan Mahathir cukup
takut jika BN/UMNO kalah di Putrajaya PRU-13.
Namun dalam ruang
yang terhada kami tak nak ulas apa yang diwacanakan oelh Mahathir dalam
setiap perhimpunan yang diadakan. Yang pasti cakap Mahathir seperti
lidah biawak yang bercabang dua. Memang jelas mahukan BN/UMNO tidak
tewas PRU-13.
Perlu dingat selama 22 tahun Mahathir menjadi
perdan menteri hampir keseluruhan kementerian dilacurkan oleh Mahathir
demi untuk kekal berkusa selama 22 tahun. Malahraja dan istana
dipermainkan oleh Mahathir.
Jika BN/UMNO kalah teruk PRU-13 atau
hanya mendapat 80 -100 kerusi parlimen atau hanya mendapat kemenangan
cukup tipis sekitar 125 -130 kerusi parlimen, puncanya adalah kempen
Mahathir.
Jika BN/UMNO mendapatmenang dengan majoriti tipis
peluang cukup terbuaka untuk menurunkan Najib Razak dari ketua kerajaan
BN dan pengerusi UMNO/BN disegerakan oleh Muhyiddin Yassin dengan
kerjasama Mahathir.
Disaat ini Mahathir cukup takut jika BN/UMNO
tersungkur PRU-13 terutama diperingakat kerajaan pusat. Mahathir sudah
terhidu kelemahan Najib Razak dan isu peribadi Najib Razak, Mahathir
akan kempen dan berceramah sehingga tamat jam 12 tengah malam tarikh
akhir berkempen."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan