Posted on Wednesday, March 13 @ 08:00:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Gamis
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia hari ini menyatakan rasa kekecewaan terhadap Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengajian Tinggi sebagai kementerian yang menguruskan hal ehwal kepentingan universiti awam mahupun swasta di negara ini apabila rekod yang telah dikeluarkan oleh Times Higher Education di dalam Worlds University Rankings 2012-2013 baru-baru ini melihatkan universiti tanah air kita gagal mendapatkan tempat di dalam kelompok 400 universiti terbaik di dalam dunia.
GAMIS memandang serius hal ini berikutan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Times Higher Education telah menggambarkan kegagalan kualiti universiti tempatan tanah air kita untuk bersaing dengan universiti-universiti lain yang berprestij di seluruh dunia. Tidak dapat tidak, Kementerian Pengajian Tinggi harus bertanggung jawab dan memberikan jawapan kepada rakyat dan mahasiswa terhadap kelompongan kualiti universiti di dalam negara kita sehingga tidak tersenarai di dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.
Times Higher Education sendiri telah menggariskan etika penilaian daripada 13 aspek yang dinilai secara telus selain turut mendapat kepercayaan daripada mahasiswa, ahli akademik, pentadbir universiti, industri dan kerajaan. 13 aspek penilaian ini juga telah dibahagikan kepada 5 kelompok besar iaitu pengajaran, penyelidikan, artikel, pendapatan industri dan pandangan antarabangsa.
Justeru, GAMIS melihat usaha transformasi yang telah digerakkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di dalam menaiktarafkan pendidikan tinggi negara baik samada melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia harus dinilai kembali kerana usaha ini telah terbukti tidak mampu menjadikan universiti tempatan kita berdaya saing seiring kebangkitan universiti lain khususnya dari rantau Asia Pasifik.
Universiti terkemuka daripada China, Taiwan, Singapore dan Korea masing-masing telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan di dalam senarai kedudukan apabila berjaya mengelompokkan universiti mereka di dalam kedudukan 100 teratas. Bahkan negara jiran, Thailand juga turut berjaya meletakkan universiti mereka berada di dalam lingkungan kedudukan 350-400 tetapi tidak bagi Malaysia.
‘ Ia adalah perkara yang sangat dikesalkan untuk tidak berada di dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia di kala pelbagai pelan transformasi di canang kerajaan seperti Pelan strategik Pengajian Tinggi Negara. Kita bimbang usaha transformasi tersebut hanyalah usaha kosmetik untuk mempromosi kempen transformasi yang dibawa perdana menteri Malaysia tetapi tidak berkesan dari aspek pelaksanaannya secara menyeluruh,'
‘Kita di peringkat GAMIS akan menyusun pertemuan dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan jawapan dari apa yang berlaku dan saya tegaskan kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap kelemahan kualiti pengajian tinggi negara kita pada hari ini,' Tegas Presiden GAMIS.
Betul ke Ahmadinejad Peluk Ibu Presiden Hugo Chavez?
Posted on Wednesday, March 13 @ 02:15:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO
Gambar di atas menimbulkan kontroversi di Iran. Gambar ini menunjukkan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad sedang memeluk ibu mendiang Hugo Chavez menimbulkan kemarahan ramai para ulama Iran.
Foto itu diambil saat pemakaman Chavez di Caracas, Venezuela, Jumat (8/3/2013) lalu. Pada foto itu Ahmadinejad yang terlihat sangat sedih memegang pipi ibu Chavez, Elena Frias de Chavez, yang tengah menangis dan memegang tangannya.
Wujud penafian tentang gambar ini dan dikatakan palsu. Ada beberapa laman telah menerbitkan bahawa sebenarnya gambar ini di'photoshop'kan daripada gambar Mohammed ElBaradei, bekas pemantau Nuklear PBB.
Walaubagaimana gambar ini macam tak logik kerana Mohammed ElBaradei adalah berbadan lebih tinggi daripada Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.
Saya sendiri menjadi makin keliru kerana Ahmadinejad adalah warak dalam hal bersentuhan dengan wanita.
Malah saya merujuk kepada gambardi bawah ini, kelihatan Ahmadinejad suka merapatkan tangannya bila berjumpa wanita, bagi mengelak untuk bersalaman. Lihat gambar di bawah.
Oleh itu saya membuat kesimpulan. Semasa berjumpa Ibu kepada mendiang Hugo Chavez, Ahmadinejad merapat tangan mengelak daripada bersalam dan ibu mendiang terus memengang tangan Ahmadinejad dan memelukkannya kerana terlalu sedih.
Teori saya mungkin tak betul bila saya meneliti video.
Tak ada apa-apa pada video di atas, hanya kesedihan yang tak terhingga Ahmadinejad atas kematian rakan sejawat.
Saya meneliti video di bawah ini pula.
Bila saya melihat video in, ada sedikit keraguan pada gambar di atas. Saya paste semula gambar berkenaan.
Keraguan yang saya dapat perhatikan ialah:-
1. Background gambar ini, jika dibandingkan dengan video yang dipaparkan di atas, m macam ada kelainan tempat di mana orang ramai menghala berlawanan arah.
2. Titik fokus aperture yang agak tidak berkemungkinan 2 objek terang sedangkan Ahmadinejad lebih kehadapan.
3. Pada video pembantu Ahmadinejad berada pada sisi kiri bukan sebelah kanan seperti pada gambar.
4. Terdapat orang ramai yang berbeza pada gambar di atas.
5. Pembantu Ahmadinejad sentiasa mengawal Ahmadinejad daripada tidakan spotan yang boleh merosakkannya. Lihat bila Ahmadinejad menyetuh lalu pembantu Ahmadinejad menepuk belakang sebagai amaran.
Walau bagaimanapun pendapat saya ini tidak boleh membuktikan samada benar atau salah gambar di atas, hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu.
Tapi dalam keadaan Presiden Ahmadinejad akan bertanding dan ini mungkin boleh membuatkan Ahmadinejad sesak nafas.
Saya tidak bermaksud untuk membawa perbincangan samada Ahmadinejad ini syiah atau sunni tapi dalam Sunni pun berbalah mazhab boleh terciptanya hadis palsu. Apatah lagi sekadar gambar seperti ini.....
Penulisan ini sekadar membuka fikiran, tanpa melulu dalam menerima berita daripada internet. Kebenaran kadang kala sukar untuk di'capai'..
Berdiri Bulu Roma!!!
Posted on Wednesday, March 13 @ 01:39:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: abanag
"
sewenang-wenangnya wanita ini berani beri pendapat. apa nak jadi..?
kredit kepada Mod NAZA_FORZA
Andai Anwar Ibrahim ditembak mati, kita tahu siapa pembunuhnya
Posted on Wednesday, March 13 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"
Andai Anwar Ibrahim ditembak mati, kita tahu siapa pembunuhnya
Sumber maklumat"
'Politik perkauman politik bankrap'
Posted on Tuesday, March 12 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD dan NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
SHAH ALAM – Ahli-ahli politik yang menggunakan isu perkauman sebagai bahan atau modal survival masing-masing merupakan ahli politik yang sudah bankrap, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini.
Sehubungan itu kata Musa, melihat kepada perkembangan hari ini banyak perkara yang boleh dibahaskan secara membina.
"Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah ahli politik yang bankrap," kata beliau pada program Bicara Minda Survival Ekonomi Melayu di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.
Musa yang berkecimpung dalam dunia politik lebih lima dekad yang lalu berkata, jika dahulu parti politik boleh menggunakan isu perkauman apabila berada atau berkempen di kawasan-kawasan yang majoritinya satu-satu kaum, kini keadaan tidak begitu lagi.
"Sekarang tidak boleh lagi kerana macam-macam kejayaan yang kerajaan dah buat, kerajaan jangan berasa malu. Kerajaan harus berasa bangga dengan kejayaan yang telah dibuat, tentulah ada kritikan dan yang menentang, dalam politik itu perkara biasa.
"Tetapi berdebatlah, tunjuk dengan bukti di atas kebolehan-kebolehan itu, bukan mempertangguhkan apa yang dibuat, dan kita merasa takut, kita dimomokkan dengan keadaan ini, dan penghabisan kita terdesak dan itu yang akan memusnahkan kita," kata beliau yang menjadi gandingan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1981 hingga 1986.
Ketika ditanya bagaimana untuk mengubah minda Melayu dan gerak kerja yang berasaskan perkauman, Musa, 78, berkata, perkara itu memerlukan tempoh yang lama dan bergantung kepada kepimpinan politik.
"Itu yang saya duka cita, jika kita bergantung pada akedemik senang sikit kita boleh belajar dan proses semula jadi. Tetapi dari segi mentaliti nak ubah, sukar jika kita ada sistem politik begitu terbuka, misalnya di Malaysia.
"Di Malaysia perkiraan politik masih berasaskan perkauman, jika kita pergi ke kawasan banyak Melayu kita cakaplah hak Melayu, kita perjuang orang Melayu, bila kita pergi ke kawasan Cina, kita cerita pasal Cina apa-apa yang perlu dipertahankan.
"Pada saya, sikap merendah diri boleh berubah jika ahli politik itu mahu memperkukuhkan dan tidak salah gunakan isu perkauman dari segi perkembangan politik," katanya.
Menurut beliau, soal ekonomi Melayu merupakan soal fundamental yang akan menentukan ke arah mana negara akan tuju.
Musa yang juga bekas Timbalan Presiden Umno berkata, dalam perkembangan politik pada hari ini, pemimpin parti politik perlu keluar daripada kepompong menggunakan isu perkauman dalam kegiatan politik mereka.
Masih banyak katanya, modal atau pun perkara-perkara membina yang boleh digunakan dalam kelangsungan politik masing-masing.
Mengulas lanjut, pemimpin kelahiran Segamat, Johor ini berkata, mentaliti ini boleh diubah dengan kerjasama semua pihak dan bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata.
“Saya sedikit berduka cita kerana ramai orang Melayu banyak bergantung kepada kepimpinan politik.
“Sebenarnya mahu ubah minda orang Melayu perlu melalui proses yang lama dan masalahnya kita banyak bergantung kepada kepimpinan politik,” katanya yang kini memimpin beberapa syarikat berkaitan kerajaan termasuk Kumpulan Sime Darby. - Sinar Harian
Jeng.. jeng... jeng.... Polis sudah bagi warning laa....
Posted on Tuesday, March 12 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"
"Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca indakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera.
"Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah.
Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial.
Ditanya mengenai bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas individu berkenaan, Khalid berkata pasukannya boleh bertindak dalam banyak cara.
Bagaimanapun, pasukannya tidak boleh bertindak ke atas media di negara luar sekiranya melakukan perbuatan sama, katanya.
"Itu di luar bidang kuasa kita," katanya lagi."
Pemimpin duduk dalam zon selesa?
Posted on Tuesday, March 12 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: anaabdullah
"
Kita
telah diwar warkan Malaysia aman tidak macam banyak Negara yang
sentiasa bergelora. Rupa rupa apa yang diwar warkan jadi reality
Malaysia sudah tidak aman lagi dan dicerobohi.
Aman
hanya pada kata kata yang keluar dari mulut para menteri, terutama
sekali yang keluar dari mulut perdana menteri dan timbalannya.mereka
mencanang canangkan Malaysia aman. Mereka bertindak demikian tidak lain
dan tidak bukan hanya untuk meraih undi rakyat agar umno kekal berkuasa
selepas PRU 13 nanti.
Kalau
kita sebut ia retorik ramai yang marah, kerana membuat penilaian yang
salah dan berniat jahat dengan kerajaan yang memerintah.
Lebih lebih lagi perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sedang buat road show dengan slogan janji ditepati.
Memang
betul janji sudah ditepati ,tetapi kena ingat juga apakah janji yang
ditepati itu dilakukan atas nama kebertanggungjawaban kerajaan terhadap
rakyat dan mustahil akan melencung.
Kata kata
manis dibibr yang keluar dari mulut para pemimpin parti politik
pembangkang kena ambil kira, kerana para pemimpin kerajaan setakat ini
masih belum ubah citarasa masing masing.
Citarasa yang begitu terserlah sangat masih dijadikan amalan meskipun salah di sisi undang undang Negara.
Kebanyakan pemimpin umno yang begitu asyik untuk mengumpul sebarapa banyak harta setelah menang pada PRU 12 lalu.
Seakan
mustahil mereka ini boleh berhenti dengan citarasa tersebut, sebaliknya
kelihatan mereka amat rakus melakukan penyleweangan dan
salahgunakuasa.termasuk terbabit dengan rasuah yang diandaikan ia
sebagai penjenayah.
Hal ini telah terbukti
menerusi laporan ketua audit Negara dengan pelbagai penyelewengan dan
salahgunakuasa yang memang tidak boleh dinafikan lagi.
Apakah
tindakan dilakukan oleh pihak kerajaan yang memerintah untuk megatasi
pemasalahan yang muncul lepas satu. Satu. Satu lagi.dan seterusnya.
Kini
berlaku kes pencorohan yang mungkin boleh memberi kesedaran kepada
pihak yang memerintah Negara akan kelemahan yang ada pada kerajaan yang
mendakwa Malaysia aman tidak macam mana mana Negara lain di dunia ini.
Bisik-Bisik: Ini Rahsia Ketua Polis Negara berkaitan pru-13
Posted on Tuesday, March 12 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita “Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,”
Posted on Tuesday, March 12 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita “Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,”
Ketua
Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan
Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur
Manuty.
Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.
Katanya,
Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak
2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan
putrajaya.
Kenyataan
Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira
tiga minggu lalu.
“Kursus
Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan
Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara.
“Beliau
terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah
sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai
penasihat keselamatan kita
“Isu
huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang
penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,” Katanya.
Kenyataan
beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul
Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi telah di
lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.
“Pelan
perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis. Kalau Anwar
jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana
Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan