Ahad, 31 Mac 2013

FASAKH DAN MUTAAH KADANG2 MENGELIRUKAN

  • 1. PEMBUBARAN PERKAHWINAN [NADZIRAH ][NURUL ][ATIQAH][AFIQAH]
  • 2. TALAK BRMKSUD MEMBATALKAN/ MELEPASKAN IKATAN AKAD PERKAHWINAN DGN MGGUNAKAN PERKATAAN TALAK[CERAI] DAN SEUMPAMANYA……
  • 3. HUKUM TALAK HARAM>kalu isteri dlm keadaan haid, nifas/ pd waktu suci ssudah disetubuhi >kalu mnydari kmgkinan brlaku zina & dlm pd waktu yg sama dia tak mmpu khwin lain,, MAKRUH>bila isteri dicraikn tnpa kprluan,dia msih nk kkalkn prkhwinn & tdk mghlng dia mlkukn kwjibn. WAJIB> yakin boleh brsama ngn isterinya akn mmbawa kpd maksiat/prkara haram spt tdk dpt beri nafkah. SUNAT>bila isteri tdk jaga mlut, tkut bwa kpd prkra haram jika brkkln dgnnya. >bila isteri tdk tunaikn printah Allah spt solat,, HARUS>bercerai mngikut sbb yg dbenarkn dlm syarak spt tdk ada prsefahaman walaupun dah lakukn mcm2 usaha..
  • 4. JENIS2 TALAK TALAK RAJ’I>talak 1 & 2.. Suami brhak rujuk kmbli kpd isteri yg dicraikn tnpa prlukn akad yg baru slagi belum tmat tmpoh edah wlupn isterinya tidak rela. TALAK BAIN’ SUGHRA>talak yg dah tmt tmpoh iddah & talak isteri yg blum dsetubuhi serta tdk boleh rjuk mlainkn dgn akad yg baru.. TALAK BAIN’ KUBRA>talak 3 & tdk boleh rjuk kmbli mlainkn isterinya sdah kahwin lain, dah dsetubuhi, cerai & tamat tmpoh iddahnya,,
  • 5. BAHAGIAN LAFAZ TALAK LAFAZ SARIH> lafaz yg jelas pada zahirnya mmbawa erti talak,, spt”aku mntalakkan kamu/aku ceraikn kamu” LAFAZ KINAYAH> lafaz/kata2 yg boleh bawa erti talak/ bkn talak,,spt “prgilah engkau dr rumah ini”/”prgilah engkau kpd kluarga kau”,,tp lafaz kinayah ni tdk sah mlainkan disertai dgn niat cerai..
  • 6. RUKUN & SYARAT SAH TALAK
  • 7. KESAN TALAK Jika talak raj’i, isteri berhak dapat nafkah seperti tempat tinggal semasa dalam iddah Isteri berhak dapat muta’ah[saguhati] jika penceraian atas kehendak suami. Jika talak bain sughra akad perkahwinan yg baru diperlukan jika suami ingin mengahwininya semula. Suami isteri brhak membahagi harta perkongsian selepas penceraian[tnpa rujuk] mengikut bahagian msing2..
  • 8. HIKMAH TALAK Sbg jln trakhir pnyelesaian mslh & kkusutn rumahtangga. Mengelakkn prmusuhn yg brtrusn & sifat dndam. Utk mmbina & mmilih khdpn baru yg lbh baik.. Mghlgkn tknn prsaan antra suami isteri Sbg pengjrn supaya hati2 dlm mngruskn rumhtngga tnpa mngkut hawa nafsu.
  • 9. RUJUK DaRI SEGI BAHASA> kembali DaRI SEGI ISTILAH SYARAK> suami mengembalikan isteri yang ditalak dengan talak raj’i kepadanya ketika isteri masih dalam iddah tanpa memerlukan akad yang baru
  • 10. SYARAT SAH RUJUK Suami [org yg merujuk] Hndklh berakal & baligh Berlaku rujuk dalam tempoh idah Isteri [prmpuan yg ditalak] isteri yg sbnr yg tlh ditalaknya Rujuk berlaku tanpa diikat dgn waktu/ syarat trtentu Talak rajai’ tapi bkn talak bain’
  • 11. SUAMI YG HNDK RUJUK MSTILAH MELAFAZKAN KATA2 RUJUK KPD ISTERINYA/ MANA2 LAFAZ SAMA ADA SORIH/KINAYAH CONToHNYA>’’aku rujuk kpd engkau ke pangkuanku/ aku ingin berbaik2 semula’’ DISUNATKN DUA ORG SAKSI UTK KEMASLAHATANNYA..
  • 12. HIKMAH RUJUK Mengelakkan drpd keruntuhan institusi keluarga Utk mmbtulkan kesilapan lalu yg dilakukan Merapatkan silaturrahim Menanamkn sifat pemaaf & syukur dlm jiwa seseorg Mengelakkan perasaan dendam & permusuhan
  • 13. IDDAH DARI SEGI BAHASA> bilangan kerna mngdungi bil.kuru’[suci] & bil. Buln DARI SEGI ISTILAH SYARAK> tempoh mnunggu bg seseorg isteri utk mngtahui ksucian rahimnya, mmtuhi printh Allah/ brdukacita ats kmtian suaminya,, HUKUMNYA> wajib keats prmpuan yg brcrai dgn cara talak/fasakh/kmatian suami
  • 14. BAHAGIAN EDAH & TEMPOHNYA Edah Kuru’ Edah Prmpuan Yg Berhaid.. Tempohnya> Slma 3 Kali Suci 2. Edah Kiraan Bulan Edah Prmpuan Tiada Haid/ Putus Haid Tempohnya> Slama 3 Bulan 3. Edah Mengandung Edah Isteri Yang Hamil Tempohnya>shingga Mlahirkan Anak 4.Edah Kematian Edah Prmpuan Kmatian Suami Tempohnya> 4 Bulan 10 Hari
  • 15. HIKMAH IDDAH 1. MMASTIKN RAHIM BRSIH DRPD BENIH SUAMI TRDAHULU 2. MMBERI PELUANG YG CKUP KPD SUAMI UTK KMBLI KPD ISTERI 3. SEBAGAI TNDA DUKACITA ATS PNCRAIAN/ KMATIAN SUAMI 4. SBG MEMATUHI PERINTAH ALLAH S.W.T
  • 16. HAK ISTERI SEMASA IDDAH Isteri yg ditalak[raj’i] brhak dpt nafkah, tmpt tggl & pakaian. Tidak boleh mnyakiti/ mmudrtkn yg brtjuan utk mngluarknnya drpd tmpt kdiaman. Jika isteri trsbut sdg mngndung, dia brhak dpt nafkah, tmpt tggl & pakaian shhga dia mlahirkn anak. Jika dia sdg mnyusukn anak, dia hndklah mndpt upah drpd penyusuan trsbut. Hak nasab>anak yg dilahir ketika iddah brhak dpt nasab. Brhak dpt hak waris jika suami mnggl sblum tamat Iddah
  • 17. FASAKH DARI SGI BAHASA> batal DARI SEGI ISTILAH SYARAK> mmbatalkan akad perkahwinan dgn sbb2 yg trtentu melalui kuasa hakim atas permintaan isteri/ suami Penceraian melalui kaedah ini tidak boleh rujuk kmbali kcuali dgn akad yg baru
  • 18. SEBAB2 YG MMBOLEHKN FASAKH Slps brlaku akad, trnyata isteri adlh mahram kpd suami sama ada dgn sbb nasab/persemendaan/penyusuan. Jika brlaku murtad drpd slh seorg drpd suami isteri trsbut. Jika slh seorg antra suami/isteri yg kafir mmluk islam sdgkn seorg lg ttap dgn agama aslnya. Suami tidak mmpu/cuai dlm beri mahar/nafkah Brlaku kccatn/keaiban spt>gila, pnyakit kusta, pnyakit sopak, kcctan organ seks kpd laki/prmpuan. Fasakh kerana lian’[suami brsmpah mnuduh isteri brzina tnpa saksi] Kerana tidak sekufu/setaraf dlm bbrapa aspek trtentu
  • 19. KESAN FASAKH Trputus ikatn prkhwinan & tidak boleh rjuk kcuali dgn akad yg baru Fasakh tidak mngurangi jmlh talak> suami boleh kahwin dgn bks isterinya walaupn dh 3 kali fasakh Talak suami tidak boleh brlaku smsa isteri dlm edah fasakh Fasakh yg brlaku sblm prstubuhn mnybbkn hak isteri utk dptkn mahar trbtl tapi kalu brlaku slps prstubuhn, isteri brhak dpt mahar musma. Isteri tidak brhak dpt dpt mutaah[saguhati] jika dia yg mohon fasakh Isteri tidak brhak dpt nafkah dlm iddah fasakh tidak kira dia hamil/tidak, tapi brhak dpt tmpt tinggal.
  • 20. HIKMAH FASAKH DPT MMNUHI KMASLHATN & MENOLAK KEMUDARATAN 2. MNNGKN HATI & JIWA DRPD KKUSUTN & KSULITAN 3. MNGELAKKN DRPD KAUM WNITA DIANIAYA & DIZALIMI OLEH SUAMI YG tidak BRTGGUNGJWB 4. MENUNJUKKN KEADILN ISLAM, JIKA SUAMI MMPUNYAI HAK TALAK ISTERI MMPUNYAI HAK FASAKH 5. MMBERI PELUANG KPD SUAMI ISTERI MMBINA KHIDUPN YG LBIH BAIK
  • 21. KHULUk DARI SEGI BAHASA> CABUT/ TANGGAL DARI SEGI ISTILAH SYARAK>PRPISAHN ANTARA SUAMI ISTERI DGN BYRN[TUKARAN] TRTNTU KPD SUAMI MLALUI LAFAZ TALAK/KHULUk CTH LAFAZ KHULUk> “aku talak kamu dgn byran ………..” HUKUMNYA> harus utk kemaslhatn & mnolak kmudratn >haram jika suami sengaja menzalimi isteri supaya isteri minta khulu’
  • 22. RUKUN KHULUk SUAMI DISYARATKAN AKHIL BALIGH ISTERI [ISTERI SETUJU BAYAR GANTI RUGI] SIghOH’ [UCAPAN KHULU’] BAYARAN GANTI RUGI YANG DIPERSETUJUI
  • 23. KESAN KHULUk ISTERI YG DICERAIKN MLALUI KHULUk tidak boleh RUJUK KCUALI DENGAN AKAD YG BARU 2. KHULUk MNGURGKN BIL. TALAK YG DIMILIKI OLEH SUAMI [DIKIRA TALAK SATU] 3. ISTERI MSTI MNGLUARKN BYRAN YG DIPRSETUJUI KEPADA SUAMI 4. KTIKA BERidDAH, ISTERI tidak BRHAK MNDPT NAFKAH KCUALI JIKA HAMIL 5. ISTERI BERHAK DAPAT TMPT TGGL SMASA idDAH
  • 24. HIKMAH KHULU’ UTK MMBINA KHIDUPN BARU YG LBIH BAIK WASILAH KEPADA WANITA UTK BIASAKN DIRI DRPD LAKI YG tidak DISUKAI/ZALIM TRHDPNYA PRPISHN YG BRLAKU DGN KEREDHAAN KEDUA2 PIHAK MLPSKN LELAKI DRPD BBANAN TALAK SPT NAFKAH &MUTAAH MNOLAK KMUDRATN & KSULITN SRTA MMNUHI KMSLAHATN UTK BERI KEADILAN KPD SUAMI/ISTERI MNGELAKKN PRMUSUHN & DNDAM
  • 25. PERBEZAAN ANTRA TALAK, FASAKH & KHULUk KHULUk Hak isteri mminta drpd suami dgn prsetujuan Tidak boleh rujuk kcuali dgn akad yg baru Isteri diknakn byarn gnti rugi kpd suami Isteri tidak mndpt hak mutaah FASAKH Suami & isteri mmpunyai hak mnuntut[mlalui kadi] jika sbb munasabah Tidak boleh rujuk kcuali akad yg baru Tiada byran dgn sbb fasakh Tiada mutaah jika isteri mohon fasakh TALAK 1.Kuasa suami mnceraikn isteri dgn sbb trtntu 2. Talak rajai’ boleh dirujuk 3. Tiada bayaran dgn sbb talak 4. Isteri brhal dpt mutaah jika pnceraian ats khndk suami
  • 26. The End harap dapat faham tajuk ni,, sekian…
    SELEPAS PERCERAIAN:
    APAKAH HAK WANITA YANG PERLU DITUNTUT
    Oleh : Ghafani bin Awang Teh
    Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai
    i. Tuntuan Mutaah
    ii. Tuntutan Nafkah Eddah
    iii. Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
    Anak Antara Bapa Dan Ibu
    Bercerai Bersama Anak
    Anak Diluar Nikah
    iv. Tuntuan Nafkah Anak
    v. Tuntutan Harta Sepencarian
    vi. Tunggakan Hutang
    Prosedur Membuat Tuntutan Hutang
    Kesimpulan
     
     
    Pendahuluan
    Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan :
    "Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya".
    ( Surah at-Talak : 6 )
    Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.
    Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai
    Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah. Tuntutan-tuntutan itu ialah :
     
    i. Tuntuan Mutaah Mutaah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai Mutaah:
    " Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa".
    (Surah Al-Baqarah : 241) Dalam ayat yang lain pula Allah swt menyatakan:
    "Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang miskin menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajiban atas orang-orang yang mahu berbuat kebajikan".
    (Surah Al-Baqarah : 236)
    Firman Allah swt :
    "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka dan lepaskan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya".
    (Surah Al-Ahzab : 49)
    Mutaah itu boleh sama ada berbentuk pakaian, barang-barang atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadar mengenai Mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan dan persetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami.
    Dalam kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.) Peguam bagi pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin Abi Talib yang mana semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan isterinya dan memberi 10,000 dinar sebagai Mutaah. Peguam iu berhujah pihak yang kena tuntut (suami) seorang yang berkemampuan. Yang Arif Kadi Besar selangor (pada masa itu) telah merujuk surah Al-Ahzab ayat 49 dan memutuskan pihak yang menuntut (isteri) berjaya menuntut Mutaah sebanyak RM25,200 sebagaimana yang dituntutnya.
    Apa yang nyata berdasarkan kes ini, walaupun seseorang wanita itu mempunyai pendapatan yang baik, ia tetap menuntut haknya kerana perceraian itu atas kehendak suami.
    Dalam Islam pemberian Mutaah ini bertujuan:
    1. Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada suami. Oleh itu apabila ada pemberian Mutaah ini, maka bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagai modal untk berdikari dan memulakan hidup baru selepas bercerai.
    2. Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap isteri. Pada kebiasaaannya terdapat anggapan masyarakat bahawa seseorang wanita yang diceraikan kerana ada sesuatu aib pada dirinya. Oleh itu pemberian Mutaah itu bermakna perceraian itu bukan berpunca dari bekas isteri.
    3. Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik dan sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.
    ii. Tuntutan Nafkah Eddah Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib bereddah. Hikmah bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak rajie ini, suami dan isteri itu berfikir panjang dan merasa bagaimana pahit getirnya perceraian. Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri yang diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah dengan syarat: a. Isteri itu diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), dalilnya ialah Nabi Muhammad saw bersabda,
    "Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya".
    (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
    Pendapat ini adalah sepakat mazhab empat.
    b. Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu lahir. Ini berdasarkan firman Allah swt:
    "Kalau mereka itu hamil, maka berilah nafkah keapda mereka hingga mereka melahirkan anaknya".
    ( Surah At-Talaq: 6)
    Fuqaha bersepakat dalam perkara ini di mana perempuan itu berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal hingga anak itu lahir.
    Seseorang isteri yang mengandung sememangnya menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya. Apabila berlaku perceraian kesannya akan menambahkan lagi penderitaan di mana kemungkinan besar memberi kesan kepada kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu. Oleh itu sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan perasaaan dan menjaga kepentingan anak dalam kandungannya maka Islam memutuskan bahawa perempuan hamil walaupun diceraikan secara talak bain berhak juga mendapat nafkah eddah.
    c. Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Ini adalah pendapat Jumhur Fuqaha dengan alasan ketika nabi Muhammada saw mengulas mengenai talak tiga ia menyatakan:
    "Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah".
    (Riwayat Ahmad dan Muslim)
    Walau bagaimanapun, menurut Hanafi perempuan dalam kes ini berhak mendapat nafkah kerana Allah swt berfirman:
    "Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman kamu dari kekayaaan kamu".
    (Surah At-Talak : 6)
    Menurut Hanafi kehendak ayat ini adalah umum sama ada perempuan itu dalam eddah talak rajie atau talak bain semuanya mendapat nafkah.
    d. Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam kaeadaan hamil. Mengenai perkara ini Nabi Muhammad saw menjelaskan:
    "Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami".
    (Riwayat Darul-Qutni)
    Pendapat ini adalah sepakat Fuqaha kerana pada kebiasaaannya seseorang yang diceraikan kerana kematian suami boleh membeuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami dan tanggungjawab suami itu dianggap terhapus.
    e. Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu isteri tidak nusyuz. Menurut kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 menyatakan:
    "Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran".
    Dalam kes Syarifah Sapoyah lwn Wan Alwi (1988 Jld. VI-II J.H.) Yang Arif Kadi Besar Sarawak Awang Pon bin Awang Sebon ketika memutuskan kes itu berhubung dengan tuntutan nafkah eddah menyatakan:
    "Menurut Hukum Syarak seseorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya berhak mendapat nafkah eddahnya sekiranya seseorang isteri itu diceraikan dengan talak rajie atau dengan talak bain sedangkan si isteri mengandung dan isteri tersebut tidak melakukan perbuatan yang dianggap nusyuz. Dalilnya ialah:
    "Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah saw menyatakan hanya perempuan yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman bekas suaminya apabila suami berhak rujuk kepadanya".
    (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
    Menurut kitab Al-Fiqhu ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah Juzuk 4 karangan Abdul Rahman Al-Jazini menerangkan :
    "Isteri yang ditalak rajie wajib mendapat hak nafkah eddah tidak kira sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung".
    Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978 Jld. 1 J.H.) menyatakan:
    "Hak nafkah eddah jika tidak dijelaskan semasa edddah maka ia menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya. Tetapi tempat kediaman jika tidak dituntut semasa dalam eddah maka hak itu terluput", berdasarkan pandangan kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 85 ;
    "Jika sebahagian atau keseluruhan masa eddah telah berlalu dan isteri (yang diceraikan) tidak menuntut hak tempat tinggal maka gugurlah hak itu dan tidak menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya".
    Ini bermakna seseorang isteri yang diceraikan berhak mendiami tempat tinggal dan mendapatkan nafkah dari bekas suaminya dalam tempoh eddah berdasarkan syarat-syarat di atas.
     
    iii. Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak) Hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
    Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya. Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?
    Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,
    "Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: "Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku". Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,"Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain".
    (Riwayat Abu Daud) Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar.
    Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan (1980 Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya berdasarkan hujah kitabKifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 93:
    "Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu berumur tujuh tahun (mumaiyyiz)".
    Hak hadhanah akan terlucut sekiranya si isteri itu mempunyai salah satu syarat sepertimana berikut:
    "Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu".
    Ini bermakna anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya. Persoalan yang timbul ialah apakah had umur untuk menentukan mumaiyyiz itu? Sebenarnya Fuqaha berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyyiz ini. Walau bagaimanapun menurut kebiasaan, bagi lelaki yang telah mencapai umur 7 tahun dianggap mumaiyyiz manakala perempuan pula apabila berumur 9 tahun. Apabila pemeliharaan anak itu dimulai dari ibu maka para Fuqaha mengambil kesimpulan bahawa kerabat dari ibu lebih berhak mengasuh daripada kerabat bapa. Jika ibu hilang kelayakan hak jagaan anak maka anak itu diserah kepada nenek sebelah ibu hingga ke atas (butir-buti penuh lihat lampiran ‘A’).
    Dalam kes Rugayah lwn Bujang (1987 Jld. VI, I J.H.) Yang Arif Kadi Besar Wilayah Persekutuan Syeikh Ghazali bin Hj. Abd. Rahman telah memutuskan hak jagaan anak yang mumaiyyiz adalah diberi pilihan kepada anak-anak itu siapakah yang ia mahu sama ada tinggal dengan ibu atau bapa dengan berdasarkan sebuah hadith:
    "Bahawa Rasulullah saw telah menyuruh seorang anak yang sudah mumaiyyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal".
    (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
    "Hendaklah kamu berdua membuang undi tentang anak kamu, maka berkata suami perempuan itu, "Siapakah yang boleh menentang saya berkenaan anak saya (bererti suami itu tidak bersetuju cara membuang undi)". Lalu Rasulullah saw menyuruh anak itu memilih antara ibu atau bapa dengan sabdanya: "Ini bapa engkau dan ini ibu engkau, pilihlah siapa antara kedua-duanya yang engkau suka tinggal bersama". Maka anak itu pun memilih ibunya dengan memegang tangan ibunya itu. Lalu perempuan itu pun membawa anaknya itu pulang bersama".
    (Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Tirmizi)
    Dalam hadith yang lain:
    "Seorang perempuan datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: "Ya Rasulullah, suamiku hendak membawa anakku, pada hal anakku sudah pandai mencari air untukku ke perigi Abu Inabah". Rasulullah menjawab: "Ini ayahmu dan ini ibumu, peganglah tangan ibumu. Kemudian perempuan itu pergi bersama anaknya".
    Ini bermakna anak-anak yang mumaiyyiz diberi pilihan sendiri untuk menentukan siapa penjaganya sama ada ibu atau bapa. Persoalan yang timbul ialah jika anak itu berdiam diri? Menurut kitab Fathul-Muin dalam fasal hadhanah menyatakan anak itu lebih utama diserahkan kepada ibunya.
    Berkata Ibnul-Qaiyim: "Sesungguhnya kita menyerahkan anak kepada bapa atau ibunya adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan  anak. Kalau anak tinggal bersama ibunya maka kemaslahatannya lebih terjamin. Maka anak itu diserahkan kepada ibunya meskipun anak itu memilih bapanya kerana memang pilihan anak itu belum tepat acap kali tersalah pilih. Selanjutnya Ibnul-Qaiyim berkata: "Aku dengar gutuku berkata: "Telah berselisih faham dua orang ibu bapa di hadapan hakim tentang siapa yang akan memelihara anaknya. Kemudian hakim menyuruh anak itu supaya memilih antara ibu atau bapanya. Lalu anak itu memilih bapanya. Berkata ibunya kepada hakim:"Cubalah tuan hakim tanya kepada anak itu apa sebabnya anak itu memilih bapanya? Lalu hakim bertanya kepada anak itu. Anak itu menjawab: "Ibuku menghantarku ke tempat mengaji Al-Quran tiap-tiap hari dan guru-guru acap kali memukulku. Manakala bapaku membiarkanku bermain-main bersama kawan-kawan, sebab itu aku suka tinggal dengan bapaku". Mendengar demikian, hakim memutuskan untuk menyerahkan anak itu kepada ibunya dengan menyatakan: "Engkau lebih berhak memelihara anak itu".
    Demikian pandangan Ibnu Qaiyim. Menurut Syed Sabiq dalam kitabnya ýFiqh As-Sunnah Juz 8 halaman 219 menyatakan: "Sesungguhnya setiap penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak lebih penting dari hak penjaganya".
    Berdasarkan maksud Seksyen 84(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dianggap belum mumaiyyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur 6 tahun. Manakala kanak-kanak  perempuan pula dari bayi hingga berumur 8 tahun. Ini bermakna kanak-kanak lelaki yang telah mencapai umur 7 tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur 9 tahun dianggap mumaiyyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84(2) keputusan yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan dengan pilihan anak.
     
    Anak Antara Bapa Dan Ibu Ulama Syafi’iyah berkata: Apabila anak tersebut lelaki dan ia memilih ibunya, anak itu boleh tinggal di tempat ibunya pada malam hari, pada siangnya bapa boleh mengambilnya untuk disekolahkan atau bekerja. Kerana tujuan mengasuh anak adalah untuk kebaikan. Apabila si anak memilih bapanya maka anak tinggal bersama bapanya siang malam tetapi tidak boleh dicegah apabila si anak ingin menjenguk ibunya. Mencegahnya akan menyebabkan si anak derhaka kepada ibunya dan memutuskan hubungan dengan ibunya. Apabila si anak sakit maka ibu lebih berhak untuk merawatnya kerana sakitnya itu menyebabkan si anak seperti anak kecil yang memerlukan layanan, kerana itu si ibu lebih berhak mengasuhnya.
    Apabila anak itu perempuan dan ia memilih salah satu antara dua orang tuanya maka ia boleh tinggal di tempat orang tua lain, asalkan tidak terlalu lama. Kerana perceraian antara suami isteri menyebabkan kedua-dua bekas suami isteri itu tidak sesuai untuk berada di satu tempat. Apabila anak perempuan itu sakit maka ibunya lebih berhak merawat di rumahnya. Apabila salah satu orang tuanya sakit sedangkan si anak tidak serumah dengannya maka si anak tidak boleh dicegah untuk menjenguknya atau untuk hadir di tempat orang tuanya yang meninggal dunia. Bercerai Bersama Anak Ibnu Qaiyim berkata: "Apabila salah seorang antara orang tuanya berpergian kerana adanya suatu keperluan, tetapi akan kembali dan lainnya tidak berpergian maka orang yang tidak berpergian lebih berhak mengasuhnya kerana berpergian dengan membawa anak kecil terutama yang masih menyusu akan menyusahkan si anak. Apabila salah seorangnya berpindah untuk menetap di tempat lain sedang tempat yang dituju atau perjalanannya mengkhuatirkan maka orang tua yang mukim lebih berhak mengasuhnya. Apabila perjalanannya aman, ada dua pendapat:
     
    1. Bahawa asuhan anak itu diserahkan kepada bapa agar bapa dapat tetap mendidik anaknya. Pendapat ini adalah juga pendapat Malik dan Syafi’i. Pendapat ini juga dipraktikkan oleh Qadhi Syuraih.
    2. Bahawa ibunya lebih berhak mengasuh anaknya. Pendapat lain mengatakan bahawa apabila yang pergi itu bapanya maka ibu lebih berhak mengasuhnya. Kalau ibunya pergi ke daerah asalnya maka ibu itulah yang lebih berhak mengasuhnya. Apabila si ibu pergi ke tempat lain maka bapanyalah yang lebih berhak mengasuhnya. Demikianlah pendapat Abu Hanifah.
    Pada prinsipnya kita meninjau dan meneliti mana yang paling baik untuk si anak dan lebih bermanfaat, apakah dapat memelihara dan dapat menjaga si anak. Anak itu pergi bersama salah seorang antara kedua-dua orang tuanya ataupun tidak ikut, sama sahaja, asalkan tidak menyebabkan putusnya hubungan anak dengan orang tuanya. Apabila ada maksudnya menyusahkan si anak maka si anak tidak boleh diajak pergi. Anak Diluar Nikah Kadangkala juga timbul masalah sepasang suami isteri yang pada asalnya mereka bersekedudukan dan melahirkan anak. Selepas itu mereka kahwin. Apabila berlaku perceraian, anak itu menjadi bahan rebutan. Persoalan yang timbul ialah siapakah yang berhak menjaga anak yang tak sah taraf itu? Menurut Seksyen 85 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menyatakan:
    "Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu".
    Ibu itu yang mengandung dan melahirkannya maka ia berhak menjaga dan menafkahkannya. Anak di luar nikah dianggap tidak mempunyai bapa. Oleh itu di luar bidang kuasa lelaki itu untuk membuat tuntutan.
      iv. Tuntuan Nafkah Anak Dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak anak yang tidak boleh diganggu dan disekat. Hak hidup itu juga bererti menjadi kewajiban orang tua memelihara dan memberi bekal ilmu kepada anak sehingga anak itu boleh berdikari. Firman Allah swt:
    "Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah mereka".
    (Surah At-Talak : 6) Dalam ayat yang lain Allah swt menerangkan:
    "Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang bapa kerana anaknya dan waris pun berkewajiban demikian".
    (Surah Al-Baqarah : 233)
    Dari sebuah hadith yang diterangkan oleh Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:
    "Hindun pernah bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suami Hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu, sedangkan ia tidak mengetahuinya". Kemudian Rasulullah saw menjawab: "Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang makruf".
    (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
    Berdasarkan dalil-dalil di atas ternyata seseorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat:
    1. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehinga ia ada pekerjaan.
    2. Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.
    3. Bapa itu mampu memberi nafkah.
    Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari maka bapa tidak wajib lagi memberi nafkah untuk anak itu. Begitu  juga jika anak itu mempunyai harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa tidak wajib memberi nafkah kepada anaknya. Pendapat itu adalah sepakat Fuqaha. Kadangkala terdapat sepasang suami isteri mengambil anak angkat. Persoalan yang timbul ialah kedudukan nafkah anak angkat jika ibu bapa angkat itu bercerai. Yang Arif Pemangku Kadi Besar Wilayah Persekutuan Haji Yahya bin Darus (pada masa itu) ketika memutuskan kes Rokiah lwn Mohamed Idris (1986, Jld. VI, 2 J.H.) menyatakan anak angkat tidak berhak mendapat nafkah dengan alasan firman Allah swt:
    "Panggillah nama-nama mereka, anak-anak angkat itu dengan panggilan bapa-bapa mereka itu adalah lebih baik di sisi Allah".
    (Surah Al-Ahzab : 5)
    Dengan bertukar binnya itu bererti tidak tertanggunglah ke atas bapa angkat nafkah itu. Walau bagaimanpun dalam kes Rosnah lwn Ibrahim (1979, Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan anak angkat berhak mendapat nafkah daripada bapa angkatnya selepas perceraian ibu bapa angkat itu kerana anak angkat itu diambil dengan persetujuan ibu bapa angkat itu. Anak angkat itu diambil ketika berumur satu hari.
     
    v. Tuntutan Harta Sepencarian Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripda Undang-Undang Islam di Malaysia. Dalam Al-Quran ada menyebut:
    "Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan".
    (Surah An-Nisaa’ : 32)
    Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan.
    Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:
    "Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’.
    Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan:
    "Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada keuda-dua pasanagan itu sama-sama bekerja dalam bidanag yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak".
    Satu contoh kes di mana sepasang suami isteri memperolehi harta semasa berkahwin kemudian mereka bercerai. Persoalan yang timbul ialah bagaimana prinsip harta itu dibahagikan. Menurut Yang Arif Datok wan Ismail bin Mohammad Salleh ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan kes Anita binti Abdullah lwqn Zainuddin bin Hj. Ariffin (1982, 4, JH 73) menyatakan:
     
    1. Jika ada keterangan yang cukup siapa yang mengusahakan harta itu maka hasil itu terpulang kepadanya;
    2. Jika tidak ada keterangan yang cukup di atas usaha masing-masing, mereka dikehendaki bersumpah. Apabila bersumpah semuanya, maka harta itu dibahagikan sama banyak juga. Jika semuanya enggan bersumpah dibahagikan sama banyak juga. Jika salah seorang enggan bersumpah, maka harta itu terpulang semua kepada yang bersumpah. Jika salah seorang atau semuanya telah mati maka hukum bersumpah itu dipertanggungjawabkan ke atas waris si mati sekiranya waris itu menuntut.
    3. Jika berlaku adat kebiasaaan bahawa salah seorang daripada suami isteri itu berusaha lebih dari yang lain, maka persetujuan pembahagian hendaklah mengikut adat kebiasaan itu. Jika persetujuan tidak didapati maka pembahagiannya adalah seperti (a) dan (b) di atas.
    Menurut Ahmad Ibrahim ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan bagi kes Mansjur lwn Kamariah (1988, Jld. VI, 2 J.J.) tentang harta sepencarian menyatakan:
    "Apabila timbul pertikaian mengenai kadar pembahagian harta seperncarian, jika tidak terdapat persetujuan, keputusan diserahkan kepada hakim yang menggunakan budibicaranya". Ini bermakna hakim akan membuat keputusan sendiri berdasarkan budi bicaranya". Persoalan yang timbul ialah bagaimana kedudukan seseorang isteri yang hanya bertugas sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah ia berpeluang menuntut harta sepencarian? Dalam kes Boto’ binti Taha lwn Jaafar bin Muhammad (1984, 1 J.H.) telah diputuskan bahawa seorang isteri yang hanya bertugas menolong suami berhak mendapat harta sepencarian. Fakta kesnya adalah seperti berikut:
    Pihak menuntut (isteri) telah menuntut harta sepencarian dari bekas suaminya separuh dari harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan. Harta-harta itu termasuk tanah, rumah, perahu, jala ikan dan warung ikan (gerai tempat menjual ikan). Apabila ia (isteri) berkahwin dengan pihak yang kena tuntut (suami) pihak yang menuntut telah meninggalkan kerjayanya sebagai pembantu kedai di sebuah restoren dan bertugas sebagai suri rumah di samping membantu tugas-tugas suami. Yang Arif Hakim Saleh Abas (ketika itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan:
    "Pihak menuntut (isteri) menemani pihak kena tuntut boleh dikira sebagai usahanya bersama atau sumbangannya memperolehi pendapatan yang mana telah menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa pihak menuntut (isteri) tidak mengambil bahagian langsung dalam perniagaan ikan dengan pihak kena tuntut (suami) akan tetapi kesediaannya berdampingan dengan pihak kena tuntut adalah menghasilkan ketenangan fikiran yang membolehkannya berniaga dengan berkesan. Oleh tu adalah kenyataan perkahwinan mereka dan apa yang mereka berbuat semasa perkahwinan yang menjadikan harta itu sebagai harta sepencarian".
    Menurut Kadi Besar Pulau Pinang, Yang Arif Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Nor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978, Jld. 1, 2 J.H.) mengenai harta sepencarian:
    "Harta sepencarian diluluskan oleh Syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami keluar mencari nafkah. Isteri menurut Syarak berhak mendapat orang gaji dalam menguruskan rumahtangga. Jika tiada orang gaji maka kerja memasak, membasuh dan mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian dari kerja yang mengurangkan tanggungan suami".
    Ini bermakna seseorang suri rumahtangga berhak menuntut harta sepencarian dari suaminya.
     
    vi. Tunggakan Hutang Selain daripada itu, seseorang isteri boleh membuat tuntutan hutang ke atas bekas suaminya jika didapati bekas suaminya tidak membayar mas kahwin, tidak memberi saraan hidup ketika dalam tempoh perkahwinan, tunggakan nafkah anak dan sebagainya. Prosedur Membuat Tuntutan Hutang Untuk memudahkan mendapat hak-hak tersebut adalah lebih baik menggunakan peguam. Bagi mereka yang tidak mampu menggunakan khidmat peguam, bolehlah membuat permohonan kepada Biro Bantuan Guaman. Semua permohonan itu dibuat kepada Pendaftar Mahkamah Syariah. Kesimpulan
    Sebenarnya cara yang paling baik untuk menyelesaikan hak-hak itu ialah secara perundingan antara suami dan isteri. Penyelesaian secara rundingan ini menjimatkan masa, tidak menyusahkan anak-anak dan dapat menjimatkan wang. Jika tidak ada pilihan lain barulah dibawa ke Mahkamah Syariah.
    Apa yang penting ialah hak-hak itu hendaklah dituntut, jika mempunyai alasan yang cukup. Terdapat kes-kes di mana sebaik sahaja berlaku perceraian si isteri menunjukkan sikap ego dan sombongnya terhadap suami. Apabila perceraian berlaku begitu lama barulah menyesal dan mulai bertungkus lumus untuk membuat tuntutan.
    Islam adalah agama yang adil dan memberi hak pembelaan yang cukup kepada kaum wanita. Oleh itu tidak timbul soal Islam menindas kaum wanita. Apa yang ada ialah wanita Islam itu sendiri bersikap lemah kerana tidak menggunakan kesempatan yang luas itu untuk kepentngannya.
    Lampiran ‘A’
    Jika ibu hilang kelayakan maka hak jagaan anak itu berpindah mengikut tertib seperti berikut:
    1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
    2. Bapa;
    3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
    4. Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
    5. Kakak atau adik perempuan seibu;
    6. Kakak atau adik perempuan sebapa;
    7. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
    8. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
    9. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
    10. Ibu saudara sebelah ibu;
    11. Ibu saudara sebelah bapa;
    12. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari.

      Hukum Isteri Meminta Cerai




      Soalan:
      Saya sedang membaca berkenaan hukum seorang isteri meminta cerai daripada suami. Saya dapati terdapat hadis-hadis yang melarang daripada meminta cerai. Pada waktu yang sama terdapat sebuah hadis di mana seorang isteri dengan mudah telah meminta cerai daripada suaminya di hadapan Rasulullah, dan baginda mengizinkannya. Jadi bagaimanakah cara yang betul untuk memahami hadis-hadis ini?

      Jawapan:

      Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu. Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis berikut: Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang munafiq. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] Namun hadis berikut lebih terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh Islam:
      Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2226]
      Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi, merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri atau apa-apa pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai qawwamun ke atas isterinya.
      Ada pun hadis berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta cerai di hadapan Rasulullah, saya percaya hadis yang dimaksudkan ialah seperti berikut: Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi dan berkata: “Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam akhlak dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam Islam.”
      Rasulullah bertanya: “Apakah engkau (sudi) mengembalikan kebunnya kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas kahwin)?” Isteri Tsabit menjawab: “Ya.”
      Rasulullah bersabda (kepada Tsabit): “Terimalah kebun itu dan talaklah dia dengan talak satu.” [Shahih al-Bukhari, no: 5273]
      Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:
      Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay.
      Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit…… [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3497]
      Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’e atau munasabah.
      Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya. Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.

      Sumber: http://www.hafizfirdaus.com/


      Perceraian dalam Islam


       Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.


      Talak

      Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.

      Hukum talak

      Hukum Penjelasan
      Wajib a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
      b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
      c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
      d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
      Haram a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
      b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
      c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
      d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
      Sunat a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
      b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
      Makruh Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
      Harus Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

      Rukun talak

      Perkara Syarat
      Suami Berakal
      Baligh
      Dengan kerelaan sendiri
      Isteri Akad nikah sah
      Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya
      Lafaz Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya
      Dengan sengaja dan bukan paksaaan

      Contoh lafaz talak

    13. Talak sarih
    Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.
  • Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.

Jenis talak

Talak raj’i

Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

Talak bain

Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.

Talak sunni

Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci

Talak bid’i

Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya.

Talak taklik

Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.
Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50)
Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan siisteri memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan hospital boleh membantu dalam hal ini
Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”

Fasakh

Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya.
Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).

Cara melakukan fasakh

  • Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
  • Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
  • Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
  • Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.
DI Malaysia, ia jatuh di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Cerai fasakh (seksyen 52)
Cerai fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Menurut seksyen 52 (1), terdapat 12 sebab membolehkan membuat permohonan fasakh.
Antara sebabnya ialah :-
  1. tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;
  2. suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;
  3. suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;
  4. suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.
  5. suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan;
  6. suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit;
  7. jika perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini menolak perkahwinan itu.
Bagaimanapun permohonan cerai fasakh tertakluk oleh mahkamah dan mahkamah berhak menolak sekiranya mendapati bahawa kesahihan alasan tersebut tidak terbukti.

Khuluk atau tebus talak

Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.
Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”
Ia biasanya dilakukan di depan hakim mahkamah syariah. Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.[1]

Tujuan khuluk

  • Memelihara hak wanita
  • Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
  • Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.

Rujuk

Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.

Hukum rujuk

Hukum Penjelasan
Wajib Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain
Haram Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu
Makruh Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
Harus Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

Rukun rujuk

Perkara Syarat
Suami Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
Isteri Telah disetubuhi
Berkeadaan talak raj’i
Bukan dengan talak tiga
Bukan cerai secara khuluk
Masih dalam idah
Lafaz Ucapan yang jelas menyatakan rujuk
Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan
Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat
Dengan sengaja dan bukan paksaan

Contoh lafaz rujuk

Lafaz sarih

Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk awak kembali” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”

Lafaz kinayah

Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.
    1. Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?


      Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :

      a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
      b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
      c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
      d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
      e) Telah mati pucuk.
      f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
      g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
      h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
      i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
      j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
      k) Melupuskan harta isteri.
      l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
      m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
      n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
      o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

      FASAKH

      DEFINISI DAN KONSEP
      Fasakh merupakan salah satu daripada cara yang dibenarkan oleh syariat islam bagi meleraikan ikatan perkahwinan. Talak adalah hak mutlak bagi lelaki, manakala fasakh memberi hak kepada isteri untuk menuntut perceraian atas sebab-sebab tertentu yang munasabah melalui keputusan yang dibuat oleh seorang qadi atau hakim.

      Fasakh dari segi bahasanya bermaksud membatalkan atau membubarkan. Sementara dari sudut istilah syara’nya merujuk kepada memutuskan atau membubarkan perkahwinan disebabkan kecacatan yang berlaku sewaktu akad perkahwinan (contohnya: pengantin belum baligh) atau kecacatan daripada suami atau isteri yang menghalang daripada berkekalannya suatu perkahwinan (contohnya: salah seorang pasangan menjadi gila dan sebagainya).

      Fasakh adalah perpisahan yang dituntut oleh isteri kerana suami tidak dapat menjaga perkahwinan atau tidak sekufu dengan isteri. Dalam erti kata lain fasakh merupakan hak bagi isteri untuk menuntutnya daripada mahkamah bagi membubarkan perkahwinannya dengan sebab-sebab yang tertentu yang munasabah dari pandangan syara’ melalui pertimbangan dan keputusan hakim setelah perbicaraan dijalankan.


      PENSYARIATAN FASAKH

      Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
      “(Mereka) bolehlah berpegang dengan cara yang makruf atau bercerai dengan cara yang baik, bolehlah kamu pegang mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka dengan maksud membuat mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka, dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiayai dirinya sendiri.” (Surah al-Baqarah: 229 – 231)

      Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud:
      ‘Jangan memudaratkan dan jangan saling memudaratkan’

      Kaedah yang dipakai oleh para ulama fiqh dalam hal ini ialah menjaga keselamatan dan menolak kemudaratan.


      SEBAB-SEBAB MEMBOLEHKAN FASAKH

      Islam mengharuskan fasakh untuk kebaikan bersama dan tidak menggalakkan kehdiupan rumahtangga yang kacau bilau dan huru hara. Fasakah memberi ruang kepada pasangan khususnya isteri untuk melepaskan ikatan perkahwinan kerana sebab-sebab tertentu yang menyebabkan rumahtangga tidak aman dan harmoni. Sebab-sebab tersebut merupakan alasan yang boleh dipertimbangkan kemunasabahannya oleh hakim untuk memutuskan bahawa tuntutan fasakah olseh seorang isteri itu wajar diterima atau tidak dengan melihat kepada hujah-hujah dan bukti keterangan dari pihak isteri yang memohon fasakh serta keterangan dari pihak suami.

      1. Suami tidak mampu atau cuai memberi nafkah termasuklah kegagalan memberi nafkah yang disebabkan oleh masalah ekonomi atau kemiskinan suami mengikut pandangan jumhur ulama. Walau bagaimanapun, ulama mazhab Hanafi mengecualikan alasan kemiskinan dan kesempitan hidup.
      2. Aib dan kecacatan pada suami yang membawa kemudaratan kepada rumahtangga seperti gila, penyakit kusta, sopak, hiv, mati pucuk, lemah syahwat yang menghilangkan keupayaan untuk bersetubuh dan sebagainya.
      3. Tidak sekufu iaitu tidak setaraf mengikut kedudukan isteri. Walaupun ia bukan merupakan syarat sah perkahwinan, namun ia merupakan suatu perkara penting yang perlu dipertimbangkan oleh pasangan sebelum mendirikan rumah tangga kerana ia juga menjadi salah satu punca keretakan perkahwinan dan boleh dijadikan alasan kepada isteri untuk meminta fasakh.
      4. Murtad iaitu keluar dari agama Islam. Jika demikian, maka suami wajib membayar separuh mahar. Manakala jika yang murtad ialah isteri, maka isteri tidak mendapat apa-apa.
      5. Suami hilang dan tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati. Semua empat mazhab berpendapat bahawa seorang isteri yang hilang suaminya tanpa khabar berita hendaklah menunggu sehingga diyakini akan kematiannya. Namun mereka berselisih pendapat tentang tempoh masa yang ditetapkan untuk menunggu sehingga dibolehkan untuk memohon fasakh. Mazhab Hanafi mengatakan bahawa isteri hendaklah menunggu sehingga umur suaminya mencecah sehingga 120 tahun. Mazhab Hanbali pula mensyaratkan agar isteri menunggu hingga empat tahun jika kehilangannya secara zahir akan mengakibatkan kematian seperti kemalangan. Jika kehilangannya secara zahir ia selamat seperti bermusafir, maka isteri hendaklah menunggu sehingga umur seuaminya mencecah 90 tahun. Mazhab Maliki pula meletakkan empat tempoh bergantung bentuk kehilangannya. Kehilangan yang disebabkan wabak di dalam negara Islam adalah empat tahun. Manakal kehilangan di dalam negara kafir adalah sehingga umur suaminya 70 tahun. Kehilangan kerana berperang sesama Muslim adalah empat tahun. Manakala berperang dengan orang kafir adalah selama setahun setelah dilakukan siasatan dan pencarian.
      6. Perseteruan atau perbalahan besar sehingga suami dan isteri saling tuduh menuduh antara satu sama lain ataupun meporak porandakan rumahtangga. Perbalahan seumpama ini memerlukan pihak ketiga iaitu wakil dari suami dan wakil dari isteri untuk mendamaikan keduanya sebelum isteri memohon fasakh daripada hakim.
      7. Darar atau bahaya dan kemudaratan yang menimpa diri isteri pada aspek daruriyat iaitu agama (seperti suami murtad dan mempengaruhi isterinya untuk murtad), nyawa (seperti suami mengancam bunuh isterinya atau menyuruh isterinya melakukan perkara jenayah yang mengancam nyawanya), akal fikiran (seperti suami memukul atau mendera sehingga menyebakan gangguan mental dan sebagainya), maruah dan keturunan (seperti msuami mendera fizikal dan mencerakan tubuh badan), atau harta benda (mencuri atau mengambil hak isteri dengan zalim dan sebaginya)
      8. Suami dipenjara yang diqiyaskan dengan sebab kehilangan yang mengakibatkan isteri berjauhan dari suami dan tidak mendapat nafkah zahir dan batin. Walau bagaimanapun mazhab Hanafi dan Syafi’I tidak mengharuskan fasakh kerana suami dipenjarakan.
      9. Atau apa-apa alasan yang ditetapkan pihak berkuasa atau yang difikirkan munasabah oleh hakim untuk membolehkan dibubarkan perkahwinan.


      IMPLIKASI DARI FASAKH
      Fasakh jika berlaku ketikamana kedua-dua pasangan belum pernah melakukan persetubuhan, maka tidak ada mahar yang perlu dibayar kepada isteri oleh suami. Sebaliknya, jika pernah melakukan persetubuhan maka isteri berhak mendapatkan mahar sepenuhnya iaitu mengikut nilai penuh mahar yang telah ditentukan semasa bernikah.

      Fasakh juga tidak memberi kesan kepada bilangan talak atau dalam maksud lainnya ia tidak mengurangkan bilangan talak. Walau bagaaimanapun jika kedua-dua pasangan ingin berkahwinan semula, maka ia memerlukan kepada akad nikah yang baru.


      HIKMAH FASAKH
      1. Mengelakkan isteri dianiayai dan disiksa oleh suami.
      2. Menunjukkan keadilan Allah kepada hambanya. Jika suami diberikan talak, isteri diberikan fasakh.
      3. Memberi peluang isteri berpisah daripada suaminya dan memulakan hidup baru.

      Suami boleh mohon fasakh

      Posted by ERAKITA di 11 April 2012

      Suami Boleh Mohon Fasakh

      10 April 2012
      Fasakh adalah salah satu jalan yang diberikan oleh Allah kepada umat Islam untuk keluar dari kemelut rumahtangga. Fasakh merupakan salah satu jenis pembubaran perkahwinan antara suami dan isteri. Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, fasakh hanya boleh dilakukan melalui Mahkamah Syariah.
      Dalam konteks Negeri Sabah, hak untuk menuntut pembubaran perkahwinan melalui fasakh hanya diberikan isteri di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Sabah) 1992. Bagaimanapun, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Sabah) 2004 yang baru kini memberi hak yang sama kepada suami. Maknanya, suami juga mempunyai hak menuntut fasakh ke atas isterinya.
      Alasan yang boleh digunakan untuk menuntut fasakh boleh dirujuk dalam Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Sabah) 2004.  berikut adalah kandungan seksyen tersebut untuk tatapan para pembaca.
      Seksyen 53. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh
      (1) Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan pekahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu-
      (a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
      (b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
      (c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
      (d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
      (e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
      (f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
      (g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
      (h) bahawa suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu, antara lain-
      (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;
      (ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;
      (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;
      (iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;
      (v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;
      (vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum syarak;
      (i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;
      (j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;
      (k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordianan Orang Gila 1951 [ Bab 74 Sabah ] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau
      (l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak
       Berdasarkan kepada peruntukan seksyen 53 di atas, adalah memadai pihak yang menuntut samada suami atau isteri menggunakan salah satu alasan di atas. Bagaimanapun, untuk tujuan pensabitan Mahkamah, alasan yang digunakan mestilah dibuktikan terlebih dahulu.
      Semoga artikel ini memberi manfaat untuk semua. Wallahu a’lam.

Tiada ulasan: