Jumaat, 22 Mac 2013

ISLAM DENGAN ADA AMALAN ISLAM TAK SAMA DENGAN ISLAM TAPI TAK BERAMAL IKUT ISLAM@QURAN DAN HADIS

Najib dera rakyat - Haron Din

Mohd Sabri Said, 21 Mac 2013
TASEK GELUGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mendera rakyat selagi tidak mengumumkan bilakah tarikh Pilihanraya Umum ke 13 walaupun tempuh lima tahun mengundi telah berlalu kata, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (gambar).

Ketika berucap di majlis perasmian bangunan PAS Tasek Gelugor semalam, beliau menyifatkan tabiat menangguhkan tarikh pilihanraya menunjukan Najib begitu takutkan kekalahan apabila bimbang rakyat akan menghukum kerajaan yang terlalu lama menindas rakyat.

"Tindakan Najib tidak umumkan bilakah tarikh pilihanraya umum sebenarnya mendera rakyat kerana banyak kerja tergendala semata-mata mahu menumpukan kerja buat pilihanraya ataupun mengundi," terangnya yang berucap bersama Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Menurutnya, Malaysia ketinggalan jauh dari segi memaklumkan tarikh pilihanraya berbanding negara maju, sederhana maju dan sedang maju.

Kata beliau, negara maju seperti Great Britain, Amerika, German dan sebangainya berani istihar tarikh pilihanraya dua tahun sebelum bersama-sama berkempen menonjolkan kehendak parti untuk memajukan masyarakat dan negara.

Begitu juga negara seperti Vietnam, Kemboja atau Zimbabwe sekali pun mereka berani mengistiharkan tarikh pilihanraya umum walaupun baru setahun parti pemerintah berkuasa.

"Malaysia saya tak tahu negara apa sehingga tak bagi tau langsung tarikh pilihanraya umum walaupun sampai bertemu tarikh pilihanraya tahun 2008. Nak kata Najib takut tak tau lah.. Mungkin juga maklumlah terlalu banyak buat penyelewengan," katanya.

Hari ini (semalam 20 Mac) katanya, banyak mesej yang beliau diterima mengatakan parlimen sudah dibubarkan.

Ramai kawan-kawan mengucapkan selamat berjuang menghadapi musuh politik dan sebagainya.

Bila meneliti dari sumber yang tepat rupanya, belum lagi malahan memaksa Pusat Media pejabat Perdana Menteri pula membuat penafian.

"Ramai orang hantar mesej ucap selamat berjuang kononya parlimen dibubarkan. Bila mendapatkan dari sumber yang sah rupanya bukan lagi. Yang untung syarikat telekomunikasi..!!!!!....," ujarnya.

Politik dan berpolitik tidak sama

Ahmad Baei Jaafar, 21 Mac 2013
Orang Melayu sehingga ke hari ini masih terkeliru dengan politik meskipun kita sudah merdeka sekian lama. Hal ini kerana kita sering diberi penjelasan yang salah tentang politik, apatah lagi kita selalu dibui mimpi oleh orang politik yang umumnya amat tidak bermoral.

Menjelang pilihan raya ke-13 ini saya ingin mengambil sedikit masa untuk membuat penjelasan tentang perbezaan antara politik, orang politik, parti politik dan main politik. Semoga dengan ini kita akan menjadi orang yang berpolitik secara profesional.

Politik dari sudut bahasa ialah mengurus, mentadbir dan melaksanakan sesuatu urusan dengan sempura. Orang yang menguruskan itu sudah tentu melaksanakannya secara bijaksana dan pandangan yang tajam. Jadi, politik akan ada dalam urusan kerajaan, masjid, persatuan dan seumpamanya.

Jelas di sini, segala urusan untuk memajukan kerajaan, mengatur ekonomi negara dan mensejahterakan rakyat termasuk dalam urusan politik. Begitu juga dengan urusan masjid, persatuan dan seumpamanya. Jika urusan pentadbiran masjid gagal dan kemajuannya tidak seberapa, ini bermakna politiknya lemah.

Orang politik ialah orang terlibat dalam urusan memajukan negara dan mengurus rakyat agar menjadi orang yang berjaya. Orang politik bekerja keras dengan merancang dan mengeluarkan idea yang baik untuk membangunkan negara dan keselamatan rakyat.

Parti politik ialah persatuan atau pertubuhan yang terlibat secara langsung dalam urusan kerajaan iaitu mengurus, mentadbir dan membangunkan negara. Parti politik dianggotai oleh orang politik. Jadi, parti politik digerakkan oleh orang politik. Maknanya berjaya atau tidaknya parti politik itu banyak bergantung kepada kualiti orang politik yang menganggotainya.

Orang politik dalam menjalankan tugasnya kadang-kadang akan “main politik” atau “berpolitik”. Mereka akan main politik apabila berniat jahat untuk menjatuhkan orang lain (musuh politik). Mereka akan memburukkan lawan dengan membuat fitnah atau meniti atas kelemahan musuhnya. Sebenarnya main politik ini juga berlaku dalam persatuan dan masjid bahkan dalam pejabat.

Sebahagian mereka “berpolitik” dengan baik dan secara profesional dalam memajukan negara dan rakyat. Mereka tidak menjatuhkan musuh secara jahat  tetapi dengan menunjukkan hujah yang baik sekali gus mematahkan hujah musuh atas kelemahan hujahnya.

Berdasarkan penjelasan di atas, kita lihat pada hari ini, orang politik banyak main politik daripada berpolitik. Apabila keadaan ini berleluasa, parti politik dilihat dalam banyak hal gagal melaksanakan pengurusan kerajaan dengan cekap terutama dalam membangunkan negara dan rakyat.

Saya percaya kalau orang politik boleh berpoltik secara profesional, bukan sahaja mereka tidak bermusuhan dengan parti politik lawan, malah negara akan bertambah maju dan rakyat berada dalam aman. Malah rakyat boleh bebas bercakap dan bergerak dalam negara.

Sehubungan dengan itu suka saya menyentuh sedikit soal larangan bercakap politik dalam masjid. Larangan ini merujuk kepada aktiviti parti politik. Maknanya orang politik dilarang menggunakan pentas masjid untuk kempen parti politiknya. Masjid sepatutnya bebas daripada pengaruh parti politik. semua orang tanpa mengira apa parti politik yang mereka sertai, boleh masuk dalam masjid dengan aman.

Walau bagaimanapun penceramah dan jemaah masjid boleh bercakap soal pengurusan dan pembangunan negara dan rakyat. Mereka boleh memberi pandangan kepada pemerintah jika terdapat sesuatu yang tidak kena pada pengurusan kerajaan. Bercakap dalam hal ini dibenar walaupun hakikatnya termasuk dalam makna politik yang dijelaskan di atas.

http://baei.blogspot.com/

RTM diarah bayar RM150,000 kepada Adun PAS

Harakahdaily, 21 Mac 2013
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Kedah hari ini memutuskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan membayar tuntutan saman fitnah sebanyak RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan (PAS) Mohd Nasir Mustafa.

Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun ketika di dalam penghakiman hari ini mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50,000.

Sementara itu, penerbit rancangan RTM 'Titik Sentuhan' Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula di arah membayar sejumlah RM70,000, selain pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30,000.

Mohd Nasir diringi penguamnnya Aminuddin Zulkifli.

Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan “Titik Sentuhan” yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.

Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya.

Mohd Nasir menewaskan calon BN, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387.

Anwar saman fitnah Papa Gomo RM100 juta

Harakahdaily, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfaikan saman fitnah RM100 juta terhadap bloger Umno Papa Gomo.

Saman itu berhubung tindakan bloger tersebut yang didakwa menyiarkan kenyataan dan beberapa keping gambar intim mengaitkan Anwar dengan seoran lelaki yang tersebar sejak minggu lalu.

Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pemilik dan pengendali blog tersebut yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.

Sebelum ini, Anwar memberikan tempoh 48 jam kepada Papa Gomo untuk membuat permohonan maaf dan menarik balik penyiaran gambar-gambar tersebut.

Bagaimanapun Papa Gomo enggan memenuhi tuntutan tersebut sehingga tempoh itu tamat semalam.

Ekoran itu Anwar melalui peguamnya hari ini memfaikan saman ke atas bloger tersebut.

Bersetuju ‘makanan minda’ sebagai pendekatan pengundi

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 21 Mac 2013
Analisis Prof. Dr. Jayum Jawan (Sinar Harian 20 Mac 2013) mengenai kemugkinan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa bertanding di Putrajaya amat wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Terutama kenyataannya mengenai ‘kemungkinan Husam mempunyai peluang untuk menang berdasarkan populasi Putrajaya sebagai Bandar Melayu.
Paling menarik, Dr. Jayum melihat mungkin masyarakat Melayu di Putrajaya perlukan perubahan dan pembaharuan. Lalu beliau mencadangkan agar pengundi Melayu bandar perlu dihidangkan ‘makanan minda’ bukannnya keperluan seperti di luar bandar.

Atas cadangan itu, saya bersetuju hakikatnya pengundi bandar tidak wajar dibawa minda mereka dengan politik luar bandar. Pengundi bandar tidak memerlukan umpan projek ala kampung seperti janji zink, jalan tar dan sebagainya.

Justeru cadangan itu agak selari dengan teguran saya sebelum ini terhadap cara pemimpin Barisan Nasional melayan rakyat seperti haiwan dalam pemberian BR1M.

Kini sampai masanya (dalam PRU13) hak dan maruah rakyat harus dihormati. Minda pengundi bandar harus dilayan secara ilmu (diberi makanan minda), bukan disogok dengan nilai-nilai politik kampung. Malah minda pengundi bandar hendaklah diperlebarkan kepada pengundi luar bandar demi mengajak majoriti rakyat berfikiran matang dalam berpolitik.
Amat tepat apa yang disarankan Dr. Jayum agar memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan ketelusan dan integriti. Bagi saya, isu-isu ini adalah teras yang selari dengan prinsip Islam yang sentiasa memerangi rasuah dan penyalahgunaan hak serta ketidakadilan. Wajar sekali ia dijadikan bual-bicara umum dalam memartabatkan maruah pengundi demi memacu perubahan ke arah yang lebih baik. Hal inilah juga dituntut oleh Islam dalam urustadbir kerajaan mahupun hal ehwal rakyat.

Firman Allah: Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (Surah At-Taubah 9:105)

Oleh itu, amalan politik kita hendaklah berpaksikan keyakinan hakikatnya apa yang kita buat (dalam semua urusan hidup termasuk hal ehwal politik dan pilihan raya) adalah sentiasa di dalam pemerhatian Allah SWT. Atas prinsip ini, ketelusan dan integriti hendaklah menjadi keutamaan kalangan pemimpin politik demi mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Sesungguhnya PAS bertanggungjawab menyebar luaskan prinsip politik sebegini ke segenap lapisan masyarakat, di bandar mahupun luar bandar.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kota Bharu.
9 JamadiAwal 1434 bersamaan 21 Mac 2013

Kerajaan perlu perjelas kerakyatan Azzimudie

Hazayani Zakaria, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: PAS Sabah meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat.

Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri dan mesti memberi penjelasan mengenai kerakyatan Azzimudie.

"Kalau benar dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan seperti yang didakwa, ertinya dia merupakan rakyat Malaysia yang sah.

"Setahu saya, untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan, seseorang itu mesti warganegara Malaysia. Persoalannya adakah Azzimudie memang dilahirkan di Malaysia atau mendapat kerakyatan melalui 'pintu belakang',? katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam, PKR mendedahkan dokumen menunjukkan Azzimudie yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pernah tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan.

Ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.

Aminuddin berkata, kerajaan perlu menjelaskan sama ada Azzimudie antara orang yang terlibat dalam projek IC Sabah pada zaman Tun Dr Mahathir Mohammad dahulu.

"Bagaimana Azzimudie boleh terlepas begitu sahaja. Kita tidak persoalkan mereka yang layak dapat IC tapi yang kita persoalkan bagaimana yang baru datang terus diberikan IC? Apakah negara ini tidak undang-undang?" soalnya lagi.

Chua Soi Lek pemimpin 'touch-no-go'

Harakahdaily, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan Lim Kit Siang menawarkan diri bertanding di Johor tidak sepatutnya dijadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

“Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penhijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak,” tulis Aspan Alias.
Justeru, baginya tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin ‘touch-n-go’ seperti yang dituduh oleh pihak Chua Soi Lek.

Ulasan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Kita boleh nampak dengan jelas reaksi dari BN khususnya MCA apabila Lim Kit Siang (LKS) mengambil keputusan untuk bertanding di Johor dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Penasihat DAP untuk menawarkan diri bertanding di Johor ini tidak sepatutnya dijadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penhijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak.Tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin ‘touch-n-go’ seperti yang dituduh oleh pihak Chua Soi Lek (CSL) itu kerana LKS merupakan pemimpin  parti yang diterima oleh mana-mana kawasan di negara ini.

Yang bertanding itu bukannya LKS tetapi adalah DAP dan LKS sebagai seorang yang berpengalaman beliau sememangnya boleh meletakkan diri beliau di mana-mana parti merasakan perlu untuk bertanding. Yang penting beliau diterima oleh parti kerana DAP adalah parti yang sudah diterima oleh semua kaum dan rakyat.

Tindakan CSL melabelkan LKS sebagi ‘touch-n-go’ itu hanya melambangkan ketakutan MCA yang kian hari kian merosot sokongan seperti juga UMNO dan MIC serta Gerakan. Kemampuan LKS bertanding di mana-mana menunjukkan yang beliau adalah pemimpin ‘versatile’ dan diterima oleh rakyat di mana-mana.

CLS sebaliknya menghadapi kesukaran untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau secara keseluruhan rakyat di negara ini. Bagi saya jika CLS melabelkan LKS sebagai ‘touch-n-go’ saya pula ingin melabelkan CLS sebagai pemimpin ‘touch–no-go’ kerana beliau tidak dapat diterima oleh rakyat di kebanyakan kawasan dalam negara ini.

CSL lebih elok tumpukan usaha untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau dengan baik secara peribadi kerana partinya sudah boleh dianggap sebagai parti yang semakin hampir kepada kematian. Sampai sekarang ini CLS masih teraba-raba mencari tempat untuk diri beliau bertanding. Di mana sahaja beliau mencuba jawapannya ialah 'no-go' untuk beliau. CSL tidak boleh hendak 'equate' kan dirinya dengan LKS. Perbezaan beliau dengan LKS ibarat menyamakan buah bacang dengan buah epal.

Biarkan DAP melakukan apa yang baik untuk parti itu dan menjadi parti harapan rakyat untuk bersama-sama dalam kerajaan baru yang bakal dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya ini.

Semasa itu nanti barulah MCA dan rakan-rakannya dalam BN tahu rupa-rupanya ada parti lain yang jauh lebih berkemampuan dan bersih menguruskan kerajaan negeri-negeri dan Persekutuan kita ini.

Semasa itu nanti MCA dan rakan-rakan komponen yang lain mesti belajar dari pimpinan kerajaan yang baru itu bagaimana menguruskan kerajaan dengan cara yang lebih baik dan selari dengan kehendak rakyat dan sistem demokrasi itu sendiri.

Hanya BN sahaja yang terlalu 'obsessed' memuji diri sendiri sehinggakan mereka tidak sedar ada pihak lain yang lebih baik dan tidak pun memuji diri mereka kerana kejayaan DAP dan rakan-rakan lain itu merupakan kejayaan rakyat sendiri.

CSL akan melihat keadaan dalam mana kerajaan baru dengan rakyat itu 'berpisah tiada' buat jangka masa yang lama. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Tiada ulasan: