Posted on Friday, March 15 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Roketkini
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Gelaran ‘pengkhianat bangsa’ diguna pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) kepada ahlinya yang belot dan menyertai parti lain terutama DAP tambahan pula ia dimomokkan sebagai parti cauvinis dan pelampau.
Bekas pemimpin UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri menyifatkan tuduhan itu sebagai angkuh dan syok sendiri apabila UMNO mendakwa mereka pembela dan mewakili Melayu,
Ariff yang lebih dikenali sebagai Sakmongkol AK47 berkata, anggapan hanya orang Melayu yang menyertai UMNO sebagai Melayu, sebaliknya Melayu yang menyertai parti lain dianggap kurang ‘Melayunya’ adalah tidak betul.
Ariff berkata, perumpamaan sedemikian sangat dangkal kerana setelah menyertai DAP, sifat Melayu dan Islam beliau tidak sedikit pun berubah.
“Saya berada di luar UMNO, Melayu saya tak kurang, Islam saya juga tidak kurang.
“Saya nak sebut, kamu (UMNO) nak mewakili Melayu pun tak boleh. Sebab, pada 2008, ada sekurang-kurangnya 5.7 juta pengundi Melayu, calon UMNO hanya dapat dua juta undi.
“Ini menunjukkan, 3.7 juta pengundi Melayu pula tak beri undi pada UMNO. Maka, kalau lihat daripada undi, memang memalukan kalau dakwa diri sebagai jurubicara mewakili orang Melayu,” jelasnya dalam temuramah eksklusif.
Katanya lagi, slogan pembela Melayu yang sering dilaungkan UMNO itu sekadar untuk sedapkan diri sendiri dan jauh daripada realiti yang berlaku.
“Berdasarkan fakta, realitinya lebih ramai orang Melayu menolak UMNO berbanding mereka yang menyokong UMNO,” ujar beliau yang juga bekas ADUN Pulau Manis.
Mengenai penerimaan orang Melayu kepada perjuangan DAP, Ariff berkata, orang Melayu semakin menunjukkan minat dan tidak lagi takut atau benci kepada DAP seperti sebelumnya.
Menurutnya, ia diperkukuhkan lagi dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengamalkan prinsip cekap, akauntabel dan telus yang antara lain memberi manfaat besar bukan sahaja kepada orang Melayu malah meliputi semua rakyat negeri itu.
Tambah beliau, ini termasuk pembelaan terhadap kebajikan orang Melayu dan kemajuan Islam di negeri itu melalui pelbagai insentif, bantuan dan dasar.
“Banyak yang dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk kemajuan orang Melayu dan Islam. Cuma media yang dikawal UMNO yang menyembunyikan fakta berkenaan.
“Hari ini orang Melayu mulai sedar perjuangan DAP ialah untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang baik dan melaksanakan dasar yang adil dan saksama dengan amalan urus tadbir yang cekap dan amanah. Itu yang paling penting,” ujar beliau.
Sumber: Roketkini.com
Guru Islam Kinta Utara diperdaya tonton filem 'Tanda Putra'
Posted on Friday, March 15 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Perakitedaily
Ramai guru-guru Islam Daerah Kinta Utara rasa teraniaya dan diperdaya apabila memenuhi jemputan ke program 'Wacana Ilmu Guru-Guru Islam Daerah Kinta Utara' sepertimana yang tertera di laman portal Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara' tetapi akhirnya terpaksa menonton tayangan filem 'Tanda Putra' yang penuh kontroversi.
Mereka yang cintakan ilmu datang dengan jubah dan serban, tetapi setelah mendaftar kehadiran, diberikan tiket untuk menonton filem tersebut. Tiada langsung wacana ilmu sepertimana yang diwar-warkan tetapi hanyalah taktik murahan untuk mempertontonkan sebuah filem kontroversi kepada guru-guru muda Islam tersebut.
Jemputan ke program wacana ilmu tersebut yang diadakan semalam di Taman Budaya Perak boleh dilayari melalui portal PPD di sini dan isi jemputan tersebut sepertimana di bawah.
Assalamualaikum Wrt. Wbr. dan Selamat SejahteraSumber: perakitedaily.blogspot.com
Pengetua dan Guru Besar Sekolah,
Daerah Kinta Utara.
Tuan,
JEMPUTAN PROGRAM WACANA ILMU GURU-GURU ISLAM DAERAH KINTA UTARA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara akan menganjurkan Program Wacana Ilmu Guru-guru Islam Daerah Kinta Utara seperti ketentuan berikut:
Tarikh : 13 Mac 2013 ( Rabu )
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Taman Budaya Ipoh.
( Bersebelahan Perpustaakan Awam Negeri Perak )
3. Sehubungan dengan itu, guru-guru yang tersenarai dijermput menghadiri program berkenaan ( Sila klik di pautan berikut: http://ppdkinta.edu.my/wacana.pdf ). Berikut adalah atur cara program:-
8.00 mlm – Ketibaan guru-guru
8.15 mlm – Ketibaan jemputan khas
8.30 mlm - Acara program dilangsungkan
4. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
KAMARUDDIN ISMAIL
Penolong PPD Perhubungan.
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Kenali siapa dia gerangan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein
Posted on Friday, March 15 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog kedahlanie
Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein adalah pemegang Ijazah Sarjana dalam War Studies dari King's College di London.
Beliau merupakan pegawai Malaysia yang pertama lulusan US Army Command and General Staff College. Beliau juga adalah bekas Panglima 10 Briged Para Pertama yang merupakan komponen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC).
Selepas bersara beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan pada 2003 sehingga 2006. Beliau juga pernah menyandang jawatan Panglima Tentera Darat dari 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002.
Berkuat kuasa serta-merta pada 6 Mac 2013 beliau dilantik oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Jeneral Politik PKR.
Parti Keadilan Rakyat telah mendahului parti-parti politik lain dalam Negara ini dengan mewujudkan jawatan Jeneral Politik.
Sumber: kedahlanie.info
Isu Lahad Datu: Pakatan ulangi gesaan sidang khas Parlimen, kertas putih
15 Mac 2013
Sambil menyambut baik pertimbangan kerajaan mahu membuka kertas putih, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, apa yang penting sekarang ialah sidang khas Parlimen bagi membincangkan kandungan kertas putih agar rakyat tahu apa sebenarnya berlaku di Lahad Datu dan Semporna.
"Ini isu besar. Kami konsisten dengan pendirian perlu ada satu sidang khas Parlimen. Pada sidang khas ini, boleh dibentangkan kertas putih.
"Jika kes Memali pada 1985, yang tidak melibatkan insiden pencerobohan rakyat asing, boleh diadakan kertas putih, ini kes pencerobohan, yang sangat serius, saya kira Datuk Seri Hishammuddin boleh membentangkan kerta putih," katanya kepada Sinar Harian Online.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, "kini sudah hampir sebulan insiden berlaku, dan saya pasti Kementerian Dalam Negeri tahu punca insiden ini."
Katanya, selepas sidang khas Parlimen dan pembentangan kertas putih, kerajaan boleh mengadakan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk tindakan susulan jika mahu.
"RCI boleh dimasukkan sebagai cadangan dalam kertas putih," katanya yang yakin masih ada masa untuk memanggil sidang khas Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Ya, ada masa... sidang khas ini hanya memerlukan satu hari sahaja," kata beliau.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Semalam, Hishammuddin berkata, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.
"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.
Mengenai sama ada hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum, Hishammuddin berkata, ia akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan apabila perkara itu selesai kelak.
Wacana memperingati perjuangan Hizbul Muslimin
Harakahdaily, | 15 Mac 2013 |
Wacana tersebut yang akan diadakan hari ini akan melibatkan tiga panel pembentang iaitu Dr Zuhdi Marzuki, Ustaz Riduan Mohamad Nor serta Ustaz Zawawi Hassan.
"Program akan bermula jam 9 malam dan terbuka kpd seluruh rakyat Malaysia yg cintakan kebenaran sejarah emas perjuangan islam negara ini," ujar Riduan yang juga ketua penerangan DPPM.
Berikut sedikit sinopsis perjuangan Hizbul Muslimin:
Tiga tujuan dasar penubuhan Hizbul Muslimin (HM) yang digariskan iaitu Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan, mencipta masyarakat berdasarkan islam dan menjadikan Tanah Melayu sebagai darul Islam.
HM berusaha menginsafkan umat Islam Malaya tentang kesedaran politik dan ikatan agama dalam satu ideologi mengikut ajaran islam serta bekerjasama dengan semua pihak yg bersesuaian dasarnya.
Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah dilantik sebagai Ketua Umum HM, Ir Ariffin Alian dan Daud Jamil sebagai ketua satu dan ketua dua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan