Dr M gesa k'jaan haramkan 'kampung air'
'Kampung
air', rangkaian rumah yang dibina di atas batang kayu di pantai Sabah,
tidak sepatutnya dibenarkan lagi, kerana ia boleh digunakan untuk
pencerobohan asing dan menyumbang kepada pencemaran, kata bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."Kita pernah menempatkan pegawai imigresen di kampung air,
tetapi kini kita menempatkan mereka di darat. Jadi orang asing bebas datang ke kampung air untuk melakukan apa yang mereka mahu.
"Malah jika mereka membawa senjata pun kita tidak boleh periksa... Untuk memeriksa kampung air adalah sukar kerana laluan yang sempit, ia membuatkan kita terdedah kepada serangan (serang hendap)," kata Mahathir ketika menjawab soalan di majlis dialog mengenai kemungkinan sistem dua parti di Malaysia, anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).
"Saya fikir selepas ini, kita tidak boleh membenarkan kampung-
kampung air. Mereka juga menyebabkan pencemaran," katanya.
Enam anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata yang mewakili tuntutan kesultanan Sulu di laluan jalan kaki yang sempit di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ.
Bekas KM dakwa polis musnah dokumen orang Suluk
Bekas
ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat
bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen
pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.
Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.
Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.
"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan, kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.
“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.
“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.
Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.
Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.
Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.
Datuk Bandar Jolo, Sulu itu mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen pengenalan juga tidak terkecuali.
"Dokumen ini didakwa dikoyak di hadapan mereka," katanya.
Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung tembakan berkenaan.
'Puteri' Jacel Kiram (kanan) mula menggunakan akaun Twitter @jacelkiram semalam dan setakat artikel ini ditulis sudah menarik perhatian 2,792 orang sebagai pengikutnya.
Tweet pertamanya berbunyi: "Salam! Ini akaun Twitter rasmi saya" dan "Daulat Kesultanan Sulu".
InterAksyon melaporkan, tulisan itu dengan serta-merta mendapat reaksi pengguna Twitter sama ada yang mengalu-alukannya atau menyerangnya.
@geminianeyes: Sejujurnya Cik @JacelKiram, adakah kamu harap kami akan alu-alukan kamu dengan tangan terbuka bila kami mendarat di pantai kami dengan senjata?
Jacel: @geminianeyes Maafkan saya... baca sejarah ia tak pernah jadi milik kamu! Malaysia tak pernah memiliki Sabah. Mereka masih membayar sewa.
@kinkywildcat: Salam @jacelkiram tolong beritahu abang kamu supaya balik ke Filipina. Terima kasih.
Jacel: @kinkywildcat Tolong beritahu kerajaan kamu supaya beri balik tanah kami.

Twitter 'puteri' Sulu cetus pelbagai reaksi
Anak
gadis 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III, yang sering menjadi jurucakap
keluarga sebelum ini sejak krisis Sabah meletus kini menjejakkan kaki ke
alam Twitter dan dengan mencetuskan pelbagai reaksi segera warga maya.'Puteri' Jacel Kiram (kanan) mula menggunakan akaun Twitter @jacelkiram semalam dan setakat artikel ini ditulis sudah menarik perhatian 2,792 orang sebagai pengikutnya.
Tweet pertamanya berbunyi: "Salam! Ini akaun Twitter rasmi saya" dan "Daulat Kesultanan Sulu".
InterAksyon melaporkan, tulisan itu dengan serta-merta mendapat reaksi pengguna Twitter sama ada yang mengalu-alukannya atau menyerangnya.
@geminianeyes: Sejujurnya Cik @JacelKiram, adakah kamu harap kami akan alu-alukan kamu dengan tangan terbuka bila kami mendarat di pantai kami dengan senjata?
Jacel: @geminianeyes Maafkan saya... baca sejarah ia tak pernah jadi milik kamu! Malaysia tak pernah memiliki Sabah. Mereka masih membayar sewa.
@kinkywildcat: Salam @jacelkiram tolong beritahu abang kamu supaya balik ke Filipina. Terima kasih.
Jacel: @kinkywildcat Tolong beritahu kerajaan kamu supaya beri balik tanah kami.
Budaya dendam mungkinkan Lahad Datu berulang
dikemaskini Budaya
membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina
sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu
berulang kembali pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Justeru, beliau berkata pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang kembali.
"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat itu).
"Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," katanya kepada Bernama.
Anggota keselamatan Malaysia sehingga kini menembak mati 56 pengganas.
Tragedi itu juga mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia.
Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia pada masa hadapan.
"Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam. Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak berlaku," katanya.
Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.
"Pertama kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu dihormati.
"Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.
Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia.
Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta Filipina untuk berbuat demikian.
"Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah sebaiknya.
"Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara kendalikan," katanya.
Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
"Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil tindakan perundangan sewajarnya.
"Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita. Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka adalah penceroboh," kata Ahmad Zahid.
Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan.
Beliau turut ditanya tentang golongan tegar pembangkang yang hanya mempercayai fitnah dan tohmahan dilempar pemimpin pembangkang dan langsung tidak mempercayai maklumat disalurkan kerajaan tentang insiden itu.
Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.
"Ini merupakan hasil proses mentaksubkan pengikut yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak positif.
"Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri. Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu)," katanya.
- Bernama

Shafie Apdal: Siasat hubungan Anwar-Misuari
Kerajaan
diminta menyiasat hubungan baik antara Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF),
Nur Misuari.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan mereka itu dilihat menimbulkan persoalan apabila Anwar dan Nur Misuari kerap berjumpa meskipun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi.
"Bagi saya, Anwar dan Nur Misuari kini saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Bera di Bohor Baru, di Bera, hari ini.
Turut hadir anggota parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.
Shafie yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata pendedahan laman web WikiLeaks baru-baru ini membuktikan Anwar dan Misuari sering mengadakan pertemuan.
"Gambar Anwar yang rambutnya sudah putih itu membuktikan bahawa itu adalah gambar terbaharu.
"Dia (Anwar) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat politiknya," katanya.
-Bernama
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata bon yang telah luput itu sepatutnya ditanggung oleh syarikat Awan Megah Sdn Bhd - milik ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah - sebagai kontraktor projek berkenaan.
Susulan pengambilalihan syarikat Astacanggih Sdn Bhg milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan tahun lalu, Rafizi menambah, perjanjian baru antara Bakti Wira Sdn Bhd dengan syarikat Awan Megah Sdn Bhd, anak syarikat Boustead itu kini menanggung bon tersebut.
"Keadaannya seolah-olah pemilik projek Puspahanas (milik Kementerian Pertahanan) mengambil dana pesara tentera (dalam LTAT) untuk diberikan kepada kontraktor lantikannya (Awan Megah) bagi memberi jaminan kewangan agar projek itu siap," katanya dalam sidang medianya di pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.
Selain itu, dalam sidang media sama, Rafizi juga berkata, bon tanah milik Awan Megah yang bernilai lebih RM72 juta itu sebelum ini ditanggung dan dibayar oleh syarikat Astacanggih.
Bagaimanapun, dakwanya, usahasama antara Deepak dan Raja Ropiaah telah menemui jalan buntu dan bon tanah itu lupus begitu sahaja.
Rafizi menambah lagi, dengan kontrak tambahan yang dianggapnya sebagai "durian runtuh" yang diperolehi Awan Megah daripada Bakti Wira bernilai RM15 juta, ia menjadikan jumlah bagi bon tanah tersebut berjumlah RM87 juta.
"Sehingga kini, bon tanah tersebut tidak diperbaharui oleh Awan Megah dan tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Kementerian Pertahanan (iaitu pemilik projek) terhadap Awan Megah atau Raja Ropiaah. Ini menyalahi undang-undang dan peraturan perolehan negara," katanya.
Sehubungan itu, Rafizi berkata, Awan Megah sepatutnya digugurkan dari projek tersebut dengan serta-merta.
Katanya lagi, dengan membenarkan sejumlah wang tabung persaraan tentera digunakan untuk menyelamatkan Awan Megah, ia melanggar etika dan kebertanggungjawaban Kementerian Pertahanan.
"Sebagai menteri pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi wajib menjawab soalan-soalan ini. Beliau perlu menerangkan kepada anggota tentera apa istimewanya Awan Megah dan Raja Ropiaah sehinga sumber kewangan berkaitan Kementerian Pertahanan digunakan untuk menebus kegagalan Raja Ropiaah.
"Ini adalah sebahagian perkara yang akan dibawa ke mahkamah dalam kes saman beliau (Zahid Hamidi) terhadap saya.
"Saya bercadang untuk memastikan beliau menjawab di mahkamah kenapa beri layanan teristimewa pada Raja Ropiaah," katanya lagi.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan mereka itu dilihat menimbulkan persoalan apabila Anwar dan Nur Misuari kerap berjumpa meskipun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi.
"Bagi saya, Anwar dan Nur Misuari kini saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Bera di Bohor Baru, di Bera, hari ini.
Turut hadir anggota parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.
Shafie yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata pendedahan laman web WikiLeaks baru-baru ini membuktikan Anwar dan Misuari sering mengadakan pertemuan.
"Gambar Anwar yang rambutnya sudah putih itu membuktikan bahawa itu adalah gambar terbaharu.
"Dia (Anwar) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat politiknya," katanya.
-Bernama
PKR pertikai Boustead bayar bon tanah
Anak
syarikat Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT), membayar bon tanah berjumlah RM87 juta milik syarikat
seorang pemimpin Umno yang telah luput bagi projek Pusat Pengajian
Pertahanan Nasional (Puspahanas), dakwa PKR.Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata bon yang telah luput itu sepatutnya ditanggung oleh syarikat Awan Megah Sdn Bhd - milik ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah - sebagai kontraktor projek berkenaan.
Susulan pengambilalihan syarikat Astacanggih Sdn Bhg milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan tahun lalu, Rafizi menambah, perjanjian baru antara Bakti Wira Sdn Bhd dengan syarikat Awan Megah Sdn Bhd, anak syarikat Boustead itu kini menanggung bon tersebut.
"Keadaannya seolah-olah pemilik projek Puspahanas (milik Kementerian Pertahanan) mengambil dana pesara tentera (dalam LTAT) untuk diberikan kepada kontraktor lantikannya (Awan Megah) bagi memberi jaminan kewangan agar projek itu siap," katanya dalam sidang medianya di pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.
Selain itu, dalam sidang media sama, Rafizi juga berkata, bon tanah milik Awan Megah yang bernilai lebih RM72 juta itu sebelum ini ditanggung dan dibayar oleh syarikat Astacanggih.
Bagaimanapun, dakwanya, usahasama antara Deepak dan Raja Ropiaah telah menemui jalan buntu dan bon tanah itu lupus begitu sahaja.
Rafizi menambah lagi, dengan kontrak tambahan yang dianggapnya sebagai "durian runtuh" yang diperolehi Awan Megah daripada Bakti Wira bernilai RM15 juta, ia menjadikan jumlah bagi bon tanah tersebut berjumlah RM87 juta.
"Sehingga kini, bon tanah tersebut tidak diperbaharui oleh Awan Megah dan tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Kementerian Pertahanan (iaitu pemilik projek) terhadap Awan Megah atau Raja Ropiaah. Ini menyalahi undang-undang dan peraturan perolehan negara," katanya.
Sehubungan itu, Rafizi berkata, Awan Megah sepatutnya digugurkan dari projek tersebut dengan serta-merta.
Katanya lagi, dengan membenarkan sejumlah wang tabung persaraan tentera digunakan untuk menyelamatkan Awan Megah, ia melanggar etika dan kebertanggungjawaban Kementerian Pertahanan.
"Sebagai menteri pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi wajib menjawab soalan-soalan ini. Beliau perlu menerangkan kepada anggota tentera apa istimewanya Awan Megah dan Raja Ropiaah sehinga sumber kewangan berkaitan Kementerian Pertahanan digunakan untuk menebus kegagalan Raja Ropiaah.
"Ini adalah sebahagian perkara yang akan dibawa ke mahkamah dalam kes saman beliau (Zahid Hamidi) terhadap saya.
"Saya bercadang untuk memastikan beliau menjawab di mahkamah kenapa beri layanan teristimewa pada Raja Ropiaah," katanya lagi.
TPM digesa dedah dokumen rancangan 'porak-peranda'
Pemuda
PAS mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
mendedahkan butiran dokumen yang didakwa mempunyai rancangan pembangkang
untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.
"Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada usaha Pakatan Rakyat untuk mencetuskan suasana porak peranda, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin Pakatan mengemukakan saman fitnah terhadap beliau," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.
Bernama semalam melaporkan Muhyiddin sebagai mendedahkan rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini.
Beliau dilapor sebagai berkata, daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
Dalam kenyataannya, Riduan menyifatkan tuduhan Muhyiddin "terlalu berat, fitnah dan serta berunsur hasutan" terhadap Pakatan Rakyat dan boleh menimbulkan ketegangan dan kegelisahan serta mencetuskan suasana panik dan pelbagai penafsiran oleh masyarakat.
"Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau?
"Apa akan jadi sekiranya masyarakat negara ini benar-benar mempercayai kenyataan beliau dan akan terus mengambil langkah negatif terhadap PR seperti membuat provokasi atau tindakan-tindakan ganas yang lain?
"Apakah tidak mungkin terjadi kenyataan beliau menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi?" soal Riduan.
Riduan mendakwa timbalan perdana menteri sengaja menambah marak api permusuhan dan ketakutan kepada rakyat dalam suasana negara sedang diancam masalah keganasan dan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Tegasnya, sepatutnya Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Umno itu mententeramkan rakyat dan memberi dorongan supaya rakyat dapat bersama-sama menyuburkan demokrasi di negara ini.
"Pilihan raya adalah suatu proses yang mesti disertai oleh semua rakyat dan ia pula melibatkan parti-parti politik yang bertanding bagi menentukan kepimpinan negara.
"Kenyataan beliau akan memberi reputasi yang buruk ke atas Pakatan dan pemimpinnya dan menjadi kempen buruk terhadap Pakatan serta penyokongnya," katanya sambil menganggap Muhyiddin menghina jutaan rakyat yang memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka.
Sehubungan itu, Riduan mendesak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan ekoran kenyataan pemimpin nombor negara itu.
FAEKAH HUSIN setiausaha politik kepada menteri besar Selangor. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Surat terbuka kepada Mahathir
ULASAN
Kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Klang baru-baru ini saya kira melampaui batas dan lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir menuduh kononnya masa depan dan hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di negeri Selangor.

Kenyataan
itu menunjukkan bahawa beliau tertinggal jauh dari perkembangan politik
tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama; lagu perkauman dan
menakut-nakutkan orang Melayu serta mahu menyegarkan pertembungan kaum
setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain
beliau tanam di kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Dr Mahathir sepatutnya sedar ketika beliau mengungkapkan kata-kata
penghinaan mengenai agama Islam tersebut, beliau berada di Bandar Diraja
Klang, bandar kebanggaan sultan-sultan di Selangor.
Pentadbiran Pakatan menyerahkan hal ehwal agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tanpa campur tangan politik.

Sesungguhnya, ketua agama Islam di
negeri ini adalah DYMM Sultan Selangor sendiri dan baginda begitu
menjaga kesucian agama Islam serta sentiasa mempertahankan kepentingan
umat Islam.
Pentadbiran kerajaan negeri pula akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan DYMM Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam.
Mana mungkin di bawah pentadbiran Pakatan kesucian agama Islam boleh terancam. Tohmahan Dr Mahathir ini keceluparan melampau hatta menghina institusi agama dan raja di negeri ini.

Di
Selangor, JAIS memperoleh peruntukan yang paling tinggi di dalam
belanjawan negeri; melebihi RM130 juta setahun. Dari segi pembangunan,
kita telah membelanjakan lebih RM405 juta untuk membina masjid dan
sekolah agama dan lebih RM46 juta untuk baik pulih masjid dan sekolah
agama sepanjang tempoh 2008-12.
Kita juga menaikkan elaun guru-guru Sekolah KAFA dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1,300 hari ini. Pengiktirafan yang kita berikan ini antara salah satu cara kita meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan.

Sebaliknya pada
zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah
tahfiz seringkali diugut dengan pembubaran. Pelbagai alasan dangkal
yang diberikan Dr Mahathir.
Banyak juga kenyataan menghina yang dikeluarkannya ketika itu antaranya; anak-anak Melayu yang bersekolah kebangsaan waktu pagi dan ke sekolah agama sebelah petangnya akan keletihan dan lemah dalam pelajaran.

Tiba-tiba jadi jaguh agama
Sedangkan tidak banyak faedah bersekolah agama di sebelah petang, sekadar menghafal doa makan dan masuk tandas sahaja.

Pada Dr Mahathir, amalan berjaga malam untuk qiyamullail hanya
menjadikan anak-anak Melayu ini kurang tidur lantas melemahkan sel-sel
otak mereka, lembab dan tercicir di dalam pelajaran.
Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut dan jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam, kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelek begitu.

Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama.
Memang
benar kata-kata seorang ulama terkenal di negara ini yang menyatakan
jika seseorang itu telah bergelar ‘mantan' ini bermakna kata-kata serta
pandangannya sudah tidak relevan lagi.
Jangan diambil pusing, elok sahaja dibiarkan melalak tanpa perhatian. Ini sangat bertepatan sekali dengan situasi Dr Mahathir ketika ini. Nampaknya beliau masih berilusi dan mengalami sindrom penafian bahawa beliau sudah menjadi mantan hampir 10 tahun lamanya.

Dr Mahathir juga
membuat tuduhan jahat kononnya nasib orang Melayu akan tergadai jika
pembangkang memerintah Selangor. Dr Mahathir perlu tahu Umno adalah
pembangkang di Selangor; melatah dan tersasul sememangnya sifat seorang
mantan 10 tahun yang gagal menerima hakikat bahawa kuasa sudah bukan
miliknya lagi.
Kita tidak menafikan Dr Mahathir
meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang
Melayu. Malangnya dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana
agihan kekayaan yang tidak adil dan tidak telus.
Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan ‘dihalalkan' atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan.

Hanya segelintir Melayu yang mempunyai
hubungan dengan pemimpin Umno menikmati keistimewaan tersebut manakala
masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama.
Pada Dr Mahathir, Melayu bererti Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar dan beberapa kerat nama lagi termasuk Mokhzani dan Mukhriz. Adakah yang dimaksudkan Dr Mahathir menjaga kepentingan Melayu adalah untuk menjaga kepentingan segelintir nama di atas?

Mentaliti pemilik gerai
Bukan dasar kita membongkar apa yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahan mereka di Selangor. Kita maklum kerana kerakusan mereka merompak hasil negeri ini maka mereka terhukum pada 2008.
Namun, tuduhan melampau Dr Mahathir menjadikan saya teruja untuk mendedahkan sedikit apa yang dikatakan ‘menjaga kepentingan Melayu' itu. Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera.
Apabila perkara ini didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah rakyat ini kerana kononnya merekalah yang telah membangunkan negeri ini!

Ratusan ekar tanah mereka perolehi hanya dengan membayar premium paling
minimum RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini telah
dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta
yang bukan milikan Bumiputera.
Saya tidak bermaksud mempersoal pemilikan tanah oleh bukan bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempik "Hidup Melayu".
Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan Umno ini dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan?

Kita juga
mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar tanah rizab
Melayu yang terletak di bandar telah ditarik keluar dan dijadikan
milikan bebas. Diganti pula dengan tanah di hujung kampung seperti di
Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor.
Maka terletaklah tanah rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung.
Kerana itu jugalah, apabila kerajaan Pakatan Rakyat berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut.
Umno mahu Melayu kekal berniaga di warung-warung dengan bermentaliti pemilik gerai.

Dr Mahathir juga antara manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan
konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga
bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang telah menjadi
beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno.
Contoh terdekat bagi negeri Selangor ialah penswastaan konsesi air. Meskipun tidak mempunyai kepakaran dan kemampuan kewangan namun oleh kerana beliau bendahari Umno Selangor, seorang Melayu maka konsesi industri air yang bernilai berbilion ringgit diserahkan kepadanya.
Alangkah baiknya jika ISA...
Akhirnya beliau menikmati kekayaan melampau di atas kesengsaraan rakyat menanggung bil air yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Tidak terdengar satu ayat pun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabis-habisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza.

Mana pergi suara Dr Mahathir ketika kita membongkar pengkhianatan Umno
yang memberikan ribuan ekar tanah serta ratusan juta ringgit kontrak
kepada Tan Sri Chan Ah Chai melalui Syarikat Kumpulan Talam?
Mengapa
Dr Mahathir senyap sunyi apabila kita dedahkan Talam berhutang RM392
juta kepada rakyat Selangor hampir sedekad lamanya dan gagal dituntut
oleh Umno? Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa kerajaan Pakatan yang
mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut?
Sedarkah Dr Mahathir kerajaan Pakatan telah pulangkan jumlah RM390 juta
tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar
adalah orang Melayu? Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau
boleh menuduh Pakatan akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita
menerima hakikat bahawa faktor usia telah melemahkan daya pemikiran
beliau.
Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati
kerosakan yang telah dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi
penting negara selama 22 tahun pemerintahannya. polis, kehakiman,
perkhidmatan awam menjadi kucar kacir dan hilang integriti.
Tetapi memandangkan beliau ghairah untuk beraksi selaku ‘de facto' perdana menteri mungkin kerana perdana menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang ‘mudah lupa' perlu diingatkan.

Mereka
perlu diingatkan bahawa insan bernama Dr Mahathir yang telah
memporak-perandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam
Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998.
Ini belum lagi menyentuh bagaimana Malaysia kehilangan berbilion ringgit
dalam permainan mata wang oleh orang kepercayaan beliau yang kini
memegang jawatan timbalan menteri kewangan.
Pendedahan Barry Wain (mendiang) dalam bukunya bahawa ketika pemerintah Dr Mahathir, Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM100 bilion kerana rasuah dan salah guna kuasa masih gagal dijawab oleh beliau sehingga ke hari ini.

Malah perkara terbaru yang begitu serius ialah apabila dalam Siasatan
Suruhanjaya DiRaja Kewarganegaraan Sabah mendedahkan penglibatan
langsung Dr Mahathir menjual kewarganegaraan kepada bangsa asing (yang
pastinya bukan Melayu) semata-mata mahu kekal berkuasa.
Tanpa rasa malu mahupun berdosa terhadap rakyat dan bangsa Malaysia Dr Mahathir mengakuinya dan sanggup pula mengheret almarhum Tunku Abdul Rahman ke dalam isu tersebut.

Rasanya tiada
perkataan yang sesuai dan layak diungkapkan terhadap insan bernama Dr
Mahathir ini apabila kita mengimbau segala kerosakan yang telah
dilakukannya.
Jauh di sudut hati saya terfikir, pastinya Dr Mahathir bersyukur Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan di negara ini. Kadang-kadnag terdetik juga, alangkah baiknya jika sebaliknya!
Jauh di sudut hati saya terfikir, pastinya Dr Mahathir bersyukur Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan di negara ini. Kadang-kadnag terdetik juga, alangkah baiknya jika sebaliknya!
FAEKAH HUSIN setiausaha politik kepada menteri besar Selangor. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan