Jumaat, 15 Mac 2013

HANYA ALLAH YANG TAHU...ALLAH SANGAT BIJAKSANA UNTUK MENGHUKUM MEREKA INI

Tragedi Lahad Datu: Kerajaan yakin 4 pengkhianat utama terlibat
Posted on Friday, March 15 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Tragedi Lahad Datu: Kerajaan yakin 4 pengkhianat utama terlibatSiapa Pengkhianat?
Urutan dari tragedi pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datuyang merebak ke beberapa kawasan lain di Sabah, kerajaan telah mengenalpasti beberapa individu yang diyakini terlibat secara langsung dalam merancang dan mempropagandakan peristiwa tersebut.

Senarai individu yang terlibat merancang tragedi Lahad Datu adalah seperti di bawah:

1. Tun Mahathir Mohomad.
Mahathir s/o Iskandar Kutty yang berturunan India dari Kerala, India ini telah dengan sengaja memberi IC kepada warga Filipina yang masuk secara haram ke Sabah. Kebanjiran warga Filipina di Sabah bukan sahaja digunakan untuk memenangkan Umno BN dalam pilihan raya, tetapi juga diyakini telah menjadi agen kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram 111.

2. Datuk Seri Najib bin Razak.
Perdana Menteri yang juga suami kepada wanita yang gemar berbomoh ini dilihat telah dengan sengaja melambatkan tindakan mengusir para penceroboh yang pada awalnya dikatakan cuma berjumlah 100 orang sahaja. Akibat daripada kecuaian Najib Razak, pencerobohan telah bertukar menjadi tragedi berdarah dengan kematian beberapa anggota keselamatan dari PDRM dan ATM.

3.  Datuk Seri Hishamuddin bin Hussien.
Sepupu kepada Najib Razak ini telah dengan sengaja menurut kehendak Najib Razak dengan menghantar anggota polis ke kawasan sempadan negara yang dicerobohi sedangkan dalam kes seumpama itu sepatutnya anggota tentera yang perlu dihantar untuk tindakan memantau dan menghalang pencerobohan berlarutan. Persetujuan dua sepupu ini dipandang sebagai satu komplot jahat terhadap kedaulatan negara.

4. Datuk Seri Zahid Hamidi.
Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi telah jelas gagal bertindak pantas untuk menggerakkan anggota tentera ke kawasan Lahad Datu untuk memantau sempadan negara dari anasir luar.

Oleh kerana kesemua 4 pertualang utama yang dipercayai menjadi dalang dalam pencerobohan dan tragedi Lahad Datu ini terdiri daripada pemimpin Umno BN, Kerajaan Rakyat dengan ini menyeru agar seluruh rakyat Malaysia tolak Umno BN dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Senarai penjenayah di atas dikeluarkan oleh Kerajaan Rakyat berdasarkan pendapat majoriti rakyat MalaysiaDi SINI dan juga Di SINI."


 Soalan Bocor dari Muhyiddin untuk budak Tadika...bukan SPM!
Posted on Friday, March 15 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

"


Sekonyong-konyong anak emas Mahathir,TPMMuhyiddin mengeluarkan kenyataan tentang maklumat dokumen mengenai "rancangan" Pakatan Rakyat membuat huru-hara dalam PRU 13 ini.

Ini satu "nyanyian dan wirid" yang bersambung-sambung dan bertali arus . Dimulakan oleh Mahathir dan di"amin"kan oleh Muhyiddin.

Dari mana Muhyiddin dapat maklumat itu?
Barangkali antara sebab berlaku pencerobohan oleh "ahli UMNO" Sulu ke atas Sabah kerana agen perisikan negara samada PDRM dan ATM terlalu sibuk cari maklumat dan pantau pergerakan pimpinan Pakatan Rakyat hingga terlupa perairan negara di Sabah.
Adakah agen risikan kita bekerja untuk UMNO atau untuk rakyat? Siapa bayar gaji mereka?
Lahad Datu bukan sandiwara. Tetapi kambing hitam angkara UMNO.
Sepatutnya warga anggota keselamatan celik seterang-terangnya tentang angkara UMNO.
Lihat, kes kapalselam. Kecurian enjin jet. Pembelian alatan pertahanan dengan harga tinggi dan tiada kualiti. Semuanya babitkan Menteri UMNO.

 KSN mesti perjelas kesahan kerajaan sekarang
Posted on Friday, March 15 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Mat Zain Ibrahim

Sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak inginkan seluruh rakyat menghormati dan mempertahankan kedaulatan dan perlembagaan negara, maka beliau sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, serta membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sendiri sanggup mematuhi setiap perkataan dalam perlembagaan itu.

Tetapi jika beliau dengan secara sedar melakukan sebaliknya, maka beliau tidak boleh menghalang jika terdapat sesetengah rakyat yang mengecam beliau sebagai seorang yang angkuh dan penuh dengan hipokrasi.

NONEKini semakin ramai rakyat yang mempersoalkan berkenaan kesahan kerajaan yang memerintah sekarang, setelah mandat lima tahun tamat pada 8 Mac 2013, jika diambil kira daripada pilihan raya umum ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008. Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana inilah julung-julung kalinya kita berhadapan dengan situasi sebegini.

Bukan setiap rakyat faham akan selok belok perlembagaan tetapi kebanyakan mereka faham yang pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh lima tahun.

Sepatutnya ketua setiausaha negara telah mengambil inisiatif menjelaskan status kerajaan sekarang ini dalam bahasa yang mudah difahami oleh segenap lapisan rakyat bagi mengelakkan penyebaran sebarang salah sangka atau spekulasi nakal, yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman awam serta menimbulkan kecurigaan terhadap kerajaan.

Status Najib sebagai PM

Apa pun keadaannya, persoalan berkaitan kesahan upacara mengangkat sumpah Najib sebagai perdana menteri keenam pada 3 April 2009 masih belum ada ketetapannya lagi.

Pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam oleh Yang Di-Pertuan Agong itu dibuat mengikut perlembagaan dan tidak dipersoalkan.

Perlembagaan juga telah menetapkan bahawa sebelum perdana menteri layak untuk menjalankan segala fungsi jawatan itu, beliau diwajibkan untuk mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia dan Sumpah Simpan Rahsia, sepertimana yang ditetapkan dalam Jadual Keenam Perlembagaan, di hadapan Yang Di-Pertuan Agong.

Isunya di sini, Najib telah mengangkat Sumpah Jawatan, Taat Setia dan Sumpah Simpan Rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Keenam Perlembagaan. Di sinilah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut Perlembagaan.

Jika dalam lain perkara Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia, beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya Perlembagaan itu? Jika semua menteri dan timbalan menteri boleh melakukannya, mengapa tidak beliau?

Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan perdana menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang perdana menteri. Terdapat ramai orang yang sependapat dengan saya.

Sumpah jawatan Baginda

Sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong adalah ditetapkan sepertimana bentuknya yang terdapat dalam Jadual Keempat Perlembagaan. Malahan kedua-dua Baginda, diwajibkan memberi nama penuh Baginda-Baginda ketika melafazkan sumpah jawatan tersebut.

Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk akur kepada peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan, maka apatah lagi seorang Perdana Menteri? Melainkan PM Najib ingin mengistiharkan diri beliau dikecualikan daripada semua peruntukan dalam Perlembagaan atau beliau berada di atas Yang Di-Pertuan Agong.

NONEJika di Sabah, kerajaan menghadapi masalah memberikan nama atau gelaran kepada segerombolan rakyat Sulu yang bersenjata yang melakukan huru-hara di Lahad Datu dan Semporna – sama ada mereka itu patut ditakrifkan sebagai pengganas, penceroboh atau kumpulan militan atau lain-lain – di Kuala Lumpur lain pula halnya.

Bukan sahaja buat pertama kali dalam sejarah negara, kita mempunyai kerajaan memerintah yang telah melampaui tempoh mandat lima tahun, tetapi buat pertama kalinya juga, kita mempunyai seorang perdana menteri yang mempunyai tiga nama yang berlainan yang digunakan dalam sekurang-kurangya tiga upacara mengangkat sumpah atau ikrar yang berlainan.

Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM Keenam pada April 2009, dengan nama Allah, beliau malafazkan nama beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Semasa mengikrarkan afidavit-afidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.

Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Umum ke-13 pada Februari 2013 pula, beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul” dari nama Allahyarham bapa beliau.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pula mengikrarkan dalam afidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah Najib bin Tun Hj Abdul Razak. Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.

Penjelasan KSN

Jika KSN dengan serta merta boleh mengeluarkan kenyataan bahawa penyelarasan atau kenaikan gaji kakitangan kerajaan, tentera dan polis seperti yang diumumkan oleh perdana menteri dua hari lalu, tidak ada kena mengena dengan PRU-13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini sahaja, maka KSN juga diharapkan dapat menjelaskan perkara berikut:

  • Status Kerajaan memerintah yang telah melebihi tempoh lima tahun di-kira daripada tarikh PRU-12 pada 8 Mac 2008 – sama ada kerajaan patut dianggap sebagai kerajaan sementara ataupun kerajaan yang masih dalam tempoh mandatnya.

  • Sama sah atau tidak sah sumpah yang dilafazkan oleh perdana menteri semasa upacara mengangkat sumpah jawatan PM keenam pada 3 April 2009 – apabila didapati beliau telah mengangkat sumpah tersebut menggunakan bentuk sumpah dan perkataan sumpah yang berlainan dan tidak mematuhi sepertimana sumpah yang ditetapkan dalam Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

  • Apakah nama sebenar perdana menteri sama ada Muhammad (Mohd) Najib bin Tun Haji Abdul Razak atau Najib bin Tun Haji Abdul Razak atau pun Najib Razak sahaja?
Sekiranya persoalan di atas tidak diselesaikan dalam beberapa hari ini, saya menjangka bahawa isu-isu sama yang tersebut di atas akan berulang sekali lagi. Ditakdirkan PM Najib menang dalam pilihan raya ke-13 nanti dan beliau sekali lagi akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri, maka persoalan kesahan sumpah dan nama beliau akan dipersoalkan semula.

Masalahnya akan lebih besar lagi pada ketika itu, berbanding dengan jika ketua setiausaha negara memberikan penjelasan kepada rakyat sekarang ini.

MAT ZAIN IBRAHIM merupakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Tulisan ini adalah surat terbukanya kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Sumber: Malaysiakini


  Najib Rosakkan atau Punahkan Negara Malaysia.
Posted on Friday, March 15 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Najib Razak satu satunya perdana menteri Malaysia yang paling banyak skandal dan masalah peribadi diri dan bininya termasuk keluarganya.

Kes rasuah pembelian kapal selam (2buah armada) jenis Scorpene RM7.6 billon. Najib Rzak satu satunya perdana menteri yang memegang jawatan Menteri Wanita (pembangunan wanta keluarga dan Masyarakat bermual April 2012 selepas mnetrnya Datuk Shahrizat Jalil disabitkan kes penyelewengan/songlap dana awam RM250 juta bagi projet lembu NFC.

Isternya Datin Rosmah Mansor lebih menonjol dari kalangan menteri menteri kabinet Najib Razak dalam apa jua isu dan wajahnya terpampang dalam berita utama dan media arus perdana.

Isternya Rosmah Mansor pernah menjadi wakil kerajaan dalam lawatan rasmi negara luar dan dalam negeri mungkin dengan ada keizinan atau Najib sendiri membenarkannya. Dan menobatkan wanita pertama Malaysia.

Isterinya ,Rosmah Mansor terkenal dengan sifat boros den cukup suka membeli brang mewah dan mahal sehingga mencecah ratusan juta satu satu barang. Cubtuh cicncin RM64 juta, bag  tangan berjenama dan jam berjenama mencecah ratusan ribu ringgit setiap  satu . Memang angkuh dan sombong.

Kes bunuh wanita Monglia dan skandal sex Najib Razak dengan seorang model wanita bernama  Altantuya Shaariibu yang didedahkan oleh semua berita maya dan diletupka dengan peledak C4 hancur berkecai kawsana hutan di Puncak Alam, Selangor. Kesnya didedahkan oleh penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

Sepatutnya Najib Razak menyaman Deepak peniaga karpet dan P. Bala jika kedua duanya berbohong atau menjaja fitanah. Namum sehingga sekarang Najib Razak menjadi peka, tuli, bisu dan menhadi buta dalam celik. ...

Terkini Najib Razak sebagai ketua kerjaan dan perdana menteri gagal dan membiarkan isu pencerobohan Lahad Datu seribu persoalan dan menjadi tanda tanya. Sehingga  "tentera sulu" yang menceroboh negara perlu dipanggil pengganas.

Sehingga berita dan media dikawal beritanya dan terlalu sukar membuat liputan berita. MUngkin BN/UMNO mahu bersandiwara. Jangan membirakan korban perajurit bertambah hanya mahu mendapati simpati undi rakyat."





"Salam! Ini akaun Twitter rasmi saya" - Puteri Jacel Kiram
Posted on Friday, March 15 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Puteri Jacel Kiram Sultan Sulu Jamalul Kiram IIIPrincess Jacel Kiram
Puteri Jacel Kiram, anak Sultan Sulu Jamalul Kiram III, yang sering menjadi jurucakap keluarga sebelum ini sejak krisis Sabah meletus kini menjejakkan kaki ke alam Twitter dan dengan mencetuskan pelbagai reaksi segera warga maya.

Puteri Jacel Kiram mula menggunakan akaun Twitter @jacelkiram semalam dan setakat artikel ini ditulis sudah menarik perhatian 2,792 orang sebagai pengikutnya.

Tweet pertamanya berbunyi: "Salam! Ini akaun Twitter rasmi saya" dan "Daulat Kesultanan Sulu".

InterAksyon melaporkan, tulisan itu dengan serta-merta mendapat reaksi pengguna Twitter sama ada yang mengalu-alukannya atau menyerangnya.

@geminianeyes: Sejujurnya Cik @JacelKiram, adakah kamu harap kami akan alu-alukan kamu dengan tangan terbuka bila kami mendarat di pantai kami dengan senjata?

Jacel: @geminianeyes Maafkan saya... baca sejarah ia tak pernah jadi milik kamu! Malaysia tak pernah memiliki Sabah. Mereka masih membayar sewa.

@kinkywildcat: Salam @jacelkiram tolong beritahu abang kamu supaya balik ke Filipina. Terima kasih.

Jacel: @kinkywildcat Tolong beritahu kerajaan kamu supaya beri balik tanah kami.

@kiram: Tolong baca ini."


 Bukti Nyata Siapa Hina Jenazah
Posted on Thursday, March 14 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: Dukunpasir

"Penulis pun pening apa sebenarnya mentaliti dan TAHAP DAYA PEMIKIRAN MEREKA INI?? Adakah mereka ini MASIH TIDAK SEDAR ..MEREKA SEDANG MENJATUHKAN MARUAH PARTI MEREKA SENDIRI .Dalam media bergegar mendakwa pembangkang hina askar kita yang terkorban.....Pembangkang cuba POLITIKKAN ISU LAHAT DATU.....pembangkang itu dan ini...Tapi....dalam keghairahan mereka cuba menabur fitnah berbentuk cerita, mereka sebenarnya sedang MENGHINA ....menghina jenazah wira negara yang terkorban

Mereka politik kan isu jenazah ini ....seolah olah jenazah wira negara ini tiada nilai bagi mereka ....yang NILAI bagi mereka ialah POLITIK.....tak kiralah semasa ORANG BERDOA pun mereka SANGGUP MENABUR FITNAH politik!!! 
Rujuk gambar dibawah ini.....dan rujuk pula petikan fitnah mereka...dalam gambar ini bukan saja Nik Aziz ada, Dato' Mustapha pun ada...DAN PALING PENTING MEREKA SEMUA INI BERDOA UNTUK ARWAH! 

 TEMAN

.....bukalah mata...tak kira apa pemikiran politik kita, apabila  TIBA masanya JENAZAH INI PERLUKAN DOA...DOA DARI PEMIMPIN UMNO...DOA DARI PEMIMPIN PEMBANGKANG......Tiada JURANG POLITIK untuk berdoa demi wira negara......

Tapi kenapa dipolitikkan?? 

Perhatikan pula fitnah gambar kedua....Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim juga menjadi mangsa fitnah.....anda lihat apa yang ingin dijelaskan oleh mereka dalam gambar ini....

Isunya disini.....Mustahil Menteri Besar KETAWA pada jenazah...mungkin ada isu lain yang dibualkan oleh beliau hingga buatkan beliau ketawa......tak kan kita pergi melawat orang mati kita tak boleh senyum dan ketawa??
 PRU-13: BN mula edar poster pilihan raya
Posted on Thursday, March 14 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Gendang Perang Pru-13: BN edar poster pilihan raya

Gendang Perang Pru-13: BN edar poster pilihan raya.


Gendang Perang Pru-13: BN edar poster pilihan raya
Poster pilihan raya BN ini diilhamkan oleh:
 Dari Faekah Husin untuk Mahathir Mohamad
Posted on Thursday, March 14 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

" Faekah Husin untuk Mahathir MohamadFaekah Husin
Kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamaddi Klang baru-baru ini saya kira melampaui batas dan lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Dr Mahathir menuduh kononnya masa depan dan hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di negeri Selangor.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa beliau tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama; lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu serta mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam di kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Dr Mahathir sepatutnya sedar ketika beliau mengungkapkan kata-kata penghinaan mengenai agama Islam tersebut, beliau berada di Bandar Diraja Klang, bandar kebanggaan sultan-sultan di Selangor.

Pentadbiran Pakatan menyerahkan hal ehwal agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tanpa campur tangan politik.

Sesungguhnya, ketua agama Islam di negeri ini adalah DYMM Sultan Selangor sendiri dan baginda begitu menjaga kesucian agama Islam serta sentiasa mempertahankan kepentingan umat Islam.

Pentadbiran kerajaan negeri pula akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan DYMM Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam.

Mana mungkin di bawah pentadbiran Pakatan kesucian agama Islam boleh terancam. Tohmahan Dr Mahathir ini keceluparan melampau hatta menghina institusi agama dan raja di negeri ini.
Di Selangor, JAIS memperoleh peruntukan yang paling tinggi di dalam belanjawan negeri; melebihi RM130 juta setahun. Dari segi pembangunan, kita telah membelanjakan lebih RM405 juta untuk membina masjid dan sekolah agama dan lebih RM46 juta untuk baik pulih masjid dan sekolah agama sepanjang tempoh 2008-12.

Kita juga menaikkan elaun guru-guru Sekolah KAFA dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1,300 hari ini. Pengiktirafan yang kita berikan ini antara salah satu cara kita meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan.
Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz seringkali diugut dengan pembubaran. Pelbagai alasan dangkal yang diberikan Dr Mahathir.

Banyak juga kenyataan menghina yang dikeluarkannya ketika itu antaranya; anak-anak Melayu yang bersekolah kebangsaan waktu pagi dan ke sekolah agama sebelah petangnya akan keletihan dan lemah dalam pelajaran.
Tiba-tiba jadi guru agama
Sedangkan tidak banyak faedah bersekolah agama di sebelah petang, sekadar menghafal doa makan dan masuk tandas sahaja. Pada Dr Mahathir, amalan berjaga malam untuk qiyamullail hanya menjadikan anak-anak Melayu ini kurang tidur lantas melemahkan sel-sel otak mereka, lembab dan tercicir di dalam pelajaran. 

Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut dan jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam, kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelek begitu.Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama.
Memang benar kata-kata seorang ulama terkenal di negara ini yang menyatakan jika seseorang itu telah bergelar ‘mantan' ini bermakna kata-kata serta pandangannya sudah tidak relevan lagi.

Jangan diambil pusing, elok sahaja dibiarkan melalak tanpa perhatian. Ini sangat bertepatan sekali dengan situasi Dr Mahathir ketika ini. Nampaknya beliau masih berilusi dan mengalami sindrom penafian bahawa beliau sudah menjadi mantan hampir 10 tahun lamanya.
Dr Mahathir juga membuat tuduhan jahat kononnya nasib orang Melayu akan tergadai jika pembangkang memerintah Selangor. Dr Mahathir perlu tahu Umno adalah pembangkang di Selangor; melatah dan tersasul sememangnya sifat seorang mantan 10 tahun yang gagal menerima hakikat bahawa kuasa sudah bukan miliknya lagi.
Kita tidak menafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu. Malangnya dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan yang tidak adil dan tidak telus.

Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan ‘dihalalkan' atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan.
Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama.

Pada Dr Mahathir, Melayu bererti Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar dan beberapa kerat nama lagi termasuk Mokhzani dan Mukhriz. Adakah yang dimaksudkan Dr Mahathir menjaga kepentingan Melayu adalah untuk menjaga kepentingan segelintir nama di atas?
 Mentaliti pemilik gerai
Bukan dasar kita membongkar apa yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahan mereka di Selangor. Kita maklum kerana kerakusan mereka merompak hasil negeri ini maka mereka terhukum pada 2008.

Namun, tuduhan melampau Dr Mahathir menjadikan saya teruja untuk mendedahkan sedikit apa yang dikatakan ‘menjaga kepentingan Melayu' itu. Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera.

Apabila perkara ini didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah rakyat ini kerana kononnya merekalah yang telah membangunkan negeri ini!
Ratusan ekar tanah mereka perolehi hanya dengan membayar premium paling minimum RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini telah dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera.

Saya tidak bermaksud mempersoal pemilikan tanah oleh bukan bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempik "Hidup Melayu".

Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan Umno ini dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan?
Kita juga mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar tanah rizab Melayu yang terletak di bandar telah ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti pula dengan tanah di hujung kampung seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor.

Maka terletaklah tanah rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung.

Kerana itu jugalah, apabila kerajaan Pakatan Rakyat berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut.

Umno mahu Melayu kekal berniaga di warung-warung dengan bermentaliti pemilik gerai.
Dr Mahathir juga antara manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang telah menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno.

Contoh terdekat bagi negeri Selangor ialah penswastaan konsesi air. Meskipun tidak mempunyai kepakaran dan kemampuan kewangan namun oleh kerana beliau bendahari Umno Selangor, seorang Melayu maka konsesi industri air yang bernilai berbilion ringgit diserahkan kepadanya.

Alangkah baiknya jika ISA...
Akhirnya beliau menikmati kekayaan melampau di atas kesengsaraan rakyat menanggung bil air yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Tidak terdengar satu ayat pun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabis-habisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza.
Mana pergi suara Dr Mahathir ketika kita membongkar pengkhianatan Umno yang memberikan ribuan ekar tanah serta ratusan juta ringgit kontrak kepada Tan Sri Chan Ah Chai melalui Syarikat Kumpulan Talam?
Mengapa Dr Mahathir senyap sunyi apabila kita dedahkan Talam berhutang RM392 juta kepada rakyat Selangor hampir sedekad lamanya dan gagal dituntut oleh Umno? Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa kerajaan Pakatan yang mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut?

Sila sambung baca artikal panjang ini di sini.
 Dulu Mat Sabu, kini Tian Chua
Posted on Thursday, March 14 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

" Semasa isu Mat Indra diperkatakan oleh Mat Sabu, ramailah juak-juak UMNO berduyung-duyung "melawat" Balai Polis buat laporan polis.
Siang malam media barua UMNO baik Utusan dan TV3 mengapi-ngapikan permusuhan antara Polis dan PAS terutama Mat Sabu.
Hari ini, giliran Tian Chua pula jadi mangsa media barua UMNO. Cumanya ianya menjurus kepada perkauman kerana Tian Chua berbangsa Cina.

Fikir punya fikir, inilah perancangan UMNO untuk lagakan ATM dan PDRM dengan Pakatan Rakyat. UMNO bimbang dengan kemasukan bekas pegawai atasan Bukit Aman dan Mindef masuk PAS dan PKR.

Caranya agar anggota keselamatan tidak menyokong PR dengan mengadakan isu ini siang dan malam agar rakyat terpengaruh.

Yang pasti, UMNO mahu isu komisen kapalselam, IC kepada Sulu, janji tanah oleh UMNO akan tenggelam dengan isu ciptaan UMNO jerhadap Tian Chua.  Dulu Mat Sabu,kini Tian Chua


 Najib tak hormat perlembagaan dan mandat rakyat?
Posted on Thursday, March 14 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..
Najib masih mengigau, begitu juga pencacai dan NGO pronya.Penggal pemerintahan kerajaan Najib tamat pada 8hb Mac yang lalu, tetapi Najib masih belum membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU 13 diadakan.Sekaigus Najib masih menjalankan kuasa sebagai PM tanpa mandat yang sah seperti pemandu yang memandu kereta dengan lesen yang tamat  tempoh.Kalau pemandu yang memandu dengan lesen tamat tempoh, beliau boleh disaman kerana memandu tanpa lesen dan kalau berlaku kemalangan

pihak insurans tidak akan bertanggungjawab yang bermakna beliau terpaksa menangggung semua kerugian termasuk tuntutan pihak ketiga kalau ada.Itu pemandu tanpa lesen, bagaimana pula PM tanpa mandat rakyat?

Najib sudah membuat beberapa keputusan tanpa mandat termasuk membuat keputusan insentif baru kepada penjawat awam termasuk polis dan tentera.Najib juga masih terikat dengan arahan ops daulat tanpa mandat.
Sehingga kini, Najib dan kabinetnya masih membisu mengenai status perlembangaan dan undang undang kerajaan melampui mandat ini.Sementara bekas pengarah siasatan jenayah,  MAT ZAIN IBRAHIM mempersoal status kerajaan Najib yang menurutnya tidak mengangkat sumpah berdasarkan jadual 6 perlembagaan persekutuan.Sementara LKS mendakwa Najib sebagai PM tidak sah kerana ketiadaan mandat rakyat.
Selagi PRU 13 tidak diadakan, selagi itulah Najib melampaui mandat yang dibenarkan dalam perlembagaan, yang bermakna Najib tidak menghormati perlembagaan sebaliknya tetap mahu meneruskan pemerintahannya, masih mahu membuat keputusan dengan dana rakyat dan masih mahu kelihatan macam orang mengigau.Najib tidak menghormati mandat rakyat dan tingkah laku Najib disokong dan dipertahankan oleh pencacai yang diberi rezeki oleh Najib, ada pencacai ini masih mengigau tapi menuduh orang lain mengigau dalam keadaan tidak sedar!


 


Tiada ulasan: