Ahad, 17 Mac 2013

NI BUKAN DOSA KE

Najib 'meniru' untuk kaburi mata rakyat - TG Nik Aziz

Harakahdaily, 17 Mac 2013
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut soal dosa pahala sebagai meniru untuk mengaburi mata rakyat.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sebutan berkait dosa pahala sinonim dengan perjuangan Islam tetapi agak kontra jika ia disebut oleh parti yang mempejuangkan kebangsaan.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu dibuat Najib hanya untuk menampakkan imej Islam pada perjuangan kebangsaan.

"Ini kita sebut tiru jenama. Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu.

"Dosa pahala ini sebutan Islam. Dalam kebangsaan tidak ada dosa pahala, tidak ada syurga neraka. Bila kebangsaan sebut dosa pahala, dia meniru untuk mengelirukan rakyat,' katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang juga presiden Umno di Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Kelantan pada Jumaat lalu.

Najib dalam ucapannya antara lain menghukum tujuh dosa besar PAS terhadap rakyat dan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Guru berkata, amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah SAW, apabila seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai yang sanggup membina masjid dirar semata-mata ingin menyaingi masjid Nabi.

"Dia tengok masjid Nabi ramai orang, dia pun buat masjid jugak yang dipanggil masjid dirar," katanya.

Terdahulu, ribuan hadirin hadir mendengar ucapan Tuan Guru sebelum merasmikan Expo Kelantan 2013 di sini.

Expo Kelantan 2013 telah bermula kelmarin dan akan melabuhkan tirai lewat petang ini.

Lebih 80 gerai pameran dan jualan disediakan untuk pengunjung.

Antara lain, objektif utama expo ini adalah bagi 'membawa' Kelantan ke Kuala Lumpur supaya masyarakat luar Kelantan dapat melihat sendiri wajah sebenar negeri Serambi Mekah itu selain hanya mendapat maklumat dari media arus perdana semat-mata.

Lahad Datu: Gegar mahu laporan tepat untuk rakyat Sabah

Harakahdaily, 17 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) melancarkan Gerakan Pemantau Media yang akan menyelia perkembangan berita yang disampaikan oleh media tempatan mahupun antarabangsa mengenai isu pencerobohan Lahad Datu.

Menurut Pengerusi Gegar, Harieyadi Karmin, penubuhan gerakan ini bagi membolehkan rakyat Sabah membuat penilaian secara menyeluruh mengenai isu yang berlaku dan memastikan maklumat yang diterima adalah berasaskan sumber yang sahih dan bukan sekadar khabar angin.

Ini kerana katanya, Gegar mendapat maklumat berhubung tindakan pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Sabah, dipercayai untuk menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Melihat kepada laporan media yang disiarkan oleh media tempatan dan antarabangsa, Gegar mendapati terdapat beberapa percanggahan fakta yang didedahkan.

"Sebagai contohnya media di Philipina ada melaporkan mengenai tindakan keterlaluan pihak keselamatan Malaysia terhadap masyarakat Sulu di Sabah, namun laporan ini bercanggah dengan laporan media tempatan yang menunjukkan pihak keselamatan Malaysia menjalankan tugas dengan baik tanpa sebarang penganiayaan terhadap masyarakat Sulu.

"Kekeliruan ini seterusnya boleh menyebabkan rakyat terpengaruh dengan khabar angin yang tidak tepat. Oleh itu, perbezaan laporan ini perlu sampai kepada rakyat agar rakyat sendiri dapat menilai keabsahan berita yang disiarkan," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Gegar menyediakan satu talian hotline bagi memudahkan masyarakat berhubung secara terus dengan pihak Gerakan Pemantau Media iaitu 014-875-0414 atau 013-546-7541.

"Selain menjadi sumber maklumat, talian Hotline ini juga boleh dihubungi untuk aduan sebarang masalah berkaitan dengan perpaduan dan keharmonian masyarakat awam khususnya dalam jangka waktu pencerobohan Lahad Datu," katanya.

Sementara itu, Gegar turut menyeru semua pihak daripada pelbagai latar belakang agama, kaum dan bangsa terus mengekalkan perpaduan di negeri itu bagi menjaga keharmonian yang telah lama dikecapi.

"Segala fitnah yang dilemparkan bertujuan mengapi-apikan permusuhan antara kaum perlu ditangkis dan dikaji kesahihannya terlebih dahulu. Kami di peringkat anak muda sangat cintakan perpaduan seperti mana yang telah kita kecapi selama ini," katanya.

Gegar juga menyeru seluruh rakyat Sabah agar tidak berasa takut untuk mempertahankan negeri daripada sebarang bentuk pencerobohan dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bumi Sabah daripada sebarang ancaman keselamatan.

Media tempatan pula diminta melaporkan perkembangan sebenar mengenai isu Lahad Datu dengan turut memetik kenyataan media asing seperti media dari negara jiran iaitu Filipina.

"Hal ini penting bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran menyeluruh mengenai isu yang sedang berlaku.

"Anak muda sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan kepada para anggota keselamatan yang telah berhempas pulas menjaga keselamatan negeri ini," katanya.

Kelantan popularkan teater ‘Pengisytiharan Abul ‘As'

Rizal Tahir, 17 Mac 2013
KOTA BHARU: Buat julung kalinya artis-artis hijrah bergabung menjayakan teater berkisar sejarah menantu sulung baginda Rasulullah SAW bertajuk ‘Pengisytiharan Abul ‘As', malam kelmarin.

Teater tersebut dipersembahkan sempena majlis Malam Penghargaan Karyawan Kelantan 2013 dan Pementasan Teater disebuah hotel.

Teater yang diilhamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat julungkalinya dipentaskan di hadapan pimpinan, karyawan dan dramatis pada satu majlis sebelum ianya dipentaskan kepada umum.

Zek Zakaria sebagai watak utama dalam teater tersebut yang memegang peranan Abul ‘As, Abby Abady watak Zainab isteri Abul ‘As.

Pelakon terkenal Abu Bakar Juah berjaya menghidupkan watak Abu Lahab sebagai watak hitam dalam teater itu bersama Aishah sebagai Ummu Jamil isterinya.

Kedua-duanya berjaya menghidupkan teater tersebut, bersesuaian dengan peranan yang dipegang mereka.

Abul ‘As anak saudara Abu Lahab pada mulanya tidak beriman pada Allah dan Rasulullah walaupun dalam kesempitan dengan barangan niaganya dirompak.

Menurut Tuan Guru, Abul ‘As memeluk Islam bukan ketika terdesak, bukan ketika ditawan oleh tentera Islam sebaliknya menerima Islam secara ‘gentelman’, yakin dengan keimanannya sendiri terhadap Islam yang dibawa Nabi Muhammad.

Setelah semua barangan dagangan yang dirompak dikembalikan padanya, Abul ‘As membawa balik semua barangan tersebut ke Makkah dan mengembalikannya kepada para pemodal yang berkongsi dengannya sebelum itu.

Selepas itu beliau mengisytiharkan dirinya beriman dengan Allah dan mengakui Muhammad itu sebagai pesuruh Allah.

Tuan Guru bagaimanapun tidak menolak teater itu ada sedikit kelemahannya, di mana apabila Abul ‘As menyeru adakah lagi barangan yang dirompak belum diserahkan semula berulangkali pada pemiliknya, namun tiada yang menyahutnya.

“Sepatutnya kena ada suara latar yang menyahut dengan ramai, "sudah tidak ada lagi",”ujarnya.

Menurutnya, kisah-kisah sedemikian perlu dipersembahkan pada umum agar mereka mengenali golongan itu, jika tidak nama-nama itu tidak akan dikenali.

Teater tersebut diarah Dinsman, pementasan Sani Sudin dan pencerita Bob Lokman.

Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan lain-lain jemputan.

Sementara itu, Norhisham Mustafa dianugerahkan Tokoh Persuratan Kelantan, allahyarham Ustaz Buniyamin Yaacob sebagai Tokoh Pemidato.

Sementara itu, seramai 27 orang lagi para karyawan dan penulis Kelantan menerima penghargaan dari kerajaan negeri Kelantan.

Antaranya, Mohd Sayuti Omar, Rosidi Semail (Rossem), Wan Aisyah Wan Nawang, Wadi Leta SA, Rosli K Matari, Abham TR, Abdul Hadi Yusof, Meriam Awang Lah, Mohd Ubaidillah Alias dan lain-lain lagi.

Kerajaan akan tumbang bila tiba ajalnya

Harakahdaily, 17 Mac 2013
KUALA TERENGGANU: Sesebuah kerajaan itu pasti berakhir apabila sampai masanya sebaliknya akidah Islam akan terus berkembang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus kelmarin, beliau berkata, PAS yakin Islam yang diperjuangkan parti itu akan kekal.

"Setiap kerajaan itu ada tempoh masanya, ada ajalnya, sampai umur akan mati, walau pun dijaga dengan rapi, kerajaan ini sampai masanya akan jatuh, walau pun mereka mempertahankan dengan habis-habisan, habis tenaga, habis kekuatan, habis kewangan, apabila sampai masanya dia akan tumbang.

"Kita (PAS) yakin akan diberi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah dan Nabi (Muhammad SAW) telah mengingatkan kepada kita, Islam akan berkembang dimana sahaja adanya matahari dan bulan," katanya.

Menurut beliau, PAS tidak memberikan wang ringgit kepada rakyat agar mereka mengundi PAS seperti yang dilakukan oleh Umno BN sebaliknya PAS memberikan keyakinan serta menanmkan akidah ke dalam hati rakyat.

Oleh itu, katanya, PAS tidak gentar dengan persiapan yang dilakukan oleh musuh dalam menghadapi PRU 13.

"Sebab itu kita tidak gentar dan takut dengan persiapan oleh lawan kita, setiap kali kita menghadapi pilihanraya bukan dengan kewangan yang cukup, tetapi kita berbeza dengan mereka,

Mereka bagi duit, duit akan habis, kita tak bagi duit (tapi) kita bagi idea, bagi pandangan, mantap akidah (dan) keyakinan (kerana) sebanyak mana kita beri pun (modal) kita tak habis, tidak akan habis apa yang kita sampaikan,"ujarnya.

Ekspo Kelantan 2013 'bawa' Kelantan ke KL

Harakahdaily Foto: Zam Zamani, 17 Mac 2013
SHAH ALAM: Ekspo Kelantan 2013 yang belangsung di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini sejak kelmarin antara lain berobjektifkan mahu 'membawa' Kelantan ke ibu negara.

Dengan kata lain, expo ini sebagai langkah kerajaan negeri mengetengahkan bukan sahaja budaya, malah keseluruhan tentang negeri ini termasuk ekonomi, pembangunan dan sosial kepada masyarakat di luar Kelantan.

Melalui ekspo ini juga, masyarakat luar Kelantan boleh mengenali wajah sebenar Kelantan yang mungkin berbeza dengan apa yang pernah mereka dengar dan lihat melalui laporan akhbar dan media arus perdana.

Dalam ekspo ini sebanyak 80 gerai pameran dan jualan disediakan untuk pengunjung.

(Ribuan hadirin mendengar uacapan perasmian TG Nik Aziz malam tadi)

Pameran utama pula melibatkan agensi dan jabatan di bawah kerajaan negeri, syariakt berstatus korporat Kelantan dan juga promosi jualan produk usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kelantan.

Expo ini juga turut menyajikan maklumat berkenaan perkembangan Islam di Kelantan disamping, promosi pelancongan dan pesta makanan tradisional kebanggan negeri itu.

Selain pameran, persembahan kesenian kebudayaan Kelantan turut disajikan kepada pengunjung.

Antaranya, pertunjukan Silat Tongkat, permainan Gasing Terbang, persembahan Dikir Barat serta permainan yang sedang berkembang di Kelantan iaitu kapal terbang kawalan jauh.
Malam tadi pula berlangsungnya acara perasmian program itu oleh Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan kehadiran ribuan pengunjung memenuhi ruang khemah dan sekitar perkarangan Karangkraf di sini.


(TG Nik Aziz menandatangani kad keahlian The Red Warriors Kuala Lumpur dengan nombor keahlian 55)

Tuan Guru juga turut dibawa melawat booth pameran dan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat yang hadir.

Turut hadir pada majlis malam tadi exco-exco kerajaan negeri yang lain, wakil kerajaan negeri Selangor Dr Abdul Rani Osman serta wakil PAS Pusat Dr Hatta Ramli

Expo kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) dan Karangkraf ini bagaimanapun bakal melabuhkan tirai hari ini.

 

Rakyat Kedah tuntut BN pulangkan duit rakyat RM403 juta

http://kedahla.blogspot.com, 17 Mac 2013

Saturday, March 16, 2013


Rakyat Kedah tuntut BN pulangkan duit rakyat RM403 juta


Laporan & Foto: Pak Dee Jantan

Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah - Bongkar 403 Juta mendesak BN Kedah membayar balik duit rakyat sebanyak RM403 juta sebelum Parlimen dibubarkan. Tuntutan itu dinyatakan dalam suara kebangkitan 30 ribu rakyat Kedah yang berhimpun di sekitar Star Walk, Bandaraya Alor Setar bermula jam 2.00 petang tadi.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu hadir mengepalai kesemua kepimpinan negeri Kedah hadir menyampaikan pidato masing-masing. Semuanya berucap penuh semangat, mengajak rakyat jangan lagi memberi peluang untuk BN berkuasa sama ada di Negeri atau Pusat kerana langkah tersebut akan menjahanamkan masa depan rakyat lantaran menyerahkan negeri atau negara kepada para perasuah dan 'perompak' wang rakyat.

Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, himpunan serupa itu akan diadakan di Selatan Kedah pula dan tarikh serta tempat akan diberitahu kemudian. Kehadiran begitu ramai rakyat Kedah 'menawan' Bandaraya Alor Setar untuk menzahirkan bantahan terhadap BN yang telah menjahanamkan wang rakyat semasa berkuasa dahulu membayangkan bahawa majoriti rakyat negeri ini tidak bersedia sama sekali untuk menyerahkan negeri ini kepada BN dalam PRU13 nanti.








Tiada ulasan: