Selasa, 19 Mac 2013

TAKUT TU LAIN...BENCI TU LAIN...MELUAT TU LAIN...YANG LEBIH TU MUNGKIN MELUAT

Panas : Rahsia Menjayakan Fitnah Porno
Posted on Monday, March 18 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: MaZaShah

"Anda harus ingat kerajaan yang sudah lebih 50 tahun berkuasa tidak akan mudah untuk menyerahkan kuasanya. Apa sahaja sanggi dilakukannya! Tepuk dada tanya selera.

Rahsia Menjayakan Fitnah Porno

Menarik tetapi tidak memeranjatkan bagi mereka yang sudah lama berkecimpung di dalam industri ini, 'makeup artis'. Ya, dengan wang ringgit yang mencukupi, anda mampu mengubah seseorang menjadi siapa sahaja yang anda inginkan! Disini ada beberapa contoh kaedah yang boleh digunakan.

SOLEKAN

Mahatma Ghandi

Sebagai contoh, Ben Kingsley, seorang pelakon berkulit putih, berjaya melakonkan watak Mahatma Ghandi, dari segi fizikal dan sebagainya. Ia hanya dilakukan dengan solekan. Melalui solekan Ben Kingsley mampu menjadi seorang yang bernama "Mahatma Ghandi". Menarik bukan?

Ben Kingsley


Abraham Lincoln

Jika anda inginkan wajah seperti Abraham Lincoln sekalipun, tiada masalah. Ini kerana, seorang makeup artist terkenal, Kazuhiro Tsuji mampu menukar wajah seorang supermodel, Chris Walker menjadi bekas Presiden Amerika. Menarik bukan? Klik disini Video Makeup oleh Kazuhiro Tsuji.

Ini pula Daniel Day Lewis watak filem Abraham Lincoln
Wajah asal Daniel Day Lewis


'IMPERSONATOR'

Tahukah anda apa itu 'impersonator'? 'Impersonator' bermaksud seseorang meniru gaya seseorang untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh hiburan, bagaimana pelakon-pelakon disolek menjadi seorang individu yang lain.

Di dalam dunia 'ketenteraan' dan 'politik', istilah 'decoy' sangat popular. Ia bermaksud seseorang 'menyamar' menjadi seseorang yang lain untuk tujuan keselamatan dan sebagainya.

Uday Hussien (Anak Lelaki Saddam Hussien)

Tahukan anda hidup Latif Yahya, seorang Arab berketurunan Iraq terpaksa merana sewaktu kehidupannya. Ini kerana beliau dipaksa untuk menjadi 'anak' sulung Saddam Hussien iaitu Uday Hussein. Latif Yahya digunakan untuk menghadiri majlis-majlis yang berisiko, kerana diketahui umum Uday Hussein tidak disukai kebanyakkan penduduk Iraq. Latif Yahya telah ditalith selama 6 bulan untuk meniru gaya cakap dan pertuturan Uday. Beliau jugak melalui beberapa pembedahan supaya wajah beliau saling tidak tumpah seperti Uday Hussien. Menarik bukan?

Here you can see the uncanny resemblance that existed between Uday Hussein and his body double, Latif Yahia. This similarity was aided by cosmetic surgeries and years of intensive trainning in how to impersonate the dictator's eldest son. PHOTO MERITUM MEDIA

'LOOK-ALIKE'

Ia bermaksud seseorang menyerupai iras-iras yang hampir sama dengan individu lain. Di dalam budaya barat, 'look-alike' sering dikaitkan dengan selebriti, ahli politik dan golongan raja.

Saddam Hussien

Mohamed Bishr dari Mesir mempunyai muka seiras-iras Saddam Hussien. Menyebabkan beliau telah dipukul dan hampir diculik kerana engan untuk membintangi sebuah filem.

Mohamed Bishr


George W. Bush

Brent Mendenhall dikenali sebagai George W.Bush di Amerika Syarikat kerana rupa gaya fizikalnya saling tak tumpah seperti bekas Presiden Amerika tersebut.

Brent Mendenhall
Banyak lagi contoh yang termampu untuk ditulis. Bersangkalah baik dan anda juga harus ingat kerajaan yang sudah lebih 50 tahun berkuasa tidak akan mudah untuk menyerahkan kuasanya. Apa sahaja sanggi dilakukannya! Tepuk dada tanya selera.

dipetik dari http://bangsarakyat.blogspot.com"


Mayat peguam DCNS, syarikat pembuat Scorpene ditemui terapung
Posted on Monday, March 18 @ 22:46:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh NS

KUALA LUMPUR 18 MAC: Peguam Perancis, Oliview Metzner, yang mewakili firma pertahanan DCNS dalam inkuiri kehakiman kes Scorpene, ditemui mati didakwa sebagai kes bunuh diri.
Inkuiri kehakiman itu dimulakan oleh NGO hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).


Mengikut BBC News Europe, mayat Metzner (gambar) ditemui terapung di lautan berhampiran pulau peribadinya di Brittany, barat laut Perancis.
Dilaporkan, polis menemui satu nota bunuh diri.
Metzner mewakili kepentingan dalam DCNS – syarikat menjual dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia sedekad lalu.
Suaram memfailkan siasatan kehakiman kepada mahkamah Perancis pada 2009 berhubung kemungkinan wujudnya rasuah dalam perjanjian Scorpene.
Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.
terapungSkandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh secara kejam mengguna peledak C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.
Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.
Balasubramaniam bagaimanapun meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan jantung.
Siasatan mendapati Gifen – sebuah subsyarikat kepada DCNS berpangkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47704

 Bagaimanakah Ghibah (Umpatan) Yang Diperbolehkan?
Posted on Tuesday, March 19 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: al-bahanj

"GHIBAH atau MENGUMPAT adalah suatu perbuatan HARAM yang dilarang keras oleh agama Islam. Kita mesti menjauhinya sedaya upaya supaya kita terselamat dari api neraka. NAMUN, di sana ada beberapa kelonggaran yang mana perbuatan ghibah dibenarkan dan bersyarat. Bagaimanakah keadaan tersebut?

Bagaimanakah Ghibah (Umpatan) Yang Dibenarkan?

Oleh: Shahmuzir

Kita sangat dilarang dari melakukan ghibah (umpatan) kepada manusia lain. Ada banyak nas yang melarang kita dari terlibat melakukan ghibah dan menyuruh kita agar menjaga sungguh-sungguh akan lidah kita. Definisi ghibah dan contoh-contoh nas yang menyebut tentangnya boleh dibaca di sini, in shaa’ ALLAH:

Namun, ghibah diperbolehkan jika di sana terdapat keperluan yang mana ghibah terpaksa dilakukan dengan tujuan yang dibenarkan syara’. Hal ini telah dicontohkan oleh para sahabat dan juga oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam sendiri. Berikut adalah beberapa hadith yang telah disusun oleh al-Imam an-Nawawi di dalam Riyadhus Solihin dalam tajuk ‘Ghibah Yang Diperbolehkan’:

1. Dari `A’isyah radhiAllahu `anha bahawasanya ada seseorang meminta izin kepada Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, kemudian Baginda bersabda:
“Berilah izin untuknya, dia adalah orang yang sangat jahat dari kabilahnya/kaumnya.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)
2. Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
“Aku tidak mengira sedikit pun kalau si fulan dan si fulan itu mengetahui tentang agama kita.”

(HR al-Bukhari)

Laits bin Sa`ad iaitu salah seorang perawi hadith ini mengatakan: “Kedua-dua orang tadi (yang disebutkan oleh Nabi dalam hadith di atas) adalah orang-orang munafiq.”
Hadith 1 dan 2 di atas adalah mengenai perbuatan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang melakukan ghibah (mengumpat) dengan tujuan supaya orang lain berwaspada terhadap kata-kata dan perbuatan individu-individu yang dimaksudkan oleh Baginda. Supaya tidak tertipu atau termudharat oleh mereka.

3. Dari Fatimah binti Qais radhiAllahu `anha berkata:
“Saya datang kepada Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan berkata: Sesungguhnya saya telah dilamar oleh Abul-Jahmi dan Mu`awiyah.”

Kemudian Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Adapun Mu`awiyah maka dia adalah orang miskin yang tidak mempunyai harta kekayaan, dan Abul-Jahmi maka dia tidak pernah menaruh tongkat dari bahunya (yakni dia seorang yang suka memukul).”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Muslim dikatakan: “Adapun Abul-Jahmi maka dia adalah orang yang suka memukul wanita.”
Hadith ini menceritakan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pernah memberikan nasihat kepada Fatimah binti Qais apabila beliau bertanya mengenai lelaki-lelaki yang datang melamarnya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa dibenarkan untuk kita menceritakan mengenai aib seseorang jika diminta nasihat kepada kita seperti perihal memilih pasangan, memilih rakan kongsi perniagaan dan sebagainya. Tujuannya mestilah untuk menasihat, bukan untuk memalukan atau menelanjangkan aib seseorang.

4. Dari Zaid bin Arqam radhiAllahu `anhu berkata:
“Ketika kami berada dalam perjalanan bersama Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, tiba-tiba rombongan itu mendapat kesusahan. Kemudian `Abdullah bin Ubay berkata: “Janganlah kamu sekalian membantu orang-orang yang bersama Rasulullah sehingga mereka meninggalkan tempat ini.” Dan katanya: “Seandainya kami telah sampai kembali di Madinah nescaya orang-orang yang mulia itu akan mengusir orang-orang rendahan.”

Kemudian saya datang kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan menyampaikan hal itu kepada Baginda, Baginda lantas mengutus seseorang untuk memanggil `Abdullah bin Ubay, tetapi dia tidak mengaku terhadap apa yang telah diperbuatnya dan dia menguatkan pengakuannya itu dengan sumpah, sehingga orang-orang di situ berkata: “Zaid telah berdusta kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.”

Maka betapa sedihnya hatiku di dalam menanggapi apa yang mereka katakan sehingga akhirnya ALLAH Ta`ala menurunkan wahyu kepada NabiNYA untuk membenarkan saya, iaitu yang berbunyi: إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ dan seterusnya (surah al-Munafiquun). Kemudian Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam memanggil orang-orang tadi agar mereka mahu memohon maaf, tetapi mereka memalingkan kepala mereka.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)
Hadith ke-4 ini mengisahkan perbuatan Zaid bin Arqam yang melakukan ghibah (umpatan) terhadap `Abdullah bin Ubay yang mempunyai perancangan buruk kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. `Abdullah bin Ubay merupakan seorang yang munafiq, iaitu pada zahirnya dia Islam tetapi hatinya sentiasa memusuhi Islam. Orang seperti ini ada dalam masyarakat umat Islam sejak dahulu hingga sekarang dan sentiasa merancang merosakkan perancangan umat Islam. Kita mesti selalu berhati-hati dengan golongan seperti ini. Perancangan jahat mereka tidak boleh didiamkan, malah mesti dilaporkan dan didedahkan kepada pihak berkenaan bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan umat Islam.

5. Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata:
“Hindun iaitu isteri kepada Abu Sufyan berkata kepada Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam: “Sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang suami yang kikir. Dia tidak pernah memberikan belanja yang cukup bagi saya dan anak saya kecuali apabila saya mengambil tanpa pengetahuannya.”

Baginda bersabda: “Ambillah belanja yang cukup untuk kamu dan anakmu dengan cara yang baik.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)
Hadith ke-5 ini pula adalah mengenai perbuatan Hindun yang mengadu kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dengan menyebut nama dan sifat kedekut suaminya yang bernama Abu Sufyan. Ghibah yang sebegini dibenarkan dengan niat untuk membuat pengaduan dan nasihat kepada pemimpin atau orang yang mampu memberikan nasihat atau penyelesaian.

Enam (6) Situasi Dibenarkan Ghibah Berdasarkan hadith-hadith sahih di atas, para ulama telah sepakat bahawa terdapat enam (6) situasi kita dibenarkan untuk melakukan ghibah. Enam (6) keadaan tersebut ialah:
  1. Dalam hal penganiayaan. Orang yang dianiaya itu boleh mengadukan mengenai orang yang menganiayanya kepada penguasa atau orang yang mempunyai kuasa atau kemampuan untuk menyedarkan atau mengadili tindakan aniaya itu. Misalnya orang yang dianiaya itu mengatakan: “Si fulan menganiayai saya begini dan begitu.”

  2. Dalam hal meminta tolong untuk melenyapkan kemungkaran dan untuk menegur orang yang berbuat kemaksiatan, misalnya seseorang berkata kepada orang yang diharapkan dapat melenyapkan kemungkaran tersebut dengan berkata: “Si fulan berbuat kemungkaran. Tolonglah buat sesuatu.” dan lain-lain ucapan seumpamanya dengan maksud untuk melenyapkan kemungkaran. Seandainya tidak dengan maksud untuk melenyapkan kemungkaran maka hal itu tidak dibolehkan.

  3. Dalam hal meminta nasihat. Misalnya ada seseorang berkata kepada orang lain yang dianggap boleh memberikan nasihat: “Saya diperlakukan begini oleh ayah saya, atau saudara saya, atau pasangan saya, atau oleh si fulan, lalu bagaimanakah sebaiknya saya lakukan? Apakah nasihat anda kepada saya? Apakah hukumnya mereka melakukan begitu kepada saya?”. Yang terbaik ialah tidak perlu menyebut nama atau hubungan mereka dengan kita, contohnya: “Bagaimanakah pendapat anda jika seorang suami melakukan begini dan begitu kepada isterinya?” Dengan cara begini, maksudnya tercapai juga walaupun tidak menyebut nama orang tersebut atau menyebut hubungan dia dengan kita. Namun, jika mahu menyebut juga, masih dibenarkan.

  4. Dalam hal memberikan peringatan atau nasihat kepada kaum muslimin agar tidak terjerumus ke dalam kejahatan. Contohnya menyebut cacat dan aib para periwayat hadith dan para saksinya supaya riwayat tersebut diketahui akan statusnya lalu tidak disebarkan secara tanpa hak. Contoh yang lain adalah seperti ketika bermesyuarat, memilih pasangan atau besan, memulakan kerjasama/perniagaan, memilih jiran tetangga dan seumpamanya. Tujuan ghibah mestilah dengan sebab ingin memberikan peringatan atau nasihat supaya kemudharatan atau keburukan dapat dicegah.

  5. Dengan berterus-terang menegur kefasikan seseorang seperti kepada orang yang meminum minuman keras, orang yang merampas harta orang lain, orang yang menerapkan kebatilan dan lain-lain kemaksiatan. Dalam hal ini seseorang boleh berterus terang menegur tindakannya yang tidak benar itu, tetapi tidak boleh mendedahkan aib yang lain yang tidak berkaitan.

  6. Dalam hal memberikan pengertian atau kejelasan, misalnya ada seseorang yang lebih dikenali dengan gelaran ‘si buta’, atau ‘si tuli’, atau ‘si bisu’ dan sebagainya. Dalam hal ini seseorang boleh menyebutnya dengan gelaran itu, tetapi kalau dengan maksud mengejek atau menghina maka diharamkan. Dan kalau boleh, hindarilah gelar-gelar semacam itu.
Itulah enam (6) situasi yang dibenarkan kita melakukan ghibah. Sebaik-baiknya janganlah melakukan ghibah (umpatan) kerana ia boleh menjerumuskan kita kepada kehancuran dunia dan akhirat. Namun, jika di sana ada keperluan dan ditimbang keperluan itu dengan halal dan haram, manfaat dan mudharat, mudharat kecil dan mudharat besar, maka bolehlah melakukan ghibah.

Semoga tulisan ini bermanfaat buat kita semua, in shaa’ ALLAH. Semoga ALLAH Ta`ala mengampunkan dosa-dosa kita. Hidayah dan taufiq ALLAH lah kita dambakan, amin…

- muzir.wordpress.com


**SUMBER: muzir.wordpress.com"



 Betul ke Pendirian Dr Asri ini?
Posted on Tuesday, March 19 @ 08:02:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh FH
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan pendiriannya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti adalah kerana tidak mahu berpihak kepada mana-mana parti agar beliau dapat memberi sumbangan dari segi pandangan dan pemikiran yang bebas daripada ikatan kepartian.

Aku tak tahu kitab mana, ulama mana rujukan bekas Mufti ini bahawa jika ada usaha menegakkan perjuangan Islam dan menjatuhkan kerajaan zalim kita boleh berlapang dada dengan alasan tidak mahu berpihak?


Bekas Mufti ini ada berkata "Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi keperluan yang lebih adil terhadap pasca PRU-13 yang dilihat sebagai satu landskap politik paling penting."

Aku jugak tak faham istilah adil yang dimaksudkannya. Adil ke tidak berpihak.. lebih mudah untuk bahasa kampung ADIL ke kalau kita tak mengundi bagi menujukkan sikap tak berpihak kita untuk landasan politik??

Bengong kepala aku memikir cara berfikir bekas mufti ini.

Katanya lagi "Tidak semua orang mampu menjadi wakil rakyat. Saya mungkin ada pandangan saya sendiri untuk tidak menjadi wakil rakyat."

Habis calon-calon PAS yang selama ini semuanya rasa dirinya layak ke? Saidina Abu Bakar pun rasa di tak layak jadi Khalifah.. Ini pun buat aku pening berfikir.

Good bye Asri!!!




 
Bengang ceramahnya diganggu ahli PKR, Zul Nordin sindir samseng UMNO. (Video)
Posted on Tuesday, March 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh AnakSgDerhaka
Berikutan dengan kebodohannya sendiri yang menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah (baca sebagai fitnah) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam ceramahnya telah diminta dihentikan oleh penduduk tempatang dan juga ahli-ahli PKR Permatang Pauh.

Kumpulan berkenaan memasuki kawasan sekolah tersebut untuk menghentikan acara berkenaan yang memfokuskan isu pencerobohan Lahad Datu dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Mereka membantah ceramah berbentuk politik itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah tersebut memandangkan premis seperti itu tidak boleh digunakan oleh ahli politik. Ratusan penyokong berkenaan, termasuk ketua AMK negeri Amir Ghazali, berhimpun di sekeliling kawasan sekolah sejak jam 9 malam, namun dihalang kira-kira 100 orang polis yang berkawal.

AMK Pulau Pinang melalui kenyataan media oleh Naib Ketua Angkatan Muda, Dr. Afif menganggap kekecohan tercetus kerana tindakan penganjur yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat terutamanya di Taman Guar Perahu dan Penanti..

Atau dalam lain ayat ‘Tak Reti Bahasa’ ataupun boleh juga dianggap sebagai ‘Buta Perut’.. sila baca di ( SINI )

Memang.. ramai yang berpendapat tindakan menganggu upacara menyebar fitnah ini adalah sesuatu yang tidak wajar... tetapi kadang kala kita juga perlu bersikap kurang ajar untuk mengingatkan puak-puak yang sememangnya bebal ini..

Bengang dan geram bilamana ceramahnya ( baca sebagai fitnah ) diganggu dan beliau diusir keluar Zulkifli Nordin memberikan komen dengan mengenepikan otaknya untuk berfikir pihak manakah yang lebih terasa dengan komennya itu..

Katanya “Sebenarnya golongan pembangkang yang cuba membuat provokasi dan kekecohan ini semalam sebenarnya takut dengan kebenaran yang dibongkarkan..”

Beliau turut memberi contoh bahawa Rasulullah S.A.W ketika membawa risalah kebenaran agama Islam kepada kaumnya pun dulu diganggu oleh Abu Jahal,dibuat bising,disorak-sorak dan sebagainya.

Taktik yang sama golongan ini guna untuk mengganggu akan kebenaran yang ingin disampaikan kepada rakyat… tambahnya lagi..

Marahkan PKR tapi dia dah sindir samseng-samseng UMNO sendiri..

Di bawah ini ialah satu dari berpuluh-puluh video yang merakamkan tindakan samseng-samseng UMNO ala Abu Jahal sepertimana yang dikatakan oleh Zul Nordin itu..



Dalam insiden ini seorang penyokong Pakatan Rakyat telah cedera dikepala terkena lontaran batu dari samseng UMNO.. sama denganapa yang puak Abu Jahal lakukan iaitu melontar batu bagi menghalang kebenaran disampaikan.. lihat laporannya di ( SINI )

Dalam kejadian di Penanti itu juga telur-telur telah dilontarkan kearah Zulkifli Nordin.. dan perlu diketahui bahawa kaedah ini telah diperkenalkan oleh samseng-samseng UMNO di ( SINI )

Ini video alasan yang diberikan oleh Zulkifli Nordin untuk cover malu bila dihalau keluar dari Permatang Pauh semalam..



Jika dengan hanya satu insiden ceramahnya diganggu oleh penyokong PKR.. penyokong-penyokong PKR yang menganggu upacara menyebar fitnahnya dianggap sebagai Abu Jahal..

Samseng-samseng UMNO pula nak digelarkan apa pula?

Dua video dari tempat kejadian sila lihat di ( SINI )

Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com



Biadap sungguh cina Guan Eng neh...
Posted on Tuesday, March 19 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: paklongdin

"Salam semua...

Biadap betoi, tu ja yang Pak Long boleh kata... Mendidih dada Pak Long, menggelegak darah panglima Pak Long bila terbaca email dari kawan Pak Long neh.

Dia yang memang anak jantan asli merayu sungguh-sungguh bantuan dari semua masyarakat Islam Malaysia khasnya. Dia dah sampai maqam melugai, menyampah, meloya dan meluat nak mampuih dengan cina-cina DAP terutama sekali si Guan Eng tuh...

Kesian jugak Pak Long baca rungutan dia neh... Hangpa baca sendiri la, Pak Long pun tak tau nak cerita lelebih. Siap la sapu tangan ka atau tisu buang sekotak dua habuan nak lap ayaq hidung... kesian...!!

Salam Pak Long Din,

Sebagai sorang warga bumiputra Islam Pulau Pinang yang perihatin, saya amat berharap sangat Mak Long ngan Pak Long tolong cheq war-warkan kat semua warga Islam Malaysia khasnya tentang kesengsaraan masyarakat Islam Pulau Pinang yang kini merana ditindaih oleh cina-cina DAP yang menguasai kerajaan negeri sekarang neh...

Wahai orang-orang Islam di seluruh Malaysia khasnya, tolong kami dan bantulah kami... Kami sedang di tindaih oleh DAP/PR di Pulau Pinang... ca hangpa tengok apa yang kerajaan Umno/BN bantu kami dulu.... dan bandingkan pulak dengan apa yang kerajaan DAP/PR buat sekarang...

DAP telah dan sedang menindaih kami masyarakat Islam Pulau Pinang tanpa belaih ehsan langsung...

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ............. RM25.7 juta

Tahun 2009 (PR)............... RM33.2 juta

Tahun 2010 (PR)............... RM38.9 juta

Tahun 2011 (PR)............... RM45.7 juta

Tahun 2012 (PR)............... RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN).............. RM659,000.00

Tahun 2009 (PR)............... RM879,000.00

Tahun 2010 (PR)............... RM913,200.00

Tahun 2011 (PR)............... RM900,000.00

Tahun 2012 (PR)............... RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............. TIADA

Tahun 2009 (PR)............... RM1.50 juta

Tahun 2010 (PR)............... RM1.75 juta

Tahun 2011 (PR)............... RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN).............. TIADA

Tahun 2009 (PR)............... RM75,000.00

Tahun 2010 (PR)............... RM100,000.00

Tahun 2011 (PR)............... RM130,000.00

5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN).............. TIADA

Tahun 2009 (PR)............... RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri...

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN).............. TIADA

Tahun 2009 (PR)............... RM100,000.00 setahun...

*FAKTA DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Sedihkan...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/"



Ha! Lidah Mahathir dah berbelit!
Posted on Tuesday, March 19 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,

Khamis lalu,Mahathir mengesa kerajaan menghapus kampung air di Sabah, petang tadi ketika menjawab soalan wartawan, Mahathir berkata kampung air tidak dihapuskan ketika dia menjadi PM kerana takut penduduknya memberontak.

Mahathir mengakui penduduk kampung air terdiri dari orang "luar"(merujuk kepada pendatang Sulu)."Kalau kita cuba pada masa itu mereka akan memberontak.Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada orang luar juga.Kita tak mahulah ada banyak masalah tanpa ada sebab,katanya lagi.

Tetapi Mahathir tidak pula menyatakan dengan apa mereka akan memberontak dan bagaimana kekuatan pasukan keselamatan kita sehingga tidak dapat membendung pemberotakan itu, sedangkan polis merin saban hari menentang lanun Sulu. Kalau dulu Mahathir bimbang mereka memberontak,apakah kali ini mereka tidak akan memberontak?.

Sedangkan Mahathir mengakui, ia boleh digunakan untuk pencerobohan asing selain menyumbang kepada pencemaran.Kalau sekarang ia digunakan untuk pencerobohan, bagaimana ketika Mahathir menjadi PM? Tidak ada pencerobohan ker?

Mahathir menyarankan penempatan semula penduduk perkampungan air itu boleh dilakukan kerajaan selepas kerajaan mengenal pasti mereka yang merupakan warganegara, warga asing serta mereka tanpa dokumen pengenalan diri.

Kenapa baru sekarang, kenapa Mahathir tidak melakukan dulu.Dengan alasan takut mereka memberontak, sedangkan kita ada anggota polis yang boleh menangani pemberontakan malah ketika pemberontakan kominispun kita tetap mampu menempatkan semula penduduk ditepi hutan. Jadi kenapa takut mereka memberontak menjadi alasan mahathir tidak menghapuskan kampung air?

Mahathir menyembunyikan sesuatu.Sesuatu yang menyebabkan rakyat membayar harga yang mahal.Mahathir sebenarnya yang menyebabkan tumbuhnya kampung air dengan banyak di Sabah.Di kampung air inilah Mahathir mendapat ramai pengundi baru dari Sulu, Filipina.

Lidah Mahathir terbelit ketika wartawan bertanyakan demikian, Mahathir terpaksa berbohong dengan alasan yang kelakar giler, kenapa Mahathir takut dengan pendatang haram Sulu yang tinggal di kampung air sedangkan dengan rakyat sendiri mahathir begitu berani?Polis tidak digunakan kepada pendatang Sulu tetapi digunakan semaksima mungkin untuk mengayang rakyat yang berkumpul untuk refomasi.

Ahkhirnya, segala kesukaran dan risiko yang ditanggung pasukan keselamatan di Sabah hari ini berpunca dari kerja tangan Mahathir sendiri dan Mahathir bersungguh sungguh menutupnya sehingga berbelit lidahnya."

Tiada ulasan: