Sabtu, 23 Mac 2013

SEBENARNYA DAH MEROSOT...CUMA MASIH CAKAP GAH LAGI...INGATLAH MATI...SEDANGKAN SEMASA HIDUP BANYAK BUAT DOSA

Anwar yakin dia disasarkan dengan dakwaan kes Sulu

Harakahdaily, 23 Mac 2013

(Anwar bergambar dengan crew Treler Demi Rakyat selepas melancarkannya. Dengan ini ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai treler masing-masing menjelang pilihan raya umum ke 13 ini)

SELAYANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib  dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang.

Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam ini.

Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah.

Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

"Ini dakwaan ada orang bayar ni. Ini semua pelan Najib untuk mendakwa saya," kata Anwar dalam ceramah itu.

(Sebahagian orang ramai yang memenuhi Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri)

Menurut Anwar, bayang-bayang mengenai perkara ini sudah disebut sebelum ini lagi apabila beberapa pemimpin Umno mula mendakwa beliau di belakang kemasukan tentera kesultanan Sulu ini.

"Mereka nak dakwa ke, mereka nak tangkap ke, kita akan tetap lawan untuk tumbangkan Umno dalam pilihan raya ini," kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Bahkan katanya, dia menyanyi lagu 'Sabah nak hilang' pun dikaitkan sebagai bukti beliau mengarahkan orang serang Sabah.

Lebih 10,000 berhimpun di pusat rekreasi Bandar Tasik Puteri itu untuk mendengar ucapan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Antaranya Zaidi Talib YDP PAS Selayang, Syamsul Iskandar Ketua Pemuda PKR serta Zuraidah Kamarudin Ketua Wanita PKR.

Sempena himpunan kali ini, Anwar juga turut melancarkan 'Treler Demi Rakyat' yang seakan-akan sama dengan Treler Negara Berkebajikan PAS.

"Saya yakin treler atau lori lebih kuat untuk menahan batu dari pencacai Umno," kata Anwar merujuk kepada bas  PKR sebelum ini yang pecah cerminnya selepas dibaling batu di Melaka.

Perkampungan air: Jangan hirau nasihat Mahathir

Aspan Alias, 22 Mac 2013
Kebelakangan ini terdengar suara-suara yang mendesak supaya perkampungan air di Timur Sabah itu dirobohkan kerana ia boleh menggugat keselamatan dan kerosakan sosial masyarakat dan negara. Antara yang meminta rumah perkampungan air itu dirobohkan ialah Dr Mahathir Mohamad dan bekas Pengarah Akademi Imigresen, Encik Shahul Hamid baru-baru ini.

Shahul Hamid telah meminta supaya disegerakan tindakan merobohkan perkampungan air itu kerana perkampungan itu telah dimasuki pendatang haram yang tidak disedari oleh pihak berkuasa kita. Perkampungan ini juga telah dikatakan memberikan masalah kerana berlaku perkahwinan campur di antara rakyat tempatan tanpa diketahui dan pendaftaran yang betul dengan kerajaan kita.

Perkampungan air ini juga mengakibatkan masalah sosial yang tidak terkawal dan tiada jalan lain selain daripada merobohkan perkampungan itu serta-merta. Pandangan ini adalah lanjutan daripada kemasukan pengkhianat-pengkhianat dari luar dan kejadian di Lahat Datu dan Semporna itu dipermudahkan oleh perkampungan air ini.

Dr Mahathir menganggap perkampungan air ini telah merosakkan pemandangan selain daripada banyak isu keselamatan yang menyelubungi kawasan kampung air itu. Tindakan merobohkan perkampungan itu sememangnya tindakan yang mudah, tetapi itu merupakan tindakan yng tidak holistik dan pandangan orang suntuk pemikiran.

Adalah lebih molek jika keadaan buruk itu diambil kesempatan oleh kerajaan dengan meningkatkan tahap dan taraf perkampungan air itu menjadi kampung air yang tersusun dan ia mungkin boleh dijadikan produk pelancongan yang baik untuk Sabah dan negara.

Dalam tahun lima puluhan dahulu kerajaan kita menghadapi ancaman komunis yang berselerak di kawasan hutan di Pahang dan negeri-negeri yang lain. Hutan kita didiami oleh pengganas-pengganas komunis kerana pada zaman itu adalah zaman darurat.

Tetapi Tunku Abdul Rahman menjadikan tempat persembunyian pengganas itu sebagai tempat untuk dimajukan dan itulah pencetus kepada penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) sekarang Felda. LKTP diwujudkan pada tahun 1956 untuk mengambil kesempatan daripada pelan menghapuskan pengganas yang tinggal di hutan rimba kita itu dengan memberikan rakyat tanah kepada yang tidak bertanah.

Tunku telah membuka hutan belantara yang luas untuk menghapuskan komunis. Tunku mengambil kesempatan itu dengan memberikan tanah hutan belantara itu kepada LKTP dan memasukkan peneroka-peneroka tanah dan dibangunkan menjadi tanah rancangan yang tersusun. Tunku telah berjaya membersihkan negara daripada ancaman komunis dengan memberikan tanah kepada peneroka-peneroka LKTP itu. Sekarang rancangan tanah itu telah menjadi besar dan merupakan ‘plantation’ yang terbesar di dunia ini dengan nama baru iaitu Felda.

Pengwujudan Felda itu merupakan sumbangan besar terhadap menghapuskan komunis selain daripada usaha-usaha keselamatan yang lain. Perkembangan Felda itu sangat berjaya sehinggakan ramai pemimpin kerajaan yang berniat serong ingin menggunakan Felda itu sebagai tempat meraih keuntungan peribadi yang besar.

Penyelesaian terhadap masalah kampung air di Sabah itu juga boleh dilakukan dengan membina kembali struktur perkampungan itu dengan baik dan diurus dengan serius untuk membina satu masyarakat perkampungan air yang tersusun. Tetapi selama ini rakyat di tempat seperti ini tidak mendapat perhatian kerajaan sehinggakan tempat ini telah didiami oleh setengah pendatang asing dan berbagai jenis manusia yang membahayakan negara.

Jangan kita dengar nasihat Dr Mahathir dengan merobohkan perkampungan itu. Perkampungan ini boleh ditambah-baik dengan tumpuan diberikan oleh kerajaan. Perkampungan air ini mungkin boleh dijadikan produk pelancongan yang baik dengan rumah yang tersusun dan dipantau oleh majlis tempatan seperti yang dilakukan terhadap penduduk lain di daratan.

Rumah-rumah perkampungan air ini mungkin boleh dibina semula secara tersusun siap dengan bekalan air bersih dan bekalan elektrik seperti rakyat lain. Jika selama ini kita ada rumah murah dan mampu milik kepada masyarakat lain, elok jika kerajaan membina rumah-rumah yang mampu milik dan tersusun bagi masyarakat perkampungan air juga.

Alasan kerana keselamatan negara itu tidak relevan kerana di taman-taman perumahan yang mewah-mewah itu juga didiami oleh penjenayah-penjenayah negara yang lebih besar seperti perasuah dan pengkhianatan terhadap harta benda rakyat secara besar-besaran. Penjenayah rasuah yang besar-besar ini juga adalah pencerobohan terhadap kedaulatan rakyat dan negara seperti kesalahan yang dilakukan oleh penceroboh dari Filipina itu. Perasuah juga adalah pengkhianat terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana ia membahayakan negara.

Jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat mandat, masyarakat perkampungan air ini boleh memulakan kehidupan seperti masyarakat lain di Sabah atau di mana-mana. Mereka perlu dididik tentang pentingnya menjaga keselamatan serta mempunyai kad pengenalan dan dokumen-dokumen perlu sebagai rakyat Malaysia yang sah. Diberikan juga tumpuan untuk memberikan pelajaran dan pendidikan terhadap anak-anak mereka sampai ke tahap yang tinggi.

Jika sudah tersusun dan dimajukan tempat ini dengan kemudahan penginapan yang baik dan selesa, perkampungan ini akan dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar dan bukan lagi dikunjungi oleh pengganas dan peceroboh-penceroboh persempadanan kita. Elok diwujudkan Perbadanan Khas untuk mengendalikan isu perkampungan air ini dengan pembangunan daripada merobohkannya.

Pendeknya pandangan Dr Mahathir supaya dirobohkan perkampungan ini janganlah kita hiraukan. Dr Mahathir sememangnya mengambil jalan yang mudah untuk penyelesaian apa-apa masalah untuk kepentingan jangka pendek. Kalau diikut nasihat beliau semuanya mesti dirobohkan sebagai penyelesaiannya. Jika Dr Mahathir mahu menyumbang kepada negara, beliau boleh melakukannya dengan berdiam diri sahaja.

Dalam rekod sejarah beliau telah merobohkan UMNO yang asal dahulu, sistem Kehakiman dan perundangan serta banyak lagi institusi-institusi demokrasi negara. Hasilnya inilah yang kita sedang hadapi sekarang….hancur negara dibuatnya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Azizan kekal: Ulamak PAS Kedah sokong Presiden

Harakahdaily, 22 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah menyatakan sokongan terhadap kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bahawa Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memimpin sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi PRU13.

Justeru itu, kata Setiausahanya, Syeikh Muhd Zainul Asri Romli sesuai dengan ketetapan itu, semua pimpinan PAS di negeri Kedah dan dewan-dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini.

“Tugas utama kita ialah menumbangkan kekuasaan dan kezaliman Umno dan Barisan Nasional.

“Dengan ini, Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah berdiri teguh bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kepimpinan Majlis Syura Ulamak, untuk mempertahankan kemenangan PAS di Negeri Kedah dalam PRU13,” tegas dalam satu kenyataan ringkas.

Berita berkaitan:


Amal Jariah PAR Permas Demi Rakyat Marhaen
Posted on Saturday, March 23 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Abusiraj Almuner

AMAL JARIAH PAR PERMAS DEMI RAKYAT MARHEAN  RABU 20/3/2013  Pagi tadi PAR permas melalui penyelianya Syed Othman Abdullah bersama setiausaha PAR abusiraj almuner dan Ajk cawangan pas permas Saudara Nordin Anis telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada Saudara Bohari bin Rashid 58 tahun di rumahnya di permas jaya.  Saudara Bohari bin Rashid yang lebih dikenali sebagai Abg bob oleh rakan-rakan beliau telah mengalami kemalangan jatuh dari pokok manggis setinggi 28 kaki hingga menghadapi kecederaan teruk diseluruh anggota badannya.  Abg Bob yang juga bekas rakan sekerja Syed othman satu ketika dahulu kini sudah bersara.Selepas bersara itu beliau balik ke kampung di Negeri Sembilan dan menjaga kebun buah-buahan ditanah pusaka keluarga beliau.Akibat dari kemalangan tersebut beliau patah tangan,tulang rusuk dan pengelangan peha dan telah melalui beberapa pembedahan untuk memasukkan besi ditangan,tulang rusuk dan pengelangan peha.  Par permas amat simpati dengan apa yang berlaku keatas abg bob apatah lagi beliau masih mempunyai anak yang masih bersekolah untuk ditanggung.Atas dasar perihatin sebagai saudara seislam PAR permas menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh abg bob.  abusiraj almuner setiausaha PAR permas20/3/2013. Pagi tadi PAR permas melalui penyelianya Syed Othman Abdullah bersama setiausaha PAR abusiraj almuner dan Ajk cawangan pas permas Saudara Nordin Anis telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada Saudara Bohari bin Rashid 58 tahun di rumahnya di permas jaya.

Saudara Bohari bin Rashid yang lebih dikenali sebagai Abg bob oleh rakan-rakan beliau telah mengalami kemalangan jatuh dari pokok manggis setinggi 28 kaki hingga menghadapi kecederaan teruk diseluruh anggota badannya.

Abg Bob yang juga bekas rakan sekerja Syed othman satu ketika dahulu kini sudah bersara.Selepas bersara itu beliau balik ke kampung di Negeri Sembilan dan menjaga kebun buah-buahan ditanah pusaka keluarga beliau.Akibat dari kemalangan tersebut beliau patah tangan,tulang rusuk dan pengelangan peha dan telah melalui beberapa pembedahan untuk memasukkan besi ditangan,tulang rusuk dan pengelangan peha.

Par permas amat simpati dengan apa yang berlaku keatas abg bob apatah lagi beliau masih mempunyai anak yang masih bersekolah untuk ditanggung.Atas dasar perihatin sebagai saudara seislam PAR permas menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh abg bob.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
 
 Kuliah Ustaz Azhar Idrus..Kehadiran Sunggoh Menggerunkan..sampai Puluhan Ribu
Posted on Friday, March 22 @ 23:43:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

Anggaran lebih 50,000 orang yang hadir ke Kuliah UAI.







Nukilan ABU luqman ..sila klik SINI Untuk melihat gambar terkini
 
PANAS! BN Sudah Tidak Selamat Di Borneo?
Posted on Saturday, March 23 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Jalan Pulang

Ketika sokongan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Pakatan Rakyat (PR) terus meningkat, sokongan kepada BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13) yang bakal berlangsung tahun ini dijangka terus menyusut.

Jangkaan tersebut dibuat berdasarkan fenomena angin perubahan yang semakin kuat melanda dua negeri kepulauan Borneo itu dan statistik keputusan pilihan raya sebelumnya.

Menurut Ketua Jabatan Politik dan Kajian Antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Faisal Syam Abdol Hazis, undi popular BN semakin menurun di kalangan suku kaum Sabah dan Sarawak sejak pilihanraya 2004.

Kajian oleh Faisal mendapati undi popular yang diperolehi BN di Sabah menurun dari 64.9 peratus dalam pilihanraya 2004 kepada 61.72 peratus dalam pilihan raya 2008.

Penurunan paling ketara sekali berlaku di kerusi yang didominasi pengundi Cina dari 54.37 peratus pada 2004 kepada 35.62 peratus pada 2008.

“Di Sabah faktor projek IC, pendatang haram, autonomi Kerajaan Negeri, penyalahgunaan kuasa golongan elit BN khususnya ketua menteri, Musa Aman akan memainkan peranan.

“Pakej startegi pembangkang dengan kempen mereka juga memberi kesan terutama Agenda Borneo, ‘Borneo Tea Party’ dan ‘Ini Kalilah’ yang semakin mendapat sambutan cukup baik dari masyarakat Sabah,” ujar Faisal.

Beliau berkata demikian dalam pembentangannya di dalam ‘Forum Pra PRU-13: Siapa Akan Menang?' yang diadakan di Hotel Singgahsana di Petaling Jaya, Selangor, malam tadi.



Di Sarawak pula, BN turut mengalami penurunan sokongan apabila memperoleh 55.4 peratus undi popular pada pilihanraya negeri 2011 berbanding 62.2 peratus pada 2008.

Kerusi yang didominasi kaum Iban menunjukkan penurunan sokongan paling ketara dari 71.7 peratus kepada 57.6 peratus, diikuti Bidayuh 70.8 peratus kepada 57.8 peratus,.

Undi popular komuniti Cina turun dari 50.7 peratus kepada 37.8 peratus dan Melayu-Melanau dari 77.2 peratus kepada 73.4 peratus.

Isu semasa yang dianggap mampu memberi ancaman kepada Umno-BN di Sarawak termasuk memonopoli ekonomi negeri oleh golongan ahli politik elit dan kedudukan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) yang begitu dominan.

Isu lain termasuk tanah adat, kalimah Allah, manakala komposisi antara pengundi bukan muslim bumiputra dengan Cina yang agak seimbang juga akan mempengaruhi corak pengundian.

Selain itu kempen ‘Ubah’ PR juga dikatakan mendapat sambutan baik dari masyarakat Sarawak.

Faisal berkata selain mempertahankan 82 kerusi yang dimenangi di Semenanjung Malaysia pada 2008, PR haruslah sekurang-kurangnya memenangi 5 kerusi di Sarawak, 4 di Sabah dan 20 kerusi di Semenanjung jika ingin mentadbir negara.

Kombinasi ini akan memberikan kemenangan majoriti mudah 112 kerusi kepada PR daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen.

Sumber: jalanpulang1978.blogspot.com
 
 5 Tahun, Bajet RM10 Billion Hancur Dan Rasuah
Posted on Saturday, March 23 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Terengganu dikatakan satu satunya negeri yang tidak tergugat oleh arus tsunami politk menjelang PRU13 yang bakal diadakan akhir bulan April 2013 atau minggu kedua bulan Mei 2013.

Dalam sejarah bajet negeri di Malaysia , Terengganu diterajui oleh menteri besar Dato' Sri Ahmad Said @ Mat Zoo @ Mat Aid bajet tahunan selama 5 tahun berkuasa kerajaan BN/UMNO berjumlah RM10 billion.

Namun secara jujurnya dengan bajet RM10 billion, Ahmad Said dan barisan exconya gagal dalam aspek pembangunan mampan dan berjiwa rakyat. Malah tidak ada apa yang boleh dimegahkan dan memberi manfaat yang jelas dan tersusun dengan bajet RM10 billion.

Dengan kata lain Ahmad Said gagal meninggalkan impak ekonomi kepada rakyat Terengganu terutama mereka berpendapatan rendah dan bekerja sendiri.Bajet RM10 billion selama 5 tahun hancur dan tidak ada tanda aras yangdibolehkan rakyat Terengganu bangga.

Namun kepemimpinan Ahmad Said selama 5 tahun diwarnai dengan ketrisan yang nyat dan ada unsur unsur rasuah dan salahguna kuasa. Ahmad Said dan UMNO.BNnegeri Terengganu lebih teruk dan lebih parah musnahnya dibandingkan era lanun modern bekas menteri besar yang lalu.

Isu tender pembalakan berlaku salahguna kuasa dan penyewengan yang ketara, namun SPRM tidak bertindak dengan jawapan yang selalu kita dengan tiada laporan dari orang awam.

Diperkatakan oleh orang dan kontraktor melayu terengganu hampir semua projek besar dan kecil diserahkan kepada kroni. Malah era Ahmad Said lagi hancur dan musnah setiap ringgit bajet tahunan.

Malah rakyat secara terbuka bercakap hampir 99 peratus wakil rakyat UMNO/BN Terengganu kayaraya segera dan mengejut. Ini belum diambil kira kroni dan kaki ampu politik perut dan pelitik pitis segera.

Namun diahti kecil kami mumgkin rakyat Terengganu akan berubah mengikut arus tsunami yang kan menbadai Malaysai bila tiba waktu dan masanya. Tapi ianya tidak menjadi kenyataan.

Walaupun Ahmad Said hancur dan musnah dengan bajet RM10 billion selama 5 tahun ,rakyat Terengganu majoritinya masih sayang dan masih puji BN/UMNO baik dan bagus .

Puncanya adalah wang dan seribu macam bentuk wang dan sumbangan yang berasakan kerajaan BN/UMNO yang perihatin dijaja oleh kerajaan BN/UMNO Terengganu.

Rakyat ramai tersungur layu dan mengucapkan ribuan terikaseh diatas sedikit sumbangan yang diberi oleh Bn/UMNO Terengganu. Contoh sumbangan ialah atap zin, tandas, jalan raya kampong, wang sagu hati kepada pelajar miskin, wang saguhati kepada pelajar yang berjaya,

Malah hampir seluruh kampong di Terengganu ada sahaj JKKKK diberi hadiah menunaikan haji dan umrah. Disini kehebatan Ahmad Said bijak mencuri tumpuan dan mencipta nama yang harum dikalangan rakya Terengganu.

Faktor yang lain ialah sumbangan BRIM dan dana remaja berumur 21 tahun keatas menjadi faktor pelengkap Terengganu dilatakan deposit utama BN/UNO di semenanjung Malaysia. sekian."

Tiada ulasan: