Selasa, 26 Mac 2013

UMNO KIAN TERSEPIT....TELAH HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT YANG CERDIK...YANG TINGGAL SYOK SENDIRI DAN KEKAYAAN KOD...JANGAN GILA PANGKAT...BAGI PULAK ORANG LAIN

Ketua Ulama PAS Kedah kembali ke Rahmatullah

Anis Nazri, 25 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhammad Abdullah (gambar) meninggal dunia kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah dimasukkan ke wad hospital berkenaan, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata Allahyarham yang berusia 72 tahun memang diketahui mengidap masalah jantung sebelum ini.

Beliau yang sempat menziarahi Allahyarham pada minggu lepas, berkata ketika ziarah itu, Allahyarham masih dalam keadaan baik dan sihat, biarpun mengadu tangan sebelah kanannya agak sukar untuk diangkat.

Bagaimanapun, Allahyarham dikejarkan ke hospital semalam, dan ditempatkan di wad kecemasan bahagian kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mahfuz turut berada di hospital ketika itu, biarpun Allahyarham sudah berada dalam keadaan tidak sedar.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Pondok Makaribul Akhlak, di Langgar sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan.

Sementara itu, Mahfuz merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan meminta mereka untuk bersabar dengan ujian tersebut.

Sambil menyifatkan kehilangan allahyarham sebagai satu kehilangan yang besar kepada sebuah gerakan Islam,dan juga PAS Kedah, Mahfuz mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah Taala.

"Sesungguhnya PAS Kedah kehilangan seorang tokoh ulama yang begitu berilmu.  Kehilangannya seperti hilangnya sebutir permata ilmu yang begitu berharga," kata beliau kepada Harakadaily.

Allahyarham pernah menjadi Adun Langgar sekitar tahun 90-an, selain pernah menjadi Yang DiPertua PAS Pokok Sena.

Pemuda Kelantan lancarkan kempen kekal Kelantan 'K'

Harakahdaily, 25 Mac 2013


(konvoi bermotor Pemuda Kelantan)


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK) telah melancarkan Kempen Kekal Kelantan (K) hari ini bertempat di Tapak Ekspo Machang, Jalan Machang - Tanah Merah bagi menyemarakkan momentum semangat mempertahankan kerajaan Kelantan daripada dirampas oleh Umno/Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menangkis fitnah yang disebarkan oleh media massa milik Umno/ Barisan Nasional yang semakin menjadi-jadi dalam usaha untuk mencalarkan kredibiliti kerajaan Kelantan di mata rakyat.

Pelancaran kempen ini dimulakan dengan perarakan lebih 1000 buah motosikal daripada seluruh pelusuk negeri Kelantan ke tapak program.

Mereka datang dari empat arah berbeza (Kota Bharu, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Puteh) dengan semangat membara untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi golongan muda kepada kepimpinan  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Di tapak program, majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, Bendahari DPPNK.

Solat Isyak berjemaah dan solat hajat turut diadakan kemudiannya diimami oleh Ustaz Asri Daud, Penolong Setiausaha DPPNK.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah umum yang disampaikan di hadapan belasan ribu hadirin oleh Ketua DPPNK,  Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Dato Nasuruddin Daud dan Naib Presiden PAS Dato Haji Husam bin Musa.

Kemuncak majlis pelancaran kempen ialah pelepasan belon dan sepanduk pelancaran oleh Husam sebagai simbolik permulaan gerak kerja kempen 'K'.

Menurut Pengarah Program Ceramah Perdana Pelancaran Kempen 'K', Mohd Nuri Mat Yaacob, kehadiran melimpah ruah rakyat Kelantan pada malam tersebut membuktikan bahawa semangat untuk mengekalkan Kelantan di bawah kepimpinan ulama tidak berkurangan momentumnya bahkan ia semakin bertambah ekoran serangan bertali arus media massa milik Umno/BN ke atas kerajaan negeri Kelantan.

"Pada tahun 2008, kempen agresif Umno/BN di negeri Kelantan menyebabkan mereka hanya menang enam kerusi sahaja di dalam pilihanraya umum ke 12.

"Kita yakin, jika mereka berterusan menabur fitnah terhadap kerajaan negeri Kelantan, nasib yang sama juga akan dihadapi oleh UMNO/BN dalam piliharanaya umum yang akan datang," ujarnya yang juga Setiausaha DPPNK.

Manakala Ketua Penerangan DPPNK, Ahmad Fadhli bin Shaari pula menyatakan majlis ceramah umum tersebut hanyalah sebagai satu permulaan dan akan disusuli dengan pelancaran kempen K ke seluruh negeri Kelantan.

Selain itu, ia akan disusuli dengan sebaran risalah, sticker dan pelbagai kempen bagi menyemarakkan semangat mempertahankan Kelantan daripada serangan UMNO/Barisan Nasional.

Bekas isteri Papagomo jadi saksi Husam

Aslani M, 25 Mac 2013

KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.

Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.

Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.

“Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.

“Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.

“Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.

Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.

Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’.

Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.

Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay.

Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.

Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos.

Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan  meminda peryataan pembelaan.

Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog “parpukari.blogspot.com”. Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012.

PAS Perlis mahu elak pertandingan 3 penjuru

Salmiyah Harun, 25 Mac 2013
KANGAR: PAS Perlis akan berusaha bagi memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang ini.

Namun begitu, Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin (gambar) berkata, pertindihan kerusi boleh berlaku kepada mana-mana parti yang bertanding termasuk dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Namun katanya, PAS Perlis akan menyerahkan perkara itu kepada PAS pusat untuk menentukannya dan pihaknya akan mengikut sahaja keputusan yang dibuat sekiranya ada berlaku pertindihan.

"Kita akan elakkan ada berlaku tiga penjuru, kita akan serahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan," katanya ketika ditemui di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Sehingga hari ini pembahagian kerusi Dun di Perlis sudah 95 peratus selesai di mana calon-calon yang diketengahkan sudah diterima oleh PAS Pusat dan Syura serta diluluskan untuk bertanding dalam PRU ini nanti.

Untuk DUN di Perlis, PAS akan bertanding lapan kerusi, PKR sebanyak lima kerusi dan DAP dua kerusi.

Menurut Hashim, PAS Perlis kini sudah di peringkat akhir di mana mereka memberikan tumpuan kepada ceramah-ceramah berkelompok bersama calon-calon yang akan bertanding.

Katanya, calon yang dipilih mungkin ada kelemahan dan kekuatannya yang tersendiri. Bagaimanapun beberapa siri tapisan sudah dibuat calon-calon ini akan bertindak mengikut kepentingan parti bukan diri sendiri.

"Bagilah peluang kepada calon yang dikenali, boleh membantu capai hasrat rakyat,"katanya.

Tambahnya, seseorang calon perlu mengharapkan bahawa mereka yang terpilih hendaklah menganggap dirinya sebagai khadam kepada rakyat bukannya tuan kepada rakyat.

"Bila kita rasa rakyat itu hamba, itulah yang rosak," katanya.

PAS Arau antara yang paling awal sudah siap dari segi pembahagian kerusi dan calon di kelima-lima Dun iaitu Pauh, Guar Sanji, Tambun Tulang, Simpang Empat dan Sanglang sudah dikenalpasti.

Najib tidak tahu malu ciplak idea orang

Harakahdaily, 25 Mac 2013
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak didakwa seorang pemimpin yang tidak tahu malu apabila menciplak idea pihak lawannya menjelang pilihan raya umum ini.

Ia terbukti apabila Najib mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi kepada pemandu teksi terpilih baru-baru ini.

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 1,000 permit teksi akan diberikan kepada pemandu-pemandu teksi terpilih mengesahkan beberapa perkara.

Demikian dinyatakan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi beliau, pengumuman Najib itu memberi tiga implikasi.

Pertama, ia pengakuan terbuka Umno/Barisan Nasional bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (melalui Dasar Bersama, Buku Jingga dan Manifesto Rakyat) benar-benar memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat.

Kedua, ia mengesahkan bahawa program-program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno/Barisan Nasional.

Ketiga, ia membuktikan terdesaknya Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu untuk menciplak idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

"Pun begitu, saya mengkritik sekerasnya kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengumpan pemandu teksi untuk mengundi Barisan Nasional," katanya.

Ucapan beliau, katanya, berbaur ugutan politik apabila beliau menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah “bai’ah” (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan.

Setakat ini, Umno/Barisan Nasional terus gagal untuk mengumumkan manifesto mereka sendiri.

Sebaliknya, Najib Tun Razak menciplak idea dasar Pakatan Rakyat dan mengumpan rakyat dengan berjanji akan melaksanakan program-program Pakatan Rakyat itu sekiranya Barisan Nasional menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi.

"Beliau nampaknya tidak mempunyai idea dan kepakaran ekonomi kerana sering terpaksa bergantung kepada idea orang lain, termasuklah idea Pakatan Rakyat sendiri.

"Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini," katanya.

Bagi Rafizi, penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini.
Kerusi Guchil: Nik Aziz kecewa ahli Pas mahu tanding Bebas

24 Mac 2013
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Tindakan seorang anggota Pas yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri
(Dun) Guchil adalah tindakan yang boleh memecahbelahkan pembangkang, kata Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz nyata kecewa dengan tindakan Ketua Pas cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang mahu bertanding menentang calon PKR, di samping calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun itu.
"Kalau orang sini tanding Bebas, DAP jugak akan tanding Bebas kalau dia tak setuju bagi kerusi kepada orang Pas. Kawasan yang diberi kepada Pas tapi DAP tak setuju maka dia bertanding Bebas. Tak jahanam habis.
"Kerusi bagi kepada Pas tapi DAP tak setuju. Apa erti kita berjemaah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan tindakan Muhamad Bustaman itu kerana tidak puas hati dengan Adun Guchil ketika ini, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria
yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.
Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota Pas di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di
Dun itu ketika ini.
Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai pergolakan gabungan itu terutama di Kelantan yang kini kian serius sehingga Pas dilaporkan akan
melakukan Bai'ah (aku janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon Pas, PKR dan DAP.
Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menang di Dun Guchil apabila menewaskan calon BN Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.
Dun Guchil merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi Dun.
Sementara itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Minda Pondok yang dianggotai seramai 18 guru pondok di Kelantan yang mendakwa menjadi satu dosa bagi umat Islam mengundi Pas pada pilihan raya umum akan datang, supaya memberi dalil dan hujah yang bernas.
"Saya pun boleh kata jugak haram sokong Umno, wajib sokong Pas. Cakap boleh tapi biar ada hujah. Kalau cakap depan ALLAH hujah yang boleh diterima,"
katanya.
Semalam Minda Pondok itu mendakwa adalah berdosa bagi umat Islam memberi undi kepada Pas pada pilihan raya umum itu kerana konsep 'tahaluf siyasi'
(muafakat politik) antara PKR dan DAP tidak berpaksikan kepada kehendak Islam terutama dalam perkara membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah. - Bernama

Tiada ulasan: