PRU13: Tempoh 10 minit macam 'ajak-ajak ayam'
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR: PAS menghargai keputusan kerajaan
memberikan ruang kepada parti politik muncul 10 minit melalui Radio
Televisyen Malaysia untuk menjelaskan manifesto pilihan raya, namun
melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam' sahaja.
Mar242013
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan 'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media.
Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan itu dilihat satu perkara yang mengaibkan.
"... jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara yang mengaibkan. Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih.
"PAS menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan mereka menilai," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam bahawa semua parti politik akan diberi ruang 10 minit untuk memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masing-masing.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS masih belum membincangkan tawaran itu sama ada mahu menggunakan platform tersebut atau tidak.
"Setakat ini, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Pandanagn serupa turut dikongsi PKR yang mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Datu
Kesetiaan PAS dan DAP terbukti, matlamat murni
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR:
Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi
parti-parti yang diterima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN
menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini.
Mar242013
Bagi penulis politik, Aspan Alias, PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini.
“Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan ‘ulamak songsang’ yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram disokong,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.
Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang diterima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini. PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan ‘ulamak songsang’ yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram disokong.
Berbagai kumpulan upahan telah dibawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama disesuaikan dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua perjuangan mereka.
Semalam Lim Kit Siang telah menyatakan yang beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya ini. Ini di sebabkan ROS mungkin mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan dengan kesilapan dalam pemilihan CEC DAP di Pulau Pinang 15hb Disember yang lalu. Sebagai parti pembangkang dan memahami tindak laku BN yang sedang ketandusan sokongan menggunakan ROS untuk membatalkan pendaftaran DAP itu tidak boleh dianggap ringan. Dalam keadaan terdesak BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kelazatan kuasa yang ada kepada mereka (UMNO).
Saya secara peribadi tidak mahu menolak kemungkinan BN akan melakukan tindakan pembatalan pendaftaran DAP itu. Tetapi saya telah menangkap sedikit imbasan dari kenyataan Nik Aziz semasa melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh semasa perayaan Thaipusam yang lalu. TGNA telah menyatakan yang PAS berkemungkinan menurunkan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ini. Dengan kenyataan LKS semalam, maka buat sementara DAP tidak akan mempunyai apa-apa masalah di dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Jika ROS bertindak seperti ia bertindak terhadap UMNO asal dahulu, maka DAP mempunyai teman seperjuangan yang setia untuk membelanya dalam kesusahan.
Tetapi apa yang menariknya DAP dan kaum Cina telah menganggap PAS sebagai rakan seperjuangan yang rapat dan keadaan ini telah menyatukan semua kaum. PAS dan DAP merupakan dua sahabat yang saling memerlukan di antara satu dengan yang lain untuk mencapai matlamat murni iaitu untuk sebuah negara yang bersih pentadbirannya dan telus di dalam semua tindakan dan keputusan yang melibatkan rakyat.
Dalam masa DAP menghadapi tekanan dari pihak ROS dan BN itu, PAS boleh diharapkan untuk membela parti sahabat sebagai tanda dan lambang kerjasama erat bagi mencapai matlamat untuk mencapai matlamat penyatuan kaum itu. Permuafakatan di antara PAS dan DAP inilah yang memeritkan UMNO dan BN. UMNO telah cuba untuk memisahkan DAP dan PAS untuk ‘survival’ parti itu tetapi tidak berhasil malahan DAP dan PAS bertambah intim kian hari kian masa.
Saya selalu berkata yang UMNO merupakan pihak yang terhandal dalam mencipta slogan-slogan seperti slogan 1Malaysia dan hidup dalam harmoni di antara semua kaum dan agama. Semuanya itu hanya tinggal slogan tetapi apa-apa slogan yang di war-warkan oleh UMNO, yang menterjemahkan kepada realiti hanyalah Pakatan Rakyat. 'Bersih, Cekap dan Amanah' merupakan slogan UMNO semasa pemerintahan kuku besi Mahathir dahulu tetapi tidak pernah terlihat hasilnya. Di bawah pimpinan Dr Mahathir tidak ada bersihnya, tidak wujud cekapnya dan jauh sekali dari melihat sifat amanah seperti yang dislogankan itu.
Hasilnya Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pula yang melaksanakan slogan 'Bersih. Cekap dan Amanah' itu. Sekarang 1Malaysia adalah slogan Najib yang sedang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam mana pihak Pakatan telah menunjukkan kesatuan di antara kaum dan agama dengan jayanya. Semuanya ini terbentuk kerana semua pihak dalam Pakatan Rakyat bersatu untuk menuju kebaikan yang cuba diperlekehkan oleh UMNO yang tidak mempunyai kudrat dan kemampuan untuk menyatukan rakyat berbagai kaum dan cara hidup ini.
UMNO yang mengaku sebagai pejuang Islam terpaksa melunakkan lagi nyanyian lagu rasis dalam kempen pilihanraya ini. Tetapi bagi semua yang beragama khususnya yang beragama Islam tetap merialisasikan kenyataan yang Islam itu adalah agama yang mampu untuk bersatu dan bermuafakat dengan agama lain untuk hidup dalam negara yang aman, muhibbah dan saling menghormati di antara satu dengan yang lain.
Tuhan telah menurunkan di dunia ini manusia dari berkumpul-kumpulan dan berbeza-beza semata-mata untuk memperkayakan sifat memahami serta menghormati di antara satu dengan lain. Tuntutan inilah yang tidak digemari UMNO kerana tuntutan Allah swt ini tidak sesuai dengan kehendak mereka. Maka mereka pun mengumpulkan mereka yang berserban dan berjubah di depan kaca TV3 untuk mengharamkan menyokong PAS dan melabelkan PAS parti yang menjual akidah dan berbagai-bagai lagi tuduhan yang liar dan menjilikan.
Apa yang diagakkan akan dilakukan oleh ROS terhadap DAP boleh diselesaikan dengan cara berpadu dan memahami masalah di antara satu dengan lain. Jika pembatalan pendaftaran DAP dilakukan juga oleh pendaftar pertubuhan, maka calon-calon DAP dialu-alukan oleh PAS untuk menggunakan lambangnya sebagai tanda hormat menghormati di antara kedua-dua parti itu. Yang penting sekali ialah matlamat mendapatkan kerajaan yang telus, bersih dan tidak rasuah itu dapat dicapai sebagai satu-satunya jalan ke arah mencapai ‘national unity’ yang merupakan ‘ultimate’ bagi negara ini.
Sekarang apa yang saya selalu sebutkan akan menjadi kenyataan. Semua rakyat mahu bersatu tetapi kali ini mereka mahu bersatu di luar BN dan bukan lagi bersatu di bawah naungan UMNO dan BN yang terlalu angkuh dan tidak dapat difahami lagi apa sebenarnya matlamat perjuangan mereka sekarang ini, jika tidak kerana kerakusan kuasa semata-mata..
Sesungguhnya UMNO sudah hilang segala ‘identity’ nya sebagai sebuah parti pemerintah. ‘Attribute’ sebagai parti pemerintah nampaknya sudah terbina di dalam Pakatan Rakyat. UMNO sudah menjadi sebuah parti saling tidak tumpah sebagai parti yang melata seperti pengemis meminta sokongan rakyat yang sudah celik belaka sekarang ini.
Speaker's Corner: 5 mahasiswa UMS dibebas malam tadi
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Lima aktivis mahasiswa yang ditahan polis
di bandar Labuan ketika mengedarkan risalah kepada orang ramai petang
semalam dibebaskan jam 1.30 pagi tadi dengan jaminan polis.
Mar242013
Kelima-lima mereka ditahan kira-kira 10 jam di Balai Polis Labuan untuk soal siasat ekoran mengedarkan risalah dan mengadakan Speaker's Corner sempena Pelancaran Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) Sabah dan Labuan.
kelima-lima yang ditahan itu merupakan 3 siswa dan 2 siswi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, episod penahanan tersebut tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus turun ke lapanagn masyarakat.
"Saya yakin gerakan ini tidak sesekali berundur walaupun diberi pelbagai tekanan dan sekatan. Untuk kebangkitan dari Borneo, Insya-Allah saya dalam proses penyusunan jadual untuk ke Sabah dan Labuan bagi pelancaran manifesto mahasiswa GM13 dalam masa terdekat ini," katanya dalam satu kenyataan.
Penahanan semalam dipercayai susulan daripada tangkapan tiga aktivis mahasiswa di Bangunan RTM, Angkasapuri Jumaat lalu untuk untuk mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka dengan mereka.
Isnin lalu, lapan aktivis mahasiswa ditahan Polis Bantuan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam sebelum sempat berpidato pada program Jelajah Sudut Pidato Mahasiswa di Speakers Corner, dalam kampus berkenaan.
Tegas Syis juga, dua tangkapan aktivis mahasiswa dua hari berturut-turut membuktikan kerajaan semakin gentar berhadapan dengan momentum kebangkitan mahasiswa.
"Ini juga petanda bahawa demokrasi di Malaysia kian parah dan songsang. Pembudayaan program-program yang memberi pendidikan politik kepada mahasiswa disekat, ditangkap serta diperlakukan sewenangnya seperti intimidasi dan politik samseng," katanya.
Oleh Harakahdaily
Mar232013
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.
“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.
Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.
Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13.
“Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13.
"(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU. Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR,” tulis Lim di Twitter.
Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman pula berkata ia menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.
Rahman dipetik berkata notis telah diberi kepada seorang pemimpin tertinggi DAP untuk memberi keterangan tapi pemimpin tersebut memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.
Sementara itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13.
“Adalah tidak adil untuk membatalkan DAP di saat menjelang pilihanraya umum ke 13. PAS melihat tindakan itu lebih bermotif politik,” tegas beliau.
Kakitangan dan mahasiswa KUIN dihargai
Posted on Sunday, March 24 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Blog Warta Kedah
KUALA KETIL – Majlis Anugerah Kecemerlangan Kualiti Dan JasaMu Dikenang Insaniah 2013, memberi peluang kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) untuk menerima anugerah mengikut kategori masing-masing. Selain itu, penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam ko-kurikulum sehingga menempa kejayaan di peringkat antarabangsa tidak juga dilupakan.
Antara kategori anugerah yang ditawarkan kepada kakitangan ialah Penghargaan Jasamu Dikenang dan Kecemerlangan perkhidmatan Staf 2012. Sementara itu kategori Kecemerlangan KO-K, Sukan dan Amali Islam kepada mahasiswa dan mahasiswa yang terlibat. Selain itu, anugerah penghargaan kepada agensi-agensi yang membangunkan kampus KUIN di Kuala Ketil juga tidak dilupakan.
Pengiktirafan turut diberi kepada pasukan bola sepak yang berjaya mengharumkan nama KUIN kerana berjaya menjadi Johan Bola Sepak antara IPTS seluruh Malaysia, dua tahun berturut-turut, 2012 dan 2013.
Dalam majlis berkenaan juga diumumkan kakitangan KUIN akan menerima elaun berpindah dari Alor Setar ke Kuala Ketil sebanyak RM600 seorang dan bagi pegawai N32 ke bawah akan menerima saguhati sebanyak RM300 selama satu tahun.
Majlis diserikan lagi dengan pertunjukkan seni mempertahankan diri oleh mahasiswa dan mahasiswi KUIN. Antaranya, aksi-aksi bahaya dan mencabar mendapat perhatian dan tepukan gemuruh dari para hadirin.
Semua anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Mohamed Taulan bin Mat Rasul yang mewakili Menteri Besar. Sehubungan itu beliau turut berucap dan merasmikan majlis berkenaan. Selain itu Rektor KUIN dan Pro Canselor II KUIN turut memberi ucapan di majlis berkenaan.
Majlis tersebut diadakan di Dewan Permaisuri Tuanku Haminah KUIN. Kira-kira 1000 orang menghadiri majlis berkenaan di samping tetamu dari agensi-agensi yang bertanggungjawab membantu pembinaan KUIN di Kuala Ketil.
162 pelajar terima sumbangan IPTA
Posted on Sunday, March 24 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Blog Warta Kedah
SUNGAI PETANI - Seramai 162 pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, Taman Tuanku Haminah, di sini.
Mereka yang mengambil dalam jurusan ijazah menerima sumbangan sebanyak RM400 makala dalam jurusan ijazah menerima sebanyak RM200.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, YB. Dato’ S. Manikumar penyampaian sumbangan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA adalah satu pengiktirafan Kerajaan Negeri pada anak bangsa yang berjaya dalam pelajaran dan berjaya masuk ke universiti.
Menurutnya, ia juga adalah usaha dan galakan kepada pelajar untuk terus berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya serta maju jaya dalam pelajaran.
“Ia sebagai tanda terima kasih dan bersyukur kerana mereka berjaya masuk universiti yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan dan meringankan beban keluarga mereka,” katanya.
Najib pun tak kan berani tanya soalan ini, terhangat
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Artikel blog http://lianglahad.blogspot.com/ bertajuk “Najib pun tak kan berani tanya soalan ini” menjadi artikel paling diminati pembaca Harakahdaily dan Twitter bagi minggu ke 11, 2013.
Mar232013
Di tangga kedua ialah berita kejadian pelik di Kelantan bertajuk “Selepas umum 7 dosa, ribut pun datang” selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 7 dosa Pakatan Rakyat.
Manakala berita artikel terhangat bagi minggu ke 10, 2013 bertajuk “Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya, terhangat”.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily untuk 17 Mac hingga 23 Mac, 2013.
37,000 rakyat S'gor terima bantuan khairat kematian
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR:
Sejak mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada 2008, pelbagai
insentif diperkenalkan Pakatan Rakyat bagi membantu rakyat di negeri itu
termasuk memperkenal bantuan Khairat Kematian di bawah Skim Mesra Usia
Emas (SMUE).
Mar242013
Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak skim itu diperkenalkan, seramai kira-kira 37,000 rakyat Selangor telah mendapat bantuan dan manfaat darinya.
Untuk Jumlah itu katanya, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak lebih RM80 juta.
“Setiap tahun kita peruntukan sebanyak RM26 juta bagi pemberian ini,” katnya yang dipetik Selangorku.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Bantuan Khairat Kematian kepada 22 waris di Balai JKKK Bestari Jaya di sini semalam.
Menurut beliau lagi, biarpun berdepan pelbagai serangan dan tohmahan dari parti lawan yang cuba mengganggu perjalanan pertadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu, namun rakyat boleh menilai sendiri keupayaan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan mereka.
Malah katanya, pengurusan kewangan yang baik dan telus, telah memberikan peluang kepada rakyat untuk menikmati pelbagai insentif yang diperkenal kerajaan negeri.
“Walaupun kita keluarkan belanja tetapi ia tidak memberi kesan malah simpanan Kerajaan Negeri bertambah empat kali ganda.
“Ini membuktikan bahawa pemberian yang dilakukan dengan tidak menjejaskan kewangan negeri kalau kita menjaga dengan baik," katanya.
Bantuan khairat kematian diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008 dengan bantuan jumlah RM2,500 kepada pewaris si mati di mana bantuan RM1,000 didahulukan manakala selebihnya disampaikan kemudian.
Skim ini adalah terbuka kepada semua kaum dan agama dan bukan tertakluk kepada agama Islam sahaja.
Seorang penerima, Rasli Rusmin, 52, dari Bukit Badong berkata, pemberian itu adalah bagus dan ia wajar diteruskan Kerajaan Negeri untuk tahun-tahun akan datang.
“Ia meringankan beban keluarga yang kehilangan ahli keluarga,” katanya yang kematian bapa, Rusmin Sidek, 75, pada akhir tahun lalu.
V Parameswar, 48, dari Kundang yang kehilangan bapa, S Raju, 86, turut menyatakan Kerajaan Negeri membuktikan keprihatinan terhadap masalah rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.
“Saya berterima kasih dengan bantuan ini dan ia memang satu tindakan wajar bagi membela nasib rakyat,” katanya.
Seorang lagi, Leong Wang Ping, 44, berkata, beliau begitu terharu dengan pemberian bantuan tersebut yang telah sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
“Saya juga rasa seronok kerana sebelum ini tiada bantuan semacam ini. Kalau boleh selepas ini banyak lagi bantuan dirancang untuk kebaikan semua,” katanya yang kematian bapa, Leong Kong You, 68, pada tahun lalu.
Catatan peribadi mengenali Dr Bouti
Oleh Nik Nasri Nik Malek
Mar242013
Tiada siapa menyangka Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti akan meninggal dunia dengan cara dibom tetapi penuh misteri. Pelbagai cerita, berita, pandangan diberi. Macam-macam pendapat tentang siapa yang mengebom atau membunuhnya dan mereka di dalam masjid Iman dengan pelbagai versi. Namun, hakikatnya taqdir Allah jua yang mengatasi. Barangkali ada hikmah tersembunyi. Boleh jadi juga niat Dr Bouti yang benar dengan Ilahi. Tiada siapa yang mengetahui. Namun, kebenaran tetap akan terbongkar nanti.
Saya tidak yakin pengeboman dibuat oleh anasir FSA atau aktivis revolusi. Kalau masih ada iman di dalam dada tidak tergamak membunuh diri dan membunuh ulama sedang mengajar dan muridnya yang mengaji. Tidak mustahil kalau diandaikan talibarut regim Basyar yang membuat operasi. Tidakkah Dr Bouti berada dalam kawalan ketat di Damsyik yang tidak mudah anasir FSA menyelinap masuk membawa bom pada diri? Apatah lagi apabila dikatakan Dr Bouti sudah mempunyai kecenderungan untuk tidak menyokong Bashar lagi.
Saya kenal Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti melalui buku dan karyanya yang dibaca dan dibeli. Pelbagai kitabnya dalam pelbagai jurusan masih banyak tidak dibaca disimpan dalam almari. Kitab Fiqh Sirahnya diterjemah dalam bahasa Melayu saya jadikan teks kuliah Maghrib di Masjid Sultan Mizan, Kerteh dan dikupas selama 7 tahun menelusuri sirah Nabi. Ketika belajar di Jordan, saya sentiasa menonton TV Syria yang boleh dicapai dari Jordan mengikuti kuliah Dr Bouti di TV. Dalam kesempatan ke Syria (Kembara Ilmu 14), saya pernah solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya mendengar khutbah Jumaat dari mulutaya sendiri. Di Masjid Jenghiz Khan di tengah Damsyik, beliau mengajar kitab Fiqh Sirahnya dengan kehadiran melimpah dan Alhamdulillah saya pernah hadiri. Keset syarah kitab Hikam saya beli berjumlah lebih 200 buah dan sehingga kini masih tersimpan tak habis dengar lagi. Barangkali dari keset itu kemudiannya jadi kitab berjilid sekarang yang boleh dibaca dengan huraian menarik dan mudah sekali.
Beliau pernah ditanya tentang bentuk jihad yang dilalui oleh Ibn Taimiyyah dan beza jalan yang dilalui oleh Imam Ghazali. Huraiannya ilmiah dan menarik untuk diteliti. Ketika itu mereka yang mendengar kuliahnya di Damsyik itu ramai juga anak muda dari Algeria yang menurut jalan Salafi jihadi. Banyak juga ilmu dari Dr Bouti yang saya jadikan dalil dan hujah bahan ilmiah dalam disertasi.
Dalam konteks politik, suasana Syria menguji para alim ulama, pendokong gerakan Islam termasuk Dr Bouti. Sheikh Said Hawa dari Hama kalau tak silap tapi anaknya Ahmad, Muaz dan lain-lain berada di Jordan kerana tak dapat kembali. Ramai para ulama dan pendokong Islam dipenjara, dibunuh semenjak zaman ayah Basyar iaitu Hafiz Asad lagi. Ikhwan tidak dapat bergerak malah terpaksa aktif dari luar negeri. Setiap rumah di Syria ada mukhabarat (SB), tak terkecuali majlis ilmu ada yang sentiasa memerhati.
Pada pandangan Dr Bouti dan ijtihadnya, pendekatan silmiyyahnya membuahkan beberapa hasil seperti alim ulama yang dapat dikeluarkan dari penjara dan balik dari luarnegeri. Di zaman Basyar yang muda ini, Dr Bouti sudah begitu tua dan barangkali mengharapkan anak muda ini tidak sama dengan bapanya yang sudah pergi. Namun, sangkaan meleret kerana Dr Basyar yang merupakan seorang doktor perubatan ini juga tak ubah seperti kata peribahasa ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Malah fitnah di zaman pemerintahan Basyar ini kelihatan lebih dahsyat lagi.
Dr Bouti dalam kuliahnya banyak sebut ‘nastalihu maaAllah’ (kita mesti sentiasa kembali dan perbetulkan diri dengan Ilahi). Mudah-mudahan ijtihadnya dalam politik penuh fitnah di Syria-walaupun kita tidak bersetuju dengan pandangannya-diberi satu pahala dan beliau diampunkan Allah, sebelum melihat fitnah lain yang entah besar mana lagi.
Kemaman, Terengganu.
Adun BN dicabar kemuka bukti pelabur tarik diri
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim menafikan dakwaan Adun Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim
kononnya terdapat lebih 100 syarikat industri menarik diri dari Selangor
ekoran masalah air.
Mar242013
Menurutnya, setakat ini hanya terdapat satu projek di Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang masih tertangguh untuk mendapat perakuan dari Syabas atas alasan kekhuatiran tidak mencukupi air jika projek tersebut diteruskan.
"Manakala semua PBT (Pihak Bekuasa Tempatan) yang lain mengesahkan bahawa tidak terdapat sebarang projek pembangunan samada projek industi mahupun perumahan yang ditolak atau masih tertangguh akibat dari kekurangan air.
"Dakwaan Adun Batang Kali itu jelas mahu mencemar nama baik Negeri Selangor dan seluruh kakitangan awam negeri ini yang bekerja keras bagi memastikan Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan nombor satu di Malaysia," katanya.
Kelmarin, Isa dilaporkan berkata, lebih 100 syarikat yang menyediakan hampir 25,000 peluang pekerjaan terpaksa menarik diri daripada melabur di Selangor, ekoran kemelut bekalan air di negeri itu.
Beliau juga mendakwa pemimpin kerajaan negeri Selangor bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan kemelut air, tetapi cuba menutup kelemahan pentadbiran mereka.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Berkata, soal pelabur membatalkan hasrat melabur tidak timbul di negeri Selangor yang mencatat jumlah pelaburan tertinggi di negara in lebih-lebih lagi sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri.
Menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2012, Negeri Selangor mencatatkan jumlah bilangan projek yang tertinggi dengan 252 projek iaitu sebanyak 31 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan di Malaysia, merangkumi 156 projek baharu dengan nilai pelaburan berjumlah RM 8,144,722,179 dan sebanyak 96 projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,590,095,756
"Dengan statistik ini, saya menjemput YB Isa menyatakan dengan tepat industri-industri serta nama-nama syarikat yang dikatakan telah menarik diri dari melabur di Selangor akibat birokrasi kerajaan negeri dan permasalahan pembekalan air.
"Saya sebenarnya tidak mengharapkan Isa untuk berperanan dalam membantu menarik para pelabur ke negeri Selangor. Namun demikian selaku pemimpin masyarakat di negeri ini, saya tidak menyangka Isa boleh sanggup memburuk-burukkan negeri Selangor dengan tujuan menakut-nakutkan pelabur dari melabur ke negeri ini," katanya.
Rakyat Sarawak bangkit, ke mana Taib mahu lari?
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR:
Jawapan lemah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud
berhubung pendedahan pembalakan dalam satu video seolah-olah mengesahkan
kesalahannya, ulas blogger Kelab Greenboc.
Mar242013
Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Taib.
Video itu mendedahkan bagaimana Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa.
Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu.
Rakyat Sarawak Bangkit, Mana Taib Mahmud Mau Lari?
Jawapan lemah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung pendedahan rasuah pembalakan dalam satu video seolah-olah mengesahkan kesalahannya.
Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Taib.
Video itu mendedahkan bagaimana Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan secara haram dengan memunggah kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa. Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu.
Menyamar sebagai pelabur asing untuk membeli tanah hutan balak untuk dijadikan ladang kelapa sawit, penyiasat GW berbual dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak-anak bapa saudara Taib iaitu Abdul Rahman Ya’acob, ketua menteri sebelum Taib.
Perbualan mereka adalah seperti berikut:
Fatimah: Ample Agro adalah syarikat milik keluarga kami, tetapi empat daripada saudara kami ada dalam syarikat itu. Jabatan Survei dan Tanah yang mengeluarkan lesen.
Sudah tentu atas arahan Ketua Menteri dan saya boleh bercakap dengan Ketua Menteri dengan mudah.
GW: Boleh ke? Fatimah: Ya.
GW: Kamu fikir beliau akan setuju? Fatimah: Ya, dialah yang memberi tanah kepada kami. Dia sepupu saya (ketawa). Ibunya dan bapa saya adalah kakak dan adik. Dia sepupu saya, jadi agak mudah.
Taib tidak dapat menjawab Kedua-dua beradik itu berkata Ample Agro memiliki 5,000 hektar tanah yang diberi oleh Taib dan dibeli pada kadar harga yang sangat rendah. Mereka bercadang untuk menjual syarikat itu dan dalam klip video itu mereka meminta RM4,000 se ekar (menjadikan jumlah keseluruhan RM50 juta).
Di antara pemilik bersama ialah Norah Abdul Rahman, ahli parlimen Tanjong Manis dan Khatijah Abdul Rahman, kakak ipar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dan apa yang dikatakan Taib berhubung dakwaan kedua-dua sepupunya itu dalam video itu apabila beliau diasak oleh para pemberita, kata beliau:
“Awak kenal, mereka itu sepupu saya? Adakah awak tahu apa hubungan di antara bapa mereka dan saya……….sama ada mesra atau tidak? Kami bergaduh pada suatu ketika dulu. Dua pupu saya itu bukannya orang yang saya paling percayai……tapi bergantunglah kepada awak.”
Apa yang dimaksudkan Taib ialah beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga sepupunya itu dan oleh itu, apa yang disebutkan oleh kedua-dua sepupunya itu harus dipandang dengan perasaan ragu dan tidak mempunyai kredibiliti.
Sememangnya Taib pernah bergaduh dengan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya’acob. Tetapi perkara itu berlaku pada tahun 1980an apabila berlaku pertembungan kepentingan kerana merebut kontrak kerajaan dan konsesi balak.
Bagaimanapun mereka berbaik semula selepas itu dan satu peristiwa yang mendapat liputan media secara meluas pada 2008 di mana mereka kelihatan berpelukan dan mengisytiharkan bahawa ‘air dicincang tidak akan putus’.
Kini pergaduhan di antara mereka telah pun tinggal dalam lipatan sejarah dan keluarga Abdul Rahman mendapat keuntungan besar daripada Taib berdasarkan kepentingan-kepentingan yang meluas dalam empayar perniagaan Taib.
Satu lagi tanda di mana terjalinnya hubungan mesra di antara kedua-dua keluarga mereka ialah Taib memilih Norah, anak perempuan Abdul Rahman untuk bertanding kerusi parlimen Tanjong Manis dalam pilihan raya umum lalu.
Ringkasnya, Taib berbohong apabila beliau mendakwa kedua-dua sepupunya itu tidak mempunyai hubungan yang baik dengannya dan justeru itu, kedua-dua sepupunya itu tidak perlu membabitkan beliau dengan mereka cipta cerita-cerita sebegini.
Lagi pun, maklumat mengenai pemilikan dan bayaran premium yang minima untuk 5,000 hektar tanah itu mudah diperolehi di pejabat pendaftar tanah dan untuk berbohong dalam isu ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. Malahan tindakan Taib untuk mempertahankan diri memberi isyarat jelas bahawa beliau bersalah seperti didakwa.
Peguam dedah korupsi Taib
Video berdurasi 16 minit itu juga memaparkan perbualan yang berasingan di antara GW dengan dua peguam yang mendedahkan tindakan Taib yang melanggar undang-undang dan terlibat dengan rasuah.
Salah seorang daripada mereka ialah Alvin Chong, peguam yang terlibat dalam urusan perniagaan keluarga Taib dan kerajaan negeri Sarawak. Seorang lagi peguam ialah Huang Lung Ong yang berusaha untuk menjual tanah bagi pihak bapa saudaranya, tokoh korporat Hii Yii Peng yang rapat dengan Taib.
Dalam perbualan dengan Alvin, GW memberitahu apa yang telah diberitahu oleh kedua-dua sepupu Taib sebelum itu berhubung cara haram yang digunakan untuk mengelak dari membayar cukai keuntungan hartanah.
Alvin juga menggariskan kaedah yang selamat tetapi secara haram yang sering digunakan oleh mereka untuk mengelak dari peraturan kerajaan bahawa pemilikan saham dalam sesebuah syarikat tempatan mestilah tidak kurang dari 51%.
Huang berusaha untuk menjual 32,000 hektar tanah dengan harga RM230 juta yang dimiliki Billion Venture, di mana bapa saudaranya Hii merupakan pemegang saham majoriti.
Beliau memberitahu GW secara terus terang bahawa untuk menjayakan urusniaga itu, vendor tersebut harus memberi komisyen peribadi kepada Taib sebanyak 10% dari nilai jualan, yang dianggap sebagai amalan biasa.
Apabila Taib mendesak para pemberita supaya membuat komen tentang pendedahan video ini, beliau mengakui beliau telah menonton video tersebut dan menganggapnya sebagai “nakal” dan tidak mempunyai kredibiliti dan beliau menafikan mempunyai orang tengah.
Kata beliau: “Boleh jadi seseorang itu mencuba untuk mempromosi dirinya untuk menjadi agen untuk mendapatkan layanan istimewa daripada saya? Ia tidak ada kena mengena dengan saya, betul?”
Jawapan yang samar-samar dan tidak relevan seperti itu berhubung pendetailan khusus tentang rasuah, salah guna kuasa dan mengelak dari membayar cukai dan keperluan statut yang didedahkan secara terang-terang oleh mereka yang berwibawa seolah-olah beliau memberitahu seluruh dunia: “Saya memang bersalah, apa jadahnya?”
Perlu disebut disini bahawa peguam Huang tidak menafikan kesahihan perbualan dalam video tersebut. Dalam satu wawancara menerusi telefon yang disiarkan Malay Mail 19 Mac lalu, beliau bagaimanapun menyifatkan perbualan tersebut sebagai “perbualan kedai kopi” dengan seorang “pelabur asing”.
Beliau menjelaskan: “Saya diperangkap. Saya meminta nasihat tentang aspek undang-undang berhubung urusan tanah. Saya mungkin telah menuturkan beberapa perkataan akibat dari kekecewaan kerana dia (pelabur asing itu) bertanyakan banyak soalan. Saya tertekan.
” Perkataan-perkataan ini dengan sendirinya menjelaskan tentang kebenaran yang didedahkan Huang berhubung amalan rasuah Taib.
Tali hayat akhir Umno?
Sebagai pemimpin Sarawak yang korup selama 32 tahun, Taib Mahmud sudah tentu tidak asing lagi dengan pelbagai skandal.
Dalam rak-rak dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini penuh dengan debu, beribu-ribu muka surat mencatat pelbagai penyelewengan dan dosa Taib yang memusnahkan hutan rimba tebal Sarawak sehingga hampir pupus.
Beliau merampok sebahagian besar kekayaan hutan balak untuk keluarga dan kroni perniagaannya secara haram dengan memusnahkan kehidupan dan alam sekitar penduduk pribumi.
Tetapi Taib tetap kebal, walaupun berbagai laporan dibuat terhadapnya dalam tempoh beberapa tahun yang silam, dilindungi oleh kemampuannya untuk menjadi juara dengan rekod memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya.
Namun, kali ini masanya luar biasa dan video Global Witness merupakan satu pendedahan yang luar biasa.
Sejak video ini tersebar beberapa tahun lalu, pendedahan di YouTube telah berjaya menarik lebih sejuta pelawat. Ini bermakna rasuah bersaiz mega Taib itu sudah tersebar ke dalam lebih sejuta rumah dan akan terus tersebar seperti api yang cepat merebak sehingga hari pengundian.
Mampukah Najib berdiam diri dan membiarkan Taib menjadi tugu peringatan sebagai tanda amalan rasuah BN sehingga menjelangnya pilihan raya umum akan datang? Tidakkah Taib yang degil dan tidak boleh disentuh itu melambangkan regim BN yang korup itu tidak mahu bertaubat dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Mungkinkah ini tali hayat terakhir sebagai isyarat keruntuhan hegemoni Umno yang berusia lebih separuh abad itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan