Posted on Monday, March 11 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Manjongmari
Satu daripada manifesto utama Pakatan Rakyat ialah menghapuskan PPPTN,, namun nampaknya dari awal lagi Umno tak bersetuju...
Menteri-menteri Umno tanpa rasa segan dan malu terus memberikan hujah bodoh tanpa fakta yang jelas?
He he sejak bila menteri ni jadi tukang ramal...
Mansuh PTPTN bawa 'bencana'
Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my
Tolong imbau kembali,, bila PAS berjaya memerintah negeri Kelantan tahun 1990, apa yang pemimpin Umno cakap... Kerajaan Kelantan Pas hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja..... namun apa yang terjadi dengan ramalannya itu?..
Kesian orang-orang melayu,, asyik nak kena tipu aja dengan pemimpin mereka,,, belum cuba belum tahu,, bagi peluang dahulu....lepas tu baru buat penilaian...
Sumber: manjongmari.blogspot.com
kisah tragis, amat tragis.
Posted on Monday, March 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: abanag
"Jantung siapakah?
KISAH di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya, sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superintendan Ibrahim. Yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain.
Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan. Kedua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
sabahkini.net"
Polis tak temui terowong bawah tanah
Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan
Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah
yang dibina sejak November lepas. "Setakat ini kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai adanya terowong itu.
"Malah, apabila tentera mengadakan serangan udara pun kami tidak temui terowong bawah tanah itu, yang ada cuma kereta yang hancur," katanya hari ini ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah.
Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang.
Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja."
Mengulas mengenai insiden seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis semalam, Hamza berkata kejadian itu berlaku di dalam liputan kawasan operasi.
Tegasnya apabila berada dalam kawasan operasi, kesiapsiagaan pasukan keselamatan sememangnya berada pada tahap yang tertinggi dan tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak musuh untuk membuat serangan balas.
"Dalam apa keadaan sekali pun kita akan bertindak sebab itu pasukan keselamatan sering mengingatkan orang ramai jangan menghampiri kawasan operasi," katanya.
- Bernama
Penduduk nekad tinggalkan Kg Tg Labian
Bimbang
dengan keselamatan diri dan keluarga, sebilangan penduduk Kampung
Tanjung Labian, yang diceroboh kumpulan bersenjata dari Sulu, dilihat
nekad meninggalkan kediaman masing-masing. Gerakan kumpulan militan yang dipercayai masih berada di kawasan itu merisaukan penduduk yang khuatir akan menjadi sasaran, terutama selepas mereka terdengar beberapa das tembakan dilepaskan berhampiran kampung itu.
Tinjauan Bernama bersama beberapa petugas media lain ke kampung itu hari ini mendapati jalan masuk lengang manakala beberapa rumah sekitarnya seperti terbiar, malah ada yang tidak berkunci.
Turut ditemui sekumpulan 30 penduduk yang dalam perjalanan keluar dari kampung berkenaan untuk mencari perlindungan di kawasan lebih selamat, termasuk di lokasi penempatan sementara yang disediakan.
Noraina Patah, 29, berkata beliau sekeluarga nekad keluar dari kampung itu demi keselamatan walaupun terpaksa meninggalkan beberapa barangan penting.
"Saya amat cemas bila terdengar bunyi beberapa das tembakan hari ini, dan kerana bimbang dengan keselamatan, kami sekeluarga nekad meninggalkan kampung secepat yang mungkin," katanya yang menaiki motor bersama suami, Mohamad Razak, 30, dan anak perempuan berusia tiga tahun.
Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Jol, 25, juga mengambil keputusan sama apabila membawa keluarganya dalam sebuah kereta Kancil.
"Saya amat takut, sebab itu saya cepat-cepat larikan diri. Saya belum tahu mahu ke mana lagi, mungkin ke dewan orang ramai," katanya yang enggan memberhentikan kenderaan lebih lama.
Lebih menyedihkan apabila ada penduduk tidak memiliki kenderaan dilihat terpaksa berjalan kaki malah ada yang membawa anggota keluarga yang kurang upaya menggunakan kereta sorong.
Acar Jalil, 21, pula berkata masih ada segelintir penduduk yang tidak meninggalkan kampung itu kerana faktor kesihatan.
"Ada yang masih tertinggal bang... saya tidak berani menolong mereka yang lain kerana saya perlu menyelamatkan nyawa keluarga saya dahulu. Yang tidak dapat keluar lagi sebab ada antara mereka yang sakit dan tiada kenderaan," katanya.
Jasimin Abdul Samad, 35, pula berkata beliau yang datang dari arah Embara Budi masih tidak tahu sama ada hendak masuk atau menunggu sahaja keluarganya di luar kawasan operasi memandangkan Kampung Tanjung Labian telah diisytihar sebagai zon merah.
"Saya masih keliru kerana saya juga tidak yakin untuk masuk ke sana mengambil keluarga saya. Saya minta pendapat kamu semua boleh atau tidak saya masuk?" katanya yang kelihatan cemas, sambil memohon petugas media memberi semangat kepadanya.
Raut wajah yang sedih dan gusar nyata menggambarkan keadaan Jasimin yang tidak keruan malah dia dilihat berapa kali mundar-mandir di sekitar pos kawalan keselamatan.
Pasukan keselamatan melancarkan Op Daulat di kawasan sekitar Lahad Datu berikutan insiden pencerobohan kumpulan militan bersenjata dari Selatan Filipina, yang berlarutan sejak 12 Feb lepas.
- Bernama
Hakim Marlon kunjungi TG Nik Aziz
Harakahdaily, | 11 Mac 2013 |
(Hakim Marlon bergambar kenangan dengan TG Nik Aziz dan tetamu yang lain)
KOTA BHARU: Hakim Marlon Reis dan isteri dari negara Brazil telah membuat kunjung hormat kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena lawatannya ke Malaysia.
Beliau ke Malaysia atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai seminar antarabangsa pilihan raya si Malaysia.
Hakim Marlon adalah salah seorang panelis International Conference on Malaysia 13-General Election di Royal Lake Club, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kunjungan sehari Hakim Marlon dan isterinya ke Kelantan adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman Brazil dalam menggerakkan 5 juta masyarakat sivil Brazil dalam memerangi rasuah bersama aktivis di Kelantan.
Sebagai seorang Hakim, beliau juga telah menyebabkan 700 calon pilihanraya sabit kesalahan rasuah dalam pilihanraya.
Jaringan kerjasama itu dibuat antara 51 buah organisasi besar di Brazil yang terdiri daripada Majlis Peguam, persatuan jurutera, persatuan gereja Katolik dan Protestan, persatuan wartawan, kesatuan sekerja, persatuan pendakwaraya dan banyak lagi.
Golongan-golongan ini telah bersatu dalam satu gerakan yang dikenali dengan nama Movement Combat Anti Corruption Election, (MCCE) di Brazil.
Sewaktu kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Kelantan, beliau menyatakan cukup teruja dengan keramahan dan kecantikan negeri ini.
Sebelum berjumpa Tuan Guru, beliau telah membuat pertemuan dengan aktivis pergerakan Pemantau Kelantan dan Royalti, juga berkunjung ke Pejabat SPRM Kelantan.
Pada sesi petang, beliau bersama anggota Kelantan Backbenchers (BBC) dan Jabatan Hal Ehwal Undang-undang PAS (JUHAM) sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
Mohamad Sabu disambut luar biasa di Sibuti
Harakahdaily, | 11 Mac 2013 |
(Sambutan untuk Mohamad Sabu di Sibuti dari masyarakat pelbagai kaum)
SIBUTI (Miri): Kunjungan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu ke Miri dan Sibuti baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat berbagai kaum di Sarawak.
Pada sebelah pagi Sabtu yang lalu, rombongan PAS Miri bersama Mat Sabu telah merasmikan jentera Pilihanraya PAS kawasan Sibuti di kampong Sepupuk, Niah.
Kedatangan Mat Sabu serta pimpinan dari Pakatan Rakyat disambut dengan tarian tradisional masyarakat tempatan.
Inilah pertama kali dalam sejarah PAS Sarawak mendapat sambutan diluar jangkaan dimana lebih dari seribu orang penduduk tempatan dari berbagai kaum yang berada di sekitar kawasan Sibuti memberi sokongan moral kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menjayakan program PAS di kawasan Niah.
Diantara yang hadir pada majlis tersebut selain dari timbalan presiden PAS ialah timbalan pesuruhjaya PAS Sarawak merangkap YDP PAS Miri, Jofri Jaraiee, Robby Tandang Pemuda PAS Sibuti, Baru Bian pengerusi PKR Sarawak, Dr Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri, Alan Ling DAP Miri dan lain-lain pemimpin dari Pakatan Rakyat.
Antara ucapan Mat Sabu ialah mengenai janji Umno dengan penduduk Sulu yang berakhir dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan pusat menyiasat sepenuhnya kejadian tersebut dengan mengeluarkan kertas putih.
Mat Sabu juga mengingatkan penduduk tempatan supaya berani menukarkan kerajaan kerana selama ini rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan sedangkan pemimpin mereka hidup dalam kemewahan.
"Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi mengapa rakyat hidup dalam kemiskinan maka inilah tiba masanya rakyat Sarawak menukar kerajaan yang lebih baik dan adil untuk semua dalam PRU13 nanti," katanya.
"Semoga dengan kedatangan Hj Mat Sabu ke Sibuti akan memberi semangat baru kepada gerak kerja PAS Sarawak untuk berusaha lebih kuat lagi dan sistematik untuk menawan kerusi parlimen di Sarawak dalam PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi," kata Jofri Jaraiee kepada Harakahdaily.
Katanya, kerjasama PAS, DAP serta Keadilan amat diperlukan untuk menawan Putrajaya.
"Sebarang perselisihan faham harus diatasi secara berhikmah dan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu dihebahkan kepada orang ramai untuk mengelak salah faham dan isu ini akan di eksploitasi oleh
pihak BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal mengatasinya dengan baik.
"Semoga Pakatan Rakyat berjaya dalam misinya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti. Insya Allah," katanya.
Lahad Datu the movie: 'melepas anjing tersepit' Posted on Monday, March 11 @ 10:06:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: abanag
"
sejak sekian lama, Nur Mesuari, dibantu dan sebahagian komradnya dilatih di Sabah.
kini dalam keadaan meruncing, beliau menunjukkan 'belang', bersekongkol dengan ketua pemberontak sulu yg menceroboh Lahad Datu."
Air S'gor: Khalid sedia dedah surat Peter Chin
Harakahdaily, | 11 Mac 2013 |
Selangorku melaporkan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan melakukan perkara terbabit dengan tertib dan bertanggungjawab melalui iklan di surat khabar.
Katanya, perkara itu akan dilakukan tidak lama lagi selepas Peter dikatakan berdolak dalik dalam isu penstrukturan semula industri air di negeri itu.
Peter sebelum ini mendakwa Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sepatutnya mendapatkan persetujuan daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terlebih dahulu dalam membuat tawaran mengambil alih empat syarikat konsesi.
Peter berkata tindakan KDEB yang tidak berbincang terlebih dahulu dengan PAAB sebelum mengaitkan PAAB dalam tawaran itu adalah tidak munasabah.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata dalam surat maklum balas yang dihantar oleh Menteri (Peter) itu memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan mengalu-alukan usaha KDEB untuk membuat tawaran pengambilalihan itu.
“Saya harap Peter tidak berdolak dalik kerana kita sudah tulis surat kepada beliau dan memberitahu proses ini perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan.
“Kalau beliau tidak jawab maknanya beliau bersedia untuk beri kelulusan itu dan jika beliau tidak beri kelulusan, saya akan bawa rakyat Selangor berjumpa dengan beliau serta soalkan kepada beliau kenapa kelulusan tidak boleh diberi.
“Beliau seorang peguam, tidak boleh berdolak dalik dalam percakapan beliau, saya malu bagi pihak beliau kerana beliau bukan orang Selangor, beliau orang Sarawak, jangan malukan orang Sarawak..bahawa ada orang Sarawak yang tidak mahu membantu dalam usaha pembangunan rakyat. Boleh jadi di Sarawak buat macam itu tetapi di Selangor tidak boleh.
“Saya akan keluarkan surat-surat itu dan saya akan lakukan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab. Saya akan beli iklan di surat khabar sebab saya tahu surat khabar tidak akan tulis perkara ini, lebih baik saya beli iklan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Perangsang Bersama Rakyat di Dataran Jaya Setia, semalam.
Pada 20 Februari tahun ini, KDEB membuat tawaran berjumlah RM9.65 bilion untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga (M)Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).
Syabas PR Selangor, 5 tahun yang cemerlang
Zaman Shah Saiyan, |
Diam
tak diam PR Selangor sudah memerintah negeri yang kaya ini genap lima
tahun, kuasa yang diberi oleh rakyat Selangor benar-benar digunakan
untuk memajukan ekonomi rakyat Selangor. Segala manifesto yang dirangka
sebelum PRU12 sudah 90% dilaksanakan dengan begitu cemerlang sekali,
biar pun ada mulut-mulut busuk bau longkang yang mengatakan kerajaan PR
telah gagal melaksanakan kesemua janji-janjinya. Hanya orang yang buta
hati sahaja yang beranggapan demikian.
Sifat irihati dan dengki di kalangan pembangkang di Negeri Selangor cukup ketara sekali, cakap-cakap mereka tentang kegagalan kerajaan PR Selangor tidak benar sekali. Mereka becakap sekadar sedap mulut mereka. Biasalah pembangkang, akan kata apa sahaja program ekonomi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR). Semuanya dikata tak berjaya. Alahai…
Saya petik dari fb Menteri Besar sebahagian inti ucapan beliau di Program Lima Tahun Pemerintahan PR;
Ucapan:
“Hampir RM800 juta sudah dibelanjakan untuk rakyat Selangor mengikut konsep hasil negeri untuk rakyat.
RM40 juta telah diberikan khas untuk wanita melalui Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL).
RM5 juta diperuntukkan kepada wanita pekerja ladang juga untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
RM50 juta akan digunakan sebagai pemangkin pembinaan rumah mampu milik.
Pentadbiran kerajaan negeri bukan sahaja mengembalikan hasil kepda rakyat malah turut mengumpulkan rizab RM 2.6 billion.“
Nah, apa lagi yang tidak betul pada tanggapan pembangkang Umno BN. Berjuta-juta telah digunakan untuk melaksanakan program ekonomi untuk rakyat. Bukan mereka agih-agihkan hak rakyat untuk kroni-kroni mereka. Tidak seperti mereka sebelum ini. Segalanya difaraidkan untuk kroni dan anak beranak mereka. Harta rakyat seperti emak abah mereka yang punya.
Melihat pada rizab yang terkumpul RM2.6 billion itu saya yakin, para pemimpin pembangkang pasti kemelecer dan lahap untuk merampas balik Selangor ini. Siang malam, pagi petang asyik mencari kesalahan dan kesilapan kerajaan Negeri Selangor (PR). Mereka tidak lena tidur melihat angka RM2.6 billion itu. Pasti dan pasti mereka gila meroyan mahu merampas Selangor semula, biar apa dengan cara sekali pun. Pengundi hantu pun pengundi hantulah yang penting menang, begitulah rakusnya cita-cita mereka.
Sebagai rakyat Selangor, yang tidak mahu melihat zaman gelap dulu, cukuplah untuk Umno BN untuk cuba memikat hati rakyat Selangor. Janganlah zaman gelap yang lalu berulang di bumi yang kaya dengan hasil mahsulnya ini. Marilah kita pertahankan negeri ini dari dirampas oleh tangan-tangan hitam yang rakus yang tidak pernah pun tahu susah payah rakyat selama ini.
Syabas PR Selangor, 5 tahun yang cemerlang.
Sifat irihati dan dengki di kalangan pembangkang di Negeri Selangor cukup ketara sekali, cakap-cakap mereka tentang kegagalan kerajaan PR Selangor tidak benar sekali. Mereka becakap sekadar sedap mulut mereka. Biasalah pembangkang, akan kata apa sahaja program ekonomi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR). Semuanya dikata tak berjaya. Alahai…
Saya petik dari fb Menteri Besar sebahagian inti ucapan beliau di Program Lima Tahun Pemerintahan PR;
Ucapan:
“Hampir RM800 juta sudah dibelanjakan untuk rakyat Selangor mengikut konsep hasil negeri untuk rakyat.
RM40 juta telah diberikan khas untuk wanita melalui Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL).
RM5 juta diperuntukkan kepada wanita pekerja ladang juga untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
RM50 juta akan digunakan sebagai pemangkin pembinaan rumah mampu milik.
Pentadbiran kerajaan negeri bukan sahaja mengembalikan hasil kepda rakyat malah turut mengumpulkan rizab RM 2.6 billion.“
Nah, apa lagi yang tidak betul pada tanggapan pembangkang Umno BN. Berjuta-juta telah digunakan untuk melaksanakan program ekonomi untuk rakyat. Bukan mereka agih-agihkan hak rakyat untuk kroni-kroni mereka. Tidak seperti mereka sebelum ini. Segalanya difaraidkan untuk kroni dan anak beranak mereka. Harta rakyat seperti emak abah mereka yang punya.
Melihat pada rizab yang terkumpul RM2.6 billion itu saya yakin, para pemimpin pembangkang pasti kemelecer dan lahap untuk merampas balik Selangor ini. Siang malam, pagi petang asyik mencari kesalahan dan kesilapan kerajaan Negeri Selangor (PR). Mereka tidak lena tidur melihat angka RM2.6 billion itu. Pasti dan pasti mereka gila meroyan mahu merampas Selangor semula, biar apa dengan cara sekali pun. Pengundi hantu pun pengundi hantulah yang penting menang, begitulah rakusnya cita-cita mereka.
Sebagai rakyat Selangor, yang tidak mahu melihat zaman gelap dulu, cukuplah untuk Umno BN untuk cuba memikat hati rakyat Selangor. Janganlah zaman gelap yang lalu berulang di bumi yang kaya dengan hasil mahsulnya ini. Marilah kita pertahankan negeri ini dari dirampas oleh tangan-tangan hitam yang rakus yang tidak pernah pun tahu susah payah rakyat selama ini.
Syabas PR Selangor, 5 tahun yang cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan