'M'sia akan beli 18 pesawat tempur baru'
Malaysia
menyenarai pendek lima pengilang bagi mendapatkan 18 pesawat tempur
menjelang 2015 bagi menggantikan MIG-29 buatan Rusia yang sudah berusia,
kata menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Syarikat disokong British Eurofighter Typhoon, SAAB JAS-39 Gripen (Sweeden), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Boeing's F/A 18E/F Super Hornet dan Sukhoi Su-30 (Rusia) sudah disenarai pendek, Zahid dipetik sebagai berkata kepada Reuters.
"Kami sudah buat senarai pendek," kata Zahid ketika ditemui di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.
"Kami belum tahu lagi berapa kosnya."
Sumber industri memberitahu, pembelian itu boleh menjangkau angka berbilion dolar.
Langkah itu bagi memodenkan kuasa udara di Asia Tenggara ekoran pertikaian dengan China berhubung sebahagian kawasan di Laut China Selatan dan pencerobohan pengganas daripada Selatan Filipina berhubung isu Sabah.
Keputusan itu dijangka hanya dibuat selepas pilihan raya umum yang mesti dilangsungkan sebelum penghujung Jun.
MP BN pelawa Kit Siang bertanding di Johor Jaya
BN
Pasir Gudang tidak gentar jika veteran DAP Lim Kit Siang mahu bertanding
di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada pilihan raya umum
ke-13 ini.
Malah kata pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mereka mengalu-alukan Lim bertanding di situ jika penasihat DAP itu sanggup menerima malu ditolak pengundi kawasan Parlimen Pasir Gudang.
"BN Pasir Gudang akan jadikan keputusan Lim (bertanding di DUN Johor Jaya) sebagai pecaturan paling tidak tepat yang pernah dibuatnya," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai desas-desus Lim sedang 'mengintai' kerusi DUN Johor Jaya yang terletak dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang, selain bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Kerusi DUN Johor Jaya disandang Tan Cher Puk daripada MCA yang mengatasi Md Nasir Ab Wahab (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 10,488 undi pada pilihan raya umum 2008.
Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Ipoh Timur itu bahawa pakatan pembangkang yakin akan merampas kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor Baharu dan Pasir Gudang, Mohamed Khaled berkata itu hanya 'cakap-cakap' bagi melemahkan semangat BN.
"Rakyat pun tahu siapa sebenarnya juara mereka dan kita mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat berbanding pembangkang yang hanya pandai mengambil kesempatan," katanya.
Lim dalam ceramahnya di Taman Desa Harmoni di sini malam semalam, berkata pakatan pembangkang mampu menawan semua kerusi termasuk kerusi DUN di bawah ketiga-tiga kawasan parlimen itu.
- Bernama
Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.
Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.
“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.
“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam.
Beliau juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR.
SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut.
Laporan Sin Chew Daily menyebut, pegawai SPRM dari Putrajaya menjalankan serbuan ke atas firma guaman tersebut di Kuching pada pagi Selasa lalu.
Pasukan itu bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan polis Kuching apabila dihalang oleh beberapa orang individu yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut.
Ketua polis daerah Kuching Roslan Bek Ahmat memberitahu akhbar berbahasa Cina tersebut bahawa polis hanya membantu SPRM dari segi keselamatan dan tidak terlibat dalam serbuan berkenaan.
Pegawai SPRM yang ditemani seramai 10 orang polis berpakaian preman berjaya memasuki firma Chong pada petangnya untuk menjalankan tugas mereka.
Pasukan itu mengambil masa selama beberapa jam dan meninggalkan pejabat berkenaan bersama beberapa dokumen.
Akhbar berkenaan, yang memetik sumber, melaporkab bahawa Ching tidak kembali ke pejabatnya sejak video berhubung dakwaan rasuah tersebut itu disiarkan pada 19 Mac lalu.
Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari Rabu lalu memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan ke atas kes berkenaan sedang dijalankan.
Malah kata pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mereka mengalu-alukan Lim bertanding di situ jika penasihat DAP itu sanggup menerima malu ditolak pengundi kawasan Parlimen Pasir Gudang.
"BN Pasir Gudang akan jadikan keputusan Lim (bertanding di DUN Johor Jaya) sebagai pecaturan paling tidak tepat yang pernah dibuatnya," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai desas-desus Lim sedang 'mengintai' kerusi DUN Johor Jaya yang terletak dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang, selain bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Kerusi DUN Johor Jaya disandang Tan Cher Puk daripada MCA yang mengatasi Md Nasir Ab Wahab (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 10,488 undi pada pilihan raya umum 2008.
Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Ipoh Timur itu bahawa pakatan pembangkang yakin akan merampas kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor Baharu dan Pasir Gudang, Mohamed Khaled berkata itu hanya 'cakap-cakap' bagi melemahkan semangat BN.
"Rakyat pun tahu siapa sebenarnya juara mereka dan kita mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat berbanding pembangkang yang hanya pandai mengambil kesempatan," katanya.
Lim dalam ceramahnya di Taman Desa Harmoni di sini malam semalam, berkata pakatan pembangkang mampu menawan semua kerusi termasuk kerusi DUN di bawah ketiga-tiga kawasan parlimen itu.
- Bernama
Polis: Papagomo dibuang kerja, bukan pengundi pos
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan
Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo,
dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi
tersenarai sebagai pengundi polis.Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.
Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.
“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.
“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam.
Beliau juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR.
SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut.
SPRM serbu firma peguam dalam video Global Witness
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan ke atas pejabat
peguam Alvin Chong yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa
Global Witness.Laporan Sin Chew Daily menyebut, pegawai SPRM dari Putrajaya menjalankan serbuan ke atas firma guaman tersebut di Kuching pada pagi Selasa lalu.
Pasukan itu bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan polis Kuching apabila dihalang oleh beberapa orang individu yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut.
Ketua polis daerah Kuching Roslan Bek Ahmat memberitahu akhbar berbahasa Cina tersebut bahawa polis hanya membantu SPRM dari segi keselamatan dan tidak terlibat dalam serbuan berkenaan.
Pegawai SPRM yang ditemani seramai 10 orang polis berpakaian preman berjaya memasuki firma Chong pada petangnya untuk menjalankan tugas mereka.
Pasukan itu mengambil masa selama beberapa jam dan meninggalkan pejabat berkenaan bersama beberapa dokumen.
Akhbar berkenaan, yang memetik sumber, melaporkab bahawa Ching tidak kembali ke pejabatnya sejak video berhubung dakwaan rasuah tersebut itu disiarkan pada 19 Mac lalu.
Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari Rabu lalu memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan ke atas kes berkenaan sedang dijalankan.
Mahathir: Ada sebab PM tak bubar Parlimen
Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin pembubaran automatik
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tengah malam tadi tidak akan
memberi kesan kepada prestasi BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
"Banyak benda kalau tak pernah mesti ada 'pertama kali', kita tengoklah macam mana," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara PWN Excellence Sdn Bhd dan Weststar Aviation Service Sdn Bhd, di Langkawi hari ini.
Dr Mahathir diminta mengulas mengenai pembubaran DUN Negeri Sembilan secara automatik yang merupakan pertama kali dalam sejarah politik negara dan sama ada ia baik atau tidak untuk BN.
"Pagi ini saya baca suratkhabar...ada sebab-sebabnya kenapa Datuk (Seri) Najib (Razak) tak bubar parlimen, ada beberapa perkara yang nak diselesaikan," katanya.
Beliau juga yakin pilihan raya umum dapat diadakan serentak bagi negeri-negeri dan persekutuan.
Diminta mengulas jumlah peruntukan pertahanan yang sedikit dalam belanjawan berbanding dengan negara-negara Asean lain, beliau berkata prioriti kerajaan ialah untuk pendidikan.
"Kita biasa belanja hingga 25 peratus (daripada belanjawan tahunan) untuk tujuan itu. Pertahanan, kita tidak anggap sebagai yang diutamakan, memandangkan kita tidak mempunyai musuh di sekeliling kita. Tapi kita biasa dengan perang gerila," jelasnya.
Dr Mahathir berkata apa yang diperlukan oleh sektor pertahanan negara sekarang ialah bekalan dan peralatan untuk 'perang gerila' dan sempadan laut.
Beliau juga yakin kerajaan akan menambah kemampuan pertahanan terutama untuk maritim, sebagai contoh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan sekarang memiliki lebih 200 bot, termasuk yang berkelajuan sehingga 60 batu sejam.
"Setakat ini kita mampu pertahan negara dengan kelengkapan yang ada tapi kita harus buat persediaan mungkin akan ada tindakan yang lebih besar dari sekarang.
"Dalam pertahanan, kita mesti mempunyai kemampuan pertahanan melebihi kemungkinan serangan dari pihak lain," kata Dr Mahathir.
Sementara itu, beliau berkata penjualan senjata kecil dan ringan perlu dikawal kerana ia didapati banyak dijual kepada pihak tertentu.
Perkara ini sedang dibincangkan di mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan kawalan pengeluaran dan penjualan senjata jenis itu, katanya.
"Sementara senjata yang besar tidak begitu laris dan tidak digunakan oleh gerila, yang digunakan oleh mereka dan pasukan yang tidak bertanggungjawab ialah senjata ringan," katanya.
Ketika ditanya bilakah masa yang sesuai untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dalang di sebalik pencerobohan di Sabah, beliau berkata:
"Saya berpendapat bahawa orang ini akan teruskan serangan. Jadi kita tak perlu tunggu, ada masa yang sesuai kita buatlah."

Abang rogol adik 15 tahun dipenjara 15 tahun
Seorang
abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di
Petaling Jaya kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung
perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas.
Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara Oktover 2006 hingga November tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dan hasil hubungan sumbang mahram tersebut, adiknya telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki.
Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kimia mendapati tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa.
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia menanggung keluarga.
Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sebagai abang sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga darah dagingnya sendiri tetapi telah mengambil kesempatan.
Zhafran berkata ini bukan kesalahan pertama tertuduh kerana sebelum ini pernah melakukan kesalahan sama pada mangsa sehingga melahirkan anak tetapi telah meninggal dunia dan ini menunjukkan tertuduh tidak insaf.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan