Tok Janggut
From Wikipedia, the free encyclopedia
|
This article may require cleanup to meet Wikipedia's quality standards. (October 2007) |
Brief Biography
Tok Janggut received his early education in Mecca and was a master of silat, a Malaysian martial art. After the Anglo-Siamese Treaty of 1909, Britain took over the administration of Kelantan from Siam, and immediately made significant changes in the administration system. This served as the trigger for rebellion for Tok Janggut.Factors of the rebellion
There were several causes:- Engku Besar lost of power - Engku Besar Tuan Ahmad Ibni Al-Marhum Tengku Sri Maharaja Tua Engku Chik Pandak was a grandson of Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Tengku Sri Maharaja Perdana Mantri Long Gafar of Limbat,[1] a hereditary chieftain and lord of east Kelantan. Long Gafar was a Reman prince, colleague of Long Yunus and co-founder of unified Kelantan. Engku Besar Tuan Ahmad was the ruler of Jeram who had for long enjoyed the respect and loyalty of the local people but who had lately felt that their feelings for him had declined because the new district officer had undermined his status.[2] He rebelled against the authority of the Sultan of Kelantan and attempted to set up his own state, April 1915. Fled to Reman when the Sultan re-established his authority with British help at the end of May.[3]
- Jihadism- Tok Janggut was influenced by the message of Jihadism promulgated during the Ottoman Empire in the early 20th century, which advocated the fight against Western imperialism
- New tax system - The British adviser, W. Langham-Carter, even denied that the new tax-system was the major cause of the trouble. He attributed the whole plot efforts originiting in Kota Bharu to oust the British the new land tax that involved both aristocrats there, whom he labelled "Tengkus" and the Sultan. According to Langham-Carter, however, the aristocrats' ultimate aim was to overthrow the sultan.[4] Britain was making it harder for everyone to pay the tax by either putting them in prison or fining them. Besides, the behaviour of the British tax officers there seemed unpleasant for the Kelantan civilians who came there to pay the tax.
- Resentment against non-Kelantanese in general such as Sikhs and Singapore-born Malay D.O. of Pasir Puteh, Abdul Latif and anti-British sentiment[5]
- Sultan's ambivalent attitube towards the rising, the folk legend of Tok Janggut's disguised pursuit of revenge against the Sultan, and alleged conspiracy among the Kelantanese aristocrats to oust the Sultan[6]
Rebellion
On 29 April 1915, the administration of Jeram, Pasir Puteh, Kelantan subsequently fall to Britain's hands. One of the British officers, Encik Latiff took over the administration of Kelantan from the local leader, Engku Jeram. Things seem to go out of control as Encik Latiff, an out-sider and whose native state is not Kelantan, was very stern and firm about collecting tax in Kelantan.Engku Besar Jeram, called upon Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak Merbol and Penghulu Adam, to discuss social issues of Kelantan. They also signed a pact which prohibits any one of them to co-operate with the Britain. Not surprisingly, their independence fight gained support from most Kelantan residents, which worried Encik Latiff. He decided to end the situation before any possible revolt occurs.
On 29 April 1915, Encik Latiff sent Sergeant Sulaiman, better known as Sergeant Che Wan, to arrest Tok Janggut for failing to pay the government tax. Tok Janggut agreed but refused to walk in front of them and a fight occurred, in which Tok Janggut manages to stab the sergeant.
Following the event, Tok Janggut assembled all his men and marched towards to Pasir Puteh. Encik Latiff, out of fear, quickly fled Pasir Puteh before the invasion. Here, Tok Janggut fought a battle against the British forces in which ultimately, they are successful. They remained in Pasir Puteh for three days and declared the independence of Pasir Puteh from British rule. Engku Besar Jeram was selected King of Pasir Puteh and Tok Janggut as Prime Minister. Britain immediately decreed Tok Janggut and his fellow comrades as 'traitors.' Britain also promised a reward of $500 for the person who caught Tok Janggut or his comrades, dead or alive.
As a result of Tok Janggut's refusal to surrender, British officers in Kelantan took immediate action by burning down Tok Janggut's house, as well as his followers' houses, too. Tok Janggut immediately replied by laying a siege on Pasir Puteh. This time, luck was on Britains' side, Tok Janggut was killed in the gruesome battle near Kampung Pupuh. His dead body was exhibited throughout Kota Bharu and Pasir Puteh and was hung for several days in front of the Kelantan Royal Palace. Tok Janggut's body was buried in Pasir Pekan afterwards, ending the rebellion against British rule in Kelantan.
References
- ^ http://www.royalark.net/Malaysia/kelant3.htm
- ^ To' Janggut History: A Bibliographic Essay: Cheah Bon Kheng pages 39
- ^ Tuan Ahmad bin Engku Chik Pandak, Engku Besar of Jeram. DH of Jeram until 1905. Rebelled against the authority of the Sultan of Kelantan and attempted to set up his own state, April 1915. Fled to Reman when the Sultan re-established his authority with British help at the end of May. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant3.htm
- ^ To' Janggut History: A Bibliographic Essay: Cheah Bon Kheng pages 28-29
- ^ To' Janggut History: A Bibliographic Essay: Cheah Bon Kheng pages 28
- ^ To' Janggut History: A Bibliographic Essay: Cheah Bon Kheng pages 28
Pendekar Sufi - Siri 1 - Tok Janggut @ Hj Mat Hassan ( Sempena mengingati 94 tahun mati syahidnya pada 24 Mei 1915. Al-Fatihah)
Tajuk : Pendekar Sufi - Siri 1- Hj Mat Hassan @ Tok Janggut
( sempena mengingati 94 tahun mati Syahidnya pada hari ini 24 Hb Mei 1915.)
Artikel Oleh Sangtawal Sakranta :
Sumber : sumber 1 sumber 2 sumber 3 sumber 4
Sesungguhnya kita perlu belajar dari sejarah.Jika kita tidak mahu mengambil iktibar dari sejarah pun,cukuplah kiranya kita tidak membenarkan sejarah itu berulang kembali dalam hidup kita. Melihat gelora politik Mei 2009 di Perak,penderhakaan rakyat kepada raja ,ancaman wabak Influenza A H1N1 di Malaysia,kemerosotan ekonomi dunia dan banyak perkara lagi yang terjadi dalam bulan Mei ini,maka ingin saya menyorot kembali kisah dan gelora perjuangan jihad sebenar Tok Janggut pada Mei 1915.Pada hari ini ,24 Mei 2009 genaplah tempoh 94 tahun seorang pejuang islam sebenar mati syahid dan mayatnya digantung sonsang secara paling hina oleh penjajah.
Perjuangan sebenar Tok Janggut cuba dinafikan penjajah,malah istilah perjuangan ‘jihad’ itu ditukar kepada ‘penderhakaan kepada raja’ dan ‘pemberontakan melawan Inggeris’.Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama pejuang jihad ini dengan meletakkan nama ‘Tok Janggut’ kepada Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas yang merupakan seorang ulama dan pendekar sufi yang pernah menjadi murid bersama Tok Kenali kepada Tokku Paloh dan beliau juga adalah murid kepada Sheikh Wan Ahmad Al-fathani semasa menuntut di Mekah.Ini adalah kerana Inggeris ingin memperlekehkan perjuangan suci Tok Janggut untuk membela agama,bangsa dan negara.
Gelaran tok janggut iaitu satu jolokan atau ejekan kepada seorang tua yang menyimpan janggut panjang ini sudah cukup untuk menutup kebenaran sejarah perjuangan bangsa kita menentang penjajah.Jika tidak ,nama baik dan maruah Inggeris akan terjejas sebagai kuasa besar dunia.Oleh itu manusia bernama Tok Janggut ini harus dibunuh dengan apa cara sekalipun dan pengaruhnya perlu dihapuskan di muka bumi melayu ini. Apabila tokoh yang juga ulama itu dibunuh, mereka sedar yang ‘aura perjuangan’ Hj Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.Tidak cukup dengan itu mereka menjalankan perang saraf pula untuk terus memburukkan nama Hj Mat Hassan sehinggalah beliau dilabel sebagai penderhaka, pemberontak dan pengkhianat negara.
Hj mat Hassan atau Tok Janggut dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram,Pasir Puteh , Kelantan pada tahun 1850. Ayahnya ,Panglima Munas adalah seorang panglima istana yang setia kepada raja.Dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram dan beliau juga adalah seorang pendekar yang mewarisi darah dan bakat ayahandanya iaitu seorang panglima raja.
Setelah pengisian ilmu fizikal dan bela diri sudah dikuasai sepenuhnya,beliau merantau pula untuk belajar ilmu agama hingga ke Makkah. Beliau pernah berguru dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani. Tahukah kita siapa Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani ini? Beliau adalah merupakan guru agama bertaraf wali kepada hampir seluruh ulama nusantara ini pada masa itu!Hebatnya beliau ialah kerana beliau adalah orang melayu yang telah diiktiraf menjadi guru agama mengajar di Makkah kerana ketinggian ilmunya! selain itu Syeikh Ahmad ini merupakan pengasas kepada persatuan orang Melayu di luar negara iaitu Jami’atul Fathaniyah di Mekah dan dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Ketua Jawatankuasa Percetakan Kerajaan Othmaniyyah. Malah beliau juga dianugerahkan kerakyatan Uthmaniyyah pada 1889.
Sebenarnya penjajah ketika itu amat gerun dan takut kepada ulama atau haji yang baru pulang dari Makkah atau negara timur tengah.Gerak geri dan tindak tanduk mereka sering diperhatikan dan dikaji apatah lagi perhatian yang serius perlu diberikan kepada Hj Mat Hassan ini yang pulang membawa amanah jihad gurunya perlu dihapuskan segera.Di Indonesia,Orientalis barat seperti Dr. Christian Snouck Hugronje telah membuat satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat khususnya di Acheh.
Hasil dari penyelidikan Snock Hugronje, beliau mengatakan:
“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban, iaitu simbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap, termasuk politik maka kelompok Haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa….”
Betapa hebatnya pengaruh orang bergelar ‘Haji’ ketika itu sehinggakan pihak British mengeluarkan arahan memaksa Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah perintah melarang rakyat (yang dikalangannya terdapat ramai ulama) menyokong kerajaan Turki Uthmaniyyah. Malah British juga memaksa mufti Kelantan ketika itu mengeluarkan satu surat sokongan supaya menyokong kerajaan British dalam peperangan!
Ketika Hj Mat Hassan atau Tok Janggut berusia 52 tahun dan masih menuntut di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Wan Ahmad yang berasal dari Patani memberi amanat supaya muridnya itu pulang, berikhtiar dan berjuang untuk membebaskan tanah jajahan Patani yang dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris juga mula melebarkan penjajahan mereka ke negeri Melayu di utara dan timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai barat Semenanjung. Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Hj Mat Hassan pulang ke kampung halamannya di Kelantan pada tahun 1910, tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik Mulut Merah dengan gelaran Sultan Muhamad Shah IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu bermulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti Balai Polis dan Mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui oleh orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk tempatan.
Pada tahun 1914, seorang wakil Inggeris yang berasal dari Singapura bernama Abdul latiff telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latiff telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai Kerajaan Kelantan iaitu agenda Inggeris termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala RM1.00 setahun, pokok buah-buahan 12.5 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah RM1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.
Pada pendapat saya Abdul Latif yang dihantar oleh Inggeris khas dari Singapura ini mungkin seorang talibarut Inggeris atau mungkin hamba The Hidden Hand,semata-mata untuk mencetuskan isu atau api kemarahan penduduk dengan memperkenalkan sistem cukai yang tinggi dan tidak munasabah.Bila api kemarahan tercetus,maka senanglah Inggeris menjalankan agendanya yang tersembunyi dengan alasan untuk menyelesaikan isu pemberontakan dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk membunuh Hj Mat Hassan atau Tok Janggut yang menjadi satu ancaman besar dan amat merbahaya bagi mereka.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikutnya turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.Ini adalah kerana beliau cuba taat pada perintah raja ketika itu.Namun ,setelah melihat penindasan kepada rakyat selepas kerajaan kelantan menjalankan sistem sistem yang diperkenalkan Inggeris,semangat perjuangannya mula membara lalu beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.
Hj Mat Hassan ketika itu,juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.
Keputusan Kerajaan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Hj Mat Hassan kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914.
Kekacauan di Pasir Putih bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Hj Mat Hassan memutuskan untuk tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan. Keengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah .Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.
Ramai yang tidak tahu,sebenarnya masih ada lagi sebab utama mengapa Hj Mat Hassan atau Tok Janggut dan pengikutnya bangkit menentang penjajah.Sebab itu ialah apabila Pihak Inggeris memperkenalkan satu sistem pemilikan tanah yang baru iaitu Sistem Pemilikan Tanah Torrens menggantikan Undang-Undang Tanah Tradisional Melayu yang sudah sedia ada.Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur sebelum Sultan Muhammad IV yang memakai gelaran Sultan Muhammad III,baginda merupakan seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda termasuk umara’ yang mendampingi ulama. Antaranya adalah, Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat.
Sultan Mansur Syah telah menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang SYARAK dalam acara guaman sama ada jenayah ataupun mal. Selain perlaksanaan undang-undang hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat.Sebenarnya HUKUM HUDUD telahpun berjalan pada masa itu di Kelantan.Sesungguhnya, zaman Sultan Mansur merupakan suatu zaman gemilang dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan keagamaan rakyat negeri Kelantan. Daulat Tuanku.
Kelantan menerima pengaruh British yang bertindak sebagai penasihat semenjak tahun 1903 namun British terlibat secara lansung dalam pentadbiran Kelantan selepas 1910 setelah Kelantan membantah Perjanjian British-Siam 1909.
Campurtangan British dalam pentadbiran Sultan Muhammad IV menyaksikan British memperkenalkan peraturan baru. Antaranya adalah Sistem Pemilikan Tanah Torrens! Bilamana sistem ini diperkenalkan, secara automatiknya ia menolak undang-undang tanah tradisional Melayu iaitu undang-undang tanah mengikut ISLAM!!, iaitu berdasarkan prinsip ihya(usaha) dan thajir(tanda). Maka pengenalan sistem tanah baru iaitu Sistem Torrens itu sekaligus MENOLAK undang-undang Islam!
Cuba kita fikirkan bersama,bila satu sistem yang telah sekian lama berjalan mengikut hukum islam dan sudah diterima pakai oleh rakyat cuba diubah atau dihapuskan terus oleh penjajah ,maka apakah reaksi Ulama seperti Hj Mat Hassan dan rakyat kelantan yang lain ?Oleh itu,sebenarnya perjuangan Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya bukan setakat menentang cukai yang tinggi tapi yang lebih penting daripada itu adalah perjuangan MENENTANG PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!
Rakyat mula membantah cadangan British ini. Surat-surat bantahan dihantar oleh rakyat kepada pihak berkuasa. Salah satunya, datang dari penduduk Kampung Cherang Tuli iaitu sebuah kampung dari daerah Pasir Puteh.Ia merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam kebangkitan ini. Nah, lihatlah sendiri, penentangan ini BUKANLAH penentangan cukai semata-mata,tetapi adalah perjuangan jihad MENENTANGAN PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!
Pada 29 April 1915, Hj Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka. Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Abdul Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Hj Mat Hassan.
Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi 6 orang anggota polis bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April 1915 bagi memaksa Hj Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Hj Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah dia menjadi seorang pesalah dan mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri ,sebaliknya beliau mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya. Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan pergaduhan berlaku lalu Hj Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.Jika kita semua dapat menyaksikan semula bagaimana hebatnya pendekar sufi pada usia 65 tahun ini menumpaskan seorang sarjan yang lengkap bersenjata itu,maka kita pasti merasa bangga!Apa tidaknya ,anggota polis yang seramai 6 orang lagi itu pun turut kecut perut bila melihat ketua mereka ditumpaskan dengan mudah oleh Tok janggut.
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau di isytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram atau Tun Ahmad sebagai Raja. Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah. Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Pihak Inggeris telah menghasut dan melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya yang dianggap oleh Baginda sebagai orang yang menderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM 500.00. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya akan dirampas dan rumah mereka akan dibakar. Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.
Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.
Ada juga di antara pakar sejarah kita yang cuba membuat kesimpulan bahawa motif utama penentangan Tok Janggut ialah kerana inginkan pangkat dan kuasa,malah penentangannya adalah secara setempat dan merupakan satu siri pemberontakan terpencil dan bukan menyeluruh juga tidak tepat.Ini adalah kerana pada waktu itu umur beliau sudah memasuki usia senja iaitu 65 tahun.Lagipun tawaran serta ganjaran wang RM500.00 pada tahun 1915 adalah satu ganjaran yang cukup lumayan jika kita bandingkan nilainya pada masa kini.Apalah gunanya Tok janggut berjuang menghabiskan sisa sisa kudratnya semata-mata untuk mendapatkan pangkat dan nama pada umur 65 tahun itu sedangkan kita tahu tugas dan amanah gurunya Sheikh Wan Ahmad semasa di Makkah yang dipikulnya untuh membebaskan Patani serambi Mekah adalah satu perjuangan jihad dan sememangnya itulah cita-cita terakhir perjuangannya.
Apakah perjuangan Tok Janggut ini adalah perjuangan peringkat kampung atau dia hanya seorang jaguh kampung dan sifatnya terpencil sedangkan Inggeris telah menghantar tenteranya dengan satu kapal perang yang lengkap dengan segala persiapan perang dari Singapura.Cuba-cubalah kita fikirkan bersama mengapa British mengarahkan kapal H.M.S Calmus mengawal Kuala Semerak. Mengapa harus mengawal perairan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang bantuan asing tiba.Pada pendapat anda dari manakah bantuan asing itu akan tiba?.Jika kita kaji sejarah,ada dicatatkan bahawa Sultan Muhmmad IV juga pernah mengatakan bahawa tentera Jerman mesti menang dalam peperangan dengan British.Apakah makna tersirat disebalik kata-kata Sultan itu?.Bukankah tentera Jerman adalah sekutu Turki?.Maka dapat kita simpulkan disini bahawa Sultan Kelantan sebenarnya waktu itu menyokong Turki dalam diam-diam.Sebab itulah Inggeris tidak percaya dan meragui Sultan untuk menangkap atau membunuh Tok Janggut,lalu mereka menghantar pasukan tentera mereka sendiri dari Singapura untuk menghapuskan Tok Janggut.
Malah, menurut Wells, ketika beliau sedang mengukur keluasan Sungai Kelantan dengan tujuan untuk membina stesyen kereta api di tebing sebelah Kota Bharu. Ketika itu, Sultan Terengganu mudik dari kuala ke Kota Bharu. Kapal Sultan Terengganu telah melanggar bot peralatan mengukur Wells dan salah satu bot yang digunakan terbalik meskipun Wells telah berusaha supaya kapal Sultan itu mengelaknya. Sultan Terengganu tersenyum sahaja ketika kapalnya bertindak demikian. Wells juga mengatakan yang Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu selalu bertemu dan kedua-duanya tidak menyukai British.Apakah maksud yang tersirat dari Perbuatan Sultan Trengganu itu?.Adakah dengan sebab itu Inggeris telah menghantar pasukannya untuk mengawal Kuala Semerak? Mungkin mereka takut Sultan Terengganu menghantar tentera mereka melalui jalan laut untuk membantu perjuangan Tok Janggut di Kelantan.Kesimpulanya,Tok Janggut bukan hero kampung sebenarnya,malah dia adalah seorang pejuang jihad yang mempunyai satu agenda besar di Nusantara ini untuk menentang penjajah.Beliau bukan orang sembarangan,kalau tidak, masakan amanat untuk membebaskan Patani Serambi Mekah oleh gurunya Sheikh Wan ahmad ketika di Makkah terpikul dibahunya.Dia sebenarnya adalah calon paling sesuai waktu itu,namun sayang perjuangannya itu tidak kesampaian kerana akhirnya Sultan dan pembesar negeri sendiri sudah termakan umpan dan hasutan penjajah.
Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir. Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.
Atas cadangan Penasihat British dan muslihatnya yang licik serta sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan untuk menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut. Beliau meminta Gabenor Singapura Sir Arthur Henderson Young menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura pada 17 Mei 1915.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk 100 orang tentera Sikh dan sukarelawan melayu. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.Tindakan jahat itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut lalu mereka pun menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915. Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ. Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.
Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau. Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat.
Akhirnya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.Ada pelbagai versi atau cerita kematian Tok Janggut ini.Ada yang mengatakan bahawa rahsia kekebalan diri Tok janggut ini dibocorkan kepada penjajah iaitu beliau hanya boleh dibunuh pada waktu malam sahaja.Cerita ini benar atau tidak,saya pun tidak pasti.Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan,Tumpat Kelantan.
Inilah satu kebenaran sejarah perjuangan yang pahit.Penghinaan dan kebiadaban penjajah dan para pembesar negeri iaitu pengkhianat bangsa yang bersekutu dengan Inggeris telah memperlakukan jenazah Hj Mat Hassan atau Tok Janggut yang mati syhid itu sedemikian rupa.Gambarnya dirakam oleh penjajah dan di abadikan dalam perpustakaan mereka iaitu di Bodleian Library,Oxford University,UK ,telah dijadikan contoh dan bukti kehebatan kononnya mereka dapat menghapuskan musuh-musuh politik mereka di Nusantara.
Maka pada hari ini,genaplah 94 tahun Pejuang jihad Tok Janggut meninggalkan kita dengan sebuah perjuangannya yang belum selesai .Mei 1915 sebenarnya adalah bulan yang penuh gelora dan pemangkin kepada perjuangan menentang penjajah di tanah melayu ini sebelum kemerdekaan 1957.Bacaan Al-fatihah untuknya-Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.
[ sangtawal : Artikel diatas adalah hasil rumusan saya dari sumber-sumber diatas,ada perenggan yang saya copy paste-kan,ada yang saya tokok tambah sendiri dan ada yang saya tulis semula tetapi menjurus kepada kesimpulan yang sama.Mohon maaf kepada penulis asal.Apa yang penting disini ialah keinginan saya untuk membuat satu artikel lengkap berkaitan Tokoh hebat Tok Janggut ini semoga ianya menjadi satu sumbangan kecil saya buat agama dan bangsa , agar kita dapat menilai perjuangan sebenar Tok Janggut @ Hj Mat Hassan di Kelantan]
Wassalam
Sangtawal sakranta...Sejarah sebenar Tok Janggut
Sebelum ini aku ada menulis post mengenai Tok Janggut dalam kenangan. Tetapi setelah menyelidik, ada mendakwa sejarah yang kita tahu dan yang kita belajar adalah salah. Terdapat banyak versi yang aku jumpa tetapi pokok pangkalnya semua menolak Tok Janggut telah dibunuh oleh tentera British. Untuk post ini aku mengambil cerita yang paling boleh diterima pakai. Yang telah meninggal dunia bukanlah Tok Janggut tetapi Penghulu Hassan yang disangka Haji Mat Hassan @ Tok Janggut kerana kebetulannya mereka berdua mempunyai wajah yang seiras, Sebenarnya ia adalah tipu muslihat penjajah British dan konco-konconya sahaja bagi menonjolkan kehebatan kuasa mereka. Jika Mat Kilau di Pahang pun mereka dakwa mati dibunuh, inikan pula Tok Janggut. Tapi sejarah akan membuktikan kebenarannya. Bangkai "gajah" takkan dapat di susuk (sembunyi) dengan hanya mengguna pelepah nyiur (kelapa).
SEJARAH PERJUANGAN TOK JANGGUT DI KELANTAN
Sejarah perjuangan Tok Janggut tidak dapat dipisahkan dengan sejarah pemerintahan Long Gaffar dan keturunannya di Kelantan. Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh yang pernah merajai bumi Negeri Yang Di Kerat Lintang iaitu Kelantan. Beliau bukan sahaja seorang raja bahkan merupakan pengasas kepada negeri Kelantan yang ada pada hari ini. Pada masa pemerintahan baginda buat pertama kali selepas beberapa lama bumi Kelantan bersatu dan berdiri sebagai sebuah negeri yang bebas dari mana-mana pengaruh.Untuk makluman, sejarah perjuangan Tok Janggut bukan sahaja kisah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Siam, bahkan perjuangan beliau adalah perjuangan bagi mempertahankan pemerintah sebenar Kelantan pada masa itu iaitu Engku Besar Jeram, Tengku Besar Tuan Ahmad. Perjuangan Tok Janggut adalah bagi menentang kerajaan Kota Bharu yang di kuasai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam yang cuba untuk menguasai bumi Kelantan dan seterusnya menghapuskan saki baki keturunan Long Gaffar dari persada politik Kelantan.Justeru bagi meneruskan cita-cita jahat itu pemerintah Kota Bharu dibantu oleh Siam dan Inggeris telah bertindak nekad pada tahun 1915 dengan menyerang kubu terakhir zuriat pemerintah sebenar Kelantan di Kota Jeram, Pasir Puteh. Selama tujuh hari tujuh malam kota Jeram di gempur dan dibakar sehingga menjadi abu. Ramai yang telah terkorban syahid, manakala Engku Besar Jeram pula berjaya menyelamatkan diri dan lari ke Reman. Banginda kemudiannya mangkat dan dikebumikan di sana.Berkenaan dengan Tok Janggut, beliau sebenarnya tidak berjaya dibunuh dalam pertempuran tersebut. Beliau sebenarnya sempat menyelamatkan diri dan dikatakan berjaya melarikan diri dan berlindung di Negeri Sembilan. Dikatakan sebenarnya terdapat 2 orang yang bernama Hassan iaitu Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Beliau merupakan panglima raja yang mengetuai penentangan. Beliau berasal dari Kg Saring, Pasir Puteh. Hassan yang kedua iaitu yang didakwa Tok Janggut yang terbunuh sepertimana gambar di atas ialah Penghulu Hassan yang berasal dari Gong Kedak, Pasir Puteh yang bersama-sama berjuang dengan Tok Janggut.Apabila didapati Penghulu Hassan terbunuh, lantas atas arahan Engku Besar Jeram, maka sebagai satu muslihat diisytiharkan bahawa Tok Janggut telah terbunuh bertujuan bagi menyelamatkan Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Secara kebetulan kedua-duanya mempunyai sifat fizikal yang hampir sama. Keadaan ini merupakan satu kelebihan bagi mengaburi pihak Inggeris dan kuncu-kuncunya.Berita kematian Tok Janggut (Penghulu Hassan) kemudiannya tersebar dan disambut dengan gembira oleh askar-askar Inggeris. Kematiannya bermakna berakhirnya penentangan terhadap Inggeris dan secara tidak langsung menandakan berakhirnya pemerintahan keturunan Long Gaffar di Kelantan.Mungkin ada pihak yang tidak mempercayai apa yang diceritakan tetapi sejarah juga ada membuktikan bahawa Mat Kilau yang dikatakan dibunuh oleh Inggeris sebenarnya tidak mati. Mat Kilau muncul semula di Pahang sekitar akhir tahun 1960-an dan hanya mati tidak beberapa lama selepas itu. Begitu juga dengan Datuk Bahaman, beliau sebenarnya tidak mati sebagaimana yang ditulis dalam buku sejarah. Beliau muncul semula di Pahang sekitar tahun 1970-an dengan gelaran Tuan Guru Peramu. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Mat Kilau yang kemunculannya diktiktiraf oleh kerajaan, kemunculan semula Datuk Bahaman tidak mendapat pengiktirafan kerajaan disebabkan oleh beberapa masalah.Sejarah Perjuangan Tuk janggut di Kelantan
Di samping itu British juga telah mengenakan tekanan kepada Sultan Muhammad IV supaya tunduk kepada kehendak British dan memastikan tidak ada unsur-unsur penentangan dari rakyat. Keadaan ini menyebabkan Tuk Janggut bangkit membakar semangat jihad di kalangan penduduk Pasir Mas dalam jajahan Jeram. Beliau berjaya mengusir pegawai British (berbangsa melayu) dari Singapura. Walaubagaimanapun British telah mengirim sebuah kapal perang dan kontingen tentera dari Singapura untuk memburu dan membanteras kebangkitan rakyat Kelantan. Tuk Janggut dan pengikutnya berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Tuk janggut Perjuangan Mu sungguh bermakna sekali...Kecekalan dan ketabahan Mu menentang penjajah tanpa mengharap apa-apa balasan, walaupun dianggap penderhaka...kerana terpengaruh dengan penjajah...kau tetap sebagai Wira negara yang patuh dicontohi oleh rakyat Malaysia..khasnya Kelantan pada masa kini....Ayuh bangkitlah wahai bangsa ku...jangan bazirkan masa dengan pekara yg tak mendatangkan faedah... Contohilah semangat Perjuangan Tok janggut. ( Haji mat HasanPerang Tok Janggut
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada kematian Sarjan Che Wan Sulaiman.
Walaubagaimanapun,punca sebenar penentangan ini tidak jelas. Para pengkaji telah menyimpulkan punca penentangan ini seperti berikut:-
- Penentangan langsung terhadap pentadbiran British
- Penentangan tidak langsung terhadap Sultan Muhammad IV kerana menerima perlindungan British dan satu cubaan untuk mengulingkan Baginda. Pihak perisikan Inggeris mendapati bahawa terdapat kerabat diraja Kelantan yang membantu didalam perang ini iaitu Tengku Panglima Raja Tengku Chik Penambang dan Tengku Temenggong Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II[1]. Tengku Temenggong Long Abdul Ja'far mendakwa beliau ialah keturunan yang berhak menduduki takhta Kelantan kerana abang iparnya Tengku Ahmad Tengah bin Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur Riayat Syah Terengganu (Sultan Ahmad ) yang ditabal oleh Siam sebagai Sultan Kelantan untuk menggantikan ayahandanya (Sultan Muhammad II) tidak berhak terhadap takhta Kelantan kerana merupakan anak raja Terengganu. Sampai sekarang keturunan Tengku Long Abdul Ja'far masih menuntut takhta Kelantan di mahkamah seperti yang dilakukan oleh ahli Majlis Perajaan Kelantan, YM Tengku Iskandar ibni Tengku Panglima Raja Long Ahmad Ibni Tengku Temenggong Long Abdul Ja'far[2][3].
- Hasil sentimen sokongan terhadap tokoh tempatan iaitu Engku Besar dan sikap anti orang luar iaitu pegawai daerah Pasir Putih, Abdul Latif, yang dilihat merampas kuasa Engku Besar
- Penentangan golongan ksum tsni terhadap sistem cukai tanah baru dan cara kutipan dijalankan
- Perang jihad terhadap British berikutan bermulanya Perang Dunia Pertama dimana British adalah sebahagian negara Eropah yang menentang Turki yang bersekutu dengan Jerman dan Austria[4]
Isi kandungan |
Latar belakang
Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik atau Sultan Muhammad IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggal seorang hulubalang Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan yang dikenali sebagai Tok Janggut.
Punca konflik
Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latif seorang yang berasal dari Singapura telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latif telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan dilaksanakan oleh seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada pembayar cukai yang terpaksa menunggu selama tiga hari tetapi masih tidak dapat membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan cukai, mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil keputusan meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung masing-masing dan enggan membayar cukai yang ditetapkan.
Kengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah.
Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta penduduk di daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatu perhimpunan penduduk Pasir Putih yang diadakan di Kampung Merbul, penduduk telah membuat ketetapan untuk tidak mahu membayar cukai kepada Ketua Daerah Pasir Putih walau apa pun terjadi. Berita ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.
Perang bermula
Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahru menghadap Sultan Muhammad Shah IV.
Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadi Raja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah.
Konflik berlarutan
Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya. Baginda menggangap mereka sebagai penderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM500. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya telah dirampas dan rumah mereka akan dibakar.Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.
Peranan Inggeris
Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei 1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang telah menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun 1915 askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana sebelum kembali ke Singapura.
Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100 orang yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.
Pertempuran Kampung Saring
Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau.Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.
Rujukan
- Haji Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15 - 19, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985
- Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan. Singapore University Press. ISBN 967169316X.
- Hari Ini Dalam Sejarah Online
- Pejuang Kemerdekaan: Tok Janggut
Nota kaki
- ↑ Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan, Singapore University Press. ISBN 967169316X
- ↑ Wasiat Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Long Ahmad kepada nak cucunya ketika terlantar gering selama 2 minggu yang membawa kepada kemangkatannya pada 1989 supaya anak cucunya tidak melupakan bahawa mereka ialah pewaris sah takhta Kelantan tetapi dinafikan hak kerana ketamakan pembesar-pembesar Kelantan pada waktu itu.
- ↑ http://www.istanadusungreen.com/portal/index.php?ref=home&con=guest&token=084e0343a0486ff05530df6c705c8bb4
- ↑ Cheah Boon Kheng, 2006, ms 4
Lihat juga
SEJARAH PERJUANGAN TOK JANGGUT
INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki tersebut dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut.Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu.Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.
Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
Dipetik dari http://malaysiaheaven.blogspot.com/2009/03/sejarah-perjuangan-tok-janggut.htmlMakam Tok Janggut, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
Sabtu 4 Jun 2011, 2 Rejab 1432, selepas ziarah PokTeh di Kampung Enggong, kami ke Kota Bharu sekejap atas satu urusan dan kemudiannya menuju ke arah Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur. Sebelum sampai ke Pengkalan Kubur, hamba singgah di Makam Tok Janggut. Makam Tok Janggut terletak di Pasir Pekan, sebuah kampung selepas anda merentasi jambatan KB-Tumpat. Kampung ini terletak di sebelah kanan jalan, jadi kena pusing balik/cari jalan untuk ke kanan. Selepas mendapat pandangan seseorang di tepi jalan, jalan untuk masuk ke kampung ini terletak selepas sungai kecil sebelum jambatan panjang tu. Setelah masuk ke dalam kampung, pening juga nak cari Makam Tok Janggut ni, tak ada papan tanda pun!!!
Akhirnya, hamba dapat idea. Tanya dua org budak yang sedang naik 1 basikal dan mereka tahu tempat yang dituju. Jadi, hamba ikut budak2 nilah....hingga sampai ke Makam Tok Janggut. Bagi budak2 ni sorang 50 sen dan ucapkan terima kasih. Kemudian parkir kereta bawah pokok sebab hamba seorang saja akan ke makam. Dalam 1030 pagi, hamba sampai ke Makam Tok Janggut dan beredar dari makam ini dalam jam 1110 pagi, kira-kira 40 minit di situ. Panas juga tapi itulah ujian dalam ziarah makam2 ni...Sebelum meninggalkan makam ini, terasa pilu juga di hati mengingatkan sejarah Tok Janggut, 'mayatnya dibiarkan tergantung songsang selama beberapa hari', sedangkan Islam menuntut jenazah cepat2 dkebumikan...
Kalau anda mengkaji dan mendalami ilmu tauhid dan kebatinan, banyak lagi cerita tentang Tok Janggut, cuma tidak sesuai dijadikan santapan minda orang awam. Setelah selesai urusan di Makam Tok Janggut, kami bertolak ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur.
Dari kawasan parkir kereta
Makam ini kelihatan terjaga
Yg ni Tourism Malaysia punya
Yg ni mungkin didirikan oleh pihak bertanggungjawab di peringkat negeri/daerah/kampung
kalau anda rajin membaca, dahulunya makam ini dibiarkan dan kurang terjaga
Kini lebih terjaga dan bersih
Tiada makam lain di kawasan ini. Mengapa? baca sejarahnya...
Al-Fatihah untuk Haji Hassan bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut)
Surau bertentangan dengan Makam Tok Janggut
Dikatakan inilah Tok Janggut...
Dibiarkan tergantung songsang selama beberapa hari sebelum dikebumikan sedangkan Islam menuntut jenazah cepat2 dikebumikan....
sumber : http://www.kongsiblog.com/2009/08/perjuangan-sebenar-tok-janggut/
Perjuangan Sebenar Tok Janggut
August 4th, 2009 Sabri AhmadSaya yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu tentang kisah hidupnya? Kewujudan Tok Janggut dan perjuangannya pasti ada kaitan dengan nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Cuba fikirkan, betapa selama ini sejarah kita telah diputar belit oleh zionis kuffar. Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak.
Zionis kuffar telah berjaya memanipulasi pemikiran umat islam di nusantara ini (baca: gugusan kepulauan melayu), bahawa tahap tertinggi dicapai bagi seorang Islam adalah apabila ia telah berjaya dan selesai mengerjakan haji ke makkah al-mukarramah. Pemikiran ini telah ditanam dari nenek moyang kita sehinggalah ke generasi hari ini. Walhal sebagai seorang muslim, ia wajib menjalankan tugas khalifah, iaitu memastikan seisi alam ini menyaksikan syahadah yang agung, Laa ilaaha Illallah, Muhammad Rasululullah. Itulah kemuncak ustaziatul ‘alam yang wajib dilaksanakan bagi seorang Islam. Dan Tok Janggut adalah antara figure yang cuba menjalankan kewajipan syahadah ini.وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” [Surah Al-Baqarah, 2:30]Di bawah ini disertakan bahan perkongsian yang dipetik dari laman web raykinzoku yang ditulis oleh Tengku Ahmad Zarir, seorang graduate dari Kinki University, Osaka.Penulis asal berharap agar lebih ramai orang akan mengenali Tok Janggut bukan kerana gambar jasad beliau diperlakukan oleh Inggeris, tetapi kerana keberanian dan kematangannya dalam berjuangdemi agama dan bangsa.
Tok Janggut …….
atau nama sebenar, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Syahid pada hari ini 24 Mei,
dalam perjuangan menentang penjajahan Inggeris,
di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,
93 tahun yang lampau ……
Al Fatihah …..Dahulu, lebih kurang tiga tahun yang lepas, saya pernah mencatit satu entri khas berkenaan Tok Janggut.Apa yang asalnya diniatkan sebagai satu catitan kasual, sebagai menyempurnakan hajat seseorang, telah dengan tidak semena-menanya mendapat tumpuan ramai sehingga sendat dengan ratusan komen menyatakan minat. Dalam banyak banyak komen yang saya perhatikan, tidak kurang ada yang menarik, yang menyebabkan saya merenung kembali kisah perjuangan Tok Janggut, contohnya seperti komen ini :
i am an amateur historian. thank you for the write up. your photos will be useful
for those researching on Kelantan and its history. i had the privilege of meeting 2 of Tok Janggut’s grandson. they are proud their grandfather was a shahid. history has downplayed the extent and significance of the fight between tok janggut and the administrators then. it was a jihad of the muslims against the british rule.Merenung kembali, memang benar sejarah kurang berlaku adil kepada Tok Janggut. Kisah perjuangan Tok Janggut, walaupun kini diabadikan dalam lembaran sejarah tanahair, disanjung dan diajar di sekolah, dirasakan seolah-olah masih atau sengaja dibiarkan tergantung. Tidak keterlaluan jika saya katakan, seolah-olah sama sebagaimana yang diperlakukan oleh Inggeris terhadap jasad Tok Janggut di Padang Bank.
Apa yang saya maksudkan dengan ” tergantung ” di sini adalah bila mana rata-rata sumber utama rujukan sejarah ( authorized sources ), dalam menghuraikan kronologi dan sebab musabbab kepada kebangkitan Tok Janggut, hanya mengutarakan faktor permasalahan cukai dan faktor kehilangan kuasa politik pembesar Melayu tradisional ( feudalisme ) sebagai punca.
Di sini, saya petik beberapa contoh dari huraian Arkib Negara Malaysia dan buku teks sejarah Tingkatan Lima sebagai bukti :
Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut.
From :
Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.
Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.
Arkib Negara Malaysia : Hari Ini Dalam Sejarah Online : ” PERANG TOK JANGGUT “
* Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, Percetakan Watan Sdn Bhd ( Nota : Perenggan berkaitan di ” highlight ” bagi memudahkan rujukan. )
Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh sumber sumber di atas tidaklah bersalahan dengan apa yang benar benar telah berlaku. Cuma, secara peribadi, menyampaikan kisah Tok Janggut dalam konteks perjuangan membantah cukai dan kehilangan kuasa politik tradisional, bukan sahaja mengabaikan butiran penting lain dalam kronologi kejadian malah dirasakan mampu memberikan implikasi negatif kepada perkembangan minda generasi muda. Seolah-olah menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok yang kedekut dan taksub dengan feudalisme. Apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan melalui huraian sedemikian ?
Sedar atau tidak, dengan pentafsiran sedemikian juga, kita telah berjaya menyempurnakan agenda penjajah Inggeris tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah menyempurnakannya. Sejarah membuktikan bahawa penjajah Inggeris sememangnya mahu perjuangan Tok Janggut digambarkan sedemikian, kerana mudah bagi mereka melabel beliau sebagai penjenayah dan pengkhianat ( tidakkah kita selalu diajar, membantah arahan pihak berkuasa adalah satu jenayah ? ) …..
…. dan sejarah juga membuktikan bahawa dengan menonjolkan Tok Janggut sebagai seorang penjenayah dan pengkhianat, mereka telah berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu Islam dari memikirkan isu global berkaitan umat Islam yang sedang hangat ketika itu !
Laporan berikut, yang dipetik dari akhbar The New York Times, bertarikh 15 November, 1914, menjelaskan usaha awal Inggeris untuk memastikan orang Melayu terus terserkup di bawah tempurung :
Source :
The New York Times Online Archive, 15 November 1914 ( PDF format here )
Menurut laporan di atas, pada 14 November 1914, Sultan Kelantan ( Sultan Muhammad IV, 1900 ~ 1920 ), telah mengeluarkan jaminan taat setia kerajaan Kelantan kepada Inggeris ekoran Perang Dunia Pertama di Eropah.
Inggeris pada masa itu, sedang berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Austria-Hungary dan Jerman. Inggeris telah menekan pihak istana untuk mengisytiharkan solidariti bersama – tindakan yang mengecewakan Tok Janggut lantas memilih untuk bangkit sendiri menentang Inggeris …..Tetapi mengapa Kelantan ? Mengapa Turki Uthmaniyyah !?
Perlu diingatkan bahawa pada masa itu, kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di Kelantan, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kebetulan pula di Kelantan, hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam bermazhab Shafie ( dinyatakan di situ, ” Shaffa Mohammedanism ” ) dan kuasa politik adalah di tangan pemerintah beragama Islam ( walaupun di bawah pengaruh Inggeris ).
Walaupun demikian, itu bukanlah perkara yang paling dirisaukan oleh Inggeris. Inggeris lebih gusar dan khuatir akan hakikat hubungan dan pergantungan Kelantan dengan Timur Tengah dari sudut ideologi dan politik, yang telah berlangsung sejak berkurun lamanya. Ramai rakyat Kelantan berulang alik ke Makkah untuk menuntut ilmu, menunaikan ibadat Haji dan tidak kurang juga ada yang memiliki kepentingan di sana. Tok Janggut berada dalam kelompok ini, seorang terpelajar yang pernah menuntut ilmu dari Pattani hingga ke Makkah. Kebetulan juga, Makkah ketika itu merupakan wilayah Turki Uthmaniyyah, yang pastinya sedang marak dengan propaganda anti-Inggeris ketika Inggeris sedang berperang dengan Turki. Inilah yang dirisaukan oleh Inggeris.
Walau bagaimana pun, dalam hal ini, menyedari hakikat masyarakat Melayu yang amat mentaati Raja, Inggeris telah mengambil jalan memaksa pihak Istana untuk menyatakan pendirian yang selari dengan mereka, dengan harapan, kemarahan masyarakat Islam Kelantan terhadap peranan Inggeris dalam Perang Dunia Pertama dapat dikekang.
Namun, malang bagi Inggeris, jaminan yang diberi hanya bertahan selama lima bulan sahaja dan ” kekacauan ” ( disturbance ) yang dirisaukan telah benar benar berlaku di Pasir Puteh pada April 1915, di bawah pimpinan Tok Janggut ( antara sebab mengapa Tok Janggut diisytiharkan Inggeris sebagai ” pemberontak “ dan ” pengkhianat “ ).
Apa yang menarik, perkara yang paling dirisaukan Inggeris di Kelantan sebenarnya telah terlebih dahulu berlaku di Singapura, kubu kuat Inggeris di Asia Tenggara. Pada Februari 1915, askar upahan Inggeris dari India yang beragama Islam telah bangkit memberontak. Peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Dahagi Singapura 1915 atau The 1915 Singapore ( Sepoy ) Mutiny ini, telah menyebabkan lebih kurang 50 orang Eropah terkorban. Puncanya, tidak lain tidak bukan adalah kerana peperangan Inggeris dengan Turki Uthmaniyyah, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Dikatakan Tok Janggut telah mengikuti perkembangan pemberontakan ini lalu merancang penentangan di Pasir Puteh.
Biar pun segera ditumpaskan, kejadian pemberontakan ini begitu memalukan Inggeris. Mengambil iktibar, Inggeris telah mengambil langkah berjaga jaga dan malang sekali, penentangan Tok Janggut menyusul dua bulan selepas itu dalam keadaan Inggeris sudah bersedia. Akibatnya, Tok Janggut telah diganyang sedasyat dasyatnya oleh Inggeris dan ini dapat disaksikan melalui bagaimana jenazahnya diperlakukan di Padang Bank.
Mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Tok Janggut, adalah dirasakan amat tidak wajar jika kisah beliau terus dibaca dalam konteks sedia ada ( penekanan kepada permasalahan cukai & kehilangan kuasa feudal ). Perhatian perlu diberikan kepada konteks yang lebih global seperti yang dinyatakan di atas – sesuai dengan keadaan dunia masa kini serta hakikat diri dan latar belakang Tok Janggut sendiri.
Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf. Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik. Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam – kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing. Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama.
Kerana itu juga, Tok Janggut adalah seorang yang berfikiran GLOKAL ( yakni, a person who thinks globally and acts locally ). Ini dapat dilihat melalui keprihatinan beliau terhadap nasib Dunia Islam yang dipadankan dengan suasana setempat, yang kemudiannya ditafsirkan melalui penentangan bersenjata pada tahun 1915.
Sayang sekali, hakikat ini selalu sahaja tenggelam, samar samar atau langsung gagal dinyatakan dalam huraian kontemporari sejarah Tok Janggut, hingga menampakkan perjuangan beliau sebagai bercorak parokial ( kekampungan ) yang hampir tidak membawa apa apa makna.BACAAN BERKAITAN
Nasron Sira Rahim, Berita Harian : ” Tok Janggut “
INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.
Rujukan alternatif
Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Emmeline Tan, The Star Online ; November 24, 2007 : ” One Moment In Time “
The story of a Kelantanese rebel who fought against the British comes alive in the Tok Janggut Trail.
SP Star : ” Penentangan di Kelantan “
A declaration of jihad (holy war), an insurrection against foreign invaders, the death of a rebel leader and the parade of his corpse before it was hung upside-down in public as a warning – this is the story of Kelantan’s Tok Janggut.
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.
Hasrizal Abdul Jamil : ” Hubungan Alam Melayu – Turki : Merentasi Sejarah “
Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915.
http://w3.spancity.com/yosri/DaftarT.htm
Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut.
Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.
Tok Janggut
” Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya
dari segi pentadbiran.
Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai
pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen
setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915,
pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang
pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat
sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai
oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.
Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan
bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir
Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura
dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang
memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai
penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang memakan masa satu hari.
Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka)
mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan. “
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Hassan_bin_Panglima_Mat_Munas
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Biografi ringkas
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut.[1] Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:- cukai tanah
- cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
- cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
- kelapa sebanyak 3 sen setandan
- sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan. [2]
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun)[3] Tengku Abdul Ja'far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.
Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.Rujukan
- Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan, Singapore University Press. ISBN 967169316X.
- Laman web Perpustakaan Negara Malaysia
Nota kaki
- ↑ Cheah Boon Kheng, 2006, ms 85
- ↑ Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan, Singapore University Press. ISBN 967169316X.
- ↑ Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan, Singapore University Press. ISBN 967169316X.
Perang Tok Janggut
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada kematian Sarjan Che Wan Sulaiman.
Walaubagaimanapun,punca sebenar penentangan ini tidak jelas. Para pengkaji telah menyimpulkan punca penentangan ini seperti berikut:-
- Penentangan langsung terhadap pentadbiran British
- Penentangan tidak langsung terhadap Sultan Muhammad IV kerana menerima perlindungan British dan satu cubaan untuk mengulingkan Baginda
- Hasil sentimen sokongan terhadap tokoh tempatan iaitu Engku Besar dan sikap anti orang luar iaitu pegawai daerah Pasir Putih, Abdul Latif, yang dilihat merampas kuasa Engku Besar
- Penentangan golongan ksum tsni terhadap sistem cukai tanah baru dan cara kutipan dijalankan
- Perang jihad terhadap British berikutan bermulanya Perang Dunia Pertama dimana British adalah sebahagian negara Eropah yang menentang Turki yang bersekutu dengan Jerman dan Austria[1]
Isi kandungan
[sorokkan]sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Tok_Janggut
Latar belakang
Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik atau Sultan Muhammad IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.
Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggal seorang hulubalang Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan yang dikenali sebagai Tok Janggut.Punca konflik
Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latif seorang yang berasal dari Singapura telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latif telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.
Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan dilaksanakan oleh seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada pembayar cukai yang terpaksa menunggu selama tiga hari tetapi masih tidak dapat membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan cukai, mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil keputusan meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung masing-masing dan enggan membayar cukai yang ditetapkan.
Kengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah.
Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta penduduk di daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatu perhimpunan penduduk Pasir Putih yang diadakan di Kampung Merbul, penduduk telah membuat ketetapan untuk tidak mahu membayar cukai kepada Ketua Daerah Pasir Putih walau apa pun terjadi. Berita ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.Perang bermula
Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.
Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahrumenghadap Sultan Muhammad Shah IV.
Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadi Raja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah.Konflik berlarutan
Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya. Baginda menggangap mereka sebagai penderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM500. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya telah dirampas dan rumah mereka akan dibakar.
Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.Peranan Inggeris
Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.
Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei 1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang telah menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun 1915 askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana sebelum kembali ke Singapura.
Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100 orang yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.Pertempuran Kampung Saring
Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau.
Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.Rujukan
- Haji Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15 - 19, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985
- Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan, Singapore University Press. ISBN 967169316X.
- Hari Ini Dalam Sejarah Online
- Pejuang Kemerdekaan: Tok Janggut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan