Politik dan agama mengikut perspektif Islam
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, | 15 Mac 2013 |
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, negara Islam ditegakkan oleh para sahabat dan tabi'en berjaya menumbangkan kuasa besar Timur dan Barat yang berorientasikan penjajahan dan perhambaan. Kebenaran politik Islam terbukti lagi apabila keseluruhan penduduk bumi yang diperintah oleh Islam menjadi penganut Islam yang setia sehinggalah kepimpinan negara bergilir dalam kalangan berbagai-bagai bangsa yang menganut Islam, tidak hanya dalam kalangan bangsa Arab sahaja.
Setelah negara Islam dijatuhkan dengan kehilangan khilafah, kuasa besar yang muncul selepasnya telah kembali kepada dasar jahiliyah baru yang diubahsuai dari semasa ke semasa. Negara tanah jajahan dikatakan merdeka daripada penjajahan asing dengan keluarnya penjajah dan diganti dengan sistem pemerintahan yang bersifat bangsa dan anak negeri, tetapi sebenarnya, ditukar kepada penjajahan pemikiran dengan penerusan ideologi dan sistem warisan peninggalan penjajah asing.
Semua keadaan ini memaksa negara dunia ketiga, khususnya negeri umat Islam terus disebut sedang membangun, tetapi tidak terbangun, oleh sebab dibelenggu penjajahan akal yang belum dirungkai dan terus bergantung dan berkait dengan negara yang pernah menjajah mereka dengan berbagai-bagai ikatan dan jalinan.
Kemunculan ideologi daripada sekularisme yang memisahkan urusan duniawi daripada agama dalam masyarakat Islam, khususnya aspek politik adalah warisan peninggalan penjajah dan termasuk dalam agenda barat yang menghalang kemunculan semula pemerintahan Islam yang sebenarnya menjadi penyelamat manusia sejagat.
Kuasa besar dunia hari ini menganggap Islam menjadi penghalang cita-cita mereka bagi menguasai dunia secara penjajahan atas nama hak asasi dan kebebasan, dengan penguasaan terhadap sesama manusia dan sumber kehidupan mereka secara sebelah pihak dan berkisar dalam kalangan bangsa dan golongan tertentu sahaja. Keadaan yang ada menjadikan seluruh dunia terkeluar dari landasan hidup bermasyarakat yang menjadi ikutan sejagat, hilangnya tanggungjawab kemanusiaan yang wajib seperti tolong-menolong dan berlaku adil terhadap semua umat manusia.
Yang dikatakan hak asasi manusia dan kebebasan hanyalah menjadi topeng godaan golongan yang kuat (autokrat) terhadap golongan yang lemah dan istilah kepada ungkapan "new world order" atau order baharu dunia sebenarnya adalah "penjajahan baru".
Malangnya, apabila sikap negatif terhadap politik sengaja diwujudkan dalam masyarakat Islam, sehingga lahirnya ungkapan sesat yang membuat kenyataan, bahawa semua urusan politik adalah kotor dan jijik, difahamkan ia termasuk juga politik Islam. Persepsi songsang ini ditimbulkan supaya umat Islam berpeluk tubuh menerima siapa sahaja yang memerintah, sehingga menerima siapa sahaja yang menjajah, asalkan bebas beribadat dan beradat, hanya cukup sekadar ini.
Kedudukan sikap acuh tidak acuh seperti itu menyebabkan Islam yang mulia tidak memimpin tetapi dipimpin atau dalam istilah popularnya "diperkudakan", tidak memerintah tetapi diperintah. Maka berlakulah kehinaan terhadap penganut Islam dan umatnya, sehingga diratah laksana makanan yang dikelilingi oleh para pelahap yang rakus.
Kewajipan menegakkan negara dalam syariat Islam dihilangkan, menyebabkan hukum-hukum Islam daripada Ilmu Allah, Kalam-Nya dan teladan daripada Rasulullah SAW disia-siakan bahkan ada yang dihina.
Cahaya Islam tidak boleh dipadamkan oleh sesiapa, walaupun diusahakan oleh mereka yang bersifat "kuasa besar", kerana ia datang daripada Allah Azza wa Jalla Tuhan Yang Maha Esa. Pencipta Alam, Tuhan Yang Maha Perkasa Lagi Bijaksana. Kita wajib menjadikan cahaya Islam ini petunjuk ke jalan yang benar, mengambil dan menimba daripada petunjuk-Nya yang terpelihara dalam al-Quran yang teguh dan kuat.
Sebelum kita meninjau dengan lebih jauh perbincangan tajuk ini, "Politik" dan "Islam" tidak difahami dengan sahih, sekiranya kita tidak memahami apakah takrif politik dan takrif Islam yang sebenarnya kerana Islam yang datang daripada Allah dan Rasul yang dipilih sendiri oleh Allah bagi menyampaikan Islam kepada manusia, hendaklah menjadi sumber yang asasi, supaya dapat dibezakan Islam dengan agama lain, serta dapat memahami apakah kedudukan politik dan amalannya mengikut ajaran Islam.
Khusus bagi orang-orang yang beriman dilarang sekeras-kerasnya mencela mana-mana ajaran Islam, termasuk juga politik Islam kerana semua ajaran ini berkait dengan iman dan Islamnya seseorang.
Tulisan ini menjelaskan tajuk khusus berkenaan politik dan hubungannya dengan agama mengikut perspektif Islam, penjelasan daripada al-Quran dan hadis dengan huraian oleh para ulama yang muktabar dalam kalangan salaf dan khalaf, kalangan yang benar-benar menerima pusaka Ilmu daripada para Nabi dengan benar, amanah dan ikhlas. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini dapat membebaskan daripada belenggu kejahilan umat dan kelemahan ulama yang melanda umat Islam.
Perlu diketahui bahawa Islam mempunyai batas sempadan dengan ajaran yang lain, terpelihara daripada sebarang penyelewengan dengan jaminan Allah, ia tidak mampu dinodai oleh ajaran lain, sama ada yang dinamakan agama atau ideologi. Mereka yang cuba mengheret Islam daripada landasannya yang kukuh akan terpelanting ke dalam kebinasaan dunia dan celaka di akhirat, walaupun dia pemimpin yang berkuasa atau ulama yang berijazah tinggi.
Islam tetap memuliakan akal dan ilmu yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, tetapi hendaklah diakui manusia, ilmu dan akalnya tetap bersifat makhluk yang dibebani kelemahan yang mewajibkan mereka merujuk petunjuk dan memohon pertolongan Allah. Ketahuilah bahawa manusia yang bersifat seperti iblis yang sombong, bongkak, angkuh dan enggan menyedari dia adalah makhluk yang lemah, tidak layak mendapat hidayah daripada Allah.
Takrif Politik
Perkataan politik berasal daripada bahasa latin, seterusnya diterjemahkan dengan perkataan yang sama dalam pelbagai bahasa dunia, sama ada bahasa Barat atau Timur. Makna dan maksudnya ialah mentadbir, memerintah, memimpin dan mengendalikan urusan.
Dalam bahasa Arab ia disebut dengan perkataan siyasah, daripada perkataan - sasa, yasusu, siyasatan. Disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Kaum Bani Israil pada zaman dahulu yang menjadi pemimpin siyasah mereka ialah para Nabi, setiap orang Nabi yang dimatikan diganti oleh Nabi selepasnya, tiada lagi Nabi selepasku, akan ada para khalifah (pemimpin yang memerintah), mereka itu ramai. Para sahabat bertanya: apakah perintah (pesanan) Rasulullah terhadap kami? Sabdanya: tunaikan bai’ah (ikrar taat setia) dengan keutamaan yang pertama dan berikutnya. Berikan hak mereka kepada mereka, sesungguhnya Allah akan menyoal mereka berkenaan urusan kepimpinan yang diminta supaya mereka menunaikannya.”
Perkataan siyasah tidak disebut di dalam al-Quran, tetapi maksudnya termasuk dalam perkara yang dinaskan secara nyata, para ulama menegaskan ia termasuk dalam maksud perkataan "khilafah" yang dinyatakan al-Quran, yang menjadi salah satu daripada tujuan manusia dicipta oleh Allah Taala.
Firman Allah Taala, bermaksud:
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi. Mereka (Malaikat) lalu berkata; Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu mereka yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman; Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah al-Baqarah : ayat 30)
Para ulama seperti al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah, Ibn Khaldun di dalam kitabnya Al-Muqaddimah, Abu Ya'la dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah, mereka masing-masing meletakkan siyasah (politik) dalam kewajipan Khilafah dan Imamah:
“Tugas imamah (kepimpinan negara) itu diwujudkan bagi melaksanakan kewajipan khilafah yang pernah dilakukan oleh kenabian bagi memelihara agama dan siyasah (politik) mentadbir urusan keduniaan. Bagi melaksanakannya, hukumnya wajib dengan Ijma’(para ulama).”
Urusan politik termasuk dalam perkara ilmu fiqah dengan bab dan fasal serta furuknya. Ada juga kalangan ulama menulis secara khusus dengan nama imamah, atau ahkam sultaniyyah atau siyasah syar’iyyah. Kesemua aspek ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ibnu Ato'illah as-Sakandari menyebut dalam mukadimah kitab al-Hikam (kitab yang terkenal dalam ilmu tasawwuf), menaqalkan kata-kata Imam Malik:
“Sesiapa yang bertasawuf dalam keadaan tidak memahami ilmu fiqah, maka sesungguhnya dia menjadi zindiq (ajaran sesat yang menyeleweng akidahnya) dan sesiapa yang mendalami fiqah dalam keadaan tidak mengambil kira ilmu tasawuf maka dia menjadi fasik dan sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya maka dia berada dalam keadaan yang benar.”
Takrif Agama
Perkataan agama dalam bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa sanskrit, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Barat dengan perkataan religion. Dihuraikan dengan makna ajaran dan kepercayaan yang berkait dengan ketuhanan dan aspek yang berhubung dengannya seperti ibadat dan akhlak atau kepercayaan kepada yang maha berkuasa dan perkara yang ada hubungan dengannya dari segi ibadat.
Islam bermaksud yang lebih luas daripada perkataan agama atau "religion". Al-Quran menyatakan ia adalah daripada maksud perkataan al-din. Firman Allah Taala:
“Sesungguhnya agama dan cara hidup (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Dan tidaklah menjadi pertelingkahan dalam kalangan penganut agama kitab melainkan setelah datang kepada mereka ilmu (yang benar daripada Allah) kerana sikap melampau kalangan mereka, dan sesiapa yang kufur (ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu sangat segera hisabnya.” (Surah ali-Imran : ayat 19)
Walaupun diterjemahkan dengan perkataan agama, tetapi Islam memberi makna yang lebih luas daripada perkataan agama, mengikut bahasa yang lain kerana ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan diajar serta ditunjuk cara pelaksanaan oleh Rasulullah SAW merangkumi aspek yang tercakup di dalamnya ajaran yang berhubung dengan ketuhanan dan cara hidup yang menyeluruh mengikut fitrah kejadian manusia. Firman Allah, bermaksud:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Din Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) Din yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah ar-Rum : ayat 30)
Fitrah ialah naluri atau sifat semula jadi manusia, berjasad, roh, ananiyyah (individualistik), madani atau hadari (bermasyarakat dan bertamadun). Dengan sifat ini mereka layak beribadah, berkhalifah dan beramanah. Maka Allah menugaskan mereka dengan panduan ajaran Allah yang dinamakan al-din yang menetapkan arahan dan peraturan dalam semua perkara yang menjadi fitrah itu dan mereka wajib akur secara menyerah dan tunduk yang diringkaskan dengan perkataan Islam.
Dengan huraian tersebut menunjukkan bahawa Islam yang di sebut Din itu lebih luas daripada takrif agama, lebih luas daripada tafsiran agama mengikut bahasa yang lain daripada bahasa al-Quran (bahasa Arab).
Ajaran Islam itu bukan sahaja dalam perkara hubungan manusia dengan Tuhan dalam aspek ibadah dan perkara akhlak, bahkan menyatakan cara hubungan manusia dengan dirinya dari segi roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, hubungan dengan makhluk yang lain, sama ada yang berkait secara langsung bagi keperluan diri manusia atau tidak langsung, sehingga melibatkan seluruh alam semesta, yang nyata dan ghaib serta berwawasan daripada dunia sehingga akhirat.
Rasulullah SAW menghuraikannya apabila disoal oleh Malaikat Jibril dengan tiga bahagian, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Para ulama menterjemahkannya dengan akidah, syariat dan akhlak. Perkara akidah menjadi perbincangan ilmu usul al-din atau akidah atau tauhid. Perkara syariat menjadi perbincangan ilmu fiqah dan perkara akhlak menjadi perbincangan ilmu tasawuf. Sehinggalah perkara asas dalam tiap-tiap aspek ini menjadi fardu ain yang diwajibkan ke atas setiap penganut Islam Islam lelaki dan wanita yang mukallaf.
Islam Risalah Semua Para Rasul
Semua Rasul SAW yang dilantik oleh Allah menganut Islam dengan maksud al-Din. Firman Allah Taala, bermaksud:
“Ketika Tuhannya berfirman kepadanya; Tunduk patuhlah! (yakni Islam). Lantas Ibrahim menjawab; Aku tunduk patuh (Islam) kepada Tuhan semesta alam.”
“Dan Ibrahim telah mewasiatkan dengan perkara itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata); Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ajaran ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk Islam.” (Surah al-Baqarah : ayat 131-132)
Firman Allah lagi, bermaksud:
“Adakah kamu hadir ketika Ya’qub didatangi (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya; Apa yang kamu sembah sepeninggalanku? Mereka menjawab; Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya (Islam).” (Surah al-Baqarah : ayat 133)
Firman Allah lagi, bermaksud:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dia telah memilih kamu dan sekali-kali Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) ajaran orang tuamu Ibrahim, dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah, dia adalah Pelindungmu, maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.” (Surah al-Hajj : ayat 78)
Perkataan agama dipakai kepada Islam hanya satu pendekatan untuk memudah faham, tetapi perlu kepada huraian yang lain supaya difahami dengan betul dan sahih bahawa Islam itu berbeza daripada takrif agama dan ajaran yang lain.
Hubungan Politik Dengan Agama
Keseluruhan agama yang lain daripada Islam, samada agama samawi yang telah diubah daripada ajaran para Rasul atau agama ciptaan manusia sendiri atau ideologi politik ciptaan manusia juga, menegaskan bahawa politik tidak ada hubungan dengan agama. Dengan maksud perkara politik tiada kaitan dengan agama dan ia berasingan daripada agama, maka dalam urusan politik manusia boleh mencipta dengan akal dan ilmu sendiri tanpa bergantung kepada agama.
Adapun teori politik ciptaan manusia pula tidak ada kaitan dengan agama dan agama tidak boleh menguasainya. Ada juga kalangan yang mengaitkan politik dengan agama tetapi agama tidak boleh mengatasi keputusan politik.
Dalam masyarakat Barat yang menganut agama kristian secara jelas mengisytiharkan pegangan mereka kepada fahaman yang dinamakan sekularisme yang memisahkan politik daripada urusan agama, sehingga ada negara menjadikannya prinsip perlembagaan yang dipertahankan.
Sebahagian mereka menidakkan agama dalam perlembagaan dan ada yang mengumum agama rasmi ataupun agama negara tetapi dengan kuasa yang terbatas. Maka lahirlah dalam kalangan mereka ideologi dan teori politik yang jelas, sama ada mengharamkan agama secara mutlak seperti komunisme yang didokong oleh Karl Marx dan pengikutnya, atau membenarkan agama dianut secara bebas, tetapi politik dibebaskan daripada agama seperti yang diamalkan dalam negara liberal demokrasi.
Apabila Barat menjadi kuasa besar dunia, maka fahaman ini mempengaruhi masyarakat antarabangsa yang menganut berbagai agama. Malangnya, kalangan umat Islam juga terpengaruh dengannya sama ada secara jahil atau mencari jalan mudah untuk bebas daripada tekanan politik globalisasi.
http://www.tarbawi.my
Ribut melanda sebaik Najib selesai berucap mengenai 7 dosa besar di Kelantan..
Posted on Saturday, March 16 @ 01:34:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: AnakSgDerhaka
"
Ini apa yang Bernama laporkan..Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.
Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri.
"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.
"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut... kononnya...
Berikut pula adalah apa yang Bernama tidak laporkan..
Sejurus Najib selesai menghabiskan ucapannya, disusuli dengan iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin yang kuat melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah besar yang dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai beberapa buah yang lain.
Beberapa saksi memberitahu Najib kelihatan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Video sila lihat di SINI
Najib mungkin bubar parlimen pada 25 Mac
Posted on Saturday, March 16 @ 01:32:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: setisab
"
Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, mungkin akan membubarkan parlimen pada 25 Mac ini, jika spekulasi terbaru mengenainya ternyata benar.
Laman
berita mStar Online semalam melaporkan kini timbul spekulasi meluas
bahawa Datuk Seri Najib akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong
untuk membubarkan parlimen pada tarikh tersebut.
Laporan
tersebut memetik pihak dalaman sebagai berkata bahawa Perdana Menteri
Malaysia itu tidak akan membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri
Sembilan terbubar secara automatik pada 27 Mac kerana ia akan
menimbulkan kesan tidak baik kepada parti kerajaan.
Sementara
itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa Parlimen
Malaysia hanya akan bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28
April, sebagaimana yang diuar-uar sebelum ini, bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dilangsungkan.
Suruhanjaya
itu menjelaskan bahawa tarikh cukup tempoh satu penggal, atau lima
tahun, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat diadakan
selepas sesebuah PRU dan bukan pada tarikh PRU itu diadakan.
Ini telah disahkan penasihat undang-undang SPR.
Pengerusi
SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN)
Negeri Sembilan akan menjadi yang pertama terbubar secara automatik,
iaitu pada 27 Mac, jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu.
Menurut
beliau, ramai, termasuk pemimpin politik, tidak sedar perkara ini dan
mereka membuat andaian parlimen sepatutnya terbubar secara automatik
pada 9 Mac lalu.
Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008. Ini bermakna tarikh akhir parlimen ialah pada 28 April ini.
Namun,
memandangkan tarikh itu jatuh pada Ahad, iaitu hari cuti, ia dibawa
kepada 29 April dan parlimen terbubar secara automatik keesokannya,
iaitu 30 April, ujar Tan Sri Abdul Aziz, yang ditukil Berita Harian
(BHM) Malaysia.
Menurut beliau lagi, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan sah sehingga 30 April.
Malah,
apabila parlimen dibubar, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan
sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati
Yang di-Pertuan Agong.
Sementara
itu, Datuk Seri Najib dilaporkan terus mempercepat langkah beliau
menjelang PRU dengan memperbanyak acara dalam diari beliau.
Ini
bagi memastikan beliau dapat memenuhi semua perkara asas, daripada
isu-isu negara kepada masalah berkaitan pemilihan calon Barisan Nasional
(BN). - Sumber
Zahid,bagaimana kalau bukti yang muncul melibatkan Najib atau orang kuatnya?
Posted on Saturday, March 16 @ 01:27:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..Sekarang heboh pula pasal dalang pencerobohan Sulu dan hampir seluruh tangan tangan UMNO menuding kepada DSAI.Zahid Hamidi ialah salah seorang daripadanya, kata Zahid "Jika bukti ini diperolehi, yang bukan sekadar dipetik dari agensi berita antarabangsa, kita takkan berkompromi kepada penderhaka yang menyebabkan pahlawan-pahlawan kita dari tentera dan polis kehilangan nyawa.
"Kita mahu rakyat hukum penderhaka. Dalam soal pencerobohan tak harus beri kompromi walaupun sedikit. Rakyat tak sanggup dan tak reda gadai kedaulatan Malaysia.
Zahid mahu bukti kukuh tentang penderhaka tersebut bukan sekadar berita yang ditulis tetapi juaknya termasuk hasang ali sudah menyibuk di atas lori ikan menuduh DSAI sabagai dalang, macam mana tu? Belum ada bukti jelas sudah menyibuk macam orang hilang akal.
Tidakkah terfikir kalau kalau bukti yang muncul nanti tidak menguntungkan UMNO dan juaknya? Semua faham bukan sedikit wang yang diperlukan untuk membiayai persenjataan penceroboh dan bukan sedikit masa yang diperlukan untuk penceroboh memahirkan diri didalam hutan Lahad Datu sehingga serangan udarapun masih belum mampu menewaskan mereka.
Dalangnya pula mestilah menghabiskan banyak masa bersama ketua penceroboh dan pemimpin teratasnya untuk merancang bagaimana pencerobohan hendak dijalankan.Itulah makna dalang, bukan setakat menyediakan wang semata mata.Logiknya, adakah masa DSAI untuk semua ini? sedangkan kita tahu siapa yang sering berulang alik ke Sabah dan Filipina serta bukti bergambar menunjukkan pemimpin atasan UMNO yang sering kelihatan bersama keluarga Kiram sementara di Sabah bukan rahsia lagi kehadiran pendatang Sulu yang melampau lampau dan bebas keluar masuk.
Hari ini kita mendengar berita mengenai dalang secara rambang dan beritanya yang disensaikan oleh media perdana ialah berita tentang penglibatan DSAI dalam isu ini yang kebanyakkannya disampaikan secara andaian semata mata.Zahid benar, kita perlukan bukti kukuh tentang penderhaka ini sebelum mahukan rakyat menghukumnya.
Dalam konteks ini, bukti bukti tentang pemberian IC kepada pendatang tanpa izin Sulu sepatutnya dianggap penderhaka kepada negara setaraf dengan siapa jua yang terlibat dalam pencerobohan yang sudah meragut beberapa anggota pasukan keselamatan kita.Saham orang orang yang terlibat dengan pemberian IC adalah sama dengan saham orang yang menjadi dalang pencerobohan.Ini bermakna hasang ali sepatutnya bersyarah menuntut Mahathir dihukum kerana menderhaka bukannya membuat tuduhan kepada DSAI berdasarkan andaian semata mata.
Begitu juga Zahid harus lebih detail ketika mengulas tentang penderhaka dan perlu menyebut nama nama seperti mahathir, Aziz Shamsudin dan beberapa nama lagi yang sudahpun didedahkan dalam isu pemberian IC.Lagi satu, Zahid juga harus menegaskan bahawa rakyat mesti menghukum penderhaka itu tanpa mengira siapa dia, kalau bukti yang diperlukan diperolehi.Kalau bukti yang muncul nanti membuktikan Najib atau orang kuatnya yang terlibat, maka rakyat mesti menghukum mereka sekaigus Zahid perlu tegas meminta rakyat menghukum Mahathir yang sudah terbukti menjadi penderhaka kerana Mahathir sudah mengaku memberi IC tersebut.
Gempar..!! 6 Ribu Bantah Kehadiran Anwar Ibrahim di Bukit Gantang Selepas Solat
Posted on Friday, March 15 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Orang Ni
15 mac 2013-- Bukit Gantang. Lepas solat Jumaat tadi lebih kurang jam 2.15 petang seramai lebih takdak ...kurang mungkin dalam 6 ke 7 orang telah mengadakan demonstrasi membantah kehadiran DSAI ke Masjid Taman Mewah.
Dikatakan DSAI akan singgah untuk menunaikan solat Maghrib malam ni di masjid tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke program beliau.
6 orang termasuk juruvideo,demo syok sendiri...
Demo depan masjid di Taman Mewah ini Orangni tak pasti anjuran mana kerana ada orang Perkasa, ada orang Persatuan Veteran ATM dan ada orang UMNO. Kalau dicampur, tolak,kali dan bahagi...jawapanya UMNO lah semuanya...hehe..
Demo ini dipercayai diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai Mej (B) Zul (Sebab dia yang bertepik lebih sangat) selain dari itu antara individu yang hadir menurut sumber mengatakan Hj Ahmed, Hj Jamall, Abdullah Sany (AJK umno cawangan dan Pen. S/U Masjid), Pak Majit Karaoke, Aton tokey Ayam dan tak ketinggalan Ketua Kampung Kg. Rahmat En Zalie.
Mereka berdemo sambil mengangkat sepanduk dan melalut-lalut tidak keruan kerana tidak mendapat sambutan langsung dan umpama tidak diendahkan oleh orang ramai.
Akhirnya sepanduk yang dibuat dari kertas dibakar oleh mereka sendiri,mungkin sebagai tanda marah atau tanda kecewa sebab tiada sambutan.
Salah seorang jemaah yang ditemui menyatakan beliau agak keliru kerana ada antara nama2 yang disebut di atas tidak pernah berjemaah di masjid tersebut termasuklah Ketua Kampung dan boleh dikatakan kesemua nama2 tersebut tidak pernah mengikuti kuliah agama yang dianjurkan di masjid termasuk la Pen S/U tadi.
Dari bisik-bisik mereka yang terlibat dalam demo tadi juga didengari kemungkinan akan mengadakan demo lagi sekiranya DSAI telap hadir untuk bersolat maghrib.
Angka 6 ribu bantah kehadiran DSAI adalah satu angan-angan yang tidak mungkin dapat dikumpul oleh pendemo hari ini, kemungkinan tiada upah disediakan... hahaha...
Menurut maklumat terakhir program DSAI tetap dengan jadual asal.
Sumber: orangni.blogspot.com

........................................
Angka 6 ribu bantah kehadiran DSAI adalah satu angan-angan yang tidak mungkin dapat dikumpul oleh pendemo hari ini, kemungkinan tiada upah disediakan... hahaha...
Menurut maklumat terakhir program DSAI tetap dengan jadual asal.
Sumber: orangni.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan