Selasa, 19 Mac 2013

KESAN TAK BELAJAR TINGGI DAN TAK DALAMI ISLAM...SIBUK DENGAN ACARA2 MAKSIAT@DOSA

Syahid di dunia menaikkan martabat perajurit

Harakahdaily, 19 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat ingin menegaskan bahawa para perajurit kita adalah wira negara yang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

“Mereka adalah syahid di atas dunia lagi, dan diberikan penghormatan seperti syahid. Najib hanya memanggil mereka sebagai syahid akhirat sahaja!” tegas Ketuanya, Datuk Harun Taib dalam satu kenyataan ringkas.

Menurut beliau, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno telah merendahkan martabat para perajurit dengan menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh para ulama.


Lahad Datu serlah Najib gagal sebagai PM

Muhammad Faizal, 19 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Najib Razak hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri apabila gagal mengambil pendekatan segera berhubung konflik pencerobohan di Lahad Datu. Justeru, baginya Najib tidak layak bertanding pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti kerana tiada keyakinan untuk membuat keputusan dalam konflik tersebut.

"Isu Lahad Datu, saya melihat kegagalan Najib sebagai Perdana Menteri untuk mengambil langkah dan tindakan segera, malah beliau tidak melihat perkara tersebut sebagai suatu yang serius apabila menyerahkan segala tanggungjawab kepada orang lain," jelasnya kepada Harakahdaily.

Mahfuz turut menyifatkan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membentangkan kertas putih sebagai sudah terlambat.

"Untuk membentang kertas putih itu sudah terlambat, ia sepatutnya dilakukan dari awal pencerobohan lagi.

"Perkara ini sudah lama berlaku dan telah ramai anggota keselamatan terkorban, rakyat pun sudah lama menanti dan juga ingin mengetahui tetapi rakyat kecewa apabila tiada penjelasan dilakukan sebelum ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

PRU13: Nizar bertanding Dun Changkat Jering

Muhammad Faeez Azahar, 19 Mac 2013


IPOH: Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi PRU13 terjawab apabila diumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di situ.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu program ceramah di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini malam tadi. (Gambar atas)

Pemimpin PAS negeri yang hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya, Razman Zakaria; Setiausaha, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalan Ketua Muslimat, Rohaya Abu Bakar; wakil Dewan Ulamak, Ustaz Sidek Noor dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Beh Heng Kin.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui Harakahdaily berkata, ia adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

Katanya, pilihan Mohammad Nizar  yang juga mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut.

“Mohammad Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang Ahli Parlimen Bukit Gantang.

“Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat,” katanya.

Mengenai Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh Mohammad Nizar, Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah mengenal pasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

“Ya, PAS Perak sudah kenal pasti calon yang sesuai, insya Allah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan,” jelasnya.

Kad Pengenalan Sabah ‘projek Mahathir’ - Hassnar

Hazayani Zakaria, 19 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim secara tegas mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang projek kad pengenalan (IC) Sabah.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayob sendiri mengakui Tun Mahathir meluluskan projek tersebut dengan alasan untuk 'mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah.

Akibatnya kata Hassnar, seramai 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985.

Bercakap pada Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi, Hassnar juga berkata, beliau terlibat dalam menandatangani dokumen untuk pemberian IC kepada pendatang asing tanpa disedari.

"Walaupun saya sudah berusia 62 tahun, tapi saya masih kuat, segak dan saya belum nyanyuk. Megat Junid sendiri beritahu saya projek IC diluluskan oleh Mahathir.

"Memang berlaku pertemuan di antara Megat Junid dan bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh ketika itu.

"Saya ulang, kalau polis dengar apa yang saya katakan ini, sila rakam. Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau polis mahu dakwa saya silakan. Kita jumpa di mahkamah," katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin.

Hassnar yang merupakan bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 juga berkata, IC tersebut bertujuan untuk menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang belum menyertai BN ketika itu.

"Pada tahun 1988, PBS sedar perkara ini berlaku dan syarat yang dikenakan saya mesti dipenjarakan.

"Jadi saya ditahan di bawah ISA selama 59 hari. Walaupun saya buat kerja buat kerja untuk Umno ketika itu, saya tetap ditahan. Jadi berkawan dengan orang Umno kerana walaupun anda buat kerja untuk mereka, anda tak terkecuali daripada diambil tindakan," katanya.

Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.

Selain itu, beliau turut mendakwa rusuhan tersebunyi yang berlaku pada tahun 1986 di Sabah merupakan perancangan Tun Mahathir selepas kekalahan BN.

Rusuhan selama 48 hari itu mengakibatkan letupan bom, pembakaran masjid dan menyebabkan lima terbunuh.

Khalid terima maaf, tak tuntut ganti rugi

Harakahdaily, 19 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima permohonan maaf kekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataan yang dibuatnya pada 2009.

Ekoran permohonan maaf secara terbuka di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Lau Bee Lan pagi ini, Abdul Khalid berkata beliau bersetuju untuk tidak menuntut ganti rugi dari Ahmad Said.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak menuntut ganti rugi dalam bentuk wang ringgit walaupun kenyataan itu menyebabkan kerosakan reputasi yang besar kepada saya dan keluarga apatah lagi kedudukan saya sebagai Menteri Besar.

"Saya tidak mahu wang pembayar cukai digunakan bagi membayar ganti rugi  itu memandangkan saman terhadap Ahmad Said dibuat atas kapasiti beliau sebagai penjawat awam yang juga defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Said sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung pembelian 46 ekor lembu korban dengan harga RM110,400 sempena Hari Raya Aidiladha pada 2009 untuk kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Ekoran itu, Abdul Khalid telah mengemukakan saman terhadap Ahmad Said.

Selain Ahmad Said, Menteri Besar Selangor itu juga turut menamakan SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam samannya.

Semalam kedua-dua pihak mencapai persetujuan diluar mahkamah dengan Ahmad Said bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Abdul Khalid.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau bagaimanapun menuntut Ahmad Said untuk menyiarkan teks permohonan maaf tersebut di akhbar The Star dan New Straits Times kerana dua akhbar ini  telah menyiarkan kenyataan Ahmad Said yang menjadi asas kepada tuntutan saman saya.

"Atas alasan ini juga, saya memutuskan untuk mengenakan kos yang minima ke atas kes ini," katanya.

Sementara itu, peguam Sankara Nair pula dilaporkan berkata responden telah bersetuju untuk membayar kos RM10, 000.

Fitnah lagi..

http://batuvskayu.blogspot.com, 19 Mac 2013


Fitnah yang kantoi oleh macai yang bingai tulisan jawi..

Asal ayat ialah ' BERTANI SATU IBADAH " telah diedit oleh macai dengan tujuan memfitnah menjadi "MENIPU SATU IBADAH ".

Cuba lihat dan baca ayat tulisan jawi di penjuru kanan, terang dan jelas maksud sebenar bilboard itu ialah Bertani Satu Ibadah.

Terserlah kobodohan macai ini dan ini adalah satu kesan akibat tindakan kerajaan Umno yang meminggir tulisan jawi di sekolah suatu masa dahulu.

Bodoh yang  tak kesudah..

Suka sangat berperangai seperti syaitan  kerana menabur fitnah..

 Pelawak Muda ni lagi hebat dari pelawak otai Salleh Yaakob
Posted on Tuesday, March 19 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Manjongmari
Sebelum ni kita dah tengok lawak bodoh bangkang dari longkang,,, itu sekadar humor,,, tapi itu pun dah terasa,,,

Tetapi kali ini lagi hebat,, jelas dan nyata perjuangan pelawak muda ini,,, apa nak buat .. itu hak dia buat pilihan...

Dah dengar apa dia kata... biarlah dia bersama lembu-lembu nya....ha ha ha ....



Sumber: manjongmari.blogspot.com


UMNO salahkan MCA dan MIC atas kelemahan BN
Posted on Monday, March 18 @ 21:21:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh FH

Tak ada siapa yang paksa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengaku bahawa BN sekarang adalah lemah di pertemuan bersama 250 ahli Mubarak Wilayah Persekutuan, Veteran Umno Wilayah Persekutuan, dan  Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Wilayah Persekutuan di Perbadanan Putrajaya hari inii.

Dia dengan nada sinis telah menyebut bahawa punca kelemahan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja datang daripada kelemahan Umno, tetapi juga akibat daripada kelemahan parti komponen yang hampir lumpuh akibat tewas dalam Pilihan Raya 2008.

Katanya lagi parti komponen seperti MCA, MIC, dan Gerakan mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya umum ke-12 akibat kehilangan besar beberapa kerusi kepada pembangkang dan perkara itu turut memberikan kesan kepada kedudukan BN.

Kelemahan bukan sahaja Umno, tapi komponen parti yang ada masalah besar ... kita perlu buat sesuatu untuk kukuhkan parti mereka.

Dalam ucapan tersebut Tan Sri Muhyiddin mengaku UMNO lemah tapi MCA dan MIC lagi teruk!!

Tan Sri Muhyiddin meramaikan jika tiada perubahan yang besar BN akan kalah terus dalam PRU-13 nanti. Katanya dengan kelemahan beberapa parti itu dan kekalahan dalam PRU 12, semangat ahli akan luntur dan tanpa sebarang tindakan, BN akan mengalami kekalahan yang lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Habis EGo akhirnya mengaku bahawa BN tak ada HARAPAN!!!




Berita berkaitan perkara itu oleh Najib dan Ustaz Harun sebelum ini.

Puluhan ribu hadir ceramah DAP, Umno Johor ketar lutut

http://omakkau.blogspot.com, 19 Mac 2013

BUKTI BERGAMBAR KEHADIRAN PULUHAN RIBU RAKYAT CERAMAH JOM UBAH DAP DI SUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR, BUAT NAJIB DAN SELURUH KEPIMPINAN UMNO JOHOR KETAR KEPALA LUTUT KETAKUTAN!!!!!!


PROGRAM SEMPENA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN DAP KE-47 TAHUN DI SUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR.


Sah!!!!! parlimen hanya akan bubar apabila sampai tamat tempoh hayat...Kalau diizinkan oleh Perlembagaan Negara Perdana Menteri mempunyai kuasa PRU boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan, sudah pasti Najib Razak akan menangguhkannya... Omak kau cukup teramat yakin dan percaya.

Mau ke tidak beb!!!!.. Ini macam punya pandangan tidak pernah berlaku di Johor, kubu UMNO paling kuat selain tempat kelahiran UMNO.

Dulu kalau parti pembangkang buat ceramah, tidak kira dari parti apa sekali pun, bilangan penceramah dan petugas lebih ramai dari hadirin...Ini adalah kenyataan dan bukan cerita yang direka-reka.

Sekarang ini jumlah yang hadir setiap program anjuran Pakatan Rakyat di Johor, paling sengkek dan kokak pun ribuan yang hadir.. Puluhan ribu sudah perkara lazim.

Dalam ceramah bersejarah ini, DSAI telah mengumumkan yang Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor mewakili Pakatan Rakyat.

Lagilah kecut senak perut UMNO/BN apabila mendengar pengumuman ini beb!!!!

INI KALILAH UBAH...SELAMATKAN MALAYSIA...TUMBANGKAN UMNO.

Tiada ulasan: