Seramai 40 orang kaum India di sekitar Selangor yang tidak memiliki kad pengenalan hari ini mengadakan perhimpunan "duduk bantah" selama kira-kira dua jam di dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Klang bagi menuntut kerakyatan.

Naib Presiden PKR, N Surendran yang mengetuai kumpulan itu berkata, tindakan itu diambil kerana permohonan mereka ditolak secara tidak jelas, dan keadaan itu menimbulkan perbagai masalah, termasuk urusan persekolahan anak-anak.

NONE"Kita duduk bantah di JPN kerana mereka dinafikan hak untuk dapatkan surat beranak dan kad pengenalan termasuk pelajar yang berusia 12 tahun yang tidak pernah ke sekolah kerana menghadapi masalah tidak ada MyKid.

"Ada juga orang tua yang berusia 60 dan 70-an yang lahir di Malaysia, berketurunan India dinafikan haknya untuk dapat kad pengenalan.

"Mereka semua sebelum ini pernah membuat permohonan tetapi JPN beri alasan menolak permohonan itu dengan kata dokumen tidak jelas. Alasan ini tidak boleh diterima," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

PKR sebelum ini juga turut mengadakan perhimpunan sama di JPN Putrajaya. Parti itu mendakwa, seramai 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau secara teknikalnya bukan warganegara Malaysia.

Diberikan borang permohonan

Bagaimanapun perkara itu ditolak oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dengan mengatakan dakwaan itu sebagai "pembohongan besar", tiada asas dan bermotifkan politik.

Sementara itu, Surendran berkata, kumpulan dari Banting, Pulau Carey dan Klang itu berarak dari tokong berdekatan ke JPN
Klang bersama ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam, peguam PKR Latheefa Koya.

NONESetelah pertemuan sejam bersama pegawai JPN, mereka diberikan borang permohonan kad pengenalan.

Kita juga sudah serah kesemua borang kepada timbalan pengarah JPN Shah Alam yang datang ke Klang.

"Kami minta supaya proses permohonan ini diproses dengan segera," katanya sambil menambah perhimpunan itu bersurai selepas borang permohonan diserahkan.
Anwar nak lari dari Permatang Pauh, kata Dr M
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim "lari" dari kerusi yang disandangnya di Permatang Pauh kerana ketua pembangkang itu tidak yakin untuk menang, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
permatang pauh by election results map 260808
Ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini, Dr Mahathir berkata, Anwar bebas bertanding di kawasan mana dan "lari dari Permatang Pauh" kerana Malaysia negara bebas.

Beliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang mungkin melepaskan kerusi tempat kelahirannya dan bertanding di Perak.

Diminta menjelaskan maksud "lari" itu, Dr Mahathir berkata, bekas timbalannya itu mungkin tidak yakin akan memang di kerusi tradisinya itu.

Selain Anwar, beberapa pemimpin tertinggi Pakatan juga mengintai kerusi baru, antaranya Lim Kit Siang dan Liew Chin Tong dari DAP yang berpindah ke kubu kuat Umno di Johor.

Dalam pilihan umum lalu, isteri Anwar yang juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengalahkan Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388 undi.

Beliau bagaimanapun selepas itu berundur dan membeli laluan kepada suaminya untuk bertanding semula di kerusi tradisinya itu dalam pilihan raya kecil.

Anwar mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti lebih besar sebanyak 15,657 dalam pertandingan tiga penjuru yang turut disertai calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang hilang wang pertaruhan.
'Siasat no kad merah & hijau dalam daftar pemilih'
3:06PM Mac 22 2013  
Ahli srategi pilihan raya DAP Ong King Ming mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dakwaan terdapat nombor kad pengenalan hijau dan merah dalam daftar pemilih.

Walaupun mengakui bahawa pemegang nombor lama itu mungkin sudah mendapat kerakyatan, Ong berkata, ia amat membimbangkan disebabkan ditemui dalam kawasan yang dianggap banyak masalah oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

NONE"Ketika menyiasat daftar pemilih terkini untuk suku keempat 2012, kami dapati terdapat 7,029 pengundi dengan nombor kad pengenalan lama milik pemegang kad merah dan 446 lagi menggunakan nombor kad hijau.

"Ini bermaksud, jumlah 7,475 itu mungkin bukan penduduk Malaysia dan tidak layak mengundi tetapi dimasukkan dalam daftar pemilih," katanya.

Ong menyemak nombor kad merah antara H6000000 kepada H6040000 dan untuk nombor kad hijau pula antara H8000000 hingga H8040000 yang dibekalkan oleh ketua jabatan kad pengenalan JPN Sabah dan Sarawak Ruslan Alias ketika suruhanjaya diraja pendatang asing Sabah berjalan.
BR1M pengaruhi pemilih atas pagar, kata ahli akademik
 
Di balik dakwaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya gula-gula pilihan raya, program pemberian wang tunai itu bagaimanapun mempunyai pengaruh yang besar kepada pemilih atas pagar, kata ahli akademik.

NONEDr Mohammad Redzuan Othman daripada Universiti Malaya (UM) berkata, kajian yang dijalankannya mendapati daripada 21 peratus pengundi yang belum menetapkan sokongan memberikan respon baik terhadap pemberian BR1M, sehingga 87 peratus.

"Amat mengejutkan apabila BR1M sebenarnya mempunyai peranannya, bukan hanya di kawasan luar bandar tetapi tetapi golongan muda dan atas pagar juga," katanya dalam forum berhubung pilihan raya umum ke-13 anjuran pusat tinjauan Merdeka Centre.

"Bila kamu ke kampung-kampung, kesan seperti BR1M ini sebenarnya sangat besar. Ia bawa maksud yang besar (untuk orang kampung)," kata bekas pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu lagi.

NONESementara itu, kajian lapangannya juga mendapati populariti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat berterusan sejak 2011.

Redzuan juga menyatakan perasaan terkejutnya atas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak mengadakan pilihan raya pada 2012 ketika popularitinya pada tahap tinggi ketika itu untuk tempoh dua tahun.