Posted on Friday, March 22 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Rakyat Kedah
Rakyat kedah menyeru kepada mukhriz supaya sandang dulu jawatan ketua pembangkang di kedah sebelum bercita-cita menjadi MB kedah .
Kami nak nilai prestasi anda sebagai ketua pembangkang , sebelum naik ke jawatan yang lebih tinggi.
Berita berkaitan:
JERLUN, Kedah - Anggota Umno dan penyokong Barisan Nasional (BN) di Kedah diminta tidak terlalu memikirkan siapa yang akan menjadi menteri besar jika BN berjaya menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Sebaliknya kata Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang penting sekarang adalah untuk memastikan BN menang pada PRU itu.
"Letakkan dacing dulu. Bila Perdana Menteri umum bubar Dewan Rakyat dan negeri-negeri bubar DUN (Dewan Undangan Negeri), kemudian umum calon, jangan fikir itu semua (siapa jadi Menteri Besar).
"Fikir menangkan calon. Ini adalah masa untuk kukuhkan dan beri kekuatan kepada BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Ekspo Mini Mara dan Kampungku Mahir peringkat Kedah, di sini hari ini.
Katanya perkara seperti pemilihan menteri besar hanya berlaku selepas pilihan raya selesai.
Beliau berkata PRU13 juga merupakan ujian kesetiaan dan ketaatan anggota Umno serta penyokong BN kepada parti.
Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun mengulas spekulasi terutama menerusi media sosial bahawa beliau akan bertanding di kerusi DUN pada PRU13 dan dilantik sebagai menteri besar jika BN kembali menguasai Kedah.
"Belum tentu lagi di mana saya bertanding. Pengerusi BN yang tentukan. Letaklah saya di mana saja. Saya sebagai jentera parti akan melakukan yang terbaik untuk pastikan BN menang. Saya fikir khabar angin itu satu spekulasi yang tidak kena pada masanya.
"Selain itu, banyak lagi proses. Kalau bertanding (DUN) nak kena menang dulu. Lepas tu kena tawan semula Kedah...mesti dapat 19 kerusi (daripada 36 kerusi DUN) atau lebih.
"Saya tak minat jadi ketua pembangkang...tak ada yang berebut jawatan itu. Kemudian banyak lagi proses," kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu. /sinar harian
Najib cakap semua bagus, cantik tapi bila nak mengundi?
Posted on Friday, March 22 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Pertama kali dalam sejarah moden Malaysia, penggal parlimen dicukupi, Sebelum ini, sering didendangkan oleh PM yang memegang kuasa, kita perlukan mandat baru, kerana itu parlimen dibubarkan sebelum tempoh tamatnya. Tetapi kali ini, Najib kata kita tak perlu mandat sebab agenda transfomasi dan refomasi masih belum mencapai matlamat, otak kau Najib!
Siapa perlu transfomasi, siapa perlu refomasi? Yang sangat sangat diperlukan sekarang ialah kerajaan baru, kerajaan yang tidak melakukan trasfomasi dan refomasi, tetapi kerajaan yang tidak rasuah, tidak rompak harta rakyat sekalipun tanpa transfomasi dan refomasi. Tetapi Najib kata semuanya baik, semua cantik, negara tak perlu kerajaan baru kerana kerajaan yang ada sekarang sedia melakukan perubahan, perubahan otak kau, perubahan Rosmah adalah, dari mengaku menabung dari kecil kepada dipulangkan semula kepada syarikat pengeluar setelah dilihat besannya.
Najib terus menuduh pihak yang mencabarnya sebagai pihak yang akan menghancurkan negara atas alasan budak budak tadika. Pada Najib kerjasama PAS dengan DAP adalah satu dosa besar kerana DAP tidak akan membenarkan PAS melaksanakan hudud, sedangkan yang terjadi ialah kerajaan persekutuan yang ditabdir oleh UMNO yang memegang kuasa yang lebih banyak dari kerajaan negeri yang menjadi penghalang utama perlaksanaan hudud di Kelantan. Najib tak habis habis memperlekehkan PAS kerana menggugurkan cita cita perlaksanaan hudud dan diganti dengan negara berkebajikan kerana hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR. Tetapi Najib tak pula mengatakan mengapa UMNO enggan melaksanakan hudud.
Dasar lidah biawak, betul kata TGNA, Najib menipu untuk mengkaburi rakyat. Kalau Najib benar benar ikhlas dalam usahanya untuk melakukan perubahan sebenar dan mencapai status negara maju sudah tentu Najib akan melakukan perubahan kepada aspek utama penggerak ekomoni, sosial dan politik.
Perubahan yang amat diperlukan rakyat tetapi tidak langsung disentuh dalam dasar transfomasi dan refomasi Najib ialah harga minyak yang masih menjadi belengu kepada indek harga pengguna dalam negara. Dengan indek harga yang masih tinggi, segala bantuan yang diperkenalkan Najib seperti BR1M dan BL1M tidak akan memberi apa apa kesan apatah lagi struktur cukai kerajaan yang membebankan rakyat, malah pemberian bantuan ini hanya menyebabkan sturktur cukai yang semakin meningkat saban tahun kerana kerajaan perlukan dana yang dibelanjakan kepada rakyat diganti. Selain itu, sistem saman turut menjadi alat kerajaan menggantikan dana bantuan yang diberi, akibatnya rakyat yang menerima bantuan terpaksa pula menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi,Mana ada transfomasi ekonomi macam ni? Najib tipu rakyat pada ketika dia masih enggan mengadakan pilihanraya walaupun penggal sudah atau hampir tamat.
Dari segi sosial pula, Najib perlu menghentikan semua aspek aspek hiburan yang digemarinya seperti k-pop, gangnam style dan dikir barat yang melalaikan, Najib perlu mengakui apa yang dusahakan oleh UAI adalah yang terbaik, Najib sepatutnya menyokong UAI kalau benar benar dia mahu melakukan transfomasi dan refomasi sosial sebagai langkah pembetulan kepada gejala sosial yang berlaku. Program pengimarahan masjid tidak perlu disekat atau diletakan syarat sebaliknya pengimarahan masjid mesti atas dasar haq atau benar dan kayu ukur kepada benar ini pula mestilah berdasarkan risalah ALLAH.
Dasar sosial yang paling utama ialah perlaksana hudud dan hukum Islam. Ramai pendakwah samada dari dalam negara atau luar negara menekankan perkara ini kalau mahu mengelakkan gejala sosial dari terjadi. Termasuk dalam golongan ini ialah Arwah Prof Ahmad Ibrahim, yang disifatkan anak melayu paling cerdik oleh Mahathir. Najib perlu segera mengakui saranan Arwah bukan setakat saranan tetapi Arwah sudahpun menyediakan laluan mudah untuk perlaksanaan hudud, tinggal lagi, Najib perlu melakukan sedikit pengubah suaian terhadap perlembagaan negara. Najib tidak sepatutnya menjadikan kegagalan UMNO memperolehi majoriti 2/3 dalam parlimen sebagai alasan tidak mahu mengubah perlembagaan bagi membolehkan hudud dilaksanakan sebaliknya Najib perlu bekerja keras menyakini semua pihak akan kebaikan hukum Islam untuk semua, bukan sahaja kepada orang Islam malah kepada bukan Islam juga.
Itupun kalau Najib betul betul ikhlas dalam dasar transfomasi dan refomasinya. Apa yang dapat dilihat ialah ketidakikhlasannya dalam mengamalkan konsep wasatiyah kerana amalan wasatiyah Najib mengabaikan suruhan ALLAH sebaliknya bersungguh sungguh mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH tetapi dengan cara yang memalukan umat Islam. Inilah masalah besar kepada dasar transfomasi dan refomasi Najib yang nampak jelas cuma kosmetik sahaja dan dalam laungan semuanya baik baik di bawah pemerintahan UMNO, Najib masih gagal menjawab bila PRU 13?
Sementara trasfomasi dan refomasi politik yang amat amat perlu sekarang ialah mengadakan pilihanraya tanpa penipuan, sesuatu yang tidak mahu Najib lakukan, malah Najib menggerakkan pencacai pencacai dan samseng samseng upahannya membuat fitnah dan kacau. Najib tidak boleh berlepas tangan dengan semua tindakan pencacai dan samseng upahan mereka kerana sebagai pemimpin tertinggi, Najib bertanggungjawab penuh. Pendek kata tak perlulah Najib terus menipu rakyat dengan berselindung di belakang transfomasi dan refomasi kerana rakyat bukannya lembu yang dipelihara oleh NFC Ijat Jalil seperti pencacai dan samseng upahan itu. Kayu ukur sebenar kepada rakyat ialah keberanian Najib mengadakan PRU 13 yang sudah melampaui tempoh PM sebelumnya. Perkara ini mejadikan Najib seorang pengecut di mata rakyat sekalipun Najib membentangkan lapuran kosmetiknya."
Presiden PAS Raikan Empat Pemuda Yang DiFitnah Umno
Posted on Friday, March 22 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Skuad BO
MARANG - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkunjung ke Kampung Jerung Seberang, DUN Pengkalan Berangan, dekat sini pada Rabu malam, 20 Mac bagi meraikan empat pemuda PAS yang difitnah pemimpin Umno setempat.
Dalam Ucapannya, di Markaz Pemuda UPU Jerung di Kampung Jerung Seeberang beliau berkata, perlawanan antara puak yang ikut Islam dan puak yang lawan Islam berlaku sepanjang assa sehingga hari kiamat.
"Nabi Nuh berlawan dengan al-malak, pemimpin-pemimpin di zamannya, Nabi Ibrahim berlawan dengan Namrud, Nabi Musa dan Nabi Harun berlawan dengan Firaun, Nabi Daud berlawan dengan Jalut,
"Nabi Isa berlawan dengan Raja Herodus, raja bani Israel yang lawan Islam dan Nabi Muhammad berlawan dengan Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain,"ujarnya.
Menurutnya, Raja Iblis telah memulakan 'penipuan' bagi menyesatkan manusia dengan menipu nabi Adam alaihisSalam sehingga dikeluarkan dari syurga.
Sejak itu, katanya, pemimpin puak yang memusuhi Islam telah mengada-adakan pelbagai penipuan terhadap para nabi dan Rasul bagi memesongkan pengikut-pengikut agama Islam.
Sebelum itu, beliau meminta para pemuda dan ahli-ahli PAS supaya memberitahu orang-orang Umno tentang amanat Tun (Haji) Mahathir yang berkata 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali dari berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali'.
Katanya, bekas Presiden Umno itu mengakui, ada syaitan yang tidak dikenali di kalangan ahli-ahli Umno [Lihat Video]
Turut ama dalam pertemuan meraikan pata pemuda terbabit adalah Timbalan Pengarah MTD Pengkalan Berang Ustaz Sulaiman Sulong [gambar bawah]
Berita terkait sebelum ini;
Empat Pemuda PAS Bebas Tanpa Sabitan
Pemuda PAS Sokong Tindakan Empat Ahlinya Menegur Provokasi Melampau Umno-BN
Empat Pemuda PAS Direman Kerana Fitnah Pengerusi Penaja Umno
Sumber: www.buletinonline.net
Papagomo @ Wan Muhammad Azri Wan Deris Adalah Pengundi Hantu
Posted on Friday, March 22 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Rafizi Ramli
Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.
Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.
(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di Lampiran A, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)
Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.
Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.
Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.
Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.
Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:
Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor
Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?
Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.
Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
22 MAC 2013
LAMPIRAN A – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan : “Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. ”
Hukuman : “Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak”
Sumber: rafiziramli.com
UMNO Yang Maksum, Najib Yang Mukhlisin
Posted on Friday, March 22 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Dr.Haji Khairuddin Dato' Abd. Malik
Ada pepatah Inggeris bermaksud "orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah".Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang.Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi!
Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013.Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR.Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas.Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!
Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik.Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR.Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib.
Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain.Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti KomunisChina.
Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.Lagi senang nak jawab.PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi.Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko!
Agaknya berpahalakah UMNO kerana menganugerahkan bukit-bukit yang strategik seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi di Pahang kepada tauke-tauke untuk buka kasino.Berpahala besar juga agaknya apabila UMNO dan MCA beli tanah orang-orang kampung dengan harga murah dan buat untung berpuluh kali ganda dalam kes PKFZ.Orang UMNO Pahang sangat arif penglibatan Najib dalam anugerah tanah Pulau Tioman kepada billionaire tauke China.Banyak bertimbunnya pahala pemimpin UMNO.
Penulis berkeyakinan Najib sudah membuka 'floodgate' untuk pelbagai pihak menyerang beliau.Jika Najib enggan berdebat dengan alasan kesiankan Anwar Ibrahim takut terdemam, kali ini Najib bukan sahaja terdemam bahkan terburai.
Mari kita bertanya kepada Najib dan ustaz-utaz UMNO yang celupar membuat fatwa, undi PAS berdosa, undi UMNO berpahala.Adakah bukan berdosa hal-hal yang direncanakan UMNO dan dipaksakan kepada rakyat khususnya saudara seagama Islam.Lihat senarai berikut:
1.Hina dan perleceh,pertikai kewajaran hukum hudud .
2.Luluskan dan kembangkan industri judi
3.Rasuah-rasuah seperti skandal scorpen,NFC dan PKFZ.
4.Mungkir janji royalti minyak Kelantan bernilai RM10.5 bilion
5.Borong kerakyatan kepada pendatang asing untuk menang mudah dalam pilihanraya
6.Pilih syarikat Yahudi sebagai penasihat berbayar dan upah penulis Yahudi untuk jatuhkan Anwar Ibrahim
7.Rentap bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat hinggakan banyak yang tutup berkubur
8.Membiarkan pembunuh Altutuya bebas tanpa membenarkan proses undang-undang berjalan lancar
9.Melakukan pendakwaan terpilih secara berleluasa.Orang UMNO bebas, rakyat marhaen dihukum keras
10.Merelakan syarikat keluarga pemimpin besar UMNO Dr Mahathir beli kilang arak bernilai RM2.9 bilion
Senarai sepuluh perkara tersebut masih pendek. Masih banyak lagi yang boleh didedahkan.Penulis belum sentuh isu rampasan kuasa di Perak yang dicaturkan oleh PM Najib.Jangan lupa rampasan kuasa itu melibatkan perangkap pelacur, culik wakil rakyat dan beli wakil rakyat, RASUAH. Apakah itu bukan dosa?
Yang pasti kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO kini sudah mencapai kemuncak. Kenapa?Jawapannya kerana dosa-dosa yang mereka lakukan dan lebih parah tak pula nampak mahu insaf bertaubat..Apa buktinya?
Ramai penganalisa dan ahli akademik percaya PRU 13 sengaja dilambatkan untuk membolihkan manipulasi dan penipuan maksima supaya UMNO/BN terus menang.Maknanya sebahagian besar calon-calon BN yang bakal menang nanti kerana penipuan pilihanraya.Lepas itu nanti jadi wakil rakyat haram, makan elaun haram, jadi menteri haram dan darah daging membiak dengan duit haram.Itulah punca taubat sukar terjadi.Hati keras walaupun perasan suci maksum dan mukhlisin.
Akhirnya apakah nilai 'tarbiah' yang ada dalam UMNO apabila "MURSYIDUL AM" UMNO ia itu Dr. Mahathir (Jadi ahli UMNO lebih 60 tahun, jadi presiden 22 tahun), pada usia 86 tahun seronok melabur dalam syarikat arak San Maguel di Filipina? Apa nak jadi pada UMNO...kasihan.
Sumber: peraknangis.blogspot.com
Mahasiswa Bersatu Pertahan Imej INSANIAH
Posted on Friday, March 22 @ 15:35:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN
Majlis Perwakilan Mahasiswa dan seluruh pimpinan mahasiswa KUIN melahirkan rasa dukacita dengan krisis dan kontroversi yang berterusan menyelubungi perjalanan Kolej Universiti INSANIAH.
Kami meyakini, jalan keluar kepada krisis yang sudah berlarutan hampir 5 tahun ini menuntut pihak-pihak yang terlibat untuk kembali kepada-kaedah syara’ dan lunas-lunas Islami dalam penyelesaian konflik.
Tindakan mencerca, menimbulkan spekulasi dan mewujudkan kebencian kepada mana-mana individu secara peribadi tidak akan membantu sedikitpun menyelesaikan kemelut yang ada sebaliknya hanya membenihkan fitnah dan dosa berantai yang tersebar di laman maya tanpa mampu disekat.Justeru atas sifat kasih dan sayang kepada INSANIAH, serta menyedari permasalahan-permaslahan yang merundung INSANIAH, kami pimpinan-pimpinan mahasiswa KUIN menegaskan;
1. Pimpinan Mahasiswa INSANIAH sebulat suara menyatakan pendirian dan sikap tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan, tetapi hanya berpihak kepada usaha bagi menjaga maslahah INSANIAH sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang sedang membangun demi generasi mendatang. Permasalahan dan kelemahan yang ada, sama sekali tidak menghalalkan tindakan yang menghodohkan INSANIAH secara keseluruhan atas nama menuntut hak peribadi dan kepentingan masing-masing.
2. Tindakan mendedahkan segala permasalahan kepada media dan masyarakat secara terbuka melalui siri-siri jelajah yang diadakan, SEDANGKAN pada masa yang sama laporan rasmi tentang permasalahan yang dibangkitkan telah pun dibuat dan siasatan sedang dijalankan, adalah amat tidak wajar. Kami tidak nampak dimanakah justifikasi dan kewajaran tindakan yang bersifat ‘menang jadi arang kalah jadi abu’ ini, apatah lagi ia bercanggah dengan kaedah Islam yang menetapkan sesuatu kemodhoratan itu dihilangkan dengan tindakan yang setimpal dengannya bukan dengan sesuatu yang lebih buruk daripadanya.
3. Setiap permasalahan yang didakwa, sewajarnya, dibiarkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan menentukan apakah status kelemahan dan ‘penyelewengan’ tersebut. Kami berpendirian setiap yang bersalah perlu dihukum dan setiap yang teraniaya perlu dibela TETAPI kedua-duanya perlulah mengikut lunas-lunasnya yang betul. Tindakan menghina, memperolok-olok dan mencereca peribadi seseorang dalam adalah melampau dan terkeluar dari orbit Islam.
4. Mahasiswa INSANIAH dengan ini menyatakan bahawa Gerakan Mahasiswa Prihatin GMP (Kuin) tidaklah mewakili suara mahasiswa INSANIAH serta diragui status penubuhan dalam kalangan mahasiswa INSANIAH.
5. Sebagai sebahagian daripada komponen INSANIAH, pelajar dan kakitangan berhak mendapat penjelasan terhadap isu-isu yang berlaku terutama yang menyentuh kebajikan pelajar. Justeru, kami berharap di pihak pentadbiran pada masa akan datang harus bersikap proaktif dalam memberikan penjelasan dan penerangan yang sekiranya dibiarkan akan menimbulkan fitnah dan keluh kesah diakalangan pelajar.
6. Kami berpuas hati dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak universiti dalam menyelesaikan masalah berbangkit berkaitan kebajikan mahasiswa serta menyedari kekangan dan keterbatasan yang ada dalam menyelesaikan permasalahan yang ada. Akhirnya, kami menyeru semua pihak mengenepikan agenda peribadi sebaliknya bersikap ikhlas dan objektif dalam sama-sama menyelesaikan kemelut yang ada. Kami mengingatkan setiap daripada kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT di mahkamah Rabbul Jalil keatas apa yang berlaku dan apa yang kita lakukan sepanjang tempoh ini.
KENYATAAN BERSAMA;
1.MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA KUIN SESI 2012/13
2.PERSATUAN KULIYYAH SYARIAH (SYARIE)
3.PERSATUAN KULIYYAH USULUDDIN (KUDSY)
4.ITTIHAD THULAB LUGHAH ARABIYYAH (ITLA’)
5.PERSATUAN EKSEKUTIF MUAMALAT(PERTEMU)
6.PERSATUAN KULIYYAH QURAN (ITQAN)
7.INSANIAH MEDICAL STUDENT ASSOCIATION (IMSA)
8.MULTIMEDIA STUDENT COUNCIL CENTER(MSCC)
9.PERSATUAN KULIYYAH IT (I-TEC)
10.PERSATUAN KULIYYAH KEJURUTERAAN (PEKERTI)
11.PERSATUAN PELAJAR ASASI (PERINTIS)
12.KELAB KESENIANMUDA INSANIAH (KEMUDI)
13.JAWATANKUASA ASRAMA STARGATE (JAKSA STARGATE)
14.JAWATANKUASA ASRAMA FARABY (JAKSA FARABY)
15.JABATAN NUQABA
16.INTERNATIONAL STUDENT ASSOCIATION (INSAS)
17.GAGASAN MAHASISWA LUAR KAMPUS (GALAKSI)
18.HAL EHWAL SISWI (HEWI)
Masalah penginapan telah diatasi dan pengajian berjalan seperti biasa-MPM
Posted on Friday, March 22 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Pemuda Pas yakin Azizan terus teraju Kedah
Posted on Friday, March 22 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Sumber Sinar Harian
ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah yakin Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus diberi mandat oleh Pusat menerajui parti termasuk negeri, selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) Kedah mengekalkan kemenangan.
Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, Azizan boleh diibaratkan seperti imam yang berjaya memimpin makmum dan sehingga kini beliau tidak terbatal syarat untuk terus diberi kepercayaan memimpin di Kedah.
Azizan adalah pesuruhjaya negeri dan sayap parti teguh di belakang beliau untuk bersama berjuang memerangi musuh politik, iaitu Barisan Nasional (BN). Jangan pula ada pihak yang lebih laju daripada imam atau mahu cantas kedudukan beliau,” katanya.
Menurutnya, semua pihak dalam parti itu diminta bersatu hati dan berganding bahu untuk berdepan PRU13 bagi memastikan hasrat menawan Putrajaya tercapai.
“Isu menggantikan Azizan juga tidak pernah dibincangkan di peringkat tertinggi Pas Pusat, jadi tidak timbul isu menukar pesuruhjaya negeri, walaupun ada pihak yang mencadangkan,” katanya.
Ini katanya terbukti apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri baru-baru ini mengesahkan Azizan masih tersenarai sebagai calon PRU13 sekali gus menepis dakwaan bahawa Azizan bakal digugurkan selepas PRU13.
Ketokohan Azizan katanya tidak perlu dipertikai walaupun ada pihak sering mengaitkan masalah kesihatan beliau sebagai alasan untuk berundur.
Ini kerana setelah sekian lama berjuang sebagai Ketua Pembangkang, Azizan satu-satunya wakil rakyat Pas yang berjaya menawan Wisma Darul Aman, sekaligus mencipta sejarah BN Kedah tersungkur dalam tsunami politik 2008.
PRU 13 : Calon umno Kedah
Posted on Friday, March 22 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Tebas
Mulai hari ni...mai kita pi TEBAS tengok bab calon umno be enddd di Kedah yang semakin menjadi
tajuk berita panas selagi tarikh PRU 13 belum diumumkan.
Najib dah tengah pening ..yang lain bertambah pusing termasuk dalam parti umno sendiri. Selalunya bab calon dalam pilihan raya ni menjadi satu percaturan sesama depa untuk pastikan kroni masing-masing selamat.
Hari ni sudah dikeluarkan satu spekulasi perancangan umno Kedah yang sedang berusaha dalam kelemasan untuk menyelamatkan nyawa politik mereka di Kedah. Nah berita ni...tentang Mukhriz Mahathir.
Nampak gaya ada puak yang dok nak cantas Timbalan Menteri di situ dah. Elok la kalau Mukhriz pi tanding di Bukit Kayu Hitam tu kerana kawasan tu dikira selamat untuk umno dan bagi meneruskan legasi keluarga...Jadi kaum keluarga dan kroni yang dok ada di Kubang Pasu tentu akan bertepuk sakan menerimanya.
Tapi ni ada lagi satu berita lain pula tentang Mukhriz ni...yang dipetik dari merata sumber tentang calon-calon umno kali ni. Hari ni kita pi intai-intai di kawasan Jerlun.
kita kena cabut bilah la noo. |
Bila pi ke Kubang Pasu..faham-faham saja la noo..yang dok ada disana pun bukan ikan bilis..tak kan depa nak biar saja jerung lain langgar kawasan.
Klik pada gambar untuk besarkan
Cukup kot untuk hari ni..esok kita TEBAS bab bakal calon umno yang lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan