Jumaat, 29 Mac 2013

ALLAH TAHU SAPE KAKI ZINA...KAKI BETINA...KAKI LIWAT...KAKI RASUAH...KAKI PENIPU...KAKI BELIT ....KAKI MENENTANG ISLAM...KAKI SONGLAP DLL...USAH NAK LARI DAN MENIPULAH

Kenyataan Rasmi PDRM: Wan Muhammad Azri @ PapaGomo adalah Penjenayah
Posted on Friday, March 29 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris Papagomo
Polis hari ini
mengesahkan identitiWan Muhammad Azri Wan Derisyang dirujuk sebagai Papagomo dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.

Kenyataan penuh PDRMdi sini


Mengikut kenyataan media pada paparan facebook hari ini, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 julai 2002 hingga 30 Novemnber 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.Azri kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.

identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris Papagomo
Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Dalam kenyataan yang ditandatangani Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene, Azri dikenakan prosiding tatatertib yang menyebabkan beliau dibuang kerja berkuat kuasa 6 September lalu.

Kandungan kenyataan itu seolah-olah polis tidak mahu dikait dengan aktiviti blogger pro-Umno yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN.

Kenyataan berkenaan juga menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara ‘panjang lebar’ selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis.

Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.

PapaGomo jadi PapaKedana
PapaGomo jadi PapaKedana
PapaGomo jadi Papakedana

 
 Rakyat Menolak Video Lucah Sebagai Bahan Kempen Pru Ke 13
Posted on Thursday, March 28 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI

PAS Wilayah Persekutuan menolak taktik politik kotor menggunakan video lucah pemimpin tertentu sebagai senjata bahan kempen pilihan raya umum. PAS WP menganggap taktik sedemikian adalah usaha paling keji yang dilakukan oleh mana-mana parti politik. Ia juga adalah taktik terdesak oleh pihak yang ketandusan isu untuk dijadikan bahan kempen.


Difahamkan ada rancangan untuk menyebarkan video lucah beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lama lagi dan kemungkinan ianya akan dijadikan bahan kempen untuk pilihan raya umum ke 13. Siapa pun mangsanya sama ada pemimpin PKR, PAS atau DAP, serta pemimpin UMNO sekalipun, PAS WP tetap menolak kaedah kotor ini. Ianya adalah sesuatu yang mengaibkan, fitnah dan ancaman terhadap reputasi serta menjatuhkan maruah mangsanya.Sekalipun jika ada pemimpin politik terlibat dengan skandal seks, sepatutnya pihak terbabit membawa kes tersebut ke mahkamah. Biarkan mahkamah berbicara dan menentukan kebenaran, bukan dihadapkan kepada rakyat untuk menjadi tontotan umum sehingga kanak-kanak turut terdedah menontonnya.
PAS WP mengingatkan mana-mana pihak bahawa Islam mempunyai adab yang tinggi dalam berpolitik, dan politik lucah adalah sesuatu yang terkeluar dari adab-adab Islam. Dalam Islam, seseorang yang menuduh zina perlu kemukakan empat orang saksi yang menyaksikan perlakuan tersebut. Jika beliau gagal kemukakan saksi, penuduh boleh dikenakan qazaf.
Mengemukakan video lucah tidak boleh diterima sama sekali kerana ianya boleh dicurigai dan terdedah dengan pelbagai penipuan seperti penyamaran, suntingan dan lain-lain bagi menyamakan pelakunya dengan mangsa sasaran. Mengambil iktibar dari video Datuk Seri Anwar yang terdahulu, didapati ianya adalah fitnah dan penyamaran oleh individu tertentu. PAS WP juga tidak hairan sekiranya ada video lucah pula mengaitkan pemimpin tertinggi PAS akan dikeluarkan kelak.
Masyarakat yang bertamadun dan maju seperti negara ini pasti tidak menerima kempen politik lucah. Malah, mana-mana parti politik yang cuba mengetengahkan politik lucah sebagai bahan kempen mereka pasti akan ditolak oleh rakyat. Rakyat menganggap menyebar video tersebut sebagai tidak berakhlak, dayus serta gagal mendepani kebenaran. Malah, parti politik tersebut juga akan dikalahkan oleh kuasa rakyat yang marah dengan tindakan keji mereka tanpa berfikir panjang.
Akhirnya, PAS WP meminta semua pihak agar memasuki gelanggang pilihanraya umum ke 13 secara berani dan sihat. Kemukakanlah kebenaran melalui isu-isu serta fakta yang bernas bagi menarik hati dan minat rakyat, kerana ia jauh lebih bermanfaat untuk rakyat keseluruhannya daripada bergelumang dengan dosa fitnah serta penyebaran video lucah.

AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI
Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
 
 Taktik kotor Umno kerana rakyat semakin memilih Pakatan Rakyat
Posted on Thursday, March 28 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Dato’ Saifuddin Nasution
Menjelang pilihanraya umum ke 13 ini, PKR ingin memaklumkan rakyat bahawa mereka hendaklah bersedia menghadapi pilihanraya umum yang paling kotor dalam sejarah negara.  Di sebalik keyakinan yang cuba ditonjolkan pemimpin UMNO melalui media arus perdana, wujud kekhuatiran yang ketara di kalangan pemimpin tertinggi BN.

Selain dari manipulasi dan pengawalan maklumat melalui media arus perdana, jentera kerajaan disalahgunakan untuk memenangkan BN. Duit cukai rakyat digunakan untuk melalikan rakyat dari hakikat bahawa daya saing negara semakin merosot dan pencapaian ekonomi negara tidak seimbang. Kepimpinan tertinggi UMNO tahu masa depan mereka telah pudar. Walau pun kepimpinan UMNO cuba memberi gambaran mereka yakin akan menang, kita sedia maklum berbagai maklumat perisikan yang mereka terima telah memberi penilaian bahawa BN akan tewas pada pilihanraya umum ke 13 yang menjelang tiba. Inilah sebabnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak terpaksa berterusan menangguh pembubaran Parlimen.  UMNO sebenarnya sedang mengalami kegusaran dan krisis keyakinan.


Dalam kegusaran ini, UMNO mula mengambil tindakan-tindakan yang terdesak.  Dua teras utama taktik yang diambil UMNO hari ini ialah menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan askar-askar upahan di ruang-ruang blog untuk mereka-reka dan menyebarkan video-video palsu yang kononnya memaparkan salahlaku seks pemimpin-pemimpin PKR. Taktik pertama melibatkan menakut-nakutkan masyarakat Melayu bahawa masa depan mereka akan tergadai jika Pakatan Rakyat memerintah, walau pun UMNO lah sebenarnya yang menggadaikan kepentingan orang Melayu selama ini.

Taktik kedua ialah menggunakan dakwaan salahlaku seks. Selain dari video palsu yang cuba mencemarkan nama baik Dato Seri Anwar Ibrahim, kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan.  Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman  babak-babak yang tidak berkaitan  untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks.

PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit. Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah.  Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami. Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan. Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik UMNO yang terdesak, jijik dan keterlaluan.
Kami yakin rakyat Malaysia akan berdiri teguh dengan kebenaran dan tidak akan mudah diugut atau diperdayakan oleh tipu helah serta muslihat kotor UMNO.  Mereka akan membuat pilihan yang bijak dan membina masa depan negara yang lebih cerah dengan memilih Pakatan Rakyat.

Dato’ Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
 
 Dewan Ulama PAS Kedah macam katun ?
Posted on Thursday, March 28 @ 19:23:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ata

"Dewan Ulama Pas Kedah sudah beberapa kali minta pucuk pimpinan Pas menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai pesuruhjaya Pas negeri dengan pemimpin lain sejak setahun lalu. 

"Apa yang kita ambil kira hanya atas sebab masalah kesihatannya saja," katanya di sini 

Tetapi selang dua hari selepas itu, Jeng, jeng jeng......
Tiba-tiba Azizan Abdul Razak pulih dari masalah kesihatannya. Benarkah begitu?
Entah ubat ajaib apa yang telah ditelannya hingga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah, Sheikh Muhd Zainul Asri (gambar)  mengubah pendirian dan menyokong Azizan Abdul Razak untuk terus memimpin sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi PRU13. 
Nampak macam katun saja sebuah Dewan Ulama.....Baca di sini
 
http://alhusseyn51.blogspot.com/
"
 
 Anwar tidak selamat bertanding di Selangor
Posted on Friday, March 29 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: anaabdullah

"Biar pun Profesor Negara, Profesor ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata Anwar boleh menang ke dua dua kerusi DUN dan parlimen jika bertanding di Selangor pada PRU 13 ini.
Akan tetapi Jika benar begitu pada penulis Anwar akan kecundang pada PRU 13 nanti kerana Selangor merupakan negeri yang paling besar kosnya untuk umno/BN merampas semula dengan pelbagai janji yang dibuat oleh Perdana menteri.

Pertama, faktor kemasukan pengundi baru ke Selangor yang dikatakan angkanya ratusan ribu orang sepertimana pernah dinyatakan oleh parti Keadilan rakyat tidak lama dulu itu sudah tentu Anwar tidak selamat bertanding di negeri yang di perintah Pakatan rakyat.
Silap hari bulan Selangor juga akan jatuh ke tangan umno/BN semula PRU 13 ini atas faktor kedua, iaitu umno/BN membelanjakan wang sejumlah RM 4 bilion disamping berjaya membeli undi atas nama bantuan rakyat satu Malaysia (BRIM).
Mengapa penulis berkata demikian? Pengundi baru yang dibawa masuk ke negeri Selangor solid undi umno/BN. Manakala 50 peratus daripada 60 peratus pengundi akar umbi penentu kalah menang parti parti yang bertanding pada PRU 13 nanti akan menolak PR.
Berita terbaharu presiden Parti Keadilan rakyat dikatakan akan bertanding di DUN Selangor.Jika benar Dr Wan Azizah Wan Ismail akan diletakkan bertanding di Dun Selangor Sah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding Di Perak jika tak bertanding di Permatang Pauh parlimen asalnya.
Anwar boleh selamat jika bertanding di Perak. Lebih lebih lagi parlimen Ipoh Timor yang akan ditinggalkan oleh Lim Kit Siang akan bertanding Di parlimen Galang Patah Johor merupakan parlimen selamat.
Tidak mustahil Perak akan dirampas semula oleh Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti disamping Negeri Sembilan yang ditadbir oleh kerajaan semantara dan dikatakan turut jatuh, kerana DAP sudah menang 10 kerusi, parti keadilan rakyat 3 kerusi dan PAS 2 kerusi DUN pada PRU 12 lepas.
 
 30 polis dan JPJ tahan treler PAS
Posted on Friday, March 29 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Muhammad Faizal


IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.
Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

(Polis dan JPJ menahan treler PAS)
Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua
Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.
Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan. Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.

 
 
 Anwar Ibrahim: Percayakah Najib UMNO BN Boleh Mula Tukar Selepas PRU13?
Posted on Friday, March 29 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber mediarakyat



 
Kg Lok Batik, Tuaran Sabah 24/03/2013
 
 
 Harapan Rakyat: Harga minyak turun
Posted on Friday, March 29 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Tvpas hd



 
Kg Lok Batik, Tuaran Sabah 24/03/2013
 
 
 Anwar Ibrahim: Mahathir Nyanyuk? Tapi Kontrak Petronas Anak Dia Dapat
Posted on Friday, March 29 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber mediarakyat



 
Kg Lok Batik, Tuaran Sabah 24/03/2013



Tiada ulasan: