Posted on Tuesday, March 26 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: abuluqman
"
Eemmm....pe komen kamu semua ttg ni??.Macai2 jgn panas taw..kikikikiki.. Kira setakat tu la..UMNO.. kalau Bahagian yang Susan.. miskin macam nilah jadi ya...,,kalau yang senang..naim ALphard.. Atau hardier la..
Sila KLIK FB orang kampung untuk ..maklumat terkini.."
TK1M - Takut Kalah 1 Malaysia, Fenomena Baru Najib Enggan Bubar Parlimen
Posted on Tuesday, March 26 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Greenboc
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Najib Razak kerana melancarkan 'Takut Kalah 1 Malaysia (TK1M).
Mahfuz mendakwa, Najib enggan membubarkan Parlimen kerana sangat takut hilang jawatan dan kuasa jika kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Sehinggakan kata Mahfuz, Najib sanggup mebiarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan tamat tempohnya pada hari ini.
"Tahniah kepada Perdana Menteri kerana berjaya melancarkan secara tidak langsung satu lagi projek atau program 1 Malaysia iaitu Takut Kalah 1 Malaysia.
"Dun-dun dan Parlimen akan terbubar dengan sendiri, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara kita.
Najib takut untuk di'report kad'kan oleh rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.
Manakala pada 7 April (Pahang), 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April (Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei (Penang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu). -HD
Sumber: greenboc.blogspot.com
Sejarah Ringkas Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari
Posted on Tuesday, March 26 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: setisab
"Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.
Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).
“Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian antara Filipina dengan MNLF.
“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).
“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).
“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.
Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh.
Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.
“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.
Dalam pada itu, Anwar menasihatkan orang Islam dan masyarakat Kristian tidak mengambil sikap permusuhan, kerana isu sebenar ialah pencerobohan oleh gerombolan bersenjata.
“Kalau orang itu Kadazan, dia Kristian dan dia dianiaya, saya tak setuju. Kalau dia orang Islam Sulug, kita tetap bela. Saya bukan lawan dengan orang Sulug. Saya lawan dengan sesiapa yang ceroboh pakai senjata dan ganggu gugat keamanan,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.
“Jangan fikir rakyat Sabah bodoh. Ini bukti politik kotor yang cuba nak cari jalan dan nak tangkap saya di bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) tanpa ikat jamin,” kata Anwar. Sumber"
Wacana Sinar ke-18 kupas isu 'Artis Masuk Politik'
Posted on Tuesday, March 26 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Sinar Harian
BERIKUT petikan-petikan menarik Wacana Sinar Siri ke-18 bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi.
Ahli panel terdiri daripada Bob Lokman dan Hairie Othman yang masing-masing merupakan ahli Pas, Presiden Seniman, Zed Zaidi dan Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba.
Wacana kali ini, yang berlangsung pada Selasa ini, dikendalikan oleh Dekan Fakulti Teater dan Animasi UiTM, Prof Madya A Razak Mohaideen.
Wacana Sinar bermula dengan moderator Prof Madya Razak kemukakan soalan "di Malaysia, artis melukut di tepi gantang. Adakah benar?"
Hairie Othman jawab moderator Wacana Sinar: "artis perlu lebih faham dan hak untuk mengundi. Tidak timbul artis digunakan untuk pancing".
Malah kata Hairie, "... jika artis tidak undi, ini adalah tidak wajar kerana seolah-olah tidak diberi tanggungjawab"
Shuhaimi Baba pula kata, "artis dalam politik telah lama berlaku, tak boleh dipisahkan, hari ini semuanya politik."
Shuhaimi Baba juga berkata, "... tidak ada apa yang luar biasa, kita boleh bersuara juga dalam politik, seperti kita buat filem."
Shuhaimi Baba tambah kata, "kita buat filem dengan kasih sayang, bukan cakap semasa dekat PRU sahaja tapi sepanjang masa."
Shuhaimi Baba juga kata, "apa yang saya tengok politik sekarang lebih kepada kebencian."
Kata Shuhaimi Baba lagi, "oleh itu artis boleh mainkan peranan untuk seimbangkan balik kebencian yang wujud tanpa mengira ideologi."
Oleh itu, kata Shuhaimi Baba, "kita perlu hormat. Itulah integriti, integriti perlu ada. Artis perlu untuk meredakan kebencian."
Bob Lokman: "Seorang artis masuk politik tak perlu nak tunjuk pandai."
Malah kata Bob Lokman, "kredibiliti saya terbukti kerana saya berjaya pancing undi."
Zed Zaidi: "Artis bukan untuk pancing undi. Artis sekarang dah mula bijak berhujah."
Kata Zed Zaidi: "Ia satu anjakan paradigma dalam industri seni. Maaf cakap, ahli politik kurang popular."
Zed Zaidi: "Mereka popular kena cipta kontroversi. Artis nak politik kena atas landasan betul. Biar jadi artis berpolitik yang berkualiti."
Zed Zaidi: "Saya anggapan mereka (artis) berhak menyertai politik."
Kata Zed Zaidi, "artis bukan lagi sekadar penghibur tetapi layak untuk jadi pemimpin."
Zed Zaidi juga kata, "kredibiliti perlu dengan pengetahuan yang tinggi dan kriteria tertentu seperti diploma atau ijazah."
Hairie berkata, "PKR dan PAS khususnya, kita diraikan dan diberikan peluang untuk dedahkan apa yang perlu."
Hairie berkata, "kita diberi peluang, walaupun tak menang, harus diberi peluang diri atas pentas bagi kongsi pendapat."
Hairie: "Tidak tepat untuk tuduh artis tidak laku baru mahu terlibat dengan politik. Saya bangga dengan pencapaian saya."
Hairie Othman: "Tidak tepat bahawa artis itu tidak laku, saya rasa bertuah kerana saya boleh berdiri sebaris dengan pemimpin PR."
Hairie Othman: "Kalau kita nak masuk politik untuk ditawar jawatan, perjuangan kita akan kecewa, lepas itu tidak join dah."
Moderator Wacana Sinar: "Artis sering dilihat takut untuk menyatakan pendirian politik mereka. Adakah kerana takut tak dapat cari makan? Apa pandangan?"
Shuhaimi Baba: "Kalau kita kata artis itu haram, ramai pemimpin di Parlimen juga haram."
Malah kata Shuhaimi Baba: "Ahli politik memang perlu berlakon, lagi banyak lakonannya lagi banyak nilainya."
Zed jawab: "Saya kurang setuju. Apabila artis masuk pembangkang sebab nak perjuangkan Islam, buatlah tapi sekarang sudah jadi lain."
Zed tambah, "Rakan artis pergi Gaza pun kena hentam. Pada saya, artis kena tahu hujah dan fakta supaya org makin sayang."
Malah kata Zed, "orang memang dah pandang negatif pada golongan artis ini, jangan ditambah."
Moderator: "Apakah artis ada satu sifat yang benar-benar bukan berlakon?"
Zed jawab: "Kalau untuk pelakon, cuma berlakon dalam teater atau layar perak saja.
Kata Zed lagi: "Kalau di luar, mereka real. Kalau anda kata YB itu berlakon, suruh dia berdaftar dengan Seniman sebab itu syarat wajib."
Shuhaimi Baba: "Artis digunakan untuk pancing undi, lazimnya dari dulu Hollywood, Bollywood, bezanya artis negara lain kaya."
Shuhaimi Baba: "Artis main peranan kalau pilih artis ada kebolehan, tidak mustahil masuk parlimen."
Soalan kepada panelis: "Kenapa Kelantan tiada pawagam, macam mana jika pembangkang ambil alih?"
Hairie: "Mungkin di Kelantan, rakyat nampak ada pawagam benda yang tidak elok."
Hairie: "Tidak mustahil kalau nanti ada sistem lebih baik, mereka akan terima pawagam di Kelantan."
Moderator: "Adakah Bob kesal menjadi artis?"
Bob Lokman jawab: "Saya tak kata saya menyesal jadi artis."
Moderator soal lagi: "Kenapa tak duduk sebagai artis dan bersihkan dalam industri?"
Jawab Bob Lokman, "saya tak kata jadi artis ini makan duit haram tetapi pinggan yang kita gunakan itu kotor."
Soalan kepada panelis: "Kenapa kita tidak mencipta lebih banyak filem kenegaraan?"
Shuhaimi Baba: "Filem saya tak boleh ditayangkan, ramai hentam apabila saya buat tak boleh ditayangkan pula.
Shuhaimi Baba: "Jadi masyarakat perlu terbuka. Contohnya parti pembangkang telah menghantar e-mel dan sebagainya."
Shuhaimi Baba: "... hakimi filem saya akan beri kesan buruk pada saya dan rakyat terutama pembangkang yang tak melihat tapi kutuk filem saya."
Dapatkan laporan penuh Wacana Siri 18: Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi di akhbar Sinar Harian esok
Sumber: Sinar Harian
Shuhaimi Baba: 'Jika berlakon haram, haramlah ahli politik'
26 Mac 2013
Menurutnya, semua ahli politik yang bukan bergelar seniman berada di Parlimen adalah pelakon dalam bidang mereka ceburi.
Beliau berkata, setiap pergerakkan dan perbuatan yang ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang atau kerajaan adalah lakonan di hadapan rakyat.
Tambah beliau, oleh itu pekerjaan sebagai "pelakon" bukan sesuatu yang haram.
"...dulu semasa awal-awal Parlimen ditubuhkan, ramai yang cakap, kalau nak cari pelakon cari di sana.
"Semua pemimpin parti pembangkang atau kerajaan berlakon di sana, jadi berlakon atau pelakon itu haram, haramlah ahli politik di Parlimen yang menggunakan pendekatan itu.
"Mereka kena pandai berlakon dan sentiasa perlu berlakon, ikut ilmu fotografi lagi banyak pergerakkan yang dibuat lagi bagus," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-18 yang mengupas tajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Und, di Kompleks Kumpulan Media
Karangkraf di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh moderator mengenai artis yang sering takut untuk menyatakan pendirian politik mereka akibat memikirkan nasib yang bakal menimpa di kemudian hari.
Sehubungan itu, Shuhaimi juga berkata, politik dan artis tidak dapat dipisahkan serta kewujudannya telah berlaku sejak dahulu lagi.
Katanya, di luar negara artis banyak menjadi pemimpin kepada rakyat dan tidak mustahil akan berlaku di sini.
"Politik dan artis tidak boleh dipisahkan, perkara ini telah lama berlaku termasuk seluruh dunia yang mengamalkannya.
"Tak kira di Hollywood atau Bollywood, tetapi mereka lebih kaya pada artis di Malaysia dan mampu membuat kerja amal dengan menderma dan sebagainya," katanya lagi.
Beliau juga menambah, politik dan lakonan mempunyai persamaannya tetapi memerlukan keikhlasan hati.
"...tidak ada apa yang luar biasa, kita boleh bersuara juga dalam politik, seperti kita buat filem. Kita buat filem dengan kasih sayang. Kita bukan cakap semasa dekat PRU sahaja tetapi sepanjang masa," katanya.
Program Gunting Rambut Percuma DUN Kota 31 Mac 2013
Posted on Tuesday, March 26 @ 20:09:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: amkns
"PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA
Tarikh : 31 Mac 2013 , Ahad
Masa : 9 pagi – 11 pagi
Tempat : Pekan Kota , N.Sembilan
Percuma untuk pelajar lelaki sekolah menengah/rendah/tadika
“Sempena kembali ke sekolah dan Jelajah Treler Negara Berkebajikan”
Anjuran : PAS DUN Kota dan Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau
Hubungi : Izamri 013-2124086 , Rozmal 012-2267406
Tawaran dibuka kepada mereka yang ingin membiayai projek ini hanya RM5 seorang pelajar. Samada hendak menaja 1 orang, 5 orang, 10 orang atau 20 orang pelajar.
Sumbangan untuk program ini boleh disalurkan ke akaun berikut : Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA , Bank Islam Malaysia Berhad : 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526
Sila layari laman web http://rembau-hari-ini.blogspot.com "
7 calon MB N.Sembilan jika Umno menang?
Posted on Tuesday, March 26 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: amkns
"Akhbar the Malay Mail bertajuk “Tujuh nama untuk negeri yang Sembilan” menceritakan kisah sekurang-kurangnya terdapat tujuh nama yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Umno memenangi pilihanraya umum yang akan datang. Selamat membaca dan membuat penilaian sendiri.
Seven names for the ninth State
Monday, March 25, 2013
AT LEAST seven potential successors are in the fray to replace Negri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan who is staring at the grave possibility of a last term as chief executive of the state. Political observers said the big number was an indication of a determined move by the local warlords to remove Mohamad who had struggled to get their support.
With the automatic dissolution of the State Assembly on Wednesday, talk is rife that this is Mohamed’s last stint as MB. They said Mohamad, 57, had faced hostility from the movers and shakers who were unhappy that he had brought a corporate style and his two brothers into the state’s political frame. “Mohamad is proof that corporate elites can’t cut it in politics,” said a ranking state Umno leader, who requested anonymity. “He’s not your traditional Umnotype.” He said the next menteri besar should be one who could bring harmony and narrow infi ghting.
The seven names being tossed are: Works Minister Datuk Shaziman Mansor (Tampin), Datuk Dr Awaluddin Said (Kota assemblyman), Senator Najeeb Abdullah (Rasah Umno deputy chief), Datuk Lilah Yassin (Jempol MP), Datuk Hasan Malek (Kuala Pilah MP), Datuk Ismail Lasim (Senaling assemblyman) and even Umno Youth chief Khairy Jamaluddin (Rembau MP).
Mohamad, meanwhile, has ambitions of contesting in Rantau and not a parliamentary seat. The Umno leader said former menteri besar Tan Sri Isa Mohamed Samad, who made a political comeback in the 2010 Bagan Pinang by-election was out of the equation. “By virtue of his Felda chairmanship, the vital Felda vote makes him infl uential and he might just have a say in the removal of Mohamad with whom he has had problems,” he said. State Barisan Nasional leaders hold fi rm that Mohamad is a liability to the ruling party’s prospects in the state.
They told The Malay Mail in separate interviews that the stakes were high as Umno was under enormous pressure to cobble together cohesion to ward off a spirited challenge by the opposition. “The camaraderie is all downwards, and attempts to address the issues that matter to bickering factions have been in vain,” said one leader. He said it was ironic that the state was cracking under factional strain when it was headed toward a “golden period” with a slew of mega projects that promises a brilliant transformation.
“Unless there are very exceptional circumstances, many feel that it’s not in BN’s interest that Mohamad remain as menteri besar,” he said. We asked the state leaders whether corporate elitists had no place in national politics. Whether, former corporate captain and Selangor menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim was not a success story.
One opined: “You have to swing with Umno traditions and not impose corporate ideology on the party. While we are all for forward philosophy, party conventions should not be compromised. He said the dominance of Mohamad’s family in state politics and business was central to dissatisfaction among many. Mohamad was the chief executive of a company that distributed Mercedes Benz cars before he went into politics.
But unlike the purring Mercedes, Mohamad has not had a seductive, smooth ride since the state Barisan Nasional lost its two-thirds majority in 2008. His brothers, critics say, have incurred the wrath of the local warlords and made life difficult for him. Older brother Azman, who is Umno Rembau division secretary, and his third sibling Ghani, who is treasurer of the division, are dart board targets.
Mohamad’s Rantau state seat is within the Rembau parliamentary constituency held by Khairy, son-in-law of former premier Tun Abdulah Ahmad Badawi. Negri Sembilan, long-viewed as a BN fortress, is in trouble and Pakatan Rakyat (PR) believes the state is ripe for their plucking. PR leaders say they are confident a less than 10 per cent vote sway in four state seats will be enough for them to take over Negri Sembilan.
They think they can wring the 36-seat state due to the narrow vote margins in four constituencies: Pilah, Kelawang, Lenggeng and Linggi. The BN had narrowly won Pilah by 1,258 votes, Kelawang (1,167), Lenggeng (1,285) and Linggi (1,575) in the last general election. In another development, speculation is rife that a former Negri Sembilan menteri besar Datuk Seri Rais Yatim will be dropped as the Jelebu parliamentary candidate.
mmail.com.my"
Macam tak percaya, UMNO betul betul terdesak!
Posted on Tuesday, March 26 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,..
Sebentar tadi Zaujah menerima SMS dari 0133139581 yang berbunyi ;
Salam.PAS tuduh melayu sampah pd yg sokong krn UMNO munafiq.Sebenarnya mereka sampah, ejen syaitan keliru, pesong akidah melayu.PAS bukan ISLAM n ISLAM bukan PAS.
Kebudak bukankan kandungan SMS tersebut, mungkin ianya dihantar oleh kanak kanak Tadika!
Pengirim semacam mengaku bahawa UMNO munafiq (bukan saya kata tapi pengirim SMS itu yang ngaku) dan melayu yang sokong UMNO itu sampah.Setakat yang saya tahu, tidak ada seorang pemimpin PAS yang menuduh UMNO munafiq dan tidak pernah saya dengar seorang pemimpin PAS yang kata melayu yang sokong UMNO itu sampah.Barangkali ianya illusi dan imaginasi pengirim kerana dia tahu UMNO banyak menipu melayu dan banyak mengaku sebagai pembela Islam pada masa mereka merosakkan satu demi satu institusi Islam.Pengirim mengandaikan PAS menuduh melayu dan UMNO sedemikian rupa kerana perangai UMNO sendiri.
Umumnya seperti yang pernah diakui oleh seorang JKK, bahawa orang yang betul betul mempertahankan UMNO ialah orang orang yang ada kepentingan peribadi, pada yang tiada kepentingan mereka tidak akan kisah kalau UMNO menang atau kalah. Oleh itu saya berpendapat pengirim SMS ini ada kepentingan peribadi dan bimbang tersangat amat UMNO akan lingkup, di mana pengirim merupakan salah seorang yang akan sengsara amat.
Ini bermakna UMNO sudah teramat terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja walupun apa yang dilakukanya hanyalah satu illusi atau lakonan serta membuat tuduhan yang berbaur raja lawak.Tak siapa kata PAS itu Islam dan Islam itu PAS, cuma yang sering dilaungkan ialah PAS parti Islam dan UMNO pula parti Nasionalisma atau dalam bahasa TGNA kebangsaaan.
Anak kecilpun tahu perbezaan makna Islam dan parti Islam serta parti kebangsaan tetapi pengirim kerana terlalu terdesak tidak memikirkannya malah dek kerana terdesak dia tidak hirau kepada siapa yang dia hantar SMS dengan harapan akan mendapat simpati.
Malang bagi pengirim kerana menghantar SMS kepada seorang penyokong PAS yang sudah bersama PAS sejak kecil lagi. Yang kenal semua pemimpin besar PAS (dalam erti kata mengenali keperibadian dan amalan harian mereka), yang tahu benar beza antara carahidup yang nak dibawa oleh PAS dan carhidup yang diamalkan UMNO, yang tahu erti PAS ganti UMNO, yang tahu benar macamana UMNO merosakkan melayu, bla,bla.,bla,,,,,,,,,,,,,,
Macam tak percaya, UMNO betul betul terdesak!"
Hello Najib, Selama 5 tahun sebelum ini apa yang kau fikirkan?
Posted on Tuesday, March 26 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: setisab
"
Hello Najib, Selama 5 tahun sebelum ini apa yang kau fikirkan? |
Selepas BR1M diagihkan, defisit negara akan meningkat dan menyebabkan cukai naik.
“Kesannya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan. GST inilah akhirnya akan menambah beban kepada rakyat terbanyak dan kos sara hidup lebih parah,”
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum membubarkan Parlimen, walaupun tempoh mandat BN mentadbir Kerajaan Persekutuan melepasi tempoh lima tahun, selepas pilihan raya 2008.
Lebih parah, hanya tinggal sehari lagi sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan, diikuti negeri kelahiran Perdana Menteri – DUN Pahang pada 7 April.
Ketua Umum KEADILAN berkata, keengganan Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana percaya Umno BN langsung tidak yakin untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Sebab itu sehingga sekarang Najib masih belum bubarkan Parlimen,” katanya pada wawancara bersama Radio Free Malaysia (RFM), malam tadi.
Anwar berkata, Umno BN tahu mereka tidak yakin dapat meraih sokongan walaupun setiap hari pelbagai pemberian kerajaan diumum untuk diberikan kepada rakyat.
“Kalau Najib yakin, walaupun sedikit bahawa Umno BN boleh memenangi PRU, sudah tentu dia bubarkan Parlimen sebelum 8 Mac lalu.
“Dari segi undang-undang, tidak salah Umno BN memerintah, tetapi dari segi moral, hak Umno BN untuk teruskan pemerintahan harus berakhir pada 8 Mac, selepas genap lima tahun mandat,” katanya.
Beliau mempertikai Umno BN yang sekarang baru memikirkan soal rakyat ketika nyawa parti itu hampir luput."
Video seks Anwar, Nurul dan Khalid Ibrahim bakal tersebar
Posted on Tuesday, March 26 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: laniismaa
"Lagi kerja jahat UMno seperti yang didedahkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, SU Agung PKR untuk memburuk PR sempena PRU13.
Pihak tertentu [ejen UMno] telah mempertontonkan video memaparkan watak yang menyerupai Anwar Ibrahim manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah beberapa hari lalu.
“Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku s?ks.Tak terlepas MB Selangor juga menjadi mangsa kerja kotor mereka.
“…Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR,” kata Saifuddin kepada Sinar Harian.
“Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan,” katanya lagi.Ada sesiapa percaya kalau pemimpin UMno akan berkata “bukan kerja UMno, tak berkaitan dengan UMno” apabila video sebegini timbul. Kita tunggulah, pasti video tersebut akan disebarkan dan inilah caranya UMno menjawab hujah PR!! - Lagi
Baca juga - Apek, tabik sama lu!!"
Siprus Rasmi Menjadi 'Yunani Ke-dua'-SATU LAGI NEGARA BAKAL HANCUR!!!
Posted on Tuesday, March 26 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: ismailjohari
"Siprus Rasmi Menjadi 'Yunani Ke-dua'
Selasa, 26 March 2013
MONEXNEWS - Tanggal 25 March biasanya ditanyakan oleh masyarakat Siprus sebagai hari kemerdekaan, menandai kejayaan melepas dari pemerintahan kerajaan Islam Othmaniah sekitar 200 tahun silam. Namun tidak demikian halnya dengan apa yang terjadi tahun ini, Bukannya suka cita, warga Siprus dipaksa menelan pil pahit berupa bencana Kewanganyang paling dasyat dalam sejarah negara kecil itu.
Tidak ada siapa yang menyangka bahwa Siprus akan mengalami musibah seperti yang dialami oleh negara jirannya Greece/Yunani. Demi mendapat suntikan dana penyelamat bernilai 10 miliar Euro, pemerintah pusat harus menerima persyaratan yang mendukacitakan lagi tragis!. Masyarakat yang mempunyai simpanan wang dalam jumlah besar di bank nasional kini harus merelakan dananya terpotong untuk memenuhi skema yang ditetapkan oleh pihak kredit internasional. Lebih buruk lagi, kerosakkan system kewangan dipastikan segera menjalar ke serata perekonomian lainnya sehingga rentetan ini menimbulkan penderitaan baru bagi penduduk Siprus
Bank-bank 'pesakitan' yang dalam kenyataannya tidak memiliki rekod kewangan prima, cepat atau lambat harus melakukan efisiensi ekstrim. Di antaranya dengan mengurangi jumlah tangungan pekerja hingga separuh angka normal. Stagnasi di pasar kredit perbankan makin menyumbat roda ekonomi dan memicu penurunan yang berkepanjangan. Tidak hairan jika aksi massa merebak di pusat ibukota dalam beberapa hari terakhir dengan agenda utama memprotes sikap pemerintah yang tunduk pada aturan Uni Eropa.
Sebagian besar bank akan dibuka kembali pada hari Selasa setelah tutup selama 10 hari terakhir. Hanya Popular Bank dan Bank of Cyprus yang dipastikan tetap tutup untuk dua hari ke depan karena pihak otoritas sedang memulai restrukturisasi kebijakan. Konsolidasi antara bank dan pemerintah diperlukan supaya tidak ada aksi penarikan dana besar-besaran oleh nasabah, khususnya yang memiliki jumlah deposit kecil. Sementara dana simpanan di atas 100 ribu Euro sudah dibekukan seluruhnya di PopularBank dan Bank of Cyprus sebagai objek dari klausul pajak yang ditetapkan oleh Uni Eropa.
"Saya tidak senang sama sekali dengan kesepakatan ini, tapi kita tidak punya pilihan," kilah Menteri Luar Negeri Ioannis Kasoulides. Pemerintah pasrah komponen fiskalnya diacak-acak oleh lembaga internasional demi pencapaian rasio hutangterhadap GDP nasional di bawah 100% di tahun 2020. Pihak nasabah dan deposan yang meyimpan uang banyak di bank-bank Siprus juga harus rela uangnya dipotong sampai 40% untuk membayar 'dosa' pelaku perbankan dan pemerintahnya. Kasus Siprus sedikit banyak hampir identik dengan apa yang dialami oleh Yunani tahun lalu. Untuk memuluskan tahapan bailout-nya, pemerintah Yunani dan Troika sepakat untuk memangkas nilai investasi pemilik modal pada aset keuangan Yunani. Kalau investor surat hutang Yunani kehilangan nilai asetnya dalam obligasi, maka klausul yang diterima Siprus jauh lebih buruk. Nasabah yang bahkan hanya sekedar menyimpan uang untuk dana pensiun juga dipaksa menerima kerugian cukup besar.
Lebih dari itu, Uni Eropa juga menaikkan pajak penghasilan modal dan laba bisnis dari setiap aktivitas ekonomi di Siprus. Klausul lainnya adalah pemberlakuan reformasi struktural, privatisasi aset negara dan menciutkan skala industri perbankan hingga sesuai aturan Uni Eropa hingga tahun 2018. "Dari sini bisa disimpulkan bahwa krisisfinansial akan membuat masa depan warga Siprus jadi lebih berat lagi," ujar Olli Rehn, Pejabat Tinggi Uni Eropa.
www.dinarkel.net"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan