Integriti kekuatan utama kerajaan Pakatan - Anwar
Harakah, | 13 Mac 2013 |
Menurutnya, apa yang dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak mampu ditandingi BN sama ada di peringkat negeri mahu pun persekutuan.
“Inilah yang menyebabkan serangan Umno kepada kerajaan negeri tidak menjadi. Umno tidak boleh mempertikaikan integriti yang dibuat oleh Menteri Besar kerana mereka sendiri tidak betul,” kata Anwar.
Dapatkan laporan penuh dalam Harakah Jumaat ini.
Lahad Datu: PAS Perak gesa batal program hiburan
Harakahdaily, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR:
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak meminta agar semua agensi kerajaan
negeri agar membatalkan semua bentuk hiburan di dalam program-program
yang akan diadakan bagi menghormati anggota keselamatan yang terkorban
dalam tragedi di Lahad Datu, Sabah.
“Kami mahu rakyat insaf dan terkesan dengan insiden seumpama ini dan mana-mana program hiburan yang dirancang jelas menunjukkan ketidakprihatinan kita bagi menghormati wira-wira negara yang telah terkorban,” ujarnya Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri al-Amin (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, PAS Perak dimaklumkan ada beberapa program besar yang dirancang oleh kerajaan negeri nanti akan diselitkan dengan pengisian hiburan.
Tambahnya, PAS negeri merasakan ianya sesuatu yang amat mendukacitakan bagi rakyat jika perkara itubenar dan pihak kerajaan negeri masih mahu meneruskan program tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti keluarga wira-wira negara yang terkorban.
Katanya, ketika kejadian tsunami yang pernah berlaku pada akhir Disember 2004 lalu, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali, yang ketika adalah Menteri Besar Negeri Perak telah membatalkan semua bentuk hiburan termasuk sambutan malam ambang tahun baru yang telah dijadikan acara tahunan.
“Justeru itu, kami mengharapkan terutamanya Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir seorang yang berkelulusan agama akan dapat memastikan agar semua bentuk hiburan yang dimasukkan di dalam program-program kerajaan negeri ini akan dibatalkan,” ujarnya.
(Menteri Besar turut mengaminkan doa yang dibaca sejurus jenazah dibawa keluar dari pesawat tentera pagi ini.)
KOTA BHARU: Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail, Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini.
Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi.
Selain Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan Datuk, Nasrudin Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof serta Adun Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman.
Beberapa pemimpin pusat juga turut kelihatan hadir termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Mustapha Mohamed serta Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertolak dari Pangkalan TUDM Subang pagi tadi.
Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.
Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir.
Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.
Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah akan disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Taman Desa Darul Naim 2, Pasir Tumboh.
Sementara itu, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa kini berada di kediaman keluarga Allahyarham Ahmad Farhan di Pasir Tumboh menanti untuk proses pengkebumian.

Ribuan rakyat Kelantan sambut jenazah wira negara
Salmah Mat Husain, Foto Rizal Tahir, | 13 Mac 2013 |

Rakyat pilu kehilangan anggota keselamatan
Harakahdaily, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum
Ahmad Hurairah Ismail dan Ahmad Farhan Roslan, dua orang anggota
tentera yang terkorban semasa menjalankan misi menjaga keselamatan
negara di Lahad Datu semalam.
Ahmad Hurairah Ismail, terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Syamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu – Cenderwasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.
“Sesungguhnya kehilangan mereka amat memilukan hati seluruh rakyat di negara ini,” kata Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satyu kenyataan.
Bagi DPPM, ujarnya kedua-dua anggota yang terkorban tersebut telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh kemuliaan.
Katanya, negara merasa bangga kerana memiliki anggotanya yang bersemangat, amanah, serta setia berkhidmat untuk negara sehingga mereka sendiri terkorban.
Menurutnya lagi, mereka adalah pejuang sebenar dan mereka telah melaksanakan tugas jihad di sisi Allah SWT.
“DPPM mendoakan semoga keluarga almarhum cekal dan tabah dalam menghadapi ujian seberat ini.
“DPPM turut mendoakan semoga roh almarhum ditempatkan dalam kalangan mereka yang gugur sebagai syuhada di jalan Allah SWT,” ujarnya.
Sebelum ini, lapan anggota polis telah terkorban menentang penceroboh di Sabah.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah Gerakan Islam yang
melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita-cita perjuangan
Islam iaitu meninggikan kalimah Allah Taala sehingga ia mampu mengatasi
ideologi ciptaan manusia. Penyertaan PAS dalam medan siasah (politik)
adalah sebahagian daripada tanggungjawab perjuangannya untuk
mendaulatkan syariat Allah Taala di atas muka bumi ini.
Manakala siasah PAS adalah siasah Islamiyyah yang mesti dikayakan dengan adab, akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah Rasulillah SAW. Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tata cara yang telah dimaktubkan, maka pelanggaran terhadap prinsip-prinsip tersebut dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS.
Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar daripada hanya sekadar berpolitik. Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami, PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah (pemikiran), syakhsiah (peribadi) dan ruhiyyah (spiritual) masyarakat.
Justeru, kurangkanlah permainan politik sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerak kerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan. Tidak hanya menumpukan isu-isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerak kerja dan aktiviti amal Islami yang lain seperti pemantapan akidah dan fikrah.
Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan. Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang mengabaikan solat berjamaah, menjauhkan diri dari majlis-majlis ilmu, tidak lagi melazimi usrah. Ucapannya pula tiada lagi hikmah, sebaliknya kasar dan keras. Tindakannya gelojoh, egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai. Gemar bertelingkah dan suka memfitnah. Melakukan dosa tanpa sedar, ia berdepan murka dan kutukan Allah Taala.
Sebagai contoh mudah, apabila jemaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut, tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal. Sebaliknya berlumba-lumba menyalakan lagi isu yang sedia membara di dalam sidang media dan sebagainya.
Saban waktu dan ketika, fikiran aktivis-aktivis gerakan hanya disibukkan merancang "Bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu (saingan politiknya)", kerana ia tidak sama pendapat. Atau ada juga yang memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi, "Demi kebaikan jemaah...", "Demi masa depan jemaah..." sebagai melindungi perkataan sebenar, "Demi kebaikan aku..." atau "Demi masa depan politik aku...". Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak.
Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana mahu menang! Bagaimana mahu dapat undi Melayu dan bukan Melayu! Tetapi malang, sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka, bagaimana hendak mempertahankan Islam dan memenangkan Islam. Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap deras tentang Islam, kerana nanti kita kurang popular dan bukan Islam menjauhi kita.
Sebagai anggota gerakan Islam, kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam. Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani seluruh umat tanpa mengira bangsa, justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia. Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam. Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam.
Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sedang kita tidak berusaha untuk menjadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka. Bangga meriwayatkan kesederhanaan dua orang tokoh pemimpin kita, tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan. Bangga dengan tawaduk dan waraknya mereka tetapi kita gopoh, liar dan tidak cermat. Bangga dengan karisma dan kewibawaan dua orang tokoh tok guru ini, sementara kita sendiri sering culas dan "nakal".
Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya. Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya. Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua, ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga-lagakan mereka! Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa. Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh. Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut. Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh. Berjuanglah, jangan tidak berjuang.
Perkasakan amal tarbawi agar menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Tanpa amal tarbawi atau perlaksanaan amal tarbawi yang lemah serta tidak konsisten, ia nanti bakal mengundang 1001 masalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran daripada lemahnya perlaksanaan amal tarbawi. Fahamilah, kita berjemaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam. Bukan membina empayar individu, jauh sekali memburu kekayaan material. Lantaran itu, tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini. Jangan tukar PAS dari sebuah "gerakan Islam" kepada PAS hanya sebuah "parti politik".
http://www.tarbawi.my
TANJONG KARANG: 40 tahun lalu Mohd Daroji Jayos masih bujang, dan hari ini merupakan saat yang paling indah bagi dirinya, isteri Umi Kalsum,51, dan tiga orang cucu apabila tanah yang diduduki sah menjadi hak miliknya.
Dalam usia 60 tahun Daroji berjanji akan menggunakan tanah tersebut sebaik mungkin demi kepentingan masa anak cucunya.
Manakala bagi isterinya tiada apa yang paling disyukuri kerana penantiannya sekian lama sejak berumah tangga akhirnya impian itu dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“Teramat syukur dengan pemberian geran ini dan hari ini akan menjadi tarikh kenangan selepas kami mendapat tiga orang cucu barulah kini mendapat geran di mana tanah itu diteroka sejak suaminya masih bujang lagi,” katanya.
Sebelum ini pemimpin Umno-BN sering menabur janji manis berhubung pemberian geran milik tanah di Kampung Seri Tiram Jaya di sini.
Seorang lagi penduduk, Mohamad Amir Katijan,58, memuji kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjaya menyelesaikan masalah itu dalam masa yang singkat.
Walaupun Kerajaan PR hanya berusia lima tahun mentadbir Negeri Selangor namun kecekapannya dalam menyelesaikan masalah tanah yang berlarutan itu membuktikan keprihatinannnya terhadap kepentingan hak rakyat.
Katanya, beliau sudah menunggu untuk mendapatkan geran tanah itu sejak sekian lama apabila meneroka kawasan itu pada 1970-an yang mana kawasan itu diwakili Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Noh Omar yang hanya ‘pandai membuat janji’ tetapi tidak ditepati.
“Alhamdulillah hampir 40 tahun menunggu sehinggakan anak saya kini sudah menjangkau umur lebih 20 tahun,” katanya.
Beliau ditemui TVSelangor selepas Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang yang disampaikan oleh Abdul Khalid yang diadakan di Dewan Seri Tiram Jaya di sini.
Katanya, beliau banyak berhadapan cabaran ketika meneroka kawasan itu dengan penanaman pertanian rosak ekoran serangan binatang dan keadaan jalan yang teruk.
“Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan hasil ini. Kini kami lega kerana sudah ada geran jadi anak-anak boleh tinggal di sini di kawasan tanah dua ekar lebih ini,” katanya.
Sementara itu, Isnan Selamat,57, berkata, beliau bersyukur dengan pemberian geran itu kerana penat lelah meneroka kawasan itu dengan pelbagai cabaran dan rintangan akhirnya menjadi kenyataan.
“Dengan pemerintahan Pakatan Rakyat ini akhirnya geran dapat diberikan dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang mempercepatkan proses bagi pemberian geran tanah ini,” katanya.
Ahmad Hurairah Ismail, terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Syamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu – Cenderwasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.
“Sesungguhnya kehilangan mereka amat memilukan hati seluruh rakyat di negara ini,” kata Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satyu kenyataan.
Bagi DPPM, ujarnya kedua-dua anggota yang terkorban tersebut telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh kemuliaan.
Katanya, negara merasa bangga kerana memiliki anggotanya yang bersemangat, amanah, serta setia berkhidmat untuk negara sehingga mereka sendiri terkorban.
Menurutnya lagi, mereka adalah pejuang sebenar dan mereka telah melaksanakan tugas jihad di sisi Allah SWT.
“DPPM mendoakan semoga keluarga almarhum cekal dan tabah dalam menghadapi ujian seberat ini.
“DPPM turut mendoakan semoga roh almarhum ditempatkan dalam kalangan mereka yang gugur sebagai syuhada di jalan Allah SWT,” ujarnya.
Sebelum ini, lapan anggota polis telah terkorban menentang penceroboh di Sabah.
PAS adalah gerakan Islam, bukan hanya parti politik
Nasrudin bin Hasan, | 13 Mac 2013 |
Manakala siasah PAS adalah siasah Islamiyyah yang mesti dikayakan dengan adab, akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah Rasulillah SAW. Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tata cara yang telah dimaktubkan, maka pelanggaran terhadap prinsip-prinsip tersebut dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS.
Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar daripada hanya sekadar berpolitik. Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami, PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah (pemikiran), syakhsiah (peribadi) dan ruhiyyah (spiritual) masyarakat.
Justeru, kurangkanlah permainan politik sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerak kerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan. Tidak hanya menumpukan isu-isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerak kerja dan aktiviti amal Islami yang lain seperti pemantapan akidah dan fikrah.
Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan. Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang mengabaikan solat berjamaah, menjauhkan diri dari majlis-majlis ilmu, tidak lagi melazimi usrah. Ucapannya pula tiada lagi hikmah, sebaliknya kasar dan keras. Tindakannya gelojoh, egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai. Gemar bertelingkah dan suka memfitnah. Melakukan dosa tanpa sedar, ia berdepan murka dan kutukan Allah Taala.
Sebagai contoh mudah, apabila jemaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut, tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal. Sebaliknya berlumba-lumba menyalakan lagi isu yang sedia membara di dalam sidang media dan sebagainya.
Saban waktu dan ketika, fikiran aktivis-aktivis gerakan hanya disibukkan merancang "Bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu (saingan politiknya)", kerana ia tidak sama pendapat. Atau ada juga yang memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi, "Demi kebaikan jemaah...", "Demi masa depan jemaah..." sebagai melindungi perkataan sebenar, "Demi kebaikan aku..." atau "Demi masa depan politik aku...". Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak.
Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana mahu menang! Bagaimana mahu dapat undi Melayu dan bukan Melayu! Tetapi malang, sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka, bagaimana hendak mempertahankan Islam dan memenangkan Islam. Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap deras tentang Islam, kerana nanti kita kurang popular dan bukan Islam menjauhi kita.
Sebagai anggota gerakan Islam, kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam. Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani seluruh umat tanpa mengira bangsa, justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia. Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam. Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam.
Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sedang kita tidak berusaha untuk menjadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka. Bangga meriwayatkan kesederhanaan dua orang tokoh pemimpin kita, tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan. Bangga dengan tawaduk dan waraknya mereka tetapi kita gopoh, liar dan tidak cermat. Bangga dengan karisma dan kewibawaan dua orang tokoh tok guru ini, sementara kita sendiri sering culas dan "nakal".
Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya. Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya. Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua, ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga-lagakan mereka! Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa. Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh. Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut. Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh. Berjuanglah, jangan tidak berjuang.
Perkasakan amal tarbawi agar menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Tanpa amal tarbawi atau perlaksanaan amal tarbawi yang lemah serta tidak konsisten, ia nanti bakal mengundang 1001 masalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran daripada lemahnya perlaksanaan amal tarbawi. Fahamilah, kita berjemaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam. Bukan membina empayar individu, jauh sekali memburu kekayaan material. Lantaran itu, tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini. Jangan tukar PAS dari sebuah "gerakan Islam" kepada PAS hanya sebuah "parti politik".
http://www.tarbawi.my
Tanah: 40 tahun tunggu janji BN, akhirnya PR tunaikan
Selangorku, | 13 Mac 2013 |
TANJONG KARANG: 40 tahun lalu Mohd Daroji Jayos masih bujang, dan hari ini merupakan saat yang paling indah bagi dirinya, isteri Umi Kalsum,51, dan tiga orang cucu apabila tanah yang diduduki sah menjadi hak miliknya.
Dalam usia 60 tahun Daroji berjanji akan menggunakan tanah tersebut sebaik mungkin demi kepentingan masa anak cucunya.
Manakala bagi isterinya tiada apa yang paling disyukuri kerana penantiannya sekian lama sejak berumah tangga akhirnya impian itu dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“Teramat syukur dengan pemberian geran ini dan hari ini akan menjadi tarikh kenangan selepas kami mendapat tiga orang cucu barulah kini mendapat geran di mana tanah itu diteroka sejak suaminya masih bujang lagi,” katanya.
Sebelum ini pemimpin Umno-BN sering menabur janji manis berhubung pemberian geran milik tanah di Kampung Seri Tiram Jaya di sini.
Seorang lagi penduduk, Mohamad Amir Katijan,58, memuji kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjaya menyelesaikan masalah itu dalam masa yang singkat.
Walaupun Kerajaan PR hanya berusia lima tahun mentadbir Negeri Selangor namun kecekapannya dalam menyelesaikan masalah tanah yang berlarutan itu membuktikan keprihatinannnya terhadap kepentingan hak rakyat.
Katanya, beliau sudah menunggu untuk mendapatkan geran tanah itu sejak sekian lama apabila meneroka kawasan itu pada 1970-an yang mana kawasan itu diwakili Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Noh Omar yang hanya ‘pandai membuat janji’ tetapi tidak ditepati.
“Alhamdulillah hampir 40 tahun menunggu sehinggakan anak saya kini sudah menjangkau umur lebih 20 tahun,” katanya.
Beliau ditemui TVSelangor selepas Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang yang disampaikan oleh Abdul Khalid yang diadakan di Dewan Seri Tiram Jaya di sini.
Katanya, beliau banyak berhadapan cabaran ketika meneroka kawasan itu dengan penanaman pertanian rosak ekoran serangan binatang dan keadaan jalan yang teruk.
“Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan hasil ini. Kini kami lega kerana sudah ada geran jadi anak-anak boleh tinggal di sini di kawasan tanah dua ekar lebih ini,” katanya.
Sementara itu, Isnan Selamat,57, berkata, beliau bersyukur dengan pemberian geran itu kerana penat lelah meneroka kawasan itu dengan pelbagai cabaran dan rintangan akhirnya menjadi kenyataan.
“Dengan pemerintahan Pakatan Rakyat ini akhirnya geran dapat diberikan dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang mempercepatkan proses bagi pemberian geran tanah ini,” katanya.
Pengakuan Azlan buka ruang pendakwaan qazaf
Harakahdaily, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Datuk
Mahfuz Omar mendesak Ketua Pendakwa Syarie Wilayah
Persekutuan mengenakan suatu pertuduhan qazaf ke atas Saiful Bukhari
Azlan di atas aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar sebelum ini.
Naib Presiden PAS itu merujuk kepada kenyataan rasmi bertarikh 8 Mac yang dikeluarkan oleh Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari pengadu di dalam kes jenayah liwat yang melibatkan Anwar.
Katanya, di dalam kenyataan tersebut Azlan membuat pengakuan bahawa beliau percaya anaknya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk oleh seorang Pegawai Khas kepada Perdana Menteri bagi merencana fitnah jahat untuk menjatuhkan dan mengaibkan Anwar.
“Pengakuan oleh Azlan ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana kita yakin sejak dari awal lagi bahawa pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar hanyalah semata-mata konspirasi politik dengan memperalatkan institusi pelaksana hukum,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.
Justeru, tegasnya pengakuan terbaru oleh bapa Saiful Bukhari itu sewajarnya menjadi alasan yang kuat bagi Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan untuk memulakan pendakwaan kes qazaf ke atas Saiful Bukhari di Mahkamah Syariah selaras dengan kuasa berkaitan pendakwaan yang termaktub di dalam Seksyen 181 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Katanya, pihak Ketua Pendakwa Syarie dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak perlu lagi berdolak dalik dan mencipta perbagai helah untuk tidak mendakwa Saiful Bukahri di atas kesalahan qazaf.

Melayu: Umno boleh belajar dengan TG Nik Aziz
Harakahdaily, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Melayu merempat Umno wajib dipersalahkan, tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
“Kenapa 55 tahun negara Merdeka, Melayu masih ketinggalan jauh ke belakang.
“Apakah kemiskinan di kalangan orang Melayu dirancang?” tanya beliau.
Katanya, apabila Melayu miskin maka senang untuk mengkambinghitamkan DAP yang dituduh punca Melayu terpinggir.
Dengan ini, ujar beliau Melayu hidup menjadi abdi sepanjang hayat, terutama musim pilihan raya.
Maka, katanya senang mereka dipaksa untuk menyokong Umno dan selepas pilihan raya, pemimpin Umno akan terus mengkhianati amanah rakyat dan negara.
“Apa yang tidak kena, sehingga keadaan semakin parah sedangkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, orang Melayu, Menteri Kewangan orang Melayu, Menteri Pelajaran dari Melayu, pegawai daerah orang Melayu, penghulu orang Melayu, jawatankuasa kerja kemajuan kampung (JKKK) orang Melayu, ketua kampung juga orang Melayu,” ujarnya.
Punca Melayu tertinggal, kata beliau kerana berlaku diskriminasi ketika bantuan kerajaan hendak diberi disebabkan berlainan ideologi.
Menurutnya, Umno menganggap bantuan itu datang daripada bendahari Umno sedangkan ia adalah wang pembayar cukai.
Beliau menambah, sikap tidak amanah menyebabkan wang tidak sampai kepada sasaran yang sepatutnya menerima bantuan.
Katanya lagi, apabila pemimpin Umno yang bergelomang dengan rasuah, akhirnya mereka yang takut dosa rasuah akan ketinggalan untuk mendapat projek, kerana tidak sanggup memberi rasuah.
“Pemimpin Umno tidak takut dosa sehingga sanggup khianat sesama agama dan bangsa. Mereka tidak fikir balasan yang akan diterima di akhirat jika mereka khianat,” ujarnya.
Sepatutnya, kata Idris pemimpin Umno boleh belajar dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang berjaya menjaga Kelantan, negeri yang majoriti adalah orang Melayu sehingga berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri itu daripada nombor 2 kepada nombor 4.
“Kenapa Tuan Guru berjaya, sebabnya beliau pemimpin yang amanah, taqwa dan adil,” jelasnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan