Isnin, 25 Mac 2013

QARUN DAH MATI...QARUN DAH TAHU NASIBNYA DIALAM BARZAH...QARUN YANG ADA NI AKAN MATI JUGA...HARTANYA KAN DIHISAB...DITANYA DARI MANA DATANG..AMBIK CARA BATIL ATAU CARA YANG DIBENAR SYARAK...NI KESAN DAH TUA2 TAK MAHU MENGHADIRI MAJLIS2 ILMU...JADI TAK INGAT MATI...TAK TAHU HALAL HARAM

Merenung watak Qarun dalam politik Melayu

Mohd Azmir Maideen, 25 Mac 2013
Al-Quran adalah sumber petunjuk  umat manusia. Petunjuk-petunjuk Ilahi itu disampaikan dengan pelbagai cara. Sebahagiannya berbentuk perintah dan larangan, teguran dan amaran, tetapi tidak sedikit yang disampaikan melalui rekod sejarah penuh pengajaran. Misalnya menerusi kisah dan teladan. Penyampaian cerita-cerita tersebut di dalam al Quran bukan sekadar untuk diketahui, tetapi adalah mesej petunjuk daripada Yang Maha Agung.

Sekiranya anda pernah ke Mesir, sebagai penuntut mahupun pelawat, penulis yakin anda pernah menjejaki tempat yang dipercayai menjadi kawasan Qarun bermukim. Ma’bad Qarun, Buhaira Qarun, Qasru Qarun, Qaryah Qarun antara nama-nama tempat yang lazimnya menjadi lokasi penjelajahan para pengunjung dan tetamu dermawan yang teguh membayar tiket puluh-puluhan junaih untuk menyaksikan Qarun yang telah ditenggelamkan. Persoalannya, insafkah kita kepada hakikat yang diberitakan Allah tentang nasib Qarun?

Ketika fatrah penyebaran dakwah Nabi Musa alaihissalam kepada kaumnya Bani Israel, Baginda pernah digawatkan dengan kemunculan satu watak penderhaka yang seangkuh Firaun, selicik Haman, iaitu Qarun. Qarun tampil di hadapan Baginda Musa dengan citra kerakusan konglomerat lupa daratan. Hartanya yang melimpah ruah digunakan untuk memaksa "Satu Israel" (seluruh bangsa Israel) memulaukan dakwah Baginda Musa yang giat menyebarkan risalah syariat dan tauhid.

Al-Quran memperkenalkan Qarun sebagai orang yang berasal daripada kaum Nabi Musa. Ini bermakna, Qarun juga daripada bangsa Yahudi, ras yang sama seperti Baginda Musa alaihissalam. Begitupun, bukanlah bererti Qarun menyebelahi nasib kaumnya, bahkan dengan bongkak menindas dan memeras saudara yang sebangsa dengannya. Apa-apa yang menimpa nasib kaumnya tidak dipedulikan, yang penting nafsu temboloknya dipenuhi setiap hari.

Qarun terkenal mempunyai kekayaan luar biasa. Imam Ibnu Kathir menyatakan bawaha kunci khazanahnya sahaja tidak terpikul oleh sejumlah orang kekar perkasa. Beliau mendakwa kekayaannya adalah hasil usahanya sendiri.

“Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).” (Surah al-Qasas : ayat 78)

Dengan mempamerkan segala kemewahannya, Qarun seolah-olah ingin memberikan isyarat kepada kaumnya bahawa dia mampu melakukan segala-gala, mengupah, membeli, membiayai dan menyumbang apa dan berapa sahaja - 3 juta, 4 juta, 5 juta, semua itu dihujung telunjuk dan mulus suara yang mampu ditunaikan oleh Qarun. Sesiapapun bakal disihir dan terpegun menyaksikan kemewahan Qarun.

Kemampuan material yang luar biasa dimiliki oleh Qarun menyebabkan ramai kaumnya yang tertewas daripada landasan kebenaran yang disebarkan oleh Nabi Musa.

Jangan cuba mencabar Qarun!

Jangan berani melangkah Qarun!

Jangan sekali-kali berusaha menjatuhkan Qarun!

Qarun mampu menakluk, merasuah sesiapa sahaja untuk menewaskan sesiapa sahaja dengan longgokan hartanya. Inilah sedikit gambaran betapa rakusnya Qarun menindas, mengancam dan mencengkam sesiapa yang menjadi mangsa.

Qarun yang juga merupakan salah seorang anggota kabinet Firaun, telah menggunakan posisi politiknya untuk memintas pengaruh Musa alaihissalam sebagai pautan Bani Israel. Qarun pernah menggunakan kekayaannya untuk membiayai rancangan memusnahkan personaliti Musa. Qarun turut mengupah mata-matanya yang mengawasi setiap gerakan, aktiviti dakwah Nabi Musa dengan tujuan mengekang kemaraan dan memusnahkan reputasi Baginda.

Dalam satu riwayat yang dinaqalkan oleh Imam Ibnu Jarir at-Tabari, pernah satu ketika Qarun menaja seorang pelacur supaya mengaku bahawa Musa pernah menidurinya. Lalu pelacur yang ditugaskan tersebut berteriak di tengah khalayak bahawa dia pernah berzina dengan Nabi Musa. Belum pun terbukti Nabi Musa melakukan, Baginda dilihat di dalam kandang pesalah.

Pelacur itu mendakwa bahawa anak yang sedang dihamilinya, merupakan hubungan terlarang bersama Musa alaihissalam. Sedih dengan fitnah yang melampau ini, Baginda langsung berdoa kepada Allah agar kebenaran menyerlahkan cahayanya, “Ya Allah perlihatkan kebenaran. Ya Allah tunjukkan hati wanita ini supaya menyebut perkataan yang benar. Ya Allah janganlah Engkau mengaibkan hamba-Mu dan Nabi-Mu ini.”

Sayunya rintihan Musa alaihissalam itu menyebabkan pelacur tersebut memohon maaf kepadanya dan menceritakan bahawa apa yang dilakukan adalah kerana arahan dan sogokan yang dilakukan oleh Qarun.

“Musa tidak melakukan apa-apa. Dia orang baik. Aku hanya diupah oleh Qarun untuk mengatakan bahawa aku dihamili oleh Musa,” lanjut pelacur tersebut.

Mendengar penjelasan pelacur itu, Nabi Musa menyatakan rasa syukurnya kepada Allah. Sebahagian mufassirin menyatakan kisah ini menjadi sebab turun ayat ini;

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa lalu Allah membersihkannya daripada segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia (Musa) seorang yang mulia di sisi Allah.” (Surah al-Ahzab : ayat 69)

Al-Quran turut menyebut tentang kewujudan kelompok yang mengagumi Qarun; iaitu golongan penyokongnya yang mata duitan, terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan apa cara sekalipun. Bagi kelompok ini, Qarunlah idola pujaan, Qarunlah "hero" sanjungan. Qarunlah pejuang rakyat yang mampu memastikan kestabilan ekonomi rakyatnya terjamin. Malah ada yang menganggap bahawa kekayaan Qarun adalah bukti keredhaan Allah padanya.

Oleh sebab nafsu yang dituruti ingin menjadi kaya seperti Qarun, maka kejayaan diukur daripada harta yang diperoleh tanpa mengambil kira dari mana hasilnya dan ke mana ia dibelanjakan.

“Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.” (Surah al-Qasas : ayat 79)

Kekaguman Bani Israel terhadapnya menyebabkan Qarun terus mencabar kebenaran Musa. Qarun merendah-rendahkan kenabian Musa. Qarun memicingkan mata mendengar amaran Allah yang disampaikan oleh Nabi Musa. Qarun menuduh Musa sebagai penipu demi memenuhi tujuan politiknya. Qarun mendakwa Musa sebagai sesat supaya para pengikutnya lari meninggalkan ajaran Allah. Qarun menghukum rakyatnya bahawa haram bersama-sama dengan gerakan yang dipimpin oleh Musa.

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan Musa dengan ayat-ayat Kami dan kekuasaan yang jelas (hujjah yang nyata). Kepada Firaun, Haman dan Qarun, lalu mereka mengatakan (menuduh Musa) sebagai ahli sihir yang menipu.” (Surah Ghafir : ayat 23-24)


Sudah menjadi hakikat dunia, orang yang ingkar kepada Allah punya tenaga yang kuat, dana yang begitu besar dan kudrat "super mega". Penderhaka-penderhaka yang dibarisi barisan jentera kerajaan Firaun, Haman dan Qarun, masing-masing bekerjasama bertindak memusnahkan karier Nabi Musa alaihissalam.

Bagaimanapun, pemeliharaan dan pembelaan Allah kepada hamba-Nya yang beriman terutamanya utusan yang dikasihi tidak diabaikan. Qarun mengakhiri hayatnya dengan nasib yang sangat tragis, hancur luluh ketulahan bumi. Tidak ada satupun kekayaan Qarun yang tersisa, selain puing-puing istananya yang sampai saat menunggu saat runtuhnya.

“Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).” (Surah al-Qasas : ayat 81)


Selain tidak menunaikan zakat, Qarun bersalah kerana menyalahgunakan kekayaan untuk membiayai kegiatan-kegiatan khianat dan pelbagai kezaliman lagi seperti kempen menjatuhkan Musa alaihissalam. Tetapi ada lagi yang wajar disalahkan, iaitu sistem yang mengizinkan fenomena keqarunan itu berlaku.

Jatuhlah politikus seperti Qarun!

Jatuhlah parti syaitan yang membiarkan orang seperti Qarun!

Jatuhlah dengan izin Allah Taala.

http://www.tarbawi.my

Gambar samseng Umno kena cekup kacau program orang

Omak Kau, 25 Mac 2013



Lihatlah betapa kecut dan menikusnya samseng-samseng upahan UMNO apabila kena cekup oleh AMK dengan bantuan pihak polis semasa mereka cuba buat ganggu kacau satu program di Kota Kinabalu, Sabah, petang tadi, 24hb Mac 2013...

Sebiji seketul macam tikus kena simbah air panas..Tunduk ketakutan.. Kalau tidak bukan main garang dan berlagak lagi...Ingatkan hebat sangat!!!

Bila kena cekup tahu pula kecut perut..Tapi jangan salahkan mereka.. Itulah sebenarnya peribadi juak-juak UMNO..Belum kena buku dengan ruas dialah hero. Bila dah kena cekup, senyap terus!!!!

Masa kena cekup ketua-ketua mereka pun hilang lesap tak nampak batang hidung.

Syabas kepada PDRM kerana bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan juga AMK yang bertindak pantas dan berani membantu pihak PDRM dalam menagkap para penyangak upahan UMNO ini.

Omak kau tabik spring pada anda kalian.

PAS berulang kali kata wujud pengundi hantu, Papagomo kes terbaru

Buletinonline, 24 Mac 2013
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu telah menegaskan, berlaku manipulasi dalam daftar pemilih dan wujud fenomena 'pengundi hantu' yang telah mengalahkan PAS pada pilihanraya umum kali ke 11 pada tahun 2004.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Teregganu telah berulang kali menyatakan perkara tersebut dan kali terakhir, beliau menegaskannya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana PRU PAS untuk Parlimen Kuala Nerus pada 15 Mac lalu.

Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini, Tan Sri Aziz memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.

Semakan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.

Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos.

Oleh yang demikian, Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR diminta memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu.

Alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.

Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papagomo, adalah cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.

Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.

Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.

31 ahli, aktivis Umno Besut keluar parti

Buletinonline, 24 Mac 2013

(Husam menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari Mat Bidi)


BESUT: Seramai 31 orang bekas ahli dan aktivis Umno Besut, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut meninggalkan parti tersebut dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS seumur hidup.

Bekas Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Mat Bidi), 62 tahun mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam semalam.

Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat dekat sini

MB Selangor turut mendengar kuliah Ustaz Azhar

Harakahdaily, 24 Mac 2013

(Khalid Ibrahim antara yang mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di Ijok)

KUALA SELANGOR: Pekan Ijok mencipta sejarah hari ini apabila lebih 10,000 orang menyertai kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Turut serta mendengar kuliah dari ustaz selebriti itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagi Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfa'eza Aziz, semua gembira dengan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar, ulamak dari Terengganu itu.

Kuliah yang bermula jam 8 - 10 malam di Masjid Nurul Iman, Ijok itu mendapat sambutan dari pelbagai pihak.

Dari segi rekodnya, mungkin inilah kuliah di masjid yang paling ramai disertai di sekitar Ijok ini.

Turut serta adalah pelakun dan pengarah filem, Pierre Andre.

Guan Eng bertegas mahu selesaikan kesesakan P Pinang

Mohd Sabri Said, 24 Mac 2013


(Lim Guan Eng bercakap dengan media selepas taklimat)

TASEK GELUGOR: Biar pun dibaling dengan apa sekalipun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup menghadapinya asalkan empat projek besar yang dirangkakan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang pada masa depan dapat dilaksanakan.

Beliau berkata demikian di majlis dialog antara Kerajaan Negeri dan masyarakat berhubung cadangan kerajaan mahu membina tiga lebuhraya dan satu terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, Butterworth di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.

"Nak baling apa pun balinglah saya tetap bertegas mahu atasi masalah kesesakan jalanraya di Pulau Pinang," katanya.

Ia akan dilaksakana dengan membina lebuh raya dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Ching Eu sejauh 4.2 kilometer, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam 4.6 km, jalan menghubungkan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang sejauh 12 km serta terowong dasar laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam sejauh 7 km yang mana kesemuanya dianggarkan RM 6.3 bilion, jelasnya.

Apapun sambungnya, ia tertakluk pada kajian yang lebih terperinci termasuk berkaitan alam sekitar sekiranya terowong tersebut dibina.

Jelasnya lagi, pembinaan lebuhraya di sebelah pulau terpaksa dilaksanakan juga ekoran ketiadaan kesungguhan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membaiki dan memperlicinkan sistem penggangkutan di sini.

Kerajaan Persekutuan tambahnya, tidak melunaskan hasrat mereka untuk menambah pengangkutan Rapid Penang sebaliknya mereka sanggup bermain politik untuk menyalahkan kerajaan negeri kononnya tidak prihatin terhadap kesesakan lalulintas yang semakin meruncing terutamanya di waktu puncak iaitu di kala pagi dan petang.

"Kerajaan Persekutuan hanya pandai tanam tebu di tepi bibir.  Kata nak tambah bas Rapid Penang tak bagi pun.  Kita nak bagi duit RM10 juta setahun untuk penyediaan bas percuma diwaktu puncak pun mereka tak mahu terima. Mana ada kerajaan di dunia ni yang tak mahu duit melainkan Kerajaan Malaysia sahaja," terangnya disambut gelak ketawa hadirin.

Kerajaan Pakatan Rakyat hendak tunjukan kasih sayang pada rakyat sambung Lim, menyebabkan masalah ini timbul.

Sepatutnya Kerajaan Persekutuan tidak bertindak demikian semata-mata kerana rakyat bukan demdam politik.

Justeru itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, menyeru rakyat supaya bersama menolak Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 untuk menyenangkan kerajaan baru Pakatan Rakyat memberikan semua manafaat kepada rakyat tanpa dipolitikkan.

Pembinaan terowong itu kata Lim, akan memberikan kesenangan kepada rakyat khususnya di sebelah utara yang tidak lagi bersusah payah memandu ke Seberang Jaya yang terletak di Seberang Perai Tengah.

"Rakyat boleh tengok Kerajaan Pakatan Rakyat tidak kira ianya di kawasan pembangkang ataupun tidak,  kita tetap buat pembangunan.

"Umpamanya di Sebelah Seberang Perai Utara kita bina terowong dasar laut.  Di Seberang Perai Tengah kita sudah ada Jambatan Pulau Pinang pertama manakala di Seberang Perai Selatan ada Jambatan kedua menghubungkan Batu Kawan ke Batu Maung, " kata beliau.

Menyentuh mengenai tohmahan kononya Kerajaan Pakatan Rakyat juga menzalimi rakyat apabila mengenakan tol untuk terowong bila beroperasi kelak beliau berkata, ianya tidak langsung menzalimi rakyat kerana perjanjian dibuat kutipan tol hanya selama 30 tahun sahaja selepas itu akan serahkan pada Kerajaan Negeri dan dipercumakan.

Kerajaan Pulau Pinang terpaksa buat begitu untuk mengelak tindakan saman oleh Kerajaan Persekutuan kerana  membina satu lagi laluan secara percuma seolah-olah memboikot Jambatan Kedua nanti.

Bukan seperti kutipan tol di Lebuhraya Utara Selatan yang dikutip sampai hari ini sedangkan konsesi masih memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.

"Kita tidak zalim macam BN yang terus inaya rakyat dengan kutipan tol di Lebuhraya Utara Selatan sehingga hari ini padahal konsesi telah tamat pada tahun 2010 lepas.

"Modal pembinaan waktu itu murah iaitu RM6 bilion sedangkan keuntungan sampai tahun 2010 ialah RM24.3 bilion berkali ganda keuntungan yang mereka kecapi. Di mana keuntungan hampir RM18 bilion.  Sudahlah begitu nak disambung kutip sampai 2038 pula, " katanya.

Beliau juga menafikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tergesa-gesa melaksanakan projek tersebut sebaliknya ia adalah visi kerajaan Pulau Pinang sejak mengambil alih pemerintahan dari BN demi membantu rakyat.

Turut hadir memberikan taklimat ialah Timbalan Pengarah Kejuteraan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPPP), Ir Rajendran a/l  P.Anthony dan Chairman Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Zulkipli (gambar atas) aitu kontraktor yang diamanahkan menjalankan projek berkenaan.

Terowong: Zenith kagum Guan Eng majukan negeri

Mohd Sabri Said, 24 Mac 2013
TASEK GELUGOR: Pengerusi Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Zulkipli kagum dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana sanggup dihentam berbagai pihak untuk memenuhi visi membangunkan negeri ini.

Ujarnya, setelah berjaya memperolehi projek pembinaan tiga lebuhraya dan sebuah terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam melibatkan peruntukan RM6.3 bilion tidak sepatah pun keluar perkataan dari mulut Lim bertanyakan latar belakang politiknya.

"Ketua Menteri tak tanya pun siapa dan latar belakang politik saya kerana yang dia mahu ialah syarikat boleh buat kerja tidak tipu dan beramanah serta mampu laksanakan projek sehingga berjaya hatta dengan syarikat gabungan mana sekali pun," tegasnya sewaktu diberikan peluang berucap sekaligus mengenepikan tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak dalam program taklimat kepada awam di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.

Sambungnya, tiada masalah apabila sebuah syarikat bumiputera diberikan mandat sebegitu dan terpulang pada syarikat untuk bergabung syarikat lain asalkan ia menunjukan prestasi dan kejayaan yang baik.

BUCG jelasnya, adalah sebuah syarikat pembinaan terbaik dari Negara China di mana syarikat berkenaan berjaya membina Stadium Olimpik di China, lebuhraya dan sebagainya.

Lagipun sambungnya, kerja-kerja pembinaan itu nanti akan memberikan peluang kepada kontraktor di negeri ini yang dilihat berkemampuan.

"Saya sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kemudian kontraktor Cina dan sedang merancang bertemu kontraktor India supaya masing-masing memperoleh sedikit peluang hasil pembangunan di negeri ini.  Kepada pihak-pihak tertentu janganlah buat fitnah sebaliknya marilah bersama berganding mahu bersama kerajaan yang berjiwa rakyat," tegasnya.

Kit Siang guna lambang PAS, Umno hilang punca

Harakahdaily, 24 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Kesediaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS menyebabkan Umno BN semakin hilang punca.

Jika sebelum ini, Umno BN sering menggunakan senjata perkaumannya meyerang Pakatan Rakyat khususnya dalam isu kebersamaan PAS dan DAP, namun dengan kenyataan terbaru Kit Siang itu membuatkan Umno mati akal.

“Umno cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?

“Kalau pilih (lambang) PKR, ini biasa sebab KEADILAN parti berbilang kaum tapi pemilihan guna lambang PAS pasti beri kesan luar biasa,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian dengan disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 penduduk tempatan pada Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Melayu Majidee, Jphor Baharu malam tadi.

Kit Siang semalam membayangkan kesediaan itu jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatal pendaftaran DAP sekaligus menghalang parti itu bertanding PRU 13.

Ianya ekoran parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) akibat kesilapan pengiraan undi akhir tahun lalu.

PAS alu-alukan

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika mengulas perkara itu semalam mengalu-alukan cadangan Kit Siang itu.

“Jika berlaku pembatalan (DAP), PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13 dan melihat tindakan tersebut bermotif politik.

Pandangan sama turut dikongsi Saifuddin yang mempersoal kenapa ROS langsung tidak mengambil  tindakan terhadap Umno Kelantan berikutan tidak pernah mendaftar mengikut Akta Pertubuhan sejak 1987.

“Hampir 90 peratus ranting dan cawangan Umno Kelantan tidak pernah didaftar selepas diharamkan pada 1987 tapi tiada tindakan dari ROS kerana Umno parti pemerintah,”  kata Ahli Parlimen Machang itu.

Tiada ulasan: