Posted on Monday, March 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Ust. Nasrudin Hassan
Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan.
1. Sejarah bakal dilakar penuh gemilang pada tanggal 16 Mac 2013 kelak, apabila 5000 ulama muda dari seluruh negara akan berekspresi di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol Perak Darul Ridhuan insyaallah. Bukan sahaja mencipta sejarah baru para ulama muda Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan, tetapi mengembalikan semula izzah [ kehebatan ] Gerakan Islam ke persada generasi muda hari ini dengan menyingkap tabir nostalgia sebuah Gerakan Islam [Hizbul Muslimin] yang diasaskan oleh Al Marhum Ustaz Abu Bakar Al Baqir, menongkah cabaran menentang penjajah British sehingga Hizbul Muslimin akhirnya diharamkan.
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis Dewan Ulama PAS Malaysia bekerjasama menganjurkan Xpresi Ulama Muda Haraki [yang akan bermula perasmiannya pada jam 9.00 pagi 16 Mac 2013 ], kearah memantapkan sendi – sendi utama organisasi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, bergandingan dengan rakan tahaaluf siasi [ kerjasama politik ] dalam Pakatan Rakyat untuk membawa pulang tropi kemenangan melalui pilihanraya umum ke 13 kelak demi merealisasikan sebuah perubahan.
3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda pada tahun lepas bermula di Stadium Darul Aman Kedah dan kemudian menjelajah ke seluruh negara. Xpresi Hijau Anak Muda mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan aktivis muda PAS, artis yang berhijrah, mat motor, pekerja kilang dan sebagainya.
4. Xpresi Profesional Muda menyusul tidak lama kemudian, disertai oleh anak muda professional dari pelbagai disiplin dan kepakaran. Siri pertama berlangsung di kediaman Menteri Besar Selangor dan siri kedua di sebuah resort di Kuala Terengganu. 2 siri Xpresi Profesional Muda Berjaya mengumpulkan lebih 1000 tenaga professional yang siap memberi komitmen untuk membantu PAS mencapai dan mengisi kemenangan.
5. 16 Mac 2013 pula bakal berlangsung Xpresi Ulama Muda Haraki yang dijangka mengumpulkan sekitar 5000 peserta insyaallah, guna melengkapkan kombinasi mantap sumber tenaga atau modal insan yang dimiliki oleh PAS iaitu Aktivis + Profesional + Ulama. Kombinasi mantap ini akan memacu kebangkitan rakyat sekaligus memimpin perubahan yang meletus agar mendapat restu Allah swt. Sekaligus menjawab bahawa tiada dikotomi ulama + Profesional + aktivis di dalam PAS, sebaliknya ia menjadi enjin yang menjana kehebatan, kewibawaan dan kemuliaan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang contemporary.
6. Xpresi Ulama Muda Haraki akan dan boleh disertai oleh para asatizah, mahasiswa dan alumni Timur Tengah, mahasiswa dan alumni fakulti pengajian Islam di Universiti luar dan dalam negara, penuntut ilmu di kolej Islam, Madrasah atau Pondok [ pasentran ], para huffaz, imam, guru J- Qaf, aktivis ngo – ngo Islam dan terbuka kepada semua yang bersungguh mahu mendalami ilmu Islam samaada terdiri dari kalangan muslimin begitu juga dari kalangan muslimat, semuanya sangat dialu – alukan penglibatan dan penyertaan mereka.
7. Insyaallah, Xpresi Ulama Muda Haraki ini juga bakal menyaksikan beberapa orang tokoh Ulama Muda akan mengisytiharkan diri mereka bersama PAS dan bergandingan dalam memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini.
8. Sejarah Gunung Semanggol adalah inspirasi kebangkitan Ulama Muda untuk menyatakan komitmen mereka mendokong perjuangan Islam dan membantu parti sebagai wadah perjuangan menggapai kemenangan dalam pilihanraya umum kelak. Bukan hanya berekspresi tetapi mengatur strategi dan memantapkan motivasi, bagaimana memperkukuhkan parti melalui sendi Ulama Muda guna menggalas amanah dan tanggungjawab bersama rakan – rakan pejuang yang lain.
9. Bulan ogos tahun 2007 sebelum menjelang Pilihanraya Umum ke 12, Himpunan dan sambutan 50 tahun merdeka peringkat kebangsaan telah diadakan di Gunung Semanggol. Semangatnya dibawa ke gerbang pilihanraya umum ke 12, lalu hasilnya 5 buah negeri berjaya dimenangi oleh gandingan PAS + PKR dan DAP termasuk negeri Perak Darul Ridhuan selaku tuan rumah sebelum ianya dirampas secara tidak demokratik. Insyaallah Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 akan meledakkan momentum baru sekaligus menyertai pilihanraya umum ke 13 dengan bergaya membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
10. Akhirnya, saya berdoa kepada Allah Jalla wa A’la agar sejarah gemilang 14 Mac 1948, [ Himpunan Ulama dan Cendikiawan Islam dari seluruh negara di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol yang digerakkan oleh Al Marhum ustaz Abu Bakar Al Baqir dan akhirnya menjadi inspirasi tubuhnya Gerakan Islam pertama Negara Hizbul Muslimin dan ia turut menjadi asas yang membawa kepada tertubuhnya Parti islam Se Malaysia [PAS] pada 23 Ogos 1951 ], kembali berulang selepas genap 65 tahun dengan momentum dan gelombang baru kebangkitan ulama yang dipacu dan dihasilkan dari Xpresi Ulama Muda Haraki pada tanggal 16 Mac 2013 di tapak yang sama, lalu memimpin perubahan yang sedang digerakkan oleh rakyat.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber: eperjuangan.com
Bapa Sepol Mahu 'U-Turn' Atau Tidak, Rakyat Peduli Apa?
Posted on Monday, March 11 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh WFAUZDIN NS
DENGAR khabarnya bapa si Sepol akan buat kenyataan media lagi. Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara beritahu mahu soalsiasat Pak Cik Azlan ayah si Sepol selepas beliau secara terbuka mengaku silap menyebelahi anaknya di dalam kerja fitnah terhadap DS Anwar. Beliau juga telah memohon maaf kepada Ketua Umum PKR dan keluarganya atas penglibatan kerja jahatnya sebelum ini.
Ramai juga yang pelik, selepas pihak Polis memberitahu ingin bertemu beliau, dikatakan beliau ingin mengeluarkan satu lagi kenyataan. Mungkin kenyataannya kali ini untuk memperkuatkan hujahnya yang mendakwa anaknya si Sepol itu telah dipergunakan oleh orang-orang politik musuh DS Anwar atau bapa si Sepol ini mahu melakukan aksi "U-Turn" seperti yang pernah dilakukan oleh P1 Bala di dalam Akuan Bersumpahnya dahulu.
Sebenarnya, jika Pak Cik Azlan ini tidak membuat pengakuan bersalah sekalipun, rakyat tetap menolak kerja fitnah yang langsung tidak masuk akal itu. Sebab itu lah maka DS Anwar sebut pengakuan bersalah bapa si Sepol itu tidak memberi kesan apa-apa melainkan sekadar menjadi kewajipan sahaja buat Pak Cik Azlan untuk memohon maaf setelah berbuat satu kesalahan besar terhadap orang lain. Itu sahaja. Rakyat telah lama menolak bahan fitnah jijik seperti itu melainkan spesis bangkai sahaja yang memakan benda-benda yang kotor dan jijik tersebut.
Satu lagi yang pelik, mengapa pihak Polis mahu bertemu bapa si Sepol? Untuk menyiasat samada beliau diberi upah untuk membuat pengakuat bersalah? Jika begitu, mengapa P1 Bala juga tidak disiasat? Bukankah P1 Bala kini telah berada di negara ini dan beliau telah lakukan kesalahan yang tidak kurang besarnya iaitu membuat Akuan Bersumpah yang salah satu darinya tidak diketahui mana satu yang benar. Meskipun P1 Bala di dalam kenyataan terbarunya mengakui bahawa Akuan Bersumpah pertamanya adalah yang sah, namun beliau patut disiasat juga untuk kita mengetahui mengapa beliau membuat Akuan Bersumpah kedua? Siapa yang arah beliau? Ini perlu disiasat juga.
Terlalu banyak misteri di dalam negara ini apatah lagi menjelang PRU. Kadangkala yang misteri menjadi lucu akibat gopohnya puak-puak yang takut kehilangan Putrajaya itu merancang untuk membuat fitnah, lucunya kerana perancangan mereka nampak bodoh lagi tidak masuk akal.
Sumber: wfauzdin.blogspot.com
Wakil Rakyat N.Sembilan jadi penganggur selepas 26 Mac 2013
Posted on Monday, March 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: rozmal
"
Sekiranya tiada pembubaran parlimen atau DUN sebelum 26 Mac 2013 nanti, maka secara otomatiknya Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar pada 26 Mac 2013.
Selepas itu Negeri Sembilan tidak akan mempunyai seorang pun wakil rakyat di peringkat DUN. Ini juga bermakna mereka yang telah menjadi ADUN di N.Sembilan tidak akan mendapat lagi keistimewaan sebagai wakil rakyat seperti elaun wakil rakyat dan sebagainya.
Jika sebelum ini wakil rakyat yang banyak membantu rakyat di sekitar mereka, maka sekarang masanya pula rakyat yang berkemampuan untuk membantu wakil rakyat yang sudah tamat perkhidmatan mereka.
Diharapkan rakyat di DUN yang diwakili wakil rakyat sebelum ini agar berurusan terus dengan Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Nazir Masjid untuk sebarang pengesahan permohonan bantuan, pinjaman, biasiswa, Baitul Mal dan sebagainya.
Walau bagaimanapun , disebabkan rakyat kita ni dah terbiasa berjumpa wakil rakyat di kawasan mereka dan ada yang tidak tahu bahawa selepas DUN terbubar tiada lagi wakil rakyat dan wakil rakyat tidak lagi mendapat gaji dan elaun, maka terpulanglah kepada parti yang mewakili rakyat tersebut untuk meneruskan Pusat Khidmat DUN di tempat mereka dengan mengadakan kutipan dana dari ahli-ahli parti mereka sendiri.
Kepada mereka yang ingin membantu Pusat Khidmat DUN Paroi yang ketika ini diwakili oleh ADUN Paroi (PAS) YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani bolehlah salurkan bantuan untuk digunakan untuk tujuan kebajikan penduduk yang amat memerlukan di kawasan Paroi ke akaun berikut :
Bank : Bank Islam Msia Bhd (BIMB)
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942"
Bukti Nyata Papa Gomo Menipu 50juta
Posted on Monday, March 11 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: Dukunpasir
"
Papa Gomo salah seorang blogger yang terkenal dikalangan UMNO TETAPI JUGA TERKENAL DIKALANGAN PR KERANA FITNAH tanpa fakta.
Walaupun tarikh pembubaran Parlimen masih tidak lagi berlaku oleh bekas Perdana menteri,namun perang antara media pro BN dan PRO PR setiap detik dan masa sentiasa berlaku terutama dalam dunia maya Internet...
Ok..dan salah satu cara menyebarkan maklumat yang dapat menarik minat orang selain artikel blog ialah VIDEO yang dimuat turun dalam Youtube...baik dipihak BN mahupun dipihak PR masing masing sibuk mengeluarkan IDEA kreatif dalam bentuk video.....
TERBARU.....VIDEO YANG AKAN ANDA SAKSIKAN DIBAWAH yang diberi tajuk MR Mansuh! TETAPI BUKAN ISI VIDEO INI yang penulis nak kongsikan .......tetapi PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH PAPA GOMO untuk melariskan VIDEO milik mereka ini......
Saksikan apa YANG DITULIS DALAM LAMAN WEB BELIAU yang ditandakan
....NAMPAK TAK JUMLAH LIKE YANG CUBA DIPAPARKAN?? Tak sampai SEJAM ada 50 juta LIKE!!
Ok ...dari laman web beliau...penulis klik video tersebut dan terus masuk ke sumber video di Youtube dan AMAT MEMERANJAT!!!
JUMLAH LIKE YANG DITERIMA SELEPAS 10.30 malam ini...10 March 2013 cuma 301 view dan YANG PALING MENDEBARKAN IALAH....
Jumlah LIKE 58 DAN JUMLAH DISLIKE 46.......maknanya jika kita DISLIKE VIDEO NI tak panjanglah nyawa video ni bersarang dalam youtube.......
MANA BUKTI 50JUTA??
LIHAT VIDEO KLIK SINI"
Tengok video "The Silent Riot' ni.. dan banding dengan apa yang berlak
Posted on Monday, March 11 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: AnakSgDerhaka
"
Ini adalah catatan perjalanan sebuah sejarah di Sabah yang memaparkan apa yang berlaku dinegeri tersebut apabila percaturan untuk kekal berkuasa menemui kegagalan.
Ianya berlaku pada tahun 1986 setelah sebuah parti yang baru ditubuhkan iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bergabung dengan USNO menewaskan parti BERJAYA yang merupakan komponen Barisan Nasional..
Dalam pergelutan untuk mengekalkan kuasa ini 5 rakyat Sabah telah terbunuh, Masjid diconteng dengan lambang Salib dan dibakar oleh pendatang yang di bawa masuk dari Pulau Gaya.
Mereka merupakan rakyat Islam Filipina yang ingin menyelamatkan diri dari kezaliman kerajaan mereka..
Mereka juga telah dipergunakan oleh pemimpin yang gila untuk mengekalkan kuasa.. sebagaimana yang diamalkan Njib..'U help me, I help you'..
Dalam hal ini You ikut arahan I, I bagi you IC..
Rusuhan selama 48 hari ini telah menyebabkan Sabah dikenakan perintah berkurung selama 30 hari..
Lihat betul-betul dan bandingkan dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu, Sabah hari ini..
Dan fikir dengan hati yang terbuka kerana Sejarah tidak pernah berbohong, kecuali buku sejarah yang ditulis oleh macai UMNO/BN..
Lihat di videonya SINI"
Melayu berpecah dari dulu lagi, bila tamak kuasa
Posted on Monday, March 11 @ 00:54:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: rozmal
"Daerah Rembau adalah daerah yang bersejarah, tempat perpaduan antara orang Minangkabau dan orang Asli keturunan Jakun, diikatkan melalui persaudaraan Islam. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang Bugis mempunyai jasa yang begitu besar dalam pembangunan awal Negeri Sembilan. Iaitu orang Bugis yang bertapak di Linggi, dan yang mengalu-alukan kedatangan orang Bugis ini ialah Undang Rembau.
Artikel
di bawah ditulis oleh kenalan saya yang merupakan anak muda Rembau yang
begitu komited untuk memberi kesedaran kepada generasi kini betapa
pentingnya kita belajar dari sejarah serta memulihara peninggalan
sejarah.
Tertarik dengan kesimpulan
beliau iaitu : “Namun, disebabkan sikap tamak di kalangan
pembesar-pembesar di Negeri Sembilan dan juga perebutan kuasa di
kalangan anak-anak Linggi telah menyebabkan tewas di dalam pertempuran
yang sengaja diwujudkan oleh Inggeris demi untuk mengaut keuntungan
terhadap hasil bumi Tanah Melayu.”
SEJARAH BUGIS DI LINGGI, NEGERI SEMBILAN
Mohd Khairil Hisham bin Mohd Ashaari
Penulis Bebas dan Penyelidik Bebas
Kemasukan
orang Bugis ke Rembau telah membuka satu lembaran baru di dalam sejarah
Negeri Sembilan. Kedatangan orang Bugis ini diterima dengan baik,
diberikan penghormatan dan dilindungi oleh Penghulu Rembau. Namun, oleh
sebab sistem kemasyarakatan dan kehidupan yang berbeza dengan masyakarat
Adat Perpatih maka orang Bugis telah berhijrah dan akhirnya membuka
Linggi.
Masyarakat Bugis Linggi mengamalkan adat yang dikenali sebagai ‘Adat Linggi’ atau ‘Adat Muafakat dan Kebulatan’.
Di
samping itu, peranan dan kemampuan Linggi di dalam mengawal lalu lintas
perdagangan di Sungai Linggi menyebabkan Linggi sentiasa dicemburui
oleh pembesar-pembesar adat Negeri Sembilan dan juga Inggeris.
Salah
satu masyarakat yang berjaya menempatkan kelompok mereka di Negeri
Sembilan dan memainkan peranan penting di dalam pembinaan sejarah Negeri
Sembilan moden ialah masyarakat Bugis. Masyarakat Bugis telah berhijrah
dari Riau ke Rembau dan akhir sekali menetap di Linggi sehingga mampu
mengawal perdagangan di Sungai Linggi.
Linggi
berjaya menonjolkan kemampuannya mengawal politik Negeri Sembilan
hampir 200 tahun sehingga ia menimbulkan perasaan tidak puas hati di
kalangan pembesar-pembesar adat di Negeri Sembilan. Linggi sering kali
terlibat di dalam peperangan mahupun persengketaan bagi menentukan
siapakah yang layak mengutip cukai dan mengawal perdagangan di Sungai
Linggi.
Kedatangan kelompok Bugis ke
Rembau diketuai oleh Dato’ Awaluddin bersama kakaknya Dato’ Serilah,
Lebai Kunut, suami Dato’ Serilah bersama-sama pengikut-pengikutnya. Pada
peringkat awal, mereka menetap di Batang Tiga, namun disebabkan telah
wujud perkampungan masyarakat Bugis di Batang Tiga menyebabkan perasaan
tidak selesa di kalangan pengikut Dato’ Awaluddin. Mereka berpindah dan
membuka perkampungan di Pengkalan Balak berhampiran dengan Kuala Sungai
Baru, Melaka.
Sebahagian daripada
pengikut Dato’ Awaluddin dan Dato’ Serilah menetap di Pengkalan Balak
manakala sebahagiannya meneruskan perjalanan bersama-sama Dato’
Awaluddin dan Dato’ Serilah ke Rembau. Mereka telah menyelusuri Sungai
Linggi dan Sungai Rembau sehingga mendarat di Penajis.
Bagi
mengelakkan sebarang persengketaan dan salah faham di antara pengikut
Dato’ Awaluddin dan penduduk Rembau, beliau telah berjumpa dengan
Penghulu Rembau , Dato’ Lela Maharaja Lulinsuh bagi mendapatkan keizinan
untuk membuka perkampungan di Rembau. Penghulu Rembau telah membenarkan
Dato’ Awaluddin bersama-sama pengikutnya membuka perkampungan
berhampiran Sungai Penajis iaitu Penajis Bandar.
Ketika
di Penajis, Dato’ Awaluddin merasakan masyarakat Bugis berada di dalam
keadaan tidak selesa dan tersepit. Ini disebabkan masyarakat sekeliling
mereka mengamalkan adat yang amat berbeza iaitu Adat Perpatih dan mereka
sentiasa dipandang sinis oleh orang-orang Rembau. Dato’ Awaluddin
memohon keizinan daripada Penghulu Rembau untuk mencuba nasib dengan
membuka perkampungan baru. Penghulu Rembau memahami masalah yang
dihadapi oleh Dato’ Awaluddin dan membenarkan Dato’ Awaluddin membuka
perkampungan baru di penghujung Sungai Linggi.
Pada
tahun 1770, Dato’ Awaluddin, Dato’ Serilah, Lebai Kunut bersama
pengikut-pengikutnya telah pergi ke satu kawasan lembah. Mereka telah
membuka perkampungan di kawasan tersebut dan mendapati kawasan tersebut
tidak sesuai untuk dijadikan perkampungan kerana sering dilanda banjir.
Keadaan ini telah menyebabkan Dato’ Awaluddin kembali ke Penajis.
Kepulangannya telah disambut dengan baik oleh Penghulu Rembau, Dato’
Lela Maharaja Lulinsuh.
Di penghujung
tahun 1776, Marhum Janggut13 telah datang ke Kuala Linggi untuk berjumpa
dengan Penghulu Rembau, Dato’ Lela Maharaja Lulinsuh dan Dato’
Awaluddin dengan tujuan untuk membawa pulang Dato’ Awaluddin, Dato’
Serilah dan Lebai Kunut pulang ke Riau. Tujuan membawa pulang Dato’
Awaluddin dipercayai adalah untuk membantu Riau berperang dengan Belanda
dan juga ingin memastikan peralihan kuasa jawatan Yang Dipertuan Muda
Riau seterusnya berlaku dengan baik.
Dalam
tahun 1800, sekelompok masyarakat Bugis di Rembau yang terdiri daripada
anak, cucu Dato’ Awaluddin dan Dato’ Serilah seramai 7 orang telah
memohon keizinan daripada Penghulu Rembau untuk membuka perkampungan
selaras dengan perjanjian di antara Daeng Kemboja dan Penghulu Rembau.
Kelompok ini diketuai oleh Lebai Dolman dan pengikutnya. Mereka telah
pergi semula ke kawasan yang pernah dibuka oleh Dato’ Awaluddin, Dato’
Serilah dan Lebai Kunut sebelumnya.
Penghijrahan
orang-orang Bugis dari Rembau ke Linggi merupakan titik tolak
pembangunan ketamadunan masyarakat Bugis Negeri Sembilan. Mereka bebas
mengamalkan adat resam yang dibina mengikut kesesuaian tempat dan
kehidupan mereka di Linggi. Mereka tidak lagi mengamalkan Adat Bugis
sama ada di Sulawesi mahupun di Riau dan juga tidak mengamalkan Adat
Perpatih sebagaimana masyarakat Rembau pada ketika itu. Mereka
mengamalkan adat budaya mereka sendiri yang dikenali sebagai “Muafakat
bil Kitab wassunnati Qabulatan Minal Ustaz Ilamanati” yang membawa
maksud “Muafakat Berteraskan Kitab Al-Quran dan Sunah Nabi s.a.w. dan
Berkebulatan juga Mentaati Ajaran Guru-guru”. Adat ini juga dikenali
sebagai “Adat Linggi, Adat Bermaharalela Berlandaskan Hukum Syarak”
Dato’
Syahbandar dapati Linggi ditadbir oleh orang Bugis, anak Penghulu
Rembau maka beliau telah memanggil Juragan Abdul Rahman untuk
berbincang. Peristiwa ini diterangkan di dalam perbilangan :-
“Linggi beribukan Rembau, berbapakan Syahbandar”
Kesimpulan
Linggi,
walaupun sebuah wilayah yang terkecil di dalam Negeri Sembilan mampu
membina sistemnya tersendiri. Kemampuan orang Bugis bertahan di dalam
sistem kemasyarakatan yang berbeza dengan adat dan budaya Bugis begitu
menakjubkan. Ini jelas sebagai masyarakat minoriti di dalam masyakarat
Adat Perpatih, mereka telah menunjukkan bahawa mereka juga boleh berjaya
dan menandingi orang lain.
Namun,
disebabkan sikap tamak di kalangan pembesar-pembesar di Negeri Sembilan
dan juga perebutan kuasa di kalangan anak-anak Linggi telah menyebabkan
tewas di dalam pertempuran yang sengaja diwujudkan oleh Inggeris demi
untuk mengaut keuntungan terhadap hasil bumi Tanah Melayu.
Kejayaan
tokoh-tokoh Linggi seperti Pendeta Za’aba dan lain-lain bukan sekadar
untuk orang Linggi malah untuk orang Melayu keseluruhannya.
Artikel penuh di http://www.nagarinantuo.com/bugis-linggi/
Siapa kata Ustaz tak boleh cakap politik? Posted on Monday, March 11 @ 00:10:55 MYT Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever |
Oleh: notan
"Assalamualaikum.,,Masih ramai rupanya mengganggap ustaz yang cakap politik dalam ceramah yang sepatutnya ceramah ugama sebagai ustaz yang tidak betul, malah manusia bebal sebegini langsung tidak menyedari apa yang dikatakan, kononnya ceramah ugama tidak boleh dicampur adukkan dengan ceramah politik.Apa dia ceramah ugama dan apa dia ceramah politik? Kalau ada keperluan bagi seorang ustaz untuk menyatakan perintah ALLAH dalam bab kewajiban pemerintah ISLAM melaksanakan hukum ALLAH atau hudud, maka sudah tentu ustaz tersebut akan menyatakan apa yang benar dari risalah yang benar dan dalam masa yang sama perlu menyatakan penentangan kepada kerajaan yang beragama ISLAM tetapi enggan melaksanakan perintah ALLAH itu, di mana politiknya kenyataan yang berdasarkan kebenaran dari risalah yang benar ini?
Islam adalah carahidup yang bermaksud seluruh tingkah laku manusia tidak boleh terlepas dari panduan yang disampaikan oleh risalah yang benar yakni risalah yang diturunkan oleh ALLAH kepada baginda Rasul.Saya ulangi untuk puak puak yang suka melihat hidup ini terasing bidangnya, Islam adalah carahidup.Tidak ada satupun ugama selain ISLAM yang meliputi kehidupan.Setiap bayi yang lahir sudah tertakluk kepada carahidup bilamana dianjurkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri.Begitu juga anjuran untuk membelah mulut dengan makanan yang baik baik dan air zam bertujuan agar bila besar nanti, kehidupan bayi tersebut akan terikat dengan carahidup ISLAM.
Begitu juga kalau seorang ustaz melihat kesungguhan sebuah kerajaan mengikut bidang kuasa yang ada padanya untuk menjaga dan meninggikan syiar ISLAM seperti Kelantan dan sedang dicabar hebat oleh golongan yang gemarkan kemaksiatan, lalu ustaz itu berkata dengan ilmu yang ada padanya, haram menggantikan kerajaan ini dengan kerajaan yang lagho.Apa politiknya?
Lantaran setiap umat ISLAM yang melalui tradisi yang dianjurkan semasa zaman bayinya seharusnya terikat dengan paduan hidup Islam ini.Namun kedapatan ramai juga umat ISLAM yang menunjukkan kebodohan apabila mendengar ada ustaz menyatakan haram menukar kerajaan Kelantan yang bersunguh sungguh menjaga ISLAM dengan pelbagai hujah yang dengkel. Rata rata menuduh ustaz yang selama ini banyak mengajar tafsir bermain politik atau berceramah politik , bukan ceramah ugama.Sebenarnya, apa seronoknya mendengar ustaz tersebut berceramah ugama dan apa bezanya pula mendengar beliau berceramah politik?
Apakah mendengar ceramah hanya untuk berseronok? Bukan untuk menambah kefahaman mengenai panduan panduan yang ada? Oleh itu kenapa ustaz tidak boleh berceramah politik, tidak boleh mengutuk orang orang yang engkar melaksanakan perintah ALLAH. tidak boleh mengutuk orang orang yang sukakan maksiat, sedangkan semua kita membaca Alquran dan mendengar Hadis yang turut mengutuk orang orang sebegini? Kalau Quran dan Hadis sudah mengutuk, apa pula hak kita menegah?
Benar kata Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, "Lebih baik kita jadi orang yang jahil yang mengaku akan kejahilan lalu bertaubat kepada ALLAH daripada menjadi orang orang yang BODOH yang mengaku pandai kerana orang orang macam ini akan merosakkan ugama".
Jelaslah orang orang yang menegah ustaz bercakap pasal politik ialah orang orang yang merosakkan perjuangan untuk mengembalikan ISLAM sebagai carahidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan