Khamis, 21 Mac 2013

DAH MATI ...TUTUP MATA JUGA...INGAT YANG SAMSENG2 NI TAK MATI KE

Kenapa tergesa-gesa tayang Tanda Putra di UIA?

Muhammad Faizal, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Presiden We Unite For Islam (WUFI) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Abdul Muntaqim Abu Bakar mempersoalkan tindakan pihak universiti itu yang mengadakan tayangan filem Tanda Putra secara tergesa-gesa di kampus itu.

Menurut beliau, pihak universiti hanya membuat promosi selama dua hari sahaja sebelum ditayangkan pada hari ini.

"Kenapa filem kontroversi ini ditayangkan secara tertutup dan kepada pelajar dan staff UIAM Kuantan sahaja?" soal beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga turut mempersoalkan kenapa filem itu ditayangkan dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir.

“Adakah terdapat usaha mempengaruhi mahasiswa dan staf UIAM Kuantan supaya mengundi parti tertentu dalam pilihanraya umum akan datang?” tanya beliau lagi.

UIAM Kuantan menjadi tempat ketiga ditayangkan filem kontroversi itu setelah ditayangkan sewaktu program bersama peneroka Felda pada bulan lepas dan di UIAM Gombak pada awal bulan ini.

Poster promosi tayangan menyatakan ia dianjurkan oleh Pejabat Pengarah Kampus UIAM Kuantan dan padanya terdapat lambang UIAM beserta lambang Persona Pictures.

Katanya lagi, berbeza dengan tayangan di UIAM Gombak yang meminta setiap kolej kediaman menghantar enam orang mahasiswa dan pelajar kor Sukarelawan Siswa Polis (Suksis) serta Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Udara diwajibkan hadir, tayangan di UIAM Kuantan pula hanya berbentuk 'jemputan' sahaja.

"Setakat ini tidak ada sebarang penerangan apakah sebab filem itu ditayangkan dan tidak ada pemberitahuan sama ada diadakan sesi penerangan atau dialog selepas tayangan itu," jelasnya.

Beliau berkeyakinan pelajar UIAM Kuantan sudah cukup matang untuk menilai filem kontroversi itu dengan hujah dan fakta yang jelas dan mampu meneruskan momentum perubahan sehinggalah pilihan raya akan datang.

Kelantan tidak halang projek Persekutuan

Salmah Mat Husain, 21 Mac 2013
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menafikan dakwaan setengah pihak yang mendakwa pimpinan kerajaan negeri menghalang projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, tidak timbul kerajaan Kelantan berbuat demikian, asalkan ia mengikut syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan Exco, di sini semalam.

Menurutnya, maksud sebenar ‘menghalang’ itu kerajaan negeri telah menolak permohonan pemaju, bagaimanapun apa yang berlaku pihak berkuasa tempatan hingga hari ini belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkaitan.

Katanya, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) masih belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana pemaju berhubung pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari  kerajaan Pusat.

Malah katanya, MPKB-BRI juga tidak pernah menerima sebarang permohonan pembinaan kediaman itu dari mana-mana pemaju berkaitan pembinaan kediaman itu untuk diproses.

Bagaimanapun, menurutnya  mesyuarat exco yang bersidang semalam turut dimaklumkan berhubung pembinaan kediaman itu.

Petang Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tuan Razak telah merasmikan projek perumahan rakyat itu yang terletak di Kampung Baru Raja Udang, Dun Tanjung Mas, di sini.

Sebanyak 1,000 unit kediaman bakal dibina menerusi projek tersebut.

“Sebelum pembinaan rumah dibuat oleh pemaju, mereka perlu memohon dari MPKB terlebih dahulu untuk mendapatkan ‘Kebenaran Merancang’ (KM).

“Setakat ini langsung tidak ada permohonan KM dari pemaju sebagaimana yang disyaratkan dalam Akta Perancang Bandar Dan Desa di bawah kerajaan Pusat sendiri,” ujar Takiyuddin lagi.

Katanya, antara yang terkandung dalam KM, jumlah unit bangunan yang akan dimajukan, kesan pada sekitar projek pembangunan dan sebagainya perlu dimaklumkan.

Takiyuddin seterusnya mendedahkan, berlaku protes oleh penduduk kampung berhubung projek tersebut kerana ia akan menyusahkan penduduk di situ.

“Mereka memaklumkan sekiranya 1,000 unit kediaman akan dibangunkan, tanah seluas 50 kaki yang diperlukan untuk projek itu telah memakan sebahagian dari masjid yang sedia ada,” ujarnya lagi.

Tegasnya, pihak yang ingin membangunkan projek itu perlu mengambil kira semua perkara itu termasuk memohon terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan sebelum dibangunkan.

Pada masa yang sama Takiyuddin menyangkal tuduhan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi yang mendakwa kerajaan negeri tidak pernah membina RAKR.

Beliau berkata, sejak tahun 1990 kerajaan Pusat tidak pernah menyalurkan sumbangan kepada kerajaan negeri untuk pembinaan kediaman itu.

“Tidak sebagaimana yang berlaku sebelum tahun 1990 dan tidak juga sebagaimana yang berlaku sekarang ini di negeri-negeri lain di mana kerajaan Pusat membantu mereka untuk menjayakan pembinaan RAKR,”ujarnya.

Namun bagaimanapun, tegasnya Kelantan tetap membina rumah mampu milik itu berperingkat di setiap jajahan.

Jangan tutup mata dengan samseng politik pro-Umno

Anis Nazri, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat melahirkan kebimbangan dengan suasana politik samseng yang semakin menular muktahir ini, lebih-lebih lagi ketika lebih ramai calon wanita dari sayap itu diketengahkan pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Kebimbangan tersebut bertitik tolak dari beberapa siri keganasan dan tindakan samseng sesetengah pihak ke atas majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat, khususnya.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, lebih membimbangkan apabila pihak berkuasa seolah-olah menutup mata dalam menangani tindakan samseng tersebut, malah mengambil tindakan sebaliknya jika membabitkan kumpulan Pakatan Rakyat.

"Kita tahu, banyak program Pakatan Rakyat yang cuba diganggu oleh kumpulan yang pro-Umno, namun selalunya pihak polis tidak bertindak proaktif bagi menghalang mereka, sebaliknya meminta pihak kita untuk menghentikan program penerangan konon atas tujuan keselamatan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sambil mengulangi kebimbangan terhadap keselamatan calon wanita, Dr. Mariah mengharapkan pihak berkuasa memberikan jaminan tentang tahap keselamatan semua pihak, lebih-lebih lagi ketika kempen pilihan raya yang selalunya hangat.

Sementara itu, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi, memberi amaran kepada mana-mana provokator agar tidak cuba mengganggu program dan siri penerangan yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

Selain mengingatkan akan mengheret mereka ke muka pengadilan, Athirah berkata pihaknya bersedia untuk mengumpul dan mengemukakan bukti kukuh bagi tujuan tersebut.

"Memang kita bimbang dengan budaya samseng itu, tapi kami juga ingatkan bahawa kami memerhatikan anda. Jangan sesekali cuba untuk mengganggu kami, jika tidak kami tidak akan berkompromi dalam hal tersebut," kata beliau.

Tambah Athirah, Pakatan Rakyat terpaksa mengadakan siri penerangan kepada rakyat memandangkan tiada sebarang akses secara adil kepada media diberikan kepada gabungan parti itu.

Sebaliknya, beliau beranggapan Barisan Nasional tidak perlu mengadakan siri penerangan memandangkan mereka mempunyai akses 24 jam ke atas media arus perdana.

"Untuk apa mereka berceramah, sedangkan mereka mempunyai akses kepada media? Tidak lain tidak bukan, mereka sengaja mengganggu majlis kita bagi tujuan menghalang kita menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di kawasan kampung," tegas beliau.

Dalam pada itu, bagi memastikan keselamatan calon-calon wanita berada di dalam kondisi yang lebih baik, Muslimat PAS terpaksa melangkah lebih proaktif melalui penubuhan Bridged Muslimat, yang mengkhususkan kepada aspek keselamatan.

"Insya Allah, setiap calon wanita akan diiringi dengan bridged ini yang terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai latar belakang pelbagai berkaitan seni mempertahankan diri.  Namun, dalam masa sama kami juga berharap pihak polis turut memainkan peranan yang lebih profesional demi kepentingan rakyat, dan bukannya hanya tertumpu kepada pihak tertentu semata-mata," tegas Athirah lagi.

PRU13: 9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat

Salmiyah Harun, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.

"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam hal ini kerajaan tidak boleh hendak salahkan rakyat Malaysia kerana pengumuman yang ditunggu begitu lama.

Bagaimanapun Hatta menyeru rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat agar meneruskan persediaan jentera pilihan raya sementara menanti tarikh rasmi dengan persiapan yang sepatutnya.

"Jangan terlalu kecewa dengan waktu dan tarikh pembubaran sehingga menjejaskan gerak kerja kita," katanya.

Apabila diminta tarikh yang akan dipilih Najib Tun Razak, Hatta menjangkakan pembubaran parlimen akan berlaku pada hujung bulan sama ada 28 hingga 30 Mac ini.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan sisatan berhubung penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam.

Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Teguran buat presiden Cuepacs

Syed Abdullah Jamalullail,
Sebagai seorang pemimpin Kesatuan yang besar saperti CUEPACS, Datuk Omar Osman yang terkenal dengan dedikasinya untuk berjuang hak kakitangan Perkhidmatan Awam terutama sekali memperjuangkan gaji sektor awam itu, tidak sepatutnya mencela pesara Kerajaan yang menyokong parti pembangkang. Hal ini kerana itu adalah hak individu yang tidak boleh dipertikaikan, tambahan pula mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Sebagai sebuah negara yang berpandukan kepada prinsip sistem demokrasi adalah wajar sekali untuk pesara-pesara ini memilih jalannya sendiri atau memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang mereka rasa mereka suka.

Menyokong parti pembangkang sebenarnya bukannya bererti kita anti Kerajaan. Berkemungkinan mereka mahukan suara mereka didengar dengan meluas lagi dan bukan setakat didengarkan diwarung atau kedai kopi atau pun hanya diluahkan kepada rakan dan taulan yang sama-sama pencen sahaja tetapi mesti disampaikan kepada rakyat yang cintakan negara dan mahukan keadilan.

Kebenaran dan luahan yang membina seharusnya diberikan tempat untuk Pegawai-Pegawai Kanan yang telah pun bersara. Hal ini kerana pendapat dan pandangan mereka perlu sekiranya ada kepincangan untuk didedahkan demi kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya juga.

Oleh hal yang demikian saya berpendapat bahawa Presiden CUEPACS ini buatlah kerja hanya dalam lingkungan jawatannya sahaja dan jangan pedulikan hal-hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kuasa beliau, walaupun mungkin tujuan menyebelahi kerajaan bagi kepentingan kenaikan gaji lagi untuk sektor awam. 
 
 Pakatan Rakyat syor gaji minima untuk pekerja tempatan, BN sebaliknya
Posted on Thursday, March 21 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"Pakatan Rakyat mengesyorkan agar penetapan kenaikan gaji minima hanya untuk pekerja tempatan. Namun kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan penetapan gaji minima termasuk pekerja asing. Kini nasi sudah menjadi bubur, majikan di Malaysia dalam keadaan tersepit, pekerja asing sudah menunjukkan taring, pekerja tempatan terus terpinggir.

Pekerja dinasihat henti mogokSinar Harian 20 Mac 2013
SEREMBAN – Syarikat Recron (M) Sdn Bhd masih menunggu keputusan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) tentang penundaan pelaksanaan gaji minimum kepada lebih kurang 2,600 pekerja asingnya. 
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam Negeri Sembilan, Datuk V S Mogan, berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan memastikan Syarikat Recron (M) Sdn Bhd melaksanakan gaji minimum sebaik sahaja kerajaan melalui MPGN memberi keputusan ke atas permohonan majikan.
“JTK dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) bersama pegawai-pegawai dari Kedutaan Bangladesh dan Kedutaan Vietnam telah mengadakan perjumpaan dengan semua pekerja asing bagi memaklumkan ketetapan kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012. “Para pekerja telah dinasihatkan untuk memberhentikan tindakan mogok dan kembali bekerja sementara menunggu keputusan kerajaan ke atas permohonan majikan yang dibuat dalam masa sebulan,” katanya. 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pekerja-dinasihat-henti-mogok-1.141283  
Gaji minimum PR untuk rakyat Malaysia, tidak libat warga asing, kata Guan Eng
March 08, 2013            
KUALA LUMPUR -  Gaji minimum RM1,100 yang akan dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hanya akan melibatkan rakyat Malaysia, tanpa mengambil kitra pekerja asing, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Guan Eng (gambar) berkata, tidak seperti dasar gaji minimum RM900 kerajaan Barisan Nasional (BN), cadangan PR itu lebih mengutamakan rakyat kerana dasar gaji minimum BN itu turut merangkumi pekerja asing di negara ini. 
“Hanya BN mahu membantu pekerja asing ... agar pekerja asing dapat menikmati tahap gaji yang sama dengan pekerja Malaysia,” kata Guan Eng ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif dengan syarikat pengurusan air Pulau Pinang, di Hotel Traders di sana. 
Pelaksanaan gaji minimum dijangka akan memanfaatkan tiga juta pekerja secara langsung. Kementerian Sumber Manusia sebelum ini berkata pelaksanaan gaji minimum akan berkuatkuasa yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013. 
Keputusan untuk menguatkuasakan pelaksanaan gaji minimum itu adalah mandatori dan kerajaan menetapkan gaji minimum pekerja swasta ialah RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan. 
"

Tiada ulasan: