Kerajaan Selangor cadang kawal jenayah guna PBT
Harakah, | 13 Mac 2013 |
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cadangan itu akan dilaksanakan pada sesi pemerintahan penggal kedua kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor selepas PRU ke-13 nanti.
“Kita akan gunakan pegawai penguatkuasa pada waktu malam dan siang supaya kegiatan mencuri dan meragut terkawal demi kesejahteraan rakyat," kata Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Laporan penuh dalam Harakah Jumaat ini.
Kebergantungan Melayu: Kenyataan Musa tepat
Harakahdaily, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Teras
Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan bahawa pendekatan kerajaan selama
inilah yang telah menanam mentaliti kebergantungan Melayu kepada
kerajaan dalam ekonomi.
Justeru, pandangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang menekankan orang Melayu mesti ada semangat juang tinggi dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan adalah tepat.
“Akan tetapi beliau harus juga akur betapa pelbagai pendekatan kerajaan yang diterajui oleh Umno telah menyebabkan orang Melayu terus hidup bergantung, sebabnya keghairahan Umno supaya orang Melayu jangan bergantung kepada pihak lain,” kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).
Sebagai natijah, katanya akibat indoktrinasi Melayu hanya boleh bergantung kepada Umno, mentaliti kebergantungan terus kekal sehingga kemajuan ekonomi orang Melayu dikongkong hanya di kalangan kelompok elit orang-orang Umno.
Tambahnya, Musa tidak boleh menafikan mentaliti Melayu bergantung kepada kerajaan yang diterajui Umno sangat ketara sehingga tender kecil seperti menjadi pembekal makanan pada program awampun disyaratkan perlu ada pertalian dengan Umno.
Akibatnya, ujar beliau orang Melayu terus bergantung kepada kerajaan kerana kuasa pemerintahan Umno sangat bersandar kepada orang Melayu yang bergantung kuat kepada kerajaan.
“Kami juga berpendapat untuk memungkinkan orang Melayu tidak terlampau terbelenggu dalam sindrom inferiority complex, kerajaan perlu merubah pendekatan yang mengikat orang Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, pendekatan yang memanjakan orang Melayu dengan subsidi secara berpanjangan telah mengakibatkan kreativiti dan sikap hidup berdikari terbantut.
Katanya, sindrom tidak boleh berjaya jika tidak mendapat sokongan dari kerajaan secara sengaja ditanam kerana hanya dengan cara itu, slogan ‘jika tidak ada Umno orang Melayu akan ketinggalan’ dapat diperkukuhkan.
Beliau berkata, ini bermakna penyakit asas orang Melayu yang terlampau bergantung kepada kerajaan adalah minda yang ditanam sendiri oleh kerajaan.
“Kami mendapati hanya sebilangan kecil usahawan Melayu yang berjaya tanpa bergantung kepada kerajaan kerana mereka berpendirian bahawa terlalu banyak budaya rasuah yang diamalkan dalam Umno untuk mendapat tender dan lesen,” katanya.
Menurutnya, mereka bebal dengan sikap kerajaan yang menyebabkan kemajuan ekonomi dikawal ketat oleh orang politik dalam kerajaan yang diterajui Umno.
Katanya, lebih parah ialah apabila bergantung kepada kerajaan adalah senjata politik yang paling berkesan untuk Umno terus berkuasa.
Malah, katanya tidak sedikit contoh pemimpin Umno sendiri yang mencantas pemimpin korporat Melayu yang berwibawa di kalangan orang Melayu akibat amalan budaya politik kebergantungan yang selama ini menjadi kaedah Umno untuk terus berkuasa.
“Inilah punca kenapa ramai orang Melayu yang mempunyai kemampuan dan kebolehan yang tinggi untuk maju menjadi bebal dengan kerajaan dan Umno dan memilih alternatif lain untuk mengembangkan karier bisnes mereka di tempat lain,” ujarnya.
Justeru, kata beliau Teras percaya selagi kerajaan yang diterajui Umno sendiri yang tidak mengubah sikapnya, selagi itulah kebergantungan orang Melayu akan berkekalan.
Sejak
zaman kesultanan Melayu Melaka, tulisan Arab yang diadaptasikan
pengejaannya ke bahasa Melayu dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan
Jawi memiliki signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan
negara. Hal ini kerana tulisan jawi merupakan alat interaksi yang
digunakan secara meluas oleh intelek Melayu dengan masyarakat awam
ketika itu.
Pernah satu berita yang bertarikh 5 Julai 2007, sumber Harakahdaily melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengisytiharkan tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran wajib kepada pelajar sekolah menengah. Realiti yang berlaku kepada kenyataan ini merupakan ancaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan bangsa Melayu Islam.
Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan, barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat Sekolah Rendah Agama (SRA), kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Natijahnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi qurani yang tergolong daripada lapisan hafiz dan hafizah sahaja, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al-Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam.
Kenyataan pahit yang harus ditelan saat ini, tulisan Jawi telah tenggelam di arus kemodenan dan kehilangan khalayak. Tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial dalam kalangan pembaca. Melayu umumnya tidak mengenal apa itu Jawi kecuali ia difahami sebagai akronim kepada Jabatan Agama Islam Wilayah.
Lanjutan dari hal itu, tulisan Jawi sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu “Rosetta” di Mesir yang hanya mampu diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan kudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion ke-II membaca tulisan Jawi pada masa akan datang?
Penulis tidak bersikap idealis dalam mengutarakan tulisan ini, tetapi terkilan dengan segelintir hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk berbangga dengan warisan ini. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jalur jasa yang besar terhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara dan terakam dalam pendidikan negara.
Mentaliti masyrakat Melayu yang beranggapan bahawa tulisan Jawi adalah semata-mata tulisan berunsur keagamaan perlu dijauhkan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Rujuk "Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of School", Bernama.com. June 16, 2007).
Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena pada zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden dipenuhi perbendaharaan yang sofistikated, tulisan Jawi terlebih dahulu digunakan di dalam bidang persuratan, perjanjian, media maklumat dan undang-undang.
Tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.
Jika diamati, sejarah kepintaran dan pemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabila wujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.
Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi, bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi. Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab "Bahrul Mazi", "Tafsir Quran al-Marbawi", "Tafsir Surah Yassin" masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al-Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuwan Islam yang silih berganti di Malaysia.
Tidak dinafikan lagi, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, dan huruf bukannya ukuran tahap keimanan seseorang. Namun, oleh sebab kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ia lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al-Quran.
Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah ada menyebutkan, "Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar agama yang dipegang oleh para pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan akidah iman daripada ayat-ayat al-Quran."
Dalam bahasa Melayu sendiri, terdapat perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jika ditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlaku kesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar. Konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam, yakni dijadikan sebagai suatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasa Melayu.
Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di Tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranya pengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas.
Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun atau mengikut kaedah dan seni. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri.
http://www.tarbawi.my
Justeru, pandangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang menekankan orang Melayu mesti ada semangat juang tinggi dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan adalah tepat.
“Akan tetapi beliau harus juga akur betapa pelbagai pendekatan kerajaan yang diterajui oleh Umno telah menyebabkan orang Melayu terus hidup bergantung, sebabnya keghairahan Umno supaya orang Melayu jangan bergantung kepada pihak lain,” kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).
Sebagai natijah, katanya akibat indoktrinasi Melayu hanya boleh bergantung kepada Umno, mentaliti kebergantungan terus kekal sehingga kemajuan ekonomi orang Melayu dikongkong hanya di kalangan kelompok elit orang-orang Umno.
Tambahnya, Musa tidak boleh menafikan mentaliti Melayu bergantung kepada kerajaan yang diterajui Umno sangat ketara sehingga tender kecil seperti menjadi pembekal makanan pada program awampun disyaratkan perlu ada pertalian dengan Umno.
Akibatnya, ujar beliau orang Melayu terus bergantung kepada kerajaan kerana kuasa pemerintahan Umno sangat bersandar kepada orang Melayu yang bergantung kuat kepada kerajaan.
“Kami juga berpendapat untuk memungkinkan orang Melayu tidak terlampau terbelenggu dalam sindrom inferiority complex, kerajaan perlu merubah pendekatan yang mengikat orang Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, pendekatan yang memanjakan orang Melayu dengan subsidi secara berpanjangan telah mengakibatkan kreativiti dan sikap hidup berdikari terbantut.
Katanya, sindrom tidak boleh berjaya jika tidak mendapat sokongan dari kerajaan secara sengaja ditanam kerana hanya dengan cara itu, slogan ‘jika tidak ada Umno orang Melayu akan ketinggalan’ dapat diperkukuhkan.
Beliau berkata, ini bermakna penyakit asas orang Melayu yang terlampau bergantung kepada kerajaan adalah minda yang ditanam sendiri oleh kerajaan.
“Kami mendapati hanya sebilangan kecil usahawan Melayu yang berjaya tanpa bergantung kepada kerajaan kerana mereka berpendirian bahawa terlalu banyak budaya rasuah yang diamalkan dalam Umno untuk mendapat tender dan lesen,” katanya.
Menurutnya, mereka bebal dengan sikap kerajaan yang menyebabkan kemajuan ekonomi dikawal ketat oleh orang politik dalam kerajaan yang diterajui Umno.
Katanya, lebih parah ialah apabila bergantung kepada kerajaan adalah senjata politik yang paling berkesan untuk Umno terus berkuasa.
Malah, katanya tidak sedikit contoh pemimpin Umno sendiri yang mencantas pemimpin korporat Melayu yang berwibawa di kalangan orang Melayu akibat amalan budaya politik kebergantungan yang selama ini menjadi kaedah Umno untuk terus berkuasa.
“Inilah punca kenapa ramai orang Melayu yang mempunyai kemampuan dan kebolehan yang tinggi untuk maju menjadi bebal dengan kerajaan dan Umno dan memilih alternatif lain untuk mengembangkan karier bisnes mereka di tempat lain,” ujarnya.
Justeru, kata beliau Teras percaya selagi kerajaan yang diterajui Umno sendiri yang tidak mengubah sikapnya, selagi itulah kebergantungan orang Melayu akan berkekalan.
Tulisan Jawi, khazanah yang semakin pupus
Mohd Azmir bin Maideen, | 13 Mac 2013 |
Pernah satu berita yang bertarikh 5 Julai 2007, sumber Harakahdaily melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengisytiharkan tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran wajib kepada pelajar sekolah menengah. Realiti yang berlaku kepada kenyataan ini merupakan ancaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan bangsa Melayu Islam.
Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan, barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat Sekolah Rendah Agama (SRA), kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Natijahnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi qurani yang tergolong daripada lapisan hafiz dan hafizah sahaja, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al-Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam.
Kenyataan pahit yang harus ditelan saat ini, tulisan Jawi telah tenggelam di arus kemodenan dan kehilangan khalayak. Tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial dalam kalangan pembaca. Melayu umumnya tidak mengenal apa itu Jawi kecuali ia difahami sebagai akronim kepada Jabatan Agama Islam Wilayah.
Lanjutan dari hal itu, tulisan Jawi sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu “Rosetta” di Mesir yang hanya mampu diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan kudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion ke-II membaca tulisan Jawi pada masa akan datang?
Penulis tidak bersikap idealis dalam mengutarakan tulisan ini, tetapi terkilan dengan segelintir hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk berbangga dengan warisan ini. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jalur jasa yang besar terhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara dan terakam dalam pendidikan negara.
Mentaliti masyrakat Melayu yang beranggapan bahawa tulisan Jawi adalah semata-mata tulisan berunsur keagamaan perlu dijauhkan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Rujuk "Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of School", Bernama.com. June 16, 2007).
Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena pada zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden dipenuhi perbendaharaan yang sofistikated, tulisan Jawi terlebih dahulu digunakan di dalam bidang persuratan, perjanjian, media maklumat dan undang-undang.
Tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.
Jika diamati, sejarah kepintaran dan pemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabila wujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.
Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi, bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi. Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab "Bahrul Mazi", "Tafsir Quran al-Marbawi", "Tafsir Surah Yassin" masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al-Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuwan Islam yang silih berganti di Malaysia.
Tidak dinafikan lagi, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, dan huruf bukannya ukuran tahap keimanan seseorang. Namun, oleh sebab kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ia lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al-Quran.
Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah ada menyebutkan, "Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar agama yang dipegang oleh para pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan akidah iman daripada ayat-ayat al-Quran."
Dalam bahasa Melayu sendiri, terdapat perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jika ditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlaku kesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar. Konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam, yakni dijadikan sebagai suatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasa Melayu.
Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di Tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranya pengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas.
Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun atau mengikut kaedah dan seni. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri.
http://www.tarbawi.my
Barisan Nasional 160 kerusi parlimen, Ahmad Mazlan.
Posted on Wednesday, March 13 @ 12:00:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: mohdnoorawang
"Pilihanraya umum ke-13 Barisan Nasional (BN) mampu merampas negeri negeri pakatan rakyat (PR), Kedah, Selangor, Pulau Pinang termasuk Kelantan.
Barisan Nasional mampu mendapat dua pertiga kerusi parlimen, atau sekurang kurangnya 160 kerusi parlimen, melebehi 20 kerusi parlimen pada pilihanraya umum ke-12. Pada PRU13 Barisan Nasional hanya mendapat 140 kerusi parlimen dari 222 kerusi parlimen.
Datuk Ahmad Mazalan menteri di JPM dan ketua penerangan UMNO berkata Barisan Nasional akan merampas kembali merampas 23 kerusi parlimen PAS, 10 kerusi parlimen PKR daripada 31 kerusi yang sedia ada. Barisan Nasional juga akan merampas semula 5 kerusi parlimen DAP PRU13.
Ahmad Mazlan juga berkata kaum China telah perubah 100 peratus dan akan memberi undi kepada barisan nasional PRU13. Beliau juga adalah penjaga Felda dibawah arahan Najib Razak. Beliau berucap semasa satu program di Negeri Johor."

Setiap perajurit yang gugur, Najib mesti bertanggungjawab!
Posted on Wednesday, March 13 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Najib mesti bertanggungjawab atas setiap kematian perajurit atau pahlawan negara di tangan militia Sulu. Najib ternyata membuat keputusan yang silap atas apa yang berlaku. ketika milian Sulu menceroboh Lahad Datu, Najib lambat bertindak dan membuat keputusan yang boleh menyelesaikan pertikaian segara dan tanpa menumpahkan darah.
Malaysia bangga menjadi orang tengah kepada perundingan otonomi Selatan Filipina dan Najib antara orang yang rapat dengan keluarga Kiram. Jadi kenapa Najib gagal menggunakan pengaruhnya untuk menyelesaikan krisis yang sepatutnya hanyalah gigitan nyamuk biasa sahaja?
Kerana lembapnya Najib sebagai pemimpin tertinggi negara membuat keputasan dan mengambil tindakan, krisis gigitan nyamuk biasa ini bertukar menjadi perang yang mengorbankan ramai orang Islam dan tambah menyedihkan gugurnya pahlawan negara yang sepatutnya boleh dielakkan kalau Najib bijak menggunakan reputasinya di kalangan penduduk Islam Selatan Filipina.
Bukan itu saja, pasukan keselamatan terpaksa pula menggelidah di kawasan geograpi yang sukar dan berisiko serta memakan belanja yang besar. Bayangkan seorang perajurit dari RAMD gugur dalam pertempuran terbaru yang sepatutnya boleh dielakkan kalau Najib menerima tawaran gencatan senjata Jamalul Kiram tempoh hari. Tapi Najib angkuh yang akibatnya nyawa melayang. Betapa sayunya melihat SMS terakhir arwah Abu Hurairah bin Ismail kepada abahnya. Apatah lagi terfikir kalau Najib bijak membuat keputusan mungkin kehilangan nyawa ini dapat dielakkan.
Inilah dua kesilapan terbesar Najib, pertamanya lembap membuat keputusan awal dan keduanya gagal melihat dan memenafaatkan tawaran gencatan senjata sebagai jalan mengelakkan banyak lagi pertumpahan darah. Kesilapan yang terpaksa ditanggung oleh anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang membayar cukai.
Kerana itu, Najib mesti bertanggungjawab atas kematian yang berlaku terutama di pihak perajurit kita. Najib boleh mendakwa kesukaran untuk membendung lebih kurang 200 militia Sulu itu berpunca dari kedudukan geograpi Sabah dan kerana kebanjiran pendatang Sulu yang melindungi mereka. Atas alasan ini, Najib boleh mengheret Mahathir dan Ketua Menteri sebagai pemimpin negeri bersamanya, Mahathir kerana membenarkan kebanjiran pendatang Sulu demi untuk menjatuhkan kerajaan PBS dulu dan ketua menteri kerana gagal memajukan Sabah untuk menjadi kawasan yang selamat dan menyukarkan militia Sulu bersembunyi. "

Posted on Wednesday, March 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh AnakSgDerhaka
Antara kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dalam 'Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf' yang perlu difikirkan menggunakan otak oleh macai-macai UMNO ialah..
Pertama - “Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.
Kedua - "Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah ahli politik yang bankrap,"
Ketiga - Ketika ditanya bagaimana untuk mengubah minda Melayu dan gerak kerja yang berasaskan perkauman, Musa, 78, berkata "Itu yang saya duka cita, jika kita bergantung pada akedemik senang sikit kita boleh belajar dan proses semula jadi. Tetapi dari segi mentaliti nak ubah, sukar jika kita ada sistem politik begitu terbuka, misalnya di Malaysia.
Ayat kedua tu.. dia sindir Mahathir yang lebih Melayu dari Melayu sedangkan dia datang dari Karala. India dan juga lain-lain macai UMNO yang sering melaungkan HIDUP MELAYU!! yang sekapal dengannya..
Ayat yang ketiga tu mungkin macai-macai UMNO kurang faham.. tak apa aku tolong permudahkan, kalau kita cerdik ianya tak susah untuk mengubah minda yang berasaskan perkauman.. tapi kalau bodoh macam macai-macai UMNO yang ada sekarang ni.. susah sikitlah... ha.. ha.. ha..
Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.
Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.
“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.
“Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.
“Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.
Wujud spekulasi
Wujud beberapa spekulasi yang meramalkan hutang negara akan bertambah sehingga menyebabkan muflis sekiranya Pakatan mengamalkan dasar ekonomi yang dijanjikan dalam Buku Jingga.
Antaranya penghapusan tol, pengurangan harga minyak, pendidikan percuma serta menurunkan harga kereta.
Musa berpendapat tidak ada pihak yang sanggup dan sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara.
“Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak,” katanya.
Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, semua pihak perlu menerima hakikat tidak mustahil perkara ini akan berlaku dalam realiti dunia politik demokrasi.
Enggan ulas lanjut
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perincian dasar ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat kini giat turun padang memberi penjelasan kepada rakyat tentang tawaran dasar ekonomi yang dirangka bagi meraih sokongan undi semasa PRU 13 nanti.
Manakala di pihak Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpinnya menganggap tawaran Pakatan itu mampu menggugat kestabilan ekonomi.
Malah, wujud perang siber di media sosial yang menyiarkan video dan menggelarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Mr Mansuh’.
Sementara itu, Musa dalam ucapannya menyelar sikap sesetengah ahli politik yang gemar memainkan sentimen perkauman sebagai modal politik.
Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah terdesak yang akhirnya boleh memusnahkan negara.
Bangkrap politik
“Barang siapa guna isu perkauman dia adalah ahli politik yang bankrap.
“Banyak isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara selain hanya nak takutkan rakyat dengan isu perkauman,” tegasnya.
Sementara itu, beliau yakin Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mencapai matlamat apabila kemiskinan tegar semua kaum dapat dikurangkan.
Malah beliau berpendapat 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi juga turut tercapai.
Musa yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu turut menepis persepsi survival ekonomi Melayu kini terancam.
Katanya, perasaan rendah diri boleh berubah sekiranya pemimpin tidak menyalahgunakan peluang yang ada untuk kepentingan politik ~ Free Malaysia Today
Kenyataan yang kedua dan ketiga di atas di petik dari Sinar Harian di ( SINI )
Buat macai-macai UMNO tu.. fikir-fikirkan.. kenyataan di atas adalah kenyataan dari seorang pemimpinUMNO yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri.. bukannya Ketua Cawangan atau Timbalan Ketua Cawangan...
Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com
Musa Hitam: Tidak bankrap jika PR memerintah
Posted on Wednesday, March 13 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.
Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.
Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.
"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.
"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," katanya dalam sidang media, semalam.
Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau menegaskan, pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang.
"Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap," katanya.
sumber"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan