Ahad, 24 Mac 2013

YANG PENTING BUKAN ANAK EMAS TETAPI RAHMAT ALLAH

Khasiat Cermai
Posted on Sunday, March 24 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Anim Agro

CERMAI (Phyllanthus accidus Skeels) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga PHYLLANTHACEAE atau EUPHOBIACEAE yang terdapat di Malaysia. Kegunaan buah cermai adalah bahagian buahnya yang dihasilkan sepanjang tahun. Buah yang keluar daripada bahagian dahan dan batang dikutip untuk diproses dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa.

Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang enak. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman. Kajian saya daripada beberapa buku menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 95.9 g air, Protin (0.155 g), Serat (0.18 g), Lemak (0.12 g), Ash (0.51 g), Kalsium (5.4 mg), Posforus (17.6 mg), Ferus (3.25 mg) ,Karotin (0.019 mg), Thiamine (0.029 mg), Riboflavin (0.013 mg) dan Niacin (0.0292 mg). Cermai didapati mengandungi 4.6 mg asid askorbik. Artikel ini saya amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan yang di panggil dengan Cermai yang mudah di tanam dankhasiat dari cermai berdasarkan pengalaman penulis dan rujukan di beberapa buah buku dan risalah pertanian.

Tumbuhan Cermai ini dipercayai berasal daripada Madagascar dan tumbuh liar di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam serta Selatan India, Sri Lanka dan Jamaica, Cuba, Carribean serta Amerika Selatan. Pokok ini dari jenis tropika dan sub-tropika yang dipanggil 'Gooseberry". Nama lain ialah Malay Berrry ; Oteiberry ; Gooseberry ; Country Gooseberry (English), Cermai ; Cheremai ; charmella ; charmin-charmin ; Kemangor (Malaysia), cherme ; tcherme (Indonesia), cherembelier ; cham dot (Vietnam), mayom (Thailand), Mak-nkhom (Laos), charmori ; harphanori (India) dan Grosella ; Groselha (Kawasan Caribean, Costa Rica dan Brazil). Tanaman cermai ditanam dikeliling rumah di Malaysia dan jarang kita jumpa penanaman cermai secara meluas yang ditanam secara MONOKROP.

Pokok Cermai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 3-9 meter iaitu seakan-akan sama dengan pokok belimbing buluh. Bentuk batang dan dahan pokok cermai berwarna coklat kehitaman dengan susunan kanopi seimbang. Daun cermai berwarna hijau muda dan berukuran 3-5 cm panjang dan 1-2 cm lebar dengan susunan bersilang tersusun rapi. Bunga yang bersaiz kecil lazimnya keluar dari bahagian dahan dan batang pokok cermai berwarna putih kemerahan dan dalam jambak yang bersusun. Pendebungaan berlaku dengan sendiri dimana ada bunga Jantan, Bunga Betina dan ada yang Hemaprodite dan juga ada bantuan daripada serangga terutamanya semut dan juga angin. Buah cermai berbentuk seperti apel kecil yang mempunyai 6-8 keluk atau ketak berwarna hijau muda keputihan. Buah yang masak akan bertukar kepada hijau kekuningan. Saiz buah lingkungan 1 - 1.5 cm garispusat dan mempunyai rasa sangat masam. Di bahagian tengan cermai ada beberapa bijibenih yang berwarna kekuningan dan keras sebanyak 4-6 biji.

Penanaman cermai sesuai di kawasan tropika yang mempunyai hujan mencukupi serta tanah jenis lom berpasir. Kawasan perlu mempunyai sistem saliran yang sempurna dan cahaya matahari mencukupi untuk pastikan pembungaan dan pengeluaran buah. Kajian saya mendapati tidak ada maklumat mengenai keluasan dan penanaman cermai di Malaysia kerana tumbuhan ini tidak ditanam secara komersil. Kebanyakan tanaman di tanam dikeliling rumah dan didalam susun buah-buahan bercampur. Saya anggar keluasan sekitar 180 - 220 hektar berdasarkan kajian CHE oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1990. Kultivar yang ada di tanam di Malaysia adalan jenis Cermai Tempatan yang masam. Terdapat beberapa spesis cermai yang manis dilaporkan di Indonesia dan Filipina dan mempunyai khasiat yang baik.

Kegunaan lain pokok cermai adalah bahagian kayu dan dahan kayu yang boleh digunakan sebagai bahan api. Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Ada kajian dijalankan pada daun cermai yang digunakan sebagai ubat untuk penyakit Gonorrhrea. Kajian di negara kita oleh nenek moyang mendapati, akar pokok cermai yang direbus dengan air berish dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati Lelah (Asthma). Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan.

Penanaman cermai boleh menggunakan biji benih atau keratan batang , 'grafting' dan teknik cantuman udara (air layering). Penanaman menggunakan biji benih perlukan masa selama 4 tahun untuk pokok mula berbuah jika ia di bandingkan dengan cara keratan dan cantuman cuma 2-3 tahun sahaja. Jarak penanaman 4 m x 6 m dan jalankan cantasan untuk mendapatkan dahan seimbang. Pembajaan dengan baja organik dan baja tumberaran NPK 15:15"15 dari tahun pertama hingga tahun ke 3 dan berikan baja NPK 12:12:17:2 untuk mengeluarkan bunga dan buah. Tanaman kontan dibuat dalam kebun untuk meningkatkan produktiviti di ladang. Pastikan kawasan tanah adalah dari jenis tanah subut dengan bahan baja organik yang mencukupi dan mempunyai sistem saliran yang baik. Cantasan awal perlu dibuat untuk mendapatkan bentuk sistem percabangan yang banyak kerana buah cermai banyak keluar daripada bahagian batang dan dahan.

Pokok Cermai tidak mempunyai masaalah serangan perosak dan penyakit yang serius. Terdalat serangan Ulat Makan Daun yang makan daun terutama dalam musim kering dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga. Buah yang matang berisi padat akan di kutip menggunakan tangan dan di basuh sebelum di proses. Satu pokok cermai dewasa mampu menghasilkan kira-kira 10 - 15 kilogram buah cermai setahun. Pengeluaran musim puncak di Malaysia adalah pada bulan April, Mei dan Jun setiap tahun. Buah cermai jeruk yang di jual di pasar malam dan di supermarket dengan harga RM 2.50 - RM 3.00 setiap 100 gram. Pulau Pinang yang terkenal dengan produk jeruk buah-buahan tidak ketinggalan menjual 'Buah Cermai Jeruk; dengan harga RM 4.50 - RM 6.00 sekilogram.

Penanaman cermai dapat membantu petani mengisi kawasan tanah lapang keliling kebun atau kawasan kosong. Pokok cermai mudah dijaga dan penghasilannya juga adalah tidak mengecewakan jika dijaga dengan baik. Pada masa akan datang mungkin kita boleh mendapatkan jus cermai, pil cermai, candys cermai atau kapsul cermai dipasaran selain daripada produk makanan kesihatan berasaskan buah cermai. Tanamlah cermai untuk dimakan sendiri, diproses atau dijual kepada orang lain. Khasiat cermai bagaimana pun masih perlukan banyak kajian lanjut oleh pakar nutrisi makanan. Mungkin akan banyak produk berasaskan cermai akan dicipta seperti jus cermai, teh cermai, kordial cermai, scahet cermai dan sebagainya dimasa akan datang. Wasallam!.

BUAH PELIK .... DI PANGGIL CERMAI....
RASA MASAM... JADI SATU INDUSTRI...
DIBUAT JERUK ...BAYARAN TUNAI...
BOLEH DI TANAM...BENIH DISEMAI...

By,
M Anem
Biik BIMA,
Adya Nalendra Hotel,
Jl. Tn Margo Kulon 9A,
Jogjakarta DIY,
Jawa Tengah,
Indonesia

(15 March 2013)


Sumber Asal: animhosnan.blogspot.com


 'Tiada rahsia', PKR tak bimbang e-mel dipintas
Posted on Sunday, March 24 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Zulaikha Zulkifli
    
PKR tidak bimbang mengenai kemungkinan e-mel mereka dipintas oleh kerajaan, seperti dakwaan yang tersebar luas di Internet, kerana tiada apa yang perlu disembunyikan, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Bagaimanapun, katanya, tindakan yang didakwa melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu harus tetap dikecam kerana agensi kerajaan, termasuk pasukan keselamatan sepatutnya menjaga keamanan dan bukan merisik aktiviti pembangkang.

NONE"Tak ada apa-apa yang kita takutkan kerana kandungan emel PKR atau Pakatan sendiri tiada apa-apa yang perlu disembunyikan," kata Surendran (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam surat yang mulanya dimuat naik dalam blog Milosuam itu, MKN dikatakan menghantar surat kepada perdana menteri mengenai "Laporan Strategi Pakatan Pembangkang" yang menurutnya diperoleh daripada pintasan emel.

Sebuah yang bertarikh dalam bulan ini didakwa daripada seorang pegawai kanan MKN kepada Datuk Seri Najib Razak Razak.

Malaysiakini cuba menghubungi pegawai MKN tersebut dan Milosuam untuk ulasan bagaimanapun belum ada sebarang jawapan diberikan setakat ini. Manakala artikel itu juga tidak boleh lagi dilayari.

Sementara itu, Surendran menuntut aktiviti merisik pembangkang dihentikan segera jika benar berlaku kerana ia bukan amalan negara maju seperti United Kingdom.

"Ia tidak adil kerana pihak keselamatan dipaksa kerajaan untuk merisik pembangkang. Tugas mereka sepatutnya menjaga keamanan," katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini


 ''Mencetuskan Kekecohan Dan Suasana Huru-Hara PRU13''?Siapa?
Posted on Saturday, March 23 @ 19:46:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: psyco

" Abdul Aziz Mohd YusofKredibiliti SPR semakin di pertikaikan dengan pelbagai tuduhan dan laporan yang di buat tiada hasil siasatan malah sering di pertikaikan . Tiada daya lagi PR untuk membersihkan SPR melainkan BN perlukan di tumbangkan pada PRU13 nanti. Ketika itu segala pengkhianatan SPR yang menjadi alat UMNO dan BN akan terjawap tidak lama lagi

Dua isu yang paling pentingIsu Papa Gomo: SPR tidak mahu ada pengundi daftar dua kali dan  pendedahan terbaru  SPR: Kumpulan 'ajaran sesat' mahu ganggu hari undi mengundang lebih banyak persoalan yang bakal memudaratkan keselamatan negara pada hari mengundi. Isu yang di bangkitkan Pengerusi SPR ini akan membawa implikasi buruk sama ada di pihak BN atau PR.

Kata Aziz  (SPR) hari ini mendedahkan wujud usaha terancang pihak tertentu - yang dilabel sebagai 'kumpulan ajaran sesat' - mahu mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara di tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihak-pihak berkenaan mula mengambil langkah tersusun menyediakan individu-individu, yang terdiri daripada pengundi, bagi mencetuskan suasana kecoh, dengan diberi latihan khusus.

"Kami juga ada memperoleh nota yang digunakan oleh mereka untuk tujuan latihan mencetuskan kecoh di bilik mengundi," kata beliau ketika berucap pada Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Kenyataan Aziz lagi bahawa  "Berdasarkan maklumat nota ini, pengundi diminta mempersoalkan (status) kertas undi,  dan mendesak diberi kertas undi lain, dan jika tidak dilayan, akan menjerit di tempat mengundi untuk menarik perhatian ramai dan media," katanya.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya belum membuat laporan polis mengenai perkara tersebut''.

Beliau selaku pengerusi SPR harus bertanggungjawap untuk membuat laporan polis dan tidak hanya membuat kenyataan media tanpa asas dan hanya berdasarkan sekeping nota memandangkan isu ini melibatkan keselamatan negara.
Tugas SB sekarang telah di ambilalih oleh SPR. Rakyat harus bertindak dengan tertib dan waras semasa hari mengundi.


 Jika ROS Batal DAP, Mungkin DAP pakai simbol PAS
Posted on Saturday, March 23 @ 19:46:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: mohdnoorawang

"NONEJabatan Pendaftran Pertubuhan atau (ROS) mungkin membatalkan parti politik DAP mengikut budibicara pegawai. Dicadangkan kepada pemimpin PR, Calun DAP boleh guna simbol PKR dan simbol PAS.
Untuk rekod ROS telah menyiasat (salahlaku?)  pertubuhan politik DAP. Mungkin DAP tidak boleh bertanding atau DAP akan dibatalkan buat sementara menjelang PRU13.  Sebarang kemungkinan akan berlaku terhadap DAP.

Namun rakyat berharap ROS tidak bertindak kejam dan ikut arahan pemimpin UMNO yang bernama Najib Razak . DAP tidak melakukan Kesalahan jenayah atau pecah amanah.

Malah apa yang dikatakan oleh Sdr. Lim Kit Siang, jika DAP dibatalkan oleh ROS mungkin calun DAP yang bertanding mungkin boleh guna simbol PAS atas nama sepakatan bersama dalam PR.
Terpulanglah kepada kebijaksanaan dan setiakawan pemimpin pakatan rakyat menghadapai sebarang kemungkinan akan berlaku menjelang pilihanraya umum.
Namun dari pandangan kami yang kerdil tidak salah jika calun DAP guna simbol PAS atau PKR dalam menghadapi perang politik yang seribu wajah dan seribu taktik untuk mengatasi lawan yang jahat seperti UMNO/BN.
Walau apa pun segala keptusan dan jawapan kita serah kepada pemimpin PAS dan pakatan rakyat
Jika benar benar berlaku DAP pakai simbol PAS ianya satu wadah politik baharu dan satu kebangkitan rakyat yang ingin perubuhan dan mahu menjatuhkanregim UMNO/BN yang rasuah dan khianat.

  BERJASA anak emas Umno/BN?
Posted on Saturday, March 23 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Seremban 23 Mac 2013 – Banyak bendera PAS dan PKR yang dipasang sekitar DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat pada ketika ini hilang , ada yang dibakar oleh pihak tertentu. Sedangkan bendera Umno dan BN begitu bebas berkibar di pokok-pokok, tepi jalan, tiang elektrk dan sebagainya.

Jika alasan belum waktu berkempen, kenapa hanya turunkan bendera PAS dan PKR?

Terbaru bendera BERJASA pun begitu bebas berkibar sekitar Ampangan, tanpa ada apa-apa tindakan lansung oleh pihak berkuasa tempatan.

Adakah Parti BERJASA merupakan anak emas Umno dan BN hingga diberi layanan istimewa sebebas-bebasnya mengibarkan bendera di Seremban ini?

Nampaknya ahli dan penyokong parti BERJASA tidak melalui perit jerih bendera, kain rentang, risalah di sabotaj oleh pihak tertentu.

Nampaknya parti BERJASA direntang pemaidani merah untuk bertanding di Malaysia.

Bukankah lebih baik BERJASA diterima saja sebagai parti komponen BN?

Di mana manisnya perjuangan Islam ini jika tiada sebarang halangan untuk menggantung bendera, mengedar risalah dan sebagainya, sebaliknya diberi lampu hijau oleh semua agensi kerajaan termasuk Umno dan BN, itu belum lagi halangan gas pemedih mata, cota?

"



 

Hanya 10 minit untuk menghormati demokrasi?
Posted on Sunday, March 24 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Adil Mat Selamat

MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menyatakan bahawa selepas pembubaran Dewan Rakyat, semua parti politik yang bertanding pada PRU-13 dibenar membentangkan manifesto masing-masing di RTM.

Menurut beliau, setiap parti akan diberi masa selama 10 minit dengan syarat ketat yang ditetapkan RTM, agensi di bawah kementerian beliau yang mana kementerian itu diketuai beliau sendiri dengan menyiarkan berita dan laporan pro-BN semata-mata..

Rais memberi justifikasi atas tindakan ini sebagai ‘penghormatan kepada demokrasi’. Bagus tu, enak benar bunyinya. Inilah yang rakyat dambakan dari kerajaan. Soalnya sekarang, adakah ini satu pengakuan daripada pemimpin BN, adakah bermakna sebelum ini selama berdekad lamanya kerajaan BN tidak menghormati demokrasi?

Apa pun, bukan saja yang ditawarkan hanya 10 minit, diletakkan pula syarat-syarat termasuk mesti disediakan dalam bentuk rakaman, yakni bukan “live” atau secara langsung. Rakaman visual dan suara atau suara sahaja, atau siapa yang membuat rakaman? Siapa yang tentukan rakaman yang sah?

Namun kita percaya bahawa siaran 10 minit dalam bentuk rakaman ini dibuat untuk memastikan RTM boleh menyunting mana-mana bahagian menurut budi bicara mereka. Nampaknya kementerian Rais mahu jadi Lembaga Penapis Filem, mahu gunting mana-mana bahagian yang tidak disukai. Sudahlah ruang yang diberi itu 10 minit saja, nak kena potong lagi.

Apatah lagi Rais itu Menteri BN. Saban hari ia gunakan RTM untuk puji BN, hetam Pakatan Rakyat. Selama ini pun para pemimpin PR tak pernah diberi ruang untuk menjelaskan dasar, apa lagi mempertahankan diri daripada serangan zalim BN. Malah, tohmahan Rais terhadap PR pun tak diberi peluang menjawab.

Nampak gayanya, pemberian ini sangat tidak ikhlas. Bak kata orang, kalau nak beri, berilah betul-betul. Kalau ragu-ragu, baik jangan buat. Inikah namanya ‘penghormatan kepada demokrasi’?

Demokrasi bagi UMNO BN adalah menurut apa yang mereka fahami, jika dia nak beri itu maka diberinya, pandangan rakyat dan pembangkang ditolak tepi. Beginilah keikhlasan BN kepada rakyat. Upin dan Ipin pun dapat 30 minit setiap minggu, manifesto Pakatan Rakyat hanya 10 minit setiap lima tahun?

PR ini kalilah…BN lain kalilah.

Sumber: roketkini.com

  Awas Tok Najib dan BN Rakyat dan Anak muda telah bangkit
Posted on Saturday, March 23 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

Sebahagian daripada konvoi 1000 anak muda Kekalkan Kelantan di Machang..."Anak Muda Bangkit"...

Show our troops.... semua ya Guna wang sendiri...



#TumbangBN Malaysia Sejahtera! #JMRKuangSelangor

sila layari http://bit.ly/1652nUe siaran langsung bersama anwar ibrahim sekarang! bersama ajen sulu, ajen amerika, ajen israel dan ajen segala ajen, kata pencacai dan pemimpin pencacai umno! saksikan live JMR di bawakan khas kepada anda oleh ajen pemusnah Barisan Nasional http://bit.ly/1652nUe

TERKINI PERASMIAN TRELER DEMI RAKYAT OLEH DSAI untuk KEMPEN PRU13 ini!



Jelajah Merdeka Rakyat@Tasik Puteri.DS @anwaribrahim lancarkn "Treler Reformasi"!!! semalam



Ceramah Mat Sabu di Padang Awam, Sik , Kedah .....

Gambar Terbaik Dari ABu Luqman..sila SINI UNTUK MAKLUMAT TERKINI"

Tiada ulasan: