Sabtu, 16 Mac 2013

BUBARLAH JANGAN TANGGUH2 LAGI...JIKA TANGGUH MUNGKIN BERTAMBAH KURANG SOKONGAN...DAHLAH SEKARANG PUN DAH KURANG

TERBARAI: Asal lebai, kini pencacai [Lihat hasilnya...]
Posted on Saturday, March 16 @ 16:05:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Shalehudin

Nampak dah macam pencacai murahan pada Umno/BN...

Makin lama aku tengok dia ni makin meloyakan...

Tindakannya semakin bangang yang hanya merendahkan martabat dirinya sendiri...

Memalukan betul bila seorang Ahli Parlimen berperangai macam ni...



Depan orang ramai kalau bercakap mengalahkan Pak Ustaz!!!
Tapi rupanya berfikir guna kepala lutut gak, sama level ngan pencacai... Meroyan pada saat-saat terakhir bergelar Ahli Parlimen...

Kahkahkah...



Inikah akhlaq seorang pejuang aqidah.... haha....
Bila dah join setan-setan yang dikenali neh, dia dah terlupa hukum qazaf...
Hebat kerja setan yang dikenali neh...
Boleh tune otak melayu untuk melucah dan memfitnah 25 jam sehari....
Haha... kesian betoi laa...

Sumber: shalehudin.blogspot.com


  Gambar dan video Anwar bercumbu dalam Fitnah Liwat 3
Posted on Saturday, March 16 @ 13:58:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Gambar dan video Anwar Ibrahim bercumbu dalam Fitnah Liwat 3Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah demi fitnah.

Agen fitnah Umno begitu bersungguh tengah malam tadi mempromosikan beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki.

Beberapa blogger telah mengulas mengenai perkara itu sejak malam tadi.

Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping gambar (lihat gambar-gambar Fitnah Liwat 3 dalam paparan besar di sini dan di sini) yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya mempunyai post ini saja.

Gambar dan video Anwar bercumbu dalam Fitnah Liwat 3
Gambar-gambar dipercayai adalah sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang.

Dari pengamatan, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun.

Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting dalam merakyatkan ekonomi rakyat.
 

Tujuh dosa besar pembangkang, Najib ambil dari kitab mana?
Posted on Saturday, March 16 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualikum,,..

Kitab Mastika hadis keluaran jabatan perdana menteri ketika ayah Najib jadi PM, menyebut antara lain, kalau kata 'hukum Islam sudah lapuk" akan jadi murtad, tidak ada pula sebut mengenai antara tujuh dosa besar ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.Tetapi inilah yang disebut Najib semalam sebagai antara tujuh dosa besar yang yang dilakukan oleh PAS. Selain itu, Najib juga menggariskan lagi dosa besar PAS ia itu:

1- Gagal menunaikan janji kepada rakyat kelantan.

2- Membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing.

3- Mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

4- Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu.

5- Tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP).

merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat. Malangnya saya tidak menemui satu lagi dosa besar Pas bagi mencukupi tujuh! Saya juga tidak menemui nas dan dalil yang meletakkan apa yang disebut Najib sebagai dosa besar, malah saya meragui apa yang disebut itu benar.

Sebagai perbandingan, saya perturunkan nas dan dalil yang diberi oleh hadis dan ringkasan kupasan ulama muktabar seperti berikut :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim.

Daripada hadis ini, dapat disenaraikan 7 dosa besar iaitu:
  1. Syirik kepada Allah
  2. Sihir
  3. Membunuh
  4. Makan harta anak yatim
  5. Makan riba
  6. Lari dari medan jihad
  7. Menuduh perempuan baik berdosa
Ulama menambah lagi berdasarkan kandungan daripada hadis-hadis Nabi SAW yang berasingan.
  1. Derhaka kepada ibubapa
  2. Berzina
  3. Minum Arak
  4. Berjudi
  5. Mencuri
Oleh itu, ada 12 dosa besar untuk dijauhi. Orang yang berdosa besar, solatnya tidak akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecilnya berbanding dengan orang yang tidak melakukan dosa besar.

Rujukan :
7 Dosa Besar – Tanyalah Ustaz 15.10.2012

Ustaz Dato' Abu Hassan Din

Dari blog : keranakasihnabi.blogspot.com

Untuk perbandingan agar kita tidak termasuk orang orang yang zalim, mana satukah dosa besar? membenarkan penggunaan kalimah ALLAH atau membunuh?

Bagaimana pula kalau berkata tiada hudud di Malaysia?

Fikirlah wahai orang orang yang mendengar ucapan Najib yang songsang dan meraban itu.

Untuk maklumat kepada pendengar ucapan Najib sekelian, sekarang tidak ada lagi kerajaan dan pembangkang, tetapi yang ada hanyalah BN dan PR, pakatan Rakyat bukan pakatan pembangkang! Kalau namapun Najib tak reti nak hormat, macam mana dia nak cakap pasal tujuh dosa besar?"
 
 Rancangan Penghapusan Sistem Khilafah dan Pemecatan Khalifah Islam
Posted on Saturday, March 16 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kamal_hasan

"Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898).

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

*Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid

Samb: silverheritage "
 
 Najib Razak sah berkuasa dan bersuara sehingga 30 April 2013
Posted on Saturday, March 16 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Parlimen Malaysia terbubar secara automatik pada 30 APRIL 2013. Tarikh terakhir Najib Razak dan Barisan Nasional sah bersuara dan berkuasa apa jua niat dan tindakkannya akan TAMAT 30 APRIL 2013.

Sidang dewan atau parlimen Malaysia pada pilihanraya umum ke-12 bermula 28 APRIL 2012 bukan bermula tarikh pilihanraya umum. Dengan tarikh terakhir kerajaan barisan nasional dan perdana menteri Najib Razak tamat pada 28 APRIL 2013 genap lima tahun berkuasa dan merompak wang rakyat.

Dengan alasan pembangunan dan pasarana dan traformasi memenuhi poket pemimpin kerjaan barisan nasional bersama kroni dan rasuah yang paling hebat dalam sejarah kerajaan barisan nasional dibawah kepala Najib Razak.

Namun dalam masa yang dewan undangn Negeri Sembilan akan tamat berkuasa pada 27. APRIL 2013. Satu satunya negeri pertama terbubar secara automatik jika dewan parlimen tidak dibubar sebelum tarikh tersebut.

Gambaran sedikit untuk tatapan pelayar TKO. dengan itu Najib Razak akan buburkan dewan rakyat atau parlimen Malaysia sebelum 27 APRIL 2013. Dewan rakyat atau Parlimen Malaysia WAJIB BUBAR DALAM BULAN MARCH 2013 untuk tidak berlaku salahlaku yang serius.

Secara lawaknya Najib Razak sudah bersedia untuk bubarkan dewan Rakyat pada minggu akhir bulan March 2013. Pehak SPR akan mengumumukan tarikh pilihanraya umum ke-13 bulan paling cepatnya akhir bulan APRIL 2013.

Najib Razak sekarang berada dalam kedudukkan yang selesa. Barisan Nasional sudah dapat momenten yang baru dengan isu yang direka sendiri seperti isu Kalimah Allah, isu Tian Chua, isu Lahad Datu dan kematian mengejut P.Bala orang mendedahkan isu pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan Najib Razak.

Dan yang paling genbira ialah rakyat sudah mendapat BR1M dan dana remaja dan bermacam dana telah dilaksanakan oleh barisan nasional. Najib Rzak optimis akan kekal berkuasa dan merompak wang rakyat kembali."
 
 Operasi Di Tanjung Batu Dijangka Tamat Esok
Posted on Saturday, March 16 @ 21:01:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ahmadhadeed

"Sabah Police Commisioner menyatakan bahawa operasi di Tanjung Batu akan tamat esok dan kemungkinan Ops Daulat pun akan selesai tidak berapa lama lagi. Kita mengucapkan tahniah kepada semua agensi keselamatan negara kerana berjaya dengan cemerlang mempertahankan kedaulatan negara yang kita cintai ini. Perlu kita sedar juga bahawa kedaulatan negara bukan hanya di hutan belantara tetapi juga di bandar raya.

Operasi Daulat tepat pada namanya dan ia dilaksanakan dengan begitu berhemah dan profesional. Tidak dinafikan pencerobohan Tentera Sultan Sulu untuk menakluki Sabah atau apa apa motif sekali pun telah membuka mata semua rakyat Malaysia bahawa kekuatan sebenar Malaysia terletak pada Muafakat Pertahanan dan kita melihat betapa utuhnya peranan senjata , kerjasama semua agensi terutama pertahanan dan penglibatan rakyat dan doa dalam menjayakan operasi mempertahankan kedaulatan negara. Yang mati di gelar shuhada dan yang berjuang di doa dan di hormati.

Ini tidak berlaku pada USA dan Russia walaupun mereka adalah kuasa dunia. USA dan Russia melancarkan peperangan hanya melalui political ambition bukannya atas restu rakyat , sebab itu lah setiap kali mereka berperang samaada di Vietnam atau di Iraq, mereka pergi dengan sebab yang dijana oleh ahli politik dan mereka balik dengan tangisan dan kemarahan rakyat. Ops Daulat berbeza sekali. Rakyat Malaysia adalah di antara manusia yang paling banyak berdoa untuk sejahteraan rakyat Moro yang sengsara di zaman Nur Misuari MNLF dan baru baru ini pun rakyat Malaysia lah yang menolong dalam penyelesaian damai Moro. Namun tentera Raja Sulu, pengikut MNLF yang simpati kepada penceroboh malah Nur Misuari sendiri tidak begitu cerdik untuk menyedari perkara yang tersurat ini.

Mungkin MNLF dan Sultan Sulu tidak diberi keutamaan dalam pendamaian Mindanoa. Yang penting nya rakyat Moro yang beratus tahun sengsara di beri keutamaan bukan MNLF atau Sultan Sulu. Sultan Sulu perlu tahu bahawa perjuangan mereka lebih di kehendaki oleh rakyat Moro di Mindanao, tapak asal kesultanan sulu dulu bukannya untuk menambah bayaran pajakan. Kita melihat betapa bankrupt nya cara berpolitik orang Islam sekarang.
Sabah yang aman amat penting untuk memastikan pelan damai Moro di Mindanoa berjaya dan Mindanoa menjadi pusat ekonomi baru untuk menjana ekonomi dan sudah tentu rakan dagang utama nnya ialah Sabah dan Malaysia. Kita berharap selepas Ops Daulat , keselamatan negara terutama Sabah bertambah baik dan usaha pro active mesti di buat untuk langkah pencegahan. Perkara kealpaan yang utama ialah tidak menguruskan masaalah pelarian Mindanoa di Sabah dengan baik sehingga ada yang mengambil kesempatan dalam keadaan tidak terurus ini mewujudkan  kumpulan millitia  di Sabah.
Perkara yang sama berlaku di Ibu Negara KL dimana perkara yang sama akan berlaku kalau masaalah pelarian, buruh asing, warga tanpa visa dan penjenayah tidak diurus. Kemungkinan KL sudah mempunyai war lord dadah saperti mexico atau kartel pelacuran atau pusat espionage international. Kita tidak tahu samaada KL sudah menjadi pangkalan kuasa asing untuk mencabar kedaulatan Malaysia dalam bentuk lain, mungkin dalam bentuk political power struggle atau economic power struggle atau criminal power struggle sehingga rakyat Malaysia sudah tidak terasa mempunyai kedaulatan di negara sendiri. Namun begitu dengan meniru semangat yang sama dalam Ops Daulat , lebih banyak ops daulat dapat di laksanakan oleh pihak memerintah untuk menyelesai masaalah kedaulatan yang lain. Yang pentingnya , isu kedaulatan adalah penting dan kita tidak mahu ada yang cuba meperlekeh hal hal  berkaitan kedaulatan walau ada setengah rakyat Malaysia sudah tidak merasa kasih kepada negara ini.Bagi kita semua inilah negara kita bersama dan kitalah yang menentukan ia berdaulat atau tidak. Tahniah kepada semua.

Peristiwa Lahad Datu Untung Barisan Nasional/UMNO?
Posted on Saturday, March 16 @ 10:36:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: mohdnoorawang

"Peristiwa Lahad Datu. Sabah satu pencerubuhan atau satu plan bertindak kerajaan Barisan Nasional atau UMNO khasnya boleh memberi impak yang besar dalam politik Malaysia. Jika disusuri dan digali isu pencerubuhan "Tentera Sulu" di Lahad Datu boleh memberi keuntungan yang besar kepada kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Secara umumnya rakyat Malaysia benci kepada bangsa atau kumpulan yang mneceruboh tanah air Malaysai. Namun apa yang terjadi di Lahad Datu pencerubuh atau tentera sulu dilebelkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai pengganas. Dengan kata lain apa yang berlaku adalah serangan pengganas bukan pencerubuhan. Pelik bin ajaib pemimpin UMNO/BN.
Malah apa yang berlaku di Lahad Datu bagaikan penyambunh hayat UMNO Ssbah dan kerajaan Barisan Nasional khasnya UMNO.  Lagi lama "berperang dan ada kematian atau kecederaan anggota keselamatan Malaysia lagi untung dan ada rasa simpati kepada kerjaan barisan nasional yang hampir reput atau hampir tumbang.
Orang Melayu khasnya cukup terguris dan cepat berubah mood mendapat berita kematian dan kecedraan anggota  keselamatan yang terlibat da;am operasi Di Lahad Datu.
Dengan peristiwa Lahad Datu  sebagai episod duka dan sebagai umpam bagi masyarkat Melayu menukar mood kepada barisan nasional dalam pilihanray umum ke-13.
Secaraamnya peristiwa di Lahad Datu sebagai pollimik yang banyak tanda tanya dan cara operasinya. Yang hampir pasti peristiwa di Lahad Datu memberi keuntungan dan laba kepada barisan nasional khasnya UMNO sebagai penyambung hayat.

 Othman Ngah bekas aktivis Hisbi Islami UTM dan PAS meninggal Dunia - Al Fatihah
Posted on Saturday, March 16 @ 08:12:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Cybershot



Osman Ngah telah meninggal dunia jam 1.10 pagi tadi (16 Mac 2013) dan Insya-Allah akan dikebumikan pada jam 9.00 pagi nanti.

Mana-mana yang mengenalinya ada berhubung dengan beliau semasa hayatnya, mungkin ada terhutang atau terasa hati akibat daripada perbezaan pandangan dan pendapat diharap boleh memaafkan beliau. Ini adalah harapan daripada anaknya dalam satu pesanan SMS.

Othman Ngah adalah bekas Presiden PMIUTM dan beliau cukup aktif dalam gerakan Islam walaupun sangat daif dan keunzuran dengan penyakitnya.

Orang sangat 'simpel' dan mudah berurusan dalam organasasi walapun kadang kala beliau ada 'pie' sendiri.

Peristiwa yang sangat menarik yang tak pernah saya lupakan, ialah beliau semasa belajar mengambil jurusan Kejuteraan Awan hadir solat Jumaat di suatu masjid dimana selepas bilal azam tak ada khatib bangun baca khutbah. Hadiran tercari-cari.

Tiba-tiba Othman bangun dan mengambil tongkat lalu membaca khutbah jumaat pada hari itu.... Satu tindakan yang cukup baik, berani dan berkeyakinan tinggi.

Pernah bertanding mewakili PAS parlimen Titiwangsa tapi kalah dengan Dato' Sulaiman.

Semoga Allah berkati roh beliau dan amalan beliau.

Saya minta maaf mengambil kesempatan dan menggunakan ruang di TKO untuk memaklumkan perkara ini, kerana beliau adalah generasi pembentuk di UTM yang telah menghasilkan ramai penerus perjuangan Islam.  


 Najib mungkin bubar parlimen pada 25 Mac
Posted on Saturday, March 16 @ 01:32:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, mungkin akan membubarkan parlimen pada 25 Mac ini, jika spekulasi terbaru mengenainya ternyata benar.
Laman berita mStar Online semalam melaporkan kini timbul spekulasi meluas bahawa Datuk Seri Najib akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen pada tarikh tersebut.


Laporan tersebut memetik pihak dalaman sebagai berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia itu tidak akan membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 27 Mac kerana ia akan menimbulkan kesan tidak baik kepada parti kerajaan.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa Parlimen Malaysia hanya akan bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April, sebagaimana yang diuar-uar sebelum ini, bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dilangsungkan.

Suruhanjaya itu menjelaskan bahawa tarikh cukup tempoh satu penggal, atau lima tahun, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat diadakan selepas sesebuah PRU dan bukan pada tarikh PRU itu diadakan.
Ini telah disahkan penasihat undang-undang SPR.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan menjadi yang pertama terbubar secara automatik, iaitu pada 27 Mac, jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu.
Menurut beliau, ramai, termasuk pemimpin politik, tidak sedar perkara ini dan mereka membuat andaian parlimen sepatutnya terbubar secara automatik pada 9 Mac lalu.
Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008. Ini bermakna tarikh akhir parlimen ialah pada 28 April ini.
Namun, memandangkan tarikh itu jatuh pada Ahad, iaitu hari cuti, ia dibawa kepada 29 April dan parlimen terbubar secara automatik keesokannya, iaitu 30 April, ujar Tan Sri Abdul Aziz, yang ditukil Berita Harian (BHM) Malaysia.
Menurut beliau lagi, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan sah sehingga 30 April.
Malah, apabila parlimen dibubar, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Datuk Seri Najib dilaporkan terus mempercepat langkah beliau menjelang PRU dengan memperbanyak acara dalam diari beliau.
Ini bagi memastikan beliau dapat memenuhi semua perkara asas, daripada isu-isu negara kepada masalah berkaitan pemilihan calon Barisan Nasional (BN). - Sumber

Tiada ulasan: