Rabu, 20 Mac 2013

LEPAS DAKWAAN DIDUNIA AKHIRAT TAK LEPAS...DIDUNIA JUGA ALLAH MENGHUKUM ORANG2 INI...KITA TUNGGU AJE

Negara tak bankrap oleh Manifesto PR – Musa

Subky Latif, 20 Mac 2013
HABIS semua yang mengatakan manifesto Pakatan Rakyat boleh memufliskan negara mati kutu dengan sepatah komen Tun Musa Hitam, Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia dan bekas Timbalan Perdana Menteri.

Yang mengata negara akan bankrap jika menifesto Pakatan dilaksanakan siapa? Perdana Menteri Najib, mantornya Tun Dr. Mahathir dan beberapa kerat profesor yang tidak diketahui kepakarannya dalam bidang ekonomi.

Akan Najib, Dr. Mahathir dan Muhyiddin itu adalah orang politik yang mengira semua yang dari pembangkang adalah hampas. Mereka tempelak kononnya pada pembangkang, apa saja  dari UMNO dan kerajaan semua tak betul. Habis apa bezanya bila mereka menghampaskan segala yang datang dari pembangkang?

Dari logik itu kedua pihak adalah seri.

Habis yang sang-sang profesor tumpang semangkuk itu mengapa? Sekadar hendak mengesahkan betullah mereka profesor kangkung, bukan profesor halia yang jika airnya diminum boleh memanaskan badan, menendang angin dan mendatangkan tenaga.

Yang dikatakan boleh bankrap itu bagaimana? Justeru menurunkan harga minyak, memberi 20 peratus royalti minyak kepada negeri yang berhak, memansuhkan PTPTN, pelajaran percuma  di semua peringkat, memansuhkan tol secara berjadual dan lain-lain.

Orang Melayu korporat seperti Tan Sri Ali Hashim yang banyak membangun ekonomi Johor dan Syed Ali Alatas, pemimpin Dewan Dewan Perniagaan Melayu tidak memperleceh sangat manifesto itu dan bagi sekalian kaum tidak mengira negatif apa yang kerajaan menunggu cuba utarakan itu.

Mengapa? Dipercayai ia bukanlah satu unjuran yang karut. Tetapi sebagai   golongan yang menjaga kepentingan perniagaan dan peluang yang boleh diraih dari suasana yang ada, mereka menjaga hati orang-orang yang berkuasa kerana ditakuti mereka tak jatuh dalam politik yang bergolak itu.

Tetapi apabila ditanya seorang yang realis dan berfikiran polisitif seperti Tun Musa Hitam, maka dia tidak  teragak-agak untuk menyangkal dakwaan buruk terhadap semangat manifesto itu. Padanya, tidak mungkin negara akan muflis dengan pelan yang dikemukakan itu.

Padanya pihak yang hendak melaksanakan manfesto itu ada unjuran, langkah dan pelan pelaksanaannya bagi menghadapi semua perkembangan.

Bagi bercakap positif tentang kemajuan masa depan lebih bijak  dari bercakap tentang hal-hal yang negatif bagi menjamin keyakinan para pelabur dunia.

Tun Musa adalah seorang ahli UMNO yang tidak pernah tidak setia kepada partinya. Apabila dia berbeza pandangan dengan orang yang berkuasa, dia tidak mahu bersama dengan kekuasaan yang ada tetapi tidak menjadi orang yang desprado menderhaka kekuasaan.

Dia tahu apa orang kata pada kerajaan dan semua Perdana Menteri, dia tidak balun mereka seperti yang Dr. Mahatahir pelupuh terhadap pimpinan Tun Abdullah Badawi. Tetapi apabila orang tanya tentang sesuatu isu dan perkembangan, dia menyatakan apa yang dipercayai tanpa segan silu.

Dia ditanya kerana orang keliru dengan keadaan yang  ada. Tentang manifesto dan tentang kejadian di Lahad Datu. Orang mahukan petunjuk darinya tentang apa yang betul  dalam perkembangan itu. Dia mesti memberikan jawapan yang boleh menghilangkan keraguan dan kebuntuan orang tentangnya.

Kepentingannya ialah supaya orang tahu dan jelas  tentang sesuatu.

Berbeza dengan PM Najib dan timbalannya. Mereka ada kepentingan politik. Jika mereka bercakap jujur tentang manifesto  dan Buku Jingga Pakatan Rakyat, nescaya mereka jadi pembangkang selepas ini.

Mahathir tidak berani kata positif  tentang manifesto itu kerana benci kepada Anwar lebih dari semua, dan Anwar menang dia akan malu besar. Jika  dia kata positif tentang manifesto itu, sah BN akan tersungkur. Bukan kerajaan akan berubah, sejarahnya akan berubah sama.

Tetapi kalau Najib dan BN menang semula, dia buat sesuatu kepada  Najib  seperti yang dia sudah buat pada Tun Abdullah.

Isu Altantuya: Pendedahan tanpa pendakwaan

Mohamed Hanipa Maidin, 20 Mac 2013
Memang banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut.

Mendiang Bala dan Deepak telah mendedahkan secara terperinci bagaimana mendiang Bala diarahkan untuk membuat akuan bersumpah kedua yang palsu dengan tujuan menafikan akuan bersumpahnya yang pertama.

Yang terbaru peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Akuan bersumpah Bala yang pertama menurut Bala adalah cerita sebenar tentang pembunuhan Altantuya. Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah sama dengan keterangannya kepada polis apabila beliau disoal siasat oleh polis dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah cerita sebenar manakala akuan bersumpah yang kedua adalah palsu.

Akuan bersumpah pertamanya mendedahkan penglibatan Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya. Najib dikatakan menghantar sms kepada Razak Baginda bahawa beliau (Razak) tidak perlu risau kerana Najib akan berjumpa Ketua Polis Negara dan semuanya akan diselesaikan.

Menurut Bala, Razak telah tunjukkan sms Najib itu kepada beliau. Disebabkan pendedahan berani Bala, Najib telah mengarahkan peguam senior, Cecil Abraham menderaf akuan bersumpah Bala yang palsu dan Bala telah diperdaya dan diugut untuk menandatangani akuan bersumpah palsu tersebut dan kemudianya dilarikan ke India.

Bala mendedahkan nama Deepak dan adik Najib, Nazim sebagai pihak yang terlibat mengugut, melarikan beliau dan keluarga beliau dan memberikan wang kepada beliau.
Menurut Bala semasa beliau berjumpa Nazim, isteri Nazim iaitu bekas pengacara Nona di Tv3 yang ketika itu sedang hamil juga hadir bersama-sama.

Baru-baru ini isteri Nazim tersebut menelepon peguam di firma saya bagi mendapatkan khidmat nasihat kes syariah beliau.

Deepak mengesahkan pendedahan Bala dan sebagai tambahah Deepak mendedahkan pula penglibatan Rosmah Mansor dan peguam senior Cecil Abraham. Peguam Bala, Americk Siddhu pula mendedahkan pengakuan Cecil Abraham baru baru ini bahawa Najib terlibat dalam isu akuan bersumpah palsu Bala yang kedua.

Sehingga kini peguam Cecil Abraham dan Najib masih berdiam diri - tidak mengiya atau menafikan.

Pendedahan telah dibuat . Isunya mengapakah tiada sebarang tindakan dari polis untuk menyiasat pihak yang terbabit?

Adakah polis telah menyoal siasat Deepak, Nazim, Rosmah, Cecil Abraham, Americk Siddhu dan Najib sendiri? Jika sudah mengapa sehingga kini tiada pendedahan tentang status penyiasatan tersebut?  Jika belum siasat mengapa tidak disiasat?

Adakah Bala, Deepak dan Peguam Americk Sidhu membuat kenyataan palsu atau menipu atau memfitnah? Jika mereka menipu atau membuat kenyataan palsu atau memfitnah, mengapa Deepak dan Americk Sidhu tidak ditangkap dan didakwa? Jika mereka membuat kenyataan yang benar mengapa pula Nazim, Rosmah, Cecil Abraham dan Najib tidak ditangkap dan didakwa?

Jika Deepak dan Americk Sidhu memfitnah Najib, Rosmah, Cecil Abraham dan Nazim mengapa mereka yang kaya raya ini tidak mahu membersihkan nama mereka dengan menyaman Deepak dan Americk Sidhu di Mahkamah sivil atas tuntutan fitnah?

Pokoknya salah seorang daripada penama-penama itu boleh didakwa atau disaman berdasarkan senario yang saya bentangkan di atas. Ketiadaan pendakwaan ke atas mana mana individu itu adalah suatu yang amat pelik dan ganjil.

Adakah Negara ini tiada pendakwaraya atau tiada undang-undang? Adakah polis dan Ghani Patail juga tidak dibenarkan menyiasat dan mendakwa mana mana penama tersebut?

Sekiranya Deepak Dan Americk Sidhu memberi kenyatan palsu atau menipu atau memfitnah adakah Kerajaan BN merasakan pendakwaan ke atas mereka ditakuti akan mendedahkan lagi banyak pekung isu Altantuya sekaligus meranapkan impian Najib dan Umno untuk terus berkuasa di Putrajaya?

Sekiranya Deepak dan Americk Sidhu bercakap benar, adakah Peguam Negara berani mendakwa Cecil Abraham tanpa Najib terkena tempiasnya?

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Nazim tanpa Rosmah pula terkena tempiasnya? Adakah Peguam Negara berani mendakwa Rosmah tanpa Najib pula terkena tempiasnya? 

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Najib tanpa jawatan, kedudukan dan keselesaan Ghani Patail tidak terkena tempiasnya? Terlalu banyak bocor di sana sini yang menyaksikan tempias di sini sana.

Bayangkan jika Anwar Ibrahim didakwa terbabit dalam isu Altantuya ..sudah tentu polis dan pejabat Peguam Negara akan berkerja 25 jam sehari...

Yakinlah Kerajan BN tidak akan berani membuat pendakwaan di atas pendedahan Bala, Deepak dan Americk Sidhu. Penyelesaian bagi kemelut ini hanya satu..Kerajaan baru Pakatan Rakyat di Putrajaya sahaja yang boleh diharapkan menyelesaikan kemelut ini sama ada pendakwaan dibuat kepada mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut atau Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat semula isu Altantuya sehinga ke akar umbi. Hanya dengan cara itu keluarga Altantuya dan Bala berharap ruh mereka berdua akan aman dan selesa.

Alkisah pokok tumbang…

Tuan Ibrahim Tuan Man, 20 Mac 2013
Pada zaman dahulu, ada sebatang pohon besar tumbang di atas jalan utama ke istana.

10 ahli keselamatan pasukan Durian cuba mengalihkan pohon yang tumbang itu supaya pengangkutan bandar ke istana tidak terganggu. (Gambar hiasan)

Ketua Suhaimi berdiri di tepi mengarahkan ahli-ahli kampungnya untuk berusaha lebih keras, tapi mereka tidak dapat mengalih pohon tersebut.

Tetiba ada seorang 50-an datang ke tempat di situ dengan kuda dan meninjau tempat kejadian.

Pakcik itu memberitahu Suhaimi – “jika anta membantu mereka, rasanya cukup tenaga untuk mengalihkan pokok tersebut. Mengapa anta tak bantu?”

Suhaimi terus menjawab, “Itu bukan tugas ana. Ana ketua pasukan. Itu kerja mereka, mereka kena buat. Ana menyelia sahaja.”

Melihat Suhaimi menjawab sedemikian, pakcik itu pun menurunkan kudanya dan membantu ahli keselamatan pasukan Durian untuk mengalihkan pokok.

Tenaga tambahan itu menyebabkan pokok dapat dialihkan.

Pakcik itu naik semula kuda dan memandang ke arah Suhaimi.

“Ok bagus. Ana akan laporkan pada pihak istana bahawa kita telah berjaya mengalihkan pokok tersebut,” kata Suhaimi. Pakcik itu tersenyum tidak berkata apa-apa.

Apabila Suhaimi masuk ke istana, raja memanggil Suhaimi menghadap.

“Akhirnya dapat jumpa raja. Ana nak minta ganjaran lebih,” bisik hati Suhaimi yang kegembiraan.

Setibanya di bilik mesyuarat raja, Suhaimi terkejut melihat raja ialah pakcik yang membantu mengalihkan pokok tumbang sambil beliau berdiri di tepi jalan mengarahkan semua orang bekerja.

Suhaimi terkedu malu. Pakcik hanya tersenyum.

“Beta akan hadiahkan 9 rumah sahaja. Anta tak dapat. Anta nak cakap apa-apa?”

Suhaimi mengangguk.

“Tak. Memang adil rajaku,” kata Suhaimi sambil menyesal mengapa hari tersebut beliau enggan membantu ahli-ahli pasukannya hari itu.

“Jadi ketua, bukan bermaksud sehingga tahap menjadi sombong dan lupa diri. Ingat baik-baik,” jawab pakcik.

Kongsilah cerita ini sekirannya bermanfaat.

Senyum.

 Kisah benar mangsa rompakan mengajak si perompak makan bersama.
Posted on Wednesday, March 20 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: hanzarbosnia

"Julio Diaz adalah seorang pekerja sosial yang selalu berulang alik dengan tren subway di Bronx, New York. Selalunya, dia menaiki tren untuk pulang pada masa orang lain turut berasak-asak untuk pulang dari tempat kerja. Pada suatu hari, dia pulang dari kerja agak lewat. Setelah menaiki tren dan sampai ke stesennya seperti kebiasaannya, dia pun melangkah keluar dari tren tersebut.

Namun, keadaan stesen tersebut agak sunyi dan sepi daripada penumpang lain. Ketika dia sedang menaiki tangga stesen yang agak sunyi itu, tiba-tiba dia dihampiri oleh seorang pemuda sambil diacukan pisau ke wajahnya.

Pemuda itu mahu merompak duitnya dan mengarahkannya untuk menyerahkan dompetnya. Lantas, Julio Diaz menyerahkan dompetnya kepada pemuda itu seperti yang diminta. Setelah mendapatkan dompetnya itu, pemuda itu segera berjalan untuk meninggalkannya. Namun, sebelum pemuda itu bergerak lebih jauh, Julio Diaz berkata kepada pemuda itu, " Hei, nanti dulu, kamu terlupa sesuatu. Sekiranya kamu ingin merompak lagi pada malam yang sejuk ini, kamu tentunya memerlukan jaket saya untuk memanaskan badan kamu."

Mendengar kata-kata itu, si pemuda itu menoleh dengan kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu ingin menolong saya pula?" Diaz dengan segera menjawab, "Sekiranya kamu sanggup mengambil risiko untuk masuk penjara hanya kerana beberapa dolar, tentunya kamu amat memerlukan wang.. sedangkan saya pula mempunyai wang dan sebenarnya sedang menuju ke kedai makan..".

"Hei, sekiranya kamu ingin makan juga, marilah kita pergi bersama..",
pelawa Diaz secara tiba-tiba membuatkan pemuda tadi tergamam dan kebingungan sambil merenung Diaz ke atas dan ke bawah takut-takut Diaz menyimpan senjata atau mempunyai niat lain. Akhirnya, setelah melihat kesungguhan dan keikhlasan Diaz, mereka berjalan bersama-sama menuju ke sebuah kedai makan. Diaz membawa pemuda itu pergi ke sebuah kedai makan yang selalu dikunjunginya. Ketika memasuki kedai itu, Diaz masuk dengan wajah yang tenang serta tersenyum sambil menyapa pekerja di kedai makan itu seperti biasa, tanpa mendedahkan identiti pemuda yang datang bersamanya.

Sambil menikmati makanan mereka, Diaz berbual dan melayan pemuda itu dengan baik. Setelah mereka selesai makan, akhirnya pekerja di situ menyerahkan bil bayaran kepada mereka. Diaz berkata, " Nampaknya, kamu yang perlu membayar bil ini, Saya tidak lagi boleh membayarnya kerana dompet saya ada pada kamu..atau sekiranya kamu sudi untuk menyerahkan kembali dompet itu, saya amat gembira untuk belanja kamu makan kali ini..". Seperti dipukau, pemuda itu dengan segera menyerahkan kembali dompet Diaz dan dia pun membayar harga makanan itu.

Sebelum mereka berpisah, Diaz memberikan 20 dolar kepada pemuda itu. Namun, Diaz meminta sesuatu sebagai ganti, iaitu pisau yang digunakan oleh pemuda itu untuk merompaknya. Dengan mudahnya, pemuda itu menyerahkan pisau itu kepada Diaz. Dengan tutur kata dan layanan yang baik terhadap perompaknya, Diaz bukan sahaja dapat melembutkan hatinya, malah memperolehi pula sebuah pisau yang mungkin digunakan untuk merompak orang lain. Alangkah indahnya akhlak ini yang mirip akhlak sebenar seorang muslim."

Petanda jelas Umno BN bakal terbalik pada PRU13 nanti!

http://omakkau.blogspot.com, 20 Mac 2013

Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuang dan Pusat Daerah Mengundi Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Sebagai Pusat Khidmat Masyarakat sudah pasti pusat ini sentiasa saja ada kakitangan bertugas melainkan sekadar wujud pusat tetapi tiada penghuni.

Masakan tidak nampak bagaimana bendera lambang dacing, bendera dan lambang kebanggaan dan kemegahan para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN dipasang terbalik.

Atau adakah disengajakan pasang terbalik sebagai tanda yang UMNO/BN bakal terlingkup di PRU13 nanti atau para petugas dan kakitangan Pusat Khidmat ini mengharapkan agar UMNO/BN terlingkup?

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. 

Isu Altantuya: Pendedahan tanpa pendakwaan

Mohamed Hanipa Maidin, 20 Mac 2013
Memang banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut.

Mendiang Bala dan Deepak telah mendedahkan secara terperinci bagaimana mendiang Bala diarahkan untuk membuat akuan bersumpah kedua yang palsu dengan tujuan menafikan akuan bersumpahnya yang pertama.

Yang terbaru peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Akuan bersumpah Bala yang pertama menurut Bala adalah cerita sebenar tentang pembunuhan Altantuya. Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah sama dengan keterangannya kepada polis apabila beliau disoal siasat oleh polis dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah cerita sebenar manakala akuan bersumpah yang kedua adalah palsu.

Akuan bersumpah pertamanya mendedahkan penglibatan Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya. Najib dikatakan menghantar sms kepada Razak Baginda bahawa beliau (Razak) tidak perlu risau kerana Najib akan berjumpa Ketua Polis Negara dan semuanya akan diselesaikan.

Menurut Bala, Razak telah tunjukkan sms Najib itu kepada beliau. Disebabkan pendedahan berani Bala, Najib telah mengarahkan peguam senior, Cecil Abraham menderaf akuan bersumpah Bala yang palsu dan Bala telah diperdaya dan diugut untuk menandatangani akuan bersumpah palsu tersebut dan kemudianya dilarikan ke India.

Bala mendedahkan nama Deepak dan adik Najib, Nazim sebagai pihak yang terlibat mengugut, melarikan beliau dan keluarga beliau dan memberikan wang kepada beliau.
Menurut Bala semasa beliau berjumpa Nazim, isteri Nazim iaitu bekas pengacara Nona di Tv3 yang ketika itu sedang hamil juga hadir bersama-sama.

Baru-baru ini isteri Nazim tersebut menelepon peguam di firma saya bagi mendapatkan khidmat nasihat kes syariah beliau.

Deepak mengesahkan pendedahan Bala dan sebagai tambahah Deepak mendedahkan pula penglibatan Rosmah Mansor dan peguam senior Cecil Abraham. Peguam Bala, Americk Siddhu pula mendedahkan pengakuan Cecil Abraham baru baru ini bahawa Najib terlibat dalam isu akuan bersumpah palsu Bala yang kedua.

Sehingga kini peguam Cecil Abraham dan Najib masih berdiam diri - tidak mengiya atau menafikan.

Pendedahan telah dibuat . Isunya mengapakah tiada sebarang tindakan dari polis untuk menyiasat pihak yang terbabit?

Adakah polis telah menyoal siasat Deepak, Nazim, Rosmah, Cecil Abraham, Americk Siddhu dan Najib sendiri? Jika sudah mengapa sehingga kini tiada pendedahan tentang status penyiasatan tersebut?  Jika belum siasat mengapa tidak disiasat?

Adakah Bala, Deepak dan Peguam Americk Sidhu membuat kenyataan palsu atau menipu atau memfitnah? Jika mereka menipu atau membuat kenyataan palsu atau memfitnah, mengapa Deepak dan Americk Sidhu tidak ditangkap dan didakwa? Jika mereka membuat kenyataan yang benar mengapa pula Nazim, Rosmah, Cecil Abraham dan Najib tidak ditangkap dan didakwa?

Jika Deepak dan Americk Sidhu memfitnah Najib, Rosmah, Cecil Abraham dan Nazim mengapa mereka yang kaya raya ini tidak mahu membersihkan nama mereka dengan menyaman Deepak dan Americk Sidhu di Mahkamah sivil atas tuntutan fitnah?

Pokoknya salah seorang daripada penama-penama itu boleh didakwa atau disaman berdasarkan senario yang saya bentangkan di atas. Ketiadaan pendakwaan ke atas mana mana individu itu adalah suatu yang amat pelik dan ganjil.

Adakah Negara ini tiada pendakwaraya atau tiada undang-undang? Adakah polis dan Ghani Patail juga tidak dibenarkan menyiasat dan mendakwa mana mana penama tersebut?

Sekiranya Deepak Dan Americk Sidhu memberi kenyatan palsu atau menipu atau memfitnah adakah Kerajaan BN merasakan pendakwaan ke atas mereka ditakuti akan mendedahkan lagi banyak pekung isu Altantuya sekaligus meranapkan impian Najib dan Umno untuk terus berkuasa di Putrajaya?

Sekiranya Deepak dan Americk Sidhu bercakap benar, adakah Peguam Negara berani mendakwa Cecil Abraham tanpa Najib terkena tempiasnya?

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Nazim tanpa Rosmah pula terkena tempiasnya? Adakah Peguam Negara berani mendakwa Rosmah tanpa Najib pula terkena tempiasnya? 

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Najib tanpa jawatan, kedudukan dan keselesaan Ghani Patail tidak terkena tempiasnya? Terlalu banyak bocor di sana sini yang menyaksikan tempias di sini sana.

Bayangkan jika Anwar Ibrahim didakwa terbabit dalam isu Altantuya ..sudah tentu polis dan pejabat Peguam Negara akan berkerja 25 jam sehari...

Yakinlah Kerajan BN tidak akan berani membuat pendakwaan di atas pendedahan Bala, Deepak dan Americk Sidhu. Penyelesaian bagi kemelut ini hanya satu..Kerajaan baru Pakatan Rakyat di Putrajaya sahaja yang boleh diharapkan menyelesaikan kemelut ini sama ada pendakwaan dibuat kepada mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut atau Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat semula isu Altantuya sehinga ke akar umbi. Hanya dengan cara itu keluarga Altantuya dan Bala berharap ruh mereka berdua akan aman dan selesa.
'Cicak pun takut, bagaimana mahu bunuh orang?'
7:35PM Mac 19 2013
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengambil peluang dalam buku biografinya untuk menjelaskan bahawa beliau tidak berada di tempat pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada malam 19 Oktober 2006.
Rosmah berkata beliau juga tidak berani untuk berada di tempat yang didakwa sebagai lokasi pembunuhan berkenaan di Mukim Bukit Raja, Shah Alam.

NONE"Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan. Tidak ada upaya saya berbuat begitu," katanya.

Tambahnya, beliau pada malam itu berada di satu majlis berbuka puasa di bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur bersama seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan yang dipercayai seorang pegawainya.

"Saya berada di situ mulai lewat petang hingga tengah malam kerana berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih serta moreh di situ. Ramai saksi di situ," katanya lagi dalam tulisan berbentuk soal jawab itu.

rosmah mansor biography book launch event 190313 13Isu berkenaan timbul ekoran dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam satu akuan berkanun bahawa beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Raja Petra membuat pengakuan bertarikh 18 Jun 2008 itu ketika perhatian tertumpu kepada kemungkinan berlaku perubahan dalam kerajaan pada 16 Sept 2008.

Dalam satu wawancara yang disiarkan TV3, sejurus sebelum pilihan raya DUN Sarawak pada April 2011, Raja Petra kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menuduh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga isteri terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya.
Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri pada April 2009.

  • Jinggo Jongos · Pengulas Tertinggi
    Memang bukan bik mama yang bunuh.....tapi persoalannya siapa yang mengarahnya?.

    • John Suman · Pengulas Tertinggi
      Tungguuuuuuuu....

    • Penglipur Maya
      dia nak bagitau orang yang mengarah tak salah,yang buat tu yang salah..LOL

    • Masa Kini · Pengulas Tertinggi
      Sejak bila keturunan Sharibuu diishtihar sebagai spesis cicak hingga BikMama terlompat jika keturunan Sharibuu muncul atau berada depan mata?

    • Muhammad Hisham · Pengulas Tertinggi · Musk Ox Hunter di Musk Ox Farm
      pengarahnya akan diketahui selepas BN ditumbangkan.....nantikan episod seterusnya lepas BN terlingkup

    • Conspiracy Cavalera · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah tunku putera baling kedah SPM
      kak ros takut cicak...bang jib takut hantu ,,,

    • Simon Foo · · Pengulas Tertinggi
      cicak bang jib ada takut ka???

    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      100 tahun, 200 tahun lagi baru bley pakai, heh heh heh

    • Jamil Dollah Ds · Pengulas Tertinggi · PAP di 19 Ramd Mek ( One Niner Group )
      Soalan yang amat tepat,selagi suami dia berkuasa tiada siapa akan dapat menyoal siasat dekat dia,kita berdoa beramai ramai supay kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

    • Liam Lee · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Nestlé
      Cicak pun takut, hahaha..... Bukan sekadar cicak, telor pun rosmah takut. Maka Telor Najib pun dipotong!!!

    • Tsabit Zaid · Pengulas Tertinggi
      Yg pelik nya bila Sharibuu bapa Altuntaya berada dlm lif di bangunan parlimen tempohari, Najib tak berani masuk dlm lif bersama Mr Sharibu. Kenapa Najib tak berani bertembung ngan Sharibu? Ada buat salah kah ngan keluarga Sharibuu????

    • Michael Wong · Pengulas Tertinggi · Regional Executive Chef di Vairo International Pte Ltd
      Takut cicak dan gelap tak bermakna tak berani bunuh....membunuh tak semestinya tak takut cicak dan gelap.....

    • Murugan Munisamy · · Pengulas Tertinggi
      Tsabit Zaid, najib tak berani masuk lif bersama bapa Altantuya pasal dia ada tatu di lengan, kan orang umno takut dengan tatu.

    • Wan Wan · Pengulas Tertinggi · Korea University
      ciana dol yg betul..lakidol yg betul..nora yg betul kau kau kau cai2 pakatan ..masih buta..lagi ke..masih nak sokong aljuburi

    • Muhammad Shafiq · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di In kl
      teringat aaron dalam racangan fear factor.. kira jenis hati kering gak.. tidak terpilih, tapi nampak angsa aaron pun takut maaa.. nak bunuh langsung tak berani...

    • Fuso Misa · Pengulas Tertinggi · Kuli batak di PERUSAHAAN GULUNG TIKAR
      haha..tgh berkuasa mmglah boleh ckp dan buat apa-apa saja..

    • Saleem Mohd Zain · Pengulas Tertinggi
      wawawawaaaaaaaaa...sejak duamenjak pi mati berani laq kluaq dalam statementnya....semasa hayat pi takde pun senyap aje macsm tikus munduk...kali ni la, tunggu bertukar kang baru penuh akai..

  • Asrol Affandi · · Pengulas Tertinggi · Database & Website Programmer di Database & Website Programmer · 710 orang pelanggan
    kalu tak bersalah, apsal lawyer perancis disekat dari masuk Malaysia ?

    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Kalau tak terlibat, mengapa pihak Imigresen memadam rekod kemasukkan Altantuya ke Malaysia! Bolehkah undang2 membenarkan seseorang yang disyaki terlibat jenayah menjawab tuduhan dalam bentuk biografi? Kalau rakyat biasa dah kena tahanan reman! KAMI AKAN PASTIKAN UMNO/BN BERKUBUR PADA PRU13!!!!!!

    • Rodulfo Kahn · Pengulas Tertinggi
      Kalau tak bersalanh, saman la orang yang buat tuduhan. Kerana ini telah merosakan image seorang isteri kenamaan. Jgn lah nak menafi2kan. Bila di panggil ke mahkamah, mengapa mesti takut. Berdolak daleh. Macam makhkamah tu bapak kau yang punya. Boleh pulak tak payah nak pergi.

    • Heng Chang Hok · Pengulas Tertinggi · Butterworth, Malaysia
      Bini saya pun takut cicak, dia tak berani pukul, dia suruh saya pukul. Ok?

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 1,042 orang pelanggan
    Ok...!!! Jika bukan Rosmah dan najib.. sapa yg mengarahkan pembunuhan Altantuya..???? kenapa semua bukti menunjukkan pembabitan VVIP.. aku rasa kenyaataan Cecil Abraham akan membongkar segala rahsia kenapa Najib mengarahkan SD11 dibuat mengantikan SD1 P.I.Bala...

  • Mega Bidaman · · UTM Skudai, Johor
    statement dari rosmah mudah, tak berbelit-belit, tiada percanggahan fakta dan beliau sentiasa konsisten . cuba bandingkan statement dari rosmah yang konsisten dengan statement Deepak dan Bala yang sentiasa berubah-ubah . Kalau dalam bidang perniagaan, klien lebih percaya dengan jurujual yang konsisten pernyataan daripada orang yang statement nya berbelit belit dan kerap berubah . namun kita sedar , pecacai2 yang taksub sudah termakan dengan tipu daya mengatakan ini adalah konspirasi terancang ... konspirasi terancang kalau nak tahu ialah seperti apa yang berlaku di Lahad Datu baru2 ini apabila media dari Filipina, Reuters dan risikan di sana memberi maklumat bahawa ada pemimpin pembangkang dari Malaysia berjumpa dengan individu2 yang terlibat dalam serangan di Lahad Datu baru2 ini , malah pemimpin pembangkang itu menurut mereka adalah satu daripada 3 elemen punca berlakunya serangan ke atas lahad datu ... kata dari media disana lah, bukan dari media kita .. itulah yang sepatutnya dilabelkan sebagai konspirasi

    • Padi Akustik · Pengulas Tertinggi
      Yaaa aku setuju, DSR mmg konsisten bab menjahanamkan duit Rakyat...Konspirasi? Yaaa aku setuju jugak...Konspirasi puak2 UMNO HARBI yg buat perjanjian dgn geng2 pengganas Sulu, buat projek IC...Last2 yg terkorban anggota keselamatan yg x berdosa...Setakat lapor tarak bukti, tarak fakta nak buat apa Bidamang bangang oooiii...Nun gambaq bersepah2 puak UMNO HARBI dgn geng Sulu + ada yg siap jd penasihat 25% Sultan Sulu lagu mana nak kira plak? Gambaq clear kot, tarak blur2 hitam putih mcm gambaq2 hangpa...Habaq mai sat lagu mana nak kira? Ooo...aku terlupa, org UMNO HARBI semua mmg bangang2 belaka...

    • Padi Akustik · Pengulas Tertinggi
      Agak2 la nak auta "like" tue pon...Kot x malu dgn aku atau org lain kat sini pon, malu laaa dgn komputer/ laptop hang tue...Hang kata hang tera...Piiirrraaahhh

    • Mega Bidaman · · UTM Skudai, Johor
      jangalah marah abang padi ... kita faham kemarahan anda tak dapat dibendung kerana kebenaran semakin menyerlah dan fitnah2 jahat terhadap rosmah dah tak berkesan lagi..

  • Anggerik Hijau · Pengulas Tertinggi
    akhirnya DSR telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mmg tidak terlibat atau membunuh wanita mongolia tersebut..kebenaran mmg telah diketahui dari awal lagi tetapi seperti biasa pakatan dan pembangkang sentiasa memfitnah PM dan isterinya yang bertanggungjwb terhadap pembunuhan tersebut..

    • Comey Anne · Kerani pentadbiran di Kerani pentadbiran
      bala tak sempat putar belit, tuhan dah tarik nyawa..

    • Padi Akustik · Pengulas Tertinggi
      Kah kah kah...Mudah kira laaa kalo lagu nie...Kuaq kenyataan/ biografi, kira x bersalah, xda penglibatan...Kena suruh DSAI pon buat lagu ni jugak laaa, kuaqkan ja satu biografi...So DSAI pon x bersalah dlm semua benda yg difitnah atas dia...Buleh lagu tue? Apa punya turrr la otak macai2 UMNO HARBI nie...X boleh blah...Dok rok cetong...Parokkk puak2 natang UMNO nie...

    • Dol Mongol · Pengulas Tertinggi · Tukang bagi lembu KakJat makan di National Feedlot Corporation (NFC)
      anggrik hijau muka cam kimek!
      2 ekor anjing UTK tu sapa?politician ke?bsnesman ke?vvip ke?
      tuya tu sapa?pelacur kt chowkit ke?kahakhakah
      awek dia ke?scandal dia ke?kahakhakaha
      senang2 plak nk c4 org
      kahkahakhakah!

    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      tak kisahlah, tapi kalo semua saksi dipanggil baru puas hati, heh heh heh

    • Mega Bidaman · Pengulas Tertinggi
      berhati-hati wahai cicak sekalian, spesis anda dlm bahaya...booooooooooommmmmmmmmmmmmm

    • Pak Tam · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah kebangsaan seri sendayan
      Anggerik Hijau... kok den sekeh kopalo kau, lepas tu buat kenyataan dlm buku biografi den tak buat boleh pakai ker??? bangang !!!

    • Javabeserk Tulin · Pengulas Tertinggi
      jgn takut DSR stelah selesai perlantikan najib sbg ketua pmbgkg nanti, kita akan benarkan ayah dan keluarga altantuya utk buat pendakwaan..kjaan msia akan bekerjasama dlm penyiasatan semula kes dua org kmbg hitam itu..selagi DSR tak salah tak perlu risau..lwn ttp lawn..ahak2

    • Rasyid Zainal Abidin · Pengulas Tertinggi · SMJK St Anthony
      sirul dan azilah suka2 bunuh altantuya ker...macai umno komen xble belah...

    • Jamil Dollah Ds · Pengulas Tertinggi · PAP di 19 Ramd Mek ( One Niner Group )
      Mungkin dia tidak ada ditempat kejadian,..akan tetapi mungkin juga dia yang memberi arahan supaya wanita Mongolia itu dihapuskan, siapa tak kenal dengan dia dalam Msia ni,..adakah dengan kenyataan dia ni rakyat akan percaya?,...aku rasa hanya pencacai tegar saja yang percaya apa yang dia cakap.

    • Azman Mohamad · Pengulas Tertinggi · Uum sintok kedah
      dari 2006 baru sekarang buat kenyataan apa barang, mahkamah sapina apahal takut, itu saluran yang betul, ini kenyataan syok sendiri, mcm org tua bercakap dengan budak2 bila budak tanya ..hey kamu diam pergi main sana..mcm gitulah umpamanya.

    • Mohd Faizal Awang · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Port Moresby, Papua New Guinea
      Jgn tak tau,Anggerik hijau ni pencacai khas Rosmah, tp hairan knp dia tak sebut psl Anwar kali ni? hairan aku....

    • Gagah Nelang · Pengulas Tertinggi · SMK Atap Nipah
      saya geli ular aja.... tp cicak I lastik jah

    • Satria Mesra · Pengulas Tertinggi · umur 45 tahun
      siapa arah bunuh altantuya?//

    • Nordin Ahmad · Pengulas Tertinggi
      Setiap orang telah ditentukan tarikh,bila , pukul berapa,hari apa .bagaimana caranya dan dimana dia akan mati......jumlah umur telah ditentukan oleh Allah bagi setiap makhluk umpama bermain game,ada jumlah umurnya....

    • Mohd Firdaus Daud · Pengulas Tertinggi · Technology Specialist di FedEx
      Comey Anne ajal maut dah ditentukan dari lahir. kalau orang buat jahat terus kena tarik, dah tentu orang yang baik je yang tinggal kat dunia ni. tak pun firaun dan qarun tu takde la panjang nyawanya. Sorila.. ni dah masuk masalah aqidah dah.

  • Don Melayu · Pengulas Tertinggi · Universiti Melayu
    Akhirnya Rosmah telah menjawab segala pertuduhan dan tohmahan yang dilemparkan pada dia selama ni..selama ni pencacai pakatan nak sangat kan respon dari rosmah, nak rosmah buat kenyataan tntang tuduhan terhadap dia..nah sekrg ni semua dh trkmpul dalam satu buku, mudah korang nak baca dan nak tahu..sekarang kita desak Anwar Ibrahim utk menjawab skandal seks terbaru dia yang tersebar luas sekarang..jangan asyik nak marah wartawan, saman org sana sini jer Anwar woi..itu PENAKUt, PENGECUT dan DAYUS namanya...

    • Azhar Yusof · · Pengulas Tertinggi
      Don Melembu soalan sekarang apa motif yang 2 orang ketali gantung kalau tak ada yang memberi arahan......siapa yang memberi arahan itu? Don Melembuuuu.....kah kah kah

    • Dol Mongol · Pengulas Tertinggi · Tukang bagi lembu KakJat makan di National Feedlot Corporation (NFC)
      wakakakaka!ni smua salah anwar!wakakakkaa
      wei anjing malayu
      2 ekor anjing UTK tu sapa?politician ke?bsnesman ke?vvip ke?
      tuya tu sapa?pelacur kt chowkit ke?kahakhakah
      awek dia ke?scandal dia ke?kahakhakaha
      senang2 plak nk c4 org
      kahkahakhakah!

    • Nasir Mohd · Pengulas Tertinggi
      bom sapa jatuh tepi jalan, keh keh keh

  • Bro Yul · Pengulas Tertinggi
    jelas dan nyata rosmah tidak terlibat dengan kes pembunuhan wanita mongolia....d sini jelas dan nyata la yg pakatan harami melemparkan fitnah jahat terhadap rosmah sungguh keji dan menjijikan politik yg d mainkan oleh pakatan harami......

  • Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Yang ditanya org ramai siapa arah pembunuhan Altantuya. Awak boleh tipu sesetengah org pada setengah dari masa. Awak boleh tipu sesetengah org pada sepenoh masa. Ttpi awak tidak akan menipu semua orang pada semua masa. Dan ketahuilah Allah Maha Mengetahui tidak akan dapat ditipu oleh sebarang makhlukNya.

  • Jamaluddin Hj Ahmad · Pengulas Tertinggi · National Restaurant Association of America, Cicago
    Lagi aku tak percaya kalau rosmah mengaku di berada ditempat kejadian... sebab tak logik ...... tapi aku percaya cakap Deepak dan mendiang PI Bala....arahan untuk " JIMAT" keluar dari mereka... kenapa rosmah tak mau saman Deepak kerana fitnah ? Sib baik PI Bala dah mati... kalau tidak... emmm

    • John Suman · Pengulas Tertinggi
      Mr jamal....bukan kak ros tak nak saman la.dia tak nak mengeruhkan air yg dah keruh.

  • Shakri Othman · Pengulas Tertinggi
    kalau nak edar buku rosmah ini ke sekolah2 tunggu selepas setahun PR memerintah, boleh masukan sekali pengalaman rosmah disiasat polis/sprm dan pengalaman beliau dalam penjara, boleh masuk cerita deepak, bala, altantunya sekali....

    • Faqirah Abdullah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kerja sendiri
      buku pasal Rasulullah saw kalau diedarkan kat sekolah2 berbaloi lagi...dapat suri tauladan terbaik dari sebaik2 insan dimuka bumi ini...ni tah ape2,,,rosak budak2 nanti!

  • Johnny Tung · Pengulas Tertinggi
    Datin Seri Rosmah Mansor, Gua caya lu tak bunuh orang, sama juga gua caya Anwar tak meliwat, I just want to be fair

  • Peace Loving Man · Pengulas Tertinggi
    Kenapa tak saman je orang yg tudoh ? Laki bini senyap ...

    • John Suman · Pengulas Tertinggi
      Mr peace.....let them decided about that.stay tune....

  • Hassan Al Bulkiah · Pengulas Tertinggi · ITM Shah Alam.
    Apakah kepentingan anggota keselamatan bernama azilah dan sirul azhar sehingga sanggup membunuh Altantuya menggunakan bahan letupan terkawal jenis C4 , sehingga Altantuya berkecai menjadi abu?Biasanya anggota Polis akan menjalankan tugas membunuh hanya setelah mendapat arahan pihak atasan....siapa yang memberikan arahan ini? dan di mana bahan C4 diperolihi ...Tidak mungkin azilah dan sirul azhar mengambil tugas ini secara membabi buta...

    • Raqiah Idris · · Pengulas Tertinggi
      Hassan Al Bulkiah 99% rakyat malaysia faham apa yg anda utarakan......najib n rosmah je yg tak faham.....lebai malang..

  • Maz Lan · Pengulas Tertinggi
    Bila pakatan menang PRU13 nanti segala rahsia akan terbongkar.....dan lagi bagus segala perbicaraan dibuat SIARAN LANGSUNG terus menerus DARI MAHKAMAH supaya rakyat tahu cerita sa benar nya.

  • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
    Kalau setakat nak menafi mcm tu, tak payahlah rosmah..Kami bukannya bodoh mcm macai UMNO.....//

    • Matt Zackk · · Pengulas Tertinggi · Di Mana~mana Saja
      Dia belajar nafi menafi macam isterinya si menteri wanita...tak payah siasat-siasat..tapi yang syoknya dia bagi tau takutkan cicak..jom kita pos cicak banyak-banyak bagi kat Kak Ros..

  • Batheromiaz James · · Pengulas Tertinggi · Johor Bahru
    ayat bodoh la rosmah mansor nie..mmg kau x bunuh,.tp kau arah!~bahlol

  • Eika Kemal
    setiap perbuatan ada balasan/kafarahnya ...

  • Abdullah Ghouse · Pengulas Tertinggi · University of Nebraska–Lincoln
    Jenis berpuaka mmg pandai berdalih

  • Devven Kumar · Pengulas Tertinggi
    Selama ni nak tahu kebenaran...sekarang dah tahu mahu buat apa? Cari apa nak spin macam Malaysiakini ni....kalau nak baca isu fitnah dan saman best portal is malaysiakini....biografi ini akan memberi impak positif kepada pembaca...yang ikhlas san berhati mulia akan membaca...yang geng fitnah jangan sentuh buku tu....paham?

  • Norazman Meon · Pengulas Tertinggi
    btul...rosmah mansor x bunuh altantuya, saya setuju...2 polis yng yang bunuh....hidup rosmah....hidup bn...hancur malysia.....hancur bn....hidup najib....hancur umno...diorng disebut hidup....supaya pakatan memerintah...senang nak dakwa balik

Rosmah: I am not involved in Altantuya murder

Prime Minister Najib Abdul Razak's wife Rosmah Mansor has denied being involved in the murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu, as alleged by blogger Raja Petra Kamaruddin.Please login to read full story.
Dr M cadang edar buku Rosmah ke sekolah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.

NONE"Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka.
"Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang," katanya ketika melancarkan buku setebal 180 halaman itu di Kuala Lumpur hari ini.

Penerbit buku itu, Yayasan Amanah PerdanaYayasan Amanah Perdana, mempromosi buku itu sebagai penerbitan untuk membendung "penipuan dan cemburu" mengenai Rosmah.

Mahathir berkata beliau bersimpati dengan Rosmah kerana beliau juga menjadi sasaran penipuan dan serangan sebelum ini.

"Saya terbitkan memoir dan menulis perkara yang benar mengenai masa saya menjadi pemimpin. Namun, orang masih menipu mengenai saya," katanya.
Rosmah: Tak manis tolak hadiah mahal
8:43PM Mac 19 2013
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.
Katanya, tidak manis sekiranya pemberian mahal ditolak, dan ia menjadi pembaziran sekiranya barang kemas tersebut, termasuk cincin, jam dan perhiasan diri itu disimpan dalam peti besi.

rosmah mansor biography book launch event 190313 13"Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan berasa kecil hati," katanya.

Rosmah dalam buku biografinya terbitan Yayasan Amanah Perdana itu juga mendakwa tidak mahu bermegah-megah dengan pemberian tersebut.

"Takkanlah saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.

Jelasnya, sebagai isteri perdana menteri mahu kelihatan kemas dan terhias apabila mengenakan perhiasan berkenaan, yang turut melibatkan barangan yang dibelinya sendiri.

"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana apabila saya selekeh akhirnya saya dikritik," tambahnya yang bimbang akan diejek apabila masyarakat melihat penampilannya seperti itu.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata cincin kontroversi berharga RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini pada April 2011 untuk dilihat bakal bisannya Maira Nazarbayev, dikembalikan kepada syarikat penjual barang kemas itu setahun kemudian.

Katanya, cincin itu sampai ke Malaysia pada 16 April 2011 dengan satu penerbangan dari New York, dan dikembalikan semula ke ibu pejabat syarikat tersebut pada 13 Mei 2012.

"Kisah saya membeli cincin berlian berharga RM24 juta itu adalah tidak benar sama sekali. Ia adalah fitnah.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya," katanya dalam tulisan berbentuk soal jawab dalam buku biografinya yang dilancarkan hari ini.
Buku biografi Rosmah berharga RM150 terbitan Yayasan Amanah Perdana itu ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.
Bekas DO dakwa Mahathir lulus 'Projek IC'

Seorang bekas pegawai daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah pada tahun 1980-an dan mendakwa mengetahui bahawa skim tersebut diluluskan oleh perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hassnar, berkata beliau menyertai satu “mesyuarat rahsia” pada tahun 1980-an, di mana Timblan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub “secara terbuka mengakui penglibatan Mahathir”.

Sejumlah 15 orang pegawai menghadiri mesyuarat tersebut, dakwanya, termasuk “tiga orang anggota pasukan polis, termasuk wakil daripada jabatan imigresen dan jabatan pendaftaran negara”, katanya.

Hassnar, 62, berkata demikian pada malam tadi dalam satu forum mengenai pencerobohan kumpulan Suluk di Lahad Datu, Sabah.

Acara berkenaan dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau yang kini mengetuai PKR Batu Sapi berkata skim berkenaan untuk memberi kerakyatan kepada pendatang asing beragama Islam itu bermula pada awal 1980-an.

Beliau berkata, pengundi Cina pada masa itu menjadi kumpulan yang menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya di negeri berkenaan.

“Jadi, timbul perasaan bahawa kehadiran orang Islam di negeri itu mesti diperkukuhkan untuk memastikan negeri berkenaan kekal di tangan orang Islam,” katanya.

Beliau seterusnya mengimbau kembali pengalamannya pada hari pertama sebagai pegawai daerah Sandakan pada 1982 – jawatan yang disandangnya atas desakan ketua menteri Sabah masa itu, Tan Sri Harris Salleh – di mana beliau diarahkan untuk menandatangani 500 borang pendaftaran kewarganegaraan yang tidak mempunyai butiran pemohon.

“Di antara 1976 dan 1984, saya boleh kata tidak kurang dari 125,000 pendatang asing diberi kewarganegaraan di Sabah,” dakwanya.

Isma nafi dapat duit Umno tetapi...

Harakahdaily, 20 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menafikan pertubuhan itu mendapat sumbangan kewangan dari Umno tetapi tidak menolak menerima bantuan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Menerima bantuan kewangan dari Jakim dan sebagainya sebagai sebuah NGO bukan seerti dengan suapan Umno," kata Dr Nizam Zakaria, pemimpin dan aktivis Isma.

Beliau berkata demikian ketika membuat ulasan kepada tulisan Mohd Sayuti Omar dan disiarkan Sayuti dalam tulisan terbaru dalam blognya, msomelayu.blogspot.com.

Dalam ulasan itu, Nizam mengaku "saya seorang ahli Isma dan terpanggil untuk menjawab apa yang penulis lakarkan dalam entry ini."

Isma sebelum ini memaklumkan akan bertanding dalam 20 kerusi dalam pilihan raya ini atas tiket Berjasa, sebuah parti serpihan PAS yang sebelum ini sudah senyap kerana semua pimpinannya sudah menyertai PAS semula.

Presidennya, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengumumkan bahawa Isma bercadang untuk menghantar calon-calonnya bertanding di 20 buah kawasan Parlimen dan DUN dalam PRU13 nanti.

Dalam sidang media tersebut, Abdullah mengumumkan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk calon-calon Isma tandingi iaitu Padang Serai (P017), Tapah (P072), Wangsa Maju (P116), Selayang (P097), Subang (P107), Puchong (P103), Kapar (P109), Seremban (P128), Tanjung Piai (P165), Derga (N11) dan Gurun (N22).

Berdasarkan PRU12 yang lepas, kerusi-kerusi di atas merupakan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu namun ditandingi dan dimenangi oleh calon-calon bukan Melayu.

Isma dipercayai akan memecahkan undi di kawasan-kawasan berkenaan untuk mereka yang taksub dengan kempen nasionalis Melayu oleh Umno sekarang ini.

Tiada ulasan: