Sabtu, 30 Mac 2013

BEKERJALAH UNTUK RAKYAT BUKAN BELASAH HAK RAKYAT MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA....ADAKAH ORANG INI PATUT DISOKONG...BODOHLAH KITA MENYOKONG ORANG YANG MEMBONCITKAN PERUT MASING2

PANAS: Ini dia petualang sebenar PROJEK IC... [Saksikan video neh...]
Posted on Friday, March 29 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Shalehudin


Klik


 

Rakaman video untuk SB ~ Siapa petualang sebenar skandal ic dibongkar

Siapa petualang sebenar skandal IC? Jawapannya ialah... Mahathir. Sila bawa salinan video ni 1 untuk Mahathir dan 1 lagi salinan kepada yang di Pertuan Agung...

Kalau TV3 dan RTM sudi... siarkan lah... pttuiihh..!!

Sumber: shalehudin.blogspot.com


  Padan Muka Kamu sekarang, Kata MB Perak
Posted on Friday, March 29 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: Dukunpasir

"Siapa pernah lupa dan tidak mungkin akan lupa pada WAJAH DAN RUPA YB YB yang BERPALING ARAH yang menyebabkan Pakatan Rakyat TERSUNGKUR di Perak, yang juga menyebabkan PERLANGGARAN UNDANG UNDANG Itulah mereka mereka yang telah mencetuskan HURUHARA DI PERAK ....Hee Yit Fong dari DAP, Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radhi dari PKR  ....KINI misi dan matlamat mereka telah selesai di PERAK .....

Adakah BN AKAN MENCALONKAN MEREKA BERTIGA sebagai membalas jasa menjatuhkan kerajaan PERAK dari Pakatan Rakyat?? Melalui sumber dalaman.....Hee Yit Fong BEGITU TERUJA UNTUK DICALONKAN SEMULA BAGI MEWAKILI BN .....Adakah diterima??

INI JAWAPAN MB Perak ----Senarai calon BN Perak pada PRU13 telah dimuktamad!! 

Penulis yakin dan percaya NAMA NAMA MEREKA TIDAK AKAN DICALONKAN .....melalui kenyataan ini.....

"Kami juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di Perak di Ipoh hari ini.

Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.

"Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor populariti," katanya.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri (DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional sebaliknya mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan ditandingi.

Mengenai kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuashati apabila tidak dicalonkan, Zambry berkata: "Ini manusia, biasalah... adakalanya dia rasa masih perlu (jadi calon) tapi parti berpandangan perlu ada pertukaran. Kami adakan perbincangan dengan baik maka dengan ini ia dapat diselesaikan".

Katanya semua pihak yang terlibat telah dijelaskan bahawa apa yang paling penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan BN.

Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya perpecahan dalam parti berikutan calon tertentu tidak terpilih untuk bertanding, Zambry tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berlaku.

"Saya mahu bercakap secara praktikal. Saya tidak mahu menyatakan bahawa tidak ada orang sokong sana, orang sokong sini. Apa yang penting ialah tanggungjawab kita menyelesaikan perkara ini.

KEPUTUSAN SUDAH DIMUKTAMATKAN.....bila disebut TAMAT.....maka tamatlah tempoh mereka bersama BN......

 RTM harap Pakatan kaji balik pendirian tolak tawaran siar manifesto
Posted on Friday, March 29 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Sinar Harian

KUALA LUMPUR - RTM akan meneruskan penyiaran manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun pendekatan julung kali itu ditolak oleh Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian, Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, tawaran 10 minit itu masih terbuka untuk parti-parti pembangkang.

"Seperti dimaklumkan, RTM akan tetap meneruskan sesi penyiaran tersebut, walaupun tanpa kehadiran salah satu pihak, sama ada BN mahupun PR," katanya lagi.

"Tawaran masih terbuka untuk parti pembangkang, mana tahu pihak mereka berubah fikiran untuk menerima tawaran itu semula," kata beliau ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga wira negara - Op Daulat dan Anugerah Akademik Cemerlang Bakat Seni di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.

"... pihak kami masih menunggu respons mereka semula, kami akan menunggu sehingga hari penyiaran tersebut," tambah beliau.

Mengenai format, beliau berkata: "Hanya 10 minit diberikan kepada kedua-dua pihak BN dan PR, 10 minit tersebut hanya sekali tempoh penyiarannya."

"...ia tidak akan diulang siar, hanya dibuat sekali ketika tempoh tersebut sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini  melahirkan rasa terkilan di atas pendekatan PR yang menolak tawaran RTM ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, SPR belum menetapkan tempoh sebenar penyiaran manifesto.

Menurutnya, SPR juga akan meneruskan rundingan bersama pemimpin parti politik untuk membincangkan lebih lanjut perkara ini.

Beliau berkata, jika pakatan pembangkang tidak mahu menggunakan usaha itu, mereka tidak boleh menyalahkan SPR yang berusaha untuk akses media buat pertama kali ini.

"Kita sudah bagi ruang,  apa yang mereka minta kita sudah bagi berusaha, tapi saya kesal kerana mereka telah tolak tanpa ada rundingan seterusnya.

"Kita akan terus berunding dengan pemimpin parti, mungkin 10 minit itu untuk pembentangan sesuatu bahagian dan bahagian lain 10 minit lagi.


"Kita sudah bagi ruang tapi kalau mereka tak nak, jangan salahkan kita pula," katanya pada sidang media di Shah Alam pagi tadi.

Sumber: Sinar Harian

 PRU-13 Dan Harapan Perubahan Di Negeri Terengganu "Darul Iman"
Posted on Friday, March 29 @ 17:10:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
Oleh Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini, suasana politik negara kembali menjadi hangat dengan pelbagai isu dan spekulasi tentang kalah menang parti-parti yang bertanding. Begitu jugalah dengan suasana di negeri Terengganu yang secara tradisinya merupakan antara negeri yang paling sengit pertarungan politik berlaku khususnya di antara dua parti Melayu terbesar iaitu Pas dan Umno


Timbul kembali persoalan, apakah suasana arus dan perubahan dalam politik negara sekarang akan kembali berjaya memacu kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ‘Penyu Bertelur’ ini? Persoalannya, apakah ‘faktor penentu’ kepada perubahan landskap politik tanah air akan juga mempengaruhi pengundi-pengundi dalam pilihan raya yang dianggap sebagai "ibu kepada segala pilihan raya" ini? Begitu juga dengan persoalan, apakah rakyat Terengganu juga telah bersedia untuk melakukan perubahan besar dalam pilihan raya ini dengan pelbagai isu nasional dan tempatan yang boleh mempengaruhi pengundi?
Namun persoalan besar di Terengganu adalah, apakah isu yang akan dapat mempengaruhi sebahagian besar pengundi Melayu untuk memberi undi dan sokongan kepada mana-mana parti yang bertanding dalam pilihanraya akan datang ini? Apakah ianya menyentuh persoalan ekonmi dan kemiskinan rakyat; apakah ia akan menyentuh persoalan rasuah dan salah-tadbir parti yang memerintah; atau apakah isu kewibawaan calon dan ketelusan memimpin akan menjadi faktor penentu di negeri Terengganu ini?
Bagi saya, kini pada umumnya rakyat Terengganu mahukan kepada perubahan. Warga Terengganu di perantauan khususnya golongan intelek dan koperat juga amat mengharapkan perubahan besar berlaku di Terengganu dalam PRU ke 13 akan datang. Rasa tidak puas hati terhadap gaya pentadbiran Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said di kalangan Penjawat Awam di Terengganu juga adalah amat ketara. Beliau dilihat gagal mentadbir dengan baik dan telus serta gagal memacu perkembangan ekonomi negeri sepanjang penggal pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar walaupun negeri ini kaya dan terkenal dengan hasil kekayaan minyak dan gas. Yang nyata, kelemahan kerajaan negeri pimpinan beliau kini sedang menjadi perbualan umum kebanyakan rakyat termasuk dikedai-kedai kopi.
Begitu juga dengan pembelaan kepada rakyat khususnya golongan termiskin yang dihimpit dengan kenaikan kos kehidupan harian yang amat ketara di seluruh Terengganu. Kenaikan harga barangan keperluan harian seperti minyak, gula, beras dan tepung amat membebankan rakyat terutamanya golongan miskin. Malahan jika dibuat perbandingan, sesetengah barangan keperluan harian termasuk ikan dan ayam jauh lebih murah di Kuala Lumpur berbanding dengan di Terengganu. Negeri yang dianggap negeri kaya tetapi rata-rata dilihat rakyat hidup dalam paras kemiskinan dengan kehidupan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Isu tanah di Kuala Terengganu juga menjadi perbualan semua pihak. Kini satu demi satu tanah dan perkampungan Melayu terhakis dek kerana kerakusan ’pembangunan’ dan tiada perancangan rapi yang dibuat. Lebih malang lagi perkampungan tradisi Melayu satu persatu ’hilang’, dari Kampung Paya Keladi, Kampung Tanjung serta Kampung Ladang yang terus meletakkan orang-orang Melayu Terengganu ’ibarat menjadi pelarian di bumi sendiri’. Yang terbaru, Menteri Besar Ahmad Said merancang untuk merobohkan Pasar Payang Kuala Terengganu yang merupakan pasar warisan puluhan tahun orang-orang Melayu berniaga dengan menggantikannya dengan Hotel lima bintang bernilai lebih RM400 juta.
Di bawah pentadbiran Ahmad Said, projek-projek membazir seperti Monsoon Cup, Kawasan Bebas Cukai di Tasik Kenyir dan Mini Zoo Bukit Tekal, Kemaman yang tidak banyak memberi manfaat kepada kehidupan harian rakyat Terengganu diteruskan. Begitu juga dengan projek mega yang gagal seperti isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai lebih RM300 juta, kegagalan Taman Ilmu di Besut yang bernilai lebih RM200 juta dan kelewatan projek lebuhraya LPT 2 yang benilai lebih RM5 bilion yang juga dikaitkan dengan salah urus dan rasuah.
Namun apakah semua faktor ini sudah cukup untuk merubah selera pengundi Terengganu untuk melakukan perubahan dalam PRU 13 akan datang? Apakah tren dan aliran nasional yang mahukan perubahan besar dalam PRU akan datang juga akan dituruti oleh pengundi-pengundi di Terengganu?
Bagi saya, rakyat kini amat arif dengan isu-isu yang di hadapi di negeri ‘penyu bertelur’ ini. Yang penting perubahan mesti berlaku. Pas mempunyai potensi besar untuk merampas kembali Terengganu dan menggantikan Umno. Yang penting, kepimpinan Pas mesti keluar dari ‘kepumpung sendiri’ untuk menyebar-luaskan maklumat dan penerangan. Sentimen ‘politik kekitaan yang sempit’ mesti diketepikan dan tumpuan bukan sahaja harus diberikan dikalangan ahli-ahli dan penyokong Pas, tetapi semua lapisan masyarakat Terengganu khususnya golongan remaja dan mereka yang tidak berparti.
Ya, inilah juga realiti yang sedang menjadi luahan ramai kalangan warga Terengganu kini. Perubahan hanya akan berlaku sekiranya rakyat bersedia melakukan revolusi besar dalam PRU ke 13 ini. Seluruh warga Terengganu yang sayangkan ‘negeri cantik budaya menarik’ ini mesti berusaha keras supaya perubahan besar dapat dilakukan. Tiada pilihan melainkan rakyat Terengganu menolak secara ‘total’ Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 akan datang ini…




 Warga Nigeria pula isytihar `perang’ terhadap pihak berkuasa.. (Video Inside)
Posted on Friday, March 29 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh AnakSgDerhaka

Kebanjiran warga asing di Malaysia ini kalau tak silap aku telah bermula di zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri lagi..

Diwaktu itu ianya adalah perlu kerana sektor-sektor pengeluaran berkembang dengan pesat dan negara menghadapi masaalah untuk menyediakan tenaga buruh buat sektor pengeluaran tersebut..

Tetapi ianya masih diteruskan hingga kini oleh pentadbiran Najib tanpa mempedulikan samada ianya telah melebihi permintaan atau tidak kerana pendapatan dari hasil levi dan yuran yang diperoleh dari warga asing itu adalah penting..

Selain itu.. kroni-kroni yang diberikan hak sebagai ejen dan juga kroni-kroni yang menguasai IPTS perlu diutamakan..

Meskipun ramai bijak pandai yang tellah membangkitkan permasaalahan yang ditimbulkan mereka, bagi pemimpin UMNO itu tidak mengapa yang penting tembolok mereka perlu dijaga..

Jika semalam anda telah melihat video klip tentang Ketua Cawangan UMNO dibelasah oleh pendatang dari Nepal lihat di ( SINI )... ini pula adalah laporan tentang warga Nigeria mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ terhadap mereka gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.
Warga Nigeria protes di balai polis

KUALA LUMPUR: Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.

Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.

Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.

Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan rakan-rakannya beberapa minit kemudian dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Ketika itu, mangsa dilihat hanya mengalami kecederaan ringan dan sebaik polis ingin mengambil keterangan mangsa, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Balai Polis Jinjang, semalam.

Zakaria berkata, pihaknya kemudian menghubung ambulans yang tiba pada jam 7.20 malam sebelum mangsa disahkan mati.

“Mangsa merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 29 tahun dan punca kematian awal dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepala.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis namun penunggang motosikal masih belum berbuat demikian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku menyebabkan tercetusnya pergaduhan itu,” katanya ~ Harian Metro
Ini videonya.. juga dari Harian Metro..

 


 Charles : Umno-BN Didakwa Daftar Rakyat Tinggal Di luar Negara Sebagai Pengundi
Posted on Friday, March 29 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Hafizan Taib

KLANG 29 MAC : Umno-BN didakwa terlibat dalam kegiatan mendaftarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sebagai pengundi demi memastikan parti itu terus berkuasa sebagai kerajaan di negara ini.

Berikutan situasi itu Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan bebas apabila mendedahkan kes penduduk Klang yang menetap di luar negara seperti  United Kingdom; Ireland dan Australia yang nama mereka didaftar tanpa pengetahuan.

Yang menghairankan, katanya, bagaimana maklumat seseorang rakyat itu diperolehi dan boleh didaftarkan sebagai pengundi tanpa kebenaran.

“SPR sebagai badan yang mengendalikan pilihan raya perlu bersikap adil dengan menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara ini dan membuat laporan polis terhadap pihak terlibat.

“Apa yang menghairankan ia melibatkan Umno-BN kerana informasi diterima bagi pendaftaran Dinesh a/l Siva Kumar, 32, dibuat oleh Penolong Pendaftar Umno, Hishamuddin Kassim. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Siapa yang menandatangani borang pendaftarannya?

“Ia juga seolah-olah mengaitkan pihak Imigresen, SPR dan Umno-BN dalam komplot ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

SPR 02

Bapa Dinesh, K Siva Kumar, 64, menjelaskan dia terkejut apabila mendapati anaknya didaftarkan sebagai pemilih untuk mengundi bagi pilihan raya di dalam negara.

Katanya, anaknya bertugas sebagai jurutera dan menetap di United Kingdom lebih 10 tahun tidak pernah mendaftar diri sebagai pengundi atau mewakilkan seseorang untuk tujuan berkenaan.

“Saya  membuat laporan polis pada 31 Januari lalu tetapi apa yang mengecewakan ialah SPR yang tidak bekerjasama dalam perkara ini.

“Menerusi emel, SPR hanya menyatakan pendaftaran anak saya dibuat pada 7 Mac 2012 oleh Hishamuddin yang kemudiannya ditamatkan perkhidmatan pada 27 April 2012 atas beberapa kesilapan pendaftaran dilakukan.

“SPR dilihat melindungi Hishamuddin dan Umno-BN apabila tidak menjawab beberapa emel saya iaitu 18, 19, 21 dan 26 Mac lalu,” katanya mengenai aduan dibuat kepada SPR Selangor.

SPR 03

Sumber: selangorku.com

Tempuh kerajaan Barisan Nasional sehingga 30 April 2013.
Posted on Friday, March 29 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: mohdnoorawang

"Semua hujah orang awam tidak betul dan tidak tepat dalam isu ppembubaran dan kuasa barisan nasional. Kerajaan BN tamat 30 April 2013 kata SPR. Tarikh 30 April Dewan rakyat bubar secara automatik.

Mengikut prkiraan undang undang SPR (suruhanpilahanraya malaysia) tempuh sesebuah kerjaan diambil kira dari tarikh hari pertama DUN/Dewan Rakyat bersidang selepas hari pilihanyara umum.

Perkiraan SPR adalah tepat dan mengikut undang undang SPR, itu kata SPR dalam medai arus perdana.

Kerajaan Barisan Nasional tamat berkuasa pada 28 April 2013 berdasakan tarikh kali pertama dewan rakyat bersidang pada 28 April 2008. Bukan dikira tarikh pilihanraya umum ke-12 pada 8/3/2008.

Maknanya BN masih ada kuasa lagi sehingga 28/4/2013 Ahad dan boleh dianjakkan sehingga 29/4/2013 kerana hari 28 /4 hari Ahad. Jika dewan rakyat tidak dibubarkan pada 29/4/2013.

Dewan Rakyat akan terbubar secara autamatik pada 30/4/2013 walaupun tidak ada pengisthiaran bubar dewan dan SPR akan mengumunkan tarikh penamaan dan calun dan tarikh mengundi dalam tempuh 60 hari dari tarikh tersebut.

Dalam tenpuh 60 hari siapa pula berkuasa di Malaysia?."

 Majlis Bandaraya Alor Star turunkan bendera PAS?
Posted on Friday, March 29 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: amkns"Majlis Bandaraya Alor Star telah melakukan tugas mereka dengan cukup professional dengan menurunkan bendera-bendera parti politik di negeri ini yang menghalang pandangan lalulintas.

Walaupun Menteri Besar di Kedah adalah dari parti PAS, bendera PAS yang menghalang pandangan lalulintas telah diturunkan. Bolehkah Majlis Pebandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Daerah Rembau, Majlis Daerah Kuala Pilah mencontohi Majlis Bandaraya Alor Star?

Alor Star puts safety first
28 March 2013

ALOR STAR: The Alor Star City Council (MBAS) is coming down hard on political parties which put up their flags indiscriminately in the city. To date, it has removed 700 flags, belonging to both sides of the political divide, which had caused inconvenience to the public. MBAS enforcement division chief Saifullizam Othman said most of the flags were taken down for causing traffic obstruction or blocking the view of road users.

Saifullizam said besides obstructing traffic, the flags were also an eyesore in some places. "They are not allowed to put up the flags at the traffic lights or roadsigns," he said. "We have reminded all political parties on the matter. We have yet to throw the book at them but we will do so if they continue to flout the guidelines on the putting up of party flags and banners," he said when asked about the council's operation to remove these flags.

He said those who continued to ignore the council's warning would be slapped with a fine and that they could even face a year's jail.

Gambar dan berita lanjut di http://pasns.blogspot.com




 


Wakil rakyat PR kumpul wang dan harta selepas 5 tahun ?
Posted on Friday, March 29 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Sepatutnya media jahat UMNO war-warkan semua wakil rakyat DUN dan wakil rakyat parlimen pakatan rakyat (DAP, PKR, PAS) kumpul wang dan harta berjuta juta selepas menjadi wakil rakyat selama 5 tahun.

Rakyat Malaysia yang celik maklumat dan melihat sendiri wakil rakyat pakatan rakyat semua cukup makan dan tidak ada wang berjuta dan harta bertimbun selama 5 tahun menajdi wakil rakyat.

Tetapi semua wakil rakyat UMNO, MCA. MIC DAN SEMUA WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL DUN dan PARLIMEN KAYA RAYA DAN WANG BERJUTA, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH ADALAH LAMBANG SEBENAR WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL DISEMUA PERINGKAT NEGERI DAN PUSAT.

Malah yang paling hebat semua menteri dan timbalan menteri barisan nasional kaya raya dan mewah dari semua segi kehidupan. Anak anak menetri BN/dan wakil rakyat BN hidup dalam kemewahan dengan wang dan kereta berjenama.

Seratus peratus wakil rakyat barisan nasional kaya raya selama menajdi wakil rakyat Dun dan parlimen berbanding wakil rakyat pakatan rakyat.

Rakyat hanya dapat RM500 satu tahun selama 56 tahun BN memerintah hanya bermula tahun 2012 rakyat dapat wang tersebut.

Di Negeri Terenggau semua wakl rakyat UMNO/MCA kaya dan mewah dalam semua segi kehidupan. Malah hanya satu penggal pun sudak kaya dan rumah mewah. Dan yang lebih jahat lagi wakil rakyat UMNO Terengganu dapat/baham tanah.

Syabas kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat walaupu 5 tahun jadi wakil rakyat kehidupan tuan dan puan YB sama sahaja sebelum jadi wakil rakyat, hanya tukar kereta mencedes secondhand dan pakai kereta perdana secondhand.

Tiada ulasan: