Sabtu, 16 Mac 2013

MEMANG PATUT SEMUA UMAT ISLAM SOKONG PARTI YANG NAK LAKSANAKAN ISLAM BUKAN PARTI MEMPERJUANG BANGSA SERTA KRONI2 SAJA

Rakyat Kelantan kena kelentong lagi

Harakahdaily, 16 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Bagaimana rakyat Kelantan hendak mempercayai UMNO sedangkan UMNOlah yang membohongi rakyat Kelantan terang-terangan, tulis Aspan Alias.

Menurutnya, janji Kerajaan Persekutuan melalui Petronas untuk mengotakan perjanjian Vestine pada bulan Mei 1975 tidak langsung ditepati sehinggakan rakyat Kelantan dinafikan punca kewangan untuk membangunkan negeri itu.

“Kalaulah perjanjian itu ditepati Kelantan merupakan negeri yang paling kaya, malahan lebih kaya dari banyak negeri-negeri di Semenanjung yang lain,” ulasnya lagi.

Malangnya, kata beliau rakyat Kelantan mempunyai pemimpin dari UMNO yang berkait rapat dengan pimpinan UMNO, tetapi mereka memilih untuk menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menghimpit rakyat Kelantan.

Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Najib ke Kelantan lagi semalam dan masih cuba untuk mengelentong rakyat di Negeri yang telah persendakan oleh Najib selama ini. Seperti dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu UMNO berjanji dan berjanji sampaikan tidak ada lagi janji yang tidak dibuatnya. Bagi orang Kelantan elok mereka (orang Kelantan) meminta Najib membuka mulutnya lebar-lebar untuk rakyat Kelantan melihat apakah jenis lidah yang ada di dalam mulut Najib, Mahathir dan kepimpinan UMNO yang besar-besar itu.

Bagaimana rakyat Kelantan hendak mempercayai UMNO sedangkan UMNO lah yang membohongi rakyat Kelantan terang-terangan. Janji Kerajaan Persekutuan melalui Petronas untuk mengotakan perjanjian Vestine pada bulan Mei 1975 tidak langsung ditepati sehinggakan rakyat Kelantan dinafikan punca kewangan untuk membangunkan negeri itu.

Perjanjian itu sudah dimeterai hampir 40 tahun dahulu tetapi sehingga hari ini kerajaan Persekutuan masih melakukan rampasan wang dan harta rakyat Kelantan yang berjumlah lebih dari RM7 billion itu. Dalam perjanjian itu telah termeterai yang rakyat Kelantan berhak mendapatkan 5 peratus dari minyak yang dijumpai dan di keluarkan sama ada dalam persisiran atau di luar persisiran negeri Kelantan mengikut harga FOB. Pembayarannya pula dibuat dua kali setahun secara tunai kepada kerajaan pilihan rakyat Kelantan pada 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun.

Perlu diingat perjanjian ini dimeterai di antara Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan semasa itu, Dato Mohammad Nasir dari PAS. Tunggakkan pembayaran itu bukan nya kecil tetapi melebihi RM7 billion sekarang ini. Janji yang satu ini pun tidak ditunaikan sekarang Najib datang dan mundar mandir ke Kelantan memberikan janji-janji lagi. Janji-janji BN kepada rakyat Kelantan adalah janji-janji yang tidak ditepati.

Kalaulah perjanjian itu ditepati Kelantan merupakan negeri yang paling kaya, malahan lebih kaya dari banyak negeri-negeri di Semenanjung yang lain. Malangnya rakyat Kelantan mempunyai pemimpin dari UMNO yang berkait rapat dengan pimpinan UMNO, tetapi mereka memilih untuk menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menghimpit rakyat Kelantan.

Selain dari Tengku Razaleigh Hamzah, semua pimpinan UMNO Kelantan memihak kepada Persekutuan untuk menekan rakyat mereka sendiri. Mereka seperti Mustapa Mohamad, Awang Adek tidak memihak kepada rakyat negeri nya sendiri. Ibrahim Ali yang sedang mencuba-cuba untuk menjadi pemimpin itu sendiri menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menekan dan menghimpit rakyat Kelantan.

Itu sebabnya selalu saya katakan, bagi rakyat Kelantan cara untuk mendapatkan hak mereka ialah untuk terus menolak pihak yang melakukan kezaliman terhadap mereka itu. Menolak UMNO habis-habisan merupakan perjuangan yang suci untuk melindungi rakyat Kelantan dari terus di tipu dan dianiayai oleh pimpinan UMNO Persekutuan.

Jika pemimpin seperti Mustapha dan Awang Adek itu melakukan konspirasi penekanan terhadap rakyat Kelantan, adalah tidak wajar mereka ini dijadikan ayam tambatan untuk rakyat Kelantan. Mereka ini sepatutnya dinyahkan dari memimpin rakyat Kelantan kerana mereka ini adalah penghalang kepada rakyat Kelantan untuk menuntut hak mereka.

Walaubagaimana pun tekanan terhadap rakyat Kelantan oleh pimpinan UMNO itu, hakikatnya kita wajar percaya yang kebenarannya akan tetap terserlah. Kebenaran itu rasanya akan dapat diperolehi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jika diizinkan Tuhan, PAS akan menjadi parti dalam kerajaan, maka mudahlah bagi rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka yang telah dinafikan oleh UMNO selama ini…insyaallah.

Mohonlah keredaan Tuhan tanpa henti-henti dan secara intensif.. Tuhan akan tetap bersama mereka yang benar,  lebih-lebih lagi bagi mereka yang dizalimi oleh puak pemerintah ini.

Doa orang yang dizalimi adalah doa yang mudah dimakbulkan Tuhan. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS

Harakahdaily, 16 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.
Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.




PAS ubah lanskap bukan Islam hormati amalan Islam

Salmiyah Harun, 16 Mac 2013
GUNUNG SEMANGGOL: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam pilihan raya kali ini untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Xpresi Ulamak Muda yang sedang berlangsung di Markaz PAS Cawangan Gunung Semanggol, Perak.

Katanya, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.

"Kemenanganan Islam yang tulen dengan pelaksanaan Islam seperti dituntut al-Quran bukan hanya membimbing ke Putrajaya semata-mata," katanya  di hadapan kira-kira 1,000 ulama muda yang menyertai xpresi itu.

Katanya, perhimpunan hari ini memperlihatkan kebangkitan ulama muda haraki yang akan membimbing manusia hingga ke syurga.

Malah katanya, PAS hari ini sudah diterima oleh pelbagai kaum, agama dan bangsa malah perkara ini turut dikagumi oleh parti Ikhwan yang mengatakan mereka tidak pernah melihat parti Islam tetapi mendapat sokongan bukan Islam seperti PAS.

"Umno pula mengkhususkan Islam hanyan untuk Islam, sedangkan rahmat adalah untuk semua. Umno hari ini diperkuda MCA," katanya.

Jelasnya perjuangan PAS yang dibawa hari ini telah mengubah lanskap kehidupan manusia apabila bukan Islam sudah boleh menghormati amalan umat Islam.

"Kisah benar di mana bukan Islam masukkan agenda solat Zuhur dalam program mereka," katanya.

Justeru, katanya, pilihan raya kali ini adalah detik-detik yang semakin hampir untuk Islam mencapai kemenangan, jadi anak muda yang ada pada hari ini adalah aset yang sangat penting.

Saham: Rakyat Selangor jadi ‘tauke’ industri air

Selangorku, 16 Mac 2013
SHAH ALAM: Rakyat Selangor bakal menjadi ‘tauke’ dalam industri air Selangor apabila kerajaan negeri menerbitkan saham air satu hari kelak, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, langkah perkongsian kerajaan dan rakyat dalam industri strategik itu boleh dilaksanakan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini.

“Semasa saya di PNB, sembilan juta bumiputera beli saham amanah PNB dengan nilai RM40 bilion.

“Saya yang lakukan bukan Tun Dr Mahathir (Mohamad),” ujar beliau pada Majlis Penyampaikan Cek Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor.

Pada 6 Mac lalu, Abdul Khalid mengumumkan kerajaan negeri akan menerbitkan saham air Selangor sekiranya ia berjaya mengambil alih pengurusan industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan negeri sudah menawarkan RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsensi yang bertanggungjawab mengurus industri air Selangor.

Empat syarikat tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).

48 pemuda Dun Guar Sanji sertai PAS

Bashir Ishak, 16 Mac 2013

Mohamad Azimar dan Zulfahmi menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Dr Haron.

ARAU: Kekuatan Umno BN Parlimen Arau dan Dun Guar Sanji tergugat lagi apabila seramai 48 orang pemuda menyerahkan borang untuk menyertai PAS, hari ini.

Majlis penyerahan borang keahlian PAS ini telah diadakan di Markas PAS Kampung Jelempok dekat sini dengan dihadiri oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Dalam majlis berkenaan, Dr Haron telah menerima borang keahlian yang diserahkan oleh bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Jelempok, Mohamad Azimar Razak dengan ditemani oleh Zulfahmi Mansor bagi pihak rakan-rakanya yang lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin; Ketua Ulamak PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob serta pemimin PAS kawasan dan Dun Guar Sanji.

Pakatan Rakyat berpotensi besar menang di Johor

Harakahdaily, 16 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan bahawa negeri Johor mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimenangi Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri Johor pada PRU12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah kerusi, lapor Nusajaya Kini.

"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di negeri Johor ini.

“Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap Pakatan Rakyat sangat memberangsangkan,” tegas beliau pada sidang media yang diadakan sempena jamuan rakyat anjuran PAS Kawasan Kulaijaya, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri ribuan masyarakat sekitar itu ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

Tiada ulasan: