Isnin, 25 Mac 2013

YANG PERALATKAN ISLAM...IA MENGAKU ISLAM...TAPI TAK IKUT ISLAM...BUAT MAKSIAT...TERMASUK TAK SOLAT...BERJUDI...BERZINA...MENGAMALKAN RASUAH DLL TAPI MENGATAKAN IA MEMBELA@MELINDUNGI ISLAM...HUDUD DINAFI...NI LAGI TERUK

Buku Rekod YB-YB Sedang dinilai... Sudah Terlewat kah?!
Posted on Monday, March 25 @ 09:58:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: adi_jagat

"

Semua sedia maklum PRU13 akan diadakan dalam masa yang terdekat dan bila-bila masa saja... malah ada yang meramalkan minggu akhir MAC ni akan penuh dgn berita2 sensasi termasuk pembubaran bagi memberi laluan kepada PRU. Parti-parti bertanding juga da bersiap sedia dan ada yg telah membuka bilik gerakan dan markas pru. Lebih menarik masing masing da 90% selesai menentukan calun2. 


Dalam masa yang sama jangan lupa rakyat di sana sini telah mula membuka buku rekod prestasi YB2 yang telah mewakili mereka sejak mac 2008 yang lalu. Sejauh manakah YB2 mereka pilih dapat menyelesaikan masalah masalah yg mereka kemukakan atau apakah pelan dan janji YB2 ini telah ditepati. Di warung-warung kopi, dimasjid dan surau, dikenduri kendara topik yg hangat waktu ini ialah tarikh pru dan calun yang akan terpilih. Ada bakal2 calon da melobi sejak 2012 lagi untuk memenangi hati pucuk pimpinan masing masing. Yang pasti isu pemilihan ini juga akan menimbulkan 1001 masalah.

Bagi rakyat terbanyak, parti calon tak penting asalkan mereka dapat membuat kerja dgn penuh ikhlas dan amanah. Sentimen parti walaupun masih wujud tetapi calon-calon yang wibawa dan berintegriti mesti menjadi pilihan pengundi. Dengan perkembangan media sosial yang pesat rakyat telah terasuh minda mereka yang lebih terbuka dan matang. Bagi YB2 yang terpilih dalam tempoh 5 tahun lalu mereka sepatutnya dah tahu kemampuan masing-masing dan membentangkan rekod kerja mereka kepada rakyat (kalau berani?).

Apakah masalah pembinaan jalanraya, pembuangan sampah, lampu pembinaan jalan2, projek2 pembangunan kampung, kesesakan jalanraya, kemudahan masyarakat setempat sehinggalah kepada isu2 kebangsaan yang mereka dapat atasi atau tindakan yang telah diambil. Apa guna menjadi YB kalau masalah2 asas kawasan yang mereka wakili pun gagal diberi perhatian. Apa lagi kalau YB2 yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan (baik dari bn atau pr) pastinya akan dihukum oleh pengundi yang sebelum ini memilih mereka. Ada baiknya mana2 YB yang tahu rekodnya buruk menarik diri awal2 daripada membebankan parti apabila kalah dalam pru 13 nanti.
Pertembungan yang sengit dalam pru13 nanti pasti membuka lembaran baru politik negara terutama soal pemilihan calon2 YB. Percayalah pengundi hari ini sudah jauh berubah berbanding nostalgia 20 tahun dahulu. Pak cik makcik di kampung pun semua dah ada henfon canggih2, tv satelit dan galaxy dan tab! SELAMAT MENGUNDI PRU13...

 Gambar Tuan Guru Nik Aziz [ Yang Sempoi ] Pasti Tiada dalam media Nasional..
Posted on Monday, March 25 @ 09:56:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: abuluqman

"




 cukuplah gambar bercerita..
gambar di ambil oleh syarul  sewaktu beliau 
ke Masjid Pulau Melaka ,bersebelahan rumah Tok Guru pada Maghrib tadi.
THIS IS MENTERI BESAR KELANTAN !!
Nukilan Abu Luqman...KLIK SINI  atau  LIKE DI FAN PAGE ORANG KAMPUNG  untuk maklumat selanjutnya


 Kereta ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan disabotaj
Posted on Monday, March 25 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Seremban 25 Mac 2013 – Kereta Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan ADUN Paroi telah disabotaj semasa program ceramah umum Pakatan Rakyat di DUN Paroi dalam Parlimen Rembau yang diadakan di Taman Seri Pagi , Senawang pada hari Ahad 24 Mac 2013.

Dengan tidak membuat tuduhan kepada mana-mana pihak, YB Taufek berharap penyokong Pakatan Rakyat dapat bersabar dan berdoa agar mereka yang melakukan kerja sabotaj terdapat keretanya diberi petunjuk dan hidayat.

Berikut apa yang ditulis oleh YB Taufek dalam facebooknya ( www.facebook.com/hjtaufek ) : “AlhamduliLlah...itulah ucapan hati, bila tengok kereta diguris dengan besi oleh pihak yang tak bertanggungjawap. Semalam ceramah di Taman Seri Pagi mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat. Saya doakan anak-anak muda yang terlibat mendapat petunjuk dari Allah supaya terbuka hati untuk dengar penjelasan kedua-dua pihak dan buat penilaian demi masa depan agama, bangsa dan negara”.

Menurut Sdr Hassan Tamby yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan , Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya pada 26 Mac 2013. Ini bermakna mulai esok semua wakil rakyat di Negeri Sembilan tidak akan lagi menerima elaun (gaji) sebagai wakil rakyat.

Sdr Hassan turut berkata kepada mereka yang ingin menyumbang khususnya kepada ahli PAS untuk kelangsungan aktiviti Pusat Khidmat PAS DUN Paroi atau untuk menyumbang untuk membaiki kerosakan kereta YB Taufek yang disabotaj bolehlah disalurkan ke ke akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB), Nama akaun : PAS Dun Paroi , No akaun : 05012010063902.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Gambar kereta Hj Taufek yang disabotaj di pasns.blogspot.com"


 Siapa Memperalatkan Islam?
Posted on Monday, March 25 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: BayangDiAir

"Rakyat secara berterusan dikelentong oleh pemimpin UMNO. Mereka terus menuduh PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik. Hanya kerana PAS bercakap tentang Islam. Hanya kerana PAS membaca ayat-ayat al-Quran dalam berhujah. Oleh kerana PAS tidak lekang dan tidak renggang dengan Islam mereka dengan mudahnya menuduh PAS memperalatkan agama untuk tujuan politik.

Sebaliknya, hanya dengan banyak membina masjid dan menyambut maulidur Rasul, mereka mengangkat diri mereka sebagai pembela Islam. Mereka lupa tentang lesen judi, rumah sundal, rasuah, budaya hedonism yang mereka biak dalam negara. Mereka terlupa akan kehidupan pemimpin mereka dengan pendedahan auratnya, perlakuan sumbangnya dan amalan rasuahnya.

Rakyat yang berakal sepatutnya berfikir siapa yang berjuang untuk Islam dan siapa yang mempergunakan Islam. Sejak PAS tertubuh, Islam-lah dasar perjuangan PAS. Sudah berpuluh-puluh kali pilihanraya PAS kalah dengan dasar itu. Majoriti rakyat menolak dasar Islam yang diperjuang oleh PAS. Pernahkah PAS menggugurkan dasar Islamnya hanya kerana kalah pilihanraya? Kalaulah benar PAS memperalatkan Islam, sudah lama PAS tolak dasar Islamnya apabila dasar itu tidak menguntungkan PAS.

Bagaimana pula dengan UMNO? Mahathir dengan Bersih, Cekap, Amanah berubah dasar apabila Abdullah Ahmad Badawi jadi PM. Dasar itu berubah menjadi Islam Hadhari. Ke mana perginya Islam Hadhari sekarang? Kalaulah benar UMNO memperjuangkan Islam mengapa Islam Hadhari fahaman rekaan UMNO itu dilongkangkan apabila Najib naik pula jadi PM?

Sepatutnya UMNO terus istiqamah dengan Islam Hadhari. Apabila dasar itu tidak laku dan menguntungkan UMNO, Najib mari dengan dasar 1Malaysia pula. Ini bermakna Islam bagi UMNO hanya ikut cita rasa pemimpin sahaja. Inikah caranya parti yang mendakwa diri sebagai pembela Islam? Siapakah yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politik?

Kesimpulannya, rakyat jangan mudah dikelirukan oleh pemimpin yang takut tumbang disebabkan dosa-dosa rasuah dan jenayah mereka. Dalam mendakwa diri sebagai pejuang Islam, merekalah penyubur budaya rasuah dalam parti dan Negara. Dalam mendakwa PAS ada 7 dosa besar, mereka memakai rantai dan terkinja-kinja dengan Gangnam style. Tak mampukah ulama UMNO menyenaraikan pula 7 dosa besar pemimpin mereka?

Ingat tuan-puan, orang PAS dalam memperjuangkan dasar Islam, ada yang terbunuh di Memali dan Lubuk Merbau. Ada yang dinafikan bantuan dan kenaikan pangkat kerana istiqamah dengan Islam. Ada yang di-ISA-kan. Ada yang ditukarkan ke Sabah dan Sarawak. PAS pernah tinggal 2 batu nisan yakni 2 kerusi Parlimen. Semuanya orang PAS pernah tanggung. Adakah PAS mengubah dasar Islamnya sampai hari ini? Mengapa berterusan untuk membebalkan diri dengan mendakwa PAS mempergunakan Islam?"



 Pemfitnah Itu Pendek Umur, Kini Papagomo Cipta Alasan Untuk Tutup Blognya
Posted on Monday, March 25 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Greenboc

Pada 16 mac, Wan Azri a.k.a papagomo mencabar anwar ibrahim supaya menyaman beliau, kemudian sesudah itu anwar menfailkan surat saman berjumlah RM 100 juta, pada 20 Mac, bloger anak anak muda malaysia mendedahkan wajah sebenar Wan Azri ini.

Kemudian, pada 21 mac, Wan Azri a.k.a papagomo telah menafikan beliau adalah wan azri dan menafikan sekeras kerasnya kononnya beliau di fitnah sebagai papagomo.

Semalam pada 23 mac bloger era pasca mendedahkan pula bahawa papagomo, 99% adalah Wan Azri Wan Deris, bekas anggota polis yang di jatuhi hukuman 8 bulan penjara kerana aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.

Dan hari ini, setelah pendedahan demi pendedahan di lakukan oleh blog era pasca ini, papagomo telah dengan terpaksa menipu dan membohongi seluruh rakan rakan blogernya, kononnya blog lucahnya itu telah di godam dan bakal di rampas dan ditutup oleh encik lebai google.

Lawak antarabangsa ini adalah rentetan siri pendedahan Wan Azri atau papagomo oleh pelbagai bloger pakatan rakyat dan beliau juga sudah menjangka bahawa beliau sudah tidak dapat lari lagi dari saman ini, wajahnya sudah di ketahui, bukti bukti kukuh juga sudah di lampirkan, dan peguam peguam juga sudah meneliti setiap fakta yang di berikan.

Untuk mengelak saman RM 100 juta dari anwar ibrahim dan RM 100 juta dari Husam Musa, papagomo terpaksa berlakon kononnya blog lucahnya telah di godam, seterusnya beliau akan menutup sendiri blog itu supaya masalah saman selesai dan akan di angkat sebagai hero oleh bloger pencacai Barisan Nasional yang lain kononnya haker PR berjaya mengodam blog lucah itu.

Jika ini berlaku, dia bukan saja dapat membodohkan penyokong dan bloger bloger umno yang lain, malahan dengan perdana menteri najib razak sekali menjadi bodoh di bodohkan oleh Wan Azri yang terdesak mahu lari menyelamat diri dari saman maut ini.

Apabila blog sudah di tutup, maka bolehlah Wan Azri ini lari dari masalah ini, psikologi dari bloger Pakatan Rakyat telah menyebabkan beliau tidak boleh melelapkan mata dan tidak mampu berbuat apa apa, serta menerima tekanan yang kuat akibat dari fitnah yang di ciptanya sendiri.

Menerusi ajensi berita fakap EP, Dr @tiewnama telah mendapat maklumat bahawa, peguam Husam Musa dan Anwar Ibrahim telah mendapatkan maklumat dan bukti terperinci mengenai papagomo dan segala bukti yang berfakta telah di ambil, dan bersedia untuk membawa Wan Azri a.k.a papagomo ke mahkamah untuk di adili.

Berdasarkan writ peguam, Wan Azri, jika di dapati bersalah, beliau akan di penjarakan selama 10 tahun bagi 1 kesalahan dan 5 sebatan bagi kesemua kesalahan, beliau juga akan di arahkan membayar saman RM 100 juta itu dalam bentuk apa pun.

Dan yang sangat membimbangkan beliau yang hampir separuh mati kerana terlalu takut adalah, saman ini berdiri bukan hanya 1 saman tetapi 2 saman fitnah dari ANWAR IBRAHIM dan HUSAM MUSA.

Mungkin juga selepas ini di jangka beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan yang sama.

Nantikan langkah seterusnya..


Perkataan kucing yang bernama "LUCY" itu membuktikan bahawa papagomo a.k.a wan azri 100% adalah pengendali blog lucah dan fitnah papagomo.com

Salah 1 bukti kukuh ini akan membawa kepada penjara dan RM 200 juta saman fitnah dari 2 pemimpin Pakatan Rakyat.




sumber: erapasca.com

KEKEJAMAN PAPAGOMO TERHADAP SEEKOR KUCING


Aku tidak lah nak bersangka tak baik pada papagomo nieh.

tp aku nak tanya pada pencinta kucing
kenapa kita perlu cukur bulu kucing
bg aku ini zalim, kesian kucing tu yg fitrahnya berbulu
tentu dia sejuk dan sebagainya
klu aku salah, dan ada alasan kenapa perlu di benarkan bulu tersebut di cukur tolong beritahu aku fb Sabrina
ULASAN GB

Orang yang memfitnah dan kejam dan makan hasil yang haram hidupnya tidak tenang dan umurnya tak panjang.

Termasuk sekalian blogger pro-UMNO, menteri-menteri dan media pencacai UMNO seperti BERNAMA, Utusan, RTM, TV3 dan lain-lain.

Mereka akan menerima hukumman Tuhan sepertimana janjiNya:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Sumber: greenboc.blogspot.com


  YB Nasir menang saman ke atas RTM
Posted on Monday, March 25 @ 08:08:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog Sharpshooter



Fitnah ibarat makanan harian RTM, Utusex dan TV3suku.

Demi kuasa mereka sanggup fitnah lawan politik mereka. Lawanlah secara sihat bukan dengan budaya fitnah.

Ini telah membuktikan kredibiliti RTM yang sangat rendah, penuh fitnah dan penuh dengan penipuan serta pembohongan sejak "dulu kini dan selamanya."

Dengan kemenangan ini juga, seluruh kakitangan RTM mendapat malu kerana selama ini mereka berkerja di dalam sebuah badan kerajaan yang penuh dengan tipu, bohong, fitnah dan sebagainya.

Siapa bos RTM? macam ku kenal jer...adakah ia Menteri Budaya Komunikasi Sehala Malaysia
iaitu Pak Menteri Rais Yatim? 1 Malaysia dah tahu...


ALOR SETAR, 20 Disember 2011 - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.

 “Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN). “Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan negeri. Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.

 “Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya. Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.

 “Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.

Tiada ulasan: