Posted on Tuesday, March 12 @ 19:58:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"Sedar tak sedar 26 Mac 2013 ini sudah 5 tahun perkhidmatan 36 orang wakil rakyat di Negeri Sembilan. Antara langkah pertama yang dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan apabila Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi DUN pada tahun 2008 ialah memotong RM1500 elaun Pusat Khidmat Masyarakat.
Ini bermakna selama ini 1 orang wakil rakyat dari PAS, 4 orang wakil rakyat dari PKR, 10 orang wakil rakyat dari DAP dan selebihnya dari BN menguruskan Pusat Khidmat Masyarakat, menyewa premis Pusat Khidmat Masyarakat, serta membayar elaun kepada pegawai di Pusat Khidmat Masyarakat menggunakan wang mereka sendiri serta hasil sumbangan dari orang ramai.
Ini bermakna sekurang-kurangnya RM90,000 telah berjaya dikumpulkan dan diagihkan oleh setiap wakil rakyat untuk menguruskan sebuah Pusat Khidmat Masyarakat untuk tempoh 5 tahun.
Persoalannya sekarang ialah penjimatan RM1500 setiap bulan, berjumlah RM90,000 setiap DUN, berjumlah RM3.24 juta untuk seluruh N.Sembilan yang menurut Menteri Besar akan digunakan untuk kebajikan, adakah RM3.24 juta tersebut benar-benar disalurkan untukj tujuan kebajikan?
Jika RM3.24 juta tersebut disalurkan untuk tujuan kebajikan, adakah agihannya sama rata untuk setiap DUN?
Potong Elaun Pusat Khidmat Masyarakat RM 1500
SEREMBAN 3 April 2008 – Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan memotong elaun pengurusan pejabat sebanyak RM1,500 dalam salah satu pakej daripada 36 ADUN serta merta.
Langkah itu, bagi membolehkan kerajaan melakukan penjimatan, sementara wang terkumpul sebanyak RM648,000 setahun itu akan digunakan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat.
ADUN Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun menjelaskan, sekiranya betul wang itu akan digunakan untuk kebajikan, beliau setuju dengan pemotongan elaun itu.
‘‘Bagaimanapun, kami hendak tahu, wang tersebut disalurkan di mana dan bagaimana ia diagihkan.
Pendapat Aminuddin disokong ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd. Ghani dari Pas dengan menjelaskan adalah wajar elaun itu dikekalkan kerana pembangkang memerlukan sumber berkenaan untuk membolehkan rakyat bertemu wakil rakyat di pejabat.”
‘‘Jika benar kerajaan negeri melakukan ini untuk langkah berjimat cermat, kita alu-alukan.”
‘‘Bagaimanapun, kami mahu tahu rasional dan untuk siapa wang itu akan diberikan.”
ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin dari DAP berpendapat, kerajaan negeri boleh mendapatkan saluran lain untuk membantu rakyat, bukan melalui RM1,500 daripada wang wakil rakyat.
‘‘Kita tidak menyoalkan faktor kebajikan tetapi kerajaan boleh mencari saluran lain untuk mendapatkan wang untuk diberikan kepada rakyat. Tetapi kami terpaksa menerima keputusan ini kerana ia diarah oleh kerajaan,’’ ujarnya..
"
Kenapa samseng tembak dengan batu, telur bukan dengan mortal?
Posted on Tuesday, March 12 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: senik
"Assalamualaikum.... Di Sabah, penceroboh tembak dengan mortal sehingga ada polis yang mati, digelar pengganas, di Semenanjung samseng tembak dengan batu, telur digelar Barbarian yang digeruni oleh polis.Samseng lebih hebat dari pengganas. Peliknya tidak ada yang mati hasil tembakan samseng sedangkan tembakan pengganas menyebabkan beberapa anggota polis terkorban, namun polis masih lagi gah berdepan dengan pengganas.
Samseng pula bebas bertindak, tidak ada langsung polis yang berani mengusik mereka, hebat samseng kampung dusun the Barbarian yang ditakuti polis 1Malaysia! Tapi kalau hebat kenapa guna batu, telur, kenapa tak guna mortal macam pengganas Sulu?
Cukup menghairankan.Kalau polis boleh bertindak sehingga menggadai nyawa menghalang pengganas Sulu kenapa samseng yang guna batu dan telur dibiarkan bermahajaralela?
Entah berapa puluh sudah siri keganasan samseng kampung dusun the Barbarian, sehingga kini tidak kedengaran berita kumpulan samseng ditangkap dan dilumpuhkan aktiviti mereka oleh polis.Kenapa polis enggan bertindak? Bukankah tindakan polis di Sabah adalah untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara? Untuk warganegara bebas begerak, bekerja dan berpolitik di negara sendiri.Kerana itu polis sanggup mengambil risiko untuk berdepan dengan pengganas.
Tetapi kenapa dengan samseng yang risikonya rendah, polis tidak berani? Kenapa budaya samseng yang baru dimulakan sejak setahun lalu dibiarkan berkembang? Kenapa warganegara yang sah, bukan warganegara yang dijual tidak dilindungi polis, sedangkan warganegara ini turut membayar cukai kepada kerajaan yang antaranya digunakan membayar gaji polis?
Atau apakah status warganegara yang sering menjadi mangsa serangan samseng?pendatang tanpa izin? Atau hanya kerana mereka enggan menyokong kerajaan maka mereka patut dibiarkan diserang oleh samseng?
Polis seolah olah mengambil pendirian bahawa setiap warganegara yang tidak setuju dengan kerajaan tidak harus dilindungi walaupun sebahagian gaji mereka dibayar oleh warganegara ini.Samseng pula boleh buat apa saja kepada kumpulan yang tidak setuju dengan kerajaan kerana polis memberi laluan kepada mereka.Samseng kampung dusun the Barbarian boleh mencederakan warga yang tidak setuju dengan kerajaan tetapi tidak diberi lesen membunuh, sebab itu mereka tidak dibekalkan M-16 atau mortal seperti pengganas Sulu.
Soalannya, kenapa tidak diberi kebenaran kepada samseng kampung dusun the barbarian menggunakan M-16 atau mortal?
Najib mahu guna masa ‘kecederaan’ untuk ehsan pengadil
Posted on Tuesday, March 12 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Daing Yahya
DALAM ramai-ramai Perdana Menteri di Malaysia, Najiblah yang paling lama memerintah tanpa mandat rakyat. Jika zaman Tun M, selepas sahaja beliau ditabal menggantikan Hussein Onn beliau terus panggil pilihan raya umum. Begitu juga dengan Pak Lah, mantan PM yang ditendang keluar oleh UMNO. Tak lama selepas naik takhta menggantikan Tun M, beliau terus bubar Parlimen untuk pastikan beliau kukuh dalam kuasa politiknya dan memang beliau berjaya pada 2004.
Tapi Najib, beliau dah naik singgahsana selama empat tahun tapi masih ragu-ragu nak bubarkan Parlimen. Kononnya beliau yakin sangat, dia ke hulu ke hilir mencanang bahawa beliau tiada masalah nak hadapi pilihan raya umum. Tapi nampaknya kata-kata beliau itu tak boleh pakai, kata berani tapi tak berani berdepan. Jemputan berdebat dengan Anwar pun sampai ke sudah tak menjadi.
Dalam ramai PM di Malaysia, Najib juga satu-satunya PM yang paling banyak menghabiskan duit secara tunai atas nama rakyat. Beliau kata kerajaan ada duit, ekonomi pun bagus. Dia beri bermacam-macam imbuhan tu atas alasan kerana nak membantu rakyat, tapi kita nak soal, adakah rakyat sedang susah dan terhimpit dengan segala macam bebanan kos sara hidup yang melambung tinggi? Kalau ekonomi bagus, kenapa rakyat susah?
Nampaknya, kata-kata Najib ini tak boleh pakai sebab lain yang dikata, lain pula yang dibuat.
Dalam ramai-ramai PM di Malaysia, Najib jugalah satu-satunya PM yang terpaksa menggunakan khidmat perunding imej luar (APCO) untuk membantu menggilap imejnya di mata dunia dan rakyat. Ini pelik kerana jika Najib berimej bersih dan suci, mengapa perlu menghabiskan puluhan juta untuk menaikkan imejnya?
Biasanya, orang yang guna khidmat perunding imej ni selalunya bermasalah dari segi ‘imej’nya. Kadangkala imej atau namanya buruk, ada trek rekod yang kotor atau ada masalah ketidakyakinan diri bila berdepan dengan rakyat. Jadi, adakah Najib mempunyai satu daripada masalah itu?
Nampak gayanya, sikap Najib ini tak boleh pakai. Lain yang diniatkan, lain pula yang dikerjakan.
Katanya lagi, Najib juga merupakan satu-satunya PM yang gagal mengawal tindak-tanduk isterinya dalam politik. Dulu, isteri PM, semuanya berperanan sebagai pengiring PM dalam setiap gerak-kerja politik tetapi isteri Najib lain pula kisahnya.
Katanya, setiap kali Rosmah menjalankan ‘tugasnya’ sebagai isteri PM, pengiring beliau melebihi pengiring PM. Apalah nak jadi dengan PM Najib ni. Kalau ikut budaya Melayu, suami yang tak tahu jaga kelakuan isteri, tu petanda dia ketua yang tak bagus. Tapi entah la, biar rakyat yang tentukan.
Kini, Najib nampak serba tak kena. Daripada sehari ke sehari tarikh PRU-13 yang ditunggu-tunggu tak muncul-muncul. Yang terlepas entah berapa kali. Sekarang, Najib terpaksa manfaatkan masa ‘kecederaan’ untuk memastikan suasana berpihak kepadanya sebelum mengumumkan pembubaran Parlimen.
Seperti main bola sepak, masa kecederaan ini sangat genting. Bagi pihak yang di depan, suka sangat tendang bola keluar garisan tepi. Tetapi bagi pasukan yang sedang ketinggalan, pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menagih ehsan pengadil untuk mendapat sepakan penalti.
Mereka akan guna pelbagai helah untuk menjatuhkan badan seolah-olah dikasari oleh pihak yang dah di depan. Kalau boleh, dia mahu pengadil sengaja memberikan kad merah untuk pemain lawan. Inilah taktik permainan bola sepak.
Adakalanya dalam politik, taktik sebegini akan digunakan, lebih-lebih lagi diwaktu ‘masa kecedaraan’. Kita berdoa moga-moga PR tak leka dan terlalu selesa dengan keadaan ini. Selagi wisel penamat belum berbunyi, pastikan bola sentiasa dikawal di kaki kita.-Roketkini.com
Pok Ya Tak Datang; Debat Jadi Majlis Penerangan
Posted on Tuesday, March 12 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh BuletinOnline
DUNGUN - ADUN Paka Mohd Ariffin @ Zakaria Abdullah (Pok Ya) tidak hadir ke pentas Debat Tanah Generasi Ke-2 Ketengah Jaya; Siapa Tipu Anak Peneroka yang disediakan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Paka betempat di Dataran Ketengah Jaya semalam 11 Mac.
Pihak penganjur telah menunggu sehingga jam 10.05 malam semalam, namun kelibat Pok Ya tidak kelihatan, walau pun beberapa kelompok penyokong Umno 'dilihat' berdekatan lokasi Debat tersebut.
Oleh itu, Setiausaha PAS Kawasan Dungun Norul Azhar Ali, selaku pengerusi, telah mengisytiharkan, Debat tersebut bertukar menjadi majlis penerangan bagi memberi penjelasan isu berkaitan, berhubung proses Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) tanah generasi kedua Felda Ketengah Jaya.
Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat menganggap ketidakhadiran Pok Ya sebagai satu tindakan 'takut kerana salah'.
Menurutnya, pentas debat tersebut disediakan bagi menjelaskan kepada rakyat khususnya masyarakat Felda Ketengah jaya, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas masalah tanah generasi kedua.
Beliau yang juga Pengarah MTD PAS Paka berkata, sudah dua kali termasuk debat pada kali ini, ditolak oleh Pok Ya selaku ADUN Paka.
"Ini kali kedua, Pok Ya tak berani sahut cabaran kita, kali pertama kes Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang tanahnya dirampas dan diberi kepada JKKKK,
"saya dengar (dimaklumkan) dia (Pok ya) ada mesyuarat pagi tadi....ingat ke nak nak mari.......rupanya nak lari,"ujar Ustaz Satiful berseloroh.
Katanya, kerajaan PAS mengambil inisiatif membatalkan Akta Penempatan Bekelompok (Group Settlement Act - GSA) dalam usaha untuk merealisasikan impian anak-anak generasi kedua Felda memiliki tanah dan rumah sendiri.
"apabila PAS diberi mandat pada tahun 1999, kita (kerajaan PAS) telah membatalkan GSA demi untuk memberikan tanah-tanah kepada generasi kedua Ketengah Jaya yang telah gagal dilaksanakan oleh Umno sejak sekian lama,
"kita sediakan semuanya sebanyak 1,090 lot melalui beberapa proses, bila Menteri Besar mari........peagwai mari.....bukan bolh beri tanah begitu.....kena proses ikut prosedur,"ujarnya.
Sumber Link
Suspek perogol dalam bas bunuh diri
Posted on Tuesday, March 12 @ 17:12:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Al Jazeera
NEW DELHI - Suspek utama serangan rogol dan keganasan berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan dalam sebuah bas di New Delhi, India, tahun lalu disahkan membunuh diri, semalam.
Ram Singh, juga pemandu bas berkenaan dituduh merogol dan membunuh mangsa berumur 23 tahun bersama lima lelaki lain ditahan di Penjara Tihar sebelum ditemui dalam keadaan tergantung di dalam almari pakaian oleh pegawai polis.
Kematian Ram, 34, menambah persoalan mengenai sistem keadilan yang sebelum ini dikritik kerana gagal melindungi golongan wanita di India.
Ram dan empat suspek lain berhadapan hukuman mati jika didapati bersalah.
Manakala, suspek keenam kini ditahan di penjara juvana.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan India, R P N Singh berkata, satu siasatan terhadap insiden kematian Ram telah dijalankan.
Dalam perkembangan lain, peguam Ram mendakwa pihak polis telah mengasari anak guamnya.
Bapa Ram, Mangelal Singh berkata, anak lelakinya itu telah diliwat oleh sekumpulan banduan lain sewaktu dalam tahanan selain menerima ugutan bunuh. - Al-Jazeera
PKR dakwa Umno guna insiden Lahad Datu sebagai modal politik kebencian
Posted on Tuesday, March 12 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh MOHD FARHAN DARWIS
PETALING JAYA, 12 Mac — Umno dan Barisan Nasional (BN) didakwa mengambil kesempatan terhadap insiden pencerobohan militan Filipina di Lahad Datu, Sabah sebagai modal politik bagi menimbulkan kebencian terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa PKR.
Pengarah Strategi Rafizi Ramli (gambar) berkata Umno dan BN memainkan politik kebencian dan menggunakan insiden di Lahad Datu sebagai alasan untuk mengancam keselamatan pimpinan PKR melalui siri kegansan berterusan.
Rafizi ketika sidang media berhubung insiden serangan oleh perusuh yang didakwanya sebagai ahli Umno di Ibu Pejabat PKR semalam turut menyuarakan rasa kesal kerana anggota polis yang berada berhampiran dengan premis itu hanya mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa bagi menghalang perusuh berkenaan yang membaling telur, kayu, dan kon lalu lintas ke arah pejabat mereka.
“Ketika kejadian, tidak ada seorang anggota polis pun yang campur tangan untuk menghentikan perlakuan ganas yang melanggar undang-undang ... sangatlah memalukan apabila Balai Polis Tropicana hanyalah terletak dua pintu dari ibu pejabat PKR dan anggota polis hanya berpeluk tubuh sahaja,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di sini.
Beliau juga turut tidak menolak insiden keganasan seperti itu digunakan bagi memastikan Anwar ditahan dan didakwa di bawah undang-undang keselamatan.
“Malah, saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Anwar sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan,” tegasnya.
Gambar Bunuh Polis Dengan Kejam Adalah Palsu
Posted on Tuesday, March 12 @ 15:25:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO
Gambar ini adalah palsu.
Sebelum ini video kerat jari dan sembelih adalah palsu. Selepas itu tersebar pula gambar anggota polis dirobek anggota seperti gambar di atas. Sedang gambar sebenar adalah gambar kemalangan yang tidak dikenalpasti secara terperinci. Lihat gambar asalnya di bawah!!
Accident victims or....
..victims of wild animals or....
...he killed?
Oleh
itu adalah dinasihatkan kepada semua pembaca untuk meneliti maklumat
yang disebarkan supaya kita tidak mudah membuat rumusan pada perkara
yang kita tak tahu.
Kepada blogger pula jangan mudah copy dan paste mana-mana bahan atas sifat nak mendahului yang lain sedangkan kadang kala kita terlepas pandang pada maklumat yang kita ambil.
Kepada blogger pula jangan mudah copy dan paste mana-mana bahan atas sifat nak mendahului yang lain sedangkan kadang kala kita terlepas pandang pada maklumat yang kita ambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan