Isnin, 25 Mac 2013

TU KEPUASAN RAKYAT...BAGAIMANA KEPUASAN ALLAH SWT...SEMUA KAN MATI DAN DITANYA KERJA2 KITA DIDUNIA

Komponen BN: Tarik balik semua IC di Sabah
1:25PM Mac 25 2013  
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.
Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.

Anggota exco kerajaan Sabah itu juga berkata, beliau akan mengesyorkan perkara itu kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di Sabah.

"Ini akan memberi peluang kepada kita di Sabah untuk membuktikan ketulenan kewarganegaraan kita supaya orang Sabah yang asli sahaja diberikan dokumen kerakyatan seperti kad pengenalan baru itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Kenyataan itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan Kadazan-Dusun Murut – presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup.
Kedua-dua mereka hadir dalam sidang media sama, lapor Borneo Post.
Dompok dilaporkan berkata demikian ketika melancarkan gerakan untuk membantu gereja di negeri itu, yang dinamakan Operasi Tataba.
'Tiada maaf bagimu' kata LGE pada Kelab PP
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam Kelab Pulau Pinang kerana membatalkan majlis pelancaran buku bekas wartawan Kee Thuan Chye, sambil berkata 'tiada maaf bagi mu'.

lim guan engLim dijadual melancarkan buku kedua karya Kee bertajuk  ‘Ask
for No Bullshit, Get Some More
’ di kelab tersebut pada 28 Februari, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Kee berkata kelab itu memberitahunya bahawa ia tidak mahu dianggap mempunyai kecenderungan politik.

Kelab itu, melalui surat dari lembaga pengarahnya kepada pihak akhbar, menjelaskan bahawa pembatalan tidak ada sebarang kaitan dengan cadangan kehadiran Lim, yang merupakan ahli kehormat kelab itu yang menurutnya pernah berucap atas jemputannya di kuliah sulung siri syarahan Tun Dr Lim Chong Eu.

NONEEkoran itu, kelab tersebut menegaskan bahawa presiden dan ahli jawatankuassanya 'memohon maaf sepenuh hati' kepada Lim atas sebarang salah faham yang disebabkan oleh pembatalan tersebut.

Bagaimanapun, Lim berkata ini merupakan kali pertama seorang  ketua menteri tidak dialu-alukan di negerinya sendiri.

"Saya tidak faham mengapa mereka memberi saya keahlian kehormat. Mereka memberikannya kepada saya kerana saya ketua menteri, bukan kerana saya Lim Guan Eng - namun begitu, saya tidak dibenar untuk melancarkan buku Kee itu," katanya.

Lim juga mempersoalkan alasa  yang dinyatakan oleh kelab
tersebut, iaitu ia mungkin menghadapi masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

azlan"Adakah ia begitu serius? Saya fikir orang menghadapi masalah dengan ROS jika mereka mencuri wang," katanya sambil secara berjenaka menambah bahawa mereka mencuri yang benar-benar mencuri wang pun tidak menghadapi masalah.

Para hadirin yang kebanyakan mereka terdiri daripada bekas rakan sekelas Kee dari Penang Free School, membalas dengan melaungkan "Bullshit!"

"Terima kasih," jawab Lim, diiringi tepukan gemuruh
PDRM belajar dari Polis New York capai taraf dunia
Penyetaraan gaji dan gred anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penjawat awam merupakan antara langkah penting ke arah pelaksanaan strategi Kepolisian Kelas Dunia (WCP).
  
Strategi itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Dalam Negeri dan PDRM menyediakan orang ramai dengan perkhidmatan kepolisian lebih baik di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).
  
Ia juga merupakan penanda aras yang akan memantau input dan hasil PDRM berbanding dengan pasukan polis di negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan Hong Kong, dan berfungsi sebagai garis panduan untuk pegawai kanan polis dan pembuat dasar berkaitan perkara yang perlu diperbaiki dan bidang utama yang diberi keutamaan.
  
Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penyetaraan  gaji dan gred PDRM dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), melibatkan 109,209 anggota dan pegawai polis, dilihat mampu menyuntik semangat dan kesiapsiagaan anggota PDRM dengan mendapat imbuhan setimpal tanggungjawab mereka.
  
Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Bukit Aman, Datuk Aishah Mohammad dalam temubual dengan Bernama berkata selain penyetaraan gaji dan gred, PDRM juga akan mengkaji deskripsi tugas yang lebih mesra rakyat selari dengan visi dan misi menjadikan PDRM  "agensi peneraju" dalam penguatkuasaan undang-undang.
Tinjauan mesra
  
Antara program mesra rakyat yang telah dilancarkan ialah program turun padang pucuk pimpinan PDRM seperti program "tinjuan mesra" serta "omnipresence" atau kehadiran anggota PDRM di kawasan awam, katanya.
  
Aishah berkata PDRM juga akan mengkaji semua aspek termasuk sumber manusia, logistik dan kewangan dalam menjadikan PDRM bertaraf dunia.
  
Beliau berkata PDRM juga akan memastikan anggotanya bukan sahaja cergas daripada segi fizikal tetapi juga mahir daripada segi taktikal dan kompetensi serta mempunyai daya pemikiran bertaraf dunia.
  
Mereka akan diberikan latihan bersesuaian dengan keperluan zaman moden ini, selain akan dibekalkan dengan peralatan senjata yang canggih dalam menjalankan tugasan mereka yang semakin mencabar, katanya.
  
Katanya perancangan sumber manusia juga akan dilakukan dengan bersistematik supaya cabaran-cabaran baru dapat ditangani, dengan semua anggota PDRM perlu menjalani latihan meningkatkan kecekapan supaya setanding dengan pasukan polis negara maju.
Status kelas dunia  
Aishah berkata pihaknya telah ke Jabatan Polis New York untuk belajar mengenai pengurusan anggota polis dan penggunaan peralatan dan senjata di bandaraya Amerika Syarikat itu bagi dijadikan penanda aras bagi PDRM mencapai status kelas dunia.
  
PDRM kini berusaha memastikan setiap anggotanya berpengetahuan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih profesional kepada masyarakat, dan yakin untuk menjalankan rondaan berseorangan dengan dilengkapi senjata serba canggih, katanya.
  
Kembali kepada topik penyetaraan gred PDRM dan JPA, katanya ianya amat sesuai dilaksanakan memandangkan tanggungjawab berat dipikul anggota polis terutama di peringkat pegawai.
  
Contohnya serangan bersenjata di Lahad Datu, Sabah memperlihatkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai 'ground commander' untuk menangani isu tersebut.
  
Beliau berkata pegawai PDRM bukan sahaja bertanggungjawab mengenai  pengurusan, tetapi juga berhadapan dengan pengurusan taktikal dalam menangani sesuatu kes jenayah.
  
Selain itu, mereka juga harus mempunyai pemikiran secara menyeluruh termasuk mengetahui cara untuk menyusun strategi operasi, katanya.
Kenaikan pangkat
  
Katanya penyetaraan gred juga akan mengatasi masalah kenaikan pangkat di dalam PDRM yang sebelum ini hanya bergantung kepada kekosongan jawatan sahaja dan juga perlu bersaing dengan kemasukan baharu.
  
"Untuk anggota naik pangkat ke peringkat Superintenden memerlukan sehingga 20 tahun, tetapi bagi sesetengah penjawat awam lain di bawah skim JPA yang baru masuk tetapi gajinya lebih besar dari Superintenden.
  
"Paling ketara kepada pegawai polis yang bertugas sebagai 'ground commander'," katanya.
  
Beliau berkata disebabkan kesukaran untuk naik pangkat, tidak mustahil seseorang yang cemerlang dalam pekerjaannya boleh patah semangat untuk bekerja lebih-lebih lagi jika sudah berkhidmat lebih 10 tahun.
Bantuan pencegahan jenayah

Sementara itu, Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin pengenalan inisiatif baharu dalam fasa kedua Program Transformasi Kerajaan (GTP) Mengurangkan Jenayah mampu membuahkan kejayaan seperti yang diusahakan sebelum ini.
   
Menurutnya, pelaksanaan inisiatif dalam gelombang kedua NKRA itu akan turut melibatkan penyertaan masyarakat dan pihak swasta untuk bersama-sama membantu PDRM membendung jenayah.
   
Sebagai contoh Kempen 1Aman 'Go-to-safety points' yang dilancarkan baru-baru ini, beliau berkata ia melibatkan penyertaan swasta di mana tujuh rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven dan dua cawangan Pos Malaysia Bhd di sekitar Bukit Bintang dipilih sebagai perintis projek untuk memberi bantuan kepada orang ramai yang menjadi mangsa jenayah.
   
"Latihan (mengendalikan kes kecemasan) diberikan PDRM di mana ia merangkumi bantuan pencegahan jenayah seperti tangkapan orang awam, hak pertahankan diri, laporan dan rangkaian polis yang boleh dihubungi," katanya dalam wawancara sempena Hari Polis ke-206.
   
Selain itu, katanya PDRM mewujudkan unit khas Aman Wanita (Amanita) untuk mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang tidak dilapor dalam masyarakat dengan menjalin kerjasama dengan golongan suri rumah.
   
"Kita mengiktiraf golongan suri rumah yang kadangkala mempunyai maklumat penting yang diperkatakan menerusi 'mesyuarat tingkap' mereka terutama berkaitan jenayah," katanya sambil menambah pada peringkat permulaan 152 pegawai wanita dikenal pasti terlibat dalam unit berkenaan.

Iktiraf peranan wanita

   
Ayub menyifatkan langkah terbaharu itu sebagai pengiktirafan PDRM terhadap peranan wanita yang selama ini dilihat memainkan peranan penting dalam rumah tangga termasuk menjadi penasihat kepada suami sebelum mereka membuat keputusan.
   
"Kita yakin wanita juga dapat memainkan peranan dalam menjaga ketenteraman dan keamanan negara," katanya.
   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ketika membentangkan Laporan Tahunan GTP 2012, berkata kadar jenayah dikurangkan sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun.
   
Antara langkah-langkah yang dilaksanakan dalam fasa pertama NKRA mencegah jenayah adalah mempertingkat Skim Rondaan Sukarela (SRS), menubuhkan Pasukan Kesedaran Jenayah (CAT), pembinaan mahkamah tambahan dan pelaksanaan pelbagai operasi antaranya Ops Lejang (mencegah curi motosikal).
   
"Mereka (masyarakat) juga melihat kehadiran polis yang ramai antaranya melalui program Omnipresence (kehadiran polis) mampu mengurangkan rasa takut, sekaligus mengubah persepsi mereka terhadap tahap keselamatan di negara ini," kata Ayub.

Indeks persepsi keselamatan
   
Bagi GTP 2.0 yang bermula dari 2013 hingga 2015, pendekatan yang akan dilaksanakan untuk Mengurangkan Indeks Jenayah ialah seperti pencegahan kecurian kenderaan, pemulihan dan peningkatan kemahiran banduan, serta pemulihan pengguna dan penagih dadah manakala bagi pencegahan pecah rumah pula seperti rondaan kediaman dan mewujudkan pasukan kawalan pecah rumah yang khusus.
   
Bagi meningkatkan Indeks Persepsi Keselamatan, kerajaan akan meningkatkan kehadiran PDRM seperti Rakan Cop dan pengenalan aplikasi telefon pintar Butang Panik.
   
Bagi Meningkatkan Bilangan Kertas Siasatan, ia akan mengurangkan nisbah penyiasatan dibuka kepada penyiasatan didakwa, kepada 1:5 manakala bagi meningkatkan kepuasan orang ramai terhadap perkhidmatan polis, antara langkah ialah meningkatkan masa bertindak balas.
   
PDRM mempunyai sasaran yang besar iaitu mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus setahun, lima hingga 10 peratus untuk mengurangkan kejadian pecah rumah dan meningkatkan persepsi terhadap keselamatan sebanyak 65 peratus.
   
"PDRM juga menyasarkan untuk meningkatkan kadar pendakwaan bagi kertas siasatan yang dibuka kepada 35 peratus," katanya.

- Bernama

IGP: Tahap kepuasan rakyat terhadap PDRM lebihi sasaran
 
Kaedah Omnipresence, atau meningkatkan kehadiran anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja dapat mengurangkan jenayah, malah kini diguna pakai untuk menghalang pencerobohan anasir pengganas seperti insiden di Lahad Datu, Sabah.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yakin langkah itu dapat memastikan keyakinan serta kepuasan masyarakat terhadap tahap keselamatan yang diambil pasukan keselamatan khususnya polis.
  
Beliau berkata pelaksanaan Omnipresence bermula di gugusan Felda Sahabat, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, termasuk penambahan logistik kereta peronda, pembinaan balai baharu, menaik taraf balai sedia ada serta penambahan pasukan keselamatan.
  
Langkah itu sejajar dengan pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom), yang menjadi perisai pertahanan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan 1,400 kilometer persisiran Pantai Timur Sabah melibatkan pelbagai agensi keselamatan terutamanya polis dan tentera, katanya.
  
"Kemungkinan juga kita akan menghantar pegawai-pegawai kita di Semenanjung secara bergilir-gilir dari semasa ke semasa ke Sabah untuk memperkukuhkan lagi kehadiran polis di tempat-tempat yang kita rasa perlu supaya masyarakat aman dan selamat," katanya dalam wawancara sempena Hari Polis ke-206.
    -
Beliau mengumumkan empat balai polis baharu, menggunakan kontena sebagai balai sementara, akan ditempatkan di Pulau Bumbum, Semporna; Kota Gaya, Kota Kinabalu; dan Tanjung Labian serta Felda Sahabat, di Lahad Datu, diperkukuhkan dengan kekuatan anggota Pasukan Gerakan Am dan polis biasa.
  
Ismail berkata bagi meningkatkan keupayaan anggotanya untuk bercampur dengan masyarakat, untuk tahun ini PDRM mengadakan lebih 700 kursus di seluruh negara bagi mengukuhkan penguasaan berkomunikasi kepada anggotanya pada peringkat atasan dan bawahan.
  
Ini membuktikan PDRM sentiasa menganggap kesejahteraan dan keselamatan rakyat adalah keutamaan sepanjang 206 tahun pasukan keselamatan itu ditubuhkan.
  
"Saya harap rakyat Malaysia dapat menilai pencapaian kita, begitu juga dari sudut mutu perkhidmatan kami. Saya difahamkan tahun lepas, tahap kepuasan masyarakat terhadap PDRM melebihi sasaran iaitu 65.7 peratus di mana sasaran adalah 65 peratus," katanya.
  
Namun beliau mengharapkan semua pegawai dan anggotanya di peringkat persekutuan dan negeri supaya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan lebih daripada sasaran termasuk dalam hal menerima laporan dan pendakwaan.
  
Justeru, beliau berkata bagi memastikan pegawai dan anggotanya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik, pihaknya akan memastikan kebajikan anggota terus dibela dan peningkatan aset perkhidmatan dijaga menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) untuk projek pembangunan PDRM.
  
Ismail berkata antara projek yang telah siap adalah 86 projek yang menelan belanja sebanyak RM7.34 bilion, 30 projek masih dalam pembinaan bernilai RM2.1 bilion dan sembilan lagi projek yang sudah diluluskan yang menelan belanja sebanyak RM3.83 juta serta peruntukan bernilai RM9.9 bilion bagi menaikkan taraf struktur Ibu Pejabat Polis Daerah.
  
Beliau turut mencadangkan pengambilan Inspektor dan terutamanya Sarjan di kalangan golongan muda dapat terus diperluaskan dalam menghadapi cabaran melibatkan keamanan dan keselamatan negara.
  
"Kita mahu mereka (sarjan) yang berusia awal 20-an mampu memikul tanggungjawab sebagai pegawai penyiasat dan pada umur tersebut mereka mempunyai tahap fizikal dan mental (pengetahuan) yang kuat," katanya.
  
Sempena sambutan Hari Polis ke-206, beliau menasihati pegawai dan anggotanya supaya sentiasa menyedari cabaran yang akan mereka hadapi dalam mempertahankan serta memperkukuhkan keamanan dan keselamatan negara.

- Bernama
Menteri jangka lebih banyak gangguan di ceramah
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kebimbangan bahawa gangguan yang dikesan acara ceramah politik mungkin akan bertambah buruk menjelang pilihan raya umum.
hishammuddin hussein gombak bn youth 240313Katanya, beliau maklum bahawa jumlah polis yang bertugas di lapangan tidak memadai namun kerajaan akan mengerahkan sumber dari agensi berbeza untuk memastikan pilihan raya umum berlangsung dengan selamat.

“Saya nampak ia bertambah buruk dan cara untuk menanganinya adalah (agar) semua pihak terlibat (bekerjasama).

“Saya tahu polis sudah merancang untuk memastikan proses pilihan raya umum berjalan dengan selamat tetapi polis di lapangan tidak pernah cukup,” kata Hishammuddin ketika menghadiri satu perhimpunan Pemuda BN di Gombak, Selangor hari ini.

Maka, pertubuhan sukarela seperti RELA dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan ditugaskan untuk mengawal keadaan, katanya.
PAS desak Najib arah Taib Mahmud bercuti
 
PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengarahkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud bercuti supaya membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat pendedahan video Global Witness berhubung isu penerokaan hutan dan pembalakan di negeri itu.

Pada masa yang sama, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar mendesak SPRM supaya segera menyiasat pendedahan yang dibuat sekalipun tiada laporan dibuat mengenainya.

Katanya lagi, kakitangan kerajaan negeri yang didakwanya terlibat dalam tuduhan salah urus tadbir itu termasuk ketua menteri Sarawak perlu mengambil cuti buat sementara waktu agar siasatan yang adil dan menyeluruh dapat dijalankan oleh suruhanjaya itu.

"(SPRM) jangan tunggu lagi. Pergi (siasat) sekarang, walaupun tak buat lagi laporan.

"Kita akan buat laporan, jika tiada siasatan. Atau PM arahkan (ketua menteri) cuti sementara. Kita nak melihat tranformasi kerajaan khususnya melibatkan rasuah," katanya.

Bercakap dalam sidang media pagi ini, Zulkefly juga berkata setakat ini perdana menteri juga masih belum menjawab berhubung pendedahan tersebut, bahkan penafian juga masih belum dibuat olehnya.

"Kalau tak betul saman. Tetapi setakat ini tak ada... Kita tak nampak pejabat ketua menteri digeledah atau (Taib) diminta bercuti.

"Kalau di Selangor (bawah Pakatan Rakyat), segera tindakan diambil. Kalau tidak betul buat penafian atau saman Global Witness," katanya yang juga ahlin jawatankuasa PAS Pusat.

Zulkefly berkata pendedahan yang dibuat Global Witness melalui penyamaran sebagai pelabur antaranya melibatkan dakwaan habuan kepada ketua menteri kerana kelulusan lesen pertanian, dakwaan korupsi dari perjanjian tanah dan dakwaan pembabitan peguam tempatan yang didakwa membantu transaksi yang bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun dilaporkan Taib Mahmud memberi amaran supaya rakyat tidak mudah percaya kepada sesiapa yang mendakwa bertindak sebagai agennya untuk membeli tanah di Sarawak dan SPRM juga dilaporkan akan menyiasat mengenai perkara itu.

Ditanya bila pihaknya akan membuat laporan berhubung perkara itu, Zulkefly berkata pihaknya akan berbuat demikian dan tempoh seminggu.

"Selepas itu kita akan buat roadshow di seluruh mengenai (menjelaskan isu ini)," katanya termasuk berbincang dengan peguam untuk meneliti tindakan saman terhadap kerajaan negeri.

Tiada ulasan: