Isnin, 25 Mac 2013

BUBAR JANGAN ACAH2 LAGI...YANG TAK NAK BIARKAN....SATU KETIKA TETAP KENA BUBAR JUGA

Presiden MCA dicabar lawan DAP di Gelang Patah
Posted on Monday, March 25 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Roketkini

PUCHONG, 24 MAC: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dicabar bertanding di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini melawan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang jika MCA benar-benar yakin mampu mempertahankan kerusi yang didakwa kubu kuatnya.

“MCA mendakwa Lim Kit Siang ‘lari’ ke Johor kerana tidak berkhidmat dengan baik di Parlimen Ipoh Timur. Betulkah atau MCA sudah goyang, takut?

“Saya nak tanya MCA, ‘you’ jangan cakap banyak. Kalau berani, ‘you’ panggil Chua Soi Lek bertanding di Gelang Patah,” kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo pada majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP Puchong, di sini, malam tadi.

Katanya, keputusan Kit Siang bertanding di Gelang Patah menunjukkan keberanian beliau menanggung risiko dan komitmen untuk perubahan politik di Malaysia.

“Sekarang masanya telah datang, cukuplah dengan segala kerosakan yang berlaku di Malaysia akibat dasar tidak adil Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 56 tahun,” katanya.

Menjelaskan kenyataannya, beliau yang popular dengan gelaran ‘Singa Puchong’ itu berkata, setelah 56 tahun UMNO-BN memerintah, mereka seolah-olah lupa diri dan menganggap
Malaysia kepunyaan mereka.

Perkara ini boleh dibuktikan melalui senarai panjang pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa, kezaliman dan diskriminasi terhadap rakyat dan negara.

“Mereka jadi begitu sebab setiap kali pilihan raya umum, mereka menang. Saya nak ingatkan BN dan Perdana Menteri, negara ini bukan milik kamu. Negara ini milik rakyat Malaysia,” katanya bersemangat dihadapan lebih 3,000 orang yang hadir.

Sumber: Roketkini.com


 Kit Siang guna lambang PAS, Umno hilang punca
Posted on Monday, March 25 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kesediaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS menyebabkan Umno BN semakin hilang punca.

Jika sebelum ini, Umno BN sering menggunakan senjata perkaumannya meyerang Pakatan Rakyat khususnya dalam isu kebersamaan PAS dan DAP, namun dengan kenyataan terbaru Kit Siang itu membuatkan Umno mati akal.

“Umno cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?

“Kalau pilih (lambang) PKR, ini biasa sebab KEADILAN parti berbilang kaum tapi pemilihan guna lambang PAS pasti beri kesan luar biasa,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian dengan disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 penduduk tempatan pada Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Melayu Majidee, Jphor Baharu malam tadi.

Kit Siang semalam membayangkan kesediaan itu jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatal pendaftaran DAP sekaligus menghalang parti itu bertanding PRU 13.

Ianya ekoran parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) akibat kesilapan pengiraan undi akhir tahun lalu.

PAS alu-alukan

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika mengulas perkara itu semalam mengalu-alukan cadangan Kit Siang itu.

“Jika berlaku pembatalan (DAP), PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13 dan melihat tindakan tersebut bermotif politik.

Pandangan sama turut dikongsi Saifuddin yang mempersoal kenapa ROS langsung tidak mengambil  tindakan terhadap Umno Kelantan berikutan tidak pernah mendaftar mengikut Akta Pertubuhan sejak 1987.

“Hampir 90 peratus ranting dan cawangan Umno Kelantan tidak pernah didaftar selepas diharamkan pada 1987 tapi tiada tindakan dari ROS kerana Umno parti pemerintah,”  kata Ahli Parlimen Machang itu.

Sumber: Harakahdaily



Menjelang PRU13: Bubar atau terbubar?
NIZAM ZAIN
25 Mac 2013
PRU13
Tarikh pembubaran automatik
ANALISIS - Jelajah Janji Ditepati anjuran Barisan Nasional (BN) yang berakhir di Pahang kelmarin bukan petanda bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Ramai meramalkan kemungkinan ada berita mengenai pembubaran hari ini.

Jika tidak, negara akan menyaksikan, buat pertama kali satu Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik, esok, jika tidak dibubarkan seperti amalan biasa sebelum ini.

Menurut penganalisis politik, Prof Dr Chandra Muzaffar, kerajaan Malaysia tidak mengamalkan sistem pilihan raya seperti di England yang menetapkan tarikh keramat itu dalam masa tertentu.

Katanya, kerajaan lebih gemar mempraktikkan sistem spekulasi sekali gus membebankan banyak pihak khususnya rakyat kerana tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia menghadapi hari pengundian itu nanti.

“Menteri Kabinet pun tak tahu bila tarikh parlimen akan dibubarkan selepas jelajah BN terakhir semalam.

“... amalan memilih tarikh pilihan raya (hingga timbul spekulasi) di Malaysia hari ini diamalkan dalam sistem Parlimen British dulu.

“... apabila tidak nyatakan tarikh pilihan raya, menyebabkan banyak pihak tidak dapat buat perancangan dengan teratur dalam projek jangka panjang jabatan dan agensi kerajaan manakala pelaburan syarikat swasta pula terjejas.

“Ketidaktentuan tarikh pilihan raya akan merugikan masyarakat dan semua pihak,” katanya bercakap kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Chandra yang juga Presiden Just World Movement (Just) berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan selepas cukup empat tahun dalam satu penggal sesebuah kerajaan itu memerintah.

Malah tegasnya, kerajaan Malaysia sepatutnya menetapkan tarikh atau bulan tertentu pada tahun kelima pemerintahannya supaya semua pihak lebih bersedia menghadapi PRU13 berbanding sekarang.

“Saya tidak bersetuju dengan prinsip dan pendekatan yang diambil oleh kerajaan tentang memilih tarikh pilihan raya.

“... tarikh (PRU13) harus ditetapkan lebih awal seperti berlaku di tempat lain.

“... lebih dua tahun kita kita tunggu... kita dah penat... ini amalan kurang sihat, kita perlu ubah cara ini, sejak 2010 lagi kita dah dengar bermacam-macam spekulasi Parlimen nak bubar,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan supaya cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Februari tahun lalu dapat membawa perubahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan Jelajah Janji Ditepati BN itu bukan penamat segala-galanya kepada kerajaan yang diterajui Najib sejak empat tahun lalu.

Mohamed Mustafa berkata, program tersebut yang sudah menjadi amalan BN itu sebagai langkah turun ke padang bertemu dan menilai tahap sokongan rakyat, sekali gus sebagai tinjauan persiapan terakhir jentera pilihan raya dan kedudukan BN menjelang PRU13.

“Pusingan turun padang PM dah lengkap dan dah tutup pun semalam di Kuantan, malah isu Sabah pula dalam kawalan.

“... saya rasa tiada lagi halangan (laksana PRU13), hanya kes di Sabah akan libatkan satu dua kawasan atau Parlimen saja, selebihnya akan adakan pilihan raya secara serentak,” katanya sambil menyifatkan Najib tidak boleh mengelak lagi daripada mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Rakyat susulan Dun Negeri Sembilan bakal berakhir esok.

Jelasnya, kerajaan BN tidak boleh menunggu beberapa lagi Dun terbubar dengan sendiri kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengumumkan tarikh pilihan raya Dun seminggu selepas ia dibubarkan dan 60 hari untuk melaksanakan pilihan raya.

Kelmarin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melahirkan keyakinan bahawa pilihan raya melibatkan semua negeri akan diadakan serentak.

“SPR takkan nak buat pilihan raya Dun satu-persatu.

"... Dun Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik pada 26 Mac ini, kalau ikut amalan, lepas 27 haribulan SPR kena umum (tarikh pilihan raya Dun), tak boleh biar lebih 60 hari baru nak buat.

“... ikut kebiasaan, SPR akan tetapkan tarikh pilihan raya tidak sampai satu minggu,” kata Mohamed Mustafa sambil menyakini Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri dua majlis penting pada sebelah pagi dan petang, yang tidak memberi bayangan akan ada pengumuman pembubaran.

Tetapi, apa pun boleh berlaku!


Dun Selangor bubar minggu ini?
Wartawan Sinar Harian
25 Mac 2013
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor dikatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Abdul Khalid juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat Exco yang terakhir hari ini untuk membincangkan mengenai ‘caretaker government’, penyerahan tugas dan perkara berkaitan pembubaran tidak lama lagi.

Lebih mengukuhkan lagi apabila beliau dikatakan memilih hari Isnin untuk mengadakan MMKN berbanding kebiasaannya pada Rabu setiap minggu.

Sumber dalaman tidak menolak kemungkinan mesyuarat Exco diubah ke Isnin iaitu hari ini kerana Abdul Khalid akan mengadakan perbincangan dengan barisan Exconya berhubung pembubaran Dun Selangor pada Rabu.

Menurut sumber lagi, pihak istana mahukan pembubaran diadakan dalam satu majlis rasmi yang sempurna dan teratur sebagai mana mereka menghadap baginda ketika mula mengambil alih Selangor Mac 2008.
Pada 30 Januari lalu, Abdul Khalid mengumumkan kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dun selepas sambutan Cap Goh Meh.

[KLIK DI SINI UNTUK KLIP VIDEO PERANG POSTER DI LEMBAH KLANG]


Beliau berkata, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

“Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa induktor berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan Dun).

“Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun),” katanya sebelum ini.

Bagaimanapun cadangan tersebut dikecam banyak pihak terutamanya Barisan Nasional (BN) kerana sehingga hari ini beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Polis: Mangsa potong kemaluan masih kritikal

25 Mac 2013
KUALA TERENGGANU - Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anaknya masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kemaluan mangsa berjaya disambung semalam namun lelaki berusia 67 tahun itu masih belum sedarkan diri.

Pihak hospital juga berjaya menyambung semula kemaluan suspek dan dia kini dilapor stabil serta ditempatkan di wad biasa di hospital sama, katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Manoharan, polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk mengetahui sama ada suspek mengalami gangguan mental atau sebaliknya.

"Pihak kami juga akan menahan suspek sebaik suspek pulih dari kecederaan dalam masa terdekat," katanya.

Dalam kejadian 1.30 pagi semalam di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, suspek yang berusia 40 tahun bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluan sendiri.

Suspek yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di ibu negara di percayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.

Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif denga merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan "semangat Imam Nawawi" daripada badan bapanya.

Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.

Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun lelaki itu berjaya melarikan diri. - Bernama
    NFI AZM NM

Shahrir: DAP hanya mahu 'bunuh' MCA

25 Mac 2013
Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad
JOHOR BAHRU - Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah untuk satu tujuan iaitu 'membunuh'  MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Anggota parlimen Johor Baharu itu berkata, DAP berharap apabila ia berjaya 'membunuh' MCA pada PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor.
"Ini tujuan DAP sebenarnya, untuk mengalahkan MCA dan jikalau mereka berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada politik perkauman.

Adakah ini yang dimahukan oleh masyarakat Cina di Johor?," katanya mengulas merasmikan jentera PRU13 Puteri, Pemuda dan Wanita BN baru-baru ini.
Menurutya, DAP mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan parti pembangkang itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lepas - 'membunuh' parti Gerakan di negeri pulau itu.
Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi  parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA, kata Shahrir baru-baru ini ketika mengulas tindakan DAP memindahkan pemimpinnya bertanding di Johor.
DAP yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13, memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah.
Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor dengan kemungkinan besar kerusi parlimen Kluang menjadi pilihan.
Anggota parlimen Johor Bahru itu berkata terdapat juga spekulasi pengerusi DAP Karpal Singh akan bertanding di Johor pada PRU13 ini, untuk kerusi parlimen Kulai yang kini disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting.
Shahrir juga tidak menolak kemungkinan setiausaha agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanding di Johor memandangkan beliau dilahirkan di Johor Bahru.
Parlimen Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, manakala parlimen Gelang Patah diwakili Tan Ah Heng.
Masyarakat Cina di Johor, kata Shahrir, perlu bertanya diri sendiri sama ada mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana dilakukannya kini.
Berlainan dengan pembangkang, BN, katanya, tidak mencampuri urusan sekolah-sekolah Cina sebaliknya menyerahkan pengurusan kepada persatuan Tionghua, sama seperti yang dilakukan dalam pengurusan hal ehwal agama.
"DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempolitikkan semua perkara.
Masyarakat Cina, Melayu dan India di Johor perlu bertanya sama ada ini baik untuk masa depan di Johor dan Malaysia," kata Shahrir.
Mengenai kemungkinan PKR meletakkan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Hashim Hussein sebagai calon mereka di kawasan parlimen Johor Bahru, Shahrir berkata apa yang lebih penting ialah sokongan pengundi, bukan calon. - Bernama

 
Anwar: 'Tak kisah dilabel ejen, pentingnya saya bela rakyat'
NORAFIZA JAAFAR
24 Mac 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
RAWANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bimbang diserang atau dilabel dengan pelbagai gelaran termasuk sebagai ejen pihak-pihak tertentu, sebaliknya bertekad untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) demi rakyat.
Ketua Pembangkang ini mendakwa banyak dikaitkan dengan perkara tidak sihat seperti ‘kaki liwat’, ejen Israel dan Amerika, terbaru dikaitkan mempunyai kaitan dengan keganasan di Lahad Datu.

Anwar berkata, matlamatnya adalah mengubah struktur politik dan mengubah sistem media negara yang disifatkan dikongkong oleh segelintir pihak.

Menurutnya, selepas PR menawan Putrajaya, pihaknya tidak akan membalas dendam ke atas individu yang menjatuhkannya.

“Saya dah maafkan mereka, walaupun hati marah tetapi tidak akan membalas dendam dan menyalah guna kuasa.

“Saya mahu menang kerana dikasihi rakyat seterusnya kemenangan itu diberkati tanpa perlu mengaibkan orang lain,” kata beliau di hadapan 2,000 penyokong PR yang hadir di ceramah jelajah merdeka rakyat di Bandar Tasik Puteri, malam tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memberitahu bahawa beliau berjanji untuk menghapuskan sistem kroni termasuk pemberian kontrak mega ke atas pihak keluarga dan saudara terdekat yang diamalkan oleh kerajaan sedia ada.

“Agihan kontrak akan diberikan sama adil kepada yang benar-benar layak, bukan lagi kepada pihak tertentu yang mengaut keuntungan berbilion ringgit sedangkan rakyat lain masih ditahap susah.

“Tiada lagi politik perkauman dan semua pihak berhak bersuara, tidak salah membela orang Melayu tetapi jangan pertikai pandangan kaum lain,” katanya.

Dalam siri ceramah itu, beliau turut mengulangi janjinya untuk menurunkan harga minyak, hapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan pemansuhan sistem tol secara berperingkat.

Anwar yakin kesemua perkara itu mampu dilaksanakan sekiranya kerajaan mengamalkan sistem telus dan mengatasi masalah rasuah serta salah guna kuasa yang menyebabkan banyak wang rakyat hilang.

Beliau menyeru rakyat supaya memberikan peluang kepada PR untuk membuat perubahan dalam sistem pentadbiran ke arah yang lebih baik.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong turut diumumkan kekal sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Selayang.

 Menteri Pertahanan amat prihatin kebajikan keluarga tentera?
Posted on Monday, March 25 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: amkns

"  KABEL PUTUS NYAWA TERCABUT Harian Metro 19 Feb 2013 - “Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini,” kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.

 

Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.
Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan.
“Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah ‘haus’ kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.
Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.
“Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.
“Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu,” katanya.
Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.
Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
"

  Akhbar Suara Perak bahan fitnah terbaru
Posted on Monday, March 25 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog Ajijoi

24 Mac 2013- Sungai Rapat
Akhbar Suara Perak adalah medan fitnah propaganda UMNO terbaru yang juga diedar di masjid-masjid dan jabatan kerajaan serta tempat awam.

Walaupun dicetak atas nama 1 malaysia tetapi isinya jelas ianya 'tabloid' UMNO yang diedar percuma kerana UMNO tidak akan mendapat untung sesen pun jika menjual akhbar sendiri seperti Harakah.

Terkini, Suara Perak mengatakan 30 orang ahli PAS Pengkalan Gate telah melompat ke UMNO sedangkan semua penduduk kampung tahu hanya 2 orang sahaja yang berjaya dirasuah oleh Datuk Hamzah selepas seorang daripadanya telah mengkhianati perbincangan awal mendapat 3 ahli PAS Pengkalan Gate. 

Lebih menarik 2 ahli yang melompat itu adallah bekas ahli UMNO! Kes sebenar adalah ahli UMNO masuk UMNO bukan ahli PAS masuk UMNO. Mereka hanya umpama sireh kembali ke ganggang, ikan pulang ke lubuk. 
Dalam gambar yang disiar hanya 2 orang bekas ahli PAS (sebelumnya juga UMNO) sahaja manakala selebihnya adalah ahli UMNO Gopeng.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Makcik Yah berkata beliau pernah berpesan kepada En Ahmad Sarji yang pernah menjadi bekas Setiausaha Cawangan Pengkalan Gate agar memangkah PAS walaupun kembali menyertai UMNO. "Ambil duit, sertai UMNO..tetapi jangan lupa pangkah PAS iatu yang paling utama", jelas makcik Yah kepada Unit Penerangan semasa Program Culaan di Kg Rapat Jaya Tambahan. 
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Tiada ulasan: