Jumaat, 15 Mac 2013

KESIAN..GENG DAN MEMBER PUN DAH TAK SUKA

SAMM Sifatkan Kenyataan Muhyiddin ‘Songsang’ dan Terbalik
Posted on Thursday, March 14 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Edy Noor

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Muhyiddin Yassin yang mendakwa Pakatan Rakyat kononnya merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.

SAMM menyifatkan kenyataan tersebut adalah ‘songsang’ dan terbalik. Ia juga menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin.

Bagi SAMM, walaupun kenyataan pemimpin nombor dua Umno agak lucu dan tidak masuk akal, SAMM tetap mengambil serius memandangkan tabiat ‘berbuat sesuatu tetapi menuduh orang lain buat’ telah berlaku dalam skala penipuan yang sangat besar. Ia dibantu oleh media yang dikawal oleh mereka dengan harapan rakyat terus diperbodoh.

Majoriti rakyat sudah tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya.

Rakyat juga tahu siapa yang mahu menghuru-harakan keadaan, malah telah banyak huru-hara dilakukan oleh penyokong Umno. Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat. Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal bakal ke penjara jika Umno tewas Putrajaya, ia seharusnya menimbulkan panik.

SAMM melihat, sebagai gagasan paling berpotensi untuk menerajui Putrajaya selepas ini, tiada sebab untuk Pakatan Rakyat mencetus huru-hara kerana ia akan menyulitkan banyak perkara. Pakatan Rakyat bertegas untuk memastikan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan beberapa ‘langkah awal’ melibatkan institusi keselamatan negara telah mula disusun. Ini hakikat yang harus diterima.

Akhir sekali, SAMM mengucapkan syabas kepada Muhyiddin kerana mengeluarkan kenyataan mirip seorang ketua pembangkang. SAMM yakin Muhyiddin mampu menjadi ketua pembangkang yang baik dan tegas dengan ciri-ciri yang terserlah hari ini.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sumber: anakmudamalaysia.com


Queen of Ambition - dari seorang miskin berubah menjadi First Lady...
Posted on Friday, March 15 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: cipanda



"


Sejak meletop drama bersiri korea "Winter Sonata",populariti K-Drama terus menyerlah mewarnai dunia hingga sekarang.Memandangkan suasana di negara kita sedang hot dilanda demam PRU,disini saya ingin berkongsi sebuah drama yang agak menarik untuk ditonton seisi keluarga iaitu "Queen of Ambition

Sememangnya agak kelakar bila diwar2kan dalam TKO tapi mesej yang nak disampaikan disini adalah bagaimana pembangunan kerektor dari seorang yang miskin menggunakan pendekatan politik ala machiavelli:matlamat menghalalkan cara untuk meraih cita2 sehingga berjaya menjadi first lady.Rekemen 101% untuk anda semua melihat dan drama ini sangat berguna sebagai medium pembelajaran,pengajaran,hiburan & santai seisi keluarga.Selamat menonton...

Link download :  Klik
Subtitle : Klik

 Hentikanlah sandiwara mempergunakan kami wahai Barisan Nasional
Posted on Thursday, March 14 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: mat_sempoi

"Saban hari di media-media meloyar, serta ruang blog pencacai BN, kecoh menceritakan kisah pengorbanan perwira dan patriotiknya mereka dalam hal ini. Masing-masing ingin menunjukkan bahawa mereka lah sebenarnya cintakan negara dan sebagainya.
Padahal, sekiranya mereka mencintai negara, mereka perlu menentang habis-habisan gejala politik yang memusnahkan negara seperti rasuah, salah guna kuasa, salah tadbir, pembaziran wang rakyat tanpa sebab, dan lain-lain.

Memandangkan krisis Lahad Datu masih baharu dan segar. Disini saya ingin ketengahkan cuma satu contoh, iaitu sistem pengurusan dan pentadbiran pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita, iaitu PDRM dan ATM.

Kita semua akui, pasukan-pasukan keselamatan dan pertahanan kita amat patriotik, bersemangat dan rela bermatian mempertahankan negara. Itu memang tidak dapat disangkal lagi. Tetapi malangnya, semangat dan nyawa mereka seolah-olah tidak berharga bagi para jemaah menteri kerajaan Barisan Nasional kita.
Mengapa saya katakan begitu. Setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Banyak penyelewengan telah dibuat oleh jemaah menteri kita, sehingga kadang-kadang mereka telah dipergunakan oleh sebilangan mereka demi survival politik masing-masing, malahan semenjak kita belum mencapai kemerdekaan lagi (peristiwa Dahagi).
Salah satu kisah lain, yang penuh kontroversi adalah peristiwa Memali, dimana ramai anggota keselamatan yang terlibat, tidak menyakini dan berasa ragu-ragu akan arahan yang mengatakan penduduk disitu menyokong 'komunis' dan mengadakan 'ajaran sesat'. (http://www.youtube.com/watch?v=bOaGU_AsZmc)

Insiden tersebut mungkin masih diragui. Tetapi bagaimana pula dengan penyalahgunaan kuasa dan pentadbiran yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional?

a) Kes kapal selam Scorpene:
Beli pada harga tinggi, tetapi tiada kualiti.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm
b) Kes enjin jet hilang:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

c) Kes Jet pejuang tidak berfungsi:
http://ingeniur.blogspot.com.au/2010/02/rosak-lagi-dulu-kapal-selam-kini.html

d) Masih menggunakan asetlama:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0721&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

e) Aset berharga untuk kegunaan VIP sahaja:

TUDM memiliki beberapa aset kapal terbang penumpang yang selesa seperti B737-700, Bombadier GE, Dassault Falcon 900B dan Fokker F28-1000 Fellowship Tetapi malangnya hanya untuk kegunaan VIP sahaja.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_pesawat_Tentera_Udara_DiRaja_Malaysia

dan banyak lagi. Sebab tu lah ramai bekas Jeneral dan pegawai tinggi ATM, dan PDRM dah meluat dan mula memberontak mempertahankan nasib perwira-perwira negara ini.

Sayangnya perwira negara, gugur bukannya kerana berperang, tetapi kerana menggunapakai barangan lama dan tidak berkualiti. Semuanya kerana tamak haloba pak menteri.

Apa kata Menteri KDN kita dahulu, apabila ramai pembangkang menyuarakan kegelisahan?
'usah layan khabar angin yang tidak berasas'
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013021903435220130219034352//Article/index_html

Mereka bukannya pengganas (walaupun masuk siap bersenjata):
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_12/Penceroboh-di-Sabah-bukan-pengganas

Pelik bukan?

Ini, tidak termasuk lagi salahguna beri kewarganegaraan pada pendatang asing dan lain-lain. Tidak risaukah mereka, kebanjiran pendatang asing tanpa penapisan betul boleh menyebabkan huru-hara dan bahaya kepada kestabilan politik?

Tukar Kerajaan, Perwira mantap, negara selamat.


 Malaysia menggunakan perisian ‘spyware’ terhadap rakyatnya, lapor New York Times
Posted on Thursday, March 14 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian “spyware” bagi mengintip rakyatnya dengan mengambil gambar mereka menggunakan skrin komputer, merekod perbualan Skype, kamera dan mikrofon komputer, lapor akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times (NYT) hari ini.

Selain Malaysia, pengkaji di Citizen Lab yang berpangkalan di University Toronto turut mendapati negara-negara seperti AS, Singapura dan Indonesia termasuk Britian turut menggunakan perisian pengawasan tersebut yang dikenali sebagai “FinSpy”.

“Selain menangkap penculik dan pengedar dadah, ia dilihat mirip digunakan kepada memerhatikan lawan politik,” kata penyelidik keselamatan Morgan Marquis-Boire lapor NYT.

Pengarah Urusan Gamma Group, Martin J. Muench — syarikat penjual FinSpy — dilaporkan berkata Gamma Group telah menjual teknologi berkenaan kepada kerajaan untuk mengawasi penjenayah, dan kebanyakannya digunakan bagi memerhatikan pergerakan “fidofil”, pengganas, jenayah terancang, penculikan, dan pemerdagangan manusia.

Marquis-Boire, bagaimanapun menjelaskan mudah disalahgunakan, dan berkata: “Jika dilihat senarai negara yang membeli Gamma, kebanyakannya tidak mempunyai sistem perundagan yang kukuh.”

Negara lain yang menggunakan khidmat FinSpy termasuklah Bahrain, Bangladesh, Brunei, Kanada, Republik Czech, Estonia, Habsyah, Jerman, India, Jepun, Latvia, Mexico, Mongolia, Belanda, Qatar, Serbia, Turkmenistan, dan Emiriah Arab Bersatu, termasuk Vietnam.

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch berkata, berdasarkan laporan 2013, Malaysia masih belum memperbetulkan perjanjian teras hak asasi manusia, walaupun menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tambahnya, Putrajaya terus melanggar hak untuk berpersatuan dan perhimpunan awam, walaupun telah mengurangkan sekatan kebebasan bersuara dengan pengenalan Akta Keterangan.

FinSpy digunakan di dalam emel yang mensasarkan seteru politik di Habsyah, dan telefon Android di Vietnam, menurut laporan Marquis-Boire yang dipaparkan di laman web Citizen Lab semalam.

FinSpy juga turut didapati dalam emel yang mensasarkan aktivis Bahrain, pada Julai lalu. Menteri Komunikasi Turkmenistan turut menggunakan FinSpy dalam sistem komputer mereka sendiri.

Pemerhati hak asasi manusia turut menggelar Turkmenistan sebagai negara yang paling teruk menindas di dunia bulan lalu.

“Hasil kajian kami mendapati percanggahan yang semakin meningkat antara rungutan orang ramai terhadap Gamma yang mana FinSpy lebih banyak digunakan semata-mata untuk mengesan ‘orang jahat’ dan badan yang semakin meningkat bukti yang menunjukkan bahawa alat itu berterusan digunakan sebagai menentang pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia,” laporan Citizen Lab.

Sumber: Malaysia Insider


Memali dan Lahad Datu
Posted on Thursday, March 14 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

" Memali terjadi angkara usul UMNO Baling dalam Perhimpunan Agong UMNO. Yang jadi mangsa angkara jahat UMNO ini ialah orang kampung dan anggota polis yang diberi maklumat yang salah tentang Memali. Dikatakan orang kampung sebagai pengganas komunis.
Penyokong PAS dan anggota PDRM saling bermusuhan akibat tragedi Memali.Dan UMNO cuci tangan berlepas diri ! Biasalah perangai Iblis.

Lahad Datu terjadi akibat keselamatan longgar,perisikan gagal, janji IC(?), janji tanah(?). Anggota keselamatan jadi mangsa. UMNO  berlepas diri dan meraih sokongan kononnya Anwar terlibat dan Tian Chua menuduh "sandiwara"

Memali dulu, penyokong PAS jadi mangsa kini PKR pula jadi mangsa.

Percayalah, isu Lahad Datu bakal menghimpunkan pimpinan PKR untuk dihumban dalam sangkar besi seperti mana isu Konfrantasi dengan Indonesia yang menjadi mangsa adalah pimpinan PAS seperti Dr Burhanuddin Al Helmy.

Memali dan Lahad Datu

  Khutbah: Nikmat Islam
Posted on Thursday, March 14 @ 17:07:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: ustaznik

"Islam-Is-The-Way-Of-LifeSinopsis: Banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Tidak terhitung sekali. Benar firman Allah: “Kalau kamu mahu menghitung nikmat Allah, nscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya.’

Dari pelbagai nikmat, nikmat Islam adalah yang paling besar. Islam yang menjadi agama, pegangan, anutan dan cara hidup. Islam yang menyelamatkan manusia dunia dan akhirat.

Justeru, nikmat Islam ini mesti disyukuri dengan ertikata sebenar.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai nikmat Islam ini pada 25 RabiulAkhir 1434H (8 Mac 2013) :

Nikmat Islam (2)"


 Najib Undur BN/UMNO menang besar
Posted on Thursday, March 14 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Jika Datuk Najib Razak mengumunka berundur dari dari kerusi perdana menteri atau hanya bertamding sebagai ahli parlimen dalam pilihanraya umum ke-13, peluang BN/UMNO menang bergaya atau peluang mendapat duapertiga kerusi parlimen cukup mudah.

Namun ianya tidak ada desakkan dari TPMnya Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pemimpin UMNO yang laian ada pengaruh. Kalau setakat Yb Zul Kulim, Incik Ibrahim, atau Incik Hasan Ali dan pemimpin kecil UMNO/BN (sebagai contoh) tidak ada sahutan kerana pengaruh mereka terlalu kecil.

Jika Muhyiddin berani dan sanggup menghadapi risiko semboyang seharus ditiup lebih awal atau sekrang agar rakyat dan penyokong UMNO/BN dapat menilai kempimpinan Najib Razak sebagai perdana menteri.

Namun Muhyiddin tidak beranai apa yang beliau seobohyang atau lakukan terhadap Pak Lah semasa menjawat perdana menteri Malaysia. Mungkin pengaruh Muhyiddin tidak kuat atau mungkin Muhyiddin bermain secara selamt hanya menunggu pemilihan UMNO atau tunggu keputusan pilihanraya umum yang ke 13.

Jika Muhyiddin tunggu keputusan PRU-13 dan menunggu pemilihan UMNO akan datang peluang Mhuyddin agak kelabu untuk menjawat kerusi perdana menteri Malaysia. Atau peluang kerusi perdana menteri tertutup rapat.

Bagi pandangn kami jika Najib Rzak melepas jawatan kerusi perdana menteri atau membuat pengumuman tidak akan berada di Sri Perdana PRU13, bertanding hanya menjadi wakil rakyat biasa. Atau Najib Razak bertanding DUN untuk kerusi menteri besar.

Peluang pakatan rakyat mungkin sukar untuk menawan Putrajaya dan mumgkim negeri negeri pakatan rakyat tumbang dan tsunamai politik akan berlaku dan memberi impak positif kepada BN/UMNO jika najib razak sanggup melakukan sedemikain.

Hanya satu soalan sanggup najib razak bertindak sedemikan?... "


 Mahkamah kecoh, polis cuba tahan Tian Chua sebelum didakwa
Posted on Thursday, March 14 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR 14 MAC: Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila polis tiba-tiba menyerbu untuk menahan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua walaupun belum dicaj apa-apa tuduhan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian baru selesai bersarapan bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

TaianAhli Parlimen Batu itu diserbu beberapa polis untuk menahannya di lokap mahkamah.

Polis berkenaan dari pasukan siasatan Johor Baharu yang menyiasat keterangan berhubung kes kenyataan Tian yang diputar belit media kawalan Umno, baru-baru ini.

“Kami membantah tindakan polis itu, untuk apa polis mahu tahan Tian? Ini adalah cubaan untuk memalukannya,” tempelak peguam, Latheefa Koya.

Ekoran bantahan itu, polis membatalkan tangkapan ke atas Tian, namun beliau dikehendaki menyerahkan kad pengenalan sebelum masuk mahkamah.

Tian dijadualkan menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 pada jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun, sehingga kini mahkamah belum memaklumkan kepada peguam sebarang maklumat berkaitan prosiding.

“Tanya pada polis, ada tak mana-mana pemimpin Umno yang ada kes jenayah lebih besar ditahan atau digari apabila mereka ke mahkamah? Tindakan itu membuktikan dakwaan ke atas Tian bersifat politik,” kata Latheefa mengulas.

Para penyokong yang hadir turut tidak puas hati terhadap tindakan polis itu.

(Berita menyusul)

Sumber: keadilandaily.com


  Tian Chua mengaku tak bersalah, dikena ikat jamin RM5,000
Posted on Thursday, March 14 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Keadilandaily

KUALA LUMPUR 14 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut akta hasutan berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas Ahli Parlimen Batu itu.

Tian dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily pada hari yang sama.

Beliau diwakili peguam Latheefa Koya, N Surendran, William Leong, Eric Paulsen dan dua lagi yang lain.

(Berita menyusul)


Sumber: Keadilandaily



Tiada ulasan: