Bekas OCPD: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis
Kerajaan
sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu
mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan
polis, malam tadi.
Mantan ketua polis daerah Kota Kinabalu, Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.
"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).
"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.
Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.
'Kenapa bacul bertindak?'
Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.
"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.
"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.
"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya.
Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.
"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.
"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya.
Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.
'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'
Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.
Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.
Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.
"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.
"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.
Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.
"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.
"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.
Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan.

Rafizi kagum dengan keberanian Tee Keat tapi...
Pengarah
Strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau mengagumi keberanian Datuk
Seri Ong Tee Keat ketika mendedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang
(PKFZ), namun masanya sudah tiba untuk bekas bos MCA itu menjadi lebih
berani.
Menurutnya, Ong kini perlu memandang ke hadapan melangkaui keberaniannya membongkar skandal PKFZ.
"Keberanian yang paling besar sekarang untuk kita menuju perubahan. Perubahan kali ini antara BN atau Pakatan Rakyat.
"Harapnya beliau cukup berani untuk bersama Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Tambahnya, keberanian Ong akan hanya teruji jika beliau bersama gelombang perubahan rakyat yang mahukan "perubahan daripada yang lama kepada yang baru".
Ini kerana, kata Rafizi, pilihan raya akan datang antara Pakatan dan BN, dan bukannya di antara mana-mana individu lagi.
"Ia bukan tentang beliau atau saya. Saya ini hanya 'ikan bilis' yang tiada apa-apa," kata Rafizi.
'Tiada perhatian MCA'
Beliau mengulas kenyataan Ong dalam wawancara bersama Malaysiakini yang menegaskan, walaupun beliau dan Rafizi sama-sama mendedahkan dakwaan salah guna kuasa, namun mereka tidak dapat disamakan.
Rafizi sudah diumumkan sebagai calon PKR di Pandan sementara Ong masih berharap diberikan peluang mempertahankan kerusi itu oleh MCA, walaupun dikatakan tidak disenangi presidennya sendiri Datuk Seri Chua Soi Lek.
Menurut Ong, pendedahan beliau bersangkutan dakwaan salah guna kuasa dalam partinya sendiri sedangkan Rafizi mensasarkan seteru politiknya di luar PKR.
Menurut Rafizi, Ong adalah seorang pemimpin BN yang mempunyai prestasi lampau yang cukup membanggakan sewaktu menjadi menteri.
Bagaimana pun, suara Ong kini tidak lagi diberi tempat dalam BN dan seandainya beliau berjaya mempertahankan kerusinya sekalipun, bekas presiden MCA itu tidak akan mampu membawa perubahan kepada rakyat menerusi BN.
"Kalau beliau menang sekali pun, agak sukar untuk beliau berbuat apa-apa.
"Ia amat jelas yang suara beliau tidak diberikan perhatian dalam MCA," kata Rafizi.

DAP: Liew dalam misi tawan kerusi 'K' di Johor
Penasihat
DAP Lim Kit Siang - yang diumum bertanding di kerusi parlimen Gelang
Patah pada Isnin lalu - bukan sahaja pemimpin parti itu yang akan
bertanding di selatan merobek kubu kuat BN di Johor pada pilihan raya
umum ke-13.Malam tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong juga akan menyusul bertanding salah satu kerusi di negeri itu.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang enggan mendedahkan kerusi yang bakal ditandingi Liew tetapi hanya menyebut perkataan "K" bagi permulaan nama kerusi yang ditandinginya.
Kerusi parlimen yang bermula dengan huruf "K" di Johor ialah Kulai, Kota Tinggi dan Kluang dan Liew disebut-sebut bakal bertanding di kerusi Kluang.
Tan Sri lawan Tan Sri di Johor Baharu?
Selepas
mengumumkan tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah
Isnin lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan
calon yang akan bertanding di kerusi Johor Bahru pada pilihan raya umum
ke-13.
Pengumuman itu dijadual dibuat oleh Anwar yang juga ketua pembangkang esok di Johor Bahru.
Desas desus kini bertiup kencang apabila bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein - yang baru menyertai PKR pada 6 Mac lalu - dikatakan akan bertanding di kerusi itu.
Md Hashim dijangka bertanding menentang penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Johor Baharu merupakan kubu kuat Shahrir sejak sekian lama dan beliau pernah bertanding atas tiket bebas dan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil akhir 1980-an.
Pada pilihan raya umum 2008, Shahrir - tokoh Umno yang berpengalaman dan pernah menjadi menteri kabinet - menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.
Sementara itu sumber-sumber memberitahu Malaysiakini beberapa lagi tokoh baru dalam PKR disebut-sebut akan bertanding kerusi parlimen di negeri selatan Semananjung Malaysia itu.
'Payung terjun' di Batu Pahat
Dikatakan seorang lagi bekas panglima tentera darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid disebut-sebut akan bertanding di kerusi Pasir Gudang. Manakala menurut satu lagi sumber, kedudukannya bertanding di situ masih belum dimuktamadkan.
Pasir Gudang diwakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin. Beliau menang dengan majoriti 17,281 undi menentang calon PKR Md Rizan Mohd Saman.
Lebih mengejutkan apabila nama naib presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan bekas pemimpin Abim, Datuk Idris Jauzi turut disebut-sebut untuk bertanding di Batu Pahat.
Bagaimanapun, hal tersebut dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong ketua cabang PKR Batu Pahat Syed Hamid Ali - adik kepada bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali.
Mereka mewujudkan laman sosial Facebook menyokong Syed Hamid sebagai calon PKR di parlimen itu dan menolak calon "payung terjun" yang didakwa bergelar "dato".
"Bertahun-tahun Pak Habib buat kerja, sekarang orang lain pula mahu kutip hasilnya. Calon 'payung terjun' ini ialah seorang "dato" yang mengaku dirinya sebagai calon PKR Parlimen Batu Pahat.
"Kononnya Syed Hamid Ali (Ketua Cabang PKR Batu Pahat) telah setuju beri laluan kepadanya! Satu lagi pembohongan!" poster itu dipetik.
Chua Jui Meng disebut lwn Subra
Pada pilihan raya umum lalu, Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi menang dengan majoriti 12,968 menentang calon PKR Muhammad Abdullah.
Sementara itu, sumber juga memberitahu nasib Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Datuk Seri Chua Jui Meng turut akan bertanding di Johor tetapi tidak dapat dipastikan kerusi parlimen mana.
Khabar angin menyebut beliau yang juga bekas menteri kesihatan akan bertanding di parlimen Segamat yang kini diwakili oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam. Beliau menang dengan majoriti 2,991 menentang calon DAP Pang Hok Liong.
Sebelum ini Anwar telah mengumumkan beberapa tokoh PKR yang akan bertanding termasuk Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution di Kulim Bandar Baharu, Naib Presiden N Surendran (Padang Serai) dan Pengerusi PKR Perak Datuk Mohd Nor Manuty di Bagan Serai.

Ragu sekatan boleh minta kad kuasa polis
Kedutaan
asing di negara ini menghargai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
menangani kes jenayah yang melibatkan warga negara mereka, dan turut
mengiktiraf polis Malaysia pasukan terbaik dalam menangani kes jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pengiktirafan itu diberi atas usaha PDRM menangani beberapa kes seperti samun, culik dan rogol yang melibatkan warga mereka.
"Baru-baru ini kita ada selesaikan kes pelancong asing warga Jepun yang diculik. Mereka menghantar surat penghargaan kepada PDRM. Jadi kita mendapat pengiktirafan. Cuma kita tidak uar-uarkan sahaja," katanya kepada pemberita pada wawancara khas sempena Hari Polis ke-206 di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada 12 Mac lepas, seorang jurutera warga Jepun diculik sekumpulan warga asing bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah US$50,000 (RM156,000) dan telah diselamatkan polis.
Mohd Bakri berkata PDRM turut menerima surat penghargaan daripada Kedutaan Netherlands yang menyatakan PDRM membantu mereka secara professional untuk menyelesaikan kes jenayah melibatkan warga negara itu.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengenai kes terbabit.
Mengenai rondaan dan sekatan jalan raya yang sering diadakan oleh polis, Mohd Bakri berkata orang ramai perlu memahami tanggungjawab yang perlu dijalankan PDRM.
Setiap sekatan jalan raya yang dibuat bertujuan memburu penjenayah atau mengesan rompakan di samping mengurangkan kadar jenayah, katanya.
"Sekatan jalan raya akan membantu polis membuat siasatan dan mengesan penjenayah yang sedang diburu atau dikehendaki polis," katanya.
Mohd Bakri berkata oleh itu, semua pihak perlu membantu PDRM, dan tidak menganggap rondaan dan sekatan jalan raya itu sebagai menyusahkan dan membebankan orang ramai.
Bagi mereka yang meragui bahawa sekatan jalan raya itu dilakukan oleh PDRM, mereka boleh meminta kad kuasa polis sebagai pengesahan dan bukti bahawa polis yang menjalankan tugas itu, katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan