Selasa, 12 Mac 2013

JADILAH UMUR YANG LANJUT DENGAN TAKWA BUKAN DENGAN MAKSIAT DAN MENENTANG PERJUANGAN ISLAM

54 penceroboh mati, 97 lagi ditahan
Posted on Tuesday, March 12 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama

KUALA LUMPUR - Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan di Kampung Tanduo, dan seminggu selepas Operasi Daulat, keadaan di Lahad Datu dan Semporna kembali seperti biasa.

Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden
pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir.



Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi
tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis.
"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan dan yakin kami boleh mencapainya," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbar pada 4.30 petang ini.
Terdahulu, pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar pada 10.40 pagi berkaitan
perkembangan semasa insiden Lahad Datu, Hamza mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.
Sementara itu, lima sekolah di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula hari ini. Hanya tiga sekolah di kawasan zon merah masih ditutup.
Bagaimanapun, Hamza mengingatkan masyarakat agar tidak menghampiri kawasan operasi.
Pasukan keselamatan kini dalam usaha mengeluarkan mayat penceroboh dari Kampung Tanjung Batu, dan sehingga petang ini, 22 mayat dikeluarkan dan 18 daripadanya dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat lagi ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.
"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa (ketua kumpulan penceroboh berpangkat jeneral)," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.
Mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu, Hamza menafikannya dan berkata penduduk kampung Tanjung Batu, Labian dan Sungai Bilis telah dipindahkan.
Sejak krisis pencerobohan, lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - Bernama

 Manila, keluarga Kiram bincang ‘pengunduran’ tentera Sulu
Posted on Tuesday, March 12 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Clara Chooi



KUALA LUMPUR, 11 Mac — Manila sudah menghidupkan semula perbincangan dengan keluarga Kiram tentang kemungkinan pengunduran tentera Sultan Sulu dari Sabah untuk menghentikan konflik ketenteraan yang panjang dengan Malaysia kata Menteri Kerajaan Tempatan Mar Roxas hari ini.

Menurut beberapa laporan media Filipina, Roxas telah mengadakan mesyuarat tertutup selama dua jam di Bandar Quezon petang ini bersama Bantilan Esmail Kiram II bagi membincangkan isu "pengunduran" tentera kesultanan Sulu tersebut.

Esmail merupakan adik lelaki kepada “Sultan” Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya Sultan Sulu. Seorang lagi adik beliau, Agbimuddin Kiram dipercayai masih bersembunyi di Lahad Datu, Sabah, di mana pasukan keselamatan Malaysia sedang mengadakan operasi memastikan pasukan pengganas Sulu tersebut meninggalkan Sabah.

Menurut ABS-CBN News, Esmail mengatakan keluarga Kiram mungkin mempertimbangkan kemungkinan tersebut akan tetapi mahu mengetahui apa nasib pengikut mereka terlebih dahulu.

“Kami semua sangat bimbang dengan apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah,” kata Roxas dipetik dari portal atas talian siaran tersebut.

“Saya memberitahu mereka (keluarga Kiram) mengenai tindakan terkini pemerintah Filipina melalui rundingan DFA (Jabatan Luar Negara) dengan Malaysia untuk mempertahankan mereka yang tidak bersalah,” tambah beliau.

Saluran berita berkenaan juga melaporkan Roxas enggan memberi lebih maklumat mengenai hasil mesyuarat tertutup tersebut bersama Esmail dan hanya sekadar mengesahkan mereka telah membincangkan mengenai proses pengunduran bagi memastikan keselamatan nyawa rakyat Filipina di Sabah yang tidak terlibat dengan kejadian tersebut.

Roxas juga memberitahu bahawa mereka sedar yang kerajaan Malaysia mahu pasukan militan Sulu menyerah tanpa sebarang syarat, namun begitu memberitahu keluarga Kiram bimbang mengenai proses tersebut.

Keluarga Kiram telah menyeru supaya genjatan senjata diadakan Khamis lalu apabila mendapat berita lebih ramai tenteranya mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia. Namun begitu Putrajaya telah menolah seruan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu pasukan tentera Kesultanan Sulu supaya menyerah kalah atau mati dalam pertempuran.

Roxas juga mengatakan bahawa cara penyelesaian terbaik bagi keluarga Kiram ialah dengan menerima seruan menyerah kalah tersebut, sebelum menambah bahawa Esmail juga sedar akan usaha kerajaan Filipina untuk memastikan konflik tersebut tidak mengorbankan lebih banyak nyawa.

“Esmail juga memang sedar akan usaha kerajaan Filipina untuk memastikan tiada lagi kejadian tembak-menembak sejak krisis ini bermula pada 1 Mac,” kata Roxas.

Roxas juga memberitahu mesyuarat tersebut dipersetujui Jamalulu, yang sakit dan sedang mengadakan rawatan dialisis di Manila.

Esmail juga telah diminta oleh kerajaan Malaysia supaya bertindak sebagai orang tengah antara Kesultanan Sulu dan perunding kerajaan, kata Roxas lagi.

Pertempuran pertama antara pasukan keselamat Malaysia dan pasukan pengganas Sulu bermula pada 1 Mac, menyebabkan kematian 20 anggota pengganas Sulu selain 8 orang anggota polis. Keluarga Kiram menggelar kejadian tersebut sebagai “Pembunuhan 1 Mac”.

Sehubungan itu, Putrajaya melancarkan Ops Daulat Selasa lalu bagi memastikan tiada lagi anggota pengganas Sulu di Lahad Datu, dengan menghantar beberapa batalion tentera dan melancarkan serangan udara ke atas mereka.

Sehingga petang ini, pencerobohan pasukan pengganas tersebut telah menyebabkan 63 kematian, termasuk 54 orang pengganas Filipina, lapan orang anggota polis dan seorang remaja lelaki.

Adik Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram telah mengetuai sekumpulan lebih 200 pengganas Sulu ke Lahad Datu pada 9 Februari atas alasan mahu mengambil semula negeri Sabah yang kaya dengan sumber alam itu. - MI


Satu daripada 18 mayat pengganas dipercayai Komander Musa
Posted on Tuesday, March 12 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama



LAHAD DATU - Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.
  
"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.



Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.
  
Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.
  
Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
  
"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat," katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.  - Bernama


Makin ramai bekas jeneral tentera sertai PR, petanda buruk buat BN
Posted on Tuesday, March 12 @ 06:57:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Roketkini
SHAH ALAM, 11 MAC:  Menghairankan.  Walaupun konflik berdarah di Lahad Datu terus dimanipulasi media kawalan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengaitkannya dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), tetapi semakin ramai pula mantan jeneral tentera menyertai PR.
Terkini ialah penyertaan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein bersama PKR pada 6 Mac lalu, sebelumnya Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka kepada PR.


Fenomena ini sudah tentu memberi gambaran jelas wujudnya krisis keyakinan yang parah terhadap pentadbiran BN berhubung isu pertahanan dan keselamatan negara.
“Siapa dua tahun lalu terfikir bahawa lima orang Jeneral (tentera) termasuk yang berpangkat tertinggi memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat? Siapa dua tahun lalu yang terfikir Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, pendakwa kes saya pada 1998 dan ketua pendakwa kes pada 2008 sekarang menjadi peguambela saya?
“Siapa yang menjangka bapa Saiful (Azlan Lazim) tiap hari keluar masuk mahkamah sekarang memohon maaf kepada saya, Azizah dan keluarga, dengan menyatakan ada konspirasi yang melibatkan pegawai pejabat Perdana Menteri dalam kes Liwat II. Semua ini tidak akan berlaku tanpa iringan doa dari rakyat,” ujar Anwar.
Mengulas isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumpahan darah boleh dielak jika kerajaan bertindak segera menghantar pasukan tentera.
“Mana boleh kita biarkan (pencerobohan), ini soal maruah dan kedaulatan rakyat dan negara yang kita kena pertahankan,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Sambutan 5 Tahun Kerajaan Negeri Selangor, malam tadi.
Menurut Anwar, seperti yang dijelaskan kepadanya oleh seorang daripada bekas jeneral angkatan tentera, kerajaan lewat menghantar pasukan tentera sehingga menyebabkan pertumpahan darah.
Sehubungan itu, Anwar kecewa apabila isu keselamatan negara terus dijadikan mainan politik media kawalan UMNO-BN dengan memberi gambaran buruk sehingga lagu “Tanya sama Najib” yang sering dinyanyikan beliau di majlis PR dikaitkan dengan pencerobohan gerombolan bersenjata ‘Sultan Sulu’ di Lahad Datu.
“Dalam lagu itu, saya maksudkan rakyat Sabah nak tolak BN pada pilihan raya dan bukannya nak bagi Sabah kepada kumpulan penceroboh. Itupun (lagu) ditayangkan tidak habis,” jelas beliau di hadapan lebih 5,000 orang.
Justeru itu pada 8 Mac baru-baru ini, beliau memfailkan saman berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan TV3 berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dengan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.
Hadir sama dan turut berucap ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim, Yang Dipertua PAS Selangor, Dr Abdul Rani dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. – Roketkini.com



Undi mungkin hilang oleh perkara ini!
Posted on Tuesday, March 12 @ 06:35:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: zley

"Memang tidak dinafikan apabila satu-satu janji yang akan terkeluar oleh pimpinan Negara sudah pasti akan memberi kesan walhal silap-silap yang ingin menyokong pembangkang akan kembali beralih arah.. atau pun lagi bertambah kuat seseorang itu kepada pembangkang.

Tidaklah mahu diulas panjang di sini cuma ingin saya menegur  dan harapan kepada Pakatan Rakyat jika diizinkan Allah memerintah jangan lupa kepada satu golongan ini…

Tahukah anda?, di sektor awam terdapat satu golongan penjawat yang kurang mendapat keistimewaan berbanding jawatan lain? Walhal orang yang berjawatan lain pula mendapat keistimewaan seperti mereka!.

Di sekolah mereka sesetengah dimaki, kadang-kadang dihina. Malah adamasanya orang membuat aduan terhadap mereka. Janganlah yang sebilangan itu menjadi kotor untuk sebilangan besar yang lain.
Tidak lain tidak bukan adalah golongan Pembantu Tadbir yang sekadar mengharap menjadi CC atau Ketua Pembantu Tadbir barulah mendapat keistimewaan tertentu dari segi gaji.
Saya mendapat beberapa aduan dari rakan-rakan menyatakan bahawa sesuatu parti mungkin akan kehilangan undi golongan ini jika ramai yang tidak mengambil berat terhadap mereka.
Cuba anda lihat!, seketika dahulu kerajaan telah memberi keistimewaan kepada golongan Jurutaip untuk digredkan kepada jawatan Pembantu Tadbir dan semasa mereka berjawatan sebelumnya mereka telah mendapat beberapa kenaikan gaji dan setelah digredkan kepada Jawatan pembantu Tadbir silap-silap gaji mereka lebih besar dari Jawatan Pembantu Tadbir yang sudah lama… ermmm anda tidak nampakkan?
Cuba anda lihat pula jawatan telefonis!, Seketika dahulu mereka hampir sama jawatan seperti Jurutaip tetapi kini mereka telah mendapat jawatan bahkan gaji sama dengan Pembantu Tadbir..
Golongan Pembantu Tadbir tidak marah kebaikan yang telah dibawa tetapi janganlah melupakan mereka.. itulah apa yang saya dengar dan saya kira-kira ia memang benar berlaku.
Saya seorang Imam…
"

 


Terharu , melihat Tuan Guru Nik Aziz terima dompet Dari seorang Hamba Allah
Posted on Tuesday, March 12 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: abuluqman

"Penyerahan dompet yg dibuat khas (handmade) oleh seorg hamba Allah yg terharu melihat tok guru hanya memakai sampul surat utk meletakkan duit.




Nukilan ABu Luqman..SIla KLIK SINI ..UNTUK MAKLUMAT TERKINi. yang belum masuk...Dari Blogger yang tiada di Media.Perdana..

Mana perumahan rakyat untuk DUN Kota, Parlimen Rembau?
Posted on Tuesday, March 12 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"Pada 8 Mac 2013 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah, Port Dickson di atas tanah seluas 6 hektar yang dibeli pada harga RM2.5 juta. Untuk makluman Ladang Tanah Merah terletak dalam DUN Lukut dan Parlimen Telok Kemang. Wakil Rakyat ADUN Lukut ialah dari DAP iaitu YB Ean Yong Tin Sin, manakala Ahli Parlimen Telok Kemang ialah dari PKR iaitu Dato Kamarul Baharin Abbas yang juga merupakan Pengerusi PKR N.Sembilan.

 

Rumah yang dibina ini ialah rumah teres 1 tingkat bukannya perumahan awam bertingkat.
Kenapa tidak dilancarkan perumahan serupa untuk anak Rembau di DUN Kota yang wakil rakyat ADUN Kota dari Umno dan Ahli Parlimen Rembau juga adalah dari Umno?
Bukankah banyak tanah adat yang terbiar Rembau boleh dibeli jauh lebih murah dari di Ladang Tanah Merah untuk dijadikan perumahan awam kos rendah untuk anak Rembau?
RM2.5 juta untuk 6 hektar bermakna kos tanah ialah sekitar RM168,619 seekar atau RM3.87 sekaki persegi. Sedangkan tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini di Rembau untuk pembinaan landasan keretapi berkembar ialah sekitar RM1.20 ke RM2.80 sekaki persegi atau sekitar RM52,272 ke RM121,968 seekar.
Apakah perlu orang Melayu di DUN Kota dan DUN Chembong dalam Parlimen Rembau bangkit mengundi PAS atau PKR barulah kerajaan mengumumkan untuk membina perumahan rakyat di Rembau dan membayar pampasan tanah adat pada harga yang munasabah?
******************
TPM lancar projek rumah mampu milik di Ladang Tanah Merah
TELOK KEMANG 8 Mac 2013 - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah, Port Dickson dekat sini. Pembinaan projek rumah mampu milik itu sememangnya dinanti-nantikan sekian lama oleh para pekerja ladang berkenaan yang rata-ratanya terdiri daripada kaum India.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri telah membeli tanah daripada Sime Darby bernilai RM2.5 juta bagi menjayakan projek berkenaan.
8 Mac 2013
PORT DICKSON - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata segala dasar yang dibuat kerajaan selama ini adalah realistik dan mampu dilaksanakan, tidak seperti janji-janji palsu pembangkang dalam manisfeto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mereka.
Mengenai pembinaan rumah awam mampu milik itu, Muhyiddin berkata, 150 unit rumah akan dibina di atas tanah seluas enam hektar dan dijangka akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi.
1 ekar = 43,560 kaki persegi
1 hektar = 2.47105 ekar
1 hektar = 107639.104 kaki persegi

Tiada ulasan: